Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,835
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 30

Hari ini Aiman agak pelik. Aiman telah mengajak Hana untuk pergi kerja bersamanya. Jadi Hana terpaksa meninggalkan keretanya di rumah dan menaiki kereta Aiman ke tempat kerja. Sekiranya Hana menolak, Aiman mengugutnya akan menyebarkan gambar curi Hana yang sedang mengorek hidung semasa mereka dalam shift. Hana tidak perasan Aiman mengambil gambar tersebut. Tak guna punya Aiman. Nyumpah Hana. Bila masa dia mengambil gambar tersebut pun Hana tak tahu. Ada saja point dia untuk mengugut kawan-kawannya itu. Nak tak nak, Hana terpaksa menuruti arahan Aiman dengan mukanya yang dicemik-cemikkan itu. Apa niat Aiman berbuat demikian pun Hana tidak dapat jangkakan.

Sepanjang mereka bersama hari ini, mulut Hana gatal untuk bertanyakan perihal malam tadi. Tapi entah kenapa seperti ada biji durian yang tersekat di kerongkongnya menyebabkan suaranya enggan keluar. Setiap kali memandang muka Aiman yang comel, matanya yang redup dan rambut tempurungnya itu menyebabkan Hana memberontak-rontak untuk bertanyakan perihal mengenai hubungan dia dan Imla. Tetapi entah kenapa keinginannya itu tidak disuarakannya. Mungkin tidak kena masa. Hana mendengus kasar seperti badak sumbu lalu meneruskan kerja-kerjanya yang terbengkalai itu. Kalau terus memandang mamat di sebelahnya itu, alamatnya memang tidak siaplah kerja-kerja Hana itu.

“Amboi, kuatnya kau berdengus. Sampai nak terbang kertas-kertas dekat depan kau tu,” usik Aiman sambil tersenyum nakal memandang Hana. Hana tersentak sambil menelan air liurnya itu. ‘Alamak! Kuat sangat ke aku berdengus,’ desisnya.

“Yeke aku berdengus? Mana ada. Taklah, kau salah dengar tu. Tulah, berangan lagi time kerja,” ujar Hana menafikan apa yang dikatakan oleh Aiman itu.

“Hmm, yelah. Aku berangan tadi. Tiba-tiba macam dengar ada badak sumbu datang tadi. Sorrylah Na,” balas Aiman selamba. Hana menjugkitkan sebelah keningnya lalu memandang Aiman.

“Apa niat kau Aiman?,” soal Hana. Agak keras nadanya.

“Niat apa?,” soal Aiman. ‘E’eh dia ni. Aku tanya dia, dia tanya aku balik,’ desis Hana.

“Yelah, tetiba suruh aku naik kereta kau pagi ni. Siap ugut aku nak sebarkan gambar aku tengah korek hidung pula tu. Trick macam budak-budak,” ujar Hana agak marah.

“Kalau trick aku macam budak-budak, kau pun sama macam budak-budak juga. Siapa suruh ikut cakap aku,” balas Aiman. Hana mengherotkan mulutnya sambil menjeling Aiman. Ada saja jawabnya.

“Dah tu, mesti ada sebab kau suruh aku naik kereta kau kan. Takkan saja-saja je,” balas Hana tidak puas hati.

“Adalah,” jawab Aiman pendek lalu dia meneruskan kerjanya yang tergendala itu. Hana mengerutkan keningnya sambil memandang Aiman dengan pandangan yang tajam. ‘Mesti ada sesuatu yang dia sorokkan daripada aku ni,’ desisnya sambil mengumam sendirian.

Malam itu, selepas mereka makan malam, Aiman telah mengajak Hana pergi ke pantai berdekatan dengan tempat kerja mereka. Nak tak nak terpaksalah Hana mengikuti Aiman. Kalau tidak, macam mana dia nak balik nanti.

Mereka berdua duduk di atas pasir-pasir pantai sambil menghadap laut yang terbentang luas. Dengan angin yang berderu-deru meniup membuatkan Hana sedikit menggigil. Hana berteleku sambil memeluk kedua-dua belah kakinya itu. Sambil itu dia memandang Aiman yang berada di sebelahnya itu. Kelihatan rambut tempurung Aiman itu terbuai-buai dek kerana tiupan angin yang kencang. Sambil itu matanya yang redup itu sedikit mengecil akibat tiupan angin tersebut. Nampak kecomelan Aiman di situ.

Bukan itu yang Hana lihat sekarang. Sekarang Hana ingin tahu kenapa dan apa sebab Aiman mengajaknya ke sini. Boleh je kot kalau dia membawa keretanya ke sini. Hana berteka-teki sambil memandang Aiman. Agak lama juga dia tenung muka Aiman. Aiman tersentak lalu menjeling Hana melalui ekor matanya. Kelihatan ada segaris senyuman di bibirnya.

“Lama kau tenung aku. Ada tarikan ke dekat muka aku ni?,” tegur Aiman sambil memandang ombak yang menggulung di hadapannya itu. Hana tersentak dengan teguran Aiman itu dengan serta-merta memandang laut yang berada di hadapannya itu. Hana menelan air liurnya sambil menenangkan hatinya. Bila masa pula Aiman boleh perasan Hana merenungnya. Haish!

“Nah ambil ni. Aku tahu kau lapar. Sebab tu kau tenung aku semacam je kan,” ujar Aiman sambil memberi bungkusan polystyrene kepada Hana. Hana memandang polystyrene tersebut kemudian dia memandang Aiman.

“Apa tu?,” soal Hana.

“Takoyaki. Ambillah. Aku tahu kau nak kan~ janganlah malu-malu,” Aiman menghulur lagi bungkusan yang mengandungi takoyaki itu. Hana menelan air liurnya lalu mengambil bungkusan tersebut. Hana kemudiannya membuka penutup polystyrene tersebut. Semerbak bau takoyaki yang keluar dari polystyrene tersebut. Hana mengambil sebiji takoyaki lalu menyumbat ke dalam mulutnya. Sambil itu kelihatan bibirnya yang mongel itu mengukir senyuman. Aiman turut tersenyum tatkala menatap wajah perempuan kesayangannya itu tersenyum bahagia. Amboi, baru dapat takoyaki dah tersenyum sampai ke telinga. Bahagia nampak.

                                      (Monday afternoon- iu instrumental)

Hana tersentak dan mengerling Aiman dengan ekor matanya.

“Kau tengok aku ea?,” tegur Hana sambil memandang Aiman. Aiman tertunduk sambil berdehem.

“Hmm, mana ada. Perasan!,” balas Aiman sambil menguis-nguis pasir di kakinya.

“Yelah tu,” ujar Hana lalu menyumbat lagi sebiji takoyaki ke dalam mulutnya.

“Aiman, apesal kau bawak aku pergi sini? setakat tengok laut ni je, bila-bila pun boleh,” soal Hana dengan mulutnya masih penuh dengan takoyaki.

“Adalah, kau tunggu jelah kejap lagi,” balas Aiman sambil memandang langit. Hana mengerutkan dahinya tatkala mendengar jawapan Aiman itu. ‘Tunggu apa? Ada apa-apa dekat langit ke malam ni?,’ desis Hana sambil mendongak-dongakkan kepalanya. Kemudian dia curi memandang Aiman. ‘Patut ke aku tanya dia pasal malam semalam? Haish, agak-agak dia marah tak?,’ desis Hana lagi. Kunyahan di mulutnya dipercepatkan lalu menolak makanan tersebut ke dalam tekaknya.

“Aiman…,” panggil Hana perlahan. Aiman tersentak dengan panggilan tersebut lalu memandang Hana.

“Hmm, kenapa?,” soal Aiman.

“Malam…semalam…k…kau,” tiba-tiba ada satu bunyi dentuman di langit. Bagai nak runtuh langit di buatnya. Hana dan Aiman masing-masing memandang langit dengan serentak. Buntang biji mata Hana tatkala melihat langit. Bibirnya tersengih lebar sambil matanya bersinar-sinar memandang langit.

“Cantiknya!!,” teriak Hana dengan gembira. Aiman hanya tersenyum memandang langit. Kelihatan ada bunga api sedang berdentam-dentum di langit. Ada pelbagai bentuk serakkan daripada bunga api itu.

“Wahh!! Ada bentuk lovelah! Bentuk bintang pun ada!,” teriak Hana lagi sambil menunjuk jarinya ke langit. Aiman tersenyum sambil memandang Hana.

“Ini jelah yang mampu aku bagi untuk balas balik apa yang kau dah buat masa aku demam hari tu,” ujar Aiman sambil berteleku memandang bunga api yang berserakkan di langit. Hana terkesima lalu memandang Aiman.

“Alaa, tak pelah. Lagipun kau demam teruk. Aku tak nak ada mayat dekat sebelah rumah aku. Nanti tak pasal-pasal aku yang kena soal siasat,” balas Hana lalu memandang bunga api tersebut. Aiman tersenyum sinis sambil mengerling wajah manis Hana itu.

“Yelah, sampai nangis-nangis kan orang tu tak nak kena soal siasat,” sindir Aiman sambil matanya mengerling Hana. Hana tersentak kecil tatkala mendengar sindiran Aiman itu. Dia buat-buat tak dengar sambil tekun memandang serakan-serakan bunga api di langit.

‘Ish budak ni, tak dengar ke aku sindir dia,’ desis Aiman sambil mengeluh kecil.

“Aiman, ni ke motif kau suruh aku pergi kerja saing kau. Kau boleh cakap kot, aku boleh drive kereta aku datang sini,” soal Hana cuba menukar topik.

“Kalau aku cakap dulu, tak surpriselah namanya. Lagipun kau memang suka tengok bunga api kan. Sejak kecik lagi. So, aku bawalah kau ke sini,” balas Aiman.

“Kau ingat lagi ye benda-benda lama tu. Ye, tapi Aqief tak ada sekali,” ujar Hana agak perlahan. Sambil itu dia menunduk dan menguis-nguis pasir dengan tangannya.

“Alaa, Aqief tu busy memanjang. Nanti kita ajak dialah datang sini,” balas Aiman sambil memandang Hana yang sedang menguis-nguis pasir. ‘Macam budak kecik,’ desis Aiman. Hana memandang wajah comel Aiman itu sambil mengukir senyuman. Kedengaran jantung Aiman berdegup kencang tatkala memandang senyuman Hana itu. Dup dap dup dap bukan main laju lagi bunyinya. Bagai berlawanan dengan bunyi dentuman bunga api yang meletup di ruangan udara. Dengan serta-merta kedua-dua pipi Aiman menjadi merah. Nasib baik Aiman ni tak putih sangat orangnya, jadi tak nampak sangatlah merahnya tu.

“Eh? Dah habis ke?,” soal Hana mematikan perasaan Aiman. Aiman tersentak lalu memandang langit.

“Laa! Last sekali ada bunga api bentuk love 7 warna! Kau ada nampak?,” ujar Aiman sambil memandang Hana. Hana memandang Aiman sambil menggeleng-gelengkan kepalanya itu.

“Ada ke?,” soal Hana. Aiman hanya menganggukkan kepalanya dengan perlahan.

“Laa! Kenapa dari tadi tak cakap?!,” soal Hana sambil memandang langit.

“Hmm, aku ingat nak bagi surprise. Tak pelah, lain kali aku bawa kau lagi,” balas Aiman perlahan. Hana mengangguk perlahan sambil mempamerkan mukanya yang sayu itu.

“Tak pelah Aiman. Yang penting, dapat juga aku tengok bunga api. Apa-apapun, terima kasih Aiman!,” balas Hana sambil tersengih menampakkan sebaris giginya yang putih itu. Aiman tersenyum tatkala melihat sengihan Hana itu. Kalah kerang busuk. Kerang busuk, kerang busuklah. Yang penting Aiman sedang terjatuh hati dengan wanita di hadapannya itu. Walaupun menjengkelkan, tetapi perasaan sayang dia terhadap Hana mampu mengatasi kejengkelan itu.

                                                    ***************************

“Kenapa awak datang sini Wardah? Kita tak boleh jumpa hari lain ke?,” soal Aqief tatkala memandang sesusuk tubuh yang menawan di hadapannya itu. Entah mengapa tiba-tiba Zulaikha terjengil di hadapannya ketika ini. Aqief baru sahaja ingin masuk ke dalam keretanya untuk pulang ke rumah.

“Ada sesuatu saya ingin beritahu awak,” ujar Zulaikha perlahan sambil memeluk tubuhnya. Sementara itu, matanya tidak mampu menatap mata Aqief.

“Awak okay Wardah?,” soal Aqief sambil cuba mendekati Zulaikha. Kelihatan Zulaikha cuba menelan air liurnya. Terasa susah benar untuk dia menelannya.

“Kita break up…,” ucap Zulaikha perlahan. Langkah Aqief terhenti dan dahinya sedikit berkerut.

Break up?,” soal Aqief kembali. Dia rasa seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya itu. Zulaikha minta memutuskan hubungannya. Apa semua ni? Zulaikha hanya mengangguk perlahan. Aqief memandang wajah bujur Zulaikha itu dengan serius.

Why?,” soal Aqief dengan agak dingin.

“Saya nak sambung master. And I will continue in England. So, the best choice is break up this relationship,” ujar Zulaikha agak perlahan. Sambil itu dia cuba menatap mata Aqief. Agak menakutkan tatkala memandang mata Aqief ketika ini. Kelihatan warna mata Aqief bertukar menjadi merah saga.

Please tell me, apa kena-mengena relationship ni dengan master awak?,” soal Aqief agak menekan-nekan nada suaranya.

“Saya tak nak hubungan jarak jauh Aqief. Ia akan menyusahkan. Saya dekat sana agak lama Aqief,” balas Zulaikha sambil memberi alasannya kepada Aqief.

Do you love me?,” soal Aqief. Kali ini dia betul-betul ingin mendengar jawapan yang keluar dari mulut Zulaikha.

Yes, but I love my career more. So, I’m really sorry Aqief. Mungkin ada wanita lain yang lebih tulus mencintai awak berbanding saya Aqief. Saya percaya tu. So, sampai sini je hubungan kita. I’m really sorry. Assalammualaikum,” ujar Zulaikha lalu melangkah pergi meninggalkan Aqief yang terpinga-pinga.

Aqief memandang Zulaikha dengan pandangan yang tidak percaya. Apakah ini? Mimpi ke dia? Ini ke pengakhiran cintanya? Aqief berteka-teki sambil memandang bayangan Zulaikha yang tidak kelihatan itu. Kelihatan matanya merah menyala dengan mukanya yang sudah dibasahi peluh yang dingin. Dia masih tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi. Dia ingin memanggil Zulaikha tetapi suaranya tersekat di kerongkong. Entah mengapa susah benar untuk dia mengeluarkan suaranya itu.

Di samping itu, terdapat sepasang mata yang memandang drama mereka berdua sambil mengukir senyuman. Senyuman yang sangat puas. Sepasang mata dan senyuman tersebut milik Ezreen. Entah dari mana datangnya si Ezreen ni. Ada saja dia muncul bab-bab macam ni. Ah, lantaklah! Yang penting selepas ini dia mempunyai kesempatan untuk memiliki hati Aqief. Hana dah tumpas, kini Zulaikha pula. Jadi lepas ni tiada siapa yang mampu menghalangnya lagi. Hahahaha! Ezreen ketawa jahat. Di dalam hatinya saja.

Previous: BAB 29
Next: BAB 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.