Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,838
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 1

“Pagi-pagi dah jemur tilam. Ngompol ke?”, tatkala si dara mengeluarkan kata-kata itu, si teruna terus menarik muka dan berlalu masuk ke dalam rumah.

Ai, salah ke aku tanya macam tu,” ujar si dara sambil mengerutkan dahinya. Selimut yang berada di tangan ingin disidainya. Baru niat hati ingin berbuat demikian, tiba-tiba Mak Icah, ibu kepada si teruna keluar dari rumah untuk membuang sampah. Niatnya dimatikan lalu menegur Mak Icah.

“Selamat pagi Mak Icah!,” tegur si dara.

Laa Hana rupanya. Ingat siapalah tadi,” jawab Mak Icah.

“Hanalah Mak Icah, siapa lagi. Ni Mak Icah, Hana nak tanya sikit ni. Boleh tak Mak Icah?,” ujar Hana sambil memegang selimut yang ingin disidainya.

Haa, tanyalah. Apa dianya Hana?,” ujar Mak Icah sambil meletakkan bungkusan sampah di jalan hadapan rumahnya.

“Ni, tadi Hana tegur anak bujang Mak Icah tu, Hana cakaplah pag-pagi dah jemur tilam, ngompol ke? lepas tu dia muncung sedepa sampai boleh sangkut penyangkut baju tu berpuluh-puluh banyaknya, lepas tu terus dia masuk dalam. Apesal dengan dia tu Mak Icah? Pagi-pagi muka dah macam cencorot,” ujar Hana sambil meluahkan ketidakpuashatian dia.

“Oh, hahaha. Dia buat muka cencorot tu sebab Mak Icah tarik telinga dia suruh bangun. Matahari dah tinggi, tak bangun-bangun, tu yang Mak Icah tarik telinga dia. Mak Icah suruh jemur tilam dia sekali. Dah teruk sangat dah baunya.” Ujar Mak Icah menerangkan situasi yang sebenar.

“Oh, patutlah, tapi tak payahlah buat muka cencorot dekat Hana. Macam Hana ni ada buat salah je dengan dia tu,” ujar Hana sambil mencebikkan mukanya.

“Yang Hana tanya dia ngompol tu kenapa? Tu yang dia buat muka cencorot dia tu. Dahlah Hana, tak payahlah dilayannya budak bertuah tu. Nanti eloklah tu anginnnya,” kata Mak Icah menenangkan Hana.

Ui, mak dara dan anak dara dekat luar tu, dah habis mengumpat kita ke?,” sergah si teruna di muka pintu.

“Huhh!,” Hana mencebikkan mukanya lalu pergi dari situ.

“Dah kenapa tu, gila ke,” ujar si teruna lalu masuk ke dalam rumah.

“Ish budak-budak ni. Dah besar panjang, tapi perangai tak berubah-ubah,” ujar Mak Icah sambil menggelengkan kepalanya. Sambil itu dia mencapai penyapu untuk menyapu halaman rumahnya yang berselerak dipenuhi daun-daun kering yang gugur.

                                          *******************************

“Ish, geram betullah dengan Si Cencorot ni. Pagi-pagi dah buat spoil, grrr,” ujar Hana sambil mencampak selimut yang tidak jadi disidainya.

“Kenapa kamu ni Hana, pagi-pagi dah marah-marah macam tu. Tak baik untuk kesihatan nanti. Cepat tua,” tegur Nek Yam. Pelik Nek Yam melihat gelagat cucunya itu. Hana memandang neneknya dengan muka yang masam. Sambil itu, dia melabuhkan punggungnya di sofa.

“Takde, tu ha, Si Cencorot tu. Pagi-pagi dah badmood, lepas tu nak rosakkan mood orang pulak. Apa kes!,” ujar Hana sambil mencebikkan mukanya itu.

“Apa? Si Cencorot? Siapa Si Cencorot tu Hana? Binatang ke?,” soal Nek Yam sambil membetulkan cermin matanya.

“Ish nenek ni, bukan binatanglah nek. Tu si Aiman tu. Pagi-pagi dah buat muka cencorot dia tu. Buat rosak mood orang je,” ujar Hana sambil memuncungkan bibirnya ke arah rumah jirannya itu.

“Mesti ada sebab dia buat muka macam tu. Hana ada ngusik dia tak?,” duga Nek Yam sambil memandang cucunya itu. Hana terkulat-kulat untuk menjawabnya.

“Mana ada ngusik. Hana Cuma tanya dia je, pagi-pagi jemur tilam, ngompol ke? lepas tu dia terus tarik muka,” ujar Hana sambil jari-jemarinya bermain di sisi sofa.

“Hana ni pun satu. Ingat dia tu Aiman yang tujuh tahun tu ke? dia dah besar. Mestilah dia bengang bila Hana tanya dia macam tu. Hana pergilah minta maaf dengan dia. Eloklah dia nanti,” Nek Yam cuba memberi nasihat kepada cucunya itu.

“Nenek ni, nengoklah nanti. Petang sikit ke Hana pergi minta maaf. Alah si Aiman tu. Tahun depan pun boleh minta maaf nek, sebelah rumah je kot,” ujar Hana sambil memandang rumah jirannya itu.

“Sebelah rumah je pun, kalau minta maaf tahun depan, apa gunanya. Baik minta maaf 10 tahun akan datang je,” seloroh Nek Yam. Hana tergelak kecil tatkala mendengar seloroh neneknya itu.

“Apalah nenek nie. Perginya sampai 10 tahun akan datang buat apa nek. Dah tua dah, lebih baik Hana kahwin je dengan si Aiman tu. Hari-hari boleh minta maaf,” seloroh Hana pula.

“Haa, kalau macam tu, elok sangatlah tu. Kahwin jelah dengan si Aiman tu. Dekat, sebelah rumah je. Senang sikit nenek,” ujar Nek Yam dengan gembira. Sememangnya Nek Yam berkenan benar dengan si Aiman itu.

“Amboi, happynya nenek. Sampai bila-bila Hana tak naklah dengan si Aiman tu. Dekat sangat. Kalau kentut pun boleh dengar nek,” seloroh Hana.

“Apa pula, jangan benci-benci sangat. Nanti jadi laki,” ujar Nek Yam kepada cucunya itu.

“Tak naklah Hana. Lebih baik Hana kahwin dengan kambing Mak Zah,” ujar Hana sambil mencebikkan mukanya.

“Ish budak bertuah ni. Nak kahwin dengan kambing pula. Kahwin dengan kambing tu betul-betul baru tahu. Dah, pergi sidai selimut ni. Tak kering jawabnya selimut nenek ni,” ujar Nek Yam sambil mengambil selimut yang tersadai di sofa lalu diberi kepada cucunya itu.

“Yelah nek,” jawab Hana sambil mengambil selimut yang diberi oleh Nek Yam. Nenek Yam hanya menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat cucunya itu. Kadang-kadang pening juga melihat gelagat cucunya itu. Kalau dengan si Aiman, ibarat anjing dengan kucing. Tidak pernah nak baik. Tapi kalau bantuan diperlukan, budak si Aiman itulah orang pertama yang dicarinya. Sejak kecil lagi perangai mereka berdua seperti itu. Tidak pernah berubah.

Dengan langkah yang perlahan, Hana pergi ke ampai untuk menyidai selimut yang tidak jadi di sidainya. Sambil itu matanya melirik ke arah rumah jirannya itu. Takut-takut ada kelibat daripada Aiman. Sakit hati Hana terhadap Aiman. Aiman tidak pernah menunjukkan sikap lembutnya terhadap diri Hana. Asyik dinyakatnya sahaja sejak dari kecil. Tapi kalau berlaku apa-apa, orang pertama yang dicari Hana adalah Aiman. Walaupun Aiman seperti itu, dia akan menolong Hana tidak kira apa jua keadaan. Tapi kadang-kadang Hana terpaksa makan hati sekiranya minta pertolongan daripada Aiman. Ada sahaja point yang dicari oleh Aiman untuk menyakitkan hati Hana.

“Oi, makcik! Awal sidai selimut. Ngompol ke?,” sergah Aiman. Hana beristigfar apabila disergah oleh Aiman. ‘Dia kenakan aku balik nampak,’ desis hati Hana sambil matanya melirik tajam ke arah Aiman.

“Siapa ngompol? Kaulah yang ngompol. Pagi-pagi dah jemur tilam dengan muka cencorot kau tu. Oppss, lupa. Ada orang tu kena tarik telinga dengan mak dia. Ish-ish, kesian. Dah besar-besar pun kena tarik telinga,” perli Hana sambil tersenyum sinis.

“Ish kau ni, kalau aku ngompol, kau pun ngompol jugalah kan. Habis pagi-pagi dah jemur selimut tu. Yayy, kita sama-sama ngompollah hari ni. Hahaha. Kau ni macam tak kenal mak aku je. Dia memang suka tarik telinga aku sejak kecil lagi. Dah terbiasa, nak buat macam mana. Aku pun kadang-kadang memang suruh mak aku tarik telinga aku ni ha. Sebab tu telinga aku capang, jadi senang aku nak dengar orang ngumpat aku macam pagi-pagi tadi tu kan. Kan, kan,” ujar Aiman sambil mengangkat keningnya.

“Suka hati akulah nak jemur selimut ke apa. Yang kau sibuk tu kenapa? Dah ngompol tu ngompol jelah. TOYOL!!,” ujar Hana lantas berlalu meninggalkan Aiman yang terpinga-pinga.

“Eh, kau panggil aku toyol. Siaplah kau nanti. Cik Ponti!,” kata Aiman sambil mencekak pinggangnya itu.

Hana masuk ke dalam rumah dengan langkah yang laju. Geram betul dia dengan Aiman. Hendak sahaja dia cili-cili mulut longkang si Aiman itu. Hana masuk ke dalam biliknya lalu menghempas pintu biliknya. Nek Yam yang sedang duduk di ruang tamu terkejut dengan tingkah laku cucunya itu. ‘Gaduh dengan Aiman lagilah tu,’ desis Nek Yam sambil menggelengkan kepalanya. Tidak habis-habis budak berdua ini bergaduh. Dari dulu sampai sekarang. Sehingga Nek Yam dan Mak Icah sudah masak dengan perangai mereka berdua. Bukan Nek Yam dan Mak Icah sahaja yang sudah masak dengan perangai mereka berdua, malah jiran-jiran yang lain juga sudah masak dengan perangai mereka berdua. Memang sejak dulu kala lagi perangai mereka seperti itu.

Hana menyembamkan mukanya di bantal. Dia mengambil bantal yang berada disebelahnya, lalu ditumbuk-tumbuk bantal tersebut. Geram betul dia menumbuk bantal tersebut seperti dia membayangkan yang dia menumbuk Aiman.

“Ish geram betul aku dengan kau ni. Kalau aku dapat kau, memang aku tumbuk-tumbuk kau macam ni. Ambik kau, ambik kau!,” ujar Hana sambil pijak-pijak bantal tersebut. Seronok betul dia memijak bantal tersebut. Sedang Hana khusyuk memijak-mijak bantal tersebut, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

Trrr,trrr,trrrr………..

Sementara di Lapangan Terbang Senai pula, kelihatan sesusuk tubuh yang maskulin sedang menunggu seseorang menjemputnya. Beliau melilau ke sana-sini mencari seseorang yang ingin ditemuinya. Terasa rindu benar dia terhadap orang itu.

“Aqief?, Muhammad Aqief Hakim?,” lembut suara tersebut memanggil jejaka kacak itu. Suaranya lembut seperti angin sepoi-sepoi menyapa pipi. Suara itu jugalah amat dirinduinya sejak tiga tahun yang lalu. Aqief memandang belakang sambil tersenyum. Senyumannya bertambah lebar tatkala melihat wanita yang berdiri dihadapannya kini. Ingin sahaja dipeluk wanita tersebut dengan erat. Peduli apa dia terhadap pandangan orang lain. Rindu yang bersarang dihatinya tidak dapat ditahan lagi. Terasa benar-benar ingin meletup rasa rindu tersebut.

Sementara itu, di rumah Hana pula, Hana mengambil telefon bimbitnya sambil tersenyum melihat nama yang tentera di skrin telefon bimbitnya. Dia menjawab panggilan tersebut dengan riang. Marah terhadap Aiman tiba-tiba hilang begitu sahaja.

“Assalammualaikum awak,” jawab Hana dengan lembut.

“Waalaikumussalam, awak buat apa ni? Saya ada sesuatu ingin bincang dengan awak,” ujar suara tersebut.

“Apa dia? Macam serius je bunyinya,” jawab Hana sambil mengerutkan keningnya.

“Awak, saya minta maaf. Hmm, apa kata kita berpisah,” ujar suara tersebut dengan lembut.

“Berpisah? Apa awak cakap ni? Kenapa?,”ujar Hana dengan terkejut. Matanya mula berair.

“Kita sudah dewasa, apa kata kita fikir pasal masa depan masing-masing?,” jawab suara itu lagi.

“Saya bukan sebahagian dari masa depan awak ke?,” tanya Hana seperti tidak puas hati. Matanya mula mengalirkan air mata. ‘Ya ALLAH, ujian apakah ini?,’ desis hati Hana.

“Tak, saya tak nak. Saya dah suka dekat orang lain,” ujar suara tersebut dengan sangat perlahan. Tersentak Hana apabila mendengar ayat yang dikeluarkan oleh lelaki yang pernah bertakhta di hatinya itu. Tetapi Hana terus mengawal emosinya itu.

“Dah lama?,” pendek soalan Hana. Suaranya agak bergetar. Tetapi dia tetap mengawal emosinya. Dia tak nak jadi wanita yang kesian meraung ketika saat perpisahan.

“Baru je, tapi dah kenal dengan dia dah tiga tahun,” jawab suara itu.

“Tapi perasaan tu, macam kali pertama saya jatuh cinta. Awak faham kan perasaan tu. Tapi perasaan tu tak ada dekat awak. Saya betul-betul minta maaf Hana,” ujar suara itu lagi. Bertambah bergetar hati Hana, air mata semakin laju membasahi pipinya seperti air terjun yang mengalir deras di pergunungan. Hatinya hancur hanya Yang Esa sahaja yang tahu. Tiga tahun yang lalu, Hana masih bersama dengan lelaki yang empunya suara tersebut.

“Tak pelah, saya terima. Semoga awak bahagia dengan dia. Saya minta maaf sebab tak seperti apa yang awak inginkan. Assalammualaikum,” ujar Hana mengakhiri perbualan tersebut. Tidak sanggup dia meneruskan perbualan tersebut. Hatinya sakit seperti dihiris oleh beribu-ribu pedang samurai. Terasa seperti dirinya dicampakkan ke dalam loji sampah. ‘Sampai hati kau Farish,’ desis Hana sambil menangis teresak-esak. Di saat seperti ini, dia memerlukan seseorang untuk mangadu nasibnya. ‘Ya ALLAH, aku redha dan terima ujian-MU ini. Ampunkanlah segala dosa-dosa yang pernah hamba buat Ya ALLAH. Amin,’ doa Hana di dalam hati. Dia harus terima segala yang ditentukan oleh-Nya. Ada yang lebih elok dan terbaik daripada jejaka yang bernama Farish itu. Hana mengesat air matanya lalu memandang ke rumah jirannya itu. ‘Aiman! Ya hanya Aiman orang yang boleh aku mengadu. Aiman, ya Aiman,’ desis Hana lalu keluar berlalu meninggalkan biliknya itu. Hana berjalan dengan pantas menuju ke muka pintu.

AiHana, nak pergi mana tu?,” tanya Nek Yam. Tetapi soalan Nek Yam tidak dinyahutnya. ‘Dah kenapalah budak ni hari ni. Sakit ke?,’ desis Nek Yam. Makin pelik dia melihat gelagat cucunya pada hari ini.

Hana dengan pantas menyarung selipar lalu pergi ke rumah jirannya itu. Sambil itu, air matanya tidak henti-henti mengalir.

“Assalammualaikum, Aimannn!,” Hana memberi salam.

“Assalammualaikum, Aimann!,” Hana memberi salam lagi kerana salamnya yang tadi tidak dinyahut. Kali ini Hana memberi salam dengan kuat.

“Waalaikumussalam, oh Hana, masuklah,” jawab Mak Icah di muka pintu.

“Aiman ada Mak Icah?,” soal Hana kepada Mak Icah.

“Ada tu. Ma…,” belum sempat Mak Icah menghabiskan kata-katanya, Hana telah masuk dahulu ke dalam rumahnya.

“Hana masuk dulu ye Mak Icah,” ujar Hana lalu berlalu mencari kelibat Aiman di dalam rumah.

“Ha, baru nak cakap masuk tadi. Tak sabar nampaknya. Macam ada masalah besar je budak ni,” ujar Mak Icah sendirian.

Hana mencari kelibat Aiman di ruang tamu. Sangkaan Hana tepat, Aiman berada di ruang tamu. Hana mendekati Aiman.

“Aiman!!!,” jerit Hana.

“Oi mak kau! Kau ni dah kenapa ha cik Ponti, terkejut aku tahu tak. Apa kau nak? Nak minta maaf ke. Melutut dulu kalau nak minta maaf,” ujar Aiman sambil mengurut-urut dadanya itu.

“Aku bukan nak minta maaf. Aiman!!,” ujar Hana lalu duduk sebelah Aiman.

Apesal kau ni? Aiman-aiman dari tadi. Tahulah nama aku sedap. Eh, kau nangis ea? Kau ni kenapa? Cuba cerita dekat aku,” ujar Aiman sambil mengerutkan dahinya.

“Aiman, aku dah putus!! Huaaaaa!!,” ujar Hana sambil menangis teresak-esak.

“Putus?,” jawab Aiman dengan muka yang pelik.

Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.