Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,836
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
SINOPSIS
Tetibe sinopsis terselit dekat sini..  Hehehe..

SINOPSIS

Pantang berjumpa, pasti akan berlaku Perang Dunia Ketiga. Itulah Aiman dan Hana. Dari kecil hingga sekarang, mereka berdua asyik bercakaran sahaja. Tapi tanpa disedari, mereka saling memerlukan.

Kepulangan Aqief menerbitkan semula rasa cinta Hana kepadanya. Tapi, dek kerana takut meluahkan perasaan itu, dia hanya memendam sahaja perasaannya itu. ‘Tapi, kau tak boleh tipu Aiman’. Aiman tahu perasaan Hana terhadap Aqief. Pada masa yang sama, Ezreen Nafishah, si ulat bulu juga mencintai Aqief. Alamak! Perang besar akan bermula antara Hana dan Ezreen.

Dalam bercakaran timbul rasa sayang. Aiman dalam diam mencintai Hana. Hana mencintai Aqief. Dan Aqief… mencintai Zulaikha Wardah, rakan seuniversitinya di United Kingdom. Hati Hana hancur berkecai tatkala mendapat tahu hal tersebut. Aiman, hanya memandang simpati dan bertekad sentiasa menceriakan hari-hari Hana.

Panas tidak berpanjangan sehingga ke petang. Cinta Aqief putus di tengah jalan. Aqief mula mencari cinta Hana setelah mengetahui perasaan Hana terhadap dirinya. Tapi Hana mula mencintai Aiman. Terasa seksa tatkala memendam perasaan sayang. Hana terpaksa memendam perasaannya terhadap Aiman gara-gara mengetahui rakan perempuannya, Imla mencintai diri Aiman.

Aqief pula mengambil langkah melamar Hana. Ohh, tidak! Aiman melihat episod romantika tersebut dan dia bertekad membawa diri ke luar negara. Adakah Hana sempat memberitahu perasaannya terhadap Aiman? dan adakah Aqief berjaya mengejar cinta Hana? Bagaimana Imla? Ezreen pula?

Teruskan membaca bab-bab seterusnya. Terima kasih ^___^

Previous: BAB 40
Next: BAB 41

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.