Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,781
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 34

Hana menuju ke keretanya sambil tersenyum simpul. Sejak mendapat roti dan air kotak daripada Aiman tadi, Hana asyik tersenyum meleret sehingga tamat waktu kerjanya. Cuma, kalau berhadapan dengan Aiman semasa waktu kerja tadi, dia mencover senyumannya yang persis kerang busuk itu. Takut Aiman perasan pula yang dia tersengih-sengih disebabkan Aiman. Terpaksalah dia buat muka poyonya itu kepada Aiman.

Sedang dia membuka pintu keretanya, tiba-tiba muncul Imla di belakangnya.

“Hana,” panggilnya. Hana menoleh tatkala namanya di panggil.

“Im, kenapa?,” jawab Hana sambil memandang Imla yang berdiri tegak di hadapannya itu.

“Na, aku nak beritahu kau sesuatu ni. Esok aku nak ajak Aiman pergi karnival dekat taman tema. Aku harap kau tak ajak dia pergi sanalah esok. Boleh tak Hana? Bagi peluang tu pada aku?,” soal Imla dengan wajah yang serius. Dengan serta-merta air muka Hana terus berubah. Baru niat di hatinya ingin mengajak Aiman pergi sana esok.

‘Apa patut aku buat ni? kawan ke perasaan aku?,’ desisnya. Hatinya ingin sangat mengajak Aiman pergi ke karnival tersebut tetapi takkan dia nak melukakan hati Imla kerana perasaannya itu.

“Na?,” panggil Imla sambil menunggu jawapan daripada Hana. Hana tersentak dari lamunannya lalu memandang Imla. Kelihatan Hana mengeluh kecil.

“Hmm, kau pergilah dengan dia. Aku tak ajak dia pergi sana pun. Aku pergi dengan Aqief nanti,” Hana memberi jawapan dengan berat hati. Kelihatan ada segaris senyuman terpamer di bibir Imla.

“Betul ke ni?,” soal Imla meminta kepastian. Hana menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Senyuman Imla bertambah lebar tatkala melihat respon daripada Hana itu. Imla dengan gembiranya lantas memeluk Hana.

“Terima kasih Hana! Terima kasih!,” ucap Imla dengan gembira.

Hana terkejut dengan tindakan Imla itu. Dia hanya mampu mempamerkan senyuman yang nipis dibibirnya, tetapi hanya mampu menangis di dalam hatinya.

‘Takpelah. Lain kali jelah aku pergi dengan Aiman,’ desisnya sambil membalas pelukan Imla itu.

                                                                  *******************

Malam itu, sedang Aiman merebahkan badannya di atas katil, tiba-tiba telefon bimbitnya menjerit minta untuk diangkat. Aiman dengan malasnya mengambil telefon bimbitnya itu lalu mengangkat panggilan tersebut.

“Aiman! baru sekarang kau nak angkat. Kakak call kau dari tadi baru sekarang kau nak angkat. Berjanggut tau tunggu kau angkat phone. Haish, kau ni! busy mengalahkan PM! Apa kau buat dari tadi? Berak batu ke?,” Aiman mengerutkan mukanya sambil menjarakkan telefon bimbitnya itu daripada telinganya. Terasa macam machine gun yang menembak telinganya bertubi-tubi. Tak tahan Aiman mendengarnya.

Hello? Aiman! Haish, budak ni!,” Aiman menekapkan kembali telefon bimbitnya itu di telinganya.

“Ye kak Aina. Nak apa?,” jawab Aiman malas. Malas nak layan perangai kakaknya yang sorang ni. Membebel je kerjanya. Sakit telinganya tatkala melayan perangai kakaknya itu.

“Tu lah kau, kalau akak cakap je mesti buat perangai kambing gurun kau tu. Sakit hati layan perangai kau ni tau! bilalah kau nak berubah Man!,” bebel kak Aina lagi. Aiman mengeluh kecil sambil mendengar bebelan kakaknya itu.

‘Kita lagi sakit hati bila dengar dia membebel macam tu,’ desisnya.

“Kak, kak Aina telefon ni nak apa? Kita nak tidurlah,” jawab Aiman yang semakin pening mendengar bebelan kakaknya itu. Bebel mengalahkan maknya sendiri.

“Nak tidurlah konon. Awal kau tidur. Nak mengelak akulah tu. Ni, Aiman. Macam mana dengan tawaran akak tu? nak terima tak?,” soal kak Aina memberitahu tujuan sebenar dia menelefon Aiman itu.

“Tawaran apa kak?,” soal Aiman balik.

“Haish, kau ni! buat-buat lupa pula budak ni. Kau nak ikut aku pergi Amsterdam tak? Jomlah Aiman. Tawaran ni susah nak dapat lagi tau,” ajak kak Aina beriya-iya. Aiman menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Sebelum ini kakaknya itu pernah mengutarakan tawaran tersebut kepadanya. Cuma dia minta sedikit masa untuk memikirkannya. Banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan di sini. Dan salah satu sebabnya adalah Hana. Dia tak nak tinggalkan Hana. Lagi-lagi tinggalkan Hana dengan Aqief. No No No!!

“Akak, bagi Aiman fikir lagi,” jawab Aiman. Kedengaran ada keluhan di hujung talian.

“Suka hati kaulah Man. Akak bagi masa sampai esok malam. Akak tahu akak dah dapat jawapannya. Sebab dah tak de masa dah ni. Haish, kau ni! mommy boy betul!,” balas kak Aina lalu memutuskan talian tersebut. Aiman mengeluh kecil lalu pandangannya dilontarkan ke syiling biliknya. Berbelah bahagi. Nak ikut kak Aina atau Hana. Peluang ini hanya sekali datang. Tetapi Hana. Takkan nak tinggalkan Hana dengan Aqief. Mestilah Aqief mengambil kesempatan nanti. Aiman kusut memikirkankannya.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi lagi. Aiman memandang telefon bimbitnya sambil berdecit.

‘Ish siapa pula yang callni?,’ desisnya lalu mengambil telefon bimbitnya itu. Di skrin telefon bimbitnya itu tentera nama Imla. Aiman mengerutkan keningnya lalu mengangkat panggilan tersebut.

Hello, Aiman?,” terdengar suara Imla di hujung talian. Amat lembut seperti aiskrim. Tidak sekasar selalu.

“Hmm… kau nak apa call aku ni Im?,” soal Aiman. Kedengaran Imla seperti teragak-agak untuk meluahkan apa yang ingin diperkatakannya nanti.

“Hmm, Aiman. Aku, sebenarnya nak ajak kau pergi karnival esok. Kau nak tak?,” ajak Imla. Sebenarnya dia takut sekiranya Aiman menolak pelawaannya itu.

“Ohh, esok ada karnival ke? dekat mana? tak tahu pun,” soal Aiman ingin tahu. Dia tak tahu pun adanya karnival esok.

“Ada. Dekat taman tema. Tu yang aku nak ajak kau pergi sana,” balas Imla mengharapkan Aiman menerima pelawaannya itu.

‘Hmm, boleh ajak Hana ni,’ desisnya sambil tersenyum sendiri.

“Aiman? kau nak pergi tak?,” soal Imla lagi. Aiman tersentak dari lamunannya tatkala Imla memanggil namanya.

“Haa, ohh… Sorrylah Im. Aku ada hallah esok. Lain kali ye,” balas Aiman memberikan jawapannya.

“Ohh, hmm… It’s okay,” ujar Imla seperti kecewa. Kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Aiman itu. Sebenarnya, bukan itu jawapan yang dia mahukan. Hatinya meronta-ronta untuk pergi ke karnival bersama dengan Aiman esok. Mungkin esok bukan rezekinya untuk dia meluangkan masa bersama Aiman. Mungkin memang betul Aiman ada perkara perlu diselesaikan esok. Imla memujuk hatinya itu.

Okaylah Im. Nite! Sorry tau. Assalammualaikum,” ucap Aiman mengakhiri perbualan mereka itu.

“Waalaikummussalam,” balas Imla lalu mematikan talian. Kelihatan Imla mengeluh kecil sambil mencampakkan telefon bimbitnya itu. Kemudian, dia merebahkan badannya itu sambil menekup mukanya dengan kedua-dua lengannya itu.

Sementara itu, jari-jemari Aiman pantas mencari nama Hana di contact numbernya. Kemudian dia menekan nombor Hana sambil tersenyum.

Trutt Trutt… Trutt Trutt…

Hello?,” kedengaran suara Hana di hujung talian. Amboi, cepatnya angkat. Kelihatan ada segaris senyuman di bibir Aiman.

“Na, esok ada karnival kan? Pergi jom,” ajak Aiman teruja. Kelihatan wajah Hana berubah menjadi sugul tatkala Aiman mengajaknya pergi ke karnival esok.

‘Nak sangat pergi karnival dengan Aiman esok. Tapi, Imla. Hmm,’ desisnya.

“Hmm, sorrylah Aiman. Aku busylah esok,” bohong Hana.

Busy? Aku baru nak ajak kau pergi karnival tu esok. Hmm, tak pelah kalau macam tu,” balas Aiman agak kecewa. Kecewa kerana Hana telah menolak pelawaannya itu.

Sorrylah Aiman. Mungkin lain kali kita pergi sama-sama, okay?,” pujuk Hana. Sebenarnya hatinya ingin sangat pergi ke karnival tersebut bersama dengan Aiman. Tapi dia terpaksa korbankan semata-mata untuk Imla. Kedengaran ada keluhan kecil daripada Aiman.

“Hmm.. ye, mungkin lain kali je. Kita pergi sama-sama okay? Janji?,” ujar Aiman sambil tersenyum sendiri. Kelihatan Hana turut tersenyum mendengar kata-kata Aiman itu.

“Ye! Janji!,” balas Hana sambil tersenyum gembira.

Okay kalau macam tu, kau pergilah tidur. Kau kata esok kau busy kan. Tidur awal okay. Sweetdreams. Nite-nite! Assalammualaikum,” ucap Aiman mengakhiri perbualan antara mereka berdua.

Okay, sweetdreams too. Nite-nite, waalaikummussalam,” balas Hana lalu mematikan talian. Kelihatan Hana mengeluh kecil sambil memandang telefon bimbitnya itu. Mungkin tak ada rezeki untuk dia keluar bersama-sama dengan Aiman kali ini. Tapi, hati dia sakit sangat bila dapat tahu yang Aiman akan keluar dengan Imla esok.

‘Hmm.. tapi kenapa dia ajak aku pergi karnival esok? Dia tak pergi dengan Imla ke? Imla belum ajak dia lagi kot. Dengar tadi beriya-iya dia nak pergi karnival tu. Mungkin esok dia pergi karnival dengan Imla kot. Hmm,’ bisiknya beserta dengan keluhan yang agak kasar.

Tidak lama kemudian, tiba-tiba telefon bimbitnya menjerit minta untuk diangkat. Hana terkejut sambil memandang telefon bimbitnya itu. Kelihatan nama Aqief tentera di skrin telefon bimbitnya itu. Dengan pandangan yang kosong, Hana mengangkat panggilan tersebut.

“Ye Aqief,” jawabnya sambil pandangannya dilontar ke pintu biliknya.

“Na? kau dah tidur ke?,” soal Aqief agak lembut. Seperti biasa. Kelihatan ada segaris senyuman nipis di bibir Hana.

“Belum lagi. Kenapa Qief?,” soal Hana yang tertanya-tanya tujuan Aqief menelefonnya.

“Ohh, tak delah. Aku ingat kau dah tidur. Hmm, sebenarnya aku nak ajak kau pergi karnival esok. Kau nak pergi tak?,” ajak Aqief berterus-terang.

‘Karnival? Hmm. Daripada aku tak buat apa dekat rumah, lebih baik aku ikut Aqief pergi karnival tu. Daripada dok sakit hati tengok Aiman keluar dengan Imla, lebih baik aku pergi dengan Aqief. Kan,’ desis Hana sambil terherot-herot bibirnya itu.

Okay, aku ikut kau. Pukul berapa nak pergi?,” soal Hana agak teruja.

“Hmm, pukul 10? Boleh?,” soal Aqief balik. Kelihatan Hana mengembungkan kedua-dua pipinya itu.

“Pukul 10 ye? Okay je. Kita jumpa pukul 10 nanti. Naik kereta kau kan?,”

“Yep, naik kereta aku. Jangan lupa esok pukul 10,” pesan Aqief supaya Hana mengingati temu janji mereka berdua.

Okay,” balas Hana pendek.

Okay, jumpa esok. Selamat malam Hana. Assalammualaikum,” ujar Aqief mengakhiri perbualan antara mereka berdua.

Okay, selamat malam Aqief. Waalaikummussalam,” balas Hana lalu mematikan talian tersebut.

Kelihatan Aqief tersenyum manis sambil menggenggam telefon bimbitnya itu. Akhirnya, dia dapat keluar berdua-duaan bersama dengan Hana. Dia pasti akan merebut kembali hati Hana. Pasti!

Previous: BAB 33
Next: BAB 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.