Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,841
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 27

Tengah hari itu kelihatan Aqief duduk di satu bangku berhadapan dengan kolam renang di hotelnya. Dia menundukkan mukanya sambil meramas-ramas jari-jemarinya itu. Fikirannya jauh menerawang. Sepertinya dia sedang memikirkan sesuatu. Aqief mengeluh kecil lalu memandang kolam renang di hadapannya itu. Sungguh serabut dan rimas melihat keadaan Aqief itu. Dari jauh kelihatan Aiman melangkah perlahan menuju ke arah Aqief. Kemudian, dia melabuhkan punggungnya di sebelah bangku Aqief. Kakinya ditelunjurkan dan dia merebahkan kepalanya sambil kedua-dua lengannya dijadikan alas untuk kepalanya. Aiman kemudiannya menoleh memandang rakannya itu. Kemudian dia memalingkan mukanya menghadap langit yang membiru itu.

“Jauh termenung. Macam besar je masalah,” tegur Aiman secara tiba-tiba. Aqief tersentak lalu memandang rakannya yang sedang santai itu.

“Aiman. Tak ada apalah,” balas Aqief lalu memandang semula kolam renang di hadapannya itu.

“Hmm, kau dah minta maaf belum dengan Hana?,” soal Aiman sambil memandang Aqief dengan matanya yang serius itu. Aqief menggeleng-geleng kepalanya dengan perlahan. Aiman membesarkan matanya yang redup itu sambil memandang Aqief. Kelihatan Aqief menundukkan wajahnya semula. Sambil itu dia menggenggam kedua-dua belah tangannya itu. Aiman kemudiannya memandang Aqief dengan matanya yang redup itu semula.

“Itu ke masalah kau?,” soal Aiman sambil turut memandang kolam renang di hadapannya itu. Aqief memandang Aiman dengan pandangan yang serius. Sambil itu dia menelan air liurnya.

“Aku tak tahu,” jawab Aqief perlahan. Aiman tersentak lalu memandang Aqief.

“Maksud kau?,” soal Aiman sambil memandang Aqief dengan pandangan redupnya itu.

“Aku tak tahu. Bila aku tengok Hana rapat dengan kau. Aku rasa sakit hati sangat. Masa tu aku ternampak kau dan Hana main PS2, korang happy sangat. Aku terus sakit hati. Macam petang semalam. Korang main air dengan happy sangat. Sampai sekarang aku sakit hati. Sebab itu aku tak minta maaf dekat Hana sampai sekarang. Aku serabut dengan perasaan aku sendiri,” ujar Aqief sambil memandang kolam renang yang esklusif itu. Aiman duduk sambil memandang Aqief dengan mata redupnya itu.

“Kau cemburu kan?,” soal Aiman perlahan. Aqief tersentak lalu memandang tepat mata Aiman. Aiman membalas pandangan Aqief itu dengan pandangan yang serius. Aqief kemudian mengalih pandangannya lalu menelan air liurnya.

“Tak mungkin,” jawab Aqief dengan perlahan. Aiman mengeluh kecil sambil memandang Aqief.

“Kau rasa sakit hati bila nampak aku dengan Hana mesra kan. Hati kau sakit sebab cemburu,” balas Aiman sambil memandang riak wajah Aqief itu. Aqief memandang Aiman sambil mengerutkan keningnya.

“Takkan itu cemburu. Aku ada Wardah. Tak ada sebab untuk aku cemburu,” ujar Aqief menidakkan rasa di hatinya itu. Aiman tergelak kecil tatkala mendengar kata-kata Aqief itu.

“Itulah, kau ada Wardah. Tak patut ada rasa macam tu. Hmm, macam nilah. Lagi cepat kau minta maaf dengan Hana, lagi cepat masalah ni selesai,” ujar Aiman sambil memandang wajah Aqief yang putih bersih itu. Aqief memandang Aiman lalu menundukkan wajah kacaknya itu.

Okaylah. Masa rehat dah habis. Aku masuk kerja dulu,” ujar Aiman lagi sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluarnya. Aqief memandang Aiman sambil tersenyum sepi. Aiman membalas senyuman Aqief itu lalu melangkah pergi meninggalkan Aqief yang merenung kolam renang di hadapannya. Aqief mengeluh kecil lalu bangun dan terus melangkah pergi meninggalkan tempat tersebut. Tugas perlu diselesaikan. Masalah peribadi harus dipisahkan dengan urusan kerja. Ada betulnya juga kata-kata Aiman itu. Dia harus meminta maaf dengan cepat kepada Hana. Barulah masalah yang menyerabutkan kepalanya itu hilang. Aqief harus meminta maaf kepada Hana. Dia berharap agar Hana memaafkan dirinya itu.

Sementara itu, kelihatan Zulaikha teragak-agak memasuki lobi hotel. Sambil itu kelihatan dia menoleh ke kiri dan ke kanan seperti mencari seseorang. Dokumen yang berada di tangannya digenggam erat. Kebetulan di situ kelihatan Ezreen sedang menuju ke tingkat atas sambil membimbit beg tangannya. Dia mengerutkan keningnya tatkala menatap wajah Zulaikha. Sepertinya dia pernah lihat Zulaikha di sesuatu tempat. Zulaikha hanya tersenyum manis tatkala Ezreen memandangnya sebegitu.

“Hei, I macam pernah nampak youlah. Dekat mana ye?,” ujar Ezreen sambil memandang wajah putih mulus Zulaikha itu. Zulaikha tersenyum manis sambil memandang Ezreen.

“Saya kawan Aqief. Kita pernah jumpa masa saya join korang lunch time. Mungkin awak tak ingat. Hmm, Saya nak tanya. Aqief ada? Saya nak bagi sesuatu dekat dia,” ujar Zulaikha lembut. Senyumannya masih tidak lekang dari bibirnya yang comel itu. Ezreen merenung Zulaikha dengan renungan yang tajam. ‘Oh, jadi nilah perempuan yang curi Aqief daripada aku,’ desis Ezreen di dalam hati.

“Bagi je dekat I. Nanti I bagi dekat dia,” ujar Ezreen dengan muka sombongnya. Sambil itu dia cuba merampas dokumen tersebut dari tangan Zulaikha. Zulaikha cuba mempertahan dokumen yang berada di tangannya itu. Ezreen memandang Zulaikha sambil tersenyum sinis. Sungguh berani perempuan ini melawan dirinya. Ezreen dengan tanpa berputus-asa merampas kembali dokumen tersebut. Ezreen merampas dokumen tersebut dengan kasar daripada tangan Zulaikha. Zulaikha terkejut dengan tindakan Ezreen itu cuba merampas kembali dokumen tersebut. Akan tetapi Ezreen menghalang Zulaikha daripada merampasnya.

“Bagilah balik dokumen tu. Mungkin dokumen tu penting bagi Aqief,” ujar Zulaikha lembut sambil cuba mengambil kembali dokumen tersebut daripada tangan Ezreen.

You tak tahu ke Ini assistant dia. Biar I jelah bagi dokumen ni pada dia. Yang you sibuk-sibuk nak bagi dokumen ni pada dia kenapa. Perempuan tak tahu malu! Dahlah curi Aqief daripada I!,” jerit Ezreen sambil menghalang Zulaikha mengambil documen tersebut daripada tangannya. Tanpa disedari tangannya tertolak bahu Zulaikha. Zulaikha yang lemah-lembut itu jatuh tersimpuh tatkala bahunya ditolak kasar oleh Ezreen. Tanpa disedari, kelihatan Hana yang sedang lalu di situ terlihat keadaan tersebut.

“Oi, kau buat apa dekat dia?,” sergah Hana sambil melangkah laju menuju ke arah mereka berdua. Ezreen dan Zulaikha terkejut dengan sergahan tersebut lalu menoleh ke arah Hana. Kelihatan Hana mengerutkan keningnya sambil memandang Ezreen.

“Kau buat apa dekat dia? Aku nampak tadi kau tolak dia. Agak-agaklah, kalau nak lawan bukan dengan dia. Dengan aku. Hutang kita dekat Legoland belum selesai lagi,” ujar Hana sambil mencekak pinggangnya. Sambil itu matanya itu memandang Ezreen dengan marah.

Sorry, I tak cari pasal dengan you. So, you jangan nak masuk campur pula. You ni memang busy body kan. Sibuk sangat hal orang. Jagalah tepi kain tu dulu,” ujar Ezreen sambil menjeling sinis Hana.

“Hei! Kau tu memang selalu cari pasal dengan orang kan. Nak je aku jahit-jahit mulut kau tu. Bagi balik apa yang kau ambil daripada dia,” arah Hana dengan marah sambil merenung Ezreen dengan tajam.

“Jahitlah kalau berani. Kalau I cakap I tak nak bagi, you nak buat apa?,” ujar Ezreen cuba mencabar kesabaran Hana. Hana mengetapkan giginya sambil merenung Ezreen. Perempuan ini memang mencabar kesabaran dia.

“Kalau kau tak bagi. Aku akan rampas!,” ujar Hana lalu merampas dokumen yang berada di tangan Ezreen. Ezreen yang terkejut dengan tindakan Hana itu cuba merampas kembali dokumen tersebut.

“Baik kau pergi sebelum aku jerit sampai Encik Iqbal dengar. Of coursekau tak nak cuti selama-lamanya dengan aku kan?,” ugut Hana sambil menaikkan keningnya itu. Ezreen mengetapkan bibirnya sambil mengerut memandang Hana.

It’s okay. Hari ini hari you, esok-esok hari Ipula. Just wait!,” ujar Ezreen sambil menjeling Hana lalu melangkah pergi meniggalkan mereka berdua. Ezreen tidak mahu menimbulkan kekecohan di situ. Dia tak nak Encik Iqbal memberhentikan dia gara-gara kekecohan yang ditimbulkan itu. Mungkin peluang untuk bersama dengan Aqief akan terlepas. Hana memandang kelibat Ezreen sambil menjelingkan matanya. Kemudian dia memandang Zulaikha yang terjatuh itu lalu membantunya untuk bangun. Zulaikha tersenyum memandang Hana. Begitu juga Hana.

“Nah, barang awak. Lain kali kalau dia datang kacau awak lagi, awak cakap je dengan saya. Biar saya yang ajar orang macam tu,” seloroh Hana sambil memberi dokumen yang dirampasnya tadi kepada Zulaikha. Zulaikha mengambil dokumen tersebut sambil tersenyum.

“Terima kasih,” ucap Zulaikha.

“Awak okay? Sakit tak? Nak jumpa Aqief ye?,” soal Hana lembut. Zulaikha menganggukkan kepalanya sambil memandang Hana.

“Aqief ada?,” soal Zulaikha lembut.

“Ada. Kejap lagi dia masuk,” ujar Hana sambil memandang kiri dan kanannya. Kelihatan Aiman masuk ke dalam lobi tersebut. Kemudian diikuti oleh Aqief.

“Haa, tu dia,” ujar Hana sambil memandang Aqief. Begitu juga Zulaikha. Aqief yang sedang melangkah untuk masuk ke pejabat terkejut tatkala terpandang akan Zulaikha dan Hana. Aiman yang turut berada di situ terkejut melihat mereka berdua. Aiman memandang Aqief yang berada di belakangnya dan Aqief membalas pandangan Aiman itu. Kemudian, dia mengatur langkah menuju ke arah mereka berdua diikuti Aiman.

“Aqief,” panggil Zulaikha perlahan tatkala Aqief berdiri di hadapannya itu. Hana hanya menundukkan wajahnya lalu cuba melangkah pergi meninggalkan mereka. Tetapi dihalang oleh Aiman. Hana memandang Aiman, dan Aiman memandang Hana dengan serius.

“Awak buat apa dekat sini?,” soal Aqief perlahan. Dengan perlahan, Zulaikha memberikan dokumen yang berada di tangannya itu kepada Aqief. Aqief memandang dokumen tersebut lalu mengambilnya.

“Awak tertinggal ni. Mesti dokumen ni penting. Sebab tu saya bawakan ke sini,” ujar Zulaikha lembut. Aqief hanya mengangguk perlahan. Zulaikha tersenyum sambil memandang Hana. Kemudian, dia pergi menuju ke arah Hana.

“Hana, terima kasih pasal tadi,” ucap Zulaikha sambil memegang lengan Hana. Hana tersentak lalu tersenyum memandang Zulaikha.

“Tak ada apa. Sikit je tu,” balas Hana sambil tersenyum mesra. Aiman dan Aqief mengerutkan kening mereka tatkala melihat mereka berdua.

“Ada apa-apa terjadi dekat awak ke?,” soal Aqief cemas. Zulaikha memandang Aqief, begitu juga Hana. Tetapi kemudian Hana memalingkan wajahnya. Zulaikha tersenyum memandang Aqief.

“Tak ada, tadi ada kawan awak tak sengaja tertolak saya. Hana yang tolong saya tadi. Jadi saya berterima kasih kepada Hana,” terang Zulaikha. Aqief kemudiannya memandang Hana. Hana hanya memandang kerusi-kerusi kosong di satu sudut. Kemudian Aqief memandang Zulaikha sambil tersenyum.

“Awak pergi ke kereta dulu. Nanti saya menyusul,” ujar Aqief perlahan.

“Tak apa. Lagipun saya kena balik ke pejabat. Saya cuma nak hantar dokumen ni je,” ujar Zulaikha perlahan.

“Kalau macam tu, nanti malam saya call awak. Terima kasih Wardah,” ujar Aqief sambil memandang Zulaikha. Zulaikha tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Kemudian dia melangkah pergi meninggalkan mereka. Aqief memandang Zulaikha sehingga bayangannya hilang. Kemudian dia memandang Hana.

“Hana,” panggil Aqief lembut. Hana tersentak lalu memandang Aqief.

“A…aku pergi dulu,” ujar Aiman lalu pergi dari situ. Aqief mengetapkan bibirnya sambil memandang Hana. Hana hanya melarikan matanya daripada bertembung dengan mata Aqief.

“Boleh kita berbincang?,” soal Aqief perlahan. Hana memandang Aqief lalu menganggukkan kepalanya.

“Kita bincang dekat sana,” ajak Aqief lembut lalu melangkah menuju ke arah satu sudut. Hana hanya mengikuti langkah Aqief.

“Apa kau nak bincang?,” soal Hana setelah sampai di sudut berkenaan. Aqief menghembuskan nafasnya dengan lembut sambil memandang bawah. Kemudian, dia menatap mata Hana. Hana kini berani menatap mata Aqief itu bagi melawan perasaannya itu.

“Aku nak minta maaf pasal hal kelmarin,” ujar Aqief sambil memandang Hana. Kelihatan Hana tersenyum nipis sambil matanya memandang bawah.

“Aku dah lama maafkan kau. It’s okay. Hal dah berlalu. Kita lupakan je,” ujar Hana sambil memandang Aqief dengan senyuman.

“Betul ke ni?,” soal Aqief meminta kepastian. Kelihatan matanya bercahaya menanti kepastian daripada Hana. Hana mengangguk perlahan sambil tersenyum.

“Ye, yang dah lepas tu lepas. Kita masih kawan,” ujar Hana sambil tersenyum dan mengeluarkan tangannya untuk bersalam. Aqief memandang Hana sambil tersenyum lalu menyalam tangan Hana yang lembut itu. Kemudian mereka tergelak kecil antara satu sama lain. Aqief tergelak sambil menggosok-gosok tengkuknya itu. Hana tergelak kecil melihat wajah gembira Aqief itu. Sementara itu kelihatan Aiman sedang menyandarkan badan dan kepalanya di sebalik dinding berdekatan dengan mereka berdua. Aiman mengeluh kecil sambil memandang meja reception di hadapannya dengan mata redupnya. Kemudian dia mengorak langkah menuju ke arah meja reception

Haaaachooo! Aiman terbersin dengan kuat lalu menyedut hingusnya yang hampir meleleh itu. Dia menggosok hidungnya lalu melangkah semula menuju ke arah meja reception. Hana dan Aqief yang terkejut mendengar bersin itu mencari-cari gerangan orang yang terbersin itu.

“Siapa bersin macam gergasi tu?,” soal Hana dengan muka terpinga-pinganya.

“Tak tahu,” balas Aqief sambil matanya mencari kelibat gerangan orang yang bersin itu. Sesungguhnya mereka tidak tahu orang yang bersin itu adalah Aiman.

Previous: BAB 26
Next: BAB 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.