Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,824
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 12

Huargh!! Mengantuknya. Hana menguap untuk kali yang keberapa tidak dapat dikira. Hana menggosok-gosok matanya yang mulai layu. Hana mengecap-ngecapkan mulutnya sambil melihat kekhusyukkan Imla membuat kerja. ‘Ni semua pasal Aiman. Kalau bukan sebab dia main lagu tu, aku dah tidur awal dah,’ desis Hana sambil memandang kembali skrin komputernya. ‘Apesal pula nak salahkan Aiman pula? Aku yang tergedik-gedik datang rumah Aiman nak dengar sangat lagu tu kenapa? Haish, Hana-Hana,’ bisik hati Hana lagi. Sedang Hana melayan perasaannya, tiba-tiba datang seorang wanita cantik menghampiri Hana.

“Hana Batrisyah?,” panggil wanita cantik tersebut.

“Ye saya?,” jawab Hana yang tersentak dari lamunannya.

You ambil flyers ni. Nanti kalau ada customer datang, you bagi flyers ni okay,” arah wanita tersebut.

“Baiklah cik…,”

“Cik Ezreen. Ezreen Nafisyah,” jawab wanita tersebut dengan berlagaknya.

“Cik Ezreen Nafisyah,” Hana turut memanggil nama tersebut. Imla yang berada disebelah Hana hanya melihat sahaja perbualan antara Hana dan Ezreen. Menyampah rasanya Imla tatkala melihat Ezreen. Gedik macam sotong!

“Hana,” panggil Ezreen sambil memberi isyarat kepada Hana supaya lebih rapat dengan dirinya. Sambil itu dia menjeling Imla yang berada di sebelah Hana. Imla terkejut dengan tindakan Ezreen itu. ‘Dah kenapa perempuan ni nak jeling-jeling orang,’ bisik hati Imla sambil mengerutkan keningnya itu.

“Ye?,” balas Hana lantas kepalanya merapati Ezreen.

You kawan Aqief kan?,” soal Ezreen sambil memandang Hana.

“Ye, kenapa?,” balas Hana.

I nak beri amaran dekat you. I tak nak you cuba dekat-dekat lagi dengan Aqief,” arah Ezreen sambil mengecilkan matanya yang runcing itu. Hana terkejut tatkala mendengar amaran yang diberi oleh Ezreen. Siapa dia untuk menghalang Hana berkawan dengan Aqief.

“Kenapa tak boleh dekat dengan Aqief?,” soal Hana pula sambil memandang tajam Ezreen.

“Sebab I tak suka. Jangan sesekali cuba-cuba dekat dengan Aqief. Kalau tak, you takkan dapat berdiri dekat sini lagi,” Ezreen cuba memberi amaran lagi. Imla yang dari tadi cuba mencuri-curi dengar perbualan antara mereka berdua. ‘Apa yang mereka bualkan?,’ desis Imla dalam hati.

“Dengar sini wahai cik Ezreen Nafisyah. Apa hak kau nak halang aku dari berkawan dengan Aqief. Aqief tu kawan aku sejak kecil lagi kot. Dan ada aku kisah apa kau nak buat dekat aku. For your information cik Ezreen. Aku tak takut pun dengan ugutan kau tu,” balas Hana sambil mengecilkan matanya pula. Geram pula denga perempuan yang berada di hadapannya itu. Ingin sahaja dia lempang perempuan di hadapannya itu. Harap muka cantik, tapi tak ada adab! Nasib baik dekat hotel, kalau tak, dah lama perempuan di hadapannya ini kena makan pelempang daripada Hana.

Ezreen hanya memandang tajam ke arah Hana. Tidak sangka Hana tak takut terhadap ugutannya. Ezreen menjeling tajam kepada Hana lalu berlalu meninggalkan Hana yang sedang terbakar hatinya. Hana hanya membalas dengan memandang tajam Ezreen. Menyampah rasanya dengan perempuan tersebut. Lagaknya kalah mama Aqief. Kalau dia jadi girlfriend Aqief, alamatnya hancurlah masa depan Aqief. Habis semua dicontrolnya. Ini tidak boleh dibiarkan! Imla yang berada di sebelahnya menyinggul-nyinggul lengan Hana. Hana tersentak lalu memandang Imla. Imla menaikkan mukanya seperti menanyakan sesuatu. Hana memandang Imla sambil mengeluh kecil.

Sementara di rumah Aiman pula…

Trutt trutt…trutt trutt…

“Hello Fina,” jawab Aiman yang baru menerima panggilan.

“Fina? Siapa Fina? Perempuan mana pula tu?,” ujar suara perempuan tersebut. Aiman terkejut lalu melihat skrin telefon bimbitnya.

“Oh Tasya! Fina tu adik I. Hehehe, you dekat mana ni?,” soal Aiman sambil selindung kesilapan yang dilakukannya tadi.

“Haish, you ni. I dekat hotel tempat you kerja ni. You tak kerja ke hari ni?,” soal Tasya.

“Eh, kenapa you ada dekat tempat kerja I. I kerja hari ni. Tapi I shiftpetang. Kenapa?,”

“Oh ye ke. Aiman, bila you nak jumpa I lagi. I really miss you, Aiman,” Aiman terkejut tatkala si Tasya berkata demikian. Aiman tersenyum tawar mendengar ayat yang dikeluarkan oleh Tasya. Tasya mana? Aiman sendiri pun tidak ingat mengenainya. Siapa perempuan ni? Aiman menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Err, hehe. Tunggu I freelah Tasya. I busylah sekarang ni. Sorry,” Aiman cuba memberi alasan.

“Yeke. Tak pelah. Kalau you free, you call je I okay. Nanti kita keluar sama-sama. Lama kita tak keluar sama-sama. Rindu sangat-sangat dekat you,” balas Tasya lagi dengan nada mengadanya. Aiman menelan air liur tatkala mendengar Tasya berkata begitu.

“Err, hehe, okay. Tasya, actually I ada hal ni. Nanti kita berborak lagi ye. See you later. Bye!,” balas Aiman cuba mematikan perbualan antara mereka berdua.

“Oh ye ke. Okay Aiman. See you later. Bye!,” balas perempuan tersebut lalu mematikan panggilan tersebut. Aiman melihat telefon bimbitnya itu sambil mengeluh dengan keras.

Pada ketika itu, fikiran Aiman berteka-teki mengenai siapakah perempuan yang bernama Tasya itu? Di mana dia berjumpa dengan si Tasya itu? Macam mana boleh kenal? Bermacam-macam soalan di fikirannya sekarang. Serabut rasanya. Itulah Aiman, kenal lagi ramai-ramai perempuan. Last-last diri sendiri yang merana. Aiman menggosok-gosokkan rambutnya sehingga serabut lalu merebahkan dirinya di atas katil. Malas dia fikir siapa gerangan perempuan yang bernama Tasya itu. Biarlah dia menjadi memori begitu sahaja. Aiman mengeluh kecil lalu melelapkan matanya. Petang ini Aiman kerja, dia perlukan rehat secukupnya untuk memberi dia tenaga apabila waktu bekerja nanti.

Tengah hari itu, sedang Hana bersiap-siap untuk keluar lunch, tiba-tiba Aqief datang menghampiri Hana. Hana dan Imla tersentak tatkala Aqief menekan bell di meja reception tersebut.

“Aqief,” panggil Hana terkejut. Hana dan Imla saling berpandangan manakala Aqief tersenyum manis memandang Hana.

“Hana, jom keluar lunch,” ajak Aqief kepada Hana.

Lunch?,” soal Hana sambil memandang Aqief dan kemudian memandang Imla.

“Ye lunch,” jawab Aqief sambil memandang Hana. Hana memandang Aqief sambil berfikir.

“Eh Hana, tiba-tiba aku lupa. Aku nak keluar lunch dengan kawan aku. Kau keluarlah lunch dengan Aqief,” tiba-tiba Imla mencelah. Niat di hati Hana memang dia ingin keluar lunch bersama dengan Imla. Tapi tiba-tiba Aqief mengajak dia keluar lunch pula hari ini. Selalunya Aqief lunch di luar bersama client atau sesiapa. Hari ini Aqief free pula. Hana memandang Imla dengan pelik.

“Kau tak nak join sekali ke Im?,” soal Hana.

Yea Im, why not kalau kau join sekali Im?,” ajak Aqief pula sambil memandang Imla.

“Eh tak pelah. Aku memang nak keluar lunch dengan kawan aku. Kau dua orang pergilah lunch sama-sama. Maybe next time aku join korang,” jawab Imla lagi sambil memandang Hana dan Aqief.

Are you sure Imla?,” soal Hana. Aqief turut memandang Imla untuk mendapatkan kepastian.

Yea, sure. Korang pergilah,” balas Imla lagi dengan penuh yakin.

“Kalau macam tu aku pergi dulu tau. Kalau ada apa-apa hal, call je aku tau,” pesan Hana kepada Imla.

“Ye, kalau ada apa-apa hal, aku call kau,” balas Imla pula.

Okaylah aku pergi dulu,” ujar Hana sambil menyandang beg tangannya itu.

“Kitaorang pergi dulu Im,” ujar Aqief pula sambil memandang Imla.

Okay, enjoy your lunch!,” balas Imla sambil memandang mereka berdua. Hana dan Aqief tersenyum kepada Imla lalu meninggalkan Imla bersendirian di meja reception. Imla hanya tersenyum memandang mereka berdua. Bukan Imla tidak mahu mengikuti mereka pergi makan tengah hari, tapi Imla mahu Hana keluar bersendirian dengan Aqief. Mesti Hana ada pelbagai soalan untuk dia bertanyakan kepada Aqief mengenai Ezreen dan keadaan yang berlaku pagi tadi. Walaupun Imla tidak berapa dengar butir perbualan mereka berdua dengan jelas, tapi Imla pasti perkara yang mereka bualkan amat serius. Yang pastinya mengenai Aqief. Oleh sebab demikian, Imla mengundur diri dari menyertai mereka berdua.

Setelah yakin kelibat mereka berdua hilang dari pandangan, Imla mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor rakannya, Suhaiza. Dalam beberapa saat, panggilan yang dibuat diangkat seseorang.

“Hello? Su?,” panggil Imla dengan nada yang perlahan.

“Ye, siapa ni?,” soal suara dihujung talian tersebut.

“Akulah Im. Kau tak save nombor aku ke?,”

“Oh Im! Ingat siapa tadi. Yang kau cakap macam kena kejar perompak ni kenapa? Kau kena kejar perompak ke? nak aku call polis?,” ujar Su kawan Imla.

“Eh kau mengarut apa ni. Aku tak kena kejar perompaklah. Aku ada sebab cakap dengan nada macam ni,” balas Imla lagi.

“Dah tu kenapa? Tak pernah-pernah kau call aku time-time macam ni,”

“Su, jom pergi lunch,” ajak Imla.

“Tiba-tiba ajak aku lunch kenapa? Aku tengah kerja lagilah. Kejap lagi baru waktu rehat,” balas Su pula.

Alaa, tak pe. Aku ambil kau nanti. Keluar lunch dengan kawan pun tak nak ke?,”

“Haha, kau ni. Touching pula. Yelah-yelah, aku tunggu kau,” ujar Su sambil tergelak kecil tatkala Imla berkata demikian.

“Ish kau ni. Saja kan. Okay tunggu aku dekat situ. Bye!,” ujar Imla menamatkan perbualan.

“Haha, okay bye!,” balas Su lalu mematikan telefon bimbitnya. Imla mengeluh kecil sambil mengambil beg tangannya lalu berlalu menuju ke arah keretanya.

Sementara itu, Aqief dan Hana sedang menunggu makanan mereka sampai ke meja mereka. Sedang mereka menunggu, Hana hanya mendiamkan dirinya sahaja. Di saat itu, kepala Hana sedang ligat berputar memikirkan mengenai perkara yang berlaku pada pagi tadi. Ingin saja dia mengutarakan pelbagai soalan berkenaan apa yang berlaku pagi tadi. Sedang Hana ingin bertanya Aqief tiba-tiba Aqief memanggil Hana.

“Hana, aku nak tanya something boleh tak?,” soal Aqief sambil memandang Hana. Hana tersentak lalu menganggukkan kepalanya.

“Tanyalah,” balas Hana.

“Sepanjang aku belajar dekat U.K, kau memang selalu lepak dengan Aiman ke? I mean, lepak-lepak pada waktu malam,” soal Aqief dengan muka yang serius. Hana memandang Aqief dengan pelik. ‘Kenapa Aqief tanya soalan macam tu. Dah sah-sah kitaorang selalu lepak sama-sama,’ bisik hati Hana.

“Kenapa kau tanya macam tu? aku dengan Aiman memang selalu lepak sama-sama kot. Walaupun malam. Kitaorang selalu lepak dekat depan rumah dia. Kenapa? Kau nak join ke? dulu kau kan selalu join kitaorang juga. Cuma kau tu nerd sikit. Asyik bincang pasal belajar je. Tapi baguslah. Nilah hasil yang kau dapat. Tak macam kitaorang. Main-main je tahu,” balas Hana sambil mengeluh kecil.

“Bukan pasal tu. Aku cuma nak cakap, kau tak payahlah lepak-lepak lagi dengan Aiman pada waktu malam. Nak lepak boleh, tapi mesti ada orang lain. Apa maksud aku ialah, kau kan perempuan, Aiman pula lelaki. Tak elok kalau korang lepak berdua. Kau dengan Aiman dah besar kan,”

“Oh, kalau macam tu kau joinlah kitaorang sekali. Best juga lepak sama-sama,” balas Hana sambil tersengih. Aqief hanya mengeluh kecil tatkala Hana berkata demikian. ‘Budak ni faham ke tak apa aku cuba nak sampaikan,’ desis Aqief sambil menggaru rambutnya itu.

“Macam ni. Kalau aku tak ada sekalipun, tak eloklah kalau kau dengan Aiman duduk berdua malam-malam. Nanti orang cakap apa pula,” terang Aqief pula dengan tegas.

“Hmmm, tapi nenek dengan Mak Icah tak cakap apa-apa pun,” balas Hana pula.

“Memanglah. Tapi orang-orang yang lalu lalang tu, tak cakap apa-apa. Mulut orang kan. Lagipun korang dah dewasa. Korang boleh fikir sendiri,” balas Aqief sambil mengalihkan pandangannya dari memandang Hana.

“Aku tak faham kenapa kau cakap macam tu. Tapi tak apalah. Lagipun aku dengan Aiman tak selalu lepak sama-sama sejak kebelakangan ni. Aiman pun busy dengan awek-awek dia,” balas Hana lalu menyedut minumannya. Aqief hanya mengetap bibirnya lalu mengangguk.

“Hmm, baguslah kalau macam tu,” ujar Aqief perlahan. Jauh di sudut hatinya berasa lega tatkala Hana berkata demikian.

“Kau nak tanya tu je ke?,” soal Hana pula sambil memandang Aqief. Aqief memandang Hana lalu menganggukkan kepalanya sambil menghadiahkan sebuah senyuman yang manis kepada Hana. Hana turut membalas senyuman daripada Aqief. Sambil itu Hana mengacau-ngacau minumannya sambil berfikir sama ada dia ingin bertanya perihal Ezreen kepada Aqief atau tidak. Kelihatan Hana mengeluh kecil. Hana memberanikan dirinya lalu memanggil Aqief.

“Aqief,” panggil Hana sambil memandang wajah tampan Aqief.

“Ye,” jawab Aqief perlahan.

“Aku nak tanya kau sesuatu,” ujar Hana sambil tersenyum tawar.

“Tanyalah,” balas Aqief sambil tersenyum.

“Kau dengan cik Ezreen ada apa-apa ke?,” soal Hana. Kelihatan Aqief tersedak tatkala Hana bertanya sedemikian.

“Kau okay tak?,” soal Hana terkejut lalu memberi tisu kepada Aqief. Aqief mengambil tisu daripada Hana lalu mengelap bibirnya.

“Aku okay. Apa kau tanya tadi?,” soal Aqief sambil menelan air liurnya.

“Ezreen. Kau dengan dia ada apa-apa ke?,” soal Hana semula.

“Mana ada apa-apa. Aku dengan dia setakat rakan kerja je. Kenapa kau tanya macam tu?,” soal Aqief sambil memandang tepat wajah Hana.

“Aku saja tanya. Ni, aku nak bagi nasihat dekat kau. Kalau kau nak dengarlah. Kalau kau nak cari girlfriend, cari yang betul-betul. Yang ikhlas dengan kau. Bukan sebab kau handsome, kaya dan berpendidikan je. Cari yang suka dekat kau sebab hati dan budi kau,” pesan Hana.

“Tiba-tiba je kau cakap macam ni. Ada apa-apa ke?,” soal Hana sambil memandang tajam Hana.

“Mana ada. Aku saja je cakap macam ni. Aku cuma nak yang terbaik untuk kawan aku je,” balas Hana pula lalu menyedut minumannya.

Okay, aku terima nasihat kau tu. Terima kasihlah sebab susah-payah bagi aku nasihat berguna macam ni,”

“Eh, tak susah pun. Kita kawan kan. Small matterlah,” balas Hana sambil memetik jarinya. Aqief hanya tersenyum tatkala melihat Hana berkelakuan sebegitu. Hana nampak comel baginya. Tiba-tiba pipi Aqief berubah menjadi merah. Entah kenapa Aqief berasa seperti itu. Hana hanya membalas senyuman Aqief. Dia tak perasaan pun perubahan wajah Aqief. Baginya dia bersyukur kerana Aqief menerima nasihatnya itu. Tak sia-sia dia menasihati Aqief. Kerana Aqief seorang yang mendengar kata.

Malam itu, sedang Hana menyisir rambutnya, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Hana tersentak lalu mengambil telefon bimbitnya. Kemudian dia melihat skrin telefon bimbitnya. Kelihatan nombor yang seringkali dia ingat suatu ketika dulu. Tuan nombor ini jugalah telah melukakan hatinya beribu-ribu kali dahulu. Kenapa dia muncul balik? Hana meletakkan semula telefon bimbit di sisinya. Malas untuk dia menjawab panggilan tersebut. Bukan penting pun.

Tidak lama kemudian, telefon bimbitnya berdering lagi. Hana mengeluh kecil sambil melihat telefon bimbitnya itu. Dengan perlahan Hana mengambil telefon bimbitnya itu lalu menjawab panggilan tersebut. Kedengaran suara lelaki tersebut di hujung talian.

“Hello Hana?,” panggil lelaki tersebut.

“Hmm, kau nak apa lagi Farish?,” soal Hana kasar. Kedengaran Farish terdiam di hujung talian. Mungkin dia terkejut kerana Hana berkata dengan kasar terhadapnya. Hal ini kerana Hana tidak pernah berkata kasar kepadanya. Ini adalah kali pertama. Mungkin Hana sudah benci terhadapnya.

“Err, sorry sebab call awak malam-malam macam ni,”

Just straight to the point. Kau nak apa? Tak payah nak mukadimah sangat ayat tu,” bentak Hana. Entah kenapa Hana rasa terlalu benci sangat dengan suara tersebut. Terlalu sakit untuk mendengarnya.

“Boleh kita jumpa?,” tanya Farish lembut.

‘Cehh, nak berlembut dengan aku pula. Masa kau sakitkan hati aku dulu, ada kau fikir perasaan aku. Hilang semua suara kau yang lembut macam aiskrim ni,’ bentak Hana dalam hati.

For what?,” soal Hana menyampah.

Please Hana. I need to meet you,” rayu Farish lagi.

“Mana betina yang kau agung-agungkan tu. Yang menjamin masa depan kau tu?,” bentak Hana lagi. Hatinya teramat geram sekali dengan lelaki ini. Ingin sahaja dia menumbuk lelaki ini.

“Saya mengaku itu kesilapan saya. Tapi Hana. Please, saya perlu jumpa awak,” rayu Farish lagi. Hana hanya mencebikkan mukanya saja. Menyampah mendengar lelaki itu merayu.

‘Masa kau buat aku dulu, kau campak aku macam kain buruk. Sekarang nak kutip balik. Tak guna!,’ bentak Hana di dalam hati lagi.

“Aku tak nak jumpa kau,” balas Hana selamba.

Please Hana. I beg you. Saya perlu jumpa awak,” rayu Farish lagi.

“Kau nak jumpa aku sangat kenapa? Cakap dekat sini tak boleh ke?,” bentak Hana lagi.

“Tak boleh, saya nak juga jumpa awak,”

“Kalau aku jumpa kau, kau nak kidnap aku ke?,” soal Hana selamba.

“Takkanlah saya nak kidnap awak. Saya tak ada niat buruk. Saya ada perkara nak bincang dengan awak. Tapi bukan dekat sini. Sebab tu saya perlu jumpa awak,” balas Farish dengan tenang. Dia perlu bersabar dengan Hana. Dia tahu Hana masih marah lagi dengan apa yang telah dia lakukan dulu. Hana mengeluh kecil tatkala mendengar kata-kata daripada Farish.

“Kau nak tahu satu perkara tak?,” soal Hana.

“Apa dia?,”

“Kau ni mengada tahu tak! Kau nak jumpa dekat mana. Tapi sekejap je. Aku tak ada masa nak jumpa kau lama-lama,” balas Hana serius.

Okay takpe. Sekejap pun boleh. Kita jumpa dekat tempat biasa. Bila awak free?,”

“Hujung minggulah. Kita jumpa pagi. Pukul 11. Boleh?,”

Okay boleh. Thanks Hana sebab sudi jumpa saya,” balas Farish dengan suara yang seperti menagih simpati.

“Tak payah nak terima kasih sangatlah. Aku jumpa kau pun sebab aku dah tak tahan nak dengar rayuan kau yang macam pondan tu. Bernanah telinga aku. Dah, aku nak tidur. Bye!,” ujar Hana lalu mematikan panggilan tersebut. Belum sempat Farish untuk berkata apa-apa, Hana terlebih dahulu meletakkan panggilan tersebut.

Bye,” ujar Farish perlahan. Farish hanya mengeluh kecil. Tidak sangka Hana begitu benci terhadap dirinya. Ini semua balasan atas kesilapan yang telah dia lakukan terhadap Hana dulu. Farish hanya menunduk dan menyesali atas apa yang telah dia lakukan terhadap Hana. Hana seorang yang baik, setia, sentiasa ada di saat memerlukan. Tapi dia telah membuat Hana seperti kain buruk. Memang patut Hana begitu benci terhadap dirinya. Kerana dia telah mengkhianati cinta Hana. Farish harap Hana sudi menerima apa yang ingin diungkapkan nanti. Farish merebahkan badannya lalu melelapkan matanya dengan penuh harapan.

Sementara itu, Hana sedang melayan perasaanya yang sedang membara itu. Sungguh menyampah dia terhadap lelaki yang bernama Farish itu. Hana menghempaskan badannya sambil memandang syiling rumahnya. ‘Tak guna Farish! Baru sekarang cari. Dulu buat aku macam sampah, sekarang nak kutip balik! Memang lelaki tak guna!’ bentak Hana. Dada Hana berombak turun naik akibat menahan marah yang membara itu. Hana memeluk bantal sambil mengingati apa yang Farish pernah lakukan terhadap dirinya dulu. Memang tak dapat di maafkan! Hana terus membentak sehinggalah dia letih untuk melakukan hal demikian. Tanpa disedari, Hana melelapkan matanya lalu tertidur. Perasaan marahnya terhadap Farish terus hilang entah ke mana. Mungkin terus melayang bersama dengan mimpi-mimpi yang indah.

Previous: BAB 11
Next: BAB 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.