Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,820
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 3

Petang itu Hana, Aiman dan Aqief pergi ke pantai seperti yang dijanjikan. Mereka bertiga ke pantai Desaru. Mereka bertiga amat suka pergi ke pantai tersebut. Air lautnya berwarna biru manakala pasirnya berwarna putih bersih. Sungguh indah permandangannya dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa menyapa pipi. Sungguh bahagia berada di situ. Sementara itu, Hana memakai baju blouse berwarna biru dan jeans serta tudung berwarna biru laut. Manakala Aiman hanya memakai baju t-shirt berwarna putih dan jeans. Aqief pula hanya memakai t-shirt berwarna hitam, jeans berwarna coklat dan topi bulat berwarna putih. Antara Aiman dan Aqief, Aqief agak bergaya sedikit. Yelah anak orang kaya katakan. Hidup sorang pula tu, tak ada adik-beradik yang lain. Tapi Aqief seorang yang tidak sombong. Dia juga tak ramai kawan. Kawan-kawannya hanyalah Hana dan Aiman sahaja. Susah senang hanya dua orang sahabatnya itu yang dia ada. Walaupun perangai Hana dan Aiman seperti budak-budak.

“Aiman, Aqief, jom kita buat istana pasir nak? Kita bertanding istana siapa paling cantik. Siapa yang kalah kena belanja orang yang menang makan. Hehehe,” ujar Hana sambil menggosok-gosok tapak tangannya.

“Tak naklah, istana pasir buat apa. Tak mencabar langsung. Apa kata kita bertanding cari siput. Siapa paling banyak, dia menang. Nak tak?,” ujar Aiman pula.

Haa? Tak bestlah cari siput. Semua orang pun boleh buat. Nak buat istana pasir juga! Aqief, buat istana pasir ea,” pujuk Hana sambil menggoyang-goyangkan lengan Aqief.

“Hana, aku rasa cari siput tu lagi bestlah dari buat istana pasir. Apa kata kalau kita cari siput. Siapa kalah, dia kena tanam dekat dalam pasir. Setuju?,” ujar Aqief sambil memandang wajah Aiman dan Hana.

“Setuju!!,” ujar Aiman dengan pantas. Hana hanya mencebikkan mukanya sahaja.

“Hana, kau setuju tak?,” ujar Aqief lembut.

“Yelah-yelah,” ujar Hana dengan malas.

Okay, aku ambil botol kejap,” ujar Aiman lalu berlari menuju ke keretanya. Sampai di keretanya, Aiman mencapai tiga botol mineral yang berada di seat belakang. Dia membuang air yang berada dalam botol tersebut lalu dia membawanya menuju ke arah rakannya itu.

“Nah, ambil sorang satu. Siapa kumpul paling banyak, dia menang. Yang tercorot sekali kena denda macam yang Aqief cakap tadi. Hana, conform mesti kau yang paling corot. Hahaha,” ujar Aiman sambil memberi botol yang dipegangnya kepada Hana dan Aqief. Hana merampas botol tersebut sambil mendengus.

“Habis tu, nombor dua tak kena apa-apa ke?,” ujar Hana pula.

“Nombor dua kena belanja makan. Tapi yang tercorot tak dapat makan sekalilah. Ni khas untuk pemenang sahaja. Korang bersedialah kena tanam dan belanja aku. Sebab aku merupakan juara mengumpul siput sejak berabad lamanya. Hahaha,” ujar Aiman bongkak. Aqief hanya tersenyum melihat gelagat Aiman manakala Hana hanya mencebikkan mukanya. Menyampah nengok Aiman. Hidung tinggi betul.

“Okay, fine. Aku setuju. Berapa lama nak kena cari?,” ujar Hana sambil memandang Aiman dengan muka yang serius.

“Amboi, seriusnya minah ni. Dalam masa sejam. Lepas tu, tunggu dekat tempat ni,” ujar Aiman memberi arahan.

Okay, deal,” ujar Hana lalu pergi dari situ. Menyampah dia melihat Aiman. Bongkaknya bukan main.

“Amboi, cepatnya. Excitedlah tu,” ujar Aiman sambil memandang Hana.

“Marahlah tu. Dah, aku chow dulu. Nanti lepas sejam, kita jumpa dekat sini balik,” ujar Aqief lalu pergi meninggalkan Aiman. Aiman hanya mengangguk sahaja.

“Korang nengoklah siapa yang menang nanti,” ujar Aiman sambil mengangkat keningnya.

SEMENTARA itu kelihatan Hana berjalan menuju ke gigi pantai. Geram yang amat sangat dengan Aiman tak reda-reda lagi. ‘Asyik dengar cakap dia je, mana tahan!,’ desis Hana sambil menyepak-nyepak pasir. Kalau boleh, memang dia dah tempeleng-tempeleng si Aiman tu. Tapi nasib baik si Aqief tu back upAiman. Kalau tidak lama dah si Aiman kena penangan daripada Hana. ‘Aqief pun satu, kenapalah back upsi mamat poyo tu,’ desis Hana lagi.

Hana berhenti di satu lopak air yang berada di gigi pantai. Tidak ramai orang yang berada di situ. Yang ada pun mempunyai niat yang sama, iaitu mencari siput dan kepah. Dari penglihatan Hana terdapat banyak juga siput yang berada di situ. Hana mencangkung lalu mengutip seberapa banyak siput yang berada di situ. Kadang-kadang kanak-kanak yang mengutip siput di situ turut menolong Hana. Bukan kanak-kanak sahaja, malah pengunjung-pengunjung yang mengutip siput di situ juga memberi sedikit siput yang dikutip kepada Hana. Hana sungguh gembira tatkala menerima siput-siput yang diberikan oleh pengunjung-pengunjung di situ.

Hampir penuh siput-siput yang berada di dalam botol Hana. Hana tersenyum melihat siput-siput yang berada di dalam botolnya. Dengan hati yang gembira, Hana mengatur langkah menuju ke tempat seperti yang dijanjikan. Sesampai Hana di tempat yang dijanjikan, kelihatan tiada seorang pun yang berada di situ. Nampaknya hanya Hana seorang sahaja yang berada di situ. Hana membelek jam di tangannya. ‘Ah, baru setengah jam. Patutlah tak nampak lagi batang hidung diaorang. Hmm, beli aiskrim dululah,’ desis Hana lalu berlalu menuju ke motorsikal penjual aiskrim.

Sementara itu, Aiman menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Kenapa tempat ni macam tak de siput je. Padahal dekat sini dulu banyak siput-siput yang bertandang dekat sini. Diaorang pindah ke?,” ujar Aiman sendirian sambil matanya menoleh ke kiri dan ke kanan.

“Kalau macam ni, matilah aku. Kalahlah jawabnya,” ujar Aiman sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Tak boleh jadi ni, aku kena cari tempat lain,” ujar Aiman sambil memandang kawasan-kawasan lain. Aiman ternampak satu kawasan yang agak strategik.

“Mesti ada banyak siput dekat situ,” ujar Aiman lalu bergegas menuju ke kawasan tersebut.

Sementara itu, sedang Hana menikmati aiskrim vanilla yang baru dibelinya, datang Aqief sambil membawa botol yang berisi siput.

“Aqief, banyak tak kau kutip siput tu?,” ujar Hana sambil mencuri pandang botol yang dipegang oleh Aqief.

“Tak banyak pun. Tak penuh pun. Kalahlah macam ni,” ujar Aqief sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Hana.

“Cepat kau sampai. Kau kutip ke tak siput tu. Ke kau dah give up,” ujar Aqief sambil memandang Hana yang khusyuk menikmati aiskrim di tangannya.

“Cakap baik sikitlah. Nengok ni. Kau ingat aku senang-senang nak give up. Aku tak nak kalahlah dengan si beruk tu,” ujar Hana sambil menunjukkan botolnya.

“Mak oi, penuhnya. Kau jumpa lubuk dia ke?,” ujar Aqief terkejut. Tak sangka Hana boleh mengumpul siput separti itu. Aqief mengambil botol yang dipegang Hana. Dia membelek-belek botol tersebut. Seperti tidak percaya apa yang dilihatnya. Hebat Hana.

“Bak sini, nanti kau curi,” ujar Hana lalu merampas botol yang dipegang oleh Aqief.

“Eleh, takut sangat kena curi. Makan dahlah comot,” ujar Aqief sambil mengesat sisa aiskrim di dagu Hana. Hana tersentak seketika. Secara automatik muka Hana berubah menjadi merah padam bak blusher tertumpah di mukanya. ‘Amboi, caring nampak,’ desis Hana.

“Memanglah takut. Aku nak si beruk tu kalah. Biar padan muka dia. Bongkak sangat. Aku nak je tanam dia tujuh kaki ke dalam,” ujar Hana sambil mencebikkan mulutnya.

“Ish kau ni, kejam sangat sampai nak gali tujuh kaki ke dalam. Tak sanggup aku nak gali. Kau galilah sorang-sorang. Kalaulah si Aiman tu kalah. Kalau aku yang tercorot, kau nak buat macam tu ke?,” ujar Aqief sambil memandang tepat ke muka Hana. Hana terkesima tatkala melihat renungan yang tajam daripada Aqief. Hana menelan air liur. ‘Kenapa suara aku tak keluar-keluar ni,’ desis Hana sendirian. Pelik. Suaranya tak boleh keluar. Hana hanya mampu menggerakkan bibirnya sahaja. Aqief memandang Hana dengan pelik.

“Oi korang! I’m back!,” jerit Aiman dari jauh. Terkejut Hana tatkala mendengar jeritan Aiman.

“Ish beruk ni. Buat terkejut orang je,” ujar Hana sambil memandang Aiman. ‘Eh, boleh pula bersuara. Tadi tak boleh. Pelik,’ desis Hana sendirian.

“Lama korang sampai? Hana, banyak kau kutip. Aku bet, mesti kau kutip sikit kan. Untung sikit, dari tak de. Betul tak?,” ujar Aiman sambil tersengih seperti kerang busuk.

A’ah, aku kutip sikittttt sangaaaattt,” ujar Hana sambil menahan geram.

“Kan, kau tu mudah give up. Kenal sangat kau ni,” ujar Aiman selamba. Aqief yang dari tadi hanya mendiamkan dirinya sahaja. Malas nak masuk campur pergaduhan antara Hana dan Aiman. Sejak dari dahulu sama sahaja perangainya.

“Eh dah-dah. Korang ni asyik gaduh je. Dah, kita nengok siapa yang paling banyak kutip. Yang tercorot kena terima denda seperti kita persetujui okay,” ujar Aqief meredakan keadaan yang semakin huru-hara.

Okay,kita nengok siapa pemenangnya,” ujar Aiman teruja. ‘Mestilah aku menang,’ bisik hati kecilnya.

Okay, 1, 2, 3,”

Jeng, jeng… Ketiga-tiga mereka menunjukkan botol masing-masing. Hana hanya tersenyum sahaja manakala Aiman pula terkejut beruk melihat botol Hana. ‘Tak mingkin,’ desis Aiman seperti tidak percaya.

“Macam Hana menang je. Aku kurang sikit dari Hana. Kau pula tak sampai separuh pun. Jadi kaulah yang tercorot Aiman. Tahniah!,” ujar Aqief sambil menjabat tangan rakannya itu.

Yayy, aku menang, aku menang. Tulah bongkak tinggi sangat sampai melangit. Kan dah kalah. Hahaha,” ujar Hana sambil ketawa sepenuh hati. Aiman hanya menjeling tingkah laku Hana. Rasa tidak percaya masih menyelubungi dirinya.

“Kau main tipu kan?,” ujar Aiman sambil memandang tajam ke arah Hana.

“Eh, baik sikit. Aku tak main tipu tau. Kenapa? Tak puas hati ke aku menang. Tulah pandang rendah lagi dekat aku. Padan muka kau. Dah tepi, aku nak gali lubang untuk tanam kau,” ujar Hana lalu menepis Aiman. Aiman tergalih sedikit dari tempat dia berdiri akibat tepisan Hana.

Hana mencari kawasan yang redup sedikit untuk tanam Aiman dalam pasir. Kesian juga Aiman kalau tanam dia di tengah-tengah panas. Rentung juga si Aiman. Hana terkekek di dalam hati tatkala membayangkan Aiman jadi rentung dek di jemur di bawah sinaran matahari yang membahang.

“Kau ketawa apa tu?,” tegur Aiman tatkala melihat Hana tersenyum sendirian.

“Mana ada aku ketawa. Ish kau ni. Aqief, cepatlah tolong aku korek pasir ni,” ajak Hana kepada Aqief.

“Yelah-yelah,” balas Aqief lalu duduk di sebelah Hana. Hana memberi pengorek tanah kepada Aqief. Aqief mengambilnya lalu memulakan aktiviti menggali bersama Hana. Bersemangat betul Hana menggali pasir tersebut. Manakala Aiman hanya duduk melayan perasaan sementara menunggu rakan-rakannya itu siap menggali.

Beberapa minit kemudian…

“Haa, siap pun. Aiman! Cepat sini. Dah siap dah ni!,” teriak Hana. Aiman yang sedang lena di buai mimpi tersedar dari tidurnya. Aiman menggosok-gosok matanya. Terasa berat matanya untuk buka.

“Huish, lamanya korang korek. Korang ni nak buat liang lahad ke apa?,” ujar Aiman lalu mendekati Hana dan Aqief.

“Aiman, tadaaa!,” ujar Hana sambil kedua-dua tangannya menunjuk ke arah lubang yang akan Aiman masuk.

“Amboi dalamnya. Kau nak tanam aku betul-betul ke apa? Macam mana kepala aku nak keluar nanti? Sakitlah tengkuk aku,” ujar Aiman terkejut melihat lubang yang digali oleh Hana dan Aqief.

“Tulah Hana, aku da kata. Lubang ni dalam sangat. Kau ye pun marah sangat dengan Aiman ni, tak payah gali lubang sedalam macam ni,” ujar Aqief membela Aiman.

“Yelah-yelah. Nah, aku tambak sikit lubang ni,” ujar Hana lalu meletakkan pasir untuk menambak lubang tersebut.

“Dah Aiman, cepat masuk! Jangan buang masa!,” kata Hana tegas.

“Mak oi, garangnya kau ni. Relaxlah, aku nak masuklah ni,” ujar Aiman lalu memasukkan kedua kakinya ke dalam lubang tersebut. Seterusnya, Aiman merebahkan badannya di dalam lubang tersebut. Terasa sejuk pun ada. ‘Macam nak tidur pun ada,’ desis Aiman dalam hati. Kemudian, Hana dan Aqief menimbus Aiman dengan pasir.

“Kau duduk diam-diam dekat sini Aiman. Aku dengan Aqief nak pergi makan. Aqief nak belanja!,” kata Hana dengan gembira.

“Kau okayke dekat sini sorang-sorang bro? aku dengan Hana nak makan tempat jauh ni. Maybe sampai malam kot. Sure okay ni?,” ujar Aqief sambil memandang Aiman.

“Alaa, dia okay ni. Jom-jom Aqief. Dah lambat ni. Cepat!,” ujar Hana lalu menarik lengan Aqief.

Okay jom. Sure okay kan bro? nanti aku tapau kau. Jangan risau. Chow dulu,” balas Aqief pula.

“Eh, nanti-nanti. Korang makan takkanlah sampai malam. Habis aku macam mana. Mati keringlah aku dekat sini. Nak ikut, nak ikut!,” jerit Aiman sambil memalingkan mukanya ke belakang. Agak payah Aiman untuk bergerak memandangkan keaadannya seperti itu.

Bye-bye Aiman!,” ujar Hana dan Aqief serentak. Mereka kemudian berlalu dari tempat tersebut meninggalkan Aiman terpinga-pinga sendirian.

“Eh, nantilah dulu! Korang! Tolong! Tolong! Anybody, please help me!!,” teriak Aiman. Teriakkan Aiman telah menarik perhatian ramai pengunjung di situ. Mereka melihat Aiman sambil tersenyum. Ada antaranya ketawa melihat keadaan Aiman.

Akibat tidak tahan dengan teriakkan Aiman, Hana dan Aqief berpatah balik ke tempat Aiman di tanam. Malu dibuatnya. Hana dan Aqief datang ke tempat Aiman sambil menutup sisi wajah mereka dengan tangan. Tak sampai beberapa saat, tempat Aiman telah dikerumuni oleh ramai pengunjung.

“Ish, kau ni. Buat malu jelah,” bisik Hana sambil menggali balik pasir yang menanam Aiman. Aqief turut membantu. Tiada kata-kata yang mampu dikeluarkan dari mulut Aqief. Malu teramat sangat tatkala berpuluh mata melihat kelakuan mereka.

“Dah korang tinggalkan aku. Aku tak naklah mati kering sorang-sorang dekat sini,” balas Aiman sambil mengkibas-kibas bajunya itu.

“Siapa nak tinggalkan kau. Kitaorang saja jelah. Kau ni emosional sangat. Takkanlah kitaorang nak tinggalkan kau sorang-sorang,” tukas Hana pula sambil membantu Aiman membersihkan bajunya.

“Yelah tu. Okay semua. I’m fine, I’m fine. Sorry buat anda semua berkumpul di sini. Anda semua boleh bersurai. Thank you, thank you,” ucap Aiman kepada semua pengunjung. Hana dan Aqief hanya mengangguk sambil tersenyum. Tersenyum malu dengan kelakuan rakan baiknya itu. Kemudian semua pengunjung yang berkumpul di situ beredar sambil tersenyum.

“Man, baik kau pergi tukar baju sekarang. Kau ada bawa baju spare kan. Aku tak nak belanja orang yang kotor-kotor ni,” ujar Aqief kepada Aiman.

“Yelah-yelah, aku tukar sekarang. Nasib baik bawa baju spare. Ingat nak mandi laut tadi. Lain pula plan hari ni,” balas Aiman kemudian berlalu mengambil baju gantinya di boot kereta.

Plan dia juga,” ujar Hana separuh berbisik.

                               ***************************************************

Hari ini Hana sangat gembira. Mana tidaknya, dapat meluangkan masa bersama teman baiknya itu. Sudah lama tidak rasa segembira seperti ini. Dia berterima kasih sangat kepada Aiman dan Aqief. Kalau tidak kerana mereka berdua, Hana mungkin sedang frust dan serabut kepala memikirkan perpisahan antara dia dan Farish.

‘Farish, ya Farish. Hampir terlupa dekat kau. Sampai hati kau buat aku macam ni,’ desis Hana.

Selepas membersihkan diri, Hana merebahkan badannya di katil. Terasa lenguh badannya dek berjalan petang tadi. Nenek dan adiknya pula telah lama di buai mimpi. Mereka berdua biasa tidur awal. Biasalah, esok kena buat aktiviti harian. Tenaga kena simpan. Hana merehatkan badannya memandangkan esok dia kena bekerja. Kerja itu lagi penting. Hana cuba melelapkan matanya, tetapi di kepalanya sibuk memikirkan perihal Farish. Kenapa? Bila? Bagaimana? Siapa? Berapa lama? Apa? Semua soalan bermain-main di kepalanya sekarang.

“Haish, tak boleh tidurlah. Mana boleh. Esok nak kerja. Tidurlah Hana!,” ujar Hana sambil menepuk-nepuk pipinya. Hana cuba meletakkan bantal di mukanya. Ingat cara seperti itu dapat membantu dirinya untuk tidur. Ternyata sangkaannya meleset sama sekali. Kepalanya tetap sama memikirkan perihal si Farish.

“Haish, Farish tak guna! Sebab kau aku tak boleh tidur. Farish tak guna! Farish tak guna!,” bentak Hana sambil duduk.

“Ni tak boleh jadi ni. Aku kena buat sesuatu,” ujar Hana lalu memikirkan sesuatu yang mampu membuat dia melelapkan matanya.

“Haa, ada,” ujar Hana sambil memetik jarinya. Kemudian dia berlalu keluar dari biliknya.

Hana masuk ke dalam bilik mandi sambil mengcekak pinggangnya.

“Dari terkebil-kebil mata aku, baik aku cuci bilik air,” ujar Hana sendirian. Hana mengambil sabun tandas lalu mencurahkannya di lantai bilik mandi. Kemudian dia mengambil berus lalu menyental lantai tersebut dengan sekuat tenaganya. Sekuat mana tenaga Hana curahkan, sekuat itulah hatinya geram terhadap tindakan Farish.

“Farish, kalaulah kau lantai ni. Memang aku dah sental-sental kau macam ni. Baru puas hati aku,” ujar Hana sambil menyental lantai tersebut dengan sekuat tenaganya.

Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.