Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,828
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 8

Pagi ini macam biasa Hana akan tumpang Aiman pergi ke tempat kerja. Sepanjang perjalanan mereka ke sana, mereka berdua hanya mendiamkan dirinya sahaja. Mungkin mereka berdua perasan yang hubungan mereka berdua semakin renggang. Adakah di sebabkan oleh Aqief? Apa kena mengena dengan Aqief. Tak mungkin di sebabkan oleh Aqief. Hana dan Aqief hanya berkawan sahaja seperti mana Hana berkawan dengan Aiman. Itu tidak menjadi isu hubungan mereka menjadi renggang.

Aiman hanya mengerling sahaja Hana yang berada di sebelahnya. Ingin bersuara, takut perang meletus pula. Kalau senyap macam ini, janggal pula. Haish, tidak keruan dibuatnya.

“Hmmm, Hana. Hujung minggu ni kau buat apa?,” ujar Aiman memecahkan keheningan mereka berdua.

“Aku keluar hujung minggu ni. Kenapa?,” balas Hana ancuh tak ancuh sahaja.

“Keluar? Dengan siapa? Imla?,” soal Aiman sambil memandang Hana.

“Suka hati akulah nak keluar dengan siapa pun. Kau sibuk nak tahu kenapa? Nak join?,” balas Hana sambil menjeling muka Aiman.

“Boleh juga nak join. Boleh ke? Hujung minggu ni aku tak ada plan nak pergi mana-mana,” balas Aiman teruja.

“Eh, tak malu. Sibuk je kau ni. Kau kan ramai girlfriend, ajaklah girlfrie kau keluar. Jangan nak kacau dateaku,” ujar Hana sambil memandang Aiman dengan membesarkan matanya itu. Aiman memandang Hana sambil mencebikkan mukanya.

Date? Ada orang nak ajak kau date ke? siapalah mamat malang tu,” ujar Aiman sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Simpati dia terhadap mamat yang mengajak Hana keluar hujung minggu ini.

“Dia bukan malang, malah bertuah tau dapat date dengan aku. Biarlah ada orang nak ajak aku date. Kenapa, kau jealous ke?,” balas Hana sambil menjungkitkan sebelah keningnya.

“Haish, simpang malaikat 44. Buat apa aku nak jealous. Kau bukan hotsangat macam Nora Danish pun. Kalau kau macam Nora Danish ke Emma Maembong ke, tak pe juga,” balas Aiman sambil menjeling Hana. Hana hanya mencebikkan mukanya sahaja.

‘Ada aku kisah Nora Danish dengan Emma Maembong tu,’ desis Hana sambil matanya memandang ke atas.

‘Ada ke orang yang nak ajak minah ni pergi date? Kalau ada siapa ek? Selalunya dia akan beritahu aku. Sekarang dah pandai rahsia-rahsia dengan aku. Aku kena siasat ni,’ desis hati Aiman sambil dia mencuri pandang Hana. Ya, dia harus siasat juga siapa yang ajak Hana date. Mana tahu lelaki jahat mana yang ajak Hana. Dia ada niat tak baik ke terhadap Hana. Hal ini kena banteras juga. Aiman harus siasat perkara ini secepat mungkin. Dia tak nak Hana bertemu dengan lelaki seperti Farish. Aiman tak nak pisang berbuah dua kali. Naya nanti. Aiman hanya menjeling Hana lalu memandu keretanya ke hotel, tempat mereka bekerja.

Tengah hari itu, Hana hanya menghabiskan waktu rehatnya seorang diri. Aiman tiada kerana ada urusan luar manakala Aqief pula sibuk memanjang. Nasib baik ada Imla yang menemani Hana. Ada juga orang yang dapat menemani Hana. Jadi tidak bosanlah masa rehat Hana. Imla, ada sahaja cerita atau gosip yang ingin dikongsikan. Hana hanya mendengar sahaja. Kadang-kadang Hana pun terikut sekali bergosip. Orang perempuan kan. Sambil makanan masuk ke dalam mulut sambil itu jugalah gosip keluar daripada mulut mereka.

“Hana, aku nak tanya kau something ni. Kau jawab tau,” soal Imla secara tiba-tiba.

“Haa, tanyalah. Macam soalan cepu emas je,” ujar Hana sambil tersenyum sinis memandang Imla. Imla tersengih sambil menelan makanan yang berada di dalam mulutnya.

“Tak delah, soalan biasa-biasa je. Kau dengan Aqief tu ada apa-apa ke?,” soal Imla sambil mengangkat keningnya.

“Aqief? Mana ada. Dia tu kawan baik aku je. Tak lebih pun. Macam aku dengan Aiman juga. Apesal kau tanya aku soalan macam tu?,” soal Hana sambil mengacau-ngacau airnya menggunakan straw.

“Tak delah, aku tengok Aqief tu macam ambil berat dekat kau. Kau ingat tak masa kau pengsan hari tu. Muka dia gelabah gila bila tengok kau pengsan masa tu. Tu yang aku ingat kau dengan Aqief macam ada apa-apa je,” ujar Imla sambil memandang Hana.

“Haish kau ni. Ada-ada jelah. Mana ada. Aku dengan Aqief tu kawan biasa jelah. Macam aku dengan Aiman. Macam mana kau nampak aku dengan Aiman, macam tulah aku dengan Aqief,” terang Hana sambil menyedut sirap limau aisnya.

“Yeke? Aku tengok kau dengan Aiman asyik bercakar je. Tak macam Aqief. Kau dengan Aqief punyalah lembut. Tak pernah aku tengok korang bercakar,” balas Imla sambil mengacau-ngacau airnya.

“Mana taknya, si Aiman tu suka sangat cari pasal dengan aku. Kau sendiri pun tahu perangai Aiman macam mana kan. Kalau si Aqief ni lain. Dia tak pernah pun buat aku sakit hati. Sejak dari kecil lagi. Kalau buat aku sakit hati pun, tu pun sikit-sikit je. Tak macam Aiman. Dia tu dah melampau sangat. Menyampah aku,” ujar Hana sambil menerangkan hal sebenar kepada Imla.

“Aku tahu perangai Aiman tu teruk. Sakit hati bila bercakap dengan dia. Tak delah, aku tengok kau dengan Aqief sepadan. Kau pun sekarang ni single kan. Kau tak nak try ke dengan si Aqief tu?,” soal Imla sambil tersenyum penuh makna.

“Aqief? Tak naklah aku. Kitaorang kawan jelah. Lagipun Aqief tu manalah minat perempuan macam aku. Dia tu layak dengan perempuan sofistikated je. Aku ni kan perempuan hingusan. Manalah dia nak. Bukan taste dia pun,” balas Hana sambil mencebikkan mukanya.

“Hingusan ea? Mana-mana? Aku tengok tak ada hingus pun. Hahaha,” seloroh Imla sambil ketawa. Hana pun turut ketawa tatkala mendengar gurauan rakannya itu.

“Pandailah kau,” balas Hana sambil menarik hidung rakannya itu.

Ouch! Sakitlah Hana. Kau ni. Sini, bagi aku balas pula,” ujar Imla lalu menarik hidung Hana. Hana sempat menepis daripada ditarik hidung oleh Imla. Sambil itu, mereka ketawa terbahak-bahak bersama-sama. Sungguh gembira melihat mereka berdua. Dari satu sudut café tersebut, kelihatan seorang pemuda sedang melihat gelagat mereka berdua. Pemuda tersebut adalah Aiman. Dari jauh Aiman melihat kegembiraan yang terpancar di muka Hana. Tanpa disedari, satu senyuman yang amat manis terbit di bibir Aiman. Mungkin dia turut rasa kegembiraan yang dirasai oleh Hana. Atau mungkin ada rasa yang tidak tahu bagaimana ingin diungkapkan. Aiman rasa sungguh keliru. Keliru dengan perasaannya sendiri.

Petang itu, selepas Aiman membersihkan diri, Aiman berehat mengambil angin di serambi rumahnya. Sungguh nyaman angin pada petang itu. Rasa hilang penat setelah seharian bekerja. Sambil-sambil itu Aiman mencuri pandang rumah jirannya itu. Mana tahu tiba-tiba Hana keluar turut menghirup angina sepoi-sepoi petang itu. Tetapi andaian Aiman meleset sekali, batang hidung Hana pun tak nampak pada petang itu. Aiman menarik nafas yang panjang. Kenapa Hana tiba-tiba nak berahsia dengan dia tentang perkara ini. Dari pagi tadi sehinggalah sekarang, dalam fikiran Aiman hanyalah memikirkan tentang lelaki malang mana yang sanggup membawa Hana keluar hujung minggu ini. Selalunya Hana akan memberitahunya tentang perkara ini.

Dulu semasa Hana couple dengan Farish, seringkali Hana memberitahu perihal-perihal Farish kepadanya. Dari sekecil-kecil zahrah sehingga sebesar-besar gunung masalah atau perihal Farish, semua ada tersimpan di kocek Aiman. Kali ini Hana berahsia pula daripada Aiman. Ini yang membuatkan Aiman tidak puas hati terhadap Hana. Aiman takut entah lelaki dari pelosok mana yang ajak Hana keluar. Hana pun bukan betul sangat. Percaya sahaja kata-kata orang. Ini tidak boleh jadi. Aiman harus siasat perkara ini juga. Demi kebaikan Hana.

Sedang Aiman berteka-teki mencari jawapan, tiba-tiba matanya terpandang akan kelibat Husna yang baru pulang dari mengaji. ‘Mungkin si kenit ni boleh tolong aku,’ desis Aiman dalam hati.

“Husna!,” jerit Aiman memanggil Husna yang berlenggang-kangkung seperti itik pulang petang gayanya. Husna terkejut akibat teriakkan dari Aiman. Husna menghentikan langkah dan nyanyiannya lalu memandang Aiman. Husna menggerakkan kepalanya bertanyakan apa yang Aiman mahu.

“Sinilah,” ujar Aiman perlahan sambil tangannya melambai-lambaikan ke arah Husna. Husna hanya mengeluh kecil lalu berjalan menuju ke serambi rumah Aiman.

“Abang Aiman nak apa?,” soal Husna tatkala menjejakkan kakinya di serambi rumah Aiman.

“Amboi, dari jauh abang tengok Husna berdondang sayang bagai. Kenapa? Dapat hadiah ke dari kelas mengaji?,” usik Aiman sambil tersengih.

“Abang Aiman ni kalau setakat nak tanya macam tu, lebih baik tak payah. Abang Aiman ada nampak ke Husna bawa hadiah. Tak de kan. Dah lah abang Aiman, Husna nak balik. Nanti akak mengamuk pula tengok Husna menepek dekat rumah abang Aiman ni,” ujar Husna lalu memulakan langkahnya.

“Eh Husna, kejaplah. Abang sebenarnya nak tanya sikit dekat Husna ni,” ujar Aiman lantas mematikan langkah Husna. Husna mengerutkan dahinya lalu berpaling ke arah Aiman.

“Abang nak tanya apa?,” soal Husna penuh tanda tanya.

“Abang sebenarnya nak tanya pasal akak Hana. Husna tahu tak akak keluar dengan siapa hujung minggu ni?,” soal Aiman sambil mengecilkan matanya yang redup itu.

“Tahu,” jawab Husna pendek.

“Haa, kalau tahu beritahulah abang. Akak keluar dengan siapa hujung minggu ni?,” soal Aiman teruja. ‘Berguna juga si kenit ni. Tak sia-sia aku panggil dia,’ desis hati Aiman.

“Tak boleh!,” balas Husna pendek tetapi tegas.

“Aik, apesal pula tak boleh? Dengan abang Aiman je kot,” balas Aiman sambil mengerutkan keningnya.

“Ini dulu,” ujar Husna sambil menunjukkan dua batang jarinya kepada Aiman.

“Apa tu?,” soal Aiman sambil mengerutkan dahinya.

“Pengeras,” jawab Husna pendek tapi penuh makna.

“Mak oi, siapa ajar main pengeras-pengeras ni. Mesti banyak tengok filem ni. Oh, nak pengeras ea. Setakat 20 sen apalah sangat. Nanti abang belanja Husna makan aiskrim Malaysia tu ye,” ujar Aiman sambil tersenyum menampakkan sebaris giginya yang putih.

“Eleh, setakat 20 sen pun Husna boleh carilah. Bukan 20 sen, tapi dua ringgit. Hehehe,” ujar Husna sambil tersenyum nakal. ‘Mak oi budak kecik ni. Dah pandai ketuk aku pula. Ikut siapalah ni. Dua ringgit pun dua ringgitlah, asalkan aku dapat maklumat dengan siapa si Hana tu keluar,’ desis Aiman sambil memandang tajam Husna.

“Yelah-yelah. Kejap, abang seluk kocek abang ada tak dua ringgit. Haa, ni pun. Dua ringgit. Ngam-ngam. Sekarang Husna beritahu abang, dengan siapa kak Hana keluar hujung minggu ni?,” ujar Aiman sambil memandang serius muka Husna. Husna mencium duit tersebut lalu memandang tepat muka Aiman.

“Abang janji jangan beritahu siapa-siapa ye hal ni. Ini maklumat sulit. Tiada siapa boleh tahu hal ni. Kalau tidak…,” Husna merapatkan ibu jari ke leher kecilnya seolah-olah menunjukkan gaya sembelih. Aiman terkejut tatkala melihat Husna menunjukkan gaya tersebut. ‘Amboi, over pula budak ni. Macam maklumat kerajaan je bunyinya,’ desis Aiman sambil berpura-pura tersenyum di hadapan Husna menandakan dia memahami maksud Husna.

“Ye, abang janji. Abang tak beritahu sesiapa perkara ni. Dengan Mak Icah pun abang tak beritahu,” ujar Aiman meyakinkan Husna.

“Hujung minggu ni kak Hana keluar dengan abang Aqief. Okaylah abang, Husna balik dulu. Nanti akak marah Husna lama-lama dekat sini. Terima kasih abang duit ni,” ujar Husna lalu berlari anak meninggalkan Aiman tercengang sendirian di situ.

“Eh Husna! Sekejap!,” jerit Aiman.

“Lalalalalalalalala!,” Husna berlenggang-kangkung menuju ke rumahnya tanpa mempedulikan jeritan Aiman.

“Haish budak kecik ni. Lari pula dia. Hmmm, Aqief? Hana keluar dengan Aqief ke? diaorang ada apa-apa ke? kenapa aku tak tahu. Patutlah aku tengok diaorang tu macam lain macam je. Eh, peliklah. Kenapa mesti Aqief,” soal Aiman kepada dirinya sendiri sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

Tidak sangka yang Hana akan keluar dengan Aqief. Aiman hanya menganggap bahawa Hana dan Aqief hanya berkawan baik seperti Hana berkawan dengan Aiman. Tidak sangka pula boleh jadi macam ini. Tapi apa salahnya kalau

Hana keluar dengan Aqief. Aqief pun baik orangnya. Tidak seperti Farish. Jadi buat apa Aiman nak risau sekiranya Hana keluar dengan Aqief. Aqief mampu menjaga Hana. Aqief juga tidak pernah menyakitkan hati Hana. Tidak seperti dirinya, selalu menyakitkan hati Hana. Sebab itu Aiman selalu melihat Hana gembira apabila dengan Aqief. Tidak seperti dirinya. Hana selalu sakit hati dan bergaduh dengan dia. Tidak mustahil kalau Hana jatuh hati terhadap Aqief.

“Haish, apa aku ni. Fikir ke situ pula. Positif-positif. Diaorang keluar ada hal lah tu. Biarlah. Lantak diaoranglah nak buat apa. Ada aku kisah? Tak kisah langsung! Huhh!,” ujar Aiman sendirian sambil tangannya dijadikan alas kepalanya. Sambil itu hatinya terasa sebak, sakit manakala fikirannya masih berteka-teki mengenai hubungan antara Aqief dan Hana. Mulutnya hanya mampu berkata begitu, tetapi hatinya tidak mampu menerimanya. Itulah kenyataannya. Aiman, Aiman.

Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.