Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,793
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 20

Hari ini Hana akan keluar bersama dengan Aiman dan Aqief. Hana berasa gembira sangat dapat keluar bersama-sama dengan dua orang kawan baiknya itu. Almaklumlah, sudah lama mereka tidak keluar bersama-sama. Hana mengenakan baju T-shirt berlengan panjang yang berbelang putih dan biru bersama dengan jeans bewarna biru tua. Kemudian Hana memakai tudung bewarna blueblack dan mengenakan sedikit solekan nipis. Hana hanya memakai lipstik serta eyeliner sahaja. Dia tidak suka terlalu mengenakan solekan ke atas wajahnya yang putih pucat itu. Cukuplah sekadar dua bahan komestik itu sahaja.

Setelah Hana mempersiap dirinya, Hana berlalu keluar ke rumah menunggu Aiman dan Aqief datang. Kebetulan hari ini Nek Yam serta Husna tiada di rumah. Nek Yam dan Husna telah pergi ke rumah Mak Su Hana di kampung sebelah. Pagi-pagi lagi Mak Su Hana telah membawa Nek Yam serta adiknya itu ke rumah beliau. Katanya rindu benar terhadap Nek Yam dan Husna. Oleh sebab itu, Mak Su Hana mengambil Nek Yam dan Husna pagi-pagi lagi. Kelihatan Hana mengeluh kecil. Kadang-kadang dia melihat jam di tangannya.

“Mana diaorang ni? Bersiap mengalahkan perempuan,” rengus Hana sendirian. Sesekali dia melihat ke arah rumah Aiman dan juga Aqief. Dua batang hidung mereka berdua pun tidak kelihatan. Hana kemudian menutup pintu lalu mengunci pintu rumahnya. Kemudian, Hana duduk mendagu di hadapan pintu rumahnya. Penat dia berdiri menunggu dua orang Jejaka Malaya ini. Hana mengeluh kecil sambil memandang jalan raya di hadapan rumahnya itu.

“Mana ni?,” rungut Hana lagi sambil memandang rumah Aqief. Kelihatan Aqief dengan tenang berjalan menuju ke rumah Hana. Hana melihat Aqief sambil matanya terbeliak dan mulutnya hampir ternganga. Sumpah ini bukan Aqief! Hana terkesima tatkala melihat Aqief.

“Hana? Kenapa tengok aku macam tu?,” soal Aqief yang telah berada di hadapan Hana. Hana menelan air liurnya sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Aqief yang berada di hadapannya ini bukan Aqief yang selalu dia kenal. Aqief smart dan berdedikasi. Aqief yang berada di hadapannya ini agak stylo. Aqief telah mengenakan baju loose bewarna kelabu dan jeans bewarna putih. Baju loose tersebut telah memaparkan susuk tubuh Aqief yang mantap itu. Kemudian rambutnya dibiarkan begitu sahaja. Tak ada jambul terpacak yang selalu dia buat. Kali ini dibiarkan sahaja rambut hadapannya itu. Wahh! Sangat stylo. Hana tidak dapat berkata apa-apa tatkala melihat Aqief yang berada di hadapannya itu. Manakala Aqief hanya tersenyum manis memandang Hana. Hana membalas senyuman Aqief lalu memandang rumah Aiman. Aqief dah ada, mana pula perginya Aiman. Hana kelihatan resah sambil curi-curi memandang Aqief.

“Mana Aiman?,” soal Aqief sambil memandang Hana.

“Haa? Hmm, entahlah. Dari tadi tak sampai-sampai lagi. Bersolek kot,” ujar Hana sambil memandang Aqief. Kelihatan Aqief menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Hana turut membalas senyuman daripada Aqief itu. Tidak lama kemudian, kelihatan Aiman baru keluar dari rumahnya. Hana tercengang tatkala melihat Aiman yang sedang berjalan menuju ke arahnya itu. ‘Takkan Aiman pun,’ desis hatinya. Hana terkesima tatkala melihat penampilan Aiman itu. Tidak seperti Aiman yang selekeh seperti Hana kenal dulu. Aiman yang berada di hadapannya kini sangat lain. Aiman mengenakan baju t-shirt bewarna merah serta jaket kulit bewarna hitam. Selain itu, Aiman juga memakai jeans bewarna hitam. Rambut depannya yang selalu turun itu dibuat jambul terpacak. Terasa seperti Aiman sangat kacak hari ini. Hana menelan air liurnya sambil memandang Aiman atas bawah. Kemudian dia melihat dirinya. Dia hanya memakai baju simplesahaja. Macam mak cik-mak cik pun ada, memalukan betul. Sedangkan Aiman dan Aqief berpakaian mengalahkan model. ‘Alaa, diaorang bukan sesiapa pun. Buat apa aku nak pakai cantik-cantik,’ desis Hana sambil mengingati dirinya.

“Lamanya korang bersolek. Jomlah kita pergi,” ujar Hana lalu berlalu menuju ke arah keretanya. Aiman dan Aqief saling berpandangan lalu mengikuti Hana. Hana membuka kunci keretanya lalu masuk ke dalam keretanya.

“Eh, nanti dulu!,” teriak Aiman tiba-tiba. Hana terkejut tatkala mendengar teriakan Aiman itu lalu memandang Aiman. Begitu juga Aqief.

“Kau dah kenapa Aiman?,” soal Hana sambil memandang Aiman dengan pelik.

“Takkan nak suruh kau drive pula. Macam lain macam pula,” ujar Aiman sambil mengusap-usap tengkuknya itu.

“Kenapa pula? Pelik ke kalau perempuan drive?,”soal Hana.

“Tak pelik. Tapi why not kalau aku drive kereta kau,” ujar Aiman sambil tersengih menunjukkan sebaris giginya yang putih itu.

“Oh, cakaplah yang kau nak drive kereta aku. Sure, drivelah,” ujar Hana lalu keluar dari keretanya.

“Kau duduk belakang. Aqief duduk sebelah aku,” arah Aiman. Hana mengerutkan dahinya lalu mengikut arahan daripada Aiman. begitu juga Aqief. Aqief hanya mendiamkan dirinya sahaja lalu masuk ke dalam kereta Hana.

“Mak oi! Semua pink kereta kau Na. Alas seat pink, ni alas seat aku bagi kau malam tadi kan. Stereng belang-belang pink. Kereta memanglah warna pink. Semua kau nak warna pink. Pening pula kepala aku tengok,” rungut Aiman sambil memandang dalam kereta Hana itu.

“Kau jangan nak complain. Kalau tak, biar aku je yang drive,” ujar Hana sambil memandang Aiman dengan dahinya yang berkerut.

“Yelah-yelah. Gurau sikit pun tak boleh,” ujar Aiman lalu menghidupkan enjin kereta Hana. Aqief yang berada di sebelahnya hanya tersenyum nipis tatkala melihat telatah dua orang rakannya itu. Hana yang berada di belakang Aiman hanya menjeling sahaja Aiman. Geram pula dengan Aiman ni. Pagi-pagi dah merungut. ‘Kereta aku, suka hati akulah,’ desis hatinya.

Aiman kemudiannya memandu kereta Hana keluar dari halaman rumahnya. Kelihatan mereka bertiga hanya mendiamkan dirinya sahaja. Hanya lagu sahaja kedengaran di corong radio yang dipasang oleh Aiman. Kelihatan Aiman menggoyang-goyangkan kepalanya mengikut rentak lagu tersebut. Hana dan Aqief hanya tersenyum simpul tatkala melihat telatah Aiman itu. Aiman yang tersedar akan tingkah laku dua orang rakannya itu lantas memandang mereka berdua.

“Korang ketawakan aku ke?,” soal Aiman sambil memandang Aqief dan Hana menerusi cermin pandang belakangnya.

“Mana ada. Perasanlah kau ni,” nafi Hana sambil memandang keluar tingkap.

“Kitaorang tak ketawakan kaulah Aiman. Dah, fokus drive tu,” ujar Aqief pula. Aiman memandang Aqief dan Hana sambil mengeluh kecil. Kemudian dia sambung menggoyangkan kepalanya mengikuti rentak lagu tersebut.

Mereka mengambil masa dalam satu jam setengah untuk sampai ke pusat membeli-belah yang ingin dituju. Selepas memparkir kereta Hana, mereka bertiga kemudian berjalan bersama-sama menuju ke tingkat atas. Kelihatan Hana berjalan beriringan dengan Aiman manakala Aqief pula berjalan di belakang mereka. Kadang-kadang Hana pula berjalan beriringan dengan Aqief dan posisi tersebut sering berubah akibat kesesakkan orang ramai di dalam pusat membeli-belah tersebut. Setelah sampai di pawagam, mereka bertiga sibuk memilih filem yang ingin ditontonnya.

“Kita tengok cerita Cicakman 3 jom. Macam best je,” ujar Hana kepada Aiman dan Aqief. Aiman dan Aqief mengangguk sambil melihat skrin tersebut.

“Boleh juga. Aku pergi beli tiket. Korang tunggu sini,” ujar Aqief lalu berlalu menuju ke kaunter jualan tiket.

“Aku pergi beli popcorn. Kau tunggu sini,” ujar Aiman lalu berlalu menuju ke kaunter jualan makanan sampingan. Hana yang berseorangan di situ terpinga-pinga tatkala Aiman dan Aqief meninggalkan dia seorang diri di situ.

“Habis tu, aku nak beli apa?,” ujar Hana sendirian. Sambil itu matanya memandang akan Aqief dan Aiman. Kelihatan ada di antara gadis-gadis yang beratur di belakang Aqief seperti tergedik-gedik memandang Aqief. Mungkin teruja barangkali melihat ketampanan Aqief itu. Hana mengerutkan mulutnya lalu matanya beralih ke arah Aiman pula. Kelihatan keadaan Aiman hampir serupa dengan Aqief. Gadis-gadis yang beratur di hadapan Aiman kelihatan tergedik-gedik tatkala memandang Aiman. Entah kenapalah perempuan zaman sekarang ni. Pantang tengok lelaki kacak atau comel sikit. Mulalah menggedik-gedik. Tapi bagi Hana, Aiman tak sekacak mana. Macam manalah perempuan-perempuan ni terpikat dengan Aiman. ‘Buta ke apa mata diaorang?,’ desis Hana lagi. Hana mengalih pandangannya dengan muka yang menyampah. Hana melihat kiri dan kanannya. Kelihatan ada sekumpulan lelaki berada di sebelah kanannya. Hana melihat sekumpulan lelaki tersebut. Tiada seorang pun yang memandang Hana apatah lagi cuba mengurat Hana. Hana membuat muka menyampahnya.

“Apa teruk sangat ke aku sampai lelaki pun tak nak pandang dekat aku. Kalau si Aiman dengan Aqief tu ada je mata memandang diaorang. Haish,” ngeluh Hana sambil mencekak pinggangnya. Kedengaran ada seseorang bersiul-siul ke arah Hana. Hana memandang lelaki tersebut sambil mengerutkan dahinya. Kelihatan ada seorang lelaki yang agak selekeh cuba mengurat Hana. Hana membesarkan matanya tatkala melihat lelaki tersebut.

“Apa?!,” ujar Hana garang sambil membesarkan matanya manakala kedua-dua tangannya mencengkak pinggang. Lelaki tersebut terkejut lalu memandang ke arah lain. Tidak berani dia menoleh ke arah Hana lagi. Sungguh menakutkan perempuan ini.

Tidak lama kemudian Aqief datang ke arah Hana sambil memegang tiga keeping tiket begitu juga Aiman yang datang menjinjing plastik yang berisi tiga cawan air serta tiga bungkus popcorn. Hana tersenyum nipis tatkala melihat dua orang rakannya itu. Kelihatan dari jauh, gadis-gadis yang menggedik-gedik dengan Aqief dan Aiman itu melihat Hana dari jauh dengan pandangan yang badi. Sesekali mereka berbisik antara satu sama lain. Hana yang menyedari keadaan tersebut hanya memandang mereka dengan senyuman sinis. ‘Kenapa? Korang jealous ke tengok aku dengan jejaka-jejaka yang korang minat ni. Haha, untung juga jadi aku yang dapat kawan dengan diaorang ni walaupun tiada siapa pun yang minat dekat aku,’ desis hati Hana dengan bangga.

“Hana, kau okay tak? Tersenyum sorang-sorang macam orang gila kenapa? Nah ambil sorang satu,” tegur Aiman sambil memberi mereka air dan popcorn. Hana terkejut dengan teguran Aiman mengambil air dan popcorn yang diberi oleh Aiman. Manakala Aqief yang berada di sebelah Hana hanya memandang Hana dengan pandangan keliru. Aqief sememangnya seorang yang blur. Tapi kadang-kadanglah.

“Nah, Aqief,” ujar Aiman lalu memberi air serta popcorn tersebut kepada Aqief.

“Terima kasih,” ucap Aqief sambil mengambil air dan popcorn yang diberi oleh Aiman itu. Aiman menganggukkan kepalanya lalu membuang plastik yang berada di tangannya itu.

“Eh, jomlah. Cerita dah nak mula,” ujar Aqief kepada dua orang rakannya itu lalu berlalu menuju ke arah staf yang mengambil tiket. Hana dan Aiman saling berpandangan lalu mengatur langkah mengikuti langkah Aqief.

Semasa di dalam panggung, Hana duduk di antara Aiman dan Aqief. Di dalam panggung tersebut, terlalu ramai yang datang untuk menonton filem tersebut. Nasib baik Aqief membeli tiket tersebut dengan awal, jadi mereka dapat duduk di tempat yang strategik. Terima kasihlah kepada Aqief. Hana menonton filem tersebut dengan tekun sekali. Sesekali dia menyedut air yang berada di sisinya, sesekali dia menyuakan popcorn ke dalam mulutnya. Begitu juga dengan Aiman. Sehinggakan Aiman tersalah mengambil air Hana untuk minum. Hana menepuk tangan Aiman lalu mengambil airnya kembali.

“Oi, air aku,” ujar Hana separa berbisik sambil mengambil airnya itu. Aiman terkejut dengan tindakan Hana hanya melihat sahaja tindakan Hana itu. Kemudian dia mengambil pula air miliknya yang berada di sisinya itu. Manakala Aqief pula hanya menonton filem tersebut dengan senyap. Sesekali ada juga dia menyedut minumannya itu. Kelihatan juga Aqief agak resah sambil melihat telefon bimbitnya itu. Hana yang perasan akan tingkah laku Aqief itu curi-curi memandang tindakan Aqief. Sambil itu dia menyedut air yang berada di tangannya itu. Aqief menyimpan telefon bimbitnya itu di dalam poketnya lalu menonton semula filem tersebut. Hana cepat-cepat menonton filem itu semula. Hana mengerutkan dahinya sambil memikirkan sesuatu. Siapa yang asyik menelefon Aqief? Sehinggakan dia berasa resah seperti itu sekali. Matanya menonton filem yang ditayangkan tetapi fikirannya melayang memikirkan gerangan siapa yang menelefon Aqief itu. Hana kemudian dengan sengaja memandang Aiman yang berada di sebelah kirinya pula. Keihatan Aiman begitu khusyuk menonton filem tersebut. Sehinggakan air serta popcornnya hampir habis. Hana menaikkan keningnya itu tatkala memandang Aiman kemudian dia berpaling semula ke hadapan menonton filem tersebut. Sayang sekiranya terlepas beberapa babak yang ada di dalam filem tersebut. Sudahlah ceritanya best. Rugi kalau tak tengok.

Sementara itu, di rumah banglo dua tingkat milik Ezreen, kelihatan Ezreen agak resah sambil memandang telefon bimbitnya itu. Dia mendengus kasar sambil melontar jauh pandangannya itu.

“Mana Aqief ni? call tak angkat. Haish,” rungut Ezreen lalu mendail semula nombor telefon Aqief. Kelihatan Aqief mengambil telefon bimbitnya lalu melihat gerangan siapa yang menelefonnya itu. Aqief mengerutkan keningnya sambil melihat telefon bimbitnya. Setelah panggilan tersebut terputus, Aqief menaip mesej untuk dihantar kepada Ezreen. Setelah dihantar mesej tersebut, Aqief kemudian menyimpan telefon bimbitnya itu ke dalam poketnya semula. Hana yang berada di sebelahnya hanya curi-curi memandang Aqief.

Ezreen yang sedang merungut itu tiba-tiba berhenti merungut tatkala mesej daripada Aqief masuk ke dalam telefon bimbitnya. Ezreen membuka mesej tersebut lalu membacanya.

‘I tengah dekat luar ni. I’ll call you back,’

Ezreen mendengus kasar lalu mencampakkan telefon bimbitnya itu ke atas katil. Niat di hati Ezreen ingin keluar dengan Aqief hari ini. Tapi Aqief terlebih dahulu telah keluar. Keluar dengan siapa pun tak tahu. Kalau hal ini berterusan, hancurlah rancangan Ezreen untuk memiliki Aqief. Ezreen merebahkan badannya di atas katil lalu memandang syiling biliknya. Ezreen mengeluh kasar sambil lengannya diletakkan di atas dahi.

“Aqief, mana you pergi ni?,” rungutnya lagi.

Sementara itu, filem yang ditonton oleh Hana, Aiman dan Aqief telah tamat tayangannya. Mereka bertiga kemudian keluar dari pawagam tersebut. Kelihatan ramai penonton yang berpusu-pusu keluar dari pawagam tersebut. Kelihatan Hana terhimpit di antara semua penonton tersebut. Tanpa disedari tiba-tiba tangan Hana ditarik seseorang. Hana agak terkejut dengan tindakan tersebut. Rupa-rupanya yang menarik tangan Hana itu adalah Aqief. Aqief menarik tangan Hana lalu membiarkan Hana berjalan di hadapannya. Sesekali Hana terhenti akibat kesesakkan manusia yang berada di situ. Oleh sebab itu, tanpa di sengajakan, tiba-tiba dada Aqief agak rapat dengan kepala Hana. Hana yang berada dekat dengan dada Aqief agak terkejut dengan keadaan tersebut. Tanpa disedari, tiba-tiba pipinya berubah menjadi merah tatkala hal tersebut berlaku. Hana hanya mendiamkan dirinya sahaja. Begitu juga Aqief. Setelah keadaan menjadi reda barulah Hana berjalan seperti biasa. Begitu juga Aqief. Manakala Aiman pula telah tercampak jauh daripada mereka. Mungkin akibat kesesakkan manusia itu yang menyebabkan Aiman tercampak jauh daripada rakan-rakannya itu.

“Woi, korang. Tunggulah aku,” ujar Aiman seperti mahu menangis tatkala bayangan Hana dan Aqief hilang dari pandangannya. Kemudian Hana dan Aqief pula melangkah menuju ke kereta Hana. Hana memandang belakangnya dan kelihatan dia agak terkejut tatkala menyedari Aiman tiada di belakang mereka.

“Aqief, Aiman mana? Aiman hilang. Aqief, Aiman hilang! Macam mana ni? mana dia pergi?,” ujar Hana gelabah. Aqief yang terkejut mendengar kata-kata Hana itu turut memandang belakang.

“Mungkin dia stuck akibat kesesakkan tadi kot,” ujar Aqief sambil menenangkan Hana.

“Habis tu macam mana?,” soal Hana dengan muka gelabahnya itu.

“Kita tunggu Aiman dekat kereta. Kunci pada kau kan?,” soal Aqief sambil memandang Hana.

“Kunci pada aku. Okaylah kalau macam tu. Kita tunggu dalam kereta je,” ujar Hana menenangkan dirinya sendiri. Kemudian dia menuju ke keretanya lalu membuka kunci keretanya. Aqief turut mengikuti Hana dari belakang.

“Biar aku drive. Kau duduklah sebelah,” ujar Aqief. Hana menganggukkan kepalanya lalu menukar tempat. Aqief kemudiannya masuk ke dalam kereta begitu juga Hana.

“Kalau Aiman betul-betul hilang macam mana? kita nak tunggu pengumuman ke?,” soal Hana lagi.

“Pengumuman apa?,” soal Aqief pelik.

“Pengumuman budak hilang. Kalau budak hilangkan ada pengumuman macam tu,” jelas Hana dengan mukanya yang bersungguh-sungguh. Aqief tersenyum sambil memandang Hana.

“Hana, Aiman tu dah besar. Bukan budak kecil lagi. Dia tahu macam mana nak pergi sini,” ujar Aqief tenang. Benar juga kata-kata Aqief itu. Hana mengeluh kecil lalu menganggukkan kepalanya. Tidak lama kemudian, kelihatan bayangan Aiman muncul di luar pintu parking. Kelihatan Aiman menuju ke arah kereta dengan kusut-masai.

Haa, itu pun Aiman,” ujar Hana lalu memandang Aiman yang sedang duduk di bahagian tempat duduk belakang Aqief. Kelihatan Aiman mengelap peluh di dahinya.

“Kau pergi mana Aiman?,” soal Hana sambil memandang Aiman. Manakala Aqief pula menghidupkan enjin kereta Hana lalu memandu keluar dari kawasan tersebut.

“Aku stuck dekat dalam tu. Ramai betul manusia dekat dalam tu,” ujar Aiman sambil membetul-betulkan jambulnya itu. Kelihatan Hana mengangguk-anggukkan kepalanya sahaja.

“Nah minum air ni,” ujar Hana lalu memberi Aiman sebotol air mineral. Aiman mengambilnya lalu meneguknya dengan rakus. Teruk betul keadaan Aiman ketika itu. Seperti berperang gamaknya.

“Kita nak pergi mana ni?,” soal Aiman sambil memandang Aqief melalui cermin di hadapannya itu. Hana turut memandang Aqief yang berada di sebelahnya itu.

“Kita pergi Country Garden jom. Macam best tempat tu,” ajak Aqief sambil matanya memandang jalan raya. Hana dan Aiman saling berpandangan.

Okay, boleh je,” ujar Hana sambil tersenyum. Manakala Aiman pula hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Kelihatan Aqief tersenyum nipis lalu memecut kereta Hana menuju ke destinasi yang ingin ditujunya.

Sesampai sahaja mereka di Country Garden, kelihatan Hana dan Aiman begitu gembira sekali. Sudah lama mereka tidak pergi ke situ. Aqief hanya tersenyum melihat telatah dua orang rakan baiknya itu. Aqief mengunci kereta Hana lalu memberikan kunci tersebut kepada Hana. Hana mengambil kunci tersebut lalu menyimpannya di dalam beg tangannya. Kemudian mereka melangkah gembira menuju dalam taman tersebut. Di situ, mereka kelihatan gembira sekali. Lagi-lagi Hana dan Aiman. Sesekali kelihatan mereka berselfie sesama sendiri. Kadang-kadang Hana bergambar dengan Aiman. di dalam telefon bimbit mereka terlalu banyak gambar antara Hana dan Aiman. Kemudian mereka menarik Aqief untuk bergambar bersama mereka. Kadang-kadang Aqief bergambar dengan Hana di hadapan pantai yang bewarna biru itu. Kemudian Aqief bergambar dengan Aiman di hadapan kolam renang. Tempat tersebut banyak kawasan yang sangat cantik. Setiap kawasan mereka bergambar bersama. Kelihatan juga mereka bertiga bergambar di bawah payung besar yang terdapat di kawasan tersebut. Terdapat juga gambar Aiman makan aiskrim bersama dengan Hana. Dan terdapat juga gambar Aqief sedang makan aiskrim seorang diri di bawah payung yang berdekatan dengan mereka berdua. Sungguh comel gambar Aqief itu. Hana dan Aiman hanya ketawa kecil tatkala melihat gambar tersebut tanpa pengetahuan Aqief. Gambar itu harus disimpan. Mana tahu gambar tersebut amat penting suatu hari nanti. Amboi, macam ada perancangan lain je mereka berdua ni. Hana dan Aiman bukannya boleh percaya. Ada sahaja yang ingin dibuatnya. Mereka juga makan tengah hari di sekitar kawasan yang berdekatan. Setelah perut kenyang diisi makanan, mereka bertiga sambung berjalan-jalan di kawasan JB. Sudah lama mereka tidak berjalan seperti ini bersama-sama. Kalau tidak, mereka asyik dengan hal sendiri sahaja apabila cuti hujung minggu. Dengan Aimannya yang asyik keluar berdating dengan girlfriend-girlfriendnya, Aqief pula sibuk dengan urusan yang tidak pernah habis, manakala Hana pula hanya sibuk di rumah sahaja. Kali ini, Hana sangat gembira tatkala dapat keluar bersama-sama dengan dua orang rakannya itu. Percutian ini pasti Hana tidak akan melupakannya kerana ini adalah percutian paling bermakna bagi dirinya. Percutian ini adalah percutian paling manis di dalam hidup Hana. Hana tersenyum sendirian sambil memandang Aqief yang serius memandu dan Aiman yang sedang lena berdengkur di belakang. Sungguh sayang Hana kepada mereka berdua. Persahabatan ini akan kekal selamanya. Itulah harapan Hana.

Previous: BAB 19
Next: BAB 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.