Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,840
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 15

Hari ini Hana agak lewat pergi ke kerja. Dengan tergopoh-gapahnya, Hana menghidupkan enjin keretanya lalu memandu keluar dari perkarangan rumahnya. Hana tidak tahu kenapa hari ini dia bangun lewat. Mungkin terlalu penat berjalan bersama dengan Aiman dan Aqief semalam. Tapi bila dilihat tadi, kereta Aiman dan Aqief sudah tiada di perkarangan rumah mereka. Ah! Mereka bukan menguruskan rumah sebelum keluar bekerja pun. Kalau mereka bangun lewat sekalipun, mereka tetap sempat pergi ke kerja. Lelaki, mandi kambinglah jawabnya kalau terlewat untuk pergi ke kerja. Kalau perempuan lain sikit. Nak sempurna kalau boleh. Hana menekan minyak lalu memecut laju keretanya di jalan raya. Hana tidak mahu terlewat sampai ke tempat kerja.

Sesampai sahaja di hotel, Hana dengan tergopoh-gapahnya berlari-lari anak menuju ke lobi. Tanpa disedari tiba-tiba Hana terlanggar dengan seseorang. BAMM!!!

“Aduh! Mata you letak dekat mana ha!,” marah seorang wanita sambil menggosok-gosok lengannya.

Sorry-sorry cik…Kau! Buat apa aku nak minta maaf. Mata aku letak dekat kepalalah. Kenapa? Kau tak nampak ke mata aku ada dekat sini,” ujar Hana sambil menunjukkan mata dengan jari telunjuknya.

Haish, malas layan orang gila ni,” ujar Ezreen sambil menjeling tajam Hana.

“Siapa gila? Kaulah gila. Perempuan gila!,” balas Hana dengan muka merah padamnya.

I tak gila, you yang gila. Tepilah! I nak masuk,” ujar Ezreen lalu menolak Hana ke tepi. Hana terdorong ke tepi tatkala ditolak oleh Ezreen. Hana memandang Ezreen yang berlalu masuk ke lobi dengan keadaan marah. ‘Kurang ajar punya perempuan. Tak pe kau. Hari ini hari kau, esok-esok hari aku pula,’ desis Hana lalu masuk ke lobi. Dia membatalkana niatnya untuk berlawan dengan Ezreen memandangkan dia telah lewat masuk kerja. Kalau Hana tidak lewat hari ini, memang dah kena belasah daripada Hana. ‘Tak pe Hana, bersabar,’ bisik hatinya lagi.

Hana masuk ke lobi dalam keadaan marah. Aiman agak pelik tatkala melihat kemasaman muka yang dipamerkan oleh Hana. ‘Mesti ada yang tak kena ni,’ desis Aiman dalam hati.

“Na, kau kenapa masam-masam ni. Dah macam muka tempe basi aku tengok,” tegur Aiman tatkala melihat Hana yang telah berada di tempatnya.

“Tak ada apalah Aiman. Aku geramlah dengan si Ezreen tu. Pagi-pagi dah buat aku naik angin. Gedik sangat!,” bentak Hana sambil menghempas fail yang berada di sisinya. Aiman yang berada di sebelah Hana agak terkejut tatkala melihat Hana menghempaskan fail tersebut. Tidak disangka.

“Na, bawa bertenang Na. Kalau kau geram dengan Ezreen sekalipun, kau janganlah buat fail tu jadi mangsa kau. Habis hancur fail tu nanti,” ujar Aiman cuba menenangkan Hana yang sedang membara itu. Kelihatan nafas Hana berombak turun naik menahan marahnya.

“Aku geramlah dengan Ezreen tu. Poyo dia mengalahkan katak puru. Geramnya aku. Bukannya nak minta maaf ke apa,” ujar Hana melepaskan api kemarahannya.

“Apa sebenarnya berlaku Na. Cuba kau cerita dekat aku,” ujar Aiman lagi.

“Tak ada apa-apalah Aiman. Kalau aku cerita pun, bukan kau faham pun. Yang kau pun, kenapa kau datang kerja awal sangat. Kau tak kejut aku pun. Aku bangun lambat tahu tak hari ni,” ngomel Hana. Ezreen punya pasal, tidak semena-mena Aiman pula yang terlibat sekali.

“Eh, apesal aku pula yang terlibat ni? Aku pergi kerja macam biasa kot. Yang selalu kejut kau kan alarm kau. Apesal aku pula yang tiba-tiba nak kejut kau pula. Tak pernah-pernah kau suruh pun. Peliklah kau ni,” balas Aiman tidak puas hati kepada Hana. Kelihatan Hana mengeluh kecil. Mengeluh kerana hari ini tidak berjalan lancar seperti biasa. Ada sahaja yang tidak kena.

Sorrylah Aiman. Mood aku kurang baiklah. Nanti kita lunch sama-sama okay. Aku ada bawa sambal udang petai. Kau kan suka,” ujar Hana cuba tersenyum memandang Aiman. Aiman memandang Hana sambil tersenyum gembira.

“Ye ke? kau buat ni khas untuk aku ke?,” soal Aiman teruja. ‘Wahh, tak sangka Hana sanggup buat ni khas untuk aku~,” desis Aiman dalam hati.

“Taklah. Aku buat lebih. Jadi aku bawalah untuk lunch nanti. Nanti kita makan sama-sama dengan Aqief dan Imla,” balas Hana sambil matanya sibuk menghadap komputer yang berada di hadapannya.

“Laa, ingatkan buat khas untuk aku. Imla ada ke hari ni?,” soal Aiman sambil mengerutkan keningnya. Dia cuba mengingati sesuatu. Imla masuk kerja ke hari ini? Itulah soalan yang bermain di kepalanya kini.

“Kau tak payahlah buat muka payau kau tu. Mulai hari ni Imla kerja waktu pagi. Macam biasa. Tapi bahagian lain. Kita pula dah tak ada shift malam lagi dah. Kita tetap kerja waktu yang sama. Pagi sampai petang. Kau tak tahu ke? Encik Iqbal kan pernah beritahu masa tu. Tulah kau. Tak fokus time orang cakap,” ujar Hana sambil tangannya sibuk menaip laporan.

“Ada ea? Kenapa aku lupa? Ish, makin teruk ingatan aku ni. Dah tua aku ni,” ujar Aiman sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Kau tak payahlah garu kepala kau tu macam ada kutu je yang bermastautin dekat kepala kau. Dah memang terang lagi bersuluh pun. Dah tua dah kau tu,” balas Hana selamba.

“Oh lupa, kau kan muda. Muda sepuluh tahun daripada aku,” balas Aiman sinis. Macamlah Hana tidak sebaya dengan umurnya. Cakap orang tua, dia pun sama.

“Hahaha, tahu pun. Aku kan muda lagi. Sweet 17 gitu,” seloroh Hana pula.

Aiman hanya memandang Hana dengan sinis. Malas dilayannya minah senteng ini. Makin dilayan. Makin menjadi. Aiman mendiamkan diri lalu meneruskan kerjanya. Hana menjeling Aiman sambil tersenyum sinis. Aiman-Aiman! Suka Hana menyakatnya.

Kini sudah tibanya waktu tengah hari. Hana dan Aiman berkemas-kemas untuk pergi lunch. Kelihatan juga Imla menuju ke tempat Hana dan Aiman.

“Hana, Aiman. Lunch jom,” ajak Imla kepada Hana dan Aiman.

“Jom,” balas Hana lalu mengambil bekalnya.

“Kau bawa bekal ke?,” soal Imla sambil memandang bekal yang berada di tangan Hana.

“A’ah, dia bawa bekal special untuk kita,” pintas Aiman sambil menaik-naikkan keningnya itu.

“Wahh, rajinnya kau buatkan bekal untuk kitaorang. Kelass kau Hana,” ujar Imla sambil mencuit bahu Hana.

“Cehh, bodeklah tu,” balas Hana sambil tersenyum sinis memandang Imla. Sementara itu, kelihatan Aqief bersama Ezreen turun ke bawah untuk pergi lunch bersama.

“Qief! Jom lunch sama-sama,” ajak Aiman tatkala terpandang Aqief. Hana dan Imla hanya mencebikkan mukanya tatkala memandang Ezreen yang berada di samping Aqief.

“Eh, sure. Jomlah. Lagi ramai lagi meriah,” balas Aqief gembira.

“Aqief, kau nak lunch dengan Ezreen ke?,” soal Hana sambil memandang wajah sombong Ezreen. Ezreen hanya membalas pandangan Hana sambil tersenyum sinis.

“Eh, taklah. Kebetulan kitaorang turun sama-sama. Ezreen, you nak join kitaorang sekali ke?,” soal Aqief kepada Ezreen.

“Eh, tak pelah Aqief. Ntah-ntah Ezreen nak lunch dengan boyfriend dia ke. Kita janganlah kacau dia,” ujar Hana tiba-tiba.

“Betul tu, betul tu,” sampuk Imla mengiyakan kata-kata Hana. Ezreen memandang wajah Hana dan Imla sambil mengerutkan mukanya. Pandai-pandai diaorang je bagi alasan supaya tidak mengajak Ezreen keluar lunch bersama.

“Eh, siapa kata I nak keluar lunch dengan boyfriend i. I single. So I join korang lunch. Boleh Aqief?,” soal Ezreen sambil memandang Aqief dengan muka yang simpati. Hana dan Imla hanya menahan geram tatkala Ezreen berkelakuan seperti itu.

Sure, boleh je,” balas Aqief ringkas.

Alaa, kau join je kitaorang. Tak payah layan minah dua ekor ni. Jomlah, lapar dah ni,” ujar Aiman pula mempelawa Ezreen. Hana dan Imla memandang Aiman dengan pandangan yang amat tajam.

“Apa?,” soal Aiman seperti tidak tahu menahu apa yang tersirat dari pandangan Hana dan Imla.

“Dah jomlah,” ujar Hana kasar lalu menarik tangan Imla mengikuti langkahnya. Aiman yang tidak tahu menahu apa yang berlaku hanya megorak langkahnya mengikuti langkah Hana dan Imla. Aqief dan Ezreen turut mengikuti langkah mereka bertiga. Kelihatan Ezreen tersenyum bahagia tatkala berjalan seiringan dengan Aqief. Bahagia benar nampaknya. Hana dan Imla mengorak langkah dengan hati yang membara. Geram tatkala Aqief dan Aiman mempelawa sekali Ezreen untuk keluar lunch bersama. Mereka berdua bukannya tahu apa-apa pun mengenai perangai Ezreen itu.

“Geramnya aku. Boleh pula diaorang ajak minah gedik tu lunch sekali,” bisik Hana kepada Imla.

“Tahu pun kau. Bernanah tau mata aku tengok kegedikkan dia tu,” bisik Imla pula.

“Eh, korang bisik-bisik apa ha?,” sergah Aiman yang muncul tiba-tiba di antara Hana dan Imla. Hana dan Imla terkejut lalu memandang Aiman dengan pandangan yang tajam.

“Sibuklah kau!,” ujar Imla lalu melangkah laju bersama dengan Hana. Hana turut menjeling Aiman. Sibuk je mamat ni.

“Aku pula yang kena. Perempuan. Susah nak faham,” ujar Aiman sendirian sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Kenapa Man?,” soal Aqief sambil menepuk belakang Aiman. Aiman terkejut lalu memandang Aqief. Ezreen turut menghentikan langkahnya.

“Eh, Qief. Tak ada apa-apalah. Jomlah,” ajak Aiman lalu mengorak langkah meninggalkan Aqief dan Ezreen. Aqief memandang Aiman dengan pelik lalu memandang Ezreen.

“Jomlah,” ajak Aqief kepada Ezreen. Ezreen menghadiahkan sekuntum senyuman lalu mengikuti langkah Aqief.

Setibanya di café tersebut, Hana memilih meja bersebelahan dengan air terjun mini yang ada di café tersebut. Aiman pula, dengan lantasnya dia menarik kerusi yang berada di sebelah Hana. Dia memilih untuk duduk bersebelahan dengan Hana. Manakala Aqief pula duduk berhadapan dengan Hana sementara Ezreen pula dudk bersebelahan Aqief dan berhadapan dengan Aiman. Imla yang tidak ada pilihan, memilih untuk duduk di antara Aqief dan Hana. Hana hanya memandang Ezreen dengan jelingan yang tajam. Sakit hatinya terhadap Ezreen sejak pagi tadi tidak reda lagi. Sekarang boleh pula makan tengah hari menghadap muka perempuan gedik ini. Bernanah je hati Hana.

“Hana, cepatlah buka bekal yang kau buat tu,” ujar Aiman dengan tidak sabarnya. Hana memandang Aiman dengan pandangan tajam. Tak sabar-sabar lagaknya.

“Sabarlah Aiman. Pesanlah makanan korang dulu. Ni makanan sampingan je,” ujar Hana kepada Aiman sambil mengetap giginya. Hana menahan geram terhadap Aiman. Dia harus bersabar dengan Aiman. Dia tidak mahu mencetuskan pergaduhan di situ. Jatuh air muka dia kepada Ezreen. Aiman memandang Hana sambil mengecilkan matanya.

“Yelah,” ujar Aiman lalu mengambil pesanan. Begitu juga dengan Aqief, Hana, Ezreen dan Imla.

“Hana, kau ada bawa bekal ke?,” soal Aqief sambil memandang Hana.

“A’ah, dia ada bawa bekal untuk kita semua. Sambal udang petai,” Hana tidak sempat berkata apa-apa, Aiman terlebih dahulu memotongnya. Hana memandang Aiman dengan pandangan yang tajam. Aiman hanya buat muka tak tahunya sahaja.

“Wahh, sedapnya. Lama tak makan air tangan kau,” ujar Aqief sambil tersenyum manis. Hana hanya berpura-pura membalas senyuman Aqief. Ezreen hanya mendiamkan diri sambil memandang tajam Hana. Hana hanya buat muka selambanya. Malas untuk dia memandang perempuan yang menyakiti hatinya itu. makin dipandang makin sakit hatinya.

Setelah pesanan mereka sampai di meja, Hana membuka bekal yang dibawanya. Dengan serta-merta bau sambal udang petai Hana merebak keluar. Sungguh enak baunya. Aiman dengan pantas mengambil sambal udang petai tersebut dengan beberapa sudu. Aqief hanya menelan air liurnya sahaja tatkala melihat Aiman mengambil sambal udang tersebut.

“Gelojohlah kau ni. Bagilah dekat orang lain pula,” ujar Hana sambil memandang kegelojohan Aiman. Ezreen memandang kosong sambal Hana. Kali ini tiba giliran Imla pula. Imla seperti Aiman mengambil sambal tersebut dengan beberapa sudu. Suka benar dia terhadap sambal udang petai yang Hana buat.

“Kau cakap aku gelojoh. Im pun sama. Lagi teruk tahap gelojohnya tu,” ujar Aiman sambil memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah Imla. Imla memandang Aiman dengan pandangan yang tajam. Ingin sahaja dia bunuh mamat yang berada di sebelah Hana. Mulut tak boleh nak cover. Hana yang berada di sebelah Aiman menyinggul lengan Aiman. Aiman terkejut lalu memandang Hana. Hana hanya membesarkan matanya sahaja isyarat supaya Aiman menutup mulutnya. Aiman hanya mengeluh kecil lalu menyuakan nasi goreng berlaukkan sambal udang petai Hana ke mulutnya. Betapa sedap sambal Hana sampai Aiman terpejam-pejam tatkala merasanya.

“Sedap sangat ke sambal udang petai you. Sampai orang berebut-rebut nak. I tak minatlah petai. Berbau. I tak suka. I bet mesti you tak suka juga kan Aqief,” ujar Ezreen tiba-tiba sambil memandang Aqief. Aqief, Aiman dan Imla memandang tajam ke arah Ezreen. Hana hanya mengeluh kecil sambil memandang air terjun mini di sisinya. ‘Cari pasal nampak perempuan ni,’ desis Hana dalam hati.

Aqief dengan perlahan mengambil sambal udang petai Hana dengan beberapa sudu. Dia menggaulkan sambal udang petai tersebut dengan nasi gorengnya lalu menyuakan nasi yang bersambal itu ke mulutnya. Kelihatan terpejam-pejam mata Aqief tatkala merasa sambal Hana. Ezreen yang duduk bersebelahan dengan Aqief tercengang tatkala melihat perlakuan Aqief tersebut. Dia tidak menyangka bahawa Aqief makan makanan tersebut. Sangkaan dia meleset sekali. Malu sungguh dia terhadap Aqief.

“Cik Ezreen, kitaorang orang kampung. Tak mainlah makan-makan western ni. Walaupun petai tu busuk, tapi sekali dah rasa, nak lagi. Macam cinta juga. Sekali dah kena, tak terasa busuknya,” perli Aiman. Ezreen hanya mendiamkan dirinya sambil membuat mukanya yang dua puluh sen itu.

“Apa benda kau samakan petai dengan cinta. Tak kena langsung petai dengan cinta. Pada kau, cinta tu macam petailah,” celah Hana sambil memandang Aiman.

“Eh, macam petai apa. Mula-mula tak nak, busuklah. Kalau dah termakan, conform nak lagi. Macam cinta juga. Mula-mula tak nak, sekali dah terjatuh cinta, dah tak kisah dah semua tu. Yang busuk pun jadi wangi tau,” ujar Aiman lagi mengukuhkan pendapatnya.

“Hai, siapalah yang malang jatuh cinta dengan si Aiman ni. Cinta petailah jawabnya,” seloroh Hana.

“Eh, petai-petai pun, ramai yang dah jatuh cinta dekat aku. Cuma kau je yang tak tahu,” balas Aiman lagi.

“Eleh, perasaan,” jawab Hana selamba. Imla dan Aqief hanya tersenyum tatkala mendengar celoteh daripada Hana dan Aiman. Malas bagi diaorang untuk masuk campur pertikaman lidah antara Hana dan Aiman. Takut makin teruk nanti.

“Sedaplah Hana sambal kau ni. Nanti boleh tak kau masakkan untuk aku?,” puji Aqief sambil memandang Hana. Aiman memandang Aqief dan Hana. Kelihatan ada sedikit wajah cemburu di muka Aiman. Begitu juga wajah Ezreen. Kelihatan Ezreen seperti tidak berpuas hati terhadap Hana. ‘Setakat sambal macam ni dia kata sedap. Apa tastelah Aqief ni,’ desis Ezreen di dalam hatinya. Hana hanya tersenyum sumbing tatkala mendengar pujian Aqief itu. Imla disisinya kelihatan turut tersenyum sumbing tatkala mendegar Aqief memuji masakan Hana.

“Hahaha, apalah kau ni. Setakat sambal tu je kot. Main campak-campak je. Kau nak bila. Bila-bila masa je aku boleh masakkan untuk kau,” ujar Hana merendah diri. Menyampah rasanya tatkala melihat kelakuan Hana yang seperti itu.

Alaa, Qief. Kau nak sambal macam tu kan. Kau suruhlah mama kau yang buat. Aku rasa Cik Imah lagi sedap masak sambal ni daripada Hana,” seloroh Aiman. Hana menarik nafasnya lalu memandang Aiman dengan pandangan yang tajam.

“Aiman, aku tak menyangkallah kalau sambal Mak Icah lagi sedap daripada aku. Kalau sambal aku tak sedap, kenapa kau makan sampai terpejam-pejam mata kau tu. Kau nak aku buat mata kau terus pejam ke?,” ujar Hana seperti mengugut.

“Eh, aku tak cakap pun sambal kau tak sedap. Kau je tu yang perasan sangat. Aku tak cakap pun benda tu,” balas Aiman menyakitkan hati Hana.

“Haish kau ni, aku hempuk kau kang,” ujar Hana kasar.

“Hempuklah kalau berani,” cabar Aiman pula.

“Eh, sudahlah. Janganlah bergaduh dekat sini. Malulah,” ujar Imla bertujuan menghentikan pergaduhan antara mereka berdua.

“Ntah korang ni. Pasal masakan mama aku dengan Hana pun boleh jadi isu. Memanglah masakan ibu tiada bandingannya. Tapi masakan Hana apa kurangnya. Boleh tahan,” ujar Aqief pula.

Hana hanya memandang Aiman dengan pandangan penuh bangga. Aiman pula hanya mencebikkan mukanya. Hana-Hana, suka benar dia mencari pasal terhadap Aiman. Begitu juga Aiman. Entah apa yang tidak kena antara Hana dan Aiman. Mereka berdua hanya bergaduh sahaja. Kelihatan Ezreen tersenyum sinis sambil menggelengkan kepalanya. Mungkin pada dia, Hana dan Aiman berkelakuan tak ubah seperti budak-budak. Mereka berlima menjamu selera sementara maa rehat masih ada. Masih rehat masih berbaki beberapa belas minit sahaja. Hana dan Aiman hanya mendiamkan diri. Begitu juga Imla dan Aqief. Ezreen hanya memandang wajah mereka dengan penuh makna. Pada Ezreen, mereka semua ada cerita yang istimewa. Ezreen tersenyum sinis sambil menyuakan makanan di mulutnya.

Previous: BAB 14
Next: BAB 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.