Home Cerpen Umum Alamak, Cicakkk!
Alamak, Cicakkk!
Aimie Izzati
5/5/2015 18:50:21
1,487
Kategori: Cerpen
Genre: Umum

“1, 2, 3…,”

“4, 5, 6…,”

Nggggg…. Ngggg…..

“7, 8…,”

Kedengaran suara kiraan guru Pendidikan Jasmani dan suara cengkerik berselang-seli. Semua pelajar perempuan 2 Anggerik mengikuti gerakan dan kiraan yang dibuat oleh guru mereka.

Sementara itu kelihatan pelajar lelaki dari kelas yang sama sedang merewang-rewang di dalam kelas mereka. Mana budak yang baik a.k.a nerd, mereka menghabiskan masa dengan membaca buku atau mengulang kaji. Mana yang agak macam nakal-nakal manja sikit sedang meneropong pelajar-pelajar perempuan yang sedang memanaskan badan di padang bawah kelas mereka menerusi tingkap kelas mereka.

Kelihatan di satu sudut kelas, seorang pelajar lelaki sedang menguap sambil memandang rakan-rakannya di dalam kelas tersebut.

Haa, yang sedang menguap tu namanya Muhammad Adham Bin Seli. Semua rakan-rakannya memanggil dia “monyet”. Mungkin perangainya sama seperti monyet barangkali. Diaorang lebih selesa memanggilnya “Nyet” sahaja. Senang. Pendek.

“Haish, bosannyaaaa,” bisiknya sambil merenggangkan kedua belah tangannya itu ke atas.

Sekiranya Cikgu Rahman, guru Pendidikan Jasmani mereka tidak cuti hari ini, mungkin mereka semua sudah menjalani aktiviti yang menarik. Tambahan lagi, tiada seorang guru ganti yang menggantikan Cikgu Rahman ketika ini. Maka, mereka semua membuat kerja masing-masing dan menerawang saja kerjanya.

Nyet bangun dan membetulkan bajunya yang sedikit keluar itu. Matanya melilau ke sana dan ke sini. Dia mencari mangsa untuk dikacaunya. Tiba-tiba matanya terlock kepada sesusuk figura yang sedang khusyuk menelaah buku. Kelihatan ada segaris senyuman yang agak jahat terpamer di bibirnya.

Tanpa membuang masa, dia melangkah dan melangkah mendekati pelajar nerd tersebut.

“Oii, Beng! Kau buat apa tu? Otak kau tak jam ke asyik ngadap buku je. Aku tengok mole kau tu makin membesar asyik ngadap buku je,” jerkah Nyet sambil tangannya menepuk belakang Chu Beng.

Haa, yang nerd dan selalu kena buli ni namanya Muhammad Khairul Bin Adnan. Disebabkan tahi lalat atau mole yang agak besar tumbuh di pipinya, semua orang panggil dia “Chu Beng”.

Kelihatan Chu Beng terkulat-kulat memandang Nyet. Nyet memandang Chu Beng dengan perasaan yang agak geram.

“Haish kau ni! Asal aku tegur je, mesti buat muka seposen kau tu. Aku bagi kang! Baru tahu,” ugut Nyet sambil tangannya dihayun ke arah Chu Beng. Kelihatan Chu Beng sudah bersedia untuk mengelak tangan Nyet dari hinggap ke pipinya yang ditumbuhi oleh mole itu. Berharga tu mole dia. Mahal kau.

“Nyet! Sini!,” panggil salah seorang pelajar lelaki yang sedang melekat di tingkap kelas mereka itu. Nyet memandang rakannya itu lalu menjatuhkan tangannya. Kemudian dia memandang Chu Beng semula.

“Tak pelah Beng. Lain kali aku main-main dengan kau lagi okey,” ujar Nyet lalu melangkah meninggalkan Chu Beng. Kelihatan Chu Beng mengeluh kecil sambil memandang langkahan Nyet.

“Eleh, ingat aku takutlah tadi,” bisiknya sambil mencebikkan mulutnya itu.

Langkah Nyet terhenti di sebelah salah seorang rakannya. Haa, yang pipi centol ni namanya Ahmad Azwan Bin Saat. Diaorang gelarkan dia “Si Centol” atau “Tol” je. Si Centol ni suka sangat dengan Rahmat Mega. Buktinya, hampir setiap hari dia nyanyi lagu Rahmat Mega di dalam kelas sekiranya guru belum masuk atau tiada. Itulah hobinya. Rasanya kot.

“Apesal kau panggil aku? Kau teropong siapa ni?,” soal Nyet sambil matanya jauh menerobos ke padang sekolah.

“Tengoklah tu. Budak-budak perempuan nak main bola sepak. Hahaha, macam manalah diaorang nak main tu,” ujar Tol sambil tersengih-sengih memandang rakan perempuan sekelasnya itu.

“Eheh, macam manalah diaorang nak main tu. Reti ke,” tokok salah seorang rakan mereka. Nyet dan Si Tol memandang empunya suara tersebut dengan serentak.

“Apa? Aku salah cakap ke?,” ujarnya sambil memandang Nyet dan Si Tol. Haa, yang kenit ni namanya Muhammad Fairuz Bin Ahmad. Tapi ramai gelarkan dia “Si Toyol”. Mungkin, sebab dia pendek dan telinganya agak capang. Hmm.

Si Nyet dan Si Tol menggeleng-gelengkan kepala mereka dengan serentak.

“Tak…,” balas Si Tol.

Di samping itu, kelihatan salah seorang rakan mereka merenung rakan perempuan mereka dengan kaku. Tiada bergerak sedikit pun. Terasa seperti patung pun ada.

“Hei Mon! kau tenung apa tu. Aku tengok padang tu dah macam ada lubang dok asyik terkena laser dari mata kau tu. Kau hidup lagi tak ni?,” tegur Si Tol sambil mencuit sedikit bahu rakannya itu.

“Aku hidup lagilah,” balas rakannya yang dipanggil Mon itu. Haa, yang agak lebar sikit badannya ini namanya Muhammad Amri Bin Iskandar. Tapi diaorang panggil “Mon”. Singkatan dari “Doraemon”. Hmm, pelik-pelik nama. Si Mon ni seorang yang tiada perasan. Semua orang tak tahu bila dia gembira, sedih atau teruja. Reaksinya tetap sama. Kaku dan beku.

“Ye ke hidup. Tadi macam patung gayanya. Tak bergerak-gerak langsung,” bisik Si Tol.

Sementara itu, di padang sekolah pula, kelihatan para pelajar perempuan sedang bergembira bermain bola sepak. Orang perempuan kalau main bola, biasalah kalau tak jerit-jerit, teriak-teriak. Tak sah. Macamlah bola tu kejar dan nak gigit diaorang.

“Nad bagi bola tu ke sini!,” teriak salah seorang pelajar perempuan.

“Okey, standby!”, balas Nad seraya kakinya sudah bersedia untuk menyepak bola yang berada di hadapannya itu. Okey, yang ni namanya Nurul Nadiah Binti Rosman. Rakan-rakannya memanggil dirinya “Nad” tetapi budak-budak lelaki menggelarkannya “debu”. Jadi, mana-mana dia pergi mesti budak-budak lelaki memanggilnya debu atau bu.

Nadiah mengumpul tenaganya lalu dengan sekuat tenaga dia menyepak bola tersebut ke arah rakannya itu. Kelihatan bola tersebut terbang jauh ke atas langit. Semua pelajar perempuan mendongakkan kepala mereka melihat bola tersebut terbang ke atas. Begitu juga pelajar lelaki yang mengendap mereka di dalam kelas. Fuhh!! Jauh sungguh bola tu terbang.

“Fuyoo! Tinggi gila debu sepak bola. Kalah Cristiano Ronaldo!,” jerit Si Tol sambil bebola matanya melihat bola yang terbang tinggi itu.

“Eh, kejap! Tu bukan ke…,”

“Eh, korang! Bolanya ada dekat sini,” teriak salah seorang rakan perempuan mereka sambil menunjukkan bola yang tidak jauh dari Nadiah. Mereka semua memandang bola yang yang tidak jauh dari Nadiah itu.

“Habis tu yang terbang tu apa?,” soal salah seorang dari mereka.

“Eh, korang! Tu kasut aku. Sorry-sorry,” ujar Nadiah sambil menjinjit sebelah kakinya yang tinggal berstoking itu. Mereka semua lantas mendongakkan kepala mereka untuk melihat kasut Nadiah yang sedang terbang tinggi itu. Kelihatan kasut tersebut turun dan landing di hadapan Nadiah. Nadiah tersengih sengih sambil memandang rakan-rakannya itu. Hahaha! Terburai ketawa rakan-rakannya melihat gelagat Nadiah. Difikirkan bola yang terbang tinggi, rupa-rupanya kasut Nadiah yang terpelanting tatkala dia bersemangat untuk menyepak bola.

Kedengaran juga suara gelak ketawa dari pelajar lelaki di dalam kelas. Kelihatan ada beberapa pelajar perempuan mendongak ke arah kelas mereka.

“Hahaha, apalah Debu ni. Sepak bola sampai terpelanting kasut tu. Hahaha! Debu-Debu!,” ketawa salah seorang dari mereka.

Nasib baik Nadiah tidak mendengar apa yang diperkata oleh pelajar lelaki tersebut. Hal ini kerana dia sibuk memakai kasutnya yang sudah terpelanting tadi. Aduh! Malunya dia hari ini. Boleh pula kasut yang dipakainya itu terpelanting. Tinggi pula tu. Ish, Ish, Ish… malunyaaa!! Jerit hatinya.

Sementara menunggu pelajar perempuan menyalin pakaian uniform masa matapelajaran seterusnya, kelihatan Si Tol sedang khusyuk menulis sesuatu di papan hitam.

“Uii Tol! Kau buat apa tu?,” jerkah Nyet sambil melihat rakannya yang sedang khusyuk menulis sesuatu itu.

“Adalah,” balasnya ringkas.

Tidak lama kemudian, kelihatan sekumpulan pelajar perempuan masuk ke dalam kelas dengan riuhnya. Mereka semua duduk di tempat masing-masing. Ada di antara mereka mengerutkan dahi tatkala membaca sesuatu di papan hitam di hadapan mereka.

“Amboi, siapa yang tulis ni?,” soal salah seorang pelajar perempuan. Mereka semua saling berpandangan di antara satu sama lain. Kumpulan Si Tol hanya tersenyum-senyum tatkala melihat reaksi dari pelajar perempuan tersebut.

Mana tidaknya, oleh sebab kerajinan yang ditunjukkan Si Tol dan kerjasama dari ahli kumpulannya, dia telah menyenaraikan nama-nama pemain bola sepak profesional dan digandingkan dengan nama pelajar perempuan kelas mereka. Antaranya :

Pele = Husna a.k.a Che Tam

Ronaldo = Atikah a.k.a Lopis

Messi = Syuhadah a.k.a Tiang Bendera

Neymar = Zaiton a.k.a Bulat

Cassilas = Rafidah a.k.a Tunjang

Cristiano Ronaldo = Nadiah a.k.a Debu

Itulah di antaranya. Semuanya mempunyai gelaran tersendiri. Kelihatan ada yang mencebikkan muka tatkala membaca gelaran yang diberikan, ada yang marah, ada yang rasa macam nak tumbuk pun ada. Tetapi mereka tidak boleh berbuat sedemikian kerana guru bagi matapelajaran Bahasa Melayu hampir masuk ke dalam kelas. Kelihatan Cikgu Rasyidah berlenggang kangkung sambil membawa buku di tangannya. Dengan sepantas kilat Si Tol memadam tulisan-tulisan yang merosakkan mata itu. Fuhh, lega. Nasib baik sempat.

Petang itu, di bilik prep, kelihatan pelajar-pelajar Aspura sedang khusyuk menelaah buku. Pelajar-pelajar Aspura ini di tujukan kepada pelajar asrama lelaki. Bagi pelajar perempuan berasrama pula dipanggil Aspuri.

Dari jauh kelihatan Si Yol atau Si Toyol menghampiri Si Tol. Kelihatan Si Tol begitu khusyuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan pagi tadi.

“Tol! rajin kau buat kerja sekolah. Relakslah, malam kan boleh buat,” sergah Si Yol sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Si Centol.

“Alaa, nanti ada ‘kerja’ lain kita kena buat. Sebab tu aku nak siapkan kerja ni cepat-cepat,” balas Si Tol tanpa menghiraukan kehadiran Si Toyol yang berada di sebelahnya itu. Si Toyol membuat mukanya yang seperti tertelan kapur itu sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Kerja apa Tol?,” soal Si Toyol ragu-ragu. Si Centol memandang Si Toyol sambil tersenyum sinis.

“Cicak!,” bisiknya.

Si Toyol memandang Si Tol sambil mengerutkan dahinya.

“Cicak?,” soalnya. Si Tol menangguk-anggukkan kepalanya itu.

“Yep, esok kan birthday Debu. Kau lupa?,” ujar Si Tol sambil memandang rakannya itu.

“Ohhh,” kelihatan mulut Si Toyol terlopong besar sambil menyebut perkataan Ohh itu.

“Jangan lupa ajak sekali Nyet dengan Mon. Nanti lepas asar kita beroperasi mencari cicak. Hehehe,” arah Si Tol sambil tergelak kecil.

“Okey!,” balas Si Toyol sambil tersengih.

Petang itu, selepas menunaikan solat Asar secara berjemaah, semua pelajar pergi ke dewan makan untuk minum petang. Selepas minum petang, kelihatan mereka berempat kembali semula ke bilik prep untuk menjalankan operasi mereka.

Dalam setengah jam mereka memburu cicak, kelihatan mereka telah dapat memerangkap sebanyak empat ekor cicak. Kelihatan ada segaris kekecewaan terpamer di wajah mereka berempat.

“Macam tak cukup je ni,” rungut Si Toyol sambil melihat beberapa ekor cicak yang sedang menggeliang-geliut di dalam botol. Kelihatan Si Nyet menggaru-garu pipinya itu seperti memikirkan sesuatu.

“Apa kata kita sambung malam ni? cicak banyak keluar malam kot,” cadang Nyet kepada rakan-rakannya itu. Mereka bertiga saling berpandangan dan memikirkan cadangan Si Nyet itu.

“Okey juga. Kita sambung cari malam ni,” ujar Si Tol menyetujui cadangan Nyet itu. Si Toyol dan Mon turut setuju cadangan tersebut dengan menganggukkan kepala mereka. Kelihatan ada segaris senyuman jahat di bibir mereka berempat. Pasti malam ini mereka memperoleh cicak yang sangat banyak. HAHAHA! Ketawa mereka di dalam hati.

Pada keesokkan harinya, kelihatan semua pelajar 2 Anggerik sedang berdondang sayang sambil menunggu guru untuk masa seterusnya masuk ke dalam kelas. Kelihatan Si Tol sedang mengeluarkan sesuatu dari poket bagnya. Si Toyol yang berada di sebelahnya hanya memerhatikannya.

“Yol, kau ambil botol ni. Standby,” bisik Si Tol sambil memberikan sebotol yang berisi beberapa ekor cicak kepada Si Toyol. Si Toyol mengambil botol tersebut lalu disembunyikannya.

Sedang si Nadiah sedang rancak berbual kosong dengan rakan-rakannya, tiba-tiba muncul Si Tol and the gang di tepi mejanya. Buntang biji mata Nadiah memandang mereka berempat. Kelihatan keempat-empat mereka tersengih seperti kerang busuk. Opss, correction. Mereka bertiga sebenarnya, yang lagi sorang tu tak ada perasaan untuk sengih-sengih.

“Apesal korang sengih-sengih macam kerang busuk ni?,” jerkah Nadiah sambil memandang setiap seorang daripada mereka.

“Relakslah Debu, hari ni kan birthday kau. Tak payahlah nak marah-marah,” ujar Si Tol sambil tersengih.

“Korang sengih-sengih ni mesti ada makna ni. Baik korang cakap betul-betul sebelum aku pelangkung sekor-sekor,” ugut Nadiah dengan muka marahnya itu. Marah tapi comel.

“Ye eleh kau ni. Kitaorang nak ucap happy birthday je. Tu pun nak marah-marah,” sampuk Si Toyol sambil mencebikkan mukanya itu.

“Korang ingat aku percaya apa yang korang cakap tu,” balas Nadiah agak geram.

“Wei, yelah. Kitaorang nak ucap happy birthday je dekat kau. Happy birthday Debu!,” ujar Nyet tiba-tiba lantas membaling seekor cicak ke atas kepala Nadiah.

“Wei! Apa ni?!,” jerit Nadiah sambil tangannya melibas-libas cicak yang melekat di atas kepalanya itu.

“Hahaha, rasain lo. Happy Birthday Debu!,” ujar Si Tol pula lantas membaling seekor cicak lagi ke arah Nadiah.

“Alamak Nad, cicakkk! Hidup lagi ke tu?,” jerit salah seorang rakan Nadiah yang berada di sebelahnya itu.

Kelihatan cicak yang mendarat di atas meja itu pengsan seketika. Kemudian, dia melarikan diri dari menjadi mangsa keadaan. Dan kelihatan juga Si Tol and the gang sedang seronok melempar-lemparkan cicak ke arah Nadiah dan kawan-kawannya itu. Habis satu kelas kecoh pasal cicak. Yang pastinya, semua pelajar perempuan terjerit-jerit seperti terjumpa hantu lagaknya. Cicak je pun.

“Woi, Korang nak main cicak, mainlah dekat luar. Janganlah main campak-campak macam ni. Aku report dekat Cikgu Mustapha baru tahu!,” ugut Zaiton.

Reportlah kalau berani,” cabar Nyet. Zaiton mencebikkan mukanya lantas mengorak langkah menuju ke pintu keluar. Orang dah cabar, kita buatlah. Pantang Zaiton sekiranya ada yang cuba mencabar dirinya. Baru sahaja Zaiton mengorak beberapa langkah, kelihatan Nyet membaling seekor bapak cicak ke kepala Zaiton. Apalagi menjeritlah si Zaiton sambil badannya menggeliang-geliut menahan geli. Nyet dan rakan-rakannya mengetawakan Zaiton dengan sekuat hati. Amboi, seronok benar mereka.

Sedang keadaan menjadi kecoh dan kacau-bilau, kelihatan sesusuk figura sedang berjalan menuju ke kelas 2 Anggerik. Tangan kanannya sudah tersemat rapi buku-buku sebagai rujukan semasa sesi mengajar nanti. Tangan kirinya pula sudah tergenggam rapi rotan sebesar ibu jari orang dewasa. Kelihatan juga dia memintal-mintal misainya yang lebat seperti Wak Doyok itu.

Langkahnya terhenti di hadapan kelas 2 Anggerik yang sedang kacau-bilau itu. Seraya itu juga ada seekor cicak yang sederhana besar saiznya terbang dan bertepek di dahinya. Buntang biji matanya tatkala melihat keadaan kelas sedemikian dengan cicak yang bermaharajalela terbang ke sana dan ke sini. Dadanya berombak kencang menahan marah. Rotannya digenggam erat. Cicak yang bertepek di dahinya tadi jatuh dan melarikan diri daripada dia.

“APA DAH JADI NI?!!!,” sergah cikgu Mustapha dengan kuat. Ibarat seperti ada ribut taufan keluar sekali daripada mulutnya yang terbuka luas itu.

Semua pelajar terkedu dan terkaku sambil bebola mata mereka tertumpu terus ke arah figura yang berada di hadapan muka pintu kelas mereka.

“Cik...cik..cik..gu Mus..ta..pha,” kedengaran sedikit getar suara Si Tol. Cicak yang dipegangnya serta merta terlepas dari tangannya itu.

“Semua berdiri di tempat masing-masing! Sekarang!,” sergah Cikgu Mustapha a.k.a Guru Disiplin atau guru sejarah mereka. Semua pelajar mengikuti arahan Cikgu Mustapha tanpa sedikit suara pun. Cikgu Mustapha merenung setiap muka pelajar-pelajar tersebut. Semua pelajar hanya menundukkan muka mereka sahaja. Takut untuk menatap renungan daripada guru disiplin di hadapan mereka itu.

“Siapa kepala semua ni?,” soal Cikgu Mustapha sambil memandang setiap wajah pelajarnya itu. Senyap. Tiada jawapan daripada mereka. Mungkin sebab terlalu takut.

“Saya tanya, siapa kepala semua ni!,” soal Cikgu Mustapha lagi. Kali ini nadanya agak tinggi berbanding tadi. Kelihatan semua pelajar agak menggigil sambil mata mereka memandang ke arah Si Tol and the gang. Seraya itu, lantas mata Cikgu Mustapha menangkap empat susuk tubuh di sebelah kirinya itu.

“Azwan?,” panggil Cikgu Mustapha. Si Tol tersentak lalu memandang wajah bengis Cikgu Mustapha itu.

“Awak dengan kawan-kawan awak ke yang buat?,” soal Cikgu Mustapha. Tiada jawapan. Senyap. Kelihatan Si Tol menelan air liurnya. Lututnya jangan cakaplah, dah Parkinson dari tadi dok asyik menggigil je.

“Azwan! Saya tanya awak ni!,” sergah Cikgu Mustapha lagi. Dengan secara spontannya Si Tol mengangguk-anggukkan kepalanya. Takut punya pasal, sampai kepala terangguk pun tak diperasannya.

“Azwan, awak keluar. Ajak kawan-kawan subahat awak sekali. Jangan tipu ye. Saya nampak siapa yang terlibat tadi,” ujar Cikgu Mustapha sambil matanya memandang tepat muka Azwan. Azwan menyinggul-nyinggul lengan Si Toyol dan Si Toyol menyinggul-nyinggul lengan Mon. Mereka bertiga keluar ke hadapan diikuti Nyet. Mereka tahu Cikgu Mustapha tidak boleh dibuat main-main. Sekali kita tipu dia, habis tapak tangan dilibasnya. Itupun takut ada yang lagi teruk dari itu.

Mereka berempat keluar dari tempat mereka dah berhadapan dengan Cikgu Mustapha. Men to Men. Air liur yang ditelan mereka dah berkali-kali mereka telan. Lantaklah, dah buat salah, kenalah tanggung. Barulah lelaki.

Tanpa membuang masa, Cikgu Mustapha menyuruh mereka berempat menunjukkan tapak tangan mereka. Dengan sekelip mata… Pakk, Pakk, Pakk, Pakk… keempat-empat tapak tangan mereka berbirat dilibas dek rotan Cikgu Mustapha. Itulah penangannya. Nakal lagi.

Kelihatan ada segaris senyuman terpamer di bibir Nadiah. Bukan sahaja Nadiah, bahkan semua pelajar perempuan di kelas mereka. Puas hati mereka tatkala melihat hukuman yang setimpal dikenakan kepada mereka. Buat jahat lagi. Itulah hadiahnya. Rasain lo!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.