Home Novel Cinta Cinta Seorang Isteri
Cinta Seorang Isteri
Aimie Izzati
30/3/2016 11:29:49
29,103
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
BAB 32

“AMNI?,”panggil Niqrees. Amni tersentak lantas terpinga-pinga memandang Niqrees.

“Ye?,”

“Kenapa kau diam? Kau memang ada masalah ke? Kalau kau ada masalah, kau cerita jelah dekat aku. Mana tahu sedikit sebanyak aku boleh tolong kau,” ujar Niqrees sambil memandang tenang wajah Amni.

Amni menunduk. Dia menggeleng.

“Taklah. Aku tak ada masalah apa-apa pun. Aku kan novelis. So, saje buat drama-drama air mata dekat sini,” bohong Amni lantas tersenyum.

Niqrees memandang senyuman Amni yang manis itu. ‘Bohong! Kau bohong Amni. Kau tengah menderita sekarang,’ bisiknya.

Niqrees membuang pandangannya jauh ke pantai. Angin pantai yang bertiup menyapu lembut wajahnya.

“Ada orang pernah beritahu kau tak yang kau tak pandai menipu?,” soal Niqrees seraya memandang semula wajah Amni.

“Hah?,” Amni mengerutkan mukanya tanda keliru.

“Kau cakap apa ni?,” soal Amni semula.

Niqrees tersenyum.

“Aku tahu kau tipu Amni. Bukan sehari dua tau aku kenal kau. Dah bertahun. Aku tahu apa yang tersirat dalam hati kau tu,”

Mata Amni terjegil. Mukanya berkerut dan bibirnya diketap. Serta-merta dia berdiri.

“Kau tak tahu apa-apa Niqrees. Jangan pandai-pandai nak nilai apa yang tersirat dalam hati aku!,” marah Amni lantas meninggalkan Niqrees.

Niqrees berdiri seraya matanya memandang redup figura Amni.

“Memang aku tak tahu apa-apa dan aku cuba untuk tak ambil tahu pun. Yang aku tahu, kau tengah menderita Amni. Ia jelas bercerita di dalam mata kau,”

Langkah Amni terhenti. Dia menelan liur. Wajahnya berkerut tanda dia cuba menahan tangisan.

“Kau tak tahu apa-apa Niqrees. Dan tak payah ambil tahu pun pasal aku!,” ucap Amni lantas meninggalkan Niqrees.

Niqrees terdiam. Matanya hanya melihat sahaja langkahan Amni yang semakin jauh itu.

Amni… adakah ini adalah yang terakhir kita berjumpa. Adakah kita tidak akan berjumpa lagi? Untuk selama-lamanya?

*****

SAFFIYAH mengusap lembut kepala Fareez. Air matanya berjujuh turun ke kedua-dua pipi. Kata-kata Amni sebentar tadi berlegar-legar di dalam kepalanya.

“Hafidz sakit,”

“Dia sakit kerana terlalu rindukan awak Saffiyah. Setiap malam dia mengingaukan awak. Dia sebut-sebut nama awak. Setiap hari dia tatap gambar awak. Fikirkan awak. Setiap saat dia tak pernah lupa pasal awak. Wajah awak. Dia tak macam Hafidz yang dulu. Keadaan dia sangat-sangat teruk. Tolonglah Saffiyah. Saya merayu pada awak. Kalau awak tak nak kembali pada Hafidz pun, awak jumpa dia pun tak pe. Tolong Saffiyah. Tolong saya. Tolong saya sebagai isteri Hafidz. Awak tak kasihankan Hafidz pun tak pelah. Tapi tolong kasihankan saya. Saya merayu,”

Saffiyah mengetap bibirnya yang bergetar. Hatinya tiba-tiba rasa pedih apabila mendengar kata-kata Amni itu.

Hafidz sakit? Gara-gara dirinya ke Hafidz sakit? Terukkah keadaan dia? Ya ALLAH, KAU kuatkanlah dia ya ALLAH. Kuatkan hatinya, kuatkan imannya, kuatkan dirinya. Sesungguhnya masih ada lagi secebis cinta untuknya di dalam diriku. Peliharalah dia ya ALLAH!

Doa Saffiyah di dalam hati.


HAFIDZ menatap lembut gambar yang berada di dalam tangannya itu. Gambar dia dan Saffiyah ketika mereka berdua sama-sama belajar di universiti dulu. Dia melepaskan keluhan yang ringan. Kepalanya mendongak dan disandarkan di kepala katil. Matanya memandang siling putih biliknya itu.

“Saffiyah,”


AMNI melangkah perlahan menyusuri pantai. Angin pantai yang berhembus lembut menyapu setiap sosok tubuh kecilnya menyebabkan dia memeluk tubuh. Dia cuba menahan dingin di tubuhnya itu. Tetapi dingin di dalam hatinya menyebabkan dia menggeletar dalam kesejukan malam.

Amni mengetap bibirnya. Air matanya sudah berjurai-juraian turun ke pipi. Hidungnya yang kecil telah berubah merah. Matanya yang agak bengkak itu memandang ombak-ombak kecil yang menghempas pantai. Amni cuba menahan tangisannya. Tetapi, pedih di hatinya tidak mampu menghalang tangisannya itu. Kali ini Amni kalah. Dia tak kuat. Akhirnya, keluar juga tangisan yang dipendam itu. Segala sakit yang tersimpan di dalam hatinya itu dikeluarkan. Amni menangis dengan sekuat hatinya.

Ya ALLAH, aku tak kuat! Sungguh aku tak kuat!


NIQREES masih lagi pegun duduk di tempat dia ditinggalkan Amni sebentar tadi. Matanya redup memandang ombak yang menggulung. Bunyi desiran pantai membuatkan hatinya bertambah sayu. Niqrees cuba memutarkan kembali kata-kata yang dilemparkan Amni sebentar tadi.

“Kau tak tahu apa-apa Niqrees. Dan tak payah ambil tahu pun pasal aku!,”

Niqrees tersenyum tawar.

‘Aku tak tahu apa-apa? Aku tahu apa yang tersirat di dalam hati kau Amni. Sekali aku pandang mata kau, aku tahu apa yang ada di dalam hati kau. Kau tengah menderita Amni. Tapi kau sembunyikan semua penderitaan tu. Kau tak kuat Amni. Kau tak kuat,’ bisiknya.

Andainya Amni tahu betapa dia mencintai dirinya, pasti perkara ini takkan berlaku. Bukan! Andainya dia muncul lebih awal daripada Hafidz, pasti Amni takkan menderita seperti ini. Pasti dia akan membahagiakan Amni sehingga hujung nyawanya. Tetapi, dia sudah terlambat. Cintanya hanya terkubur begitu sahaja.

Amni, Hafidz, Saffiyah dan Niqrees… masing-masing sedang berbicara dengan hati mereka semua. Masing-masing menderita dengan perasaan yang dipendam. Masing-masing sedang menunggu apakah bahagia yang akan mereka kecapi nanti. Masing-masing cuba akur dengan takdir. Adakah takdir sedang mempermainkan mereka? Tidak! Takdir sedang menguji mereka semua.

*****

“FAL!,” panggil Johan dengan termengah-mengah. Kakinya berhenti betul-betul di hadapan Naufal. Diikuti juga dengan Fiqree.

“Fal! Kau pergi mana hah? Penat kitaorang cari tahu tak! Coach cari kau merata-rata. Semua tempat dia cari. Tapi tak juga jumpa kau. Last-last kitaorang juga yang kena marah tau! Fal, kau dengar tak!,” bahu Naufal digoyang-goyang Johan.

Naufal menepis tangan Johan. Dia mendengus. Johan dan Fiqree sudah naik pelik. Johan pandang Fiqree, Fiqree pandang Johan. Begitulah sebaliknya.

“Lah, kenapa tu?,” soal Johan memandang Fiqree. Fiqree mengangkat bahu.

“Tak tahu,”

Johan menelan liur. Dia cuba mendekati Naufal.

“Kau… okey ke ni?,” tanya Johan perlahan.

“Aku jumpa abang aku tadi,”

“Hah?!,”

Buntang mata Johan dan Fiqree.

“Ka… kau jumpa… abang kau dekat mana?,”

Naufal menoleh. Dia memandang tepat muka Johan dan Fiqree.

“Tadi. Masa kita tengah makan. Aku rasa abang aku akan cari aku. Korang mesti tolong aku,” ujar Naufal serius.

Johan dan Fiqree pandang sesama sendiri.

“Tolong apa?,” soal mereka berdua serentak.


NIQREES meraup mukanya. Dia memandang jam tangannya. Rasanya sudah lama dia duduk di situ.

“Ya ALLAH, lewat dah ni. Eh, Naufal!,”

Baru dia teringat akan adiknya itu. Fikirannya begitu kusut sehinggakan dia lupa tentang adiknya. Dengan cepat-cepat dia bangun lalu meninggalkan tempat tersebut untuk mencari adiknya.


SUDAH merata Niqrees mencari Naufal. Tetapi tetap tidak jumpa adiknya itu. Tempat ini besar. Dia tak tahu bilik mana adiknya menginap. Kalau dia tahu, sudah lama dia mengheret adiknya balik ke biliknya.

Niqrees tiada pilihan. Malam sudah lewat. Dia terus menuju ke lobi dan naik ke biliknya. Kakinya terus-menerus melangkah ke lobi. Tiba-tiba matanya tertancap ke satu figura yang agak dikenalinya. Niqrees mengubah haluan. Kakinya lantas mendekati figura tersebut.

“Assalammualaikum, err… Cikgu Aqasyah?,”

Lelaki berbadan gempal itu menoleh. Dalam beberapa minit dia tersenyum.

“Encik Niqrees?,”

“Ye saya. Ingatkan Cikgu Aqasyah tak ingat saya tadi. Cikgu Aqasyah yang ajar Naufal bola baling kan?,”

“Ye saya. Kami ada kem dekat sini. Tak sangka pula jumpa Encik Niqrees dekat sini,”

“Saya ada urusan kerja dekat sini. Hmm… Cikgu Aqasyah, boleh saya tahu Naufal tinggal bilik yang mana satu?,”

Kelihatan dahi Cikgu Aqasyah berkerut sedikit.

“Hmm… kenapa ye?,” soal Cikgu Aqasyah ragu-ragu. Niqrees memberi senyuman yang manis kepada Cikgu Aqasyah bagi menghilangkan keraguan Cikgu Aqasyah.

“Tak ada. Macam ni cikgu. Saya ingat nak bawa Naufal balik dengan saya esok. Dia sertai kem ni pun tanpa kebenaran saya sebenarnya,” terang Niqrees. Cikgu Aqasyah kelihatan sedikit terkejut mendengar penjelasan Niqrees itu.

“Biar betul ni Encik Niqrees,”

Niqrees mengangguk. Dia tersenyum.

“Ye, betul. Lagipun Naufal ada kecederaan sikit. Saya takut kecederaan dia tu bertambah lagi teruk. Saya harap cikgu faham. Bukan saya tak bagi dia sertai kem ni, tapi demi kesihatan dia, saya sekat seketika aktiviti dia kali ni,” ujar Niqrees tenang.

Cikgu Aqasyah mengangguk-angguk. Sepertinya dia faham akan situasi yang diceritakan Niqrees.

“Hmm… kalau macam tu, saya bawa Encik Niqrees ke bilik Naufal,” balas Cikgu Aqasyah sambil tersenyum.

“Terima kasih cikgu. Terima kasih banyak-banyak!,” jawab Niqrees dengan senyuman yang melebar.

Syukur Alhamdulillah kerana ALLAH mempermudahkan urusannya untuk mencari adiknya itu. Untuk seketika ini, Niqrees menarik nafas lega.


#Jika mahu baca lebih banyak update lagi cerita ni, sy ada update di wattpad.. sila pergi ke situ untuk mengetahui bab-bab yg seterusnya ye.. terima kasih ^^,

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.