Home Novel Komedi/Romantik Komedi My Beautiful Husband
My Beautiful Husband
Aimie Izzati
30/8/2015 12:11:07
271,369
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 62

R

EHANNA menarikbagasinya turun dari tingkat rumah Adami. Baru sahaja kakinya keluar dari pintu lif, tiba-tiba kelihatan ramaiwartawan dari pelbagai syarikat penerbitan sudah berkumpul di lobi tersebut.  Bukan para wartawan sahaja yang berada disitu, para peminat Adami juga turut berkampung di lobi tersebut.  Ini bukan calang-calang fenomena.  Ini benar-benar fenomena luar biasa bagidirinya.  Sungguh! 

            Dia terkedu.  Liurnya dipaksa telan.  Dengan lafaz bismillah dia melangkah melepasipara wartawan dan peminat tegar Adami yang sedang berkumpul itu.  Di dalam hatinya berdoa semoga para-parawartawan dan peminat tegar tersebut tidak melihat kelibatnya melintasi merekasemua.

            Baru beberapa langkah kakinyamelepasi mereka semua, tiba-tiba salah seorang dari para wartawan tersebutsedar akan kewujudannya lantas menjerit memanggil nama Rehanna.

            “Eh? Cik Rehanna! Cik Rehannalah!,”jerit salah seorang dari mereka lantas mengejar figura Rehanna.  Dalam detik sesaat sahaja figuranya telahdikerumuni oleh mereka semua.  Rehannasudah tidak dapat berbuat apa-apa. Dirinya sudah dikerumuni seperti lebah menghurung madu.  Kepalanya benar-benar sakit dek dengungandari suara-suara mereka yang mengerumuni dirinya.  Dengan sepantas kilat kepala-kepala mikrofonterjulur di hadapan mukanya.

            “Cik Rehanna, boleh ceritakan apayang sedang berlaku ketika ini?,”

            “Cik Rehanna, boleh jelaskan isuyang sedang hangat diperkatakan ketika ini?,”

            “Cik Rehanna, adakah benar cik sudahberkahwin dengan Adami?,”

            “Cik Rehanna, apakah motif sebenarcik berkahwin dengan Adami?,”

            “Adakah benar Cik Rehanna berkahwindengan Adami disebabkan kepopulariti Adami?,”

            “Benarkah Cik Rehanna dan Adamitelah terlanjur?,”

            ARGHH! Ingin sahaja Rehanna menjeritketika ini.  Dia tidak tahu apa yangharus dilakukan ketika ini. Cahaya-cahaya kamera yang menerjah di mukanya menyebabkan kepalanyasemakin serabut.  Itu belum lagi dengankerenah para peminat-peminat Adami.

            “Pergi matilah perempuan hodoh!,”

            “Kau tak layak dengan Adami!,”

            “Perempuan muka tembok!,”                                                                

            “Tak tahu malu!,”

            KELEPEK! Lendir bewarna kuning danputih meleleh dari kepala ke mukanya. Serpihan-serpihan cengkerang masih lagi bersisa di atas kepalanya.  Rehanna terkesima.  Matanya membulat.  PAPP! Kali ini sayur totamo pula mendarat keatas kepalanya.  Dan…

            Bertubi-tubi Rehanna dibaling tomatodan telur.  Ada juga yang melemparkantepung ke arah mukanya.  Sampaiterbongkok-bongkok Rehanna menghalang lemparan demi lemparan tersebut.  Keadaan sudah tidak terkawal.  Sudah menjadi ribut taufan ketika ini.  Sehinggakan para sekuriti tidak mampumengawal keributan yang melanda di lobi tersebut.  Rehanna sudah tidak tahan lagi.  Sungguh, dia ingin menjerit ketika ini.  Ya ALLAH, tolonglah hambaMU ini! Sesiapa,tolonglah hentikan ini semua! Tak kiralah sesiapapun, tolonglah redakan keadaanini.  Tolonglah!

            Tiba-tiba kelihatan sehelai kot datangmenutupi kepala dan separuh tubuh Rehanna. Rehanna tersentak lalu memandang figura yang datang menyelamatkannya itu.

            “Adami?,”

            “Awak tak apa-apa?,” soal Eddy.  Kelihatan terbit kekecewaan di wajahRehanna.  Ternyata bukan Adami yangdatang menyelamatkannya.  Sebaliknya Eddyyang datang membantunya.

            “Eddy,”

            “Dah, mari saya tolong awak,” denganperlahan Eddy memapah Rehanna lalu membantunya melangkah keluar dari hurungantersebut.  Bagasi Rehanna yang tidak jauhdarinya ditarik kemas.

            Terbeliak mata-mata yang melihatadegan tersebut.  Tanpa disedari merekasemua memberi laluan kepada Eddy dan Rehanna.

            “Tolong beri laluan,” hanya ituperkataan yang keluar dari mulut Eddy sepanjang memapah Rehanna keluar darihurungan tersebut.  Sehinggalah merekaberdua tiba di kereta Eddy yang sengaja diparking di hadapan lobi tersebut. 

            Tidak lama Rehanna menaiki keretaEddy dan kereta tersebut meluncur pergi, para wartawan yang berada di situlantas mencatat poin utama mengenai artikel yang bakal dikeluarkan nanti.  Begitu juga dengan para peminat Adami.  Mereka lebih advance dengan memuat naik status serta video di antara Rehanna danEddy di laman sosial masing-masing.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.