Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,831
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 33

Setelah Hana memparkir keretanya, dengan tergopoh-gapah Hana mengambil beg tangannya lalu mengunci keretanya. Sedang Hana menyimpan kunci di dalam beg tangannya, tiba-tiba muncul seseorang di hadapannya. Hampir sahaja Hana bertembung dengannya.

Hana membrekkan kakinya lalu memandang figura yang berdiri tegak di hadapannya itu. Kelihatan seorang pemuda yang lebam matanya tersengih sambil memandang Hana.

“Aqief?,” Hana terkesima tatkala memandang Aqief.

‘Dah kenapa dia sengih-sengih macam kerang busuk ni. Dia lupa ke apa yang berlaku malam tadi. Ke, kepala dia dah ting tong sebab terkena bola super speed aku malam tadi?,’ desisnya sambil memandang Aqief. Bagi Hana, dia pun tak nak ingat lagi kejadian malam tadi. Sangat memalukan. Mungkin Aqief pun sudah melupakan kejadian malam tadi. Baguslah.

“Na, aku nak minta maaf pasal malam tadi. Aku harap kau lupakan benda tu ye,” ucap Aqief sambil menggosok-gosok tengkuknya itu.

‘Ohh, dia ingat lagi rupanya,’ detik Hana.

“Hahaha, siapa nak ingat benda macam tu. Chill lah,” balas Hana sambil ketawa. Sebenarnya dia ingin mengcover perasaan malunya terhadap Aqief. Hana masih ingat dengan jelas kejadian malam tadi. Tetapi, dia harus melupakannya demi persahabatannya dengan Aqief.

“Hahaha, betul tu,” balas Aqief sama-sama mencover perasaan malunya itu. Hana hanya menunduk sambil tersengih.

“Na…,”

“Aqief!,” teriak Ezreen dari jauh. Hana dan Aqief memandang Ezreen yang sedang berlari anak menuju ke arah mereka. Hana hanya memandang tajam sambil menggigit bibirnya itu.

‘Ulat bulu ni lagi. Aku ingat watak dia dah tak wujud dah,’ desisnya.

“Huff.. Huff, Qief. Kenapa dengan mata you ni? kena tumbuk ke?,” soal Ezreen sambil cuba menyentuh mata kiri Aqief itu. Aqief mengelak daripada matanya disentuh.

‘Cehh, Cuma nak tanya tu je ke sampai berlari macam marathon bagai,’ desis Hana sambil menjeling tajam Ezreen.

“Tak lah Ezreen. I terjatuh malam tadi. Sebab tu mata I lebam,” bohong Aqief sambil tersenyum memandang Ezreen. Ezreen mengerutkan keningnya lalu memandang Hana.

“Ke perempuan gila ni yang tumbuk you?,” ujar Ezreen sambil menunding jari ke arah Hana. Buntang biji mata Hana tatkala di tuduh oleh Ezreen.

“Hei ulat bulu! Cakap tu baik sikit ea. Suka hati kau je nak tuduh-tuduh orang macam tu,” tengkis Hana sambil mencekak pinggangnya itu.

I tak tuduh. I cuma cakap je,” balas Ezreen sambil menjeling Hana. Naik juling melihat Ezreen menjeling Hana. Hana mengetap giginya sambil menjenggilkan matanya. Nak saja dia cekik-cekik ulat bulu di hadapannya itu. Nasib baik mereka di tempat kerja, kalau tidak memang lunyai Ezreen dikerjakan oleh Hana.

‘Sabar Hana, sabar. Jangan layan si ulat bulu ni. Buang masa je,’ desisnya.

“Qief, aku masuk kerja dulu,” ujar Hana dan berlalu meninggalkan Aqief dan si ulat bulu a.k.a Ezreen. Kelihatan Aqief terpinga-pinga melihat Hana berlalu meninggalkan mereka berdua. Manakala Ezreen pula hanya tersenyum sinis sambil memandang Hana.

I masuk kerja dulu,” ujar Aqief tiba-tiba lalu meninggalkan Ezreen yang terpinga-pinga. Ezreen tercengang tatkala melihat Aqief turut meninggalkan dirinya keseorangan di situ.

“A..Aqief!,” Ezreen cuba mengejar Aqief tetapi Aqief hanya mengendahkan sahaja kehadiran Ezreen. Sebenarnya Aqief agak malas melayan karenah si Ezreen itu. Makin dilayan makin menggatal pula. Terasa menyampah pun ada.

                                                           ************************

Hana menghempaskan beg tangannya di kerusi sambil mulutnya hebat mengomel tentang si ulat bulu a.k.a Ezreen. Mana-mana pergi mesti ada si ulat bulu tu. Opss! Correction. Mana-mana ada Aqief, mesti ada si ulat bulu tu. Menepek je dengan Aqief. Geram dibuatnya.

Bebola matanya di alihkan ke tempat duduk Aiman. Tempatnya masih kosong. ‘Hish! Mana dia ni? Pagi tadi aku tengok dia pergi dulu dari aku. Takkan sekarang tak sampai-sampai lagi. Bawa kereta macam siput sedut!,’ desisnya.

Haish! Hana. Gara-gara marah dengan si Ezreen, si Aiman pula terlibat sama dengan amarahnya itu. Hana menghempaskan punggungnya dengan muka cemberutnya. Persis badak sumbu yang mahu bertarung dengan lawannya.

Sedang dia merenung tajam pintu utama yang menuju ke lobi itu, tiba-tiba bebola matanya terpaku akan dua orang manusia yang amat dikenalinya. Aiman dan Imla?! Buntang biji matanya tatkala melihat Aiman dan Imla melangkah masuk sama-sama ke dalam lobi.

“Aiman? Imla? Diaorang datang sama-sama ke? takkanlah,” desis hatinya. Kelihatan Imla dan Aiman masing-masing tersenyum di antara satu sama lain. Amboi, mesra nampak.

Hana lantas mengalihkan pandangannya daripada melihat kemesraan mereka berdua. Sakit hatinya. Dia berpura-pura memandang PC di hadapannya itu. Kadang-kadang matanya mencuri pandang kemesraan yang sengaja dipamerkan oleh Aiman dan Imla.

Hana memandang Aiman yang sedang duduk di tempatnya dengan pandangan yang sangat tajam. Aiman memandang Hana dengan sekilas sambil tersenyum. Hana mengetap giginya menahan geram.

“Oi, apesal tiba-tiba kau datang dengan Imla? Pagi tadi aku tengok kau pergi dulu. Last-last aku dulu yang sampai. Bawa kereta macam siput sedut,” ujar Hana dengan suara yang ditahan-tahan. Aiman memandang Hana dengan pandangan yang pelik. ‘Dah kenapa minah ni. Tiba-tiba nak marah. Datang bulan ke,’ desisnya di dalam hati.

“Ehemm, kenapa? Kau jeles ke aku datang sama-sama dengan Im tadi?,” usik Aiman sambil memandang Hana dengan pandangan yang nakal. Hana menjeling Aiman sambil mencebikkan mukanya.

“Haishh, takde nya aku nak jeles. Buang masa je,” bohong Hana. Aiman mengalihkan pandangannya sambil tersenyum.

“Yelah tu tak jeles,” bisik Aiman. Sambil itu kelihatan Hana menyelak-nyelak dokumen di hadapannya itu dengan kasar sekali. Rasa macam nak terkoyak dokumen-dokumen tersebut diselaknya. Nasib baik dia tak dengar apa yang dibisik Aiman tadi. Kalau tidak, perang dunia ketiga akan meletus.

                                                            ******************************

Tengah hari itu, kelihatan Hana dan Aiman berkemas-kemas untuk pergi keluar lunch. Sedang sibuk mereka bersiap-siap, tiba-tiba datang Imla membawa bekal menuju ke arah mereka berdua.

“Aiman, jom kita lunch sama-sama. Aku ada bawa bekal ni,” ajak Imla sambil meletakkan bekal tersebut di atas meja reception. Hana yang terkejut dengan ajakan Imla itu memandang Imla dan Aiman.

‘Amboi, sejak akhir-akhir ni rajin bawa bekal,’ desis hati Hana sambil mengemas beg tangannya itu.

“Im, sebenarnya aku nak lunch dengan..,”

“Hana, jom lunch,” ajak Aqief. Hana dan Aiman terkejut dengan ajakan Aqief itu. Belum sempat Aiman menghabiskan kata-katanya itu, Aqief terlebih dahulu memotongnya. Entah dari mana munculnya mamat ni. Aiman mengetapkan giginya sambil memandang Aqief.

Okay jom,” balas Hana lalu mengambil beg tangannya. Aqief tersenyum sambil memberi ruang supaya Hana mendahului langkahnya. Aiman yang tidak berdiam diri itu cuba mengejar Hana tetapi dihalang Aqief.

“Na, kau tunggu aku dekat kereta dulu,” arah Aqief sambil memandang tepat mata Aiman. Hana memusingkan kepalanya dan dia melihat Aqief dan Aiman saling berpandangan. Hana mengerutkan keningnya tatkala melihat mereka berdua. Hana menghembus kecil nafasnya lalu mengalihkan pandangannya.

‘Hal lelaki,’ keluhnya lalu meninggalkan mereka berdua.

Sementara itu, Aqief dan Aiman masih bertentang mata. Bukan bertentang mata bermulalah putik-putik cinta, tetapi bertentang mata bermulalah putik-putik peperangan. Peperangan antara tiga hati.

“Apa motif kau?,” soal Aiman geram. Kelihatan Aqief mengetap giginya sambil merenung tajam mata Aiman.

“Lepas apa kau beritahu aku malam tadi, baru aku sedar yang aku akan merebut kembali hati Hana. Tak mustahil untuk Hana jatuh cinta semula dekat aku. Jadi Aiman, aku akan merampas kembali hati Hana,” balas Aqief. Aiman membesarkan matanya yang redup itu. Tangannya sudah tersedia penumbuk untuk Aqief. Bila-bila masa penumbuknya melekat di mata Aqief yang lagi sebelah. Dahlah lebam sebelah. Bertambah lebam kedua-dua mata Aqief nanti.

“Kau ingat si Hana tu anak patung. Main campak sana-sini perasaannya. Aku takkan benarkan Aqief. Aku takkan benarkan,” balas Aiman lagi. Aqief tersenyum sinis memandang Aiman.

“Siapa cepat, dia dapat,” ujar Aqief sambil menepuk-nepuk dada Aiman. Kemudian, dia berlalu meninggalkan Aiman sambil tersenyum sinis.

Aiman menggenggam penumbuknya lalu mengejar Aqief tetapi tangannya dihalang oleh Imla. Aima terkejut dengan tindakan Imla itu lalu memandang Imla dengan muka yang bengis. Imla tersentak tatkala memandang wajah bengis Aiman itu. Tidak pernah-pernah dia melihat wajah bengis Aiman selama ini. Yelah, selalunya dia hanya melihat keceriaan yang menghiasi wajah comel Aiman. Tetapi kali ini, wajah Aiman amat menakutkan sekali. Aiman menarik kasar tangannya itu lalu berlalu meninggalkan Imla yang tersentak. Imla memandang Aiman dengan wajah yang sayu. Imla mengharapkan bahawa Aiman akan memandang dia semula, tetapi harapannya punah. Aiman tidak menoleh belakang tetapi terus maju ke depan untuk mencapai kebenaran.

Setibanya Aiman di parking, kelihatan Hana dan Aqief sedang menaiki kereta. Aiman meluru ke arah mereka dengan muka yang agak marah.

“Hana!,” panggil Aiman. Aqief dan Hana tersentak lalu memandang muka Aiman yang hodoh itu.

“Kenapa kau dekat sini? bukan kau lunch dengan Imla ke?,” soal Hana pelik tatkala melihat Aiman berdiri tegak di hadapannya itu.

“Jom,” ajak Aiman lalu menarik lembut tangan Hana. Hana menarik kembali tangannya.

“Apa ni Aiman. Imla ajak kau lunch kan. Kau pergilah lunch dengan Im. Kesian dia, siap bawa bekal lagi untuk kau. Biarlah aku dengan Aqief keluar lunch,” ujar Hana sambil memandang Aiman. Begitu juga Aqief.

“Tak boleh ke kita lunch sama-sama?,” soal Aiman sambil memandang Hana dengan mata redupnya itu.

“Hmm, kau lunchlah dengan Imla. Dah lah Qief, jom kita gerak,” ajak Hana lalu membolosi badannya ke dalam kereta Aqief. Aqief memandang Aiman dengan pandangan dinginnya. Begitu juga Aiman.

Aqief memasuki ke dalam keretanya lalu menghidupkan enjinnya. Dia memasuki gear R lalu mengundur sedikit keretanya itu. Aiman terpaksa berundur sedikit daripada dilanggar kereta Aqief. Aqief memulas sterengnya lalu meluncur laju melepasi Aiman yang sedang melihat mereka berdua dengan pandangan yang dingin. Aiman terkedu dengan tindakan kawan baiknya itu. Dia mengalihkan pandangannya lalu memandang hotel yang gah tempat mereka bertiga bekerja itu. Kelihatan angin sepoi-sepoi menyapu lembut rambut Aiman. Kelihatan juga ada dedaun berterbangan kea rah Aiman. Adakah ini namanya peperangan? Adakah Aiman dan Aqief akan berperang? Jika ini dinamakan peperangan, Aiman akan berusaha habis-habisan untuk memenangi peperangan ini. Yosh! Aiman memandang langit sambil menggenggam tangannya itu.

Sementara di dalam kereta Aqief pula, kelihatan Hana hanya menundukkan mukanya sahaja. Kadang-kadang kelihatan dia mendagu wajahnya itu. Wajah sayu Aiman masih berlegar-legar di ruangan matanya itu. Dalam hatinya terdetik rasa kasihan tatkala mengenangkan wajah sayu Aiman itu.

“Aqief, berhentikan aku dekat sini,” arah Hana. Kelihatan Aqief terkejut mendengar kehendak Hana itu. Dia memandang Hana dengan keningnya yang berkerut.

“Dekat sini?,” soal Aqief ragu-ragu. Hana hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

“Dekat tepi kolam renang ni? tapi kita belum lagi sampai dekat gerai makan,” ujar Aqief sambil memandang wajah sugul Hana itu. Hana memandang Aqief sambil tersenyum.

Sorry Qief, lain kali kita pergi lunch sama-sama ye. Aku tak laparlah hari ni. Sorry ye,” ujar Hana sambil tersenyum. Dia kemudiannya membuka pintu kereta lalu keluar dari perut kereta Aqief itu. Kelihatan Hana berlari anak melintasi jalan yang berhadapan dengan kolam renang itu. Aqief hanya memandang Hana dengan pandangan yang serius. Dia tahu Hana berbohong terhadap dirinya. Di dalam mindanya pasti dia teringat akan kejadian tadi antara dia dan Aiman. Aqief dapat mengagak perkara itu dengan hanya memandang muka Hana. Aqief mengeluh kecil lalu terus memandu keretanya itu.

Sesampai sahaja Hana di tepi kolam renang, Hana terus melabuhkan punggungnya di salah sebuah bangku putih di situ. Kelihatan ramai pengunjung bersantai di situ. Nasib baik ada bangku kosong di situ. Hana melepaskan lelahnya sambil menyandarkan badannya. Sambil itu matanya terkedip-kedip memandang langit nan biru itu.

“Aiman, kenapalah hati aku sakit sangat bila tengok kau dengan Imla. Yang si Imla pun satu, tak ada lelaki lain ke dia nak crush? Dengan Aiman si mamat selebet tu juga dia suka. Sukalah dekat orang lain. Kan ramai lagi lelaki dekat dalam dunia ni. Dengan si Aiman juga kau suka. Kau tahu tak yang aku sakit hati gila bila kau cakap kau suka Aiman. Aku rasa macam nak tumbuk-tumbuk je muka kau dengan Aiman bila nampak korang ketawa sama-sama. Sakit hati tau! Arghhh!!,” jerit Hana melepaskan geram. Kelihatan ada seorang pengunjung lelaki asing terkejut tatkala melihat tindakan Hana itu. Hana memandang pengunjung asing tersebut sambil terkedip-kedip matanya.

‘Kuat sangat ke aku cakap tadi? Sampai orang ni pandang aku macam nampak hantu je,’ detiknya. Hana tersengih sumbing sambil menundukkan sedikit kepalanya tanda maaf. Kemudian dia mengalihkan pandangan dan badannya ke arah lain. Rasa malu pun ada. Rasa bengang pun ada. Macam-macam ada. Hana mengerutkan mukanya lalu memandang sisi yang lain.

Hana kemudiannya memandang langit sambil mengecilkan matanya. Kilauan mentari yang menyinar terpaksa membuatkan Hana mengecilkan sedikit matanya itu. Dengan angin laut yang bertiup mendayu-dayu menyebabkan Hana berasa tenang dan selesa. Hana menarik nafas dalam-dalam lalu melepaskannya. Terasa nyaman dan lega sekali.

Huargh!! Hana menguap. Aduh, terasa berat pula mata. Hana mengecap-ngecapkan mulutnya lalu memejamkan matanya.

“Lima minit je,” bisiknya sambil memejamkan matanya. Sementara menunggu waktu rehat habis, lebih baik dia mengambil kesempatan ini untuk melelapkan sebentar matanya itu.

Sedang Aiman melewati kawasan kolam renang, tiba-tiba matanya terpandang akan sekujur tubuh yang sedang lena dibuai mimpi di sebuah bangku putih. Aiman tersenyum sambil mendekati figura persis puteri beradu itu. Aiman kemudiannya melabuhkan punggungnya di bangku sebelah. Aiman menatap wajah puteri beradu yang berada di hadapannya itu sambil tersenyum. Cehh, puteri beradu konon. Wajah Hana disamakan dengan puteri beradu? Memang teruk tahap penglihatan Aiman itu. Angau betul budak ni.

“Hana, Hana. Tadi eksyen sangat nak lunch dengan Aqief. Last-last terbongkang dekat sini. Dahlah tidur mulut ternganga. Teruk betul perangai. Tapi kenapa aku suka sangat dekat kau ek? Bukan ada keistimewaan pun kau ni. Dahlah hodoh. Perengus. Otak tak betul. Overacting pula tu. Hmmmm, mesti minah ni kebulur bila bangun nanti. Kalau dah kebulur, mesti bertukar jadi raksasa minah ni. Baik aku belikan dia something,” fikir Aiman. Sebelum dia meninggalkan Hana, sempat lagi dia menutup mulut Hana yang ternganga itu. Takut lalat masuk nanti. Fikirnya.

Hana mencelikkan matanya lalu memandang ke kiri dan ke kanan.

‘Dah pukul berapa ni?,’ detiknya sambil melihat jam di tangan kirinya itu. Fuhh! Nasib baik belum habis waktu rehat lagi. Hana melepaskan lega sambil matanya terkebil-kebil memandang kolam renang di hadapannya itu.

Sambil dia menguap, matanya terpandang akan sebungkus roti dan sekotak air susu. Di bawah air kotak susu itu terselitnya sehelai nota kecil. Hana menjungkitkan sebelah keningnya lalu mengambil nota kecil tersebut.

       ‘Tadi eksyen sangat, aku tahu kau kebulur. Makan pelan-pelan, jangan lupa baca doa…

        p/s: tidur tu tutup mulut. Malu orang lalu-lalang tengok..,’

Hana mengetap giginya sambil menatap nota kecil tersebut.

‘Aiman, macam mana pula dia ada dekat sini tadi. Aku tak perasan pun. Alamak! Dia nampak ke aku tidur tenganga? Haish, malunya!,’ desis Hana sambil menekup mulutnya. Hana, Hana. Buat apa kau nak malu dengan Aiman. Bukan dia dah biasa ke tengok kau tidur ternganga. Tiba-tiba pula kau nak malu. Ish,Ish,Ishh…

Hana mengambil roti dan air kotak susu sambil tersenyum simpul. Tak sangka Aiman boleh jadi secaring ini. Hana membuka plastik straw lalu mencucuk straw tersebut di lubang air kotak susu yang dipegangnya. Dia membaca doa lalu menyedut susu tersebut sambil tersenyum. Amboi, nampak macam gembira je. Sebab air kotak itu pemberian Aiman ke? Hana menikmati susu tersebut sementara waktu rehat masih ada.

Dari kejauhan kelihatan kelibat Aqief sedang memandang Hana. Di tangan kanannya terdapat sebungkus roti dan air kotak susu di pegangnya. Aqief memandang Hana dengan pandangan yang cemburu. Cemburu melihat senyuman yang terpamer di bibir mungil Hana itu. Siapa lagi yang dapat membuat Hana tersenyum seperti itu melainkan Aiman. Aqief menggenggam kuat roti dan air kotak di tangannya itu. Hampir menjadi kemek roti dan air kotak itu. Kemudian, dia berlalu pergi meninggalkan Hana yang sedang menikmati susu dengan hati yang berbunga-bunga sakura itu. Aqief pergi dengan hati yang menggelegak panas!

Previous: BAB 32
Next: BAB 34

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.