Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,833
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 36

Kedinginan malam menggigit-gigit tulang-temulang Aiman. Aiman menarik sedikit langsir yang terbuai-buai lembut di tingkap biliknya itu. Aiman kemudiannya menutup sedikit tingkap biliknya itu. Terasa benar angin malam yang menyapa tubuh badannya itu. Mungkin malam ni nak hujan. Kiranya. Baru sahaja tangannya ingin menutup tingkap di biliknya itu, tiba-tiba matanya menangkap sebuah kereta amat dikenalinya terparkir di hadapan rumah Hana.

Pada masa yang sama juga, kelihatan dua sesusuk tubuh manusia di sebelah kereta yang terparkir itu. Aiman mengecilkan sedikit mata redupnya itu untuk mengamati dua susuk tubuh tersebut. Ternyata dua susuk tubuh itu kepunyaan Hana dan Aqief. Aiman hanya merenung mereka berdua dan melihat agenda apa yang akan dimainkan oleh mereka berdua. Walaupun jarak Aiman dan mereka berdua agak jauh, tetapi dengan daya penglihatan Aiman itu, Aiman mampu melihat perlakuan mereka berdua.

“Hana…,” panggil Aqief perlahan. Hana menoleh tatkala Aqief memanggil namanya itu.

“Kenapa Aqief?,” jawab Hana lantas mendekati Aqief. Kelihatan Aqief menundukkan mukanya itu dengan perasaan yang teragak-agak.

‘Hmm, nak cakap ke tak nak. Nak cakap ke tak nak,’ desis Aqief teragak-agak. Hana hanya memandang Aqief sambil menunggu kenyataan yang akan dikeluarkan oleh Aqief itu. Aqief kemudiannya memberanikan diri menoleh dan memandang wajah Hana yang berada di sebelahnya itu. Hana hanya tersenyum nipis tatkala Aqief memandangnya sedemikian.

Aqief kemudiannya mengubah posisi dari bersebelahan dengan Hana kepada berhadapan dengan Hana. Hana mengerutkan dahinya tatkala melihat tindakan Aqief itu. Dengan perlahan-lahan Aqief mengeluarkan sebuah kotak kecil lagi comel yang bewarna blueblack. Justeru itu Aqief dengan perlahan melutut di hadapan Hana sambil membuka perlahan kotak kecil tersebut. Di dalam kotak kecil tersebut terlihatlah sebentuk cincin emas putih yang bersinar-sinar dek kerana limpahan cahaya bulan. Kelihatan Aqief menelan sedikit air liurnya untuk mendapat sedikit keberanian untuk meluahkan apa yang ingin diluahkan nanti.

“Sudikah kau menjadi kekasih halalku, Cik Hana Batrisyah?,” lamar Aqief secara tiba-tiba. Buntang biji mata Hana dan mulutnya yang ternganga luas itu hampir dimasuki langau tatkala mendengar lamaran Aqief itu.

‘Aqief propose aku ke? wait, wait! Aku tengah mimpi ke ni,’ bisik Hana sambil mencubit-cubit pipinya itu.

Aduh, sakit! Tidak puas dengan itu, Hana menampar pula pipinya itu. PANG!! Wau! Sakit sangat! Ternyata dia tidak bermimpi ketika ini. Hana terkedu sambil memandang Aqief dengan tidak terkedip-kedip. Berkerut-kerut dahi Aqief tatkala melihat gelagat Hana itu. Macam watak dalam kartun lagaknya.

Sementara itu, di sebalik tingkap bilik Aiman pula, kelihatan Aiman terkedu sambil memerhatikan gelagat mereka berdua. Terasa kakinya begitu lembik untuk memijak lantai biliknya itu. Kedengaran juga guruh berdentum di langit. Begitu juga berdentumnya hatinya kini. Terasa luruh dan sakit hatinya itu. Barulah dia mendapat jawapan kenapa Hana semakin menjauhkan diri daripadanya dan sanggup menipunya. Hal ini kerana hatinya masih untuk Aqief. Mereka akan bersama untuk selamanya. Aiman bersandar di dinding biliknya itu. Entah bagaimana tiba-tiba gugurnya air mata kejantanannya itu. Hujan diluar belum lagi turun, di dalam biliknya sudah hampir banjir dengan air matanya.

Tiba-tiba kedengaran telefon bimbitnya menjerit untuk di angkat. Aiman tersentak lantas mengesat sedikit air matanya itu. Dia mendekati meja kecil yang bersebelahan dengan katilnya itu lantas mengambil telefon bimbitnya yang sedang berlagu “Potret – Akim and the Majistret”. Macam kena je lagu tersebut dengan situasi sekarang.

Aiman melihat di skrin telefon bimbitnya itu. Kelihatan “Kak Machine Gun” tentera di skrin telefon bimbitnya itu. Aiman menghela sedikit nafasnya itu lalu mengangkat panggilan daripada Kak Ainanya itu.

“Hello Aiman…,”

“Kak, kita jadi ikut akak,”

“Haa, macam tulah adik akak. Akak tak sang….,” Tut Tut Tut…

Kedengaran Aiman memutuskan panggilan tersebut. Kak Aina terkesima tatkala Aiman berbuat sedemikian.

“Hello? Aiman? Hello?,” panggil Kak Aina. Sesekali Kak Aina melihat skrin telefon bimbitnya.

“Biadap punya adik! Dia boleh matikan phone pula. Tak sempat aku nak cakap, dia dah matikan dulu. Haish, tapi tak pelah. Yang penting dia jadi ikut aku,” ujar Kak Aina sendirian sambil tersengih-sengih sendirian.

Sementara itu, kelihatan Aiman mencampakkan telefon bimbitnya itu. Kemudian dia menutup lampu biliknya itu. Aiman merebahkan badannya di atas katil lantas menutup matanya dengan lengannya. Kelihatan ada air jernih mengalir di hujung matanya itu. Hatinya kini pasti. Dia sudah tidak mampu untuk memiliki hati Hana lagi. Sememangnya jodoh Hana bersama dengan Aqief. Aqief seorang yang sangat baik dan bertanggungjawab. Pasti dia dapat membahagiakan Hana suatu hari nanti. Jadi dia berasa sedikit lega sekiranya dia melepaskan orang yang dicintai kepada lelaki yang amat dia kenali sejak kecil lagi. Dia sudah tahu perangai dan sikap Aqief. Jadi dia tiada masalah sekiranya melepaskan Hana kepada Aqief. Cuma hatinya agak pedih melepaskan Hana kepada Aqief.

Kini, Aiman sudah pasti. Dia dan Hana memang tidak ada jodoh. Esok, dia akan pergi meninggalkan Hana. Pasti Hana akan gembira dengan ketiadaan Aiman nanti. Musuhnya sejak kecil pergi meninggalkan dia. Tiada lagi gurauan kasar, tiada lagi sakat-menyakat dan tiada lagi kebenciaan di hati. Aiman pasti Hana akan gembira dengan ketiadaannya nanti. Aiman amat pasti!

                                                                    **************

“A..A..Aqief. Apa ni?,” soal Hana pura-pura blur.

‘Rasa macam soalan bodoh pun ada. Takkan kau tak tahu dia tengah propose kau Hana!,’ bisik hatinya. Kelihatan Aqief tersenyum manis memandang Hana. Hana teragak-agak membalas senyuman Aqief itu. Aqief bangun lalu mendekati Hana. Hana hanya mengerutkan mukanya tatkala melihat kelakuan Aqief itu. Terasa takut pun ada. Jangan macam-macam sudah. Tegur hati Hana.

Aqief menghentikan langkahnya betul-betul di hadapan Hana. Agak rapat juga jarak antara mereka berdua. Hana ingin mengundurkan sedikit langkahnya, tetapi tiada jarak lagi di belakangnya itu. Dirinya sudah tersepit antara Aqief dan kereta Aqief. Hana menelan air liurnya tatkala menatap anak mata Aqief itu.

“Hana,” panggil Aqief lembut. Hana tersentak lalu memandang wajah putih Aqief itu.

“Y..y..yee,” jawab Hana agak terketar-ketar.

“Sudi tak kau jadi permaisuri dalam hidup aku?,” lamar Aqief lagi. Kellihatan bibir Hana agak terketar-ketar untuk mengeluarkan jawapan.

“Aiman…,” kedengaran Hana memanggil nama Aiman dengan agak perlahan. Tetapi nasib baik Aqief tidak mendengarnya. Aqief masih menunggu jawapan daripada Hana.

“Tak! A..Aqief. Macam nilah. Aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak boleh terima ni. Aku bukan tercipta untuk kau,” Hana cuba memberi jawapan dengan agak berhati-hati. Kelihatan Aqief mengerutkan keningnya itu.

“Maksud kau?,” soal Aqief. Hana menelan air liurnya buat yang kedua kalinya.

‘Patut ke aku tolak lamaran dia ni? tapi aku tak ada perasaan dekat dia ni. Macam mana ni?,’ desis hati Hana. Kedengaran juga guruh sedang berdentam-dentum di langit. Hana memandang langit. Nampaknya hujan ingin turun membasahi bumi sebentar lagi. Hana menarik nafas lalu memberanikan diri untuk memberitahu perasaannya itu terhadap Aqief.

“Aqief,” panggil Hana perlahan sambil tangannya cuba menolak perlahan sekotak kecil yang mengandungi cincin yang berada di tangan Aqief itu.

“Kau simpanlah cincin ni untuk seseorang yang betul-betul tercipta untuk kau. Yang betul-betul dari tulang rusuk kiri kau. Aku bukan orang tu. Aku minta maaf Aqief. Aku betul-betul tak dapat terima ni. Maafkan aku,” luah Hana dengan berterus-terang. Hana berharap Aqief memahami rasa hatinya itu.

“Bukan kau ada perasaan dekat aku ke Hana?,” soal Aqief sambil memandang tepat anak mata Hana itu. Hana tersentak tatkala Aqief mengutarakan soalan tersebut. Terasa seperti ada litar pintas terkena di hatinya itu.

‘Macam mana dia tahu aku pernah ada perasaan dekat dia ni? siapa yang tahu? Setahu aku, tiada siapa yang tahu,’ desis Hana sambil soalan demi soalan bertubi-tubi menerjah ke kepalanya itu. Hana memandang anak mata Aqief.

                                             (Hanya – Melly Goeslaw)

“Siapa yang beritahu kau semua tu?,” soal Hana agak serius. Dia ingin tahu siapa ahli nujum yang memberitahu soal perasaannya terhadap Aqief itu.

“Aiman,” pendek Aqief membalasnya. Buntang biji mata Hana tatkala mendengar jawapan daripada Aqief itu.

‘Aiman? macam mana Aiman boleh tahu aku suka dekat Aqief? aku tak pernah beritahu sesiapa pun perkara ini. Apatah lagi dengan dia. Macam mana dia tahu benda ni. Aiman,’ desis Hana sambil mengerutkan mukanya itu.

“Macam mana Aiman boleh tahu?,” soal Hana lagi seperti tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Aqief itu. Aqief memandang Hana. Aqief agak teragak-agak untuk memberitahu perkara yang sebenar.

“Aiman. Aku tak tahu macam mana dia tahu. Yang penting dia dah lama tahu yang kau suka dekat aku. Hmm…,”

‘Patut ke aku cakap yang Aiman ada hati dengan dia? Tak, Tak. Tak boleh. Hana tak boleh tahu,’ desis Aqief menyembunyikan separuh lagi hal sebenar.

Kelihatan Hana tersandar di kereta Aqief sambil menundukkan sedikit kepalanya itu.

‘Tak mungkin! Macam mana Aiman boleh tahu. Dah lama pula tu dia tahu. Jadi selama ni dia hanya diamkan diri je ke bila tahu aku suka dekat Aqief. Aiman,’ desis hati Hana. Air matanya entah kenapa hampir mengalir tatkala mendapat tahu perkara tersebut.

“Hana?,” panggil Aqief lembut sambil menyentuh bahu Hana. Hana tersentak kecil lalu mengesat sedikit air matanya itu.

“Maaf Aqief. Aku tak dapat terima ni. Assalammualaikum,” ujar Hana tiba-tiba lantas meninggalkan Aqief yang terpinga-pinga. Serentak dengan itu, awan yang terkandung air yang sudah tertahan-tahan itu akhirnya turun jua membasahi bumi. Dan juga Aqief. Kelihatan Hana berlari memasuki rumahnya tanpa menoleh ke arah Aqief.

Kelihatan Aqief hanya memandang Hana berlari meninggalkan dia sendirian di basahi hujan. Aqief berharap Hana akan menoleh ke arahnya. Tetapi, harapannya tidak kesampaian tatkala Hana langsung tidak menolehnya. Aqief dapat merasakan bahawa Hana sudah tiada perasaan terhadap dirinya lagi. Aqief dapat rasakan itu. Sepertinya Hana sudah menyukai dan menyayangi orang lain. Dan orang itu adalah Aiman. Aqief pasti bahawa Hana menyukai dan menyayangi Aiman ketika ini. Dengan bahasa tubuh dan kelakuan Hana, Aqief benar-benar pasti bahawa Hana mencintai Aiman.

Aqief memandang rumah Hana di dalam kehujanan yang semakin lebat itu. Kotak cincin yang berada di tangannya itu terkulai layu. Nampaknya, Aqief harus akur dengan keputusan Hana.

Previous: BAB 35
Next: BAB 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.