Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,834
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 28

Setelah Hana menunaikan solat Isyak, Hana bergegas ke dapur untuk menolong Nek Yam mengemas lauk-pauk yang telah dijamahnya tadi. Manakala Husna pula membawa pinggan mangkuk ke sinki untuk di basuh.

“Hana, bagi bubur lambuk ni pada Aiman. Mak Icah dan Pak Amir tak ada. Tak tahu budak tu dah makan ke belum. Kebulur rasanya dia,” ujar Nek Yam sambil memberi semangkuk bubur lambuk kepada Hana. Hana mengambil bubur tersebut dengan berhati-hati. Rasa kehangatan bubut tersebut meresap ke tapak tangannya. Nasib baik mangkuk tersebut di alas dengan pinggan.

“Mak Icah dan Pak Amir pergi mana nek?,” soal Hana sambil memandang neneknya.

“Mak Icah dan Pak Amir pergi ke rumah Aisyah. Aisyah dah bersalin pagi tadi. Mak Icah jaga Aisyah berpantang. Tak tahulah sampai bila. Mungkin sampai habis pantang,” terang Nek Yam sambil tangannya sibuk mengelap meja.

“Ohh, kenapa kak Aisyah tak nak berpantang dekat sini?,” soal Hana penuh dengan tanda tanya.

“Ni si Zarith sekolah. Takkan dia nak cuti sebulan. Papanya kerja. Jadi Mak Icahlah yang menjaga Aisyah dekat sana,” ujar Nek Yam sambil tangannya sibuk menyusun kerusi makan. Hana menganggukkan kepalanya sambil mengembungkan kedua-dua pipinya itu.

“Dah tunggu apa lagi tercongok dekat situ. Pergi bagi Aiman bubur tu. Nanti sejuk pula,” ujar Nek Yam lagi. Hana tersentak lalu tersengih dan melangkah pergi ke rumah Aiman. Nek Yam hanya menggeleng-gelengkan kepalanya tatkala melihat gelagat cucunya itu.

Sementara itu, kelihatan Hana terkocoh-kocoh menyarungkan seliparnya sambil menatang semangkuk bubur lambuk itu. kemudian, Hana melangkah pergi menuju ke rumah Aiman. Kelihatan lampu di ruang tengah sahaja yang terbuka. Lampu di bahagian lain tidak dibukanya. Hana mengerutkan keningnya sambil kakinya laju melangkah ke rumah Aiman. Setibanya di muka pintu rumah Aiman, kelihatan pintu rumah Aiman tidak tertutup. Pintunya terkuak sedikit. Hana menelan air liurnya lalu memberi salam.

“Assalammualaikum, Aimann!,” Hana memberi salam sambil matanya melihat ke dalam rumah Aiman melalui pintu yang terkuak sedikit itu. Salam Hana tidak disambut oleh Aiman.

“Assalammualaikum, Aiman!,” Hana memberi salam lagi. Keadaannya masih sama. Salamnya masih lagi tidak terjawab. Pelik! Mana pula perginya budak ni. Pengsan ke? pintu terbuka. Hana berasa tidak sedap hati. Dengan langkah yang beraninya dia cuba masuk ke dalam rumah Aiman.

“Aiman, aku masuk ni,” ujar Hana lalu membuka pintu yang sedang terkuak sedikit itu lalu masuk ke dalam rumah Aiman. Hana terkejut dan membeliakkan matanya tatkala melihat sekujur tubuh terbaring di atas sofa.

“Ya Allah! Aiman!,” jerit Hana lalu mendekati Aiman. Bubur yang ditatangnya diletakkan di atas meja yang berada di hadapan sofa. Kemudian Hana dengan kelam-kabutnya memeriksa badan Aiman. Hana meletakkan tapak tangannya di dahi Aiman. Panas! Kelihatan Aiman membuka matanya sedikit sambil memandang Hana.

“H..hana,” panggilnya dengan sangat perlahan. Hana memandang Aiman sambil menggenggam tangan Aiman. Kelihatan Hana begitu risau sekali melihat keadaan Aiman itu. Badannya sangat panas. Bibirnya sangat kering. Matanya sukar untuk dibuka.

“Aiman, kau demam ni. Aku bawa kau pergi klinik. Tunggu jap,” ujar Hana lalu cuba bangun tetapi tangannya lantas ditarik oleh Aiman. Hana memandang Aiman dengan mata risaunya.

“Kau tunggu sini. Aku nak minta tolong Husna sekejap,” ujar Hana lalu melepaskan tangan Aiman. Kemudian dia berlari menuju ke rumahnya untuk meminta bantuan Husna.

“Ha..na..,” panggil Aiman perlahan sambil memandang luar rumahnya dengan mata redupnya itu dan kemudian matanya terus terpejam.

“Husna! Husna!,” panggil Hana dengan kuat. Husna dan Nek Yam terkejut tatkla mendengar panggilan Hana itu bergegas keluar dari dapur.

“Husna, tolong akak Hus,” ujar Hana sambil memegang tangan adiknya itu.

“Kenapa ni Hana? Macam kena kejar dengan hantu je?,” tegur Nek Yam yang risau dengan perlakuan cucunya itu. Sambil itu kelihatan Hana dengan tergopoh-gapah mengambil kunci keretanya.

“Aiman nek. Dia demam. Panas sangat badannya nek,” ujar Hana tersekat-sekat.

“Ya Allah! Aiman demam? Teruk ke keadaannya? Mari kita pergi tengok,” ujar Nek Yam lalu melangkah laju menuju ke rumah Aiman. Manakala Hana dan Husna mengikuti langkah neneknya itu dari belakang. Setibanya mereka di rumah Aiman, kelihatan Aiman sedang tidak sedarkan diri sambil nafasnya berombak turun naik. Hana yang sangat terkejut melihat keadaan Aiman itu dengan lantas merapati Aiman.

“Nek, kita bawa dia pergi klinik nek,” ujar Hana sambil air matanya merembes keluar membasahi pipinya itu.

“Dah cepat-cepat bawa dia pergi klinik! Husna tolong kakak,” ujar Nek Yam sambil memandang Husna. Husna menganggukkan kepalanya lalu menolong Hana memapah Aiman.

“Aiman, bangunlah. Jangan buat aku macam ni. Aku bawa kau pergi klinik ye,” ujar Hana sambil menangis. Kemudian dia memapah Aiman menuju ke keretanya. Husna turut membantunya memapah Aiman. Kemudian, Hana membuka pintu keretanya lalu memasukkan Aiman ke dalam kereta.

“Hus, ambil tudung sarung akak,” pinta Hana sambil mengesat air matanya. Husna menganggukkan kepalanya lalu berlari masuk untuk mengambil tudung sarung kakaknya itu.

“Hana, Hana pergi klinik dengan Husna. Nenek jaga rumah. Mana tahu ada apa-apa ke,” ujar Nek Yam. Hana menganggukkan kepalanya tanda faham.

“Terima kasih nek. Nenek jaga diri dekat rumah,” balas Hana.

“Ni dompet Aiman. Nenek ambil dekat atas meja tadi. Apa-apa hal telefon rumah ye,” pesan Nek Yam lagi sambil memberi dompet Aiman kepada Hana.

“Ye nek,” balas Hana sambil mengambil dompet Aiman. Kelihatan Husna berlari keluar membawa tudung sarung Hana. Hana mengambilnya lalu menyarungkan ke kepalanya.

“Husna, cepat naik,” ujar Hana. Husna menurut kata kakaknya itu.

“Nek, Hana pergi dulu,” ujar Hana lalu membuka pintu keretanya.

“Hati-hati!,” pesan Nek Yam lagi. Hana menganggukkan kepalanya lalu masuk ke dalam keretanya. Kemudian dia menghidupkan enjin keretanya lalu memandu keluar keretanya itu. Hana menekan minyak keretanya lalu meluncur laju di atas jalan raya. Hana hanya ingin sampai ke klinik dengan secepat mungkin. Sesekali matanya memandang Aiman yang berada di sebelahnya itu. Kelihatan Aiman begitu lemah sekali.

“Aiman,” panggil Hana dengan risau. Air matanya turut keluar membasahi pipinya. Sambil itu dia mengesat air matanya itu. Tidak pernah dia melihat Aiman sakit seperti itu. Sudahlah Mak Icah dan Pak Amir tiada di rumah. Nasib baik Hana datang cepat ke rumah Aiman. Kalau tidak, tidak tahulah apa nasib Aiman.

“Akak, janganlah nangis. Abang Aiman belum mati lagi,” pujuk Husna sambil memandang kakaknya menerusi cermin pandang hadapan.

“Husna! Apa Husna cakap ni?,” ujar Hana sambil memandang Husna menerusi cermin pandang hadapannya.

“Betullah. Habis tu akak nangis macam abang Aiman nak mati je. Patutnya akak kena sabar dan tabah. Barulah abang Aiman bertahan,” ujar Husna sambil memandang Hana. Hana memandang Husna melalui cermin pandang hadapannya. Ada betul juga kata-kata Husna itu. Sepatutunya dia tidak menangis seperti anak-anak kecil yang kehilangan gula-gula lollipop. Hana menarik nafas lalu memandu laju menentang kepekatan malam dan menuju ke destinasi yang ingin di tuju. ‘Aiman, bersabar ye,’ desis hatinya.

Setibanya Hana di sebuah klinik swasta, Hana dengan pantasnya masuk ke dalam klinik tersebut untuk meminta bantuan.

“Tolong, kecemasan!,” jerit Hana kepada seorang pembantu perubatan di situ. Pembantu perubatan tersebut meminta rakan setugasnya untuk membantu sekali. Mereka kemudian meluru keluar bersama Hana dengan membawa stroller. Hana membuka pintu keretanya dan membantu Aiman untuk keluar. Kemudian, dua orang pembantu perubatan tersebut mengangkat Aiman ke stroller. Mereka menolak stroller tersebut masuk ke bilik kecemasan. Hana dan Husna kemudiannya mengikuti mereka masuk ke bilik kecemasan tersebut tetapi dihalang oleh pembantu perubatan tersebut.

“Cik, sila tunggu diluar dan beri kad pengenalan pesakit di kaunter,” ujar salah seorang pembantu perubatan tersebut. Hana dan Husna hanya akur dengan arahan yang diberikan. Hana kemudiannya melangkah ke kaunter dan memberi kad pengenalan Aiman di kaunter tersebut. Kemudian, Hana mengajak Husna untuk duduk di kerusi menunggu. Sambil itu dia memeluk Husna untuk menenangkan hatinya.

“Harap-harap abang Aiman okay,” ujar Hana sayu. Husna memandang wajah kakaknya itu lalu mengangguk. Tidak pernah-pernah dia melihat wajah kerisauan kakaknya seperti itu. Ini adalah kali pertama. Husna menggengam erat tangan Hana bagi menenangkan hati kakaknya itu.

Tidak lama kemudian, nama Hana dipanggil oleh seorang pembantu perubatan yang manis wajahnya.

“Cik Hana,” panggilnya sambil tersenyum. Hana cuba membalas senyuman tersebut.

“Husna tunggu sini ye,” ujar Hana kepada Husna. Husna hanya menganggukkan kepalanya. Hana kemudiannya bangun dan melangkah masuk ke dalam bilik doktor. Pembantu perubatan tersebut kemudiannya menutup pintu bilik dan Husna hanya mampu menunggu sahaja di luar seperti diminta oleh kakaknya itu.

Setibanya Hana di bilik doktor, kelihatan seorang doktor lelaki yang separuh abad umurnya tersenyum memandang Hana. Hana turut tersenyum memandang doktor tersebut. Tawar.

“Silakan duduk,” pelawa doktor tersebut. Hana kemudiannya duduk di kerusi berhadapan dengan doktor tersebut. Hana memandang sebelah kanannya, kelihatan Aiman sedang baring di sebuah katil sambil tangannya di masuki oleh air. Kesian Aiman. Tentu badannya sedang lemah. Hana menghela nafasnya dengan lembut lalu memandang doktor yang agak sebaya dengan arwah ayahnya.

“Macam mana dengan dia doktor?,” soal Hana menginginkan kepastian.

“Nasib baik awak cepat bawa dia ke sini. Keadaan dia sudah stabil. Cuma badannya agak lemah buat masa sekarang. Nanti awak ambil ubat di kaunter depan. Dan pastikan dia makan ubat mengikut aturannya. Pastikan dia banyak minum air,” ujar doktor tersebut diikuti senyuman di akhir kata.

“Alhamdulillah. Terima kasih doktor. Tapi dia betul-betul tak ada apa-apa ke?,” soal Hana lagi. Doktor tersebut sambil memandang Hana.

“Awak jangan risau. Dia tak ada apa-apa. Dia dah sedar sekarang. Cuma badannya agak lemah,” ujar doktor tersebut bagi melegakan hati Hana. Hana tersenyum lebar mendengar kata-kata doktor tersebut.

“Terima kasih doktor,” ucap Hana sambil tersenyum mesra.

“Sama-sama. Nanti saya suruh pembantu saya papah dia ke kereta awak,” ujar doktor itu lagi.

“Terima kasih doktor!,” ucap Hana lagi dengan gembira. Kemudian dia bangun dan melangkah keluar dari bilik doktor tersebut. Kelihatan wajah Husna agak kerisauan menunggu kakaknya itu.

“Kak, macam mana dengan abang Aiman? dia okay ke?,” soal Husna yang menanti kepastian daripada kakaknya itu. Hana memandang Husna sambil tersenyum lebar.

“Abang Aiman okay. Dia dah tak ada apa-apa,” ujar Hana dengan gembira.

“Betul ke akak?,” soal Husna lagi. Hana menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

“Alhamdulillah. Baguslah kak,” balas Husna sambil tersenyum lebar. Hana turut tersenyum sambil memandang wajah adiknya itu.

“Cik Hana,” panggil seorang pembantu perubatan di kaunter. Hana menoleh lalu melangkah menuju ke kaunter tersebut.

“Ye saya,” jawab Hana dengan lembut.

“Ini ubat untuk encik Aiman. Ubat demam makan tiga kali sehari, turun panas tiga kali sehari, vitamin dan antibiotik habiskan. Semua sekali RM45.00. Dan ini kad pengenalan encik Aiman,” ujar pembantu perubatan tersebut. Hana menganggukkan kepalanya lalu mengeluarkan not RM50 dari pursenya lalu diberikan kepada pembantu tersebut. Pembantu perubatan tersebut tersenyum lalu memulangkan not RM5 kepada Hana. Hana mengambinya dan kemudian simpan di pursenya semula. Kemudian, dia mengambil ubat Aiman dan kad pengenalan Aiman. Kad pengenalan tersebut disimpan semula di dalam dompet Aiman. Kelihatan Aiman dipapah keluar oleh pembantu perubatan. Husna turut melangkah mengikuti Aiman. Hana dengan cepat-cepat membuka pintu klinik tersebut dan berlari menuju ke keretanya untuk membuka pintu kereta untuk membantu Aiman masuk ke dalam keretanya. Setelah Aiman duduk di dalam keretanya, Hana terus menutup pintu keretanya. Hana turut mengucapkan terima kasih kepada pembantu perubatan tersebut kerana membantunya untuk memapah Aiman. Kelihatan ada segaris senyuman dihadiahkan oleh pembantu perubatan tersebut. Hana turut membalas senyuman tersebut. Setelah melihat Husna masuk ke dalam kereta, Hana kemudian masuk ke dalam keretanya. Sambil itu dia sempat melihat keadaan Aiman. Aiman kelihatan lemah sekali. Hana menghela nafasnya dengan perlahan lalu menghidupkan enjin keretanya. Setelah itu, dia memandu keluar keretanya menuju ke jalan raya. Hana ingin segera sampai ke rumah supaya Aiman dapat berehat dengan secukupnya. Kesian Aiman. Keseorangan semasa sakit.

Setibanya di rumah, Hana dengan lantas membuka pintu kereta di bahagian Aiman kemudian memapah Aiman keluar. Husna yang melihat kakaknya itu cuba membantu. Kelihatan Nek Yam menunggu di muka pintu.

“Hana, bawa Aiman tidur dekat rumah kita. Nanti senang kita nak tengok-tengokkan dia,” ujar Nek Yam. Hana menganggukkan kepalanya lalu memapah Aiman masuk ke dalam rumahnya. Hana kemudiannya membaringkan Aiman di atas sofa empuknya. Sambil itu dia membetulkan kaki dan tangan Aiman.

“Husna, tolong ubat dan dompet abang Aiman. Ambil sekali purse akak. Lepas tu terus kunci ye kereta akak,” arah Hana kepada Husna. Husna menanggukkan kepalanya tanda faham. Kemudian dia bangun untuk melangkah keluar.

“Terima kasih Hus,” ucap Hana sambil memandang Husna.

“Sama-sama,” balas Husna lalu melangkah keluar.

“Hana, Hana nak jaga Aiman ke malam ni?,” soal Nek Yam sambil memandang Hana dan Aiman. Hana memandang Nek Yam lalu menganggukkan kepalanya.

“Tapi jangan tidur lambat pula. Esok Hana nak kerja kan. Kalau ada apa-apa panggil nenek,” pesan Nek Yam.

“Baik nek,” balas Hana sambil tersenyum.

“Apa kata doktor?,” soal Nek Yam lagi.

“Doktor kata Aiman dah okay. Cuma perlu makan ubat ikut aturannya dengan banyakkan minum air,” balas Hana sambil memandang Aiman yang sedang tidur itu.

“Baguslah macam tu. Ni, nenek masuk tidur dulu. Kamu jangan tidur lambat pula. Husna pergi masuk tidur. Esok nak sekolah. Esok lewat pula bangun nanti,” ujar Nek Yam sambil memandang Husna yang sedang mengunci pintu rumahnya itu.

“Ye nek,” balas Hana dan Husna serentak. Kemudian dua adik-beradik itu tersenyum memandang neneknya itu. Nek Yam kemudian masuk ke biliknya untuk masuk tidur. Manakala Husna pula meletakkan barang-barang yang dipinta Hana tadi di atas meja.

“Akak, Husna masuk tidur dulu,” ujar Husna sambil memandang Hana.

Okay. Nite-nite,” balas Hana sambil memandang adiknya itu.

Nite akak,” balas Husna lalu melangkah pergi meninggalkan Hana. Hana memandang adiknya itu dengan mata pandangan yang redup. Kemudian, pandangannya beralih kepada Aiman. Hana kemudiannya bangun dan melangkah menuju ke dapur. Setelah mengambil secawan air masak, dia kemudian melangkah menuju ke arah Aiman. Hana dengan perlahan cuba mengejutkan Aiman.

“Aiman, bangun. Makan ubat,” kejut Hana perlahan. Kelihatan Aiman cuba membuka matanya dengan perlahan. Kemudian dia cuba memandang Hana dengan mata redupnya.

“Ha..na..,” panggil Aiman dengan sangat perlahan. Hana tersentak lalu cuba merapati Aiman.

“Aiman? kau dah okay?,” soal Hana lalu meletakkan tapak tangannya di atas dahi Aiman. Aiman memandang Hana dan cuba untuk tersenyum. Di tapak tangannya terasa lagi panas di dahi Aiman.

“Aiman, makan ubat ea,” ujar Hana sambil memandang tepat mata redup Aiman itu. Kemudian dia mengambil ubat Aiman lalu menyuakan sebiji demi sebiji ke dalam mulut Aiman. Aiman dengan perlahan menelan pil-pil yang diberikan oleh Hana. Setelah memberi Aiman makan ubat, Hana mengambil tuala kecil dan semangkuk air yang telah disediakan oleh Nek Yam awal tadi. Hana kemudiannya mencelup tuala kecil itu ke dalam semangkuk air tersebut lalu meletakkan di dahi Aiman. Kemudian, dia menyelimutkan Aiman pula. Sambil itu dia menggenggam tangan Aiman. Kelihatan Aiman telah melelapkan matanya. Mungkin matanya sudah tidak larat. Hana kemudian melentukkan kepalanya di sisi Aiman. Sambil itu tangannya masih menggenggam erat tangan Aiman. Hana berharap agar Aiman cepat sembuh esok. Aiman, dulu dia pernah menjaga Hana ketika dia sakit. Aiman, sentiasa ada untuk dia ketika dia sedang berduka. Aiman, sentiasa ceria ketika bersamanya. Hana tersenyum sambil mengingati detik-detik bersama Aiman. Baru Hana perasan. Dia tidak pernah sekalipun menitis air mata tatkala bersama dengan Aiman. Walaupun Aiman sentiasa menyakiti hatinya, tetapi dia tidak pernah membuat Hana menitiskan air mata. Tanpa disedari Hana terlelap dan melayang bersama dengan lenanya.

Tik…Tok…Tik…Tok… Jam berdetik dengan perlahan. Hana dengan lenanya tidur di sisi Aiman. Tidak sedikit pun badannya bergerak. Kepalanya masih kekal terlentuk di sisi Aiman. Nampak penat benar dia. Tanpa disedari, dengan tiba-tiba kelihatan Aiman seperti menyeringai ketakutan. Badannya berpeluh dan kepalanya berpaling ke kiri dan ke kanan. Mulutnya terkumat-kamit seperti berkata sesuatu tetapi tidak difahami. Hana yang terkejut dengan gegaran yang dibuat oleh Aiman itu terkejut sambil terkulat-kulat memandang Aiman. Hana menggosok-gosok matanya sambil melihat Aiman. Matanya terbeliak tatkala melihat keadaan Aiman seperti itu. Dengan pantas, Hana menepuk-nepuk dada Aiman bagi mengejutkan Aiman dari mimpi seramnya.

“Aiman, Aiman. Bangun. Aiman,” panggil Hana sambil menepuk-nepuk dada Aiman.

“Aiman!,” panggil Hana lagi sambil menggoyang-goyangkan bahu Aiman. Aiman tersentak lalu memandang Hana yang berada di sisinya itu. Dengan tiba-tiba Aiman bangun dan memeluk Hana dengan erat sekali. Di samping itu kelihatan air jernih keluar daripada matanya.

“Ha..na.., jangan tinggalkan aku,” bisik Aiman tepat di telinga Hana. Hana tersentak tatkala mendengar bisikan Aiman seperti itu. Tidak pernah Aiman berkata seperti ini. Aiman takutkah? Takkanlah. ‘Aiman menggigil. Dia takut ke?,’ desis Hana. Hana cuba memeluk kembali badan Aiman. Sambil itu dia memandang badan Aiman yang menggigil itu dengan pandangan yang redup. Hana cuba menenangkan Aiman. Kedengaran Aiman tersedu-sedu sambil badannya sangat menggigil. Kesian Aiman. Saat seperti ini keluarganya tiada. Hana mengetap bibirnya sambil menepuk-nepuk lembut belakang badan Aiman. Sambil itu dia berbisik…

“Tak apa Aiman. Aku ada. Jangan takut. It’s okay,” bisik Hana dengan lembut dan cuba menenangkan Aiman. Kelihatan Aiman sudah bertenang dan tidak menggigil lagi. ‘Baguslah,’ desis Hana dengan lega.

Previous: BAB 27
Next: BAB 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.