Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,839
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 22

Hari ini Hana bekerja seperti biasa. Tapi Hana tidak seceria seperti selalu. Hana kelihatan seperti tiada semangat semasa melakukan tugasnya. Aiman yang berada di sebelahnya hanya memandang Hana dengan pendangan yang pelik. Tidak pernah-pernah Hana seperti ini, melainkan semasa dia putus cinta suatu ketika dulu. Aiman ingin menegur Hana tetapi melihat keadaan Hana seperti itu, tidak jadi untuk dia menegurnya. Aiman hanya mengeluh kecil dan meneruskan kerjanya. Mungkin waktu rehat nanti masanya untuk dia bertanya berkenaan masalah yang dihadapi oleh Hana. Mungkin masa itu Hana mahu berkongsi masalah dengannya.

Dari jauh kelihatan Ezreen berjalan seperti model menuju ke arah Hana. Sambil itu kelihatan seperti Ezreen membawa sesuatu di dalam beg kertasnya itu. Ezreen kemudiannya meletakkan beg kertas tersebut di atas meja reception. Sambil itu dia memandang Hana dengan muka sombongnya. Aiman pula hanya memandang Ezreen sambil mulutnya terlopong. Ingin cari pasal lagilah tu. Ezreen menekan lonceng yang berada di meja reception tersebut. Kelihatan Hana hanya membuat kerjanya sahaja tanpa menghiraukan kewujudan Ezreen di situ. Ezreen memandang Hana sambil mengerutkan matanya. Tidak nampakkah Hana kewujudan Ezreen di situ. Ezreen yang tidak puas hati memetik jarinya ke arah Hana. Hana memandang Ezreen dengan pandangan kosong.

Hello? You tak nampak ke I ada dekat sini? By the way, I ada bawa bekal untuk Aqief. Make sure kalau Aqief ajak you lunch nanti you mesti tolak pelawaan dia okay,” ujar Ezreen sambil memandang Hana dengan pandangan yang tajam.

“Okay,” jawab Hana pendek. Sambil itu matanya kembali memandang komputer yang berada di hadapannya. Ezreen yang agak terkejut dengan tindak balas Hana itu memandang Hana dengan terkebil-kebil. Begitu juga Aiman. Aiman memandang Hana dengan mulutnya yang terlopong. Okay? Hana tidak pernah jawab macam itu dengan Ezreen. Paling-paling tak pun dia akan melawan kata-kata Ezreen itu. Mana tidaknya, Ezreen dengan Hana bagaikan anjing dan kucing. Pantang berjumpa, pasti akan bercakaran.

“What? Okay? Youdemam ke?,” soal Ezreen seperti tidak puas hati. Niat di hatinya ingin menyakiti hati Hana.

“Cik Ezreen. Saya rasa dah masuk waktu kerja ni. Nanti takut Encik Iqbal nampak pula,” ujar Aiman secara tiba-tiba. Dia tak nak Ezreen mengganggu emosi Hana waktu macam ini.

“Tapi…,” tak sempat Ezreen meneruskan kata-katanya Aiman terlebih dahulu mendecit dan memberi isyarat supaya Ezreen cepat-cepat pergi dari situ. Ezreen yang terkejut dengan tindakan Aiman itu hanya menjeling Aiman. Kemudian dia mengambil beg kertas yang berisi bekal di meja reception dan terus berlalu pergi. Kelihatan Hana menundukkan mukanya sambil mengeluh kecil. Seperti ada sesuatu mengganggu fikirannya. Aiman yang berada di sebelah Hana hanya memandang Hana dengan mata redupnya itu. Hana mempunyai masalah. Tapi dia hanya pendam masalah tersebut. Aiman yakin tentang itu. Aiman harus cari tahu apa masalah yang di hadapi oleh Hana itu.

Tengah hari itu, kelihatan Aiman mengemas-ngemas barangnya di atas meja sambil matanya memandang Hana. Sudah tibanya waktu lunch, tetapi kelihatan Hana masih lagi membuat kerjanya. Hana tidak seperti selalu di mana setibanya waktu lunch, dialah orang pertama yang paling gembira. Tetapi hari ini Hana tidak seperti selalu. Aiman yang melihat Hana agak pelik dengan kelakuan Hana hari ini. Baru sahaja Aiman ingin membuka mulut untuk mengajak Hana pergi lunch, tiba-tiba Aqief terlebih dahulu datang di meja reception. Aiman hanya menelan kata-kata yang ingin diucapkan itu.

“Hana, Aiman, jom pergi lunch,” ajak Aqief sambil memandang Hana dan Aiman. Kelihatan Ezreen memandang mereka sambil menyilang tangannya. Ezreen hanya memandang dengan pandangan yang tajam ke arah mereka. Aiman memandang Aqief sambil menganggukkan kepalanya manakala Hana hanya mendiamkan dirinya sahaja. Dalam keadaan seperti itu, Hana tidak dapat berdepan dengan Aqief lagi. Walaupun Aqief tidak tahu perasaan Hana terhadap dirinya.

“Hana?,” panggil Aqief lagi. Hana tersentak sambil menelan air liurnya.

“Korang pergilah. Aku ada urusan luar nak buat,” ujar Hana lalu mengambil beg tangannya dan berlalu pergi meninggalkan Aqief dan Aiman. Aiman terpinga-pinga memandang Hana manakala Aqief pula hanya mengerutkan mukanya tatkala memandang Hana. Kemudian dia memandang Aiman pula dan Aiman membalas pandangan Aqief. Kelihatan Ezreen pula tersenyum sinis memandang Hana. Nampaknya rancangannya berjaya untuk meghalang Hana dari mengikuti mereka makan tengah hari.

“A..Aqief, aku rasa aku tak dapat join korang lunchlah. Aku baru teringat yang aku ada benda nak buat. Korang lunchlah ye. Aku pergi dulu,” ujar Aiman tiba-tiba lalu pergi meninggalkan Aqief yang terpinga-pinga di situ. Ezreen hanya tersenyum sinis memandang kepergian Aiman. Sorang lagi dah pergi. Jadi rancangannya untuk makan berduaan bersama Aqief berhasil.

“Takkanlah kau pun sama. Aiman!,” panggil Aqief sambil memandang Aiman. Aiman hanya menghiraukan sahaja panggilan Aqief itu. Niat di hatinya adalah untuk mengejar Hana. Dia ingin tahu apa yang terjadi kepada Hana. Ezreen yang hanya memandang Aqief mengatur langkahnya menuju ke arah Aqief.

“Aqief, jomlah kita lunch. Diaorang ada urusan kan. It’s okay. Kita berdua pun okay. I dah siapkan bekal untuk kita. Penat tau I buat. Jomlah,” ajak Ezreen sambil menarik lengan Aqief. Aqief mengeluh kecil lalu mengikut langkah Ezreen. Ezreen hanya tersenyum tatkala Aqief menerima pelawaannya itu.

Sementara itu kelihatan Hana menaiki dan memandu keretanya keluar dari kawasan parking. Aiman yang melihat dari jauh cepat-cepat memandu keretanya mengikuti kereta Hana. Aiman ingin tahu ke mana Hana mahu pergi waktu-waktu macam ini. Semakin laju Hana memecut keretanya, semakin laju kereta Aiman mengikutinya.

“Ish perempuan ni, bawa macam palesit. Nak pergi mana laju-laju macam ni? bahaya betullah dia bawa kereta,” ujar Aiman sendirian sambil matanya tidak lepas memandang kereta Hana. Hana kemudiannya membelok keretanya ke dalam satu taman. Aiman turut mengikuti kereta Hana. Selepas memparkir keretanya, Hana keluar dan menuju ke satu bangku yang berhadapan dengan tasik. Kellihatan Aiman berlari anak dan menuju ke arah satu rimbunan pokok yang berdekatan dengan tempat Hana duduk. Di situ, Aiman cuba menyembunyikan dirinya daripada terlihat oleh Hana. Aiman hanya melihat perlakuan Hana dari rimbunan pokok tersebut. Kelihatan Hana memandang tasik sambil mengeluh kasar. Terasa berat benar beban di hati yang ditanggungnya. Aiman hanya memandang Hana dengan mengerutkan mukanya. Dia cuba menyiasat apa yang berlaku kepada Hana sebenarnya. Hana kemudiannya mengutip batu yang berada berdekatan dengan tempat dia duduk lalu membaling batu-batu kecil tersebut ke dalam tasik dengan sekuat hatinya. Semakin jauh batu dibalingnya semakin lega hati Hana. Ibarat dia membuang semua perasaannya terhadap Aqief. Aiman hanya melihat sahaja perlakuan Hana dari jauh.

“Perempuan ni memang ada masalahlah. Tapi apa masalah dia?,” ujar Aiman sendirian. Kelihatan ada pengunjung yang lalu di situ terkejut dengan gelagat Aiman itu. Mana tidaknya, Aiman membongkokkan badannya sambil melihat Hana di sebalik daun-daun dari rimbunan pokok renek tersebut. Ada di antara pengunjung di situ mengetawakan Aiman dan ada yang berbisik sesama sendiri. Sedang khusyuk Aiman mengendap Hana, tiba-tiba datang pengawal yang berketurunan Sikh yang jaga di kawasan tersebut.

Hallo incik,” tegur pengawal tersebut. Aiman tersentak dengan teguran itu lalu memandang pengawal tersebut. Kelihatan pengawal tersebut sedang memegang cotanya. Aiman tersengih sambil memandang pengawal tersebut. “Ye?,” jawab Aiman dengan lembutnya.

Incik, kalu incik nak berkelakuan tidak senonoh, sila tinggalkan tempat ini,” ujar pengawal tersebut sambil membesarkan matanya memandang Aiman.

“Berkelakuan tidak senonoh? Maksud encik? Saya berkelakuan sopan dekat sini,” balas Aiman.

“Saya ada terima aduan yang incik berkelakuan tidak senonoh di sini. Incik kelihatan menonggeng di tempat awam. Itu kelakuan yang tidak senonoh. Lagi satu, saya terima aduan juga bahawa incik sedang mengintip itu seorang perempuan. Apa incik ini orang yang ada shot dekat brain incik ka?,” terang pengawal itu lagi. Kelihatan Aiman terkejut dengan tuduhan tidak berasas itu. ‘Apa, ingat aku orang gila ke?,’ desis Aiman sambil memandang pengawal berketurunan Sikh tersebut.

“Apa ni encik, saya tak buat macam tulah. Saya berkelakuan sopan di sini. Betul encik,” jawab Aiman bersungguh-sungguh.

“Saya hanya menerima aduan daripada pengunjung. Saya hanya menjalankan tugas saja. Kalu incik tak mau pergi dari sini, saya akan report polis. Saya harap incik pergi dari tempat ini segera,” ujar pengawal itu lagi.

“Tapi encik, saya tak bersalah. Saya mangsa keadaan, tolonglah encik,” rayu Aiman lagi. Macam terover pun ada.

“Maaf incik, sila pergi dari tempat ini sekarang. Kalu tidak, saya akan report polis,” kali ini nada pengawal tersebut nampak tegas. Aiman memandang Hana. Kelihatan Hana tidak menyedari keadaan tersebut. Aiman memandang pengawal tersebut sambil mengeluh kecil. Kemudian dia tunduk dan berlalu pergi seperti diarahkan oleh pengawal tersebut. Aiman tidak mahu mencetuskan kekecohan di situ. Kalau tidak Hana akan tahu bahawa Aiman mengikutnya ke tempat tersebut. Aiman kemudiannya masuk ke dalam keretanya sambil mengeluh kecil. Ada juga pengunjung yang menganggap Aiman berkelakuan tidak senonoh di tempat tersebut. ‘Apa, ingat aku orang gila seks ke?,’ desisnya lagi. Aiman memegang kepalanya sambil menghidupkan enjin keretanya. Kemudian dia memandu keluar dari kawasan tersebut. Tidak mengapalah, sekurang-kurangnya Aiman tahu bahawa Hana sedang menghadapi masalah. Cuma dia tidak tahu apa masalah yang dihadapi oleh Hana. Aiman harus berusaha lagi untuk mengetahui apa punca masalah Hana itu. Aiman kemudian menekan minyak dan memandu menuju pulang ke hotel.

Petang itu, Aiman balik seperti biasa. Perutnya terasa lapar sangat. Rasanya tak sabar-sabar dia ingin mejamu perutnya dengan masakan maknya. Perut Aiman sudah lama vibrate minta untuk diisi. Dia rasa dirinya seperti zombi. Tak larat untuk berjalan. Mana tidaknya, tengah hari tadi dia hanya mengalas perutnya dengan sebuku roti kecil sahaja. Itu tak mampu membuatkan perutnya kenyang. Setelah mengunci keretanya, matanya sempat memandang rumah Hana. Kelihatan kereta Hana sudah terparkir di halaman rumahnya. Batang hidung Hana tak nampak bayangnya. Mungkin Hana sudah masuk ke dalam rumah untuk membersihkan dirinya. Yang ada ketika itu adalah Husna yang baru pulang dari mengaji. ‘Eleh, Husna. Ingat ada Hana tadi. Kalau budak kecil ni buat apa aku nak pandang,’ desis Aiman sambil mencebikkan mukanya. ‘Husna!!,’ jerit hati Aiman seperti teringat akan sesuatu.

“Mungkin budak kecik ni mampu tolong aku,” ujar Aiman sendirian sambil tersenyum penuh makna. Sambil itu dia memandang Husna.

“Psssttt! Husna!,” panggil Aiman perlahan tetapi jelas untuk didengar. Husna yang buat-buat tak dengar panggilan Aiman itu hanya menonong lalu di hadapannya dengan muka yang selamba.

“Ish budak ni. Main kasar nampak. Husna! Oi, Husna oi!,” panggil Aiman lagi. Kali ini nadanya agak kuat berbanding tadi. Husna yang terkejut dengan panggilan Aiman memandang Aiman sambil mengerutkan mukanya. Aiman kemudiannya melambaikan tangannya ke arah Husna supaya Husna datang kepadanya. Husna mengerutkan mukanya lalu datang ke arah Aiman seperti diminta.

“Abang Aiman nak apa panggil-panggil Husna ni. Husna nak baliklah,” ujar Husna sambil mencebikkan mukanya. Aiman memandang Husna sambil mengerutkan mukanya. Dia harus bersabar dengan Husna. Kalau tidak, dia tidak dapat mencungkil maklumat yang diingininya. Aiman buat-buat tersenyum manis sambil memandang Husna.

“Husna, janganlah marah-marah. Husna comellah hari ini. Abang rasa macam baik hatilah hari ini. Rasa macam nak bagi Husna duit je,” pancing Aiman sambil memandang Husna dengan menaikkan keningnya. Husna kemudian memandang Aiman dengan pandangan yang dalam.

“Ni mesti nak tahu pasal kak Hana kan,” teka Husna sambil memandang Aiman. Aiman tersentak dengan tekaan Husna itu lalu buat-buat tersenyum di hadapan kanak-kanak itu. ‘Macam mana budak kecik ni tahu aku nak tanya pasal akak dia? Dasyat betul budak kecik zaman sekarang ni,’ desis Aiman dalam hati.

“Haha, pandailah Husna teka. Dahlah comel, pandai pula tu. Haha,” bodek Aiman mengambil hati Husna. Husna tersenyum sinis lalu menadah tangannya di hadapan Aiman. Aiman terkejut dengan tindakan Husna itu lalu memandang budak kecil di hadapannya itu.

“Apa tu?,” soal Aiman pelik.

“Macam biasa. Upah. Takkan abang Aiman tak biasa,” ujar Husna selamba sambil tangannya masih menadah di hadapan Aiman. Aiman memandang Husna dengan pandangan yang sinis kemudian dia mengeluarkan dua ringgit dari dompetnya. Setelah itu, dia memberikan duit tersebut kepada Husna.

“Nah,” ujar Aiman sambil memberi duit tersebut di tangan Husna. ‘Ish budak kecik sekarang, semakin materialistik,’ desis Aiman di dalam hati. Sambil itu dia menghadiahkan sebuah senyuman yang tidak berapa ikhlas kepada Husna. Yang penting dia dapat maklumat yang diingininya. Husna mengambilnya lalu menyimpan duit tersebut di dalam kocek baju kurungnya.

“Kalau abang Aiman nak tahu, kak Hana sekarang tengah frust. Mungkin kak Hana tengah putus cinta. Habis tu, malam tadi tiba-tiba kak Hana gosok bilik air tu sampai licin. Kak Hana kalau frust kan selalu gosok bilik air sampai licin,” beritahu Husna kepada Aiman. Aiman mengerutkan mukanya sambil memandang Husna.

Frust? Kak Hana frust dengan siapa?,” soal Aiman pelik.

“Tak tahu. Boyfriend baru dia kot,” balas Husna lagi. Aiman semakin pelik dengan maklumat yang diberikan oleh Husna. ‘Biar betul budak ni. Hana couple dengan siapa pula sekarang ni? aku tak tahu apa-apa pun. Tapi selalunya maklumat yang Husna beri selalu betul,’ desis Aiman sambil memikirkan sesuatu.

Okaylah abang Aiman. Husna balik dulu. Nanti nenek cari. Terima kasih abang Aiman bagi duit ni,” ujar Husna lalu melangkah pergi meninggalkan Aiman yang masih mencari-cari jawapan tentang maklumat yang diberikan oleh Husna.

Haa, okay,” balas Aiman sambil memandang Husna yang berlalu menuju ke rumahnya. Kisah Hana ini semakin pelik. Aiman mengeluh kecil lalu masuk ke dalam rumahnya.

                                           *******************************************

Malam itu, kelihatan Aiman sedang memetik gitar kesayangannya sambil memandang bintang yang berkelipan di langit. Sambil itu fikirannya masih mencari-cari jawapan bagi semua soalan yang berputar di kepalanya. Semuanya berkaitan dengan Hana. Nampaknya seperti Hana tidak akan datang malam ini seperti selalu. Aqief pula tak tahu datang ke tak. Sejak akhir-akhir ini Aqief rajin datang ke rumahnya. Entah angin apa yang merasuk dan mengubah Aqief. Mungkin Aqief betul-betul dah berubah. Kalau Aqief betul-betul berubah, Aiman turut gembira. Jadi Aqief tak jadi nerd seperti dulu lagi.

Sedang Aiman khusyuk memetik gitarnya, tiba-tiba kelihatan Aqief melangkah menuju ke arah Aiman. Aqief kemudian menegur Aiman tatkala dia mendekati Aiman.

Bro, jauh termenung,” tegur Aqief lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Aiman. Aiman yang terkejut dengan teguran Aqief memandang Aqief dengan matanya yang redup itu.

“Eh, mana ada. Aku tengah mencari ilham ni,” balas Aiman sambil memandang gitarnya itu.

“Ilham? Ilham apa?,” soal Aqief agak pelik.

“Ilham nak buat lagu. Mana tahu aku ada bakat terpendam untuk buat lagu. Boleh juga aku merasa jadi artis. Muka dah ada dah. Cuma tinggal bakat terpendam jelah ni. Kalau aku famous nanti, kau juga boleh tumpang popularitinya. Kan, kan,” ujar Aiman sambil berangan. Aqief hanya ketawa kecil tatkala mendengar kata-kata Aiman itu. Besar sungguh angan-angan kawannya itu. tapi setahu Aqief, Aiman tak suka artis-artis ni, apatah lagi ingin menjadi artis. Agak pelik juga mendengar kata-kata Aiman ini. Oleh sebab itu, Aqief ketawa kecil tatkala mendengar Aiman berkata sedemikian.

“Kau ni sihat ke tak? Tiba-tiba berangan nak jadi artis. Bukan kau tak minat artis ke?,” soal Aqief sambil memandang Aiman.

“Tulah, tapi macam best pula jadi artis. Kau tak teringin nak jadi artis ke? muka kau kan handsome,” ujar Aiman lagi sambil matanya memandang bintang-bintang di langit.

“Merepek apa kau ni. Tak naklah aku. Aku lagi suka jadi macam ni. Tenang hidup. Jadi artis asyik dengan gosip je. Hmm, Hana tak datang ke malam ni?,” soal Aqief sambil memandang rumah Hana. Aiman memandang Aqief dengan mata redupnya. Kemudian pandangannya beralih ke rumah Hana.

“Entah, tak datang kot. Aku tak tahulah kenapa dengan dia hari ini,” ujar Aiman.

“Kenapa dengan Hana?,” soal Aqief sambil memandang Aiman.

“Entah. Aku pun tak tahu,” balas Aiman lalu mengalaskan tangan di bawah kepalanya.

“Hmm, aku ada perasaan juga dia berkelakuan aneh hari ini. Tapi aku tak tahu apa sebabnya,” ujar Aqief pula seperti memikirkan sesuatu.

“Qief, malam tadi kan kau berbual dengan dia. Apa kau bualkan dengan dia. Mana tahu kalau kau tersakitkan hati dia ke,” ujar Aiman sambil menoleh ke arah Aqief. Aqief mengerutkan mukanya seperti memikirkan sesuatu.

“Aku buat dia sakit hati pasal apa. Takkan pasal aku luahkan perasaan aku dekat dia?,” ujar Aqief cuba mengingat kejadian malam tadi. Aiman yang terkejut dengan kata-kata Aqief itu memandang Aqief sambil membesarkan matanya yang redup itu.

“L…luahkan perasaan?,” soal Aiman terkejut.

“Ye, aku ada luahkan perasaan dekat dia. Maksud aku, aku luahkan perasaan yang aku rasa sekarang pada dia. Dia kan pernah bercinta, aku cuma minta pendapat dia je. Aku ada kata dekat dia yang aku sedang fall in love with someone. Cuma aku takut nak beritahu dia. Nasib baik Hana ada, dialah tolong nasihatkan aku,” terang Aqief. Aiman memandang Aqief sambil mengerutkan mukanya.

“Kau tengah jatuh cintalah sekarang ni? dengan siapa?,” soal Aiman. Aqief tersenyum sambil menunduk malu.

“Kitaorang belajar sama-sama dekat UK. Kawan aku dekat sana. Zulaikha Wardah,” beritahu Aqief sambil tersenyum. Aiman agak terkejut cuba untuk membalas senyuman Aqief. ‘Takkanlah Hana jadi macam tu sebab Aqief. Sebab malam tadi, lepas dia berbual dengan Aqief, terus dia jadi pelik. Takkan sebab lain. Husna cakap dia frust. Hana suka dekat Aqief ke? kenapa aku tak tahu,’ desis Aiman sambil memandang Aqief. Kelihatan Aqief memandang bintang yang berkelipan di langit.

“Oh, good luck bro. Luahkan je apa yang kau rasa tu,” ujar Aiman cuba memberi semangat kepada Aqief.

Thanks bro,” balas Aqief tersenyum. Aiman cuba membalas senyuman Aqief. Sesekali kelihatan Aqief membalas mesej yang masuk ke dalam telefon bimbitnya sambil tersenyum. Aiman hanya memandang Aqief dengan pandangan redupnya. ‘Jadi, betullah Hana suka dekat Aqief selama ni. Patutlah dia frust semacam,’ desis Aiman lagi. Kemudian dia memandang gitarnya lalu memetik gitarnya. Sesekali dia memandang bintang di langit. ‘Bagaimana keadaan Hana agaknya,’ fikirnya.

Previous: BAB 21
Next: BAB 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.