Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,790
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 13

Selepas Hana menyalam tangan Nek Yam, Hana berlalu keluar untuk memakai kasutnya. Setibanya Hana di muka pintu, kelihatan sebelah kasutnya telah hilang. Hana mencekak pinggangnya dan mendengus kasar. ‘Siapa punya kerja ni?,’ bisik Hana. Hana melingas ke kiri ke kanan mencari kasutnya yang sebelah lagi. Sedang Hana mencari-cari kasutnya, tiba-tiba matanya terpandang kasutnya yang hilang itu tergantung di tiang rumahnya. Hana mengambil kasutnya yang tergantung itu. Di situ, terdapat sehelai nota kecil terlekat di kasutnya. Hana mengerutkan keningnya lalu mengambil nota kecil tersebut. Hana membaca nota tersebut dalam keadaan marah.

Smile always!

Smile always? Dah buat kasut aku macam ni, siapa yang nak smile always. Haish, cinabeng mana yang buat ni?,” soal Hana sendirian sambil mencari-cari kelibat orang yang melakukan kerja tersebut. Tiba-tiba Hana terpandang akan Aiman yang sedang membuang sampah sambil dia bersiul-siul keriangan. ‘Hmm, ni mesti kerja cinabeng ni. Kalau tak dia, siapa lagi?,’ bisik Hana dalam hati. Tanpa membuang masa, Hana berlalu ke arah Aiman sambil memegang kasut dan nota kecil tersebut.

“Aiman!,” panggil Hana marah.

“Eh Hana. Morning! Nak pergi kerja ke?,” soal Aiman riang.

“Aiman! kau kan yang gantung kasut? Siap tampal nota segala,” ujar Hana sambil menunjukkan kasut dan nota kecil tersebut.

“Hahaha, tak baik tau tuduh-tuduh. Berdosa. Apa bukti kau tuduh aku buat macam tu?,” balas Aiman pula.

“Tak payah nak berdalihlah Aiman. Aku tahu ni kerja kau. Kalau bukan kau siapa lagi. Dulu kau letak katak puru dekat dalam kasut aku, sekarang kau gantung pula kasut aku. Tak cukup bukti ke wahai Encik Muhammad Aiman. Ha, lagi satu. Ni tulisan tangan kau kan. Aku kenal sangat tulisan kau ni,” ujar Hana sambil menunjukkan nota tersebut. Aiman hanya tersengih seperti kera sumbang tatkala Hana berkata sedemikian.

“Sengih-sengih, betullah tu. Kau yang buat kan?,” soal Hana sambil memandang tepat wajah Aiman.

“Hehehe, sorrylah Hana. Gurau pagi-pagi. Barulah hidup pun gembira,” balas Aiman sambil tersengih sumbang.

“Banyaklah kau punya gembira!,” balas Hana sambil melekatkan nota kecil tersebut di dahi Aiman. Kemudian Hana berlalu meninggalkan Aiman dengan muka yang berkerut.

“Orang nak cepat, boleh pula dia nak bergembira-gembira pagi ni,” ngomel Hana sendirian.

“Amboi, badmood nampak,” ujar Aiman sambil menanggalkan nota kecil yang terlekat di dahinya itu. Kemudian, Aiman mengejar Hana dari belakang.

“Hana, tunggulah. Hana,” panggil Aiman sambil mengejar Hana. Hana hanya mengendahkan sahaja panggilan daripada Aiman. Sampai saja di muka pintu, Hana melabuhkan punggung lalu memakai kasutnya. Sambil itu, Aiman turut melabuhkan punggunya di hadapan Hana.

“Hana, Oi. Apesaldengan kau ni. Salah makan apa malam tadi,” soal Aiman sambil memandang Hana. Hana hanya membatukan dirinya sahaja. Malas dia melayan Aiman yang berada di hadapannya ini.

“Hana!,” panggil Aiman lagi.

“Apa dia?!,” bentak Hana.

“Kau kenapa badmood-badmood dengan aku. Orang kata kalau pagi-pagi muka dah macam cencorot, nanti sampai ke malam muka kau macam cencorot,” balas Aiman sambil memandang Hana.

“Biarlah nak cencorot ke apa ke. Aku tak kisah,” balas Hana sambil membuat muka.

“Kau ni kenapa Hana? Okay sorry sebab bergurau kasar dengan kau. Alaa, macam tak biasa je kau ni,” ujar Aiman sambil tersenyum sumbang.

“Tak ada apalah,” balas Hana pendek. Sambil itu dia memandang arah jalan raya. Malas dia nak memandang muka Aiman yang macam kerang busuk di hadapannya itu.

“Na, hujung minggu ni kita pergi tengok wayang jom. Ajak Aqief sekali,” ajak Aiman.

“Hujung minggu ni tak boleh. Aku ada hal,” jawab Hana sambil memandang muka Aiman. Aiman mengerutkan mukanya. Hal apa? Aiman menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

“Hal apa? Jomlah Hana. Lama kita tak keluar sama-sama,” pujuk Aiman. Aiman berharap pujukannya ini berjaya.

“Aku ada hal, nak jumpa seseorang. Sorrylah Aiman. Lain kali je,” ujar Hana lalu bangun. Aiman turut bangun dari duduknya.

“Kau keluar dengan Aqief ke?,” soal Aiman serkap jarang.

“Bukanlah. Adalah. Sibuklah kau ni. Dah aku nak pergi kerja. Awal kau bangun hari ni. Bukan waktu-waktu macam ni kau belum bangun ke? oh, lupa. Orang nak buat jahat kan. Mestilah bangun awal,” ujar Hana selamba.

“Eh, jahatnya mulut kau ni. Aku tersedar awallah. Tak boleh nak tidur balik lepas subuh tadi. Nanti kerja petang, siaplah aku. Mulalah mata macam kena gam. Alaa, Hana. Tu bukan perbuatan jahat. Gurau-gurau je. Sebagai senaman. Hehe,” balas Aiman sambil tersengih menampakkan sebaris giginya yang putih itu. Hana hanya menjeling saja muka Aiman. Malas dia nak cari gaduh dengan Aiman hari ini.

“Suka hati kaulah Man. Dah aku nak pergi dulu. Bye!,” ujar Hana lalu membuka pintu keretanya. Aiman hanya melihat sahaja Hana masuk ke dalam kereta dan kemudian meluncur laju keluar ke jalan raya. Aiman tidak menyangka bahawa Hana tidak membalas balik kata-kata Aiman. Selalunya Hana takkan mengalah tatkala bertikam lidah dengan Aiman. Paling Aiman pelik, hujung minggu ini, Hana ada keluar dengan seseorang. Tapi siapa? Aqief? Katanya bukan Aqief. Kalau bukan Aqief, siapa? Aiman harus cari tahu siapakah gerangan yang akan keluar dengan Hana hujung minggu ini. Aiman menggosok-gosok rambutnya itu lalu berlalu masuk ke dalam rumahnya.

Sementara itu, sedang Hana memandu, fikirannya melayang memikirkan tentang perbualannya dengan Farish malam tadi. Rasa sakit hatinya terasa lagi. Dia tidak boleh beritahu Aiman atau Aqief bahawa dia akan berjumpa dengan Farish hujung minggu ini. Kalau mereka berdua tahu, habis Hana diceramahnya. Hana bukan tak nak dengar nasihat dua orang kawan baiknya itu. Cuma dia ingin menyelesaikan masalah antara dia dengan Farish secepat mungkin. Entah apa mamat tu ingin beritahu Hana hujung minggu ini. Hana sendiri pun tak tahu. Hana terus menekan minyak dan memandu keretanya dengan laju menyusuri jalan raya. Sakit hati terhadap Farish masih ada lagi sehinggakan sakit hatinya terhadap Aiman pagi tadi terus terpadam begitu sahaja. Betapa sakit hatinya Hana terhadap Farish bukan calang-calang sakit hati. Hana mengeluh kecil lalu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pemanduannya. Kalau tidak, silap-silap hari bulan Hana boleh terlibat dalam kemalangan sekiranya memandu dengan cara begini.

                                     ****************************************

Tengah hari itu, Hana keluar makan tengah hari bersama dengan Aqief. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini Aqief seringkali mengajak Hana keluar makan tengah hari. Hana hanya menurut sahaja. Kawan baiknya sendiri yang mengajak, takkan Hana menolak pula. Imla hari ini tidak dapat keluar makan tengah hari bersama dengan mereka. Hal ini kerana Imla dapat masuk kerja setengah hari sahaja akibat ada perkara mustahak perlu diselesaikan. Pada sebelah petang, Hana bekerja bersama dengan Aiman. Aiman pula hanya masuk kerja separuh hari sahaja.

Sedang mereka menjamu selera, Aqief hanya memandang sahaja Hana. Pelik apabila satu hari ini Hana hanya mendiamkan dirinya sahaja. Tidak seperti selalu. Hana terlalu khusyuk menjamu selera sehinggakan dia tidak perasaan Aqief memandangnya. Aqief terus memandang Hana dengan pelik. Makanan di hadapannya tidak dapat menarik perhatian selera laparnya. Perhatiannya hanya tertumpu terhadap Hana. Sepertinya Hana mempunyai masalah. Tidak pernah dia berkelakuan seperti ini.

“Hana?,” panggil Aqief lembut seperti biasa.

“Ye?,” jawab Hana yang mulutnya masih penuh dengan makanan.

“Kau okay ke ni? Macam ada masalah je aku tengok,” tanya Aqief sambil memandang Hana. Hana hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

“Tak,” jawabnya lalu menyumbatkan lagi makanan ke dalam mulutnya.

“Makanlah perlahan sikit. Tercekik nanti. Betul ni okay? Aku tengok kau macam badmood je hari ni,” balas Aqief sambil memberi minumam kepada Hana. Hana mengambil minuman tersebut lalu meminumnya. Sambil itu Hana menepuk-nepuk dadanya.

“Ye, aku okay. Cepatlah makan. Nanti lambat masuk kerja,” ujar Hana lalu menyumbat lagi makanan ke dalam mulutnya. Aqief hanya mengeluh kecil lalu menyuakan makanan yang ada di hadapannya ke dalam mulut. Sambil itu dia memandang Hana dengan perasaan yang pelik. Dia harus cari tahu kenapa Hana berperangai begini hari ini. Mesti ada sesuatu yang disembunyikan oleh Hana. Selalunya Hana tidak seperti ini. Dulu Hana pernah berperangai seperti ini. Itupun masa dia putus cinta dengan Farish buat kali ke berapa ntah ataupun Hana sedang menghadapi masalah. Hana akan berkelakuan seperti itu sekiranya dia mengahadapi situasi-situasi seperti berikut. Aqief tahu bagaimana nak tahu apa yang disembunyikan oleh Hana. Hanya Aiman saja yang tahu. Hal ini kerana Hana akan beritahu segala rahsianya kepada Aiman. Walaupun hal-hal kecil pun dia akan beritahu Aiman. Aqief perlu tanya kepada Aiman. Hanya Aiman saja tahu perihal ini. Pasti!

Pada sebelah malam, selepas mempersiapkan segalanya, Aiman kemudiannya mengambil angin malam di halaman rumahnya. Di halaman rumah Aiman telah sedia ada tempat duduk untuk bersantai. Hana dan Aiman selalu mengambil angin di halaman tersebut. Aqief turut menyertai mereka berdua tatkala dia ada masa lapang sahaja. Almaklumlah, Aqief seorang ulat buku. Kurang bermain di luar rumah. Dunianya hanya buku sahaja.

Sedang Aiman berangan dan menikmati angin malam, tiba-tiba kelihatan Aqief berjalan menuju ke arah Aiman. Aiman hanya bersiul-siul sahaja sementara menunggu Aqief sampai ke tempatnya.

“Aiman,” panggil Aqief.

“Ha Qief. Apa hal datang rumah aku malam-malam ni? Selalunya duk terperap je dekat rumah,” ujar Aiman selamba.

“Eh duduklah,” pelawa Aiman. Aqief hanya tersenyum tatkala Aiman berkata demikian lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelah Aiman.

“Man, aku nak tanya kau sesuatu ni,” ujar Aqief memulakan perbualan.

“Apa dia?,” balas Aiman sambil menoleh ke arah Aqief.

“Hana ada beritahu kau apa-apa tak? Tak delah sebab sepanjang siang tadi, Hana senyap je. Tak macam biasa. Ada apa-apa berlaku ke?,” soal Aqief sambil memandang mata redup Aiman. Aiman mengeluh kecil sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Pasal tu ke. Kenapa kau macam beria sangat je nak ambil tahu pasal Hana. Ada apa-apa ke?,” balas Aiman pula sambil menoleh sedikit ke arah Aqief. Aqief hanya tersenyum sinis tatkala Aiman bertanyakan soalan sedemikian.

“Aku ambi tahu pun sebab dia kawan baik kita kan. Mana tahu ada apa-apa berlaku. Dia kan selalu beritahu kau apa-apa. Maybe you know something,” soal Aqief sambil memandang permandangan malam di hadapannya itu.

“Entah. Aku tak tahu apa-apa . Sejak akhir-akhir ni dia asyik berahsia dengan aku. Even masa dia beli kereta dengan kau pun, dia tak beritahu aku. Kalau kau tanya pasal tu, sorrylah Qief. Aku tak dapat nak bantu kau,” balas Aiman turut memandang permandangan malam di hadapannya itu.

“Pasal beli kereta tu. Sorry Man. Aku tak tahu yang kau tak tahu mengenai perkara ni. Lagipun Hana beritahu aku kau sibuk nak keluar dating hari tu,”

Alaa, benda kecil je. Tak ada apalah. Cuma yang pasal Hana tu. Aku pelik sikit hari ni. Aku bergurau dengan dia pun, dia tak balas macam biasa. Sepanjang aku kerja dengan dia petang tadi, dia senyap je. Aku tak tahu kenapa dia macam tu,” ujar Aiman sambil mengerutkan keningnya itu.

“Hmm, dia memang tak ada cakap dekat kau apa-apa ke?,” soal Aqief lagi sambil memandang sisi wajah Aiman.

“Hmm,” Aiman berfikir sambil mengerutkan dahinya itu. ‘Sepertinya Hana ada cakap sesuatu tadi,’ desis Aiman sambil kkedua tangannya disilangkan.

“Aiman?,” panggil Aqief sambil memandang wajah comel Aiman. Aiman tersentak lalu memandang wajah tampan Aqief.

“Aku rasa dia macam nak jumpa seseorang hujung minggu ni,” ujar Aiman serius.

“Dia nak jumpa siapa? Macam mana kau tahu?,” balas Aqief pula.

“Pagi tadi, aku ada ajak dia pergi tengok wayang hujung minggu ni. Aku ingat nak ajak korang tengok wayang, tapi dia cakap dia tak dapat nak join sebab dia ada hal. Kalau dia tak keluar dengan kau, dia keluar dengan siapa? Imla ke?,” soal Aiman sambil memandang wajah Aqief dengan mata redupnya. Kelihatan Aiman turut mengerutkan keningnya.

“Imla? Tak mungkin. Sebab Imla kerja hujung minggu ni. Imla ganti cuti separuh hari yang dia ambil tadi ke hujung minggu ni. Tak mungkin Imla,” balas Aqief pula.

“Macam mana kau tahu bukan dengan Imla? Kau ada bukti ke yang Imla kerja hujung minggu ni?,” soal Aiman selamba.

“Aku tahulah. Aku tak sengaja terdengar Hana berbual dengan Imla waktu tu. Im cakap dia kerja hujung minggu ni. Dia nak gantikan cuuti dia yang hari ni pada hujung minggu. So, bukan dengan Imlalah,” jawab Aqief dengan yakin.

“Hmm, kalau bukkan dengan Imla. Dengan siapa lagi. Dia tak ada kawan lagi selain kita dengan Imla. Melainkan…,” Aiman tidak dapat meneruskan kata-katanya itu.

“Farish?,” soal Aqief tiba-tiba. Aiman memandang muka Aqief. Aqief membalas pandangan Aiman dengan pelik.

“Dengan Farish ke?,” soal Aqief lagi mendapatkan kepastian.

“Tak mungkin Farish. Dia kan dah break up dengan mamat tu. Takkan dia nak keluar dengan mamat tu lagi. Dah benci habis dia dengan si mamat tu,” balas Aiman pula sambil mengibas-ngibaskan tangannya itu.

Okay, kalau bukan Farish, siapa?,” soal Aqief lagi.

“Hmm, hanya satu cara je untuk kita dapatkan kepastian,” ujar Aiman sambil mengecilkan matanya yang redup itu. Aqief memandang Aiman dengan pelik.

“Apa?,” soal Aqief sambil menaikkan sebelah keningnya. Aiman hanya tersenyum sinis melihat Aqief. Nampaknya dia ada cara untuk menyelesaikan teka-teki yang sejak tadi menghantui mereka berdua. Dengan tidak semena-mena jari telunjuk Aiman menunjuk sesuatu. Aqief turut melihat apa yang ditunjukkan oleh Aiman. Aqief agak pelik dengan apa yang ditunjukkan oleh Aiman. Adakah ‘Dia’ dapat menyelesaikan masalah ini? Aqief mengerutkan dahinya lalu memandang Aiman.

“Husna?,” soal Aqief sambil memandang Aiman. Aiman hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

“Yup, Husna,” jawab Aiman sambil tersenyum. Aqief hanya memandang Husna dengan wajah yang pelik. Kelihatan Husna sedang menatang mangkuk sambil menuju ke arah Aiman. Aiman hanya menunggu Husna sambil tersenyum.

“Abang Aiman. Ni nenek ada bagi bubur merah bubur putih. Eh, ada abang Aqief. Patutlah Husna datang rumah abang Aqief, abang Aqief tak ada. Rupanya ada dekat sini dengan abang Aiman,” ujar Husna sambil memberi semangkuk bubur kepada Aiman. Aiman mengambilnya dengan penuh berhati-hati.

“Ye ke? kenapa Husna datang rumah abang Aqief?,” soal Aqief keppada Husna.

“Husna hantar bubur ni lah. Tapi Cik Imah yang ambil,” jawab Husna lagi.

“Kenapa nenek malam-malam buat bubur ni? Sedapnya. Abang suka bubur ni,” ujar Aiman pula sambil menghidu bau bubur yang berada di tangannya itu.

“Hehe, nenek buat bubur ni sebab Husna dah khatam Al-Quran petang tadi. Tu yang nenek terus buat bubur ni,” jawab Husna sambil tersengih.

“Oh, dah khatam. Tahniah-tahniah,” balas Aiman sambil tersenyum memandang Husna. Aqief yang berada di sebelah Aiman menyinggul lengan Aiman. Aiman turut membalas balik singgulan Aqief. Aqief hanya memandang Aiman sambil mengerutkan keningnya. Macam tak tahu saja isyarat Aqief. Aqief ingin tahu bagaimana caranya masalah ini dapat diselesaikan melalui Husna seperti dikatakan oleh Aiman. Tapi macam tak ada apa-apa berlaku pun.

“Hehehe, terima kasih abang Aiman,” ucap Husna sambil tersengih seperti kerang busuk.

“Sama-sama. Husna, abang nak tanya sikit boleh? Sikit je,” ujar Aiman sambil memandang Husna.

“Abang nak tanya apa?,” soal Husna sambil memandang Aiman.

“Husna tahu tak kak Hana nak jumpa siapa hujung minggu ni?,” soal Aiman sambil memandang Husna. Aqief turut memandang Husna. Tak mungkin Husna boleh tahu. Kalau Husna tahu, bagaimana caranya? Biar betul Aiman ni. Aqief berteka-teki di dalam hatinya.

“Oh pasal tu. Tahu,” balas Husna menyombong diri. Aiman dan Aqief saling berpandangan sambil tersenyum. BINGO! Jadi mereka tak payah nak berteka-teki lagi. Betul kata Aiman. Husna tahu segalanya.

“Kalau tahu, kak Hana nak jumpa siapa hujung minggu ni?,” soal Aiman lagi. Husna tersenyum sambil menunjukkan dua batang jarinya itu kepada Aiman. Aiman menjeling Aqief tatkala memandang isyarat yang diberikan oleh Husna.

“Apa tu?,” soal Aqief sambil memandang isyarat yang diberikan oleh Husna itu.

“Pengeras,” bisik Aiman di telinga Aqief.

“Pengeras? Amboi, budak kecil ni pandai main pengeras pula,” bisik Aqief pula.

“Biasalah, budak zaman sekarang,” bisik Aiman pula.

“Eh hehehe, 20 sen je kan,” tanya Aqief kepada Husna sambil tersengih tawar. Aiman yang berada di sebelah Aqief menepuk dahinya.

“Bukan 20 sen, tapi dua ringgit,” bisik Aiman pula.

“Amboi mahalnya pengeras,” bisik Aqief pula. Husna yang dari tadi melihat mereka berdua asyik berbisik mengerutkan dahinya.

“Abang Aiman, Abang Aqief. Husna dengarlah apa yang abang Aiman dengan Abang Aqief bisikkan tu,” ujar Husna sambil memandang tajam mereka berdua. Aiman dan Aqief tersentak lalu memandang Husna sambil tersengih seperti kerang busuk.

Okaylah Husna. Nah dua ringgit. Kak Hana jumpa siapa hujung minggu ni?,” soal Aqief sambil memberi dua ringgit kepada Husna. Husna mengambilnya dengan gembira.

“Kalau abang Aiman dan abang Aqief nak tahu. Kak Hana nak jumpa dengan abang Farish hujung minggu ni,” ujar Husna dengan yakin. Aiman dan Aqief saling berpandangan antara satu sama lain. Jadi betullah sangkaan mereka berdua. Hana akan berjumpa dengan Farish hujung minggu ini. Tapi adakah betul apa yang Husna katakan itu?

“Macam mana Husna tahu?,” soal Aiman pula.

“Husna dengar kak Hana cakap dekat telefon masa semalam. Husna dengar abang Farish nak jumpa kak Hana hujung minggu ni,” balas Husna lagi. Aiman memandang Aqief. Mereka berdua bermain dengan teka-teki lagi sekali di dalam kotak fikiran mereka. Buat apa Hana nak jumpa Farish lagi? Apa yang Farish nak? Bukan mereka dah break up ke? pelbagai soalan terus terjah-menerjah ke dalam kotak fikiran mereka berdua.

Okaylah abang Aiman, abang Aqief. Husna balik dulu. Nanti nenek dengan akak marah pula. Selamat malam!,” ujar Husna lalu berlalu meninggalkan mereka berdua yang dalam keadaan terpinga-pinga.

“Aiman, apa kata kita ikut dia jumpa Farish,” ajak Aqief. Aiman memandang Aqief dengan mata redupnya itu. Ya, Aiman baru ingin menyuarakan hasrat sebegitu.

Okay, kita follow dia. Tapi jangan sampai dia tahu. Kalau tak, mati kita,” balas Aiman pula. Aqief hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Ingin saja mereka berdua tahu apakah sebab Hana mahu berjumpa Farish lagi. Soalan itu sentiasa berlegar-legar di ruang fikiran mereka sehinggalah mereka menemui jawapannya.

Previous: BAB 12
Next: BAB 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.