Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,832
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 19

Malam itu seperti biasa, Aiman duduk di halaman rumah sambil bermain dengan gitar kesayangannya. Aiman ingin belajar lagu baru. Asyik lagu ‘Season in the Sun’ je, Aiman ingin belajar lagu lain juga. Sudah bertahun Aiman bermain lagu itu. Sampai Hana pun dah naik menyampah dengar lagu itu, fikirnya. Aiman mencari-cari chord lagu baru yang ingin dibelajarnya. Sedang Aiman khusyuk memetik gitarnya, tiba-tiba kelihatan Aqief sedang berjalan menuju ke arah Aiman. Aqief sampai di tempat Aiman duduk sambil kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Aiman yang tersentak dengan kedatangan Aqief memandang ke arah rakannya itu.

Yo bro, duduklah. Apesal berdiri je. Sejak akhir-akhir ni, rajin kau datang sini. Kau rindu aku ke?,” seloroh Aiman sambil memandang rakannya itu. Aqief memandang Aiman sambil tersenyum tawar dan melabuhkan punggungnya di hadapan Aiman.

“Belajar main lagu baru ke?,” soal Aqief sambil memandang Aiman. Kelihatan Aiman sedang memetik gitarnya.

Yep, aku tengah belajar nak main lagu baru ni. Baru starting,” ujar Aiman sambil memetik gitar kesayangannya itu.

“Oh, lagu apa kau belajar main tu?,” soal Aqief lagi.

Secret. Nanti bila aku dah habis belajar lagu ni, baru aku beritahu kau. Mana gitar kau?,” soal Aiman sambil memandang Aqief yang datang hanya dengan tangan kosong.

“Ada dekat rumah. Malas bawa. Aku saja datang, ambil angin,” balas Aqief sambil memandang langit malam.

“Ye ke saja ambil angin malam. Qief, apesal kau pagi tadi? Aku tengok angin semacam je kau,” ujar Aiman sambil memandang Aqief dengan mata redupnya itu. Aqief memandang Aiman dengan muka dinginnya. Aiman tersentak tatkala Aqief memandangnya sebegitu.

Bro, apesal kau pandang aku dengan muka arrogant kau tu? aku ada buat salah ke?,” tanya Aiman agak bergetar.

“Kenapa? Kau takut ke tengok muka aku macam ni. Bukan dulu kau selalu hadap muka aku yang macam ni ke?,” soal Aqief sambil memandang tajam muka Aiman.

“Memanglah selalu. Itupun time nak exam je. Time nak exam je, muka kau mesti arrogant. Tapi sekarang bukan ada exam pun. Kau stress apa?,” soal Aiman sambil mengerutkan mukanya yang comel itu.

“Hahaha, tak adalah. Kau abaikan je. Aku kadang-kadang memang macam ni. Bro, aku dengar Imla nak kena langgar dengan kereta. Betul ke?,” ujar Aqief sambil memandang muka Aiman.

“Oh, pasal tu…,”

“Assalammualaikum,” Hana dengan tiba-tiba memberi salam. Aqief dan Aiman yang terkejut dengan kehadiran Hana memandang Hana dengan serentak. Kelihatan Hana membawa sesuatu untuk mereka berdua.

“Waalaikummussalam,” jawab Aiman dengan Aqief serentak.

“Na, kau suka datang mengejut ke? tiba-tiba je muncul. Nasib baik kau bagi salam tau. Kalau tak, aku ingat kau ni Cik Ponti. Baru nak cabut lari tadi,” seloroh Aiman sambil memandang Hana. Hana menjeling Aiman sambil melabuhkan punggungnya di antara Aiman dan Aqief. Seperti biasa.

“Kau ni Aiman, asyik samakan aku dengan Cik Ponti je. Betul-betul kau jumpa Cik Ponti baru tahu. Ni aku bawakan kek gula hangus untuk korang. Makanlah,” ujar Hana lalu meletakkan kek gula hangus tersebut di atas meja.

“Wahh, kek gula hanguslah. Kau buat ke Hana. Sedap ni,” ujar Aiman lalu mengambil kek tersebut dan menyumbatnya ke dalam mulutnya.

“Kau ni, tak senonoh betul perangai. Bacalah doa dulu. Main ambil je,” marah Hana sambil menepuk lengan Aiman.

“Kata untuk kitaorang, aku makanlah. Takkan kek ni untuk perhiasan. Tengok je, tak makan,” jawab Aiman sambil mengambil lagi sepotong kek di atas meja itu. Hana berdecit sambil memukul tangan Aiman itu. Aiman tidak pedulikan tindakan Hana itu dan terus menyumbat kek tersebut ke dalam mulutnya. Aqief yang dari tadi hanya melihat sahaja kelakuan mereka berdua.

“Qief, kau tak nak ke?,” soal Hana sambil memandang Aqief.

“Aqief tu nak tunggu orang suapkan tu. Meh sini aku suapkan kau!,” ujar Aiman lalu mengambil kek tersebut dan menyuakan ke arah mulut Aqief. Aqief yang terkejut dengan tindakan Aiman itu mengambil kek yang berada di tangan Aiman lalu disumbatnya ke dalam mulutnya. Kelihatan Hana dan Aiman ketawa kecil melihat tindakan Aqief itu.

“Hahaha, comellah Aqief,” seloroh Hana sambil ketawa. Aiman yang berada di sebelah Hana terhenti dari ketawa dan memandang Hana. Manakala Aqief hanya menundukkan mukanya sambil cuba menelan kek yang penuh di dalam mulutnya itu.

“Aqief je ke yang comel. Aku tak comel?,” soal Aiman selamba. Padahal soalan itu soalan perangkap bagi Hana. Hana memandang Aiman dengan pandangan yang selamba.

“Kenapa? Kau pun nak comel juga? Ye, Aiman. Kau comel. Sebab tu ramai perempuan terkejar-kejar dekat kau,” ujar Hana lalu mengambil kek yang berada di hadapannya itu dan menyumbat ke dalam mulutnya. Aiman yang berada di sebelah Hana hanya mengeluh kecil. Nampak macam tidak ikhlas je bunyinya.

Haa, Aiman. Aku dengar cerita kau selamatkan Imla dari dilanggar kereta. Betul ke? aku tak sempat tanya kau tadi. Kerja banyak,” soal Hana sambil mulutnya mengunyah kek yang berada di tangannya itu. Aqief yang berada di situ memandang Aiman untuk mendapatkan kepastian. Itulah soalan yang ditanya tadi dan tidak sempat Aiman utnuk menjawabnya.

“Oh, pasal tu. Aku cuba tolong Imla tadi. Nasib baik dia tak ada apa-apa. Aku tengok kereta tu laju semacam je. Yang si Imla melintas terkedek-kedek. Aku pun cubalah jadi superman untuk selamatkan dia,” cerita Aiman dengan terujanya.

“Wow, jadi superherolah ni. Selamatkan heroin?,” ujar Hana selamba sambil tersebyum sinis ke arah Aiman.

“Eh, tu bukan heroinlah. Itu mangsa keadaan. Lain tu,” balas Aiman menafikan apa yang diperkata oleh Hana.

“Eleh, mangsa keadaan konon. Kira macam heroinlah. Macam cerita-cerita superhero tu,” usik Hana lagi. Aqief yang melihat telatah mereka berdua hanya tersenyum dingin sambil menyuakan kek ke dalam mulutnya.

“Eh, betullah aku cakap. Tu bukan heroin. Tu mangsa keadaan je. Mengarut je kau ni. Banyak sangat tengok cerita kartun,” balas Aiman menegakkan kebenaran.

“Apa kena-mengena dengan cerita kartun. Suka hatu akulah nak tengok cerita kartun ke tak. Bukan susahkan kau pun,” balas Hana sambil menjeling Aiman.

“Siapa kata tak menyusahkan. Menyusahkan tau. Mengarut je sepanjang masa. Pening tau kepala aku,”

“Siapa suruh kau pening. Aku tak suruh kau pening pun. Jangan ambil pusing apa aku cakap sudahlah,” balas Hana tidak mahu mengalah.

“Eh, perempuan ni. Nasib baiklah kau kawan aku. Kalau tak, aku dah cekik-cekik dah kau ni. Eh, Aqief. Syok kau makan kek tu. Tolonglah back up aku sekali-sekala,” ujar Aiman sambil memandang Aqief yang sedang khusyuk menikmati kek yang berada di dalam mulutnya itu. Sambil itu, kelihatan Hana hanya mencebikkan mukanya sahaja. Aqief hampir tersedak tatkala Aiman menegur dirinya. Aqief terbatuk sedikit lalu menutup mulutnya sambil matanya memandang Aiman.

“Aku malas nak masuk campur. No komen,” ujar Aqief selamba dan sambung menikmati kek yang berada di tangannya itu.

“Ceh, tak boleh pakai punya kawan,” ujar Aiman sambil mencebikkan mukanya. Hana pula hanya membuat muka selambanya sambil menikmati kek yang berada di tangannya itu.

“Eh, esok korang pergi mana-mana tak? Esok kan kita cuti,” soal Aqief tiba-tiba. Hana dan Aiman memandang Aqief dan kemudian menggelengkan kepala mereka dengan serentak.

“Kita pergi cinema nak? Ada cerita baru,” ajak Aqief sambil memandang kedua-dua rakannya itu. Hana dan Aiman tercengang tatkala mendengar Aqief berkata demikian. Cinema? Tak pernah-pernah Aqief mengajak mereka pergi tengok wayang. Pelik ni.

“Kau demam ke Qief?,” soal Aiman tercengang. Aqief mengerutkan dahinya sambil menggeleng-geleng kepalanya itu.

“Tiba-tiba ajak kitaorang pergi tengok wayang, macam pelik je,” ujar Aiman pelik.

“Kau salah makan ke Aqief?,” tanya Hana pula. Aqief tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepalanya lagi. Hana dan Aiman saling berpandangan. Aqief yang berada di hadapannya kini adalah Aqief yang berlainan daripada Aqief yang mereka kenali dulu. Aqief yang mereka kenali dulu usahkan keluar tengok wayang, nak keluar rumah pun tak nak. Oleh sebab itu mereka berdua agak terkejut dengan kata-kata Aqief itu.

“Kenapa? Korang pelik ke? jangan peliklah. Itu Aqief zaman kanak-kanak korang kenal. Sekarang, Aqief versi dewasa. So, macam mana? nak tak? Eh, kita pergi Legoland bila?,” ujar Aqief sambil memandang Hana dan Aiman.

“Minggu depan. Kenapa?,” ujar Hana.

“Tak ada. Saja tanya. Aku lupa bila tarikh pergi sana. Macam mana? setuju tak kita keluar tengok wayang esok? Dah lama kita tak keluar sama-sama kan,” soal Aqief lagi sambil memandang kedua orang rakannya itu. Hana memandang Aiman, begitu juga Aiman.

Okay, aku boleh je. Tak tahulah kawan kita yang sorang lagi ni. Dia kan selalu busy dengan girlfie-girlfie dia kalau time cuti ni,” ujar Hana sambil menjeling ke arah Aiman. Aiman berdecit sambil memandang Hana.

“Siapa cakap aku busy? Aku okay je. Pukul berapa esok? Naik satu kereta ke?,” soal Aiman menunjukkan minatnya itu.

“Pukul berapa ikut koranglah. Aku okay je. Naik satu kereta jelah. Jimat,” ujar Aqief pula.

“Apa kata kita pergi pukul 10 pagi esok. Kita naik kereta aku. Korang belum pernah naik kereta aku kan,” cadang Hana tersenyum sambil memandang Aiman dan Aqief. Kelihatan Aiman dan Aqief mendiamkan diri sambil berfikir sesuatu.

“Boleh tak?,” soal Hana lagi. Aqief dan Aiman memandang Hana sambil tersenyum.

“Boleh je,” ujar Aqief dan Aiman serentak sambil tersenyum memandang Hana. Hana memandang mereka berdua sambil tersenyum gembira. Gembira tatkala cadangannya itu diterima oleh dua orang kawan baiknya itu.

“Tapi esok kau pakai cantik-cantik tau,” ujar Aiman tiba-tiba. Hana dengan peliknya memandang Aiman yang berada di sebelahnya itu.

“Kenapa pula?,” soal Hana pelik.

“Yelah, supaya kitaorang tak malu jalan dengan kau,” seloroh Aiman dengan selamba. Hana mengetapkan giginya lalu mencubit bahu Aiman. Geram benar dia dengan perangai Aiman itu.

“Aduh, sakitlah Hana. Kau ni macam ketamlah. Suka cubit orang,” jerit Aiman sambil menggosok-gosok bahunya itu.

“Tulah kau. Mulut tu jaga sikit,” ujar Hana geram. Aqief yang melihat telatah mereka berdua hanya tersenyum sahaja.

“Kau pakai apa-apa pun tetap cantik Hana,” puji Aqief tiba-tiba. Hana terkesima tatkala mendengar kata-kata Aqief itu. Aiman pula hanya mendiamkan diri sambil memandang gitar kesayangannya itu. Manakala Aqief pula hanya menundukkan mukanya tatkala mengucap kata-kata tersebut.

“Eh, korang ingat tak masa dulu, time kita masih bersekolah dulu. Kita ada borak pasal pasangan idaman. Korang ingat lagi tak?,” ujar Hana tiba-tiba memecahkan keheningan antara mereka bertiga. Aiman menelan air liurnya lalu memandang Hana sambil cuba tersenyum manakala Aqief hanya memandang Hana dengan pandangan yang biasa.

“Ingat. Kau suka lelaki yang comel, romantik, menghargai. Kan,” ujar Aiman sambil memandang Hana sambil tersenyum. Tersenyum terpaksa. Hana memandang Aiman sambil mengeluh kecil.

“Hmm, betullah tu. Tapi tak sangka pula kau masih ingat,” ujar Hana sambil memandang rendah Aiman.

“Mestilah ingat. Memori aku tak macam kau. Aku banyak minum susu. Sebab tu sel-sel otak aku sentiasa berhubung,” seloroh Aiman lagi bagi membuatkan suasana kembali seperti sediakala.

“Eleh, memori aku pun kuatlah. Kau pula suka dekat perempuan yang matang, sofistikated, seksi, cantik. Macam model gitu. Permintaan tinggi betul kau ni,” balas Hana yang tidak mahu mengalah dengan Aiman.

“Eh, ingat pula kau. Benda-benda macam ni kau ingat. Benda lain kau tak ingat. Aqief pula. Macam mana perempuan idaman Aqief?,” soal Aiman sambil memandang Hana dengan senyuman sinis. Aqief? Alamak Hana tak ingat. Setahu Hana, Aqief tidak pernah menceritakan perihal wanita idamannya itu. Hana terkulat-kulat sambil memandang Aiman.

“Hehe, kau kata memori kau lagi kuat dari aku kan. Apa kata kau beritahu je macam mana wanita idaman Aqief tu,” ujar Hana memerangkap Aiman pula. Aqief hanya memandang mereka berdua tanpa berkata apa-apa. Aiman menggaru kepalanya yang tidak gatal lalu merapatkan kepalanya ke kepala Hana.

“Aqief pernah beritahu kita ke pasal wanita idaman dia? Masa tu kan Aqief sibuk belajar. Mana dia dengar kita borak pasal tu. Yang beritahu pasangan idaman kan kau dengan aku je. Aqief tak masuk campur,” bisik Aiman di telinga Hana. Hana mengangguk sambil mulutnya ternganga sedikit.

“Ish, betullah. Aqief mana ada beritahu kita pasal tu,” bisik Hana pula.

“Kan,” bisik Aiman lagi. Kelihatan Aqief bangun dari duduknya. Hana dan Aiman memandang Aqief dengan pelik.

“Aku balik dulu. Ada kerja belum nak settle,” ujar Aqief tersenyum nipis sambil memandang mereka berdua. Sambil itu kedua tangannya masuk ke dalam poket seluar tracknya.

Okay, selamat malam Aqief,” jawab Hana kaku. Manakala Aiman pula hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Aqief tersenyum memandang Aiman dan Hana dan berlalu meninggalkan mereka berdua.

“Kerja apa yang dia buat malam-malam?,” soal Aiman. Hana hanya menaikkan bahunya sahaja tanda tidak tahu. Mereka berdua memandang Aqief sehingga hilang bayangan Aqief. Entah apa difikiran Aqief. Memang dari dulu Aqief begitu. Sekejap dingin, sekejap okay. Hanya Hana dan Aiman saja yang terlalu masak dengan perangai Aqief.

Sementara itu di rumah banglo Imla pula, kelihatan Imla tidak dapat melelapka matanya itu. Imla mendengus kecil sambil memandang syiling biliknya. Fikirannya kini hanya memikirkan tentang kejadian pagi tadi. Entah kenapa dia rasa lain macam dengan tindakan Aiman itu. Takkan disebabkan oleh perasaan terkejutnya. Sampai sekarang perasaan itu masih ada lagi. Imla rasa sesak bila terfikirkan perasaannya itu. Di mata Imla kini hanya ada bayangan Aiman. Kenapa dia tidak perasan bahawa Aiman sangat kacak sebenarnya. Tak, Aiman tak kacak tetapi manis dan comel. Mungkin itu tarikan Aiman. Sebab itu ramai wanita minat akan dia. Takkan termasuk dirinya sekali minat dekat Aiman. Tak mungkin. Dengan perangai Aiman yang teruk itu, tak mungkin Imla juga suka dekat Aiman. Imla tidak tahu kenapa perasaannya menjadi tidak tentu arah. Adakah ini dinamakan cinta? Tak mungkin! Imla mengambil bantal yang berada di sebelahnya lalu ditekupkan ke mukanya. Dia harap-harap bayangan Aiman hilang secepatnya supaya dia boleh melupakan perasaannya itu. Dan supaya dia dapat tidur dengan lena selepas ini. Imla menarik nafas panjang lalu cuba melelapkan matanya.

Previous: BAB 18
Next: BAB 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.