Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,785
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 21

Hana kelihatan gembira hari ini. Mungkin di sebabkan mood percutian semalam masih ada lagi. Malam tadi mereka balik agak lewat juga. Selepas membersihkan diri dan menunaikan kewajiban, masing-masing terus masuk tidur tanpa berfikir apa-apa lagi. Mungkin terlalu penat bersiar-siar semalam. Pada waktu ini, mereka sedang mengadakan mesyuarat berkenaan dengan percutian mereka ke Legoland. Aqief tidak dapat menghadiri mesyuarat tersebut di sebabkan terpaksa menyelesaikan sesuatu urusan di luar kawasan. Di dalam mesyuarat tersebut kelihatan Ezreen seperti biasa, masih dengan sikap tergedik-gedik dia walaupun Aqief tiada di situ. Hana hanya memandang Ezreen sambil mencebikkan mukanya. Menyampah rasanya tatkala melihat muka Ezreen yang berada di hadapannya itu. Begitu juga Ezreen. Dia turut rasa menyampah tatkala memandang muka Hana. Mereka berdua bukannya fokus mengenai agenda-agenda yang diutarakan di dalam mesyuarat tersebut. Tetapi saling berlawan pandang- memandang. Kalau boleh dilihat dengan mata kasar, mesti dapat dilihat aura-aura gela menyelubungi mereka berdua. Hanya mereka berdua sahaja. Kelihatan Aiman menyinggul lengan Hana. Hana memandang Aiman sambil mengerutkan keningnya. Aiman memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah Encik Iqbal.

“Hana, awak dengar tak saya panggil awak?,” soal Encik Iqbal sambil memandang Hana dengan mukanya yang serius itu. Hana gugup seketika sambil matanya memandang Encik Iqbal.

“Y..Ye Encik Iqbal. Saya dengar,” ujar Hana dengan sopan. Aiman yang berada di sebelah Hana hanya memandang Hana dengan pandangan yang sinis. ‘Ye ke dengar, tadi punyalah jauh berangan sampai Encik Iqbal panggil berkali-kali tak nyahut,’ desis Aiman di dalam hati.

“Saya tanya awak ni, boleh tak kalau surat perbincangan ini beri kepada Aqief. Rumah dia sebelah rumah awak kan?,” soal Encik Iqbal sambil memandang Hana dengan pandangan yang tajam. Hana terpinga-pinga sambil membalas pandangan Encik Iqbal.

“B..boleh Encik Iqbal,” jawab Hana pendek.

“Encik Iqbal, why not kalau Encik bagi surat tu pada I je. Mana tahu Aqief masuk sekejap lagi. So, I boleh terus beri je,” sampuk Ezreen secara tiba-tiba. Hana memandang Ezreen dengan pandangan yang marah. ‘Menyibuk saja ulat bulu ni,” desis hati Hana marah.

“Tapi Ezreen, Aqief selesaikan urusan di luar kawasan. Mungkin dia terus balik rumah dan tak singgah ke pejabat lagi. Surat ini perlu segera sampai di tangan dia,” ujar Encik Iqbal sambil memandang Ezreen. Kelihatan air muka Ezreen berubah manakala Hana pula hanya tersenyum sinis.

“Tak apalah encik. Saya boleh berikan kepada dia. Encik jangan risau,” ujar Hana sambil memandang Encik Iqbal.

“Baiklah Hana, saya percayakan awak. Tolong sampaikan kepada dia ye,” ujar Encik Iqbal lalu memberi surat tersebut kepada Hana. Hana mengambilnya sambil menghadiahkan sebuah senyuman kepada Encik Iqbal. Kelihatan Ezreen hanya memasamkan mukanya sahaja. Geram tatkala melihat tingkah-laku Hana. Hana perasan akan perubahan air muka Ezreen itu lalu menghadiahkan sebuah senyuman yang sinis kepada Ezreen. ‘Padan muka kau si ulat bulu. Tulah, nak menggedik lagi dengan kawan aku,’ desis hati Hana.

“Okay, kalau tak ada apa-apa lagi, kita tamatkan mesyuarat kali ini. Semua boleh kembali dengan tugas masing-masing. Terima kasih,” ujar Encik Iqbal menamatkan mesyuarat. Masing-masing menurut arahan Encik Iqbal lalu berlalu meninggalkan bilik mesyuarat tersebut untuk menyambung tugasan mereka.

“Hana!,” panggil Aiman tiba-tiba. Hana yang mendengar panggilan Aiman itu lantas menghentikan langkahnya.

“Kenapa?,” soal Hana sambil memandang Aiman.

“Bagi surat tadi pada aku. Biar aku je yang bagi pada Aqief,” arah Aiman sambil cuba mengambil surat yang berada di tangan Hana.

“Kenapa pula? Biarlah aku je yang bagi dekat dia. Encik Iqbal dah amanahkan aku untuk bagi benda ni pada Aqief. Yang kau sibuk-sibuk kenapa?,” ujar Hana sambil menepis tangan Aiman.

“Kau tu perempuan, takkan nak bagi benda ni dekat Aqief malam-malam? Tak eloklah perempuan datang rumah lelaki malam-malam,” ujar Aiman memberikan alasan.

“Apa kau merepek ni. Aku datang rumah kau okay je. Tak ada kau merepek macam ni. Lagipun Aqief tinggal dengan parents dia kan. Mestilah nanti aku suruh Cik Imah sampaikan surat ni pada Aqief,” balas Hana. Kelihatan Aiman terdiam tatkala mendengar kata-kata Hana. Ada benarnya juga kata-kata Hana itu. Buat apa dia nak risau pasal itu. Aqief kan tinggal bersama dengan kedua-dua orang tuanya. Jadi tak ada sebab kalau Aiman nak risau pasal itu lagi.

“Suka hati kaulah. Bagus juga. Tak adalah aku penat-penat nak datang rumah Aqief semata-mata nak bagi benda ni. Dahlah, aku masuk kerja dulu,” ujar Aiman lalu berlalu meninggalkan Hana. Hana yang terpinga-pinga itu memandang Aiman dengan muka yang pelik.

“Dah kenapa dengan si Aiman ni? salah makan ke?,” ujar Hana sendirian. Hana melihat surat yang berada di tangannya itu lalu mengeluh kecil. Kemudian Hana memulakan langkahnya semula menuju ke lobi.

Sesampainya Hana di meja reception, kelihatan Aiman sedang sibuk menguruskan dokumen-dokumen di atas mejanya. Hana kembali ke tempatnya lalu menyimpan surat Aqief ke dalam beg tangannya. Sedang Hana membuka dokumen di komputernya, tiba-tiba Ezreen datang ke tempat Hana dalam keadaan marah.

“Hana!,” panggil Ezreen dengan nada yang marah. Hana terkejut lalu memandang Ezreen yang berada di hadapannya itu.

“Ye ulat bulu. Nak apa. Aku sibuk ni,” ujar Hana lalu menyelak helaian kertas di dalam fail.

Please don’t call me‘ulat bulu’. Nama I Ezreen. Ezreen Nafishah,” tegur Ezreen sambil memandang Hana dengan pandangan yang tajam.

“Oh, sedap juga nama ulat bulu ni. Tapi aku lebih suka panggil kau ulat bulu. Sesuai sangat. Kau nak apa datang sini?,” balas Hana sambil membalas pandangan Ezreen.

“Kenapa you sibuk-sibuk nak beri surat tu pada Aqief. I pembantu dia. I boleh beri pada dia. Even I terpaksa datang rumah dia. You sibuk sangat kenapa?,” soal Ezreen sambil mengecilkan matanya itu. Hana mengeluh kecil lalu memandang Ezreen semula.

“Pasal tu ke? kau tak dengar ke Encik Iqbal yang suruh aku beri surat tu pada Aqief. Kau tu yang sibuk-sibuk nak bagi kenapa? Tugas kau setakat di office je tau. Bukan sampai di luar office. Jangan nak menggedik sangat dengan Aqief,” ujar Hana sambil membesarkan matanya itu.

“Woi-woi! Apesal gaduh-gaduh ni. Gadis secantik cik Ezreen ni takkan nak bergaduh dengan minah senteng ni. Tak de classlah kan. Wahai cik Ezreen yang cantik rupawan. Bolehkah cik sambung kerja cik. Kami banyak sangat kerja nak siapkan ni. Terima kasih,” Aiman dengan tiba-tiba menyampuk pertelingkahan mereka. Hana yang terkejut dengan kata-kata Aiman hanya membesarkan matanya ke arah Aiman.

“Sibuk betul!,” ujar Hana separuh berbisik. Aiman menjeling Hana kemudian dia cuba menghadiahkan sebuah senyuman kepada Ezreen.

“Kawan you sendiri pun panggil you minah senteng. Kesian,” ujar Ezreen sambil tersenyum sinis memandang Hana kemudian dia berlalu meninggalkan Hana yang berada dalam keadaan marah itu. Hana cuba memukul Ezreen tetapi di halang oleh Aiman. Hana menarik tangannya sambil mendengus kasar.

“Semua ni pasal kaulah! Tengok tu dia peril aku,” ujar Hana sambil mengerutkan keningnya memandang Ezreen yang sudah hilang bayangannya.

“Salah aku pula. Kau nak timbulkan kekecohan lagi ke. Hari tu tak cukup? Kau nak Encik Iqbal tahu ke? kau nak kita terus cuti selama-lamanya?,” soal Aiman kepada Hana berkali-kali. Biar Hana sedar apa akan berlaku sekiranya dia masih ingin menimbulkan kekecohan di situ. Hana hanya mengeluh kasar sambil menjeling Aiman. Ada benarnya juga kata-kata Aiman itu. Hana tidak mahu cuti selama-lamanya. Dia nak kerja apa nanti. Dahlah zaman sekarang susah nak cari kerja. Hana mengeluh kecil lalu memandang kosong komputer di hadapannya itu. Kalau dia jumpa Ezreen di luar nanti, siaplah si ulat bulu itu Hana kerjakan. Hana betul-betul geram dengan perangai Ezreen itu. Suka sangat cari pasal. Ingin sahaja Hana menumbuknya. Hana hanya mengetap giginya menahan marah. ‘Sabar Hana, sabar,’ desis hatinya berkali-kali.

Malam itu kelihatan Aqief sedang duduk keseorangan di halaman rumah Aiman dengan gitar kesayangannya itu. Sesekali kedengaran Aqief memetik gitarnya itu. Hana yang baru keluar dari rumahnya itu terkejut tatkala melihat Aqief sedang duduk keseorangan di halaman rumah Aiman. Baru sahaja Hana ingin pergi ke rumah Aqief untuk memberi surat yang diamanahkan kepada dirinya. Hana mencari-cari Aiman. Aiman tiada di situ. ‘Mana perginya Aiman? selalu ada. Ni Aqief sorang je yang duduk dekat situ,’ desis hati Hana sambil mengerutkan keningnya itu. Hana menyarung seliparnya lalu mengatur langkah menuju ke arah Aqief. Surat Aqief digenggam erat.

“Assalammualaikum Aqief. Sorang nampak. Mana Aiman?,” tegur Hana tiba-tiba. Aqief tersentak dengan teguran Hana itu lalu memandang ke arah Hana.

“Waalaikummussalam. Hana, duduklah. Aiman dia pergi kedai kejap. Mak dia suruh beli santan,” ujar Aqief sambil tersenyum memandang Hana.

“Santan? Malam-malam kedai santan buka ke?,” ujar Hana pelik.

“Tak tahulah. Katanya, Mak Icah cakap selagi tak jumpa santan jangan balik. Tu yang dia pergi cari. Tak tahulah jumpa ke tak. Aku nak ikut dia tak bagi. Dia suruh tunggu je dekat sini,” terang Aqief sambil memandang Hana. Hana menganggukkan kepalanya sambil memuncungkan mulutnya.

“Oh, macam tu. Kesian juga si Aiman tu. Kena buli dengan mak sendiri. Hehe, biarlah dia. Ni Aqief, sebenarnya aku nak bagi surat ni dekat kau. Encik Iqbal suruh aku bagi dekat kau. Baru tadi nak pergi rumah kau, tengok-tengok kau dah ada dekat sini. So, nah ambil ni,” ujar Hana lalu memberi surat tersebut kepada Aqief.

Thanks Hana,” ucap Aqief tersenyum sambil mengambil surat tersebut. Hana turut membalas senyuman Aqief. Sungguh manis senyuman Aqief. Sehinggakan Hana tertarik tatkala melihatnya.

“Kau tengah main lagu apa tu?,” soal Hana sambil melihat Aqief sedang khusyuk memetik gitarnya.

“Aku baru nak belajar main lagu ni. Macam susah sikit,” ujar Aqief sambil memandang Hana dengan senyuman yang manis. Hana terkesima sebentar tatkala melihat senyuman manis Aqief itu. Kedua-dua pipinya kelihatan merah. ‘Sudah-sudahlah Aqief senyum dekat aku. Aku boleh jadi angau terbayang senyuman kau ni,’ bisik hati Hana lagi.

“Ohh,” hanya itulah kata-kata yang dapat Hana ungkapkan. Entah kenapa tiba-tiba perasaannya lain benar apabila berduaan dengan Aqief. Rasa sesak nafas, berpeluh, tak senang duduk jadinya. Hana seperti tidak keruan dibuatnya. Kalaulah Aiman ada, tak adalah perasaan dia jadi macam ini.

“Hana,” panggil Aqief lembut. Hana tersentak lalu memandang wajah Aqief yang tampan itu.

“Ye?,” jawab Hana. Kelihatan Aqief menghembuskan nafasnya dengan perlahan. Kemudian dia menatap wajah Hana sedalam-dalamnya. Hana yang terkejut dengan tindakan Aqief itu hanya mampu memandang wajah Aqief sambil menelan air liurnya. Hana tak mampu nak mengalihkan pandangannya daripada Aqief. Tiba-tiba rasa kaku. Seperti badannya telah disimen. ‘Kenapa badan? Kenapa kau tak boleh bergerak ni?,’ desis Hana sambil mengerutkan keningnya. Entah macam mana matanya tertaut dengan mata Aqief yang agak runcing itu. Zzrrtt! Seperti terkena renjatan elektrik. Renjatan tersebut terus mengalir ke jantung Hana dan dengan serta-merta jantung Hana berdegup dengan kencang. Sekencang yang boleh. Tiba-tiba Hana terasa seperti sesak nafas. Apakah perasaan ini?! Jerit hatinya.

Aqief meletakkan gitarnya di sisi. Kemudian dia memandang mata Hana sedalam-dalam yang mungkin. Hana menelan air liurnya lagi sekali tatkala memandang mata Aqief. Degupan jantungnya jangan cakaplah, dah seperti kereta api bunyinya. Dah sampai tahap high pressure. Boleh mati macam ni.

“Hana,” panggil Aqief lembut. Kelihatan ada segaris senyuman di bibir merahnya. Dush!! Ni Hana kalah. Kalah dengan senyuman maut Aqief. Seperti ingin membunuhnya. ‘Cepatlah Aqief. Apa kau nak cakap ni? jangan seksa aku!,’ jerit hati Hana lagi. Hana hanya memandang Aqief sambil menunggu kata-kata seterusnya.

I’m in love,” ujar Aqief lagi. Kali ini jelas kelihatan kedua-dua pipi Aqief berubah menjadi merah. Aqief tersenyum manis sambil menundukkan mukanya itu. Malu memandang Hana. Hana terkejut dengan kata-kata Aqief itu membeliakkan matanya. ‘In love? Dengan siapa? Dengan aku ke?,’ bisik hati Hana yang tidak keruan itu.

“Aku tak tahu macam mana nak luahkan. Tapi aku rasa aku suka dekat orang tu,” sambung Aqief lagi. Kali ini Aqief hanya menundukkan wajahnya sahaja. ‘Orang tu. Siapa? Aqief dah jatuh cinta dekat someone ke?,’ desis Hana pelik. Sambil itu hatinya berteka-teki.

“Aku tak tahu macam mana perasaan ini boleh muncul. Tiba-tiba je. Aku suka personaliti dia, sikap dia. Entah macam mana nak gambarkan perasaan tu. Tiba-tiba rasa tak keruan bila tak contact dia satu hari. Setiap hari asyik terbayangkan dia je. Aku tak tahu macam mana nak cakap. Kau kan pernah bercinta. Mesti kau tahu perasaan itu,” ujar Aqief sambil memandang Hana. Hana tersentak sambil membalas pandangan Aqief itu.

“Kalau boleh aku tahu. Siapa orang tu?,” tanya Hana. Seperti ada getaran di hujung kata-katanya itu. Aqief menundukkan mukanya sambil tersenyum.

“Betul kau nak tahu nama dia?,” soal Aqief sambil memandang Hana. Hana mengetapkan bibirnya sambil menganggukkan kepalanya. Aqief menarik nafas panjang sambil memandang jalan raya di hadapannya itu.

“Zulaikha Wardah,” ujar Aqief sambil tersenyum manis. Seperti empunya nama itu ada di hadapannya. Dengan serta-merta hati Hana hancur berkecai. Jatuh terhempas bagaikan kaca. Seperti ada berjuta pedang samurai menusuk hatinya itu. Hana menelan air liur bagi menyembunyikan perasaannya yang remuk itu. Sungguh malu Hana ketika itu. Kenapa dia boleh terfikir yang Aqief boleh jatuh cinta dengan dirinya. Mengarut! Hana-Hana. Hana malu dengan dirinya sendiri. Perasan sungguh dia.

“S..sedap nama tu. Kawan kau ke?,” soal Hana sedikit bergetar. Aqief memandang Hana dengan senyumannya yang masih di bibir.

“Yep, kawan aku. Masa dekat UK dulu. Tapi sekarang dia still di UK. Dalam beberapa hari ini dia balik sini. Aku tak tahu macam mana nak cakap dekat dia yang aku suka pada dia,” ujar Aqief sambil tersenyum malu. Hana hanya memandang Aqief dengan hati yang hancur.

“Cubalah cakap dekat dia yang kau suka dekat dia. Mana tahu dia pun suka dekat kau juga. Boleh cuba belum tahu kan,” ujar Hana cuba menenangkan hati Aqief yang sedang kemaruk cinta itu. Padahal hatinya sekarang sedang remuk seperti dilanggar kereta api gamaknya.

“Betul juga cakap kau tu. Terima kasih Hana,” ucap Aqief sambil tersenyum manis memandag Hana. Hana cuba untuk membalas senyuman Aqief itu dan mengalih pandangannya daripada memandang Aqief. Kelihatan air mata Hana ingin jatuh ke pipi. Tapi Hana masih menahannya dari jatuh ke pipi. Hana tidak mahu Aqief tahu perasaannya terhadap Aqief. Dari jauh kedengaran bunyi motor Aiman mendekati tempat mereka berdua. Aqief memandang motor Aiman yang sedang memasuki halaman rumahnya itu sementara itu Hana cuba menyeka air matanya dengan jarinya.

“Aku balik dulu. Ada kerja nak buat dekat rumah,” ujar Hana meminta diri. Kedengaran suara Hana bergetar tatkala mengeluarkan kata-kata itu. Aqief memandang Hana dengan muka yang pelik. Hana bangun dan terus mengatur langkah meninggalkan Aqief. Sambil itu kelihatan Hana cuba menarik nafas. Aqief hanya memandang Hana dengan pandangan yang kosong. Manakala Aiman rasa pelik tatkala melihat Hana terus berlalu pergi. Tidak sempat dia menegur Hana. Aiman mengatur langkah menuju ke arah Aqief. Sambil itu, sebungkus santan masih dijinjingnya.

“Kenapa minah tu. Nampak aku terus dia balik,” ujar Aiman kepada Aqief. Sambil itu matanya masih memandang rumah Hana.

“Entah, dia kata ada kerja nak buat,” jawab Aqief sambil memandang Aiman. Aiman hanya menganggukkan kepalanya sahaja. Dia tidak tahu-menahu apa terjadi sebentar tadi.

“Dapat santan tu. Bukan kedai santan banyak dah tutup ke?,” soal Aqief sambil memandang sebungkus santan yang masih dijinjing oleh Aiman.

“Oh, ni. Aku merayulah dekat Pak Abu santan tu suruh bagi aku santan ni. Kalau tak mak aku mengamuk. Membebel jugalah orang tua tu. Tapi nak buat macam mana. Takkan aku nak cari santan satu daerah ni. Mati aku. Eh, kau tunggu kejap. Aku nak bagi santan ni dekat mak aku. Kalau tak mak aku mengamuk nanti,” ujar Aiman lalu terus berlalu meninggalkan Aqief. Aqief hanya tersenyum memandang Aiman. Geli hati rasanya tatkala melihat gelagat Aiman itu. Aqief kemudiannya mengambil gitar yang berada di sisinya lalu memetik gitarnya semula sementara dia menunggu kedatangan Aiman.

Sementara itu, Hana masuk ke dalam rumahnya dengan perasaan sedih yang ditahan-tahan. Nek Yam dan Husna yang kebetulan berada di situ berasa pelik melihat kelakuan Hana itu. Selalunya dia akan menegur Nek Yam dan Husna. Kali ini dia hanya terus berlalu menuju ke biliknya. Nek Yam dan Husna hanya saling berpandangan tanpa berkata apa-apa.

Hana masuk ke dalam biliknya sambil air matanya mengalir ke pipi. Sambil itu dia memegang dadanya. Terasa pedih sangat tatkala mendengar kata-kata Aqief tadi. Hana merebahkan badannya di atas katil. Kemudian dia mengambil bantal dan meniarapkan badannya. Kedengaran juga suara esakkan daripada Hana. Betapa sakitnya hati Hana kini. Sakitnya sampai tak terkata. Itulah Hana, ada lagi perasaan suka dekat Aqief. Inilah padahnya. Sebenarnya, Hana telah lama menyimpan perasaan terhadap Aqief. Sejak dari sekolah lagi. Tapi dia takut untuk meluahkannya kerana dia takut Aqief akan menolaknya. Aqief seorang yang kacak, rajin, bertata-tertib dan pandai. Tak mustahil dia diminati ramai wanita. Sedangkan Hana, memang tidak layak berada di sisi Aqief. Hana kira beruntung dapat menjadi rakan baik kepada Aqief. Hana patut bersyukur untuk itu. Hana menyebamkan mukanya di bantal. Di samping itu, dia masih teringat akan kata-kata Aqief itu. Sungguh pedih mendengarnya.

‘Hana, kenapa kau ni bodoh sangat. Suka dekat kawan baik. Fikiran kotor apa kau ni. Lagipun, buat apa kau nak sedih macam ni sekali. Dia bukan tahu pun kau suka dekat dia. Dan yang paling penting, dia tak sukakan si ulat bulu tu. Kau sebagai kawan baiknya patut rasa gembira dan support dia. Bukan macam ni. Kau kena pasung perasaan ni. Harus! Aqief hanya kawan baik kau je. Kau patut pasung perasaan ini Hana. Kau boleh!,’ bisik hatinya. Dia cuba untuk memberi kata-kata semangat ke atas dirinya. Hana mendongakkan kepalanya lalu mengesat air matanya yang mengalir seperti hujan lebat turun membasahi bumi itu.

Hana kemudiannya bangun dari katilnya lalu keluar dari biliknya itu. Dia kemudian menuju ke bilik airnya. Seperti biasa, Hana mencurahkan cecair pembersih tandas itu lalu mengambil berus yang berada di bilik air tersebut. Seterusnya, Hana menyinsingkan lengannya lalu memulakan aktiviti memberus itu. Hana memberus lantai bilik air tersebut sekuat yang mungkin. Sekuat yang boleh sehingga hatinya yang sakit itu berasa lega dan pulih. Sambil itu dia mengetapkan bibirnya itu. Dia ingin kotoran yang berada di lantai itu hilang seperti mana dia mahukan kepedihan di hatinya itu hilang dari hatinya. Hana cuba sedaya-upaya melupakan apa yang terjadi tadi. Hana akan cuba pasung perasaannya itu. Dia tidak mahu perasaan suka pada Aqief itu wujud. Dia akan mencampakkan perasaannya itu ke dalam peti lalu menguncinya dengan beribu mangga yang besar. Dan kuncinya dia akan buang ke dalam laut pasifik yang dalam. Dia tidak mahu ada rasa perasaan itu lagi. Dia tidak mahu persahabatannya dengan Aqief hancur disebabkan perasaan tersebut. Hana kemudiannya mengetapkan gignya lalu memberus lantai tersebut sekuat hati.

Manakala Nek Yam dan Husna mendengar Hana memberus lantai bilik air hanya berpandangan sesama sendiri.

“Tengah frustlah kot,” ujar Nek Yam tiba-tiba. Husna memandang neneknya sambil mengerutkan mukanya.

Frust?,” ujar Husna separuh berbisik. Sementara itu dia memandang neneknya semula. Kelihatan Nek Yam khusyuk menonton ceramah di televisyen di hadapannya itu. Husna hanya membuat mukanya yang pelik lalu dia sambung membuat kerja sekolahnya semula.

Previous: BAB 20
Next: BAB 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.