Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,795
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 39

Mata Aqief masih lagi terkebil-kebil memandang siling biliknya. Otaknya masih ligat mengingati setiap bait-bait kata Hana petang tadi. Jelas dan nyata. Hana benar-benar memerlukan Aiman.

Sedang Aqief melayan perasaannya itu, tiba-tiba telefon bimbitnya menjerit nyaring. Kelihatan Aqief tersentak kecil lalu mengambil telefon bimbitnya itu.

“Hello..,” kedengaran ada satu suara garau di hujung talian. Aqief mengerut sedikit keningnya itu tatkala mendengar suara tersebut. Nampaknya dia seperti pernah dengar suara tersebut.

Aqief membesarkan matanya lantas bangun dari pembaringannya.

“Aiman!,” Aqief separa menjerit tatkala mendengar suara Aiman di hujung talian tersebut.

“Ye, aku ni,”

“Baru sekarang kau nak call,”

Sorry,”

“Tak payah nak minta maaf dengan aku. Patutnya kau minta maaf dengan Hana,”

“Kenapa dengan Hana?,” kedengaran suara Aiman agak terkejut di hujung talian.

“Tak payahlah kau ambil tahu pasal Hana lagi. Selfish. Hanya orang yang pentingkan diri je pergi senyap-senyap tanpa beritahu orang lain,”

“Ye, aku memang selfish. Nampaknya aku dah tak payah risau pasal Hana sebab ada orang yang bertanggungjawab menjaga dia. Kau jagalah Hana baik-baik. Jagalah dia seperti kau menjaga hati kau,” jawab Aiman lantas memutuskan panggilan tersebut.

“A..aiman! Aiman!,”

Aqief menghelakan nafasnya lalu menjatuhkan tangannya yang masih memegang telefon bimbit. Sambil itu dia menundukkan wajahnya dan memandang lantai biliknya. Aqief semakin bingung dengan situasi yang sedang dia hadapi ini.

Jalan cerita apakah yang akan mereka lalui nanti. Semakin lama Aqief memikirkan masalah ini. Semakin kusut fikirannya. Macam wayar berselirat gamaknya. Tinggal nak kena shot je. Aduh.

                                                               **********

Pintu kereta di tutup lalu dikuncinya supaya keretanya selamat daripada pencuri yang tidak bertamadun. Dengan langkah yang longlai, dia melangkah menuju ke arah lobi.

Kelihatan juga sebotol air kanak-kanak yang bewarna biru disandangnya. Manakala di tangan kirinya menjinjit beg tangan yang agak serabut itu.

Mata-mata yang ada di situ hanya memandang dia dengan pandangan yang pelik. Ada juga suara-suara nakal kedengaran mengusik dirinya. Tetapi dia hanya mengendahkan sahaja suara dan mata-mata yang nakal memandangnya. Mereka semua tidak penting bagi dirinya. Buat apa kisah dengan pandangan orang.

Setelah punch card, dia terus menuju ke arah meja reception. Kelihatan beg yang dijinjitnya terlanggar sedikit meja reception. Seraya dengan itu juga badannya agak terhuyung-hayang sedikit akibat pelanggaran tersebut.

“Hana! Apa kena dengan awak ni?,” kedengaran suara Encik Iqbal dari jauh. Kelihatan Encik Iqbal melangkah laju menuju ke arahnya. Imla yang berada di sebelah Hana hanya mematikan dirinya sahaja.

Encik Iqbal mematikan langkahnya di hadapan Hana. Berkerut-kerut keningnya tatkala menatap wajah gadis di hadapannya itu.

“Awak sihat ke tak ni?,” soal Encik Iqbal kepada Hana. Hana hanya tersenyum tawar sambil membalas pandangan Encik Iqbal itu.

“Saya sihat je Encik Iqbal. Pasal semalam tu, saya betul-betul minta maaf ye Encik Iqbal,” balas Hana sambil menundukkan wajahnya itu.

“Hmm, baguslah macam tu. Pasal hal semalam tu, lupakan jelah. Nasib baik saya rasa nak buat amal jariah semalam. Jadi, awak jangan buat hal lagi hari ni sudahlah,”

“Ye Encik Iqbal. Saya faham,” ujar Hana menundukkan sedikit wajahnya itu.

“Hmm, dah sambung kerja tu. Saya pergi dulu,”

“Ye Encik Iqbal. Selamat bekerja,” balas Hana. Kelihatan Encik Iqbal terkejut tatkala menerima respon daripada Hana itu. ‘Dah kenapa budak ni, dah macam robot pun ada,’ desis Encik Iqbal lantas beredar dari situ.

Setelah bayang Encik Iqbal hilang dari pandangan, Hana dengan segera memulakan kerja-kerjanya. Imla yang berada di sebelah Hana hanya memerhatikan Hana dengan mata dinginnya itu.

“Kau pura-pura okay kan?,” tegur Imla sambil memandang Hana. Jari-jemarinya yang baru saja lincah menari di papan kekunci terhenti sebaik sahaja Imla menegurnya. Hana memalingkan wajahnya dan memandang Imla sambil tersenyum.

“Aku okaylah,” balas Hana lantas memalingkan wajahnya menghadap komputer di hadapannya itu.

“Kau tipu,” balas Imla. Kelihatan Hana menelan sedikit air liurnya itu.

“Apa kau merepek ni? aku okaylah,” balas Hana sambil memandang rakannya itu. Kelihatan Imla tersenyum sinis sambil memandang rakannya itu.

“Kalau kau okay, kenapa aku tengok kau macam orang tak betul hari ni,” ujar Imla.

“Ha?,”

“Cuba kau tengok diri kau sekarang. Dengan tudungnya yang tak bergosok, senget-benget pula tu. Lepas tu muka macam beruang panda. Butang baju pun tak betul. Sebelah pendek, sebelah panjang. Yang paling teruk, kau bawa sekali botol air kanak-kanak tu. Tu bukan botol air adik kau ke?,” tegur Imla. Hana terpusing-pusing memandang dirinya itu. Kemudian, matanya dikalihkan ke arah botol air yang dibawanya. Buntang biji mata Hana tatkala melihat botol air frozen itu. ‘Ya ALLAH! Apa aku dah buat ni. Ni botol Husna. Conform kena marah dengan budak kecik tu nanti’ getus Hana di dalam hati. Hana menelan sedikit liurnya lalu memandang Imla. Kelihatan Imla membuat muk a pelik sambil memandang dirinya.

“Hahahah! Nasib baik kau tegur. Aku tak perasan pula tadi,” balas Hana sambil ketawa. Sambil itu tangannya membetulkan semula butang bajunya itu.

“Semua ni pasal Aiman kan,”

Pergerakan Hana terhenti tatkala Imla menyebut perkara tersebut. Dia hanya membiarkan sahaja pertanyaan Imla sepi tanpa berbalas jawapan.

“Kalau aku jadi kau, aku takkan biarkan dia pergi macam tu je,”

Hana masih lagi membiarkan Imla membuat kesimpulan sendiri. Sambil itu dia masih membetulkan butang bajunya dan memperkemaskan tudungnya itu.

“Kalau sayang, kenapa tak nak beritahu je dia. Kenapa kau tak nak halang dia pergi,” ujar Imla lagi. Hana memandang Imla yang agak emosional itu.

“Apa kau merepek ni. Siapa sayang siapa. Kenapa aku nak halang dia pula,” balas Hana. Kali ini nada Hana agak keras sedikit. Mungkin dia sedang menahan perasaannya ketika itu. Kelihatan Imla tersenyum sinis sambil membalas pandangan rakannya itu.

“Bukan kau sayang Aiman ke? bukan kau cintakan dia ke? bukan kau nak sangat halang dia dari pergi ke?,” Imla menyoal Hana dengan bertubi-tubi. Kali ini dia ingin meruntuhkan ego rakannya itu. Dia tahu Hana betul-betul sayangkan Aiman.

“Bukan kau ke yang sayang dekat Aiman…,” balas Hana sinis.

“Jadi, kau jelah yang halang Aiman,” ujar Hana lantas meneruskan kerja-kerjanya yang tertangguh tanpa mempedulikan Imla yang berada di sebelahnya itu. Malas dia melayan Imla lagi. Itu urusan dia. Urusan perasaan dia. Jadi Hana tahu apa patut dia buat.

Kelihatan Imla terkejut dengan tindakan Hana itu. Dia mengigit sedikit bawah bibirnya lalu memalingkan wajahnya ke arah lain. Sakit hati pula bila bercakap dengan orang yang masih dalam penyakit cinta ni.

Pada masa yang sama, kelihatan ada sepasang telinga sedang mendengar perbualan antara mereka berdua. Kelihatan juga ada segaris senyuman sinis di bibir merahnya.

“Inilah peluang aku. Satu lagi musuh dah tumbang,” ujarnya perlahan. Sambil itu, matanya yang runcing itu memandang Hana dan Imla. Nampaknya, peluang untuk mendapatkan Aqief semakin cerah. Ezreen bermonolog sendiri sambil tersenyum sinis.

                                                                *********

Usai sahaja menunaikan solat Isyak, Hana melipat telekung dan sejadahnya dengan perlahan. Dia menyikat rambutnya yang panjang itu dengan menggunakan jari-jemarinya. Dengan langkah yang perlahan, dia menarik kerusi di meja belajarnya.

                (I love you, I want you, I need you – ost city hunter instrumental)

Hana melabuhkan punggungnya lalu berteleku memandang jendela di hadapannya itu. Di sebalik jendela tersebut, terdapat bilik Aiman di hadapannya. Ya, bilik Hana dan Aiman saling berhadapan.

Dulu mereka berdua selalu sangat berhubungan melalui tingkap bilik mereka. Kadang-kadang mereka dikurung serentak akibat kedegilan mereka. Hanya melalui sebuah tingkap itulah mereka berdua berhubung. Jadi, tak delah bosan sangat sekiranya dikurung lama-lama di dalam bilik.

Perkara tersebut berlarutan sehinggalah mereka meningkat dewasa. Aiman selalu berada di sisinya tak kira apa saja yang berlaku. Di saat Hana mengenal erti cinta, di saat Hana merasai kesakitan akibat cinta, di saat Hana memerlukan bahu seseorang, Aimanlah yang sentiasa setia di sisinya. Aiman sentiasa ada tanpa dipinta kehadirannya.

Hana masih ingat lagi bagaimana wajah malu Aiman ketika mereka berdua melihat percikkan bunga api di tepi pantai dulu. Hana perasan wajah malu Aiman ketika itu. Dengan limpahan dari cahaya bunga api menyebabkan wajah malu Aiman ketika itu sungguh comel. Merah muka Hana tatkala melihat wajah Aiman ketika itu.

Hana membuka sedikit tingkap biliknya itu lalu pandangannya dilemparkan ke arah bilik Aiman. Hana masih ingat lagi, ketika Hana sedih akibat mendapat keputusan yang agak teruk ketika itu, Aiman akan membaling batu di tingkap bilik Hana. Hana dengan segeranya membuka tingkap tersebut dan melihat Aiman sedang tercongok di hadapan tingkap biliknya sambil memakai topeng ultramannya. Dengan pantas Hana ketawa terbahak-bahak melihat gelagat Aiman dengan topeng ultramannya itu. Tak kena langsung dengan umurnya ketika itu. Dah besar panjang masih lagi memakai topeng ultraman.

Hana tersenyum sendirian tatkala teringat akan peristiwa tersebut. Aiman selalu mengusiknya. Selalu mendengkinya. Selalu menyakitkan hatinya. Tak pernah Aiman berlaku baik terhadap dirinya itu. Tapi, dengan semua tindakan Aiman itu, hidup Hana semakin ceria. Tambahan lagi, selepas pemergian kedua ibu bapanya, hanya Aiman yang sentiasa ada dengannya.

Hana meletakkan kepalanya di atas meja. Kelihatan ada air jernih keluar dari matanya itu. Sambil itu, jarinya mengukir nama Aiman di atas meja. Dirinya benar-benar merindui Aiman ketika ini. Baru sekarang dia rasa perasaannya terhadap Aiman bukan sekadar kawan. Perasaan itu lebih dari sekadar kawan. Matanya kini terbayang-bayang akan senyuman nakal Aiman selepas puas dia mengenakan Hana dan wajah malu Aiman ketika pertunjukkan bunga api dulu.

Hana benar-benar rasa kehilangan ketika Aiman pergi daripadanya. Hana benar-benar memerlukan Aiman. Hana benar-benar mencintai Aiman.

“Aiman, baliklah cepat,” bisiknya perlahan sambil air matanya laju mengalir keluar. Dia berharap agar Aiman pulang secepat mungkin. Dia benar-benar merindui budak kepala tempurung itu. Benar-benar merinduinya.

Pada masa yang sama, kelihatan Aiman berteleku memandang siling biliknya. Perasaannya sama dengan Hana. Dirinya benar-benar merindui Hana. Terlalu rindu untuk melihat senyuman manis gadis pujaannya itu. Tapi, mungkin Hana sedang bahagia dengan Aqief, tebaknya.

‘Baguslah,’ desisnya sambil mata redupnya itu memandang tepat siling biliknya.

Begitu juga dengan Aqief. Dia juga melalui situasi yang sama. Termenung memandang dinding biliknya itu sambil fikirannya melayang memikirkan Hana. Dirinya benar-benar ingin melihat senyuman di bibir mekar Hana itu. Dia benar-benar merindui Hana yang lurus itu. Tapi, ketika ini Hana benar-benar merindui Aiman. Fikirnya. Dia rasakan dirinya tidak mampu untuk menggantikan Aiman.

Kelihatan Aqief mengeluh kecil melepaskan apa yang terbuku di hatinya itu. ‘Kalau Hana bahagia dengan kehadiran kau. Baliklah cepat Aiman’, gerutunya.

Previous: BAB 38
Next: BAB 40

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.