Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,822
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 40

“Aiman?,” Kak Aina machine gun menjengah kepalanya ke bilik adik lelakinya itu. Kelihatan Aiman sedang termenung memandang jendela di hadapannya itu. Dengan langkah yang perlahan, Kak Aina mendekati figura adiknya itu.

“Aiman! jom teman akak pergi jalan-jalan dekat sini,” ajak Kak Aina sambil merangkul leher Aiman dengan kuat. Kelihatan Aiman agak menggelepar tatkala dicekik kuat oleh kakak machine gunnya itu.

Aiman dengan lantas melepaskan diri daripada dicekik oleh kakak machine gunnya itu. Boleh mati woo.

“Akak pergilah sendiri. Kita nak duduk sini je,” jawab Aiman sambil menjarakkan dirinya daripada kakaknya itu. Kak Aina memandang Aiman sambil mengerutkan mukanya yang mulus itu.

“Kau ni kenapa? Dah macam anak dara dah. Kau dok terperuk dalam ni bukan ada apa pun. Ada katil, ada kerusi, ada meja, ada tv, ada tingkap. Lebih baik kau pergi keluar. Hirup udara segar sikit. Bagi udara-udara segar tu memproses balik otak kau yang beku ni. Datang sini duduk dalam bilik je buat apa. Lebih baik duduk dekat rumah je,” leter Kak Aina sambil mendekatkan dirinya kepada Aiman.

‘Dah start dah machine gundia,’ desis Aiman sambil membuat muka toya.

“Haish, kau ni Aiman. Akak peliklah dengan kau ni. Dari start melangkah keluar dari rumah sampai terbang ke sini, kau dok senyap je. Kau ada masalah ke? kalau ada, beritahu jelah dengan akak. Mana tahu akak kau ni boleh tolong. Kaulah satu-satunya adik akak, akak dah tak ada adik lain dah. Kalau kau sedih, akak pun turut sedih. Kalau kau ada masalah, akak turut rasa masalah kau. Beritahu jelah dengan akak. Insya-ALLAH, akak boleh tolong kau. Cuba cerita masalah kau apa? Dengan perangai kau macam ni, terjejaslah percutian akak Man. Err, maksud akak percutian kita,”

Kelihatan Aiman menggaru-garu tengkuknya yang tidak gatal. Over betul kakak dia sorang ni. Banyak sangat tengok drama sinetron.

“Akak,” panggil Aiman. Kak Aina memandang Aiman dengan penuh minat.

“Haa, apa masalah kau?,” soal Kak Aina dengan teruja.

“Jomlah kita pergi jalan-jalan,” ajak Aiman. Kelihatan riak muka Kak Aina bertukar kecewa.

“Laa, ingat nak beritahu masalah tadi. Kalau kau ada masalah, tak pe. Akak boleh teman kau, boleh dengar masalah kau,”

“Tak pelah kak. Daripada dengar masalah kita, lebih baik kita hirup udara segar. Baru terjana sikit otak kita ni. Kan,” ajak Aiman lagi.

“Tapi…,”

“Tak de tapi-tapi. Dah jom,” ajak Aiman lalu menarik lengan akak machine gunnya itu. Tak sempat Kak Aina nak mengorek rahsia adik kesayangannya itu. Bukan apa, Aiman malas nak dengar leteran kakaknya itu. Boleh bernanah jadinya tatkala terkena peluru berpandu daripada kakaknya itu. Aiman kenal sangat kakak machine gunnya itu. Bukan tolong menyelesaikan masalah, makin bertambah masalah dibuatnya. Sebab itu Aiman lebih senang berdiam diri sahaja.

                                                                *******

Sementara itu, dari kejauhan kelihatan Hana sedang menjamu seleranya bersendirian. Tidak pula nampak Aqief ataupun Imla menemaninya. Sejak insiden Aiman pergi meninggalkan mereka tanpa berkata apa-apa, Hana menjadi seorang yang suka menyendiri dan tidak bercampur dengan orang. Dia menjadi semakin murung dan tidak seceria selalu. Dia bukan seperti Hana yang dulu.

Sedang Hana asyik menyuakan makanan ke dalam mulutnya, tiba-tiba kelihata Ezreen menghampiri meja Hana. Ezreen menarik kerusi lantas duduk berhadapan dengan Hana. Hana hanya menyuakan makanannya tanpa mempedulikan tindakan Ezreen itu.

Kelihatan Ezreen mengerut sedikit keningnya tatkala melihat respon daripada Hana itu. Macam dinding gamaknya. Tiada perasaan. Ezreen yang tidak puas hati dengan respon yang diberikan oleh Hana itu memetik-metik jarinya di hadapan muka Hana. Seperti tadi, Hana tetap tidak mempedulikan tindakan Ezreen itu.

Hey you!,” dengan rasa yang geram Ezreen menepuk meja dengan kedua-dua tapak tangannya itu. Kelihatan Hana agak tersentak dengan tindakan Ezreen itu.

“Kenapa dengan you ni? macam ayam berak kapur je I tengok. Orang lain pun putus cinta, tapi tak delah macam you,”

Wait, you bercinta dengan kepala tempurung tu ke?,” Ezreen memandang Hana untuk mendapatkan kepastian. Kelihatan ada segaris senyuman di bibir Ezreen. Hana hanya mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa. Terasa malas nak layan ulat bulu di hadapannya itu.

“Hahaha! Seriously? You bercinta dengan kepala tempurung tu? Hahaha, baguslah. Matching each other. So, I tak delah risau sangat bila you dengan Aqief,” ujar Ezreen dengan agak teruja. Hana memandang Ezreen dengan pandangan yang agak tajam.

“Erhh, apa-apa jelah,” balas Hana lalu menyua makanan ke dalam mulutnya semula. Over pula minah ni. Dari dulu dok terkejar-kejar Aqief. Dah tahu Aqief tak suka, dok diam jelah. Tak faham betul dengan perangai si ulat bulu ni.

By the way Hana, I nak ajar you satu perkara. Kalau you suka seseorang, you cakap je dekat orang yang you suka tu. Tak salah pun. Dia suka ke, dia tak suka ke, yang penting kita dah luahkan. Jadi, tak delah seksa sangat nak pendam perasaan tu lama-lama. I sebagai musuh you, just bagi nasihat je. Nampaknya, dalam bab-bab macam ni, you macam tak expert. So, I just tolong je,” ujar Ezreen sambil membelek-belek kukunya itu.

Kelihatan Hana terhenti dari menyua makanan ke dalam mulutnya. Seraya itu, matanya tepat memandang figura yang berada di hadapannya itu.

“Terima kasih atas nasihat tu,” ujar Hana sambil menjeling Ezreen lantas cuba beredar dari tempat tersebut.

“Mesti sakit kan kena tikam belakang,” tiba-tiba Ezreen bersuara dan menyebabkan Hana terbantut untuk pergi dari situ. Hana memandang tepat ke arah wajah Ezreen.

“Apa maksud kau?,” soalnya serius. Ezreen hanya tersenyum sinis tatkala Hana bertanyakan soalan seperti itu.

I tahu apa si budak Imla tu buat dekat you,” balas Ezreen sambil matanya yang runcing itu memandang Hana.

“Aku tak faham,” balas Hana sambil mengerutkan dahinya itu. Ezreen hanya ketawa kecil tatkala Hana berkata sedemikian. Buat-buat tak faham konon.

Seriously you tak faham? Kalau you tak faham, biar I je yang explain dekat you,”

“Sebenarnya, si budak Imla tu pun suka dekat kepala tempurung tu juga kan? Apalah special sangat kepala tempurung tu. Ramai sangat berebut-rebutkan dia. Kalau Aqief tu, bolehlah I percaya sikit. Ni kepala tempurung. Bukan handsome pun,” ujar Ezreen sambil mencemik-cemikkan mukanya itu. Hana mengetapkan giginya tatkala mendengar kenyataan yang keluar daripada mulut Ezreen. Tidak lama kemudian, ada segaris senyuman sinis terpamer di bibir Hana.

“Ohh, pasal tu ke? kalau kau nak tahu apa specialnya si budak kepala tempurung tu, cuba kau kejar dia pula. Baru kau tahu apa specialnya dia. Dan lagi satu, aku tak tahu pula yang kau ni seorang detektif yang tidak bertauliah. Tahu je isu-isu terkini. Biasalah, orang famous macam aku siapa je tak kenal kan. Hahaha, by the way ulat bulu. Terima kasih atas keprihatinan kau tu. Aku hargai sangat-sangat,” balas Hana lantas meninggalkan Ezreen yang sedang terpinga-pinga itu.

“Sibuk betul,” bisik Hana di dalam hati. Sambil itu, kelihatan riak wajah Ezreen bertukar merah padam akibat tindakan daripada Hana itu.

“Hish, tengah putus cinta pun masih poyo macam selalu. Annoying!,” getus Ezreen geram.

                                                               *******

Rijksmuseum, Amsterdam

“Nah, minum kopi ni. Bagi hangat sikit badan tu,” Kak Aina machine gun menghulurkan secawan kopi kepada adik lelakinya itu. Aiman mengambilnya sambil tersenyum tawar. Kelihatan Kak Aina melabuhkan punggungnya di sebelah Aiman. Sambil itu dia menghirup sedikit kopi yang berada di tangannya itu. Begitu juga Aiman. Perasaan bahagia menular di setiap pelusuk tubuh badan mereka tatkala menikmati permandangan dan menghirup kopi yang masih panas ketika itu. Terasa amat bahagia sekali.

Aiman meneguk kopi yang berada di tangannya itu untuk kedua kalinya. Kelihatan ada segaris senyuman terukir di bibirnya. Sambil itu, matanya tertacap memandang permandangan yang indah di sekitar taman tersebut. Ramai betul pengunjung yang berada di situ. Ada yang bersama dengan keluarga, ada yang sedang berbulan madu dan ada juga yang buat rombongan.

Aiman menyandarkan badannya sambil menikmati permandangan tersebut. Sesekali dia memandang kakak machine gunnya itu. Kelihatan kakak machine gunnya itu tersengih-sengih memandang arah sebelahnya.

Aiman mengerutkan dahinya lalu memandang sebelah kakaknya itu.

‘Kak Aina tersengih-sengih dengan siapa?,’ desisnya sambil matanya memandang gerangan yang menyebabkan kakaknya tersengih-sengih seperti kerang busuk itu.

Kelihatan ada seorang mat salleh sedang membalas senyuman daripada Kak Aina. Boleh tahan handsome mat salleh tu. Patutlah Kak Aina tersengih-sengih dari tadi.

“Patutlah dia merenyam lain macam. Tengah menggedik dengan mat salleh rupanya,” bisik Aiman perlahan sambil tersenyum memandang kakak machine gunnya itu. Kak Aina, kalau dia tengah merenyam, orang cakap apa pun dia tak dengar. Tulah specialnya kalau Kak Aina tengah merenyam. Automatically, mulutnya pun tertutup sekali.

Aiman yang tidak tahan dengan kegetikkan kakak machine gunnya itu beredar meninggalkan Kak Aina yang sedang bermain mata dengan lelaki mat salleh itu.

Biarlah Kak Aina dengan dunianya sendiri. Aiman meninggalkan kakaknya itu lalu pergi ke hadapan kolam air pancur yang ada berdekatan di situ. Sambil itu dia menghirup sedikit air kopi yang dipegangnya. Masih panas. Dan masih sedap.

Aiman menghelakan sedikit nafasnya itu. Kelihatan ada kepulan wap keluar dari mulutnya itu. Aiman tersenyum sendirian menampakkan sebaris giginya yang tersusun itu. Sambil itu matanya meliar memandang sekeliling kolam air pancur tersebut. Kalaulah dia datang sini bersama Hana, mesti berdouble-double bahagianya. Aiman tersengih sendirian sambil kakinya menendang-nendang angin tatkala memikirkan pasal Hana.

Tiba-tiba sengihannya menjadi hambar tatkala memikirkan Hana dan Aqief. Tak mungkin dia dapat membawa Hana ke sini sedangkan Hana bersama Aqief. Mungkin Hana sedang bahagia bersama dengan Aqief sekarang. Fikirnya.

Aiman kemudian melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi kosong yang terdapat di situ. Sambil itu dia menghirup lagi kopi yang berada di tangannya itu. Terasa suam. Aiman menghelakan nafasnya sambil mendongak kepalanya ke langit. Sungguh indah tatkala memandang langit yang membiru dan awan yang memutih itu. Dulu, Aiman dan Hana selalu mendongak memandang langit dan meneka bentuk-bentuk awan. Macam biasa, mereka akan bertelingkah berkenaan bentuk-bentuk awan tersebut. Pertelingkahan yang tiada kesudahan. Sungguh indah masa itu.

Kelihatan Aiman tersenyum sendirian tatkala mengingati kenangan lampau bersama Hana. Kini, matanya beralih ke arah kolam air pancur. Kelihatan ada seorang wanita yang kelihatan persis seperti Hana. Aiman membesarkan matanya sambil memandang wanita tersebut. Mimpikah dia? Aiman menggosok-gosok matanya sambil memandang lagi wanita tersebut. Kelihatan wanita tersebut tersenyum memandang Aiman. Manis. Senyumannya sumpah persis Hana. Hana ke tu? Tak mungkin. Kali ini Aiman cuba menampar pipinya. Tak puas pipi kanan, dia cuba menampar pipi kirinya pula. Kelihatan wanita tadi melangkah menuju ke arahnya. Aduhai, betul-betul gawat ni. Macam mana ada kembar Hana dekat sini.

Aiman sedikit menggeletar. Gayanya seperti nampak hantu. Wanita tersebut kini di berdiri di hadapannya. Aiman dengan lantasnya berdiri sambil berhadapan dengan wanita tersebut. Aiman memandang wanita tersebut. Buntang biji mata Aiman tatkala menatap wajah wanita di hadapannya itu. Adush! Ni bukan kembar Hana. Jauh panggang dari api.

‘Minah salleh mana pula berdiri depan aku ni,’ getusnya. Sah! Aiman dah gila bayang. Minah salleh pun dia anggap Hana.

“Masak. Kalau dia cakap, aku nak cakap apa? Bukannya aku reti sangat berspeaking ni,” bisiknya sambil matanya melirik ke tepi.

Sorry, do you know me?,” tegur wanita tersebut sambil tersenyum manis. Kelihatan Aiman terkulat-kulat mencari jawapan.

Err..Err..Sorry, miss. I want to go to toilet!,” balas Aiman lalu berlari meninggalkan minah salleh tersebut. Kelihatan minah salleh tersebut mengerutkan dahinya sambil melihat Aiman yang sedang berlari meninggalkannya. Mungkin dia pelik dengan tindakan Aiman itu.

“Lantak kaulah Aiman, apa yang kau belasah cakap tadi. Tiba-tiba nak pergi toilet. Apa seyh,” ujarnya sendirian sambil melangkah laju menuju ke hotel tempat penginapannya.

                                                               *******

“Aiman! Aiman! bukak pintu ni! Aiman!,” jerit Kak Aina di luar bilik Aiman. Aiman yang baru lepas menyegarkan dirinya itu tergesa-gesa membuka pintu tatkala mendengar jeritan menggila daripada kakaknya itu.

“Kenapa ni kak? Jerit-jerit macam orang gila. Ni tempat orang kak. Bukan dekat kampung. Malulah orang dengar,” ujar Aiman cuba menenangkan kakak machine gunnya itu.

“Ohh, tahu pun malu. Yang kau tinggalkan akak sorang-sorang tadi, akak tak malulah. Haish, kau ni! kalau nak balik hotel pun, cakaplah dengan akak dulu. Akak tak delah tercari-cari kau macam orang gila tadi,” marah Kak Aina sambil mencubit-cubit bahu adiknya itu. Geram sungguh dia dengan adiknya itu.

“Aduh-aduh kak, sakitlah! Janganlah cubit-cubit. Sakit tau. Kita minta maaflah sebab tinggalkan akak. Habis tu kita tengok akak dok syok sangat merenyam dengan mat salleh tu, kita bagilah akak privacy. Tak mahu ganggu akak,” balas Aiman sambil menggosok-gosok bahunya itu.

“Kau cakap apa? Kau cakap akak merenyam dengan mat salleh tu? mana ada! mat salleh tu yang merenyam dengan akak,” Kak Aina menafikan kata-kata Aiman itu sambil tangannya mencubit-cubit bahu adiknya itu.

“Aduh kak! Sakitlah. Ye, ye. Kita minta maaf! Mat salleh tu merenyam dengan akak, bukan akak merenyam dengan dia. Puas?,” ujar Aiman mengalah. Dia tak mahu bahunya lebam dek kerana serangan cubit-cubitan daripada kakaknya itu. Sakit!

‘Tak nak mengaku merenyam konon. Beritahu mak, baru tahu,’ desis Aiman sambil menjeling kakaknya itu.

“Apa jeling-jeling? Cucuk mata tu kang,” tegur Kak Aina. Nampak saja matanya tu.

“Mana ada kita jeling,” tungkas Aiman sambil mencebikkan mukanya itu.

“Dah-dah, cepat siap-siap. Malam ni kita ada dinner. Jangan lambat,” arah Kak Aina. Kelihatan Aiman mengerutkan sedikit dahinya itu.

Dinner? Akak pergilah dengan kawan akak. Malaslah kita nak pergi. Penat,” balas Aiman seakan merengek.

“Ah, tak de. Kau kena pergi juga. Apa function kau datang sini. Kalau macam ni, akak bawa monyet lagi bagus,”

“Dah tu, akak bawa jelah monyet. Kenapa bawa kita pula?,” balas Aiman selamba.

“Haish, budak ni. Nak akak cubit lagi?,” ugut Kak Aina sambil menunjukkan dua batang jarinya itu. Cepat-cepat Aiman menggelengkan kepalanya itu. Maut menempahlah jawabnya kalau kena cubit lagi dengan kakaknya itu.

“Dah tu cepat siap,” arah Kak Aina sambil melangkah keluar dari bilik adiknya itu.

“Ye kak,” balas Aiman akur. Akur dengan arahan kakaknya itu. Hai, apalah nasib jadi anak bongsu ni. Aiman mengeluh kecil sambil menutup pintu biliknya itu.

Previous: BAB 39
Next: SINOPSIS

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.