Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,814
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 17

“Hai Aqief, pergi lunch jom,” ajak Ezreen kepada Aqief. Ketika itu Aqief sedang sibuk menyiapkan sisa-sisa kerjanya. Aqief memandang Ezreen sambil tersenyum.

Sorrylah Ezreen. I dah janji nak lunch dengan Hana dan Aiman,” jawab Aqief sambil memandang Ezreen. Ezreen mengeluh sambil memandang sisinya. ‘Hana lagi! Aku dah agak dia mesti kacau plan aku. Ni tak boleh jadi ni,’ desis Ezreen di dalam hati. Ezreen memandang Aqief yang sibuk mengemaskan mejanya itu.

“Aqief, kalau I nak join korang lunch boleh? Tak ada orang nak teman I lunchlah. Boleh tak Aqief?,” soal Ezreen sambil memandang tepat muka Aqief.

Sure, boleh je. Jomlah,” ujar Aqief sambil mengukir senyuman kepada Ezreen. Kemudian Aqief mengorakkan langkahnya menuju ke lobi. Ezreen tersenyum sinis lalu mengekori langkah Aqief dari belakang. Nampaknya rancangannya berjalan dengan lancar.

Sementara itu, Hana dan Aiman sedang bersedia untuk keluar makan tengah hari bersama.

“Mana diaorang ni?,” soal Aiman sambil memandang Hana.

“Ntahlah. Mana diaorang ni. Dah masuk waktu lunch kot,” ujar Hana sambil matanya memandang ke kiri dan kanan mencari rakannya itu.

Haa, tu Imla. Imla! Cepatlah,” panggil Hana sambil melambaikan tangannya itu ke arah Imla. Imla dari jauh kelihatan berlari anak menuju ke arah Hana dan Aiman.

Apesal kau lambat Im?,” soal Hana tatkala Imla sampai di meja lobi.

Sorrylah. Aku banyak kerja tadi. Dah jomlah,” ujar Imla sambil memandang Hana dan Aiman.

“Eh, kejaplah. Tunggulah Aqief sekejap. Kata nak lunch sama-sama dengan dia sekali,” ujar Aiman sambil memandang Imla dan Hana. Kelihatan Imla mengeluh kecil sambil menunggu Aqief.

“Mana Aqief ni,” keluh Hana sambil memandang kiri dan kanannya. Dahlah waktu rehat mereka pendek, Aqief pula lambat. Nanti ada tak sempat nak lunch.

Tidak lama kemudian, kelihatan Aqief menuju ke arah mereka diikuti Ezreen. Hana terkejut tatkala memandang Ezreen turut bersama dengan Aqief. Imla yang turut terkejut juga lantas mendekati Hana.

“Perempuan tu ikut sekali ke?,” soal Imla separuh berbisik.

“Tulah pasal. Haish, kenapalah ulat bulu tu ikut sekali,” balas Hana pula separuh berbisik.

“Hei Aqief! Apesal kau lambat. Perut aku dah vibrate tau,” ujar Aiman tatkala Aqief dan Ezreen mendekati mereka. Hana dan Imla hanya memandang Ezreen dengan pandangan badi. Ezreen pula hanya membuat muka selambanya sahaja.

“Hahaha, sorrylah Aiman. Aku nak siapkan kerja sikit tadi,” balas Aqief ketawa sumbing sambil menggosok tengkuknya itu.

“Hmm, takpelah. Eh, Ezreen pun join sekali ke?,” ujar Aiman sambil memandang Ezreen.

I join sekali boleh? Sebab tak ada siapa nak temankan I lunch,” ujar Ezreen dengan suaranya yang lunak itu.

“Ish, memanglah tak ada siapa nak temankan dia lunch. Siapa yang sanggup nak temankan dia. Menggatal macam ulat bulu,” bisik Hana sambil menjeling Ezreen. Ezreen perasan akan tindakan Hana itu lantas dia turut menjeling Hana dengan tajam.

“Eh, siapa kata tak boleh. Boleh je. Jomlah,” ujar Aiman sambil tersengih.

“Cik Ezreen, sebenarnya kau nak join kitaorang lunch ke atau kau nak lunchdengan Aqief?,” soal Hana sambil memandang Ezreen dengan tajam. Setajam yang mungkin. Ezreen menghembuskan nafasnya sambil tersenyum sinis.

“Kenapa? You jealous ke kalau I nak keluar lunch dengan Aqief?,” soal Ezreen dengan sinis. Hana memandang Ezreen dengan muka yang tegang begitu juga Ezreen. Kelihatan seperti ada aura hitam megelilingi mereka berdua.

“Jom Im,” ajak Hana dan berlalu sambil menjeling Ezreen dengan jelingan yang tajam. Ezreen yang agak bengang dengan perlakuan Hana itu tiba-tiba menghulurkan kakinya sedikit dan menyebabkan kaki Hana tersandung. Dengan pantasnya Hana terjatuh tersungkur seperti nangka busuk.

“Hana!,” jerit Imla sambil memegang bahu Hana. Aiman dan Aqief turut terkejut melihat keadaan itu.

“Aduh, sakitnya kaki aku!,” ujar Hana sambil mengurut kakinya itu. Aqief yang melihat keadaan itu ingin membantu Hana tetapi dengan pantasnya Ezreen menarik lengan Aqief.

“Aqief, ouch, sakitnya kepala I. You boleh tolong hantarkan I pergi klinik tak. Sakit sangat ni!,” rengek Ezreen berpura-pura sakit kepala. Kelihatan dia turut menyandarkan kepalanya di bahu Aqief.

“Haa?,” Aqief bingung tatkala melihat keadaan tersebut. Mana satu ingin dibantunya.

“Aqief, tolonglah I. Sakit sangat ni kepala I,” rengek Ezreen lagi.

“Aqief, kau pergilah tolong si Ezreen tu. Hana ni biar aku yang settle,” ujar Aiman tiba-tiba sambil memegang kaki Hana.

“Aduh, sakitlah Aiman!,” ujar Hana turut memegang kakinya itu. Aqief hanya memandang Aiman dan Hana. Mungkin Aiman boleh membantu Hana. Ezreen yang telah menepek di bahunya itu harus dibantu.

“Man, apa-apa hal beritahu aku. Aku hantar Ezreen pergi klinik dulu. Kau tolong Hana tau,” ujar Aqief sambil memandang Aiman dan Hana. Kelihatan Hana mengetap bibirnya menahan sakit. Mungkin kakinya terseliuh akibat tersandung kaki Ezreen tadi.

Okay, kau jangan risau. Apa-apa hal nanti aku update dekat kau,” balas Aiman.

Okay, jom Ezreen. I tolong you,” ujar Aqief lalu membantu Ezreen melangkah. Ezreen yang berpura-pura lemah melangkah perlahan atas bantuan Aqief. Kelihatan ada segaris senyuman sinis terpamer di bibir Ezreen. Tanpa disedari Hana terpandang akan senyuman sinis Ezreen. Hana dengan terkejut dan marahnya cuba bangun dan menarik rambut Ezreen.

“Kau pura-pura sakit kepala kan?!,” jerit Hana sambil menarik rambut Ezreen yang panjang itu.

“Hei, sakitlah! Lepaslah! Youni dah kenapa?!,” balas Ezreen sambil melepaskan tangan Hana daripada menarik rambutnya. Aqief, Aiman dan Imla terkejut tatkala melihat adegan itu. Mereka bertiga terpaku melihat pertelingkahan Ezreen dan Hana.

“Aku nampak kau senyum tadi. Kau pura-pura kan. Sebenarnya kau nak perhatian daripada Aqief kan?!,” ujar Hana sambil menuding jari telunjuknya di muka Ezreen. Ezreen yang tidak puas hati dengan perlakuan Hana itu terus menepis jari telunjuk Hana.

You dah kenapa? You jealouskan Aqief beri perhatian pada i. Jujur jelah!,” balas Ezreen sambil membesarkan matanya itu.

“Aku tak jealouslah! Kau tu memang dasar perempuan ulat bulu. Menggatal je tau. Menyampah tahu tak?!,” balas Hana separuh menjerit.

Even I ulat bulu kenapa? Ada I susahkan you ke? perempuan gila. Meroyan lebih,” ujar Ezreen sambil menjeling Hana dengan tajam.

“Hei! Mulut kau ni memang layak kena cili! Geramnya aku!,” jerit Hana lalu cuba menarik rambut Ezreen. Ezreen terkejut dengan tindakan Hana cuba menarik tudung Hana. Habis tercabut butang tudung yang Hana pakai. Begitu juga dengan rambut Ezreen, kusut-masai macam langsuir gamaknya.

“Hei! Korang ni kenapa? Jangan buat kecoh dekat sinilah!,” ujar Aiman sambil meleraikan pergaduhan itu.

“Ish, kurang ajar punya perempuan!,” jerit Hana sambil tidak melepaskan rambut Ezreen.

“Lepaskan I lah perempuan gila!,” ujar Ezreen pula sambil menarik tudung Hana.

“Aqief! Kau tarik Ezreen. Aku tarik Hana. Mati kita kalau encik Iqbal nampak. Cepat Qief!,” ujar Aiman sambil menarik lengan Hana.

“Haa. O..okay,” balas Aqief lalu menarik lengan Ezreen. Manakala Imla cuba menarik Hana dari pergelutan tersebut.

“Hana, dahlah tu,” ujar Imla sambil menarik badan Hana. Sungguh kuat pergaduhan antara mereka sehinggakan Aiman dan Imla tidak dapat meleraikan pergaduhan tersebut.
“Lepaskan akulah! Bagi aku ganyang-ganyang perempuan ni dulu,” ujar Hana sambil cuba melepaskan pegangan daripada Aiman dan Imla.

Manakala Aqief pula cuba menarik lengan Ezreen. Dia tidak mahu mereka berdua menimbulkan masalah yang besar nanti.

“Sudahlah tu Ez, jom I hantar you pergi klinik. Jangan cari pasal dekat sini,” pujuk Aqief pula.

I takkan lepaskan perempuan ni!,” sambil tangannya cuba menggapai kepala Hana. Manakala Hana pula cuba menarik rambut Ezreen.

“Im, kau lepaskan badan Hana tu. Bagi aku laluan,” arah Aiman kepada Imla. Imla memandang Aiman dengan muka peliknya.

“Kau nak buat apa?,” soal Imla pelik.

“Kau tepi je. Keadaan dah tak terkawal. Dia ni dah bertukar jadi Hulk. Hanya ni je cara terakhir,” ujar Aiman kepada Imla. Imla nampak teragak-agak dengan cara Aiman itu. Tanpa berfikir panjang Imla melepaskan badan Hana dan memberi laluan kepada Aiman. Tanpa berlengah, Aiman mendukung Hana dan cuba membawa Hana pergi dari tempat tersebut. Hana yang terkejut dengan tindakan Aiman itu cuba menolak muka Aiman. Manakala Imla dan Aqief tercengang tatkala melihat tindakan Aiman itu.

“Aiman! turunkan aku sekarang! Kalau tidak aku tumbuk muka kau!,” arah Hana tegas.

“Tak nak!,” jawab Aiman sambil memandang muka Hana.

“Aqief, kau bawa Ezreen pergi dari sini. Aku cuba bawa Hana pergi dari battle ni,” arah Aiman pula kepada Aqief. Aqief yang terkejut melihat tindakan Aiman itu hanya menganggukkan kepalanya.

“Ezreen, jom!,” ujar Aqief tegas lalu menarik lengan Ezreen dengan agak kasar. Ezreen yang terkejut dengan tindakan Aqief itu hanya menurut sahaja jejak Aqief.

“Hei, ulat bulu! Kau nak pergi mana tu. Benda ni tak habis lagilah!,” jerit Hana tatkala melihat Ezreen berlalu pergi sambil tangannya ditarik oleh Aqief.

“Ni kau punya pasallah! Turunkan aku cepat!,” arah Hana sambil menepuk dahi Aiman. Aiman yang terkejut dengan tindakan Hana itu hanya bersabar sahaja dengan tindakan Hana. Hal ini kerana dia tahu, sekiranya dia menurut arahan Hana, mungkin akan berlaku perkara buruk lagi.

“Tak nak! Kalau aku lepaskan kau, mesti kau lari tarik balik rambut si Ezreen tu kan. Dah, kita pergi bilik rawatan. Letak ubat dulu dekat kaki kau tu,” ujar Aiman lalu membawa Hana pergi ke bilik rawatan. Manakala Imla pula hanya mengikuti langkah Aiman. Dia perlu tahu keadaan Hana. Agak teruk juga kaki Hana terseliuh.

“Ish, kau ni kan! Geramnya!,” ujar Hana lalu mearik kedua-dua belah telinga Aiman.

“Awww! Sakitlah Hana!,” Aiman mengerang kesakitan lalu meletakkan Hana di atas katil di bilik rawatan tersebut. Kemudian dia menggosok-gosok kedua-dua belah telinganya yang berubah menjadi merah itu.

“Padanlah dengan muka kau. Siapa suruh masuk campur,” ujar Hana lalu menjeling Aiman yang berada di hadapannya itu. Aiman mengeluh kecil lalu mencari minyak angin yang terletak di atas kabinet di dalam bilik tersebut.

“Kalau aku tak leraikan tadi, aku rasa esok kita tak payah datang sini lagi dah,” ujar Aiman lalu mengambil minyak angin yang berada di dalam peti keselamatan.

“Kenapa pula?,” soal Hana sambil memandang Aiman dengan muka peliknya.

“Kau tak fikir ke kalau encik Iqbal tahu, tak ke mati kita dekat situ. Memang sah-sahlah kita tak payah datang kerja esok. Cuti untuk selamanya,” seloroh Aiman. Ada betul juga kata-kata Aiman itu. Sekiranya Hana dan Ezreen menimbulkan kekecohan yang lebih dasyat lagi, memang sah-sah mereka akan ditendang keluar dan tidak masuk kerja lagi. Di sini amat mementingkan disiplin para pekerja. Tidak boleh diambil remeh perkara ini. Hana hanya menjeling sahaja Aiman sedangkan dia tahu itulah kenyataannya.

“Eh, korang. Apa kata aku belikan korang makanan. Rasanya dalam keadaan Hana macam ni, tak sempat nak keluar makan dekat café,” ujar Imla tiba-tiba menawarkan diri untuk membeli makanan untuk mereka berdua. Hana dan Aiman memandang Imla sambil tersenyum.

“Boleh juga. Thanks Im,” ujar Hana sambil mengukir senyuman.

Okay, korang nak makan apa?,” soal Imla sambil memandang Aiman dan Hana.

“Macam biasa, nasi goreng ayam. Kau Aiman?,” soal Hana lalu memandang Aiman yang sedang mencium bau minyak angin yang ada di tangannya itu.

“Samalah,” jawab Aiman pendek.

Okay Im, nasi goreng ayam dua. Thanks Im. Nak duit sekali tak?,”

“Tak pelah, guna duit aku dulu,” ujar Imla.

“Ingat nak belanja tadi,” usik Aiman pula. Hana yang berada di hadapan Aiman menepuk tangan Aiman sambil membesarkan matanya.

“Uish, sakitlah!,” ujar Aiman sambil menggosok-gosok tangannya itu.

“Mulut kau tu,” ujar Hana separuh berbisik.

Okaylah, aku pergi dulu,” ujar Imla sambil menjeling Aiman. Aiman-Aiman, sudah diberi betis nak peha pula. Untung Imla sudah belikan makanan untuk dia, ini nak minta belanja pula. Kadang-kadang Imla agak menyampah dengan perangai Aiman. Tapi Imla tidak kisah pun. Dia dah biasa sangat dengan perangai Aiman yang outspoken itu. Hana menghantar Imla dengan senyuman manakala Aiman pula cuba meletakkan minyak di kaki Hana dan mengurutnya.

“Aduh! Sakitlah! Kau nak bunuh aku ke?,” ujar Hana sambil memegang erat kakinya itu.

“Sakit ke? aku urut slow kot,” balas Aiman sambil cuba mengurut kaki Hana lagi.

“Urutlah slow lagi,” arah Hana sambil melihat Aiman mengurut kakinya itu.

“Yelah cik puan,” balas Aiman malas. Sambil itu tangannya cuba mengurut kaki Hana selembut yang mungkin. ‘Cerewet betul perempuan ni,’ desis Aiman sambil tangannya sibuk mengurut kaki Hana. Hana memandang Aiman sambil tersenyum. Untungnya dapat kawan macam ni. Tak payah susah-susah urut kaki sendiri. Hana tersenyum sambil mengenyitkan matanya itu. Untung Aiman tidak nampak kenyitan mata Hana. Kalau tidak mesti dia perasan.

Manakala di dalam kereta pula, kelihatan Aqief hanya mendiamkan dirinya sahaja. Fikirannya masih pada Hana. Bagaimana agaknya keadaan Hana. Teruk ke kakinya terseliuh. Aiman ada, mungkin dia tidak perlu risau keadaan Hana. Aiman tahulah apa yang perlu dibuatnya. Kelihatan mata Aqief memandang Ezreen. Teruk benar rupa Ezreen ketika ini. Dengan rambut yang kusut-masai seperti langsuir, dengan eyelinernya yang comot. Memang tak ubah seperti langsuir. Aqief ketawa kecil tatkala melihat keadaan Ezreen itu. Nasib baik Ezreen tidak perasan Aqief mengetawakannya. Aqief menelan air liurnya lalu memandang Ezreen.

“Ezreen, kenapa you buat macam tu. Tengok keadaan you sekarang. Dah macam… Apa dah,” ujar Aqief. Ezreen memandang Aqief yang sedang memandu itu.

You tahu kan siapa yang mulakan dulu. Kawan you tu yang mulakan dulu. Tiba-tiba dia tarik rambut I. Takkan I nak biarkan je. I kena pertahankan diri I. Aqief, tolonglah nasihatkan kawan you tu. Jagalah perangai dia tu. Janganlah macam budak-budak,” ujar Ezreen sambil matanya menjeling. Kelihatan Aqief mengeluh kecil lalu mendiamkan dirinya sahaja. Tak tahu ingin dikatakan lagi. Perempuan. Susah nak predict moodmereka. Aqief hanya membiarkan kemarahan Ezreen reda dahulu. Mungkin selepas ini kemarahan antara mereka berdua reda dan berbaik semula. Aqief harap mereka berdua boleh berdamai. Aqief memandang cermin sisinya lalu memotong kereta di hadapannya. Dia ingin sampai ke klinik secepat mungkin. Yang dia ingin tahu sekarang adalah keadaan Hana. Bagaimana agaknya keadaan Hana kini.

Sementara itu, di bilik rawatan, kelihatan Hana dan Aiman sedang menikmati makanan tengah hari mereka. Manakala Imla pula ada urusan yang perlu diselesaikan secara tiba-tiba. Mereka berdua menikmati makanan tersebut dengan lahapnya. Nampak benar mereka berdua lapar ketika itu. Hana dan Aiman duduk berhadapan di atas katil sambil menikmati makanan tengah hari mereka. Sedang mereka berdua khusyuk menikmati makanan mereka, tiba-tiba Aiman memandang Hana. Aiman mengambil air mineral yang berada di sebelahnya lalu diteguknya.

“Hana, aku nak tanya kau sesuatu boleh?,” ujar Aiman tiba-tiba sambil dia menutup botol mineralnya.

“Tanya jelah,” jawab Hana sambil mengunyah makanan yang ada di dalam mulutnya.

“Kau anggap aku ni lelaki tak?,” soal Aiman secara tiba-tiba. Hana yang sedang makan itu tersedak tatkala mendengar soalan daripada Aiman.

Apesal Na? kau tersedak ke? nah minum air ni,” ujar Aiman lalu memberi air mineral kepada Hana. Hana membukanya lalu meneguk air mineral tersebut. Sambil itu Aiman menepuk-nepuk belakang Hana.

Apesalkau tanya soalan macam tu?,” soal Hana sambil memandang Aiman. Aiman kembali ke tempat duduknya.

“Tak delah. Kau anggap aku lelaki ke?,” soal Aiman lagi sambil menundukkan mukanya.

“Kenapa? Kau gay ke Aiman?,” soal Hana sambil mengecilkan matanya itu.

“Haish kau ni, kesitu pula. Aku lelaki sejati tau. Suka hati kau je cakap aku gay. I’m real man tau,” ujar Aiman sambil menunjukkan otot lengannya. Hana yang melihat telatah Aiman itu hanya tersenyum sinis.

“Dah tu, kenapa kau tanya aku yang aku ni anggap kau lelaki ke tak. Of courselah kau lelaki. Takkan perempuan pula. Soalan kau ni tak boleh blah lah Aiman,” ujar Hana dengan bersungguh-sungguh.

“Dah tak payah tunjuk muscle kau tu. Buat malu je. Tak nampak pun. Kecik secepot je aku tengok,” ujar Hana lagi. Aiman yang mendengar kata-kata Hana lantas menurunkan tangannya itu.

“Kau ni mulut, tak boleh nak cover langsung. Main lepas je. Tak delah, tak ada apa-apalah. Saja tanya,” ujar Aiman sambil memandang tingkap yang berada di sisi katil tersebut.

“Kenapa? Kau nak aku bandingkan kau dengan Aqief ke? aku tahu maksud “lelaki” yang kau katakan itu,” ujar Hana perlahan sambil memandang tepat muka Aiman. Aiman yang tersentak mendengar kata-kata Hana itu lantas memandang muka Hana. Kelihatan mereka berdua nampak serius antara satu sama lain.

“Maksud kau?,” soal Aiman sambil memandang tepat anak mata Hana itu.

“Mesti kau ada terdengar perbualan aku dengan Aqief dekat dalam bilik rawatan waktu sekolah dulu kan? Masa tu Aqief tolong aku. Aku jatuh masa main bola. Aku cakap dekat Aqief yang dia berkelakian, tak macam kau. Kau tak lelaki langsung. Aku tak sangka kau ada waktu tu. Aku ingat kau masih tergelak-gelak dekat padang masa tu. Tu kan “lelaki” yang kau maksudkan?,” ujar Hana sambil membalas balik pandangan mata Aiman. Aiman terkedu lalu menundukkan mukanya.

“Dahlah Hana, waktu rehat kita dah habis. Aku pergi masuk kerja dulu,” ujar Aiman dan berlalu meninggalkan Hana.

“Aiman!,” panggil Hana. Langkah Aiman terhenti seketika tatkala Hana memanggilnya.

“Aku tak pernah bandingkan kau dengan Aqief. Waktu tu kita masih bersekolah, Masih budak lagi. Aku minta maaf pasal benda tu. Pada aku kau memang lelaki, sebab kau selalu ada untuk aku. Terima kasih Aiman,” ujar Hana lalu menghadiahkan sekuntum senyuman yang ikhlas dan paling manis yang belum pernah dia tunjukkan. Aiman yang berada di situ terkesima tatkala memandang senyuman Hana. Entah kenapa tiba-tiba kedua-dua belah pipi Aiman berubah menjadi merah. Jantungnya berdegup dengan lebih pantas ketika itu. Tanpa disedari tiba-tiba ada segaris senyuman yang muncul di bibir merah Aiman. Entah kenapa dia merasakan masa terhenti ketika itu. Mereka berdua saling pandang antara satu sama lain sambil tersenyum manis.

Manakala di sebuah klinik swasta pula, kelihatan Aqief tidak duduk diam. Dari tadi dia ke hulu ke hilir. Seperti ada yang tidak kena. Sambil itu tangannya cuba mendail nombor seseorang di telefon bimbitnya. Kelihatan orang yang dihubungi itu tidak menjawab panggilannya.

“Ish, mana Aiman ni? Apesaltak jawab call aku? Takkan tak bawa phone kot,” ujar Aqief sendirian sambil mendail lagi nombor Aiman.

“Aiman! pick up the phonelah. Kata nak update pasal Hana. Dah berjuta kali aku call tak angkat pun,” dengus Aqief lagi sambil tangannya sibuk mendail nombor Aiman lagi.

You, kenapa ni? Macam tak tentu arah je? Dah jom, I dah ambil ubat dah,” ujar Ezreen mengejutkan Aqief. Aqief membatalkan niatnya untuk menelefon Aiman.

“Eh, you dah siap dah? Tak ada apa-apa. Dah jom kita balik,” ujar Aqief sambil tersenyum tawar dan berlalu menuju ke keretanya. Ezreen kelihatan pelik tatkala memandang Aqief. Dia menghembuskan nafasnya lalu mengikuti langkah Aqief dari belakang. Dia perlu bersabar untuk mendapatkan hati Aqief. Lama-kelamaan Aqief akan jatuh di dalam tangannya juga.

Sebenarnya Aiman tahu Aqief menelefonnya berulang kali, cuma dia tidak mahu masa dia bersama dengan Hana diganggu. Bukan senang nak berduaan dengan Hana sejak Aqief sudah balik ke sini. Inilah masanya peluang untuk dia tunjukkan pada Hana betapa caringnya diri dia. Takkan Aqief je nak jadi hero Hana ketika dalam kesusahan. Kali ini biarlah diri dia pula jadi hero di mata Hana. Aiman mengambil telefon bimbitnya lalu melihat panggilan yang tidak dijawabnya. Kelihatan ada 30 panggilan tidak dijawab manakala 5 pesanan tidak dibaca. Conform Aqief akan mengamuk punya. Aiman tersengih sendirian lalu mematikan telefon bimbitnya itu. Biarlah dia buat-buat tidak sedar akan panggilan dan pesanan yang ditinggalkan oleh Aqief. Aiman ingin menikmati detik ini. Mungkin detik ini tidak akan berulang lagi. Aiman harus menghargainya.

Previous: BAB 16
Next: BAB 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.