Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,826
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 32

Malam itu kelihatan Hana menjinjit beg plastik sampah untuk dibuang. Kedinginan angin malam menyengat tulang-temulang Hana dan menyebabkan dia sedikit menggigil. Dia menarik sedikit hujung lengan baju sejuknya dan menutupi separuh tapak tangannya. Tangannya yang agak sedikit melecet akibat menumbuk dinding tandas tengah hari tadi ditampal dengan plaster. Sakitnya masih terasa tetapi tidak sesakit hatinya tatkala mendengar khabar yang ‘sangat gembira’ daripada Imla tengah hari tadi. Sakitnya sangat terasa di segenap urat sarafnya.

Sedang Hana meletakkan beg plastik sampah di dalam tong sampah hitam, tiba-tiba matanya terpandang akan satu figura yang sedang khusyuk melontar bola besbol di taman hadapan rumahnya. Hana mengecilkan matanya untuk melihat dengan jelas empunya figura tersebut. Hana membesarkan matanya semula. Rupa-rupanya Aqief empunya figura yang menawan itu. Hana menghembuskan sedikit nafasnya lalu mengorak langkah menuju ke arah Aqief.

Hana memasukkan kedua-dua tangannya itu ke dalam kocek baju sejuknya lalu berdiri di belakang Aqief.

“Qief,” panggil Hana. Aqief tersentak tatkala namanya dipanggil lantas memalingkan kepalanya ke belakang.

“Hana? Kau buat apa dekat sini?,” soal Aqief agak terkejut tatkala melihat Hana berdiri tegak di belakangnya itu.

“Saja. Ambik angin. Nampak kau dekat sini, tu yang aku datang tegur kau. Kau main apa tu?,” ujar Hana sambil memandang sebiji bola bewarna putih yang berada di genggaman Aqief. Aqief tersentak kecil lalu memandang bola yang digenggamnya itu.

“Oh, ni. Aku throwing bola ni. Tapi tak ada partner. Bosan sikit,” balas Aqief.

“Kalau aku jadi partner kau boleh?,” soal Hana. Aqief agak blur tatkala Hana mengutarakan soalan itu.

“Ha?,”

“Tu, jadi partner tu,” ujar Hana sambil menunjuk ke arah bola yang digenggam Aqief itu. Aqief memandang bola yang digenggamnya.

“Ohh, okay. Kau tahu throwing ke?,” soal Aqief yang teragak-agak dengan kebolehan Hana.

“Ciss, belum cuba belum tahu. Meh aku tunjukkan bola yang super speed pada kau,” ujar Hana lantas mengambil bola yang berada di tangan Aqief itu. Kemudian dia berlari anak menjarakkan diri dia dan diri Aqief.

“Kau dah sedia belum?,” jerit Hana. Aqief hanya menganggukkan kepalanya sahaja sambil menunggu lontaran bola daripada Hana. Aqief tidak yakin yang bola dilontar oleh Hana itu mampu sampai kepadanya. Al-maklumlah, Hana ni mana reti lontar bola. Lembik!

Hana mengambil langkah dan cuba mengumpul tenaga di lengannya lalu dengan sekuat tenaga dia melontar bola tersebut ke arah Aqief. Aqief menyambut bola tersebut dengan terkejut. Mengagumkan! Bola yang dilontar Hana sungguh padu. Kelihatan Aqief tersenyum sinis. Bagus! Inilah partner yang dicari-cari. Aqief melontar bola tersebut ke arah Hana dan Hana menyambutnya dengan baik sekali.

See, aku dah cakap aku expert bab-bab throwing ni,” ujar Hana penuh bangga. Ceh, berlagak pula tu.

Okay, kita tengok throwing seterusnya,” cabar Aqief. Hana tersenyum sinis sambil menggosok sedikit hidungnya.

‘Kau cabar aku ye,’ desis Hana sambil memandang Aqief. Baru sahaja Hana ingin melontarkan bola tersebut, tiba-tiba di ruangan matanya terbayang akan wajah Aiman. Hana mengetapkan giginya sambil menggenggam erat bola tersebut.

‘AIMAN TAK GUNA!,’ jerit hatinya sambil melontar padu bola tersebut. Aqief menyambutnya dengan terkejut. Kekuatan Hana makin bertambah. Aqief melontar bola tersebut dengan agak kuat tetapi dapat disambut baik oleh Hana.

‘AIMAN LEMBAB!!,’ jerit hatinya lagi. Kali ini permainan mereka agak rancak.

‘AIMAN SI LEMBAB!!!,’ kali ini entah macam bola yang dilontar Hana boleh tersasar ke mata kiri Aqief. GEDEBUK! Arghh!! Aqief mengerang kesakitan sambil memegang mata kirinya itu.

Ops! Hana menekup mulutnya lalu berlari anak mendapatkan Aqief.

“Qi..Qi..Qief, kau okay tak? Sorry, aku tak sengaja. Kuat sangat ke aku baling tadi?,” soal Hana cuba menyentuh mata kiri Aqief itu. Tak lama lagi akan bertukar menjadi birulah mata kiri Aqief itu.

“Tak pe. Sikit je ni,” balas Aqief cuba membuka sedikit kelopak mata kirinya itu. Terasa pedih tatkala membuka matanya itu. Hana cuba membantu Aqief dengan meniup-niup lembut mata Aqief itu. Perasaan bersalah menular di segenap ruangan di dalam dirinya itu. Tak sangka bola yang dilontarnya terlalu kuat. Ni semua gara-gara Aiman, kalau dia tak geram pada Aiman, tak delah Aqief menerima sebegini nasibnya. Begitu hebat hatinya menyalahkan Aiman.

Aqief mengerut-ngerutkan mukanya sambil memandang wajah Hana yang sedang meniup lembut matanya itu. Sungguh dekat wajah Hana dan wajah Aqief ketika itu. Dengan tidak sengaja, tiba-tiba mata mereka berdua bertaut. Hana terkedu tatkala menatap mata Aqief yang runcing itu. Ini kali pertama mereka saling menatap mata dengan jarak sedekat ini.

Hana turut merasa kehangatan hembusan nafas Aqief begitu juga Aqief. Dengan tiba-tiba Aqief merapatkan wajahnya ke muka Hana. Hana terkaku dengan tindakan Aqief itu. Ops! Biasalah, kalau berdua mesti syaitan dok sibuk menghasut kita. Hana wake up!! Hana tersedar dari terkaku memandang Aqief. Hana menolak Aqief lalu bangun dan berlari meninggalkan Aqief yang sedang malu itu. Aqief menunduk sambil menutup mulutnya. Apa yang dia telah buat? Sungguh malu dia terhadap Hana. Bagaimana dia nak berhadapan dengan Hana kelak. Kau telah melakukan kesilapan besar Aqief. Haih!

Hana berlari dan terus berlari tanpa memandang ke belakang lagi. Mukanya telah bertukar menjadi merah. Telinganya terasa panas sekali. Macam mana dia nak berhadapan dengan Aqief nanti. Adoyai Hana. Apesal kau buat benda yang memalukan tu.

Dari jauh kelihatan Aiman sedang memerhatikan mereka dengan tidak sengaja. Botol yang diminumnya tadi habis kemek digenggamnya. Aiman memandang Aqief dengan pandangan yang dingin. Hana tidak perasan bahawa Aiman ada di halaman rumahnya. Mana taknya, Hana berlari masuk ke dalam rumahnya sambil menundukkan mukanya. Perasaan malunya sudah menyelubungi dirinya. Malu untuk dia memandang kiri dan kanan lagi.

Kelihatan Aqief melangkah longlai menuju ke rumahnya. Aiman mengetap giginya menahan geram sambil memandang rakannya itu.

“Aqief!,” panggilnya agak kuat. Aqief terkejut lalu memandang arah suara yang memanggilnya. Kelihatan Aiman sedang memanggilnya. Aqief menghembus kecil nafasnya lalu melangkah menuju ke arah Aiman. Aiman melabuhkan punggungnya di bangku halaman rumahnya sambil menunggu kedatangan Aqief. Kelihatan Aiman mengetap-ngetap giginya menahan geram. Aqief memandang Aiman lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Aiman. Aqief berdehem sambil memandang taman di hadapan rumah Aiman. Aiman mengerling Aqief dengan pandangan yang dingin.

“Apa kau dah buat dekat Hana?,” soalnya agak dingin. Aqief memandang Aiman sambil mengerutkan keningnya. Terasa aura kedinginan antara mereka.

“Aku tak buat apa-apa dekat dia,” jawab Aqief. Aiman memandang Aqief sambil mengerutkan keningnya.

“Aku nampak apa kau buat dekat dia tadi,” balas Aiman agak marah. Aqief memandang Aiman dengan agak marah. Mata mereka saling bertaut. Kelihatan api kemarahan jelas terpancar di mata mereka berdua.

                                                  (It’s War Instrumental-MBLAQ)

“Aku tak sengaja. Lagipun bukannya sempat,” balas Aqief. Kelihatan ada segaris senyuman sinis terpamer di bibir kecil Aiman.

“Tak sempat,” sindir Aiman sambil tersenyum sinis. Aqief mengerutkan keningnya lalu memandang Aiman.

“Aku rasa kau tak tahu perkara ni,” sambung Aiman sambil memandang wajah rakan baiknya itu. Aqief memandang wajah Aiman dengan perasaan yang tertanya-tanya. Aiman mengalihkan pandangannya sambil tersenyum sinis.

“Mungkin kau tak tahu yang Hana ada menyimpan perasaan terhadap kau. Dia dah lama sukakan kau. Cuma dia tak berani nak luah pada kau. Aku tak tahu kenapa kau bodoh sangat sampai tak perasan pandangan mata Hana terhadap kau. Dia pandang kau lain dan tak sama masa dia pandang aku. Aku perasan benda tu sejak zaman sekolah lagi. Mungkin dia keliru atau takut nak cakap. Tapi mata dia tak boleh tipu aku,” ujar Aiman sambil memandang Aqief. Kelihatan Aqief agak terkejut dan terkedu tatkala mendengar kebenaran yang terluah dari mulut Aiman.

“Aku tak tahu macam mana dia handle perasaan dia bila dia dapat tahu yang kau suka Zulaikha dan memperkenalkan Zulaikha dekat kitaorang. Aku yakin yang hatinya begitu sakit bila dapat tahu kau suka Zulaikha waktu tu,”

“Aku nak beritahu kau yang aku akan lindungi dan merebut hati dia. Ye, aku sukakan Hana. Sejak dari dulu lagi. Aku mengalah sebab kau dan Hana kawan baik aku. Tapi, aku takkan mengalah sekarang. Aku akan merebut hati Hana daripada kau Aqief,” sambung Aiman sambil memandang tepat mata Aqief dengan serius. Kelihatan muka Aqief berubah menjadi pucat. Dia tidak percaya kata-kata yang dikeluarkan daripada mulut Aiman itu.

“Jadi, selama ni. Hana suka aku?,” soalnya sambil memandang muka serius Aiman itu. Aiman mengalih pandangannya dan mendiamkan dirinya sahaja. Membiarkan Aqief tenggelam dengan soalan-soalannya sendiri.

Aqief menghembuskan nafasnya dengan agak kasar lalu meraup mukanya. Kelihatan matanya merah menahan air mata yang ingin tumpah di pipinya. Dia tidak menyangka bahawa Hana selama ini menyimpan perasaan terhadapnya. Kenapa dia begitu bodoh sekali tidak perasan akan perasaan dan pandangan mata Hana terhadap dirinya. Aqief cuba menahan air matanya mengalir tetapi benteng pertahanannya tidak kukuh dan air matanya mengalir keluar dari mata lebamnya dan mengalir ke pipi.

Previous: BAB 31
Next: BAB 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.