Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,784
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 14

Hari ini Hana agak malas untuk mempersiapkan dirinya seperti biasa. Hana menarik selimut sambil mendengus kasar. Hari ini dia akan berjumpa dengan Farish. Haaa!! Ingin sahaja Hana menjerit ketika itu. Dengan gerakan yang malas, Hana bangun dari katilnya untuk memilih baju. Hana menyelak-nyelak setiap helai bajunya sambil menguap. Apa yang dia nak pakai hari ini. Dengan rasa yang malas, Hana mengambil baju t-shirt panjangnya dan seluar jeans bewarna hitam. Malas dia untuk kelihatan cantik. Bukan jumpa sesiapa pun. Setakat Farish, apalah sangat.

Kalau dulu, sekiranya Hana ada date dengan Farish, dia akan menjadi kelam-kabut untuk memilih apa yang sesuai untuk dia pakai nanti. Dia ingin kelihatan cantik di hadapan mata Farish. Tapi sekarang, sudah tiada makna semua itu. Hana mencampakkan baju dan seluarnya itu ke atas katil. Kemudian, Hana mengambil tuala mandinya lalu berlalu menuju ke bilik air. Dia ingin cepat-cepat mengakhiri semua ini. Hana sudah penat dengan perangai Farish itu. Terlalu penat baginya untuk menghadapinya lagi. Bayangkan selama empat tahun bersama Farish, perangai Farish tetap sama. Tidak pernah berubah. Jadi, Hana betul-betul ingin menamatkan kisahnya bersama Farish untuk selama-lamanya.

Hana keluar menjumpai Farish setelah dia selesai masak untuk makan tengah hari. Dengan tergopoh-gapah, Hana menyarungkan kasut di kakinya lalu berlalu menuju ke keretanya. Setelah masuk ke dalam kereta, Hana menghidupkan enjin dan berlalu meninggalkan perkarangan rumahnya. Tanpa disedari, kelihatan Aiman keluar dari persembunyiannya. Hana tidak perasaan bahawa Aiman bersembunyi disebalik pokok bunga yang terdapat di hadapan rumahnya itu. Tanpa membuang masa Aiman berlari menuju ke rumah Aqief. Kelihatan Aqief turut berlari ke arah Aiman. Nasib baik mereka tidak berlaga antara satu sama lain.

“Qief! Cepatlah! Dia dah pergi dah tu. Nanti tak sempat nak follow,” ujar Aiman sambil termengah-mengah.

“Cepatlah! Nak naik kereta siapa ni?,” soal Aqief sambil termengah-mengah juga.

“Aku!!,” balas mereka serentak lalu berlari menuju ke arah kereta masing-masing. Kemudian Aqief memandang belakang. Ingatkan Aiman mengekorinya dari belakang, tetapi Aiman berlari menuju ke keretanya.

“Aiman! naik kereta siapa ni?,” jerit Aqief kepada Aiman. Aiman terkejut lalu memandang Aqief.

Laa, apesal kau lari ke sana. Naik kereta aku jelah! Cepat-cepat!,” laung Aiman sambil membuka pintu keretanya. Aqief dengan serta-merta menutup kembali pintu keretanya lalu berlari menuju ke rumah Aiman. Dengan sepantas kilat, Aiman menghidupkan enjin keretanya sementara Aqief membuka pintu kereta dan duduk di sebelah Aiman. Aiman memandang Aqief menutup pintu keretanya lalu dia memandu keluar dari perkarangan rumahnya dengan kelajuan yang maksima. Aiman takut akan kehilangan jejak kereta Hana. Lagipun mereka tidak tahu di mana lokasi Hana akan bertemu dengan Farish.

“Cepatlah Man! Mana kereta dia?,” ujar Aqief dengan nada kelam-kabut. Entah mana menghilangnya kereta Hana ketika ini.

“Sabarlah. Aku tengah speed ni. Relaks, minah tu bawa kereta macam siput. Boleh catch up punya,” balas Aiman sambil menekan minyak keretanya.

“Kalau dia bawa kereta macam siput, kenapa dari tadi aku tak nampak-nampak kereta dia?,” balas Aqief sambil memandang sinis muka Aiman.

“Sabarlah Qief. Haa, tu kereta dia! Dapat pun catch up. Tulah, aku dah cakap, minah ni bawa kereta macam siput,” balas Aiman sambil tersenyum puas tatkala dapat mengejar kereta Hana. Walaupun hanya selang dua buah kereta sahaja. Aqief memandang Aiman sambil mengeluh kecil.

“Agak-agak dia tahu tak kita ikut dia?,” soal Aqief sambil memandang kereta Hana. Dia tidak mahu pandangannya terlepas dari memandang kereta Hana. Kalau terlepas, naya mereka.

“Aku rasa tak kot. Dalam jarak macam ni, tak mungkin dia perasaan. Dia bukannya pandang belakang sangat time drive. Dia takkan tahu punya,” ujar Aiman pula. Aqief memandang Aiman sambil mengangguk perlahan. Ya, Aiman tahu semua tentang Hana berbanding dirinya. Jadi Aqief tidak perlu risau mengenai hal tersebut.

Sementara di dalam kereta Hana, Hana menumpukan sepenuh perhatian dalam pemanduannya. Dia tidak perasan bahawa Aiman dan Aqief sedang mengekorinya. Hana menyangka Aiman dan Aqief tidak tahu akan perjumpaan dia dengan Farish. Jadi Hana tiada syak wasangka bahawa mereka berdua mengekorinya. Sedang Hana memandu, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Hana memakai ear phone kemudian dia mengangkat panggilan tersebut.

“Hello Hana?,” kedengaran suara lelaki di hujung talian.

“Hmm, Farish. Kenapa?,” soal Hana kasar.

“Awak dah dekat mana? saya dah sampai dah ni,” ujar Farish lembut. Selembut marshmallow. Hana rasa ingin termuntah tatkala mendengar suara Farish sebegitu.

“Sabarlah. Aku on the way ni. Bagi lagi 15 minit,” balas Hana dingin.

Okay, saya tunggu awak dekat tempat biasa,” balas Farish lagi.

Okay, bye!,” ujar Hana lalu mematikan talian tersebut. Hana menarik ear phone yang dipakainya sambil mengeluh. Hana memandang cermin belakangnya lalu menekan minyak dan memandu dengan laju ke destinasi yang ingin ditujunya. Hana masih tidak perasaan bahawa Aiman dan Aqief sedang mengekorinya. Hana hanya memandu seperti biasa tanpa memikirkan mengenai mereka berdua. Bagi Hana, mungkin Aiman dan Aqief mempunyai agenda tersendiri hujung minggu ini. Jadi, Hana tidak perlu risau mengenai mereka berdua.

Sesampai sahaja Hana ke destinasi yang di tuju, Hana terus memparkir keretanya di tempat parkir yang telah disediakan. Selepas itu, Hana keluar dari kereta dan terus menguncinya. Hana memandang ke kiri dan ke kanan lalu berjalan menuju tempat seperti yang dijanjikan. Aiman memparkir keretanya agak jauh dari kereta Hana. Selepas memparkir keretanya, Aiman dan Aqief keluar dari kereta dan bersembunyi daripada dilihat oleh Hana. Sempat juga Aiman membeli senaskhah surat khabar dari kedai yang dilaluinya. Kelihatan Hana telah berjumpa Farish di satu pondok di taman tersebut. Aiman dan Aqief cepat-cepat mencari tempat yang berdekatan dengan pondok Hana dan Farish berjumpa. Aiman terjumpa sebuah bangku berhampiran dengan pondok tempat Hana dan Farish berjumpa. Tanpa membuang masa, Aiman menarik tangan Aqief untuk dudukk di bangku tersebut. Jarak antara bangku dan podok tersebut tidaklah berapa dekat, tapi cukuplah bagi mereka untuk menyaksikan apa yang berlaku di antara Hana dan Farish nanti. Nasib mereka baik kerana Hana dan Farish duduk membelakangi mereka berdua. Kalau tidak, awal-awal lagi sudah kantoi mereka mengikuti Hana secara senyap-senyap.

Sesampai sahaja Hana di pondok berkenaan, kelihatan Farish bangun sambil tersenyum memandang Hana. Hana memandang ke kiri dan ke kanan, lalu duduk di sebelah Farish. Farish memandang Hana lalu duduk di sebelah Hana.

Thanks Hana sebab sudi datang,” ucap Farish dengan nada yang gembira. Hana memandang Farish dengan pandangan yang serius.

“Tak payah nak terima kasih sangat. Ada apa kau nak jumpa aku ni? Kata ada hal penting sangat sampai tak boleh nak cakap dekat dalam phone tempoh hari. Cepat sikit. Aku jumpa kau sekejap je,” ujar Hana dingin. Kelihatan Farish mengetap bibirnya tatkala Hana berkata demikian. Sepertinya Hana kelihatan terpaksa untuk berjumpa dengan Farish. Farish mengeluh kecil sambil memandang Hana.

“Hana, saya nak minta maaf dekat awak. Saya tahu apa yang saya buat dulu amat-amat menyakitkan hati awak. Jadi, saya nak minta maaf dengan awak,” ujar Farish sambil memandang Hana dengan pandangan yang ikhlas. Hana hanya mendengar sambil memandang tasik yang ada di hadapannya itu. Terasa muak tatkala mendengar Farish berkata demikian.

“Hana, saya yang salah. Saya salah sebab abaikan perasaan awak dulu. Saya pentingkan diri sendiri. Sekarang saya sedar yang saya telah buat kesilapan yang besar,” ujar Farish ikhlas. Hana memandang Farish sambil mengerutkan mukanya.

“Dah habis cakap? Nak minta maaf je ke? aku dah lama maafkan kau Farish. Dah tak guna lagi kau nak minta maaf lagi. Semua tu dah berlalu. Ada apa-apa lagi ke kau nak cakap?,” soal Hana dengan nada yang dingin.

“Hana, tak boleh ke kalau kita kembali seperti dulu. Sekarang saya sedar yang saya perlukan awak Hana,” ujar Farish dengan muka yang sedih.

“Habis tu, mana perempuan yang kau kata kau cintakan dia sangat tu. Apesal tiba-tiba kau nak jilat balik apa yang kau dah ludah?,” soal Hana pedas.

“Hana, saya tahu yang saya dah sakitkan hati awak. Tapi tolonglah bagi saya peluang yang kedua. Saya janji akan ubah perangai saya Hana,” balas Farish lagi.

“Peluang kedua? Aku rasa aku dah bagi kau berpuluh-puluh peluang kot. Tapi ada ke kau hargai peluang tu? peluang untuk kau dah tak ada Farish. Dah tak ada lagi. Dan, tolong jangan berjanji kalau tak reti nak tunaikan. Dulu kau pernah janji macam ni juga. Last-last, apa yang kau buat. Fikirlah. Patah balik dengan perempuan yang dah buat kau jatuh cinta lagi tu. Kau pengalaman aku je,”

“Dia tak sama macam awak. Dia tak pernah nak memahami saya, hargai saya. Dia tak seperti awak yang hargai saya, yang memahami saya, yang sabar dan setia bersama dengan saya. Saya baru sedar yang saya telah buat keputusan yang paling bodoh masa tu. Tolong Hana, bagilah saya peluang lagi. Saya tahu saya bodoh masa tu. Tak nampak apa yang ada di depan saya ketika itu. Tolong Hana. Saya tahu awak sayangkan saya,” rayu Farish kepada Hana. Hana memandang Farish sambil mengeluh kecil.

“Kalau kau nak orang hargai, memahami kau, kau kena hargai dan memahami orang lain juga. Tapi aku banggalah dengan kau sebab kau mengaku yang kau tu bodoh masa tu. Memang kau bodoh pun. Ya, memang aku sayang kau. Tapi itu dulu. Waktu aku terlalu bodoh menyayangi dan mencintai orang yang macam ni. Sorry Farish. Dah tak ada peluang lagi bagi kau,” balas Hana selamba. Sakit hatinya terhadap Farish tetap ada. Tapi, dia manusia, siapa dia untuk menghukum Farish. Lagipun Farish telah sedar dan memohon maaf kepada dirinya. Sudah tidak ada lagi perasaan dendam dan sakit hati kepada Farish lagi. Hana ingin meneruskan langkahnya dengan pengalaman cinta yang lalu. Tak guna untuk diungkit lagi. Hana ingin mencampakkan kenangan bersama Farish ke dalam loji najis. Tapi lelaki ini muncul semula di dalam hidupnya. Hana letih dengan lelaki ini. Terlalu letih.

Sementara itu, terdapat dua orang lelaki yang sedang berkongsi surat khabar kelihatan duduk berdekatan dengan pondok Hana dan Farish. Dua orang lelaki berkenaan adalah Aiman dan Aqief. Aiman telah menebuk empat lubang di surat khabar berkenaan di mana dua lubang untuk Aiman dan dua lubang lagi untuk Aqief. Aiman telah memegang di sebelah kanan surat khabar tersebut manakala Aqief pula memegang di sebelah kiri surat khabar tersebut. Jadi hal ini memudahkan Aiman dan Aqief mencuri-curi pandang pertemuan antara Hana dan Farish tanpa disedari oleh Hana.

“Qief, agak-agak diaorang cakap apa ek? Macam serius je aku tengok,” bisik Aiman kepada Aqief.

“Aku tak tahulah Man. Tulah, aku tengok macam serius. Kita tengok jelah,” bisik Aqief pula.

“Apa kata kita duduk dekat-dekat sikit dengan diaorang. Boleh juga kita dengar apa yang diaorang bualkan,” cadang Aiman pula dengan nada yang berbisik.

“Nak duduk mana lagi? Dekat sini jelah tempat paling terdekat dengan pondok diaorang. Kalau nak lebih dekat lagi, kita kena duduk satu pondok dengan diaorang. Kau nak? Duduk jelah sini. Kita tengok apa yang akan berlaku nanti,” bisik Aqief lagi sambil memandang Aiman.

“Betul juga tu. Kita tengok jelah,” bisik Aiman sambil memandang Hana dan Farish melalui lubang yang telah dibuatnya. Kelihatan pengunjung yang lalu-lalang di situ kelihatan pelik tatkala melihat Aiman dan Aqief berkelakuan seperti itu. Ada di antaranya seperti berbisik-bisik di antara satu sama lain.

“Eh gay ke tu?,” bisik salah seorang pengunjung di situ tatkala melihat kelakuan antara Aiman dan Aqief.

Gaylah,” bisik salah seorang pengunjung lagi.

“Eh, apa diaorang buat tu?,”

“Eh, sweetnye gay tu,”

“Eh, ada gaylah,”

“Wah, lovely couple!,”

“Kenapa gay tu baca paper macam tu?,”

Sharing is caring,”

Berbagai-bagai tanggapan daripada pengunjung yang lalu di situ yang Aiman dan Aqief dengar. Aiman dan Aqief saling berpandangan dengan muka yang pelik. Kemudian mereka memandang pengunjung yang lalu di situ. Kenapa diaorang cakap macam tu? Nampak macam gay ke? berbagai-bagai persoalan yang bermain di kepala Aiman dan Aqief. Aiman memandang Aqief, Aqief memandang Aiman.

Apesal diaorang cakap kita gay?,” soal Aiman kepada Aqief. Aqief memandang Aiman sambil menggelengkan kepalanya.

“Sebab kita duduk rapat macam ni ke?,” soal Aiman lagi.

“Haish, kau duduklah jauh-jauh sikit daripada aku. Dah orang ingat kita gay. Kau duduk sanalah Man. Patutlah diaorang cakap kita gay,” balas Aqief sambil menghalau Aiman dengan tangannya.

Apesal pula aku yang duduk jauh-jauh? Kaulah yang duduk jauh-jauh. Ni

tempat aku yang jumpa dulu,” balas Aiman pula.

“Kaulah duduk sana,” balas Aqief pula.

Sementara itu…

“Hana,” panggil Farish lembut.

“Aku balik dulu,” ujar Hana lalu bangun dari duduknya.

“Hana wait. Saya harap saya ada peluang lagi,” ujar Farish lagi.

“Assalammualaikum,” Hana memberi salam lalu berlalu meninggalkan Farish sendirian.

“Waalaikummussalam,” jawab Farish perlahan. Kelihatan wajah Farish berubah sayu. Tidak sangka Hana sekeras itu. Ini semua atas kesilapan yang telah dia lakukan dulu. Sebab itulah Hana seperti itu. Dia tidak boleh menyalahkan Hana. Memang patut Hana bertindak seperti itu. Hati yang terluka tidak dapat diubati lagi. Farish memandang Hana dengan sayu lalu berlalu meninggalkan tempat tersebut. Tempat yang kini menjadi memori antara mereka berdua.

Sedang Hana berlalu meninggalkan Farish, tiba-tiba Hana terpandang akan pertelingkahan antara dua orang lelaki. Dua orang lelaki tersebut seperti Hana kenal. Hana memandang dua orang lelaki tersebut dengan muka yang pelik.

“Macam Aiman dengan Aqief je. Kenapa diaorang ada dekat sini?,” ujar Hana perlahan lalu berlalu menuju ke arah mereka berdua. Aqief dan Aiman masih lagi bertelingkah. Mereka tidak sedar Hana sedang menuju ke arah merek a berdua.

“Kaulah duduk sana. Aku tak nak orang panggil kita gay lagi,” balas Aiman.

“Tak nak. Kaulah yang patut duduk sana,” balas Aqief pula.

“Aku pula. Kaulah duduk sana,” balas Aiman lagi.

“Aiman! Aqief!,” panggil Hana dalam nada marah. Aiman dan Aqief terkejut tatkala melihat Hana sedang mencekak pinggangnya di hadapan mereka berdua.

“Hana!,” panggil Aiman dan Aqief serentak sambil mereka berdua bangun dari bangku.

“Macam mana korang ada dekat sini? Korang skodeng aku ye?!,” soal Hana sambil menjenggilkan matanya itu.

“Aaaqieef,” ujar Aiman tergagap sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah Aqief. Aqief memandang Aiman sambil menepis jari Aiman.

“Aku pula. Kaulah,” balas Aqief sambil memandang Aiman.

“Aiman! Aqief!,” panggil Hana lagi. Kali ini Hana betul-betul marah. Aiman dan Aqief hanya menelan air liur tatkala memandang muka Hana yang seperti dirasuk hantu itu.

“Korang skodeng aku kan,” ujar Hana lagi sambil memandang tajam wajah Aiman dan Aqief. Seperti dipukau, Aiman dan Aqief hanya menganggukkan kepala dengan perlahan. Hana mengeluh kecil sambil memandang dua orang sahabat baiknya itu.

“Kenapa korang skodeng aku dekat sini?,” soal Hana perlahan tapi dingin.

“Kitaorang saja je nak pastikan kau selamat. Aku tak nak si Farish tu apa-apakan kau,” jawab Aqief tenang. Aiman memandang dan kemudian memandang Hana sambil menganggukkan kepalanya sahaja.

“Kenapa tak nak beritahu dulu yang korang nak ikut aku?,” soal Hana lagi.

“Kau tahu sendiri kan yang perangai kau tu macam mana. Kau tu jelmaan singa betina tahu tak. Kalau kitaorang beritahu, kenduri arwahlah jawabnya,” jawab Aiman selamba. Aqief menyinggul lengan Aiman. Aiman terkejut lalu memandang Aqief.

“Apa?,” soal Aiman terkejut sambil memandang Aqief. Aqief memuncungkan bibirnya menghala ke arah Hana. Aiman menelan air liurnya sambil memandang Hana. Kelihatan Hana memandang tajam ke arah mereka berdua.

“Hana, kau janganlah marah. Niat kitaorang baik. Kitaorang tak nak apa-apa terjadi dekat kau. Kitaorang risau dekat kau. That’s why kitaorang ikut kau ke sini,” terang Aqief pula. Hana hanya mendiamkan diri sambil memandang tajam ke arah Aiman dan Aqief.

“Hana. Kitaorang minta maaf sebab ikut kau tanpa pengetahuan kau. Kitaorang tahu kau marah. Tapi kitaorang cuma risau je. Sorrylah Na,” ujar Aiman pula bertujuan bagi menenangkan hati Hana yang sedang terbakar dengan marak.

“Betul kata Aiman tu. Kitaorang minta maaf sebab ikut tanpa pengetahuan kau. Kitaorang tahu ni privacy kau. Cuma aku nak kau tahu yang kitaorang buat semua ni sebab kitaorang risau terhadap kau. Kitaorang tak nak Farish buat apa-apa terhadap kau. Farish selalu sakitkan kau. Jadi kitaorang tak nak perkara ini berlaku lagi,” ujar Aqief lagi. Aiman yang berada di sebelah Aqief hanya menganggukkan kepala tanda mengiyakan apa yang Aqief katakan. Hana memandang Aiman dan Aqief dengan mata yang redup.

“Dahlah korang. Laparlah. Jomlah pergi makan. Sebagai hukuman, korang kena belanja aku makan. Macam mana?,” ujar Hana sambil memandang Aiman dan Aqief. Aiman dan Aqief tercengang sambil saling berpandangan antara satu sama lain.

“Biar betul. Kau tak marahlah ni?,” soal Aiman sambil memandang Hana dengan muka terujanya.

“Nak aku marah ke?,” soal Hana sambil memandang Aiman dengan senyuman yang sinis.

“Tak nak-tak nak,” jawab Aiman dengan pantas. Aqief hanya memandang Hana sambil tersenyum manis. Nasib baik Hana tak marah. Kalau angin dia macam ribut taufan, habislah mereka berdua.

Okay, kau cakap je nak makan apa. Kitaorang belanja,” ujar Aqief sambil memandang Hana. Aiman memandang Aqief sambil menganggukkan kepalanya.

Okay jom. Kita makan dekat kedai hujung tu. Lama tak makan bakso Mak Jah. Bakso dia sedap. Rugi tak cuba,” ujar Hana sambil mengatur langkahnya. Aiman dan Aqief turut mengatur langkah mengikuti langkah Hana.

Okay sure,” balas Aqief sambil berjalan seiringan dengan Hana.

“Baksolah kita hari ni,” ujar Aiman pula turut berjalan seiringan dengan Hana dan Aqief.

Mereka bertiga berjalan bersama-sama dengan perasaan yang gembira. Kedengaran juga tawa riang daripada mereka bertiga. Hana sungguh bertuah mempunyai kawan sebaik Aiman dan Aqief. Di kala duka dan gembira, mereka tetap ada bersama dengannya. Hana bukannya marah sangat kepada mereka berdua. Bagi Hana, dia amat bersyukur kerana mempunyai sahabat yang selalu ambil berat tentang dirinya. Itu pun sudah cukup baginya. Hana ingin hargai setiap detik yang dilaluinya. Hal ini kerana detik-detik ini tidak akan berulang lagi.

Bagi Hana, kisah di antara dia dan Farish telah berlalu. Mereka berdua memang tidak ditakdirkan bersama. Allah itu maha penyayang. Dia telah mengatur kehidupan kita dengan indah sekali. Hana redha. Antara Hana dan Farish hanyalah tinggal memori sahaja. Memori yang akan tersemat di hati Hana. Hana tidak mahu perkara yang sama berulang kembali. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dia amat serik. Kali ini, Hana akan berserah soal jodoh kepada Yang Esa. Yang penting sekarang, Hana bersama dengan sahabat baiknya. Sahabat suka dan duka. Sahabat yang sukar dijumpai. Hana amat bersyukur mempunyai dua orang sahabatnya itu. Hana memandang Aiman dan Aqief sambil tersenyum manis. Aiman dan Aqief turut membalas senyuman Hana dengan manis sekali. Terima kasih, Aiman, Aqief!

Previous: BAB 13
Next: BAB 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.