Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,819
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 37

Pagi itu sebelum Hana berangkat pergi ke kerja, matanya sempat lagi menjeling rumah Aiman. Kelihatan kereta Aiman masih lagi terparkir di laman rumahnya itu. Hana mengerutkan dahinya tatkala melihat kereta Aiman masih lagi terparkir di situ.

‘Tak kerja ke dia?,’ desis Hana di dalam hati. Hana membuka pintu keretanya sambil matanya masih lagi memandang rumah Aiman.

‘Sakit ke dia? Dahlah semalam aku marah dia. Takkan tiba-tiba dia terus demam dek kerana kata-kata pembunuh aku tu?,’ fikir Hana mengingati kembali kisah mereka semalam. Ingat balik kisah malam tadi, Hana tak dapat melupakan apa yang berlaku antara dia dan Aqief. Hana menganggap itu hanyalah sebuah mimpi. Aqief ingin melamar dirinya. No way! Fikirnya sambil mencemik-cemikkan mukanya itu. Anak matanya kembali memandang rumah Aiman. Kelihatan rumah Aiman masih bertutup. Masih tidur lagi ke semua penghuni dalam rumah tersebut?

‘Takkanlah semua tak bangun lagi,’ desisnya lagi. Hana kemudiannya masuk ke dalam keretanya sambil menghidupkan enjin keretanya.

‘Ada apa-apa berlaku pada Aiman ke?,’ fikirnya lagi. Hana memandang semula rumah Aiman.

‘Haish, tak boleh jadi ni. Aku kena siasat juga!,’ desisnya lagi lalu keluar dari perut keretanya lantas menutup semula pintu keretanya itu.

Hana memandang kiri dan kanannya lantas menghampiri rumah Aiman. Hana menggigit sedikit bibir bawahnya itu sambil menjenguk kiri dan kanannya itu. Kemudian, dengan berhati-hati dia mendekatkan telinganya ke pintu rumah Aiman. Hana ingin tahu apa yang terjadi kepada Aiman. Rasa bersalahnya terhadap Aiman semakin menebal. Kalau boleh, dapat menatap muka comel Aiman tu pun jadilah. Hana menggigit bibir bawahnya lagi sambil mendekatkan lagi telinganya dengan pintu rumah Aiman dengan lagi rapat.

“Tak dengar apa-apa pun,” bisiknya sambil fokus mendengar sekiranya ada bunyi yang datang dari dalam rumah Aiman.

Dengan tiba-tiba pintu rumah Aiman dibuka seseorang. Kelihatan Hana terdorong ke hadapan.

“Oi buaya tembaga!,” latah Kak Aina. Hana yang terkejut dengan situasi tersebut lantas memusingkan badannya sambil tangannya disilang ke hadapan. Hana kemudiannya berpura-pura melihat bunga-bunga Mak Icah yang tergantung di beranda rumahnya itu.

“Hana ke tu?,” soal Kak Aina agak terkejut. Hana menoleh ke arah Kak Aina sambil tersengih.

“Ahahaha, hai kak Aina!,” balas Hana berpura-pura terkejut tatkala melihat Kak Aina yang tercongok di depan pintu.

“Hhai! Hana buat apa dekat sini? tengok apa?,” soal Kak Aina lalu keluar melihat apa yang dilihat oleh Hana.

“Ki..Kita tengok bunga orkid Mak Icah ni. Cantik ye kak Aina bunga orkid ni,” jawab Hana tersengih-sengih sambil mengusap lembut daun bunga orkid yang tergantung itu.

“Ohh bunga ni. Setahu kak Aina bunga ni dah berzaman tergantung dekat sini. Hana baru perasan ke?,” soal Kak Aina sambil memandang muka Hana dengan muka blurnya itu.

“Ohh hahaha! Itu. Hee, hmm. Bila kak Aina sampai sini? semalam tak nampak pun,” ujar Hana cuba menukar topik. Jika dibiarkan kak Machine Gun ni terus bertanya bukan-bukan, boleh kantoi dibuatnya.

“Haa? Akak sampai tengah malam tadi. Excited nak pergi…,”

“Aina!,” kedengaran Mak Icah memanggil dirinya dari dalam rumah. Hana dan Kak Aina agak terkejut tatkala mendengar panggilan daripada Mak Icah itu.

“Ye mak!,” balas Kak Aina. Kemudian dia memandang kembali wajah Hana. Hana hanya tersenyum tatkala Kak Aina memandang dirinya itu.

“Haa sambung. Sebenarnya akak dengan…,”

“Aina!,” panggil Mak Icah lagi. Kelihatan Kak Aina dan Hana memandang ke arah dalam rumah Aiman.

“Akak masuk dululah ye. Nanti kita sambung chit chat lagi okay,” ujar Kak Aina.

“Eh, tak pelah kak Aina. Lagipun kita nak pergi kerja dah ni,” balas Hana sambil cuba melepaskan diri daripada kak Machine Gun itu. Hana mendapat tahu gelaran tersebut pun daripada Aiman. Tak habis-habis Aiman bercerita pasal kakak Machine Gunnya itu. Ada saja yang dia tidak puas hati dengan kakaknya itu. Yang jadi mangsa telinga bernanahnya si Hana. Hanya Hana sajalah tempat dia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kakaknya itu.

“Ohh, tak pelah macam tu. Nanti kalau ada masa kita chit chat lagi okay. Bye Hana!,” balas Kak Aina sambil tersenyum mesra. Sempat lagi dia melambaikan tangannya itu kepada Hana. Hana hanya tersenyum sambil membalas lambaian daripada Kak Aina itu. Kemudian, kelihatan Kak Aina masuk ke dalam rumah. Mak Icah telah memanggilnya entah berapa kali tidak terkira.

Hana menelan air liurnya itu sambil terkebil-kebil memandang pintu rumah Aiman. Niatnya datang ke situ adalah untuk bertemu dengan Aiman. Tetapi kakak Machine Gun pula yang dijumpanya. Hana mengeluh kecil lalu melangkah meninggalkan rumah Aiman. Mungkin di tempat kerja nanti dia dapat berjumpa dengan Aiman. So, janganlah gelojoh sangat nak jumpa dengan Aiman. Betul tak Hana.

Hana kemudian memasuki keretanya lalu memandu keluar keretanya itu. Sesekali dia melihat jam di tangannya itu. Alamak! Dia hampir lambat sampai ke hotel. Hana menekan minyak lalu memecut laju menyusuri jalan raya yang terbentang luas di hadapannya itu.

                                                                ***********

Sesampai sahaja Hana di hotel, Hana dengan tergesa-gesa punch cardnya di mesin punch card. Nasib baik sempat. Hana melepaskan leganya lalu pergi ke meja reception. Hana kemudian memandang kerusi Aiman yang masih kosong. Takkan Aiman datang lambat hari ini. Tak pun, takkan Aiman tak datang hari ini. Hana termangu-mangu sendirian.

Dari jauh kelihatan Encik Iqbal datang menghampiri meja reception. Hana mematikan lamunannya tatkala menyedari Encik Iqbal menghampiri dirinya.

“Hana, saya nak beritahu awak sesuatu ni,” ujar Encik Iqbal secara tiba-tiba. Kelihatan Hana tersentak kecil tatkala Encik Iqbal berkata seperti itu.

“Ye Encik Iqbal,” balas Hana.

“Hari ni awak jaga bahagian reception ni sorang-sorang ye. Saya belum dapatkan lagi pengganti Aiman. Schedule belum saya rombak lagi. Jadi, tolong ye Hana,” ujar Encik Iqbal agak serius. Hana membesarkan matanya tatkala mendengar arahan daripada Encik Iqbal itu.

Wait, wait! Pengganti Aiman? maksudnya?,’ Hana mengumam sendirian.

“Encik, boleh saya tanya sesuatu tak?,” soal Hana sambil memandang wajah bengis Encik Iqbal itu. Encik Iqbal menganggukkan kepalanya dengan perlahan. Hana menelan air liurnya sebelum mengutarakan soalannya kepada Encik Iqbal yang bengis itu.

“Encik, encik kata tadi encik belum dapatkan lagi pengganti Aiman. Maksud encik? Aiman dah berhenti ke?,” soal Hana dengan mukanya yang penuh tanda tanya itu.

Kelihatan Encik Iqbal memandang wajah Hana dengan perasaan serba-salah. Seperti ada sesuatu yang disembunyikannya itu.

“Hmm, sebenarnya. Aiman dah resign,”

“Apa! Dah resign? Sejak bila?,” soal Hana yang agak terkejut dengan jawapan daripada Encik Iqbal itu.

“Baru tadi. Dia hantar notis 24 jam. So, saya tak boleh nak buat apa,” balas Encik Iqbal.

‘Dia baru hantar notis tu tadi? Sebelum aku datang sini, aku nampak kereta dia masih ada lagi. Dia naik apa datang sini? ohh, aku lupa. Dia mesti guna kereta Kak Aina. Sebab aku tengok tadi kereta Kak Aina tak ada. Kenapalah sengal sangat aku ni sampai tak terfikir pasal tu,’ desis Hana sambil menyalahkan dirinya sendiri.

“Kalau boleh saya tahu, kenapa dia berhenti ye Encik Iqbal?,” soal Hana yang agak ketakutan setiap kali memandang wajah bengis Encik Iqbal itu. Kelihatan Encik Iqbal menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

“Hmm, saya sendiri pun tak tahu. Tapi dia ada cakap yang hari ni dia nak berlepas ke Amsterdam,”

“Amsterdam?,” soal Hana agak terkejut.

“Encik Iqbal, saya ambil cuti hari ni!,” ujar Hana lalu bergegas meninggalkan Encik Iqbal yang sedang terkejut itu.

“Hei Hana! Patah balik ke sini! siapa nak ganti awak ni?!,” jerit Encik Iqbal yang tersentak dengan tindakan drastik Hana itu.

“Encik Iqbal potong je gaji saya nanti!,” jerit Hana lalu melambaikan tangannya kepada Encik Iqbal. Kemudian dengan selambanya dia berlari menuju keretanya.

‘Haish budak ni! siapa pula nak ganti tempat dia ni. Dahlah semua pekerja tak ada sekarang. Nampaknya aku juga yang kena ganti tempat dia,’ desis Encik Iqbal sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

Sesampai sahaja di tempat parkir, Hana lantas mengeluarkan kunci keretanya. Hana kemudian membuka pintu keretanya itu lantas membolosi badannya ke dalam kereta. Kedengaran enjin keretanya berderum-derum tatkala dia menghidupkan enjin keretanya itu. Tanpa membuang masa, Hana menekan minyak lalu memandu keluar keretanya itu dari kawasan tersebut,

Dalam hatinya berharap agar dia sempat bertemu Aiman dan menghalangnya dari pergi ke Amsterdam. Hana betul-betul berharap dapat menghalangnya. Hal ini kerana dia ingin sangat meluahkan perasaannya terhadap Aiman ketika ini.

Sekiranya dia dapat menghalang Aiman dari pergi ke Amsterdam, dia akan meluahkan perasaannya itu kepada Aiman. Hana akan nekad lakukannya. Betul-betul nekad.

“Tapi, aku nak pergi mana ni? kalau aku pergi ke Airport, takut Aiman masih dekat rumah pula. Hmm, pergi rumah Mak Icah dululah. Mesti dia belum pergi lagi ni,” ujar Hana sendirian. Dia mengetap bibirnya lalu memandu laju keretanya itu menyusuri jalan raya yang agak lenggang itu.

Dalam masa 20 minit sahaja, kereta Hana sudah memasuki perkarangan rumah Aiman. Hana menjenguk-jengukkan kepalanya melihat sekiranya kereta Aiman atau kereta Kak Aina masih lagi di halaman rumah. Hana menarik nafas lega tatkala melihat kedua-dua kereta itu masih lagi di halaman rumah Mak Icah.

Hana menarik handbreak, lalu keluar dari keretanya itu. Nasibnya memang baik memandangkan kedua-dua kereta itu masih di halaman rumah Mak Icah.

“Assalammualaikum, Mak Icah! Oh, Mak Icah!,” Hana memberi salam sambil berlari menuju ke arah rumah Mak Icah. Nek Yam yang ketika itu sedang menggembur bunganya itu terkejut tatkala melihat cucunya itu tiba-tiba berlari menuju ke rumah jirannya itu.

“Aik, tak kerja ke budak ni?,” ujar Nek Yam sendirian sambil berdiri memandang cucunya itu.

“Assalammualaikum, Mak Icah! Oh, Mak Icah!,” Hana cuba memberi salam lagi sambil mengetuk-ngetuk pintu rumah Mak Icah.

“Eh, Hana! Kenapa patah balik ni? tak kerja ke?,” tegur Nek Yam yang sudah berada di sebelah Hana. Hana kelihatan terkejut tatkala memandang neneknya yang sudah berada di sebelahnya itu.

“Nenek! Macam mana nenek ada dekat sini?,” soal Hana yang agak terkejut memandang neneknya yang masih berpakaian berkebun itu.

“Patutnya nenek yang tanya Hana. Hana buat apa terketuk-ketuk pintu rumah Mak Icah ni? kenapa patah balik? Tak pergi kerja ke?,” soal Nek Yam bertalu-talu.

Kelihatan Hana tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu sambil tersengih.

“Orang tanya dia sengih-sengih macam kerang busuk pula,” tambah Nek Yam lagi yang pelik dengan sikap cucunya itu.

“Waalaikummussalam!,” jawab Mak Icah lalu membuka pintu rumahnya. Kelihatan Mak Icah terkejut tatkala memandang Hana dan Nek Yam yang berada di luar rumahnya itu. Hana dan Nek Yam memandang Mak Icah dengan serentak.

“Oh, Hana, Mak Yam. Kenapa ni?,” soal Mak Icah sambil tersenyum memandang Nek Yam dan Hana walaupun riak mukanya masih lagi dalam keadaan terkejut.

“Mak Icah, Aiman ada? Hana dengar dia nak pergi Amsterdam hari ni? betul ke?,” soal Hana tanpa berselindung lagi. Nek Yam yang berada di sebelah Hana agak terkejut dengan soalan yang di berikan oleh cucunya itu. Aiman pergi Amsterdam? Fikirnya.

Hana menunggu jawapan Mak Icah dengan perasaan yang teruja. Dia berharap sangat yang dia sempat menghalang Aiman dari pergi ke Amsterdam. Kelihatan Mak Icah teragak-agak untuk memberi jawapannya. Seperti ada sesuatu yang harus di sembunyikan.

“Mak Icah? Aiman belum pergi lagikan?,” soal Hana dengan penuh harapan.

“Hana, sebenarnya… Aiman… Aiman dah pergi dah. Dia dan Kak Aina pergi ke Airport naik dengan kawan Kak Aina,” jawab Mak Icah dengan teragak-agak.

“Dah pergi? Hana kena kejar Aiman. Masih sempat lagikan,” ujar Hana sambil cuba mengatur langkah. Tetapi langkahnya terhenti tatkala Nek Yam memegang tangan Hana. Hana tersentak lalu memandang neneknya itu.

“Nenek?,”

“Tak guna Hana. Diaorang dah jauh dah pun. Kalau Hana kejar sekalipun, takkan jumpa punya. Hana tunggu jelah Aiman balik nanti ye,” ujar Nek Yam agak lembut.

“Tapi kenapa? Mak Icah? Aiman, lama ke dekat sana?,” soal Hana sambil memandang tepat muka tua Mak Icah itu. Kelihatan Mak Icah serba-salah memberi jawapan kepada Hana. Takut jawapannya itu nanti merobek perasaan Hana ketika ini.

“Mak Icah? Aiman tak lama kan pergi sana?,” soal Hana lagi. Kedengaran ada sedikit getar di hujung nadanya itu.

“Hana. Aiman pergi sana selama tiga tahun. Jadi Hana tak usahlah kejar Aiman lagi. Itu memang keputusan yang dia buat. Mak Icah pun tak dapat nak halangnya,” pujuk Mak Icah dengan lembut. Membuntang biji mata Hana tatkala mendengar kenyataan daripada Mak Icah itu.

‘Tiga tahun? Tak mungkin!,’ jerit hati Hana.

Previous: BAB 36
Next: BAB 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.