Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,827
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 5

“Mana Aqief ni? Tadi masa rehat pun tak nampak muka dia. Takkan dia tidur dekat sini pula,” rungut Hana. Sambil itu, matanya melingas melihat ke kiri dan kanan. Sesekali dia melihat jam di tangannya. Sudah pukul 5:15, takkanlah Aqief tak keluar lagi. Waktu habis kerja pukul 5:00. Kebetulan shift Hana dan Aiman waktu pagi sampai petang, jadi waktu mereka habis kerja sama dengan Aqief.

“Haish, mana dia ni. Penatlah tunggu,” rungut Hana lagi.

“Eh Hana, kau boleh berhenti merungut tak? Pening tahu tak. Kita balik jelah. Lagipun Aqief tak suruh tunggu dia pun. Yang kau beria nak tunggu dia pesal? Jumpa jelah dekat rumah. Bukan jauh pun rumah dia. Sebelah rumah kau je kot. Buka tingkap je, dah nampak muka dia. Jomlah balik,” ujar Aiman memujuk Hana. Serabut kepalanya melihat Hana seperti itu.

“Tak nak! Aku nak tunggu juga dia dekat sini,” ujar Hana tegas.

“Suka hati kaulah. Aku nak balik! Kau baliklah sorang-sorang,” ujar Aiman geram. Geram dengan sikap degil Hana. Nak juga tunggu Aqief.

Alaa, kau tunggulah kejap. Kejap je. Kejap lagi dia keluarlah tu. Bolehlah Aiman,” ujar Hana lembut. Selembut kapas.

“Tak boleh! Aku nak balik. Kau nak tunggu, kau tunggulah sorang-sorang,” tegas Aiman. Kali ini dia tidak boleh berlembut dengan Hana lagi. Dia terlalu penat hari ini.

“Kalau aku kena kidnap macam mana? Siapa nak selamatkan aku?,” soal Hana sambil memandang Aiman dengan muka yang kasihan.

“Siapa suruh tak nak balik? Kau selamatkanlah diri kau sorang-sorang. Degil sangat tak nak dengar cakap orang,” balas Aiman selamba. ‘Kau ingat kau buat muka comel kau tu, aku cairlah,’ desis Aiman sendirian.

“Aiman, bolehlah,” pujuk Hana sambil menggoyang-goyangkan lengan Aiman.

“Tak boleh!,” Aiman tetap dengan jawapannya.

“Bolehlah,”

“Tak boleh!,”

“Bolehlah,”

“Tak boleh! TAK BOLEH!,”

Ui, apa yang boleh, tak boleh ni?,” Aqief dengan secara tiba-tiba muncul di antara Hana dan Aiman. Hana dan Aiman sama-sama memandang Aqief yang tiba-tiba muncul di antara mereka.

“Tak ada apa-apa,” jawab Aiman selamba.

“Mana ada tak ada apa-apa. Aiman ni, dia tak nak teman aku,” jawab Hana yang ingin menegakkan keadilan.

“Tak nak teman kau? Kau nak pergi mana Hana?,” soal Aqief pelik.

“Tak pergi mana-mana. Aku cuma nak tunggu kau je. Budak ni ha yang tak sabar-sabar nak balik,” jawab Hana sambil menunjuk ke arah Aiman.

“Eh, aku pula. Ni Aqief dah ada depan mata kau. Kau siasatlah apa yang kau nak siasat,” balas Aiman selamba.

“Kau nak siasat apa Hana. Tak boleh tunggu sampai rumah ke?,” soal Aqief sambil memandang muka Hana.

“Bukan tak boleh, cuma nanti malam takut penat. Nanti lupa nak tanya,” ujar Hana.

“Apa yang kau nak tanya?,” soal Aqief lembut. Selembut marshmallow. ‘Wow, romantiknya suara dia. Kalau jadi boyfriend aku, alangkah bahagianya~,’ desis Hana yang sempat melayang-layang ke awangan.

Ha, aku pun nak tahu juga apa yang kau nak tanya sangat tu,” soal Aiman kasar. ‘Haish, mamat ni. Kacau betullah,’ desis Hana sambil menjeling Aiman.

“Tak, aku cuma nak tanya. Bila masa kau mohon kerja dekat sini. Kitaorang tak tahu pun kau dapat kerja dekat sini,” soal Hana.

Laa, tu je ke. Ingat apa tadi. Sampai tak sempat-sempat tunggu dekat rumah,” ujar Aiman sambil mencebikkan mukanya. Hana hanya menjeling dengan kelakuan Aiman.

“Tu je ke kau nak tanya aku sampai sanggup tunggu aku bagai. Sebenarnya aku dah mohon kerja ni sejak aku dekat U.K lagi. Tak sangka boleh terima pula. Tu yang aku kerja dekat sini ni,” terang Aqief kepada Hana.

“Tapi kenapa dekat sini? Kenapa tak dekat lain. Kau kan pandai. Banyak lagi kot tempat kerja yang nak kau,” ujar Hana seperti tidak puas hati.

“Eh, biarlah dia nak kerja dekat sini. Yang kau jaki sangat dengan dia kenapa?,” ujar Aiman pula.

“Sibuk,” balas Hana sambil menjeling Aiman.

“Taklah, sebenarnya aku nak kerja sini sebab mama aku suruh. Dia yang suruh kerja dekat-dekat sini. Lagipun aku kan mana ada adik-beradik lain. Siapa lagi yang nak jaga mama dan ayah aku tu,” terang Aqief kepada rakan-rakannya.

“Oh, macam tu. Baru faham. Tu je aku nak tanya kau,” ujar Hana puas hati.

“Puas hati dah. Eh, jomlah balik. Dah petang ni. Kau naik siapa Hana? Naik aku jelah,” ajak Aqief kepada Hana.

“Eh, Hana naik akulah. Dia selalu tumpang aku. Jom Hana balik,” ujar Aiman pula.

“Tak pelah. Lagipun aku drive sorang. Boring. Ada Hana best juga. Hana naik aku jelah,” ujar Aqief pula. Manakala Hana sekejap-sekejap memandang Aiman, sekejap-sekejap memandang Aqief. ‘Amboi berebut aku nampak,’ desis Hana. Perasaan betul.

“Aku pun drive sorang. Aku pun boring. Tak pe, Hana naik aku je. Lagipun nanti Nek Yam tanya aku mana Hana,” balas Aiman pula seperti tak nak mengaku kalah.

“Dah-dah, korang nak gaduh pasal aku pula. Biar aku yang putuskan dengan siapa aku nak balik. Aku balik dengan Aqief jelah. Tadi kau dah halau aku kan. Kau suruh aku balik sorang-sorang kan. Aku balik dengan Aqief je,” ujar Hana memberi keputusan.

“Eleh, cakap macam tu sikit pun nak touching. Yelah-yelah, aku balik dulu,” ujar Aiman lalu masuk ke dalam kereta vivanya.

“Hati-hati Man,” pesan Aqief. Aiman hanya mengangkat tangannya sahaja. Kemudian dia menghidupkan enjin keretanya dan memandu pergi meninggalkan dua orang sahabatnya itu. Hatinya geram. Geram dengan Hana. Dahlah suruh tunggu sama-sama. Lepas itu terus tinggalkan dia demi Aqief. Geram betul. Bukan Aiman cemburu, tapi cuma terkilan dengan sikap Hana.

“Penat-penat aku tunggu sama-sama dengan dia, dia boleh tinggalkan aku. Cik Ponti betul!,” rungut Aiman sendirian. Aiman memandu keretanya dengan muka yang masam dan hati yang membara.

“Merajuklah tu,” bisik Hana sambil mencebikkan mukanya.

“Hana jom,” ajak Aqief sambil membukakan pintu untuk Hana. ‘Amboi, baiknya Aqief ni. Aiman tak pernah pun macam ni,’ bisik Hana dalam hati. Hana dengan langkah yang sopan dan poyonya masuk ke dalam kereta Aqief.

“Terima kasih,” ucap Hana lembut. Aqief menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Kemudian dia menutup pintu kereta di tempat Hana. Amboi Hana, tak pernah-pernah bersikap sopan dan lembut, tiba dengan Aqief, kalah jelly. Nampak sangat hipokritnya. Apabila dengan Aiman, lain pula sikapnya. Kasar, kalah lelaki.

“Kau ada nak singgah mana-mana tak Hana. Kalau nak, aku bawa,” tanya Aqief kepada Hana.

Haa, aku tak nak singgah mana-mana. Kita balik jelah,” jawab Hana perlahan.

Okay, kau tak nak makan dulu ke sebelum balik?,” tanya Aqief lagi dengan nada yang lembut. Sesekali dia memusingkan stereng keretanya apabila tiba di persimpangan.

“Tak apalah. Nanti nenek tunggu aku dekat rumah. Aku makan dekat rumah je,” balas Hana sambil memandang sekilas wajah tampan Aqief. ‘Wah, kacaknya dia,’ desis hati Hana.

‘Woi, Hana. Kawan kau tu,’ bisik hati Hana lagi. Hana memukul kepalanya sendiri. Dengan kawan sendiri pun boleh terpikat. Hana, Hana. Buat malu je.

“Betul ni tak nak pergi makan dulu. Okay, baru tadi nak ajak dinner,” ujar Aqief dengan nada yang lembut. ‘Wah, romantiknya suara dia. Dinner? Dia nak ajak aku dinner ke. Best juga kalau dinner dengan Aqief,’ bisik hati Hana lagi.

‘Ish, apa kau ni Hana. Lebih-lebih pula dengan si Aqief ni. Maybe si Aiman tak macam Aqief kot. Sebab tu kau macam ni. Tak boleh, tak boleh. Aqief cuma kawan je. FULLSTOP!,’ bisik Hana sambil mencebik-cebikkan mukanya.

“Hana?,” panggil Aqief sambil memetik jarinya di hadapan muka Hana. Hana terkejut dengan tindakan Aqief.

“Ye? Apa dia?,” soal Hana terkejut.

“Kau mengelamun ke? Haha. Tak ada. Aku tanya kau, betul ke tak nak singgah makan ni?,” ujar Aqief sambil tersenyum manis.

“Err, betul-betul. Aku nak terus balik je,” jawab Hana lalu memalingkan mukanya ke arah tingkap. ‘Malunya,’ desis Hana sambil mengetuk-ngetuk perlahan dahinya. Sesekali Aqief memandang Hana sambil tersenyum. Senyumannya sungguh manis, semanis gula-gula.

SEMENTARA di rumah Aiman, Aiman masih rasa geram terhadap Hana. Entah kenapa rasa geram itu semakin membuak-buak tatkala mengenangkan kejadian petang tadi. ‘Cemburukah aku? Tak mungkin. Hal kecil je kot Aiman. Kau ni touching lebih sangat,’ desis Aiman. Sambil itu, matanya melihat paparan cerita di televisyen. Matanya sahaja melihat tv, tapi hatinya menerawang jauh entah ke mana. Sedang Aiman syok mengelamun, tiba-tiba datang Mak Icah dari arah bilik.

“Aiman, mak nak tanya ni. Petang tadi kenapa Hana tak balik dengan kau sekali?,” soal Mak Icah sambil duduk di hadapan anak terunanya itu.

“Entah dia tu. Dia nak balik dengan kawan kesayangan dia. Aiman ni siapa je. Kawan gaduh je,” jawab Aiman seperti merajuk.

Ai, takkan dengan si Aqief tu pun kau nak jealous. Biarlah dia nak balik dengan siapa pun. Mak cuma pelik je. Kan selalu Hana balik sama-sama dengan Aiman. Mak lupa yang Aqief ada. Mak nak tanya tu je. Kau tak payahlah merajuk-merajuk. Buruk tau. Kau tu dah 25 tahun, bukan 5 tahun lagi. Dah boleh jadi bapak orang dah. Ni, mak dengan abah nak keluar sekejap. Nak pergi rumah Mak Sal. Dia ada buat doa tahlil. Mak bawa sekali Nek Yam. Kau tak nak ikut ke?,”

“Tak naklah mak. Aiman penatlah mak. Mak kirim salam jelah dekat Mak Sal. Aiman minta maaf Aiman tak dapat pergi,” jawab Aiman sambil memandang Mak Icah.

“Yelah. Kalau tak nak ikut tu, duduk rumah. Jangan nak merayap. Kunci rumah. Jaga rumah. Faham?,” pesan Mak Icah kepada Aiman dengan tegas.

“Yelah mak. Mak jangan risau. Aiman tak merayap pun. Lagipun Aiman ni kan anak dara mak. Manalah keluar rumah. Kan,” seloroh Aiman.

“Bertuah punya budak. Loyar buruk pula. Nak sangat jadi anak dara kan. Tunggu jelah sampai ada orang yang masuk meminang kau,”

Alaa, mak ni. Apa salahnya kalau ada orang nak masuk meminang Aiman. Zaman dah moden mak. Sekarang zaman globalisasi nilah orang buat apa yang tak pernah buat dulu. Mak tenang-tenang je,” jawab Aiman dengan selamba.

“Ikut zaman globalisasi sangatlah tu. Jangan sampai kau jadi bujang terlajak sudah,” balas Mak Icah. Malas nak berdebat dengan anak lelakinya itu. Ada sahaja jawapannya. Aiman hanya tersengih tatkala mendengar Mak Icah berkata seperti itu. Apa salahnya jadi bujang terlajak. Sudah ramai yang jadi bujang terlajak. Lagipun saham makin naik. Hehe. Sementara itu kelihatan Pak Amir baru keluar dari bilik. Kelihatan Pak Amir sudah bersiap-siap untuk menghadiri majlis doa tahlil di rumah Mak Sal.

“Aiman, tak nak ikut sekali ke?,” tegur Pak Amir kepada anaknya.

“Anak kesayangan awak ni penat. Tak larat nak ikut sekali,” jawab Mak Icah.

Laa, bah. Aiman penatlah bah. Lain kalilah Aiman pergi. Tadi banyak sangat kerja kena buat. Tu yang penat ni. Abah pergilah dengan mak dan Nek Yam,” jawab Aiman manja. Sememangnya Aiman satu-satunya anak lelaki Mak Icah dan Pak Amir. Yang lain hanya perempuan. Aiman merupakan anak bongsu. Aiman mempunyai dua orang kakak. Kakak-kakaknya sudah duduk di rumah sendiri. Kakak Aiman yang sulung, Aisyah sudah mendirikan rumah tangga lima tahun yang lepas dan telah dikurniakan dua orang permata manakala kakaknya yang kedua, Aina masih bujang. Aina masih bekerja di luar kota dan tinggal bersendirian di rumah sewanya. Entah bila kakaknya si Aina ingin berkahwin. Umurnya sudah menginjak 27 tahun. Jangan jadi andartu sudah. Pening Mak Icah memikirkan Aina, tambah-tambah lagi dengan perangai si Aiman. Ada sahaja gelagatnya.

“Yelah, kamu duduk rumah elok-elok. Jaga rumah,” pesan Pak Amir.

“Ye bah,” jawab Aiman sambil menganggukkan kepalanya.

“Jom maknya,” ajak Pak Amir. Mak Icah bangun lalu mengikuti Pak Amir.

“Aiman, jaga rumah elok-elok. Kunci rumah ni,” pesan Mak Icah lagi.

“Ye mak. Nanti Aiman kunci,” ujar Aiman lalu bangun menghantar mak dah ayahnya di muka pintu.

“Jangan buat macam-macam pula dekat rumah,” pesan Mak Icah sambil menyarung selipar di muka pintu.

“Ye makkk,” jawab Aiman. Banyak betul maknya pesan. Macam tak percaya sahaja dekat anaknya itu.

“Mak dengan abah pergi dulu. Mak nak panggil Nek Yam sekejap,”

“Hati-hati mak,” pesan Aiman. Mak Icah hanya mengangguk lalu berlalu pergi ke rumah jirannya. Kelihatan Nek Yam sudah bersiap. Manakala Pak Amir sedang menunggu di dalam kereta. Aiman kemudiannya menutup pintu lalu menguncinya.

Yess, mak dengan abah tak ada,” bisik Aiman gembira sambil menggenggam tangannya.

SEMENTARA di rumah Hana pula, Hana dan Husna masih di muka pintu melihat kelibat neneknya yang berada di dalam kereta bersama dengan Mak Icah dan Pak Amir. Pak Amir kemudiannya menghon keretanya, manakala Hana dan Husna melambaikan tangannya ke arah kereta Pak Amir.

“Jom masuk,” ajak Hana kepada Husna setelah yakin kelibat kereta Pak Amir sudah tiada. Husna hanya menurut sahaja kata kakaknya itu. Hana kemudian menutup pintu lalu menguncinya. Husna pula duduk di hadapan tv sambil menyiapkan kerja sekolahnya.

“Banyak kerja sekolah tak? Tak faham tanya kakak,” soal Hana sambil duduk di sofa hadapan adiknya.

“Banyak ni. Nanti kalau Husna tak faham, Husna tanyalah kakak,” jawab Husna sambil membuat kerja sekolahnya. Hana hanya mengangguk dan melihat adiknya membuat kerja sekolah. ‘Apa Aiman tengah buat sekarang? Dia marah aku lagi ke? Alaa, hal remeh kot. Takkan pasal hal kecil tu pun nak marah,’ desis Hana sambil memikirkan pasal Aiman.

“Nak minta maaf ke tak nak ek? Kenapa pula aku nak minta maaf. Aku bukan buat salah dengan dia pun. Tapi dia macam marah aku. Haishh,” bisik Hana.

“Akak kenapa? Cakap sorang-sorang?,” tanya Husna dengan muka yang pelik.

“Haish, budak kecil ni. Sibuk je. Cepat siapkan kerja sekolah tu,” ujar Hana kepada Husna. Husna hanya mencebikkan mukanya sahaja. Pelik dengan sikap kakaknya itu.

“Baik aku call dia,” kata Hana lagi. Hana mengambil telefon bimbitnya lalu mendail nombor Aiman. Husna hanya memandang kakaknya secara senyap.

“Tak dapat pun,” Hana mendail lagi nombor Aiman. Tetap tidak dijawab.

“Mana dia ni. Husna, akak nak pergi rumah abang Aiman. Husna duduk rumah sekejap. Kunci pintu,” ujar Hana kepada Husna. Husna kelihatan pelik dengan kakaknya.

“Kenapa pula akak nak pergi rumah abang Aiman?,” soal Husna sambil mengerutkan keningnya.

“Kunci je pintu. Cepat,” arah Hana dengan tegas. Hana bangun lalu keluar menyarung seliparnya. Husna hanya menuruti arahan kakaknya. Kalau tak turuti, nanti kena marah pula.

Sementara di rumah Aiman…

“Lalalalala~Lalalalala~,” kedengaran Aiman menyanyi-nyanyi kecil di dalam biliknya.

“Hmm, daripada Kak Aina tak pakai, baik aku pakai. Tak membazir,” ujar Aiman sendirian di hadapan cermin.

“Wow, segarnya. Bagus juga Kak Aina tinggalkan benda ni. Hehehe,” ujar Aiman lagi di hadapan cermin biliknya.

“Assalammualaikum, Aiman!,” Hana memberi salam sambil mengetuk-ngetuk pintu rumah Aiman.

“Assalammualaikum, Aiman!,” Hana memberi salam lagi. Sepertinya Aiman tidak mendengar salam Hana. Hana mengetuk-ngetuk lagi pintu rumah Aiman.

“Assalammualaikum, Aimannn! Haish, mana Aiman ni. Takkan dah tidur. Awal lagi. Call pun tak angkat,” rengus Hana sendirian. Hana mengetuk-ngetuk dengan kuat pintu rumah Aiman. Aiman yang khusyuk membelek mukanya di hadapan cermin tersentak tatkala pintu rumahnya diketuk bagai nak roboh.

“Haish, siapa pula yang ketuk pintu rumah aku bagai nak roboh ni. Kejap-kejap!,” jerit Aiman dari dalam bilik.

“Assalammualaikum, AIMANNNN!,” kali ini Hana memberi salam dengan sekuat hati begitu juga dengan ketukkannya. Hampir tiada suara dibuatnya. Lantaklah apa jiran lain nak cakap. Yang penting Aiman buka pintu sekarang.

“Kejap-kejap! Sabarlah mak cik!,” jerit Aiman dari dalam rumahnya. Aiman membuka kunci dan pintu rumahnya.

“Aiman. ARGHHHHHH!! SETANNN!,” jerit Hana lalu pengsan.

“Setan? Mana? Hana?,” soal Aiman sambil melingas ke kiri dan ke kanan.

“Hana? Kenapa kau pengsan dekat sini. Bangunlah Hana. Oi, bangunlah. Malulah orang lain nampak kau tidur dekat depan rumah aku. Macam mana ni,” ujar Aiman sendirian. Dia menepuk-nepuk muka Hana.

“Tak boleh jadi ni. Baik aku bawa dia balik,” ujar Aiman sendirian. Aiman menutup pintu rumahnya lalu mendukung Hana. Baru sahaja Aiman ingin mendukung Hana tiba-tiba, ‘Krekkk…’

“Pinggang aku,” jerit Aiman perlahan. Aiman mengetap bibirnya lalu mendukung Hana balik ke rumahnya. Nasib baiklah rumah Hana hanya bersebelahan dengan rumah Aiman. Kalau tidak, sengsara Aiman mendukung Hana.

“Kau ni berat dosa ke apa. Berat betul,” bisik Aiman perlahan. Sesampai Aiman di hadapan rumah Hana, Aiman cuba memanggil Husna.

“Husna! Oh Husna! Buka pintu ni cepat! Abang tak tahan dah ni,” jerit Aiman dari luar.

“Husnaaa!,”

“Haish, mana pula budak kecil ni,” ujar Aiman sendirian. Husna yang khusyuk membuat kerja sekolahnya terkejut tatkala mendengar panggilan daripada Aiman.

“Ye!,” jerit Husna dari dalam rumah. Husna bangun lalu membuka pintu rumahnya.

“ARGHHHHHHHH! HANTU!!,” jerit Husna sekuat hati. Jeritan Husna juga telah membuatkan Aqief serta keluarganya terkejut. Almaklumlah, ketika itu mereka sekeluarga berada di serambi rumah mereka.

“Ni abang Aimanlah. Bukan hantu,” terang Aiman.

“Hantu culik kak Hana! Tolong!,” jerit Husna lagi. Dengan serta-merta Aqief dan keluarganya berada di hadapan rumah Hana.

“Siapa kau?,” jerit Aqief. Puan Rahimah dan Encik Hisyam terkejut tatkala melihat Aiman.

“Akulah Aiman. Aiman,” terang Aiman bersungguh-sungguh.

“Aku tak percaya. Kalau kau Aiman, apesal kau pakai macam tu. Kau perompak kan?,” tuduh Aqief lagi. Dia tidak percaya yang berada di hadapannya adalah Aiman. Sahabat baiknya. Takkanlah Aiman seperti itu.

“Tak kisahlah kalau kau tak percaya. Kau bawa Hana ni masuk dalam dulu. Pinggang aku dah nak patah dah ni. Cepat-cepat,” ujar Aiman seperti sengsara. Aqief dengan teragak-agak mengambil alih mendukung Hana. ‘Mak oi, boleh tahan juga berat Hana ni,’ desis Aqief di dalam hati. Aqief mendukung Hana lalu membawanya masuk ke dalam rumah. Husna memberi laluan kepada Aqief sambil menutup mulutnya. Rasa terkejutnya melihat Aiman masih tidak hilang lagi. Kemudian, Aqief meletakkan Hana di tengah-tengah ruang tamu.

“Husna, ambil bantal,” arah Aqief. Husna dengan pantasnya masuk ke bilik untuk mengambil bantal. Manakala Aiman, Puan Rahimah dan Encik Hisyam turut masuk ke dalam rumah Hana.

“Nah bang, bantal,” ujar Husna sambil memberi bantal tersebut kepada Aqief. Aqief mengambil bantal tersebut lalu meletakkannya di bawah kepala Hana.

“Mama, ambilkan air. Aqief nak renjis dekat muka Hana,” pinta Aqief kepada mamanya.

“Yelah,” ujar Puan Rahimah lalu berlalu ke dapur untuk mengambil air. Sementara menunggu Puan Rahimah mengambil air, Aqief memandang tajam ke arah Aiman.

“Siapa kau?,” soal Aqief lagi.

“Akulah Aiman. Kenapa tak percaya aku ni Aiman. Oh, aku tahu kenapa semua orang tak kenal aku. Mesti sebab masker ni,” ujar Aiman sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aiman kemudiannya membuka masker yang dipakainya. Aqief dan Encik Hisyam memandangnya dengan muka yang pelik.

“Akulah Aiman,” ujar Aiman sambil memegang masker yang dipakainya.

Laa, Aiman,” ujar Encik Hisyam dengan nada yang lega.

“Aiman rupanya. Haish, budak bertuah ni,” ujar Puan Rahimah pula yang baru datang dari dapur.

“Kau rupanya. Yang kau pakai masker bagai dengan kau sepit rambut kau tu kenapa Man. Patutlah orang ingat kau hantu, perompak. Nasib baik aku tak report dekat ketua kampung,” ujar Aqief lega. Lega sebab sangkaan Aiman sebagai perompak adalah meleset sama sekali. Kalau ketua kampung tahu, tak tahulah apa nasib Aiman malam ini.

“Manalah aku tahu yang si Hana ni pengsan sebab terkejut nengok aku. Aku cuma nak try je masker kakak aku ni. Daripada membazir, baik aku guna,” jawab Aiman sambil memandang Aqief. Aqief hanya menggeleng-geleng kepalanya sahaja. Aiman, Aiman.

“Nah, ambil air ni,” ujar Puan Rahimah lalu memberi segelas air kepada Aqief. Aqief mengambilnya lalu merenjis ke muka Hana. Hana mencebik-cebikkan mukanya tatkala direnjis oleh Aqief.

“Hana?,” panggil Aqief lembut. Puan Rahimah yang berada di sebelah Aqief turut memandang Hana.

“Hantu, mana hantu tu? Aqief? Rumah Aiman ada hantu. Cepat pergi tolong Aiman. Aiman?,” Hana meracau dan memandang Aiman. Aiman hanya tersenyum tawar.

“Mana ada hantu Hana. Aiman yang hantu tu,” ujar Aqief menerangkan keadaan sebenar.

“Aiman yang hantu tu?,” soal Hana dengan muka yang pelik.

“Ye, dia pakai maskerakak dia. Tu yang kau ingat dia hantu,” terang Aqief lagi.

Masker?,” soal Hana sambil memandang Aiman dengan pelik.

“Assalamualaikum!,” kedengaran Nek Yam, Mak Icah dan Pak Amir memberi salam.

“Waalaikumussalam,” jawab semua yang berada di dalam rumah Hana.

“Kenapa ramai-ramai datang rumah ni. Hana? Kenapa ni? Macam nampak hantu je,” soal Nek Yam sambil memandang keadaan di dalam rumahnya. Mak Icah dan Pak Amir turut masuk ke dalam rumah Nek Yam.

“Memang nampak hantu pun. Hantu abang Aiman,” jawab Husna selamba.

“Hantu abang Aiman?,” soal Mak Icah terkejut. Husna hanya menganggukkan kepalanya dengan yakin. Mak Icah memandang Aiman dengan mata terjegil. Aiman hanya menundukkan mukanya. Tak sanggup bertentangan mata dengan maknya.

“Aiman, apalagi kau dah buat ni?,” soal Mak Icah sambil mencekak pinggangnya. Manakala Pak Amir hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Aiman, Aiman, tak habis-habis buat masalah.

“Bukan salah Aiman Mak Icah. Salah Hana juga. Hana terlalu terkejut sangat,” pintas Hana cuba menyelamatkan Aiman. Aiman memandang muka Hana. Tak pernah-pernah nak back up Aiman, tiba-tiba kali ini dia back up Aiman, rasa pelik pun ada.

“Dah-dah, apa yang terjadi sebenarnya ni? Imah? Hisyam? Aqief? Hana? Husna? Aiman?,” soal Nek Yam kepada setiap orang yang berada di situ.

“Sebenarnya Hana terkejut bila nampak Aiman pakai masker tu. Hana pengsan. Kami ingat Aiman ni perompak ke apa. Rupanya dia pakai masker kakak dia. Tu yang salah faham Mak Yam,” terang Puan Rahimah.

“Haish, Aiman-aiman. Pergi minta maaf dekat Hana sekarang,” arah Mak Icah dengan tegas.

“Hana, aku minta maaf,” ujar Aiman. Hana hanya mendiamkan dirinya sahaja. Tak mampu untuk berkata apa-apa.

“Ni Mak Yam dah balik, Hana pun dah okay, kami minta diri dulu ye Mak Yam,” ujar Puan Rahimah meminta diri.

“Baiklah, terima kasih banyak-banyak Imah, Aqief, Hisyam,” ujar Nek Yam.

“Sama-sama,” balas Puan Rahimah sambil tersenyum. Manakala Aqief meminta diri sambil tersenyum. Begitu juga dengan Encik Hisyam.

“Mak Yam, saya minta maaf banyak-banyak bagi pihak Aiman ni. Budak bertuah ni tak habis-habis buat masalah. Saya minta maaf ye Mak Yam, Hana,” ujar Mak Icah kepada Nek Yam dan Hana.

“Tak apalah Cah. Budak-budak. Biasalah tu. Benda kecil je,” balas Nek Yam tenang.

“Tulah, macam nilah. Saya balik dulu ye. Minta maaf ye Mak Yam, Hana,” ujar Mak Icah meminta diri.

“Ye. Tak apa, tak apa. Terima kasih ye Cah tumpangkan Mak Yam tadi,”

“Sama-sama. Balik dulu Mak Yam,” ujar Mak Icah lalu berlalu balik ke rumahnya. Pak Amir dan Aiman turut mengikuti langkah Mak Icah.

“Ye, hati-hati,” pesan Nek Yam sambil melihat mereka tiga beranak di hadapan pintu. Manakala Hana masih mendiamkan diri. Masih teringat kejadian tadi. Terkejut betul dia. Tak pernah-pernah dia terkejut sampai pengsan. Husna duduk di sebelah Hana sambil menenangkan keadaan Hana. Hana tersenyum memandang Husna. Begitu juga Husna.

Previous: BAB 4
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.