Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,789
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 4

Pagi ini Hana kelihatan mengantuk sangat. Entah pukul berapa dia menyental bilik mandi malam tadi. Yang penting, lepas dia sental bilik mandi sampai berkilat malam tadi, dia terus tertidur. Terasa penat sangat selepas menyental malam tadi. Tapi tidak mengapa, yang penting dia dapat tidur malam tadi.

Selepas menyiapkan makanan untuk tengah hari, Hana berlalu ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Jam di dinding telah menunjukkan pukul 7 pagi. Kalau lambat siap, habis kena bebel dengan Aiman. Hana pergi kerja bersama dengan Aiman. Kebetulan mereka bekerja di tempat yang sama. Mereka bekerja di Hotel Desaru. Hana dan Aiman bekerja sebagai receptionist. Jadi senanglah Hana untuk berulang-alik ke tempat kerja.

Sementara itu, Husna telah bersiap-siap untuk berangkat ke sekolah. Bas sekolah akan datang dalam pukul 7:05 pagi. Husna dengan terkocoh-kocoh duduk di luar rumah untuk memakai kasut sekolahnya. ‘Alamak! Dah lambat,’ desis Husna sendirian.

“Husna, jangan lupa bawa bekal ni. Kak Hana dah siapkan dah ni,” kata Nek Yam sambil memberi bekal tersebut kepada cucunya.

“Terima kasih nek. Cakap dekat kakak terima kasih,” Husna mengambil bekal tersebut sambil tersenyum.

“Yelah. Belajar rajin-rajin,” pesan Nek Yam. Husna mengangguk sambil menyalam tangan tua neneknya itu. Tidak lama kemudian, bas sekolah yang selalu mengambil Husna telah sampai di hadapan rumah.

“Husna pergi dulu nek. Bye, assalammualaikum,” ujar Husna dan terus berlalu meninggalkan neneknya itu. Nek Yam hanya mengangguk sambil tersenyum melihat cucunya itu.

Setelah yakin bayangan bas sekolah hilang dari pandangannya, Nek Yam keluar ke halaman rumah untuk menyiram bunga-bunga yang di tanamnya. Sungguh sayang dia terhadap bunganya itu. Terdapat pelbagai bunga yang ditanamnya. Ada ros, seri pagi, bunga kertas, bunga raya, orkid dan bermacam lagi. Itulah kegiatan riadah yang di lakukan oleh Nek Yam setiap pagi.

“Nek, buat apa tu? Tengah belai bunga kesayangan ke?,” tegur Aiman mesra.

“Ish Aiman ni. Mestilah, takkan nak belai Aiman pula kan,” usik Nek Yam pula.

“Hahaha, pandai nenek bergurau,” usik Aiman pula. Terburai ketawa daripada Nek Yam. Begitu juga Aiman.

“Amboi, ketawa sakan nampak. Apa yang happy sangat tu?,” sampuk Mak Icah yang dari tadi mendengar dekahan ketawa Aiman dan Nek Yam.

“Tak delah Cah. Aiman ni. Biasalah anak bujang kau ni. Tak sah kalau tak nyakat aku satu hari,” seloroh Nek Yam.

“Aiman pula nenek ni. Mana ada Aiman suka menyakat nenek. Aiman sayang nenek apa,” ujar Aiman mengambil hati Nek Yam.

“Pandainya ambil hati. Nak apa-apalah tu,” usik Mak Icah pula.

“Mak ni, kesitu pula. Aiman ikhlas tau,” jawab Aiman ala-ala manja gitu.

“Haa yelah tu ikhlas. Ni Mak Yam, Cah nak tanya. Malam tadi Cah ada dengar bunyi bising dekat rumah Mak Yam. Bunyinya macam ada orang menyental gitu. Siapa yang menyental malam tadi Mak Yam?,” tanya Mak Icah dengan pelik.

“Aiman pun ada juga dengar bunyi orang menyental malam tadi. Tapi Aiman ingat itu cuma ilusi je. Yelah semalam penat sangat.”

“Ish budak ni. Menyampuk saja,” ujar Mak Icah sambil menepuk bahu Aiman.

“Aduh, sakitlah mak. Mak ni suka puk-puk Aiman tau,” ujar Aiman sambil menggosok-gosok bahunya itu. Nek Yam hanya tersenyum melihat gelagat dua anak-beranak itu.

“Oh, yang menyental malam tadi si Hana. Entah kenapa angin dia nak menyental bilik air malam tadi. Tengah malam pula tu. Pagi tadi Mak Yam tengok berkilat bilik airnya,” jawab Nek Yam dengan bersungguh.

“Oh, Hana. Ingatkan siapa yang menyental tengah-tengah malam,” ujar Mak Icah.

“Nek, ntah-ntah si Hana tu mengigau kot. Rajinnya dia nak menyental bilik air tengah-tengah malam buta,” Aiman cuba mengeluarkan pendapatnya.

“Ntah ek,tapi malam tadi Hana menyental sambil marah-marah. Tak tahu siapa yang dimarahnya,” fikir Nek Yam pula. Memang benar malam tadi Hana menyental bilik air sambil marah-marah. Marah terhadap Farish.

“Huarghh!! Ngantuknya. Berbual pasal apa ni? Macam best je. Nak join boleh?,” Hana dengan secara tiba-tiba menyampuk di muka pintu. Terkejut Nek Yam dan Mak Icah. Sejak bila budak bertuah ni tercongok di depan pintu. Nek Yam dan Mak Icah hanya tersenyum manis memandang Hana. Hana masih membuat muka peliknya itu.

“Ish kau ni. Dah macam Cik Ponti. Tiba-tiba je muncul. Dahlah, kitaorang tak berbual pasal sesiapa pun. Jom pergi kerja. Dah lambat dah ni. Tak payah nak join-join,” ujar Aiman lalu menyalam tangan Mak Icah.

“Aiman pergi dulu mak,” ujar Aiman sambil menyalam tangan ibunya itu.

“Yelah, baik-baik bawa anak dara orang tu. Jangan nak racing pula,” pesan Mak Icah kepada anak terunanya itu. Hana hanya menurut sahaja kata Aiman. Memang benar hari agak lewat nak pergi kerja. Dari berbual-bual kosong, baik mereka terus pergi kerja.

“Mana ada racing mak. Aiman bawa dengan berhemah tau,” balas Aiman dengan selambanya.

“Eleh, tak racing apa Mak Icah. Aiman ni, kalau bawa kereta, kalah jin ifrit. Laju gila,” ujar Hana sambil memakai kasut flatnya. Aiman memandang muka Hana sambil menjeggilkan matanya itu. Hana hanya membuat muka selamba badaknya sahaja.

“Eh, Hana. Cuba jangan cari pasal dengan Aiman. Kamu ni kalau tak cari pasal dengan Aiman satu hari tak sah. Dah cepat gerak tu. Nanti lambat pula,” ujar Nek Yam yang cuba meredakan keadaan. Sebab Nek Yam tahu, sekiranya dibiarkan, kemungkinan akan terjadilah insiden-insiden yang tidak diingini.

“Betul tu nek. Nasib baik nenek ada. Aiman pergi dulu ye nek,” ujar Aiman sambil menyalam tangan tua Nek Yam. Nek Yam hanya tersenyum manis tatkala Aiman menyalam tangan kedutnya itu. Hana hanya menjeling kelakuan Aiman. ‘Nak bodeklah tu,’ desis Hana.

“Hana pergi dulu ye nek,” ujar Hana sambil menyalam tangan dan mencium kedua belah pipi kedut Nek Yam.

“Hati-hati Hana,” pesan Nek Yam. Hana hanya menganggukkan kepalanya sahaja dan berlalu menuju ke arah Mak Icah.

“Hana pergi dulu ye Mak Icah,” ujar Hana sambil menyalam tangan Mak Icah pula.

“Hati-hati. Kalau Aiman nakal-nakal, cubit je dia tu,” pesan Mak Icah kepada Hana.

Okay Mak Icah!,” balas Hana dengan teruja.

“Amboi, sukanya kau. Mentang-mentang mak aku dah bagi izin, kau sukalah tu,” ujar Aiman tak puas hati.

Of courselah. Nek, Mak Icah, Hana pergi dulu ye,” ujar Hana lagi lalu masuk ke dalam kereta.

“Baik-baik,” ujar Mak Icah dan Nek Yam serentak. Kemudian, Aiman menggerakkan keretanya dan membunyikan hon keretanya. Hana dan Aiman melambaikan tangannya ke arah Nek Yam dan Mak Icah. Lambaian tersebut dibalas oleh Nek Yam dan Mak Icah.

“Budak berdua tu tak habis-habis bergaduh. Dari kecil sampai besar tak berubah. Kalau salah seorang tu tak ada, macam manalah,” kata Nek Yam.

“Tulah Mak Yam. Kalau baknya tiba-tiba Hana atau Aiman tak ada. Macam manalah tu. Macam ayam berak kapur agaknya,” ujar Mak Icah pula.

“Tulah Cah. Hmmm. Eh, aku rasa macam ada bau hangitlah Cah. Apa yang hangit ni?,” ujar Nek Yam seperti menghidu sesuatu. Mak Icah turut meniru perbuatan Nek Yam. Ingin tahu dari mana datangnya bau hangit ini.

“A’ahlah Mak Yam. Bau apa yang hangit ni,” ujar Mak Icah sambil mencari mana datangnya bau hangit tersebut.

“Astagfirullahalazim Mak Yam! Karipap saya. Lupa. Saya balik dulu Mak Yam,” ujar Mak Icah lalu berlari pulang ke rumah.

“Yelah Cah. Hangus dah tu karipapnya,” balas Nek Yam sambil menggelengkan kepalanya.

“Cah, Cah,” bisik Nek Yam sendirian.

                                          *****************************************

SEMENTARA di dalam kereta Aiman, Hana dan Aiman masing-masing mendiamkan diri. Melayan perasaan masing-masing agaknya. Sesekali kelihatan Hana menguap. Nampak mengantuk benar.

“Hana, aku macam nak cakap something dekat kau sikit ni,” ujar Aiman memecahkan keheningan antara mereka berdua.

“Hmm, apa dia,” tanya Hana ringkas.

“Sebenarnya, malulah nak cakap. Tapi benda ni kena cakap juga. Kalau tak nanti rugi,” kata Aiman menjeling ke arah Hana.

“Apa benda kau nak cakap ni. Cakap jelah. Nak malu-malu pesal,” balas Hana endah tak endah. ‘Mesti Aiman nak cari pasal dengan aku ni,’ desis Hana. Bukan dia tak kenal si Aiman ni. Ada saja idea untuk mencari gaduh dengan Hana.

Alaa, Hana. Macam mana aku nak cakap ni. Aku segan. Aku nak meluahkan perasaan dekat kau ni. Tapi aku malu,” ujar Aiman lagi. Tiba-tiba kelihatan pipi Aiman berubah menjadi merah. Hana memandang Aiman dengan muka yang pelik.

“Kau ni dah kenapa? Demam ke? nak meluahkan perasaan bagai. Ingat aku tertipu dengan kau,” balas Hana dengan selamba.

“Kau tak faham Hana. Ni perasaannya lain macam sikit. Susah nak cakap. Nanti kalau aku luahkan dekat kau, conform-conform kau marah aku punya,” ujar Aiman takut-takut.

“Eh kau ni, aku tumbuk kau kang. Cakap jelah apa kau nak cakap. Kau nak cari pasal dengan aku kan?,” ujar Hana dengan kasar. Geram dengan Aiman. Dari tadi nak cakap, nak cakap. Tapi tak tercakap-cakap.

“Kau ni Hana, kalau dengan aku tak pernah pun kau nak lembut. Asyik berkasar je dengan aku. Macam mana aku meluahkan perasaan aku dekat kau. Perasaan aku terhadap kau ni betul-betul Hana,” ujar Aiman serius sambil dia memandang Hana. ‘Dah kenapa si Aiman ni? Dari tadi nak meluahkan perasaan. Perasaan apa? Dia suka dekat aku ke? TIDAKKKKKK!!!!,’ jerit Hana dalam hati.

“Kau kenapa Hana? Tercebik-cebik muka tu? Sakit ke?,” soal Aiman sambil meletakkan tapak tangannya di dahi Hana. Hana hanya membiarkan sahaja kelakuan Aiman terhadap dirinya. Teka-teki yang bersarang di hatinya masih belum terjawab. Aiman hanya tersenyum melihat keadaan Hana sebegitu.

“Na, sebenarnya kan. Aku, aku nak cakap yang…,”

‘Jangan cakap! Aku tak nak dengar!,’ jerit Hana dalam hati.

“Na, kenapa kau ni? Dari tadi muka tercebik-cebik. Comellah kau ni,” ujar Aiman sambil ketawa kecil. ‘Comel? Dia cakap aku comel. Seumur hidup aku, dia tak pernah cakap aku comel. Ni tak boleh jadi ni. Memang sah dia suka dekat aku ni,’ desis hati Hana lagi. Begitu hebat hati Hana berperang dengan spekulasi yang datang bertubi-tubi.

“Kau apesal senyap Na?,” soal Aiman lagi. Hana memandang muka Aiman sambil terkebil-kebil.

“Mana ada. Aku okay je. Kita tukar topiklah,” ujar Hana dengan tidak senang duduk.

“Buat apa aku nak tukar topik. Kalau aku tak cakap benda ni, nanti aku juga yang menyesal. Lebih baik kita beritahu. Terima atau tak, terpulang. Yang penting kita dah berusaha untuk beritahu kan,” ujar Aiman sambil menjeling muka Hana.

“Tak payahlah Man, aku tak selesalah. Kita kan kawan. Kawan selamanya. Lagipun aku dah anggap kau macam abang. Kaulah kawan baik aku. Bestfriend forever. Nanti kau jumpalah seseorang yang sepadan dengan kau. Aku minta maaf. Aku tak boleh terima kau. Plus aku baru break off. Aku tak sedia lagi untuk hubungan yang baru. Sorry,” ujar Hana sambil menundukkan mukanya.

“Apa kau cakap ni Hana. Kau demam ea? Kau ingat aku nak cakap aku suka dekat kau ke? Hahaha, kau ni imaginasi tinggi sangatlah. Aku nak cakap yang hari ni kau pakai tudung terbalik. Tu yang aku nak cakap dari tadi. Hahaha. Sorry Na,” terang Aiman sambil ketawa terkekek-kekek. Merah padam muka Hana tatkala mendengar jawapan daripada Aiman. Telinga Hana terus menjadi panas seperti air yang baru mendidih.

“Tak guna punya Aiman!,” jerit Hana.

“Kau apesal nak jerit-jerit ni Hana. Betullah aku cakap. Hari ni kau pakai tudung terbalik. Nanti bila dah sampai dekat tempat kerja, kau juga yang malu. Bukan kau je yang malu, aku pun malu juga tau. Bawa budak senteng ni,”

“Apa kau cakap? Budak senteng? Aku senteng? Kau yang senteng. Dari tadi kalau kau cakap benda ni kan senang. Nak cakap, nak cakap. Haish, macam mana boleh pakai tudung terbalik ni. Nanti kau singgah dekat stesen minyak dekat depan tu. Cepatlah Aiman!,” ujar Hana sambil membelek-belek tudung yang dipakainya.

“Yelah-yelah. Kau tu imaginasi tinggi sangat. Lawaklah kau ni. Takkanlah aku nak cakap yang aku suka dekat kau. Nak kiamatlah maknanya tu. Kalau aku cakap awal-awal pun benda ni, conform-conform kau marah aku. Kau tu singa betina kau tahu tak,” balas Aiman pula.

“Singa betina? Singa betina comel tau,” tukas Hana pula.

“Comel? Yelah, singa betina memang comel. Tapi kau ni singa betina yang buruk, hodoh. Tak comel langsung,” ujar Aiman menyakitkan hati Hana.

“Malas aku nak layan mamat poyo ni. Pening tahu tak,” balas Hana sambil menjeling tajam Aiman.

“Tak nak layan sudah. Ada aku kisah? Tulah kau, tidur lambat-lambat lagi. Menyental bagai. Nengok, pagi-pagi dah mengantuk,”

“Semua ni pasal Farishlah aku tak dapat tidur. Tak guna punya lelaki,”

“Kau ingat pasal dia, memanglah kau tak dapat tidur. Cuba kau ingat pasal aku. Conform kau dapat tidur,” balas Aiman ringkas.

“Ingat pasal kau memang sampai esoklah aku tak dapat tidur,” bisik Hana perlahan tapi tegas.

“Dah sampai ni. Pergi cepat betulkan tudung kau tu. Buat malu je. Macam budak kecil pakai tudung terbalik,” ujar Aiman sebaik sahaja memparkirkan keretanya di dalam kawasan stesen minyak. Hana malas nak cari gaduh dengan Aiman. Bosan. Hari-hari macam tu. Hana membuka pintu lalu berjalan menuju ke tandas. Sambil berjalan dia hanya menundukkan mukanya sahaja. Takut-takut orang perasan yang dia memakai tudung terbalik. Tapi nasib baik Aiman perasan hari ini Hana memakai tudung terbalik. Kalau tidak sampai ke tempat kerja dia memakai tudung terbalik. Kalau tidak pun, dia mungkin menjadi bahan ketawa oleh rakan sekerjanya atau pelanggan. Nasib baik ada Aiman, walaupun menyakitkan hati.

MANAKALA di rumah Aqief, kelihatan Aqief segak berpakaian kemeja di luar rumahnya. Dia memakai kemeja bewarna kuning lembut, berseluar slack hitam dan bertali leher bewarna maroon. Sungguh bergaya tampaknya.

“Aqief pergi kerja tu hati-hati ye nak. Hari ni hari first Aqief kerja. Banyak-banyak berselawat ye,” pesan Puan Rahimah kepada anak tunggalnya itu. Sambil itu dia membetulkan tali leher yang dipakai Aqief.

“Ye ma, nanti Aqief buat macam yang mama suruh,” balas Aqief sopan.

“Nanti apa-apa hal telefon mama ye. Mama risau,” pesan Puan Rahimah lagi.

“Ye ma, nanti apa-apa hal Aqief call mama,” balas Aqief lagi sambil tersenyum.

“Nak mama bawakan bekal makanan tak? Mama siapkan ea,”

“Tak payah ma. Aqief boleh makan dekat sana. Sana ada cafe. Mama jangan risau sangat ye,” ujar Aqief lembut.

“Tapi..,”

“Hai awak ni pun. Anak kita dah besar panjang dah Cik Imah oi. Dia bukan budak 10 tahun lagi. Dah bujang dah pun. Dah boleh kahwin dah,” ujar Encik Hisyam yang sedang sibuk membelek surat khabar sambil menikmati secawan kopi. Aqief hanya tersenyum tatkala mendengar ayahnya berkata begitu.

“Betul ayah cakap tu ma. Aqief dah besar. Mama jangan risau sangat ea. Tahulah Aqief nak berdikari nanti. Okay mama. Mama doakan Aqief je,” pujuk Aqief kepada Puan Rahimah.

“Yelah, Aqief jaga diri baik-baik ye. Apa-apa hal call mama ye,”

Okay ma. Aqief pergi dulu ye,” ujar Aqief lalu menyalami tangan dan mencium kedua belah pipi Puan Rahimah.

“Aqief pergi dulu ea ayah. Ayah tak nak pergi sama-sama dengan Aqief ke?,” soal Aqief lalu menyalami tangan Encik Hisyam.

“Tak pelah, Aqief pergi dulu. Nanti lambat. Ayah boleh drive sendiri. Ayah pergi lambat sikit. Hati-hati drive tu,” ujar Encik Hisyam.

“Oh, kalau macam tu Aqief pergi dulu ye. Bye ma, bye ayah. Assalammualaikum,” ujar Aqief lalu berlalu menuju ke kereta Gen 2 miliknya.

“Waalaikumussalam,” jawab Puan Rahimah dan Encik Hisyam serentak.

AIMAN dan Hana telah tiba di tempat kerja mereka tepat pada waktunya. Hari ini mereka berdua bekerja di reception bersama. Jadi Hana tidaklah bosan sangat. Ada juga kawan yang boleh diajak berbual sekiranya bosan nanti. Kalau tidak Hana akan digandingkan dengan pekerja yang pendiam, kadang-kadang seorang diri. Jadi hari ini apabila digandingkan dengan Aiman, Hana taklah rasa tepu sepanjang hari. Tapi masalahnya, Aiman dan Hana masih bermasam muka akibat kejadian yang berlaku pagi tadi.

Mereka akan berkomunikasi berkenaan kerja sahaja. Tidak lebih dari itu. Di tempat kerja mereka harus menjadi profesional. Sifat kebudak-budakkan yang ada pada mereka tidak ditunjukkan semasa bekerja. Itu tidak termasuk dalam profession mereka.

Sedang mereka sibuk melakukan kerja, tiba-tiba datang seorang pembantu dari Jabatan Sumber Manusia.

“Hana, Aiman,” panggil pembantu tersebut. Hana dan Aiman tersentak tatkala mendengar nama mereka dipanggil.

“Ye encik,” jawab mereka serentak.

“Saya nak perkenalkan Pegawai Pemasaran baru kita. Encik Muhammad Aqief Hakim,” ujar pembantu tersebut sambil memperkenal Aqief kepada mereka berdua.

“Aqief!,” ujar mereka berdua serentak dan diselangi dengan perasaan terkejut.

“Hai,” sapa Aqief dengan senyuman mesra. Manakala Hana dan Aiman saling berpandangan antara satu sama lain. Perasaan terkejut dan tidak percaya masih menyelubungi perasaan mereka berdua. ‘Aqief kerja dekat sini!,’ jerit hati Hana dengan perasaan gembira.

Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.