Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,830
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 35

Pagi itu Hana bersiap-siap untuk pergi ke karnival bersama dengan Aqief. Hana hanya memakai baju biasa sahaja. Bersederhana lagi baik berbanding berlebih-lebihan berpakaian. Lagipun hari ini hari yang santai-santai sahaja.

Kelihatan kereta Aqief terhenti di hadapan rumah Hana.

“Nek, Hana pergi dulu!,” ujar Hana lalu melangkah menuju ke kereta Aqief. Kelihatan Aqief tersenyum melihat Hana dari jauh. Hana membuka pintu kereta Aqief lalu membolosi masuk ke dalam perut kereta Aqief. Hana tersenyum nipis tatkala Aqief memandangnya.

“Lama tunggu?,” soal Aqief lembut seperti selalu.

“Tak lama pun,” balas Hana sambil mengukir senyuman kepada Aqief.

“Kalau macam tu, jom kita pergi,” ujar Aqief lalu menukar gear dan memandu laju keretanya itu. Hana hanya mengangguk sambil tersenyum. Dalam fikirannya kini hanya memikirkan tentang Aiman dan Imla. Mungkin diaorang dah ada dekat sana. Berdua. Fikir Hana.

Sementara itu, kelihatan Aiman keluar dari sebalik pokok rambutan yang berada di halaman rumahnya itu. Pili air yang berada di tangannya dibiarkan begitu sahaja. Hana tidak perasan Aiman yang sedang menyiram pokok-pokok bunga Mak Icah di halaman rumah. Tatkala terlihat Hana keluar dari rumahnya dan menuju ke arah kereta Aqief, cepat-cepat Aiman menyembunyikan dirinya di sebalik pokok rambutan yang berdekatan di situ. Kelihatan Aiman tersentak tatkala melihat Hana keluar bersama Aqief tadi.

“Dia kata hari ni dia busy, tapi dia keluar dengan Aqief pula. Apa semua ni?,” soal Aiman sendirian.

Tanpa membuang masa, Aiman mematikan pili air kemudian dia masuk ke dalam rumah mengambil topi dan kunci keretanya. Aiman menghidupkan enjin keretanya lalu memecut laju mengikuti kereta Aqief yang pada kiranya tidak jauh lagi dari pandangannya itu. Aiman mengetap giginya itu sambil menekan pedal minyak. Setiap kereta yang berada di hadapan dipotongnya. Peduli apa dia. Yang penting dia dapat mengekori kereta Aqief. Dia ingin tahu ke mana mereka berdua ingin pergi.

Selang beberapa kereta dipotongnya, kelihatan kereta Aqief sedang meluncur laju di hadapannya. Aiman tersenyum sinis lalu menekan minyak dan mengekori kereta Aqief.

Sementara itu, kelihatan Mak Icah mencekak pinggangnya di hadapan pintu. Mukanya agak berkerut menahan marah terhadap anak bongsunya itu. Mana tidaknya, disuruh siram bunga tetapi dia cabut pula. Geram betul Mak Icah terhadap Aiman.

“Haish budak bertuah ni. Mana pula dia pergi ni. Disuruh siram bunga, ni satu bunga dia tak siram. Kena dia balik nanti. Siap dia!,” Mak Icah menyinsingkan lengannya lalu mengambil pili air lalu menyiram pokok-pokok bunganya itu.

Sesampai di taman tema, kelihatan Hana dan Aqief keluar dari perut kereta dengan mesra sekali. Aiman mengecilkan matanya yang redup itu sambil mengetap giginya tatkala melihat kemesraan yang ditunjukkan Hana dan Aqief itu.

“Kata ada hal, tapi boleh pula dia pergi dengan Aqief. Apa motif dia agaknya,” bisik Aiman sambil mengerutkan dahinya itu.

Tanpa membuang masa, Aiman memakai topinya itu lalu keluar dari perut kereta. Setelah mengunci keretanya, Aiman mengekori mereka berdua secara senyap-senyap. Dia tidak mahu mereka berdua tahu akan kewujudannya di situ. Aiman ingin menyelidiki apa motif Hana menipunya. Kalau dia berterus-terang kan senang. Tak payahlah bagi alasan bodoh seperti itu. Aiman agak kecil hati dengan tindakan Hana itu. Aiman menelan sedikit air liurnya itu lalu mengekori mereka di sebalik orang ramai yang berada di situ. Kelihatan juga dia menurunkan sedikit topinya itu untuk menutup sedikit hadapan mukanya itu. Takut-takut Hana dan Aqief perasan akan kehadirannya itu.

Dari jauh kelihatan kelibat Imla sedang memandang kiri dan kanannya sambil memegang tali beg tangannya itu. Kedengaran juga Imla sedikit mendengus kecil.

“Hmm, ramainya orang. Kalau Aiman ada sekali ni, mesti seronok,” ngumamnya sendirian.

Imla kemudiannya mengorak langkah membelah lautan manusia yang berada di situ. Tiba-tiba, matanya menangkap sesusuk figura yang amat dikenalinya. Terlalu amat dia kenal. Imla melajukan langkahnya lalu mengejar langkahan figura yang amat dia kenal itu.

“Aiman!,” panggil Imla agak kuat. Kelihatan Aiman tersentak lalu menoleh ke arah suara yang memanggilnya itu. Buntang biji mata Aiman tatkala memandang Imla yang tercongok di hadapannya itu.

“Imla?,” Aiman agak terkejut memandang Imla yang sudah cemerot mukanya itu.

“Macam mana kau ada dekat sini? kau stalker ke?,” soal Aiman yang agak pelik dengan kewujudan Imla di situ. Ceh Aiman, paku dulang paku serpih, cakap orang dia yang lebih. Bukan dia pun sama ke stalk Hana dan Aqief di situ.

“Patutnya soalan tu yang aku tanya dekat kau. Kenapa kau ada dekat sini? bukan kau cakap kau sibuk ke hari ni?,” balas Imla sambil menjungkitkan sebelah keningnya itu. Aiman menelan air liurnya tatkala Imla mengutarakan soalan tersebut. Habislah, Imla sudah tahu yang Aiman sudah menipu dirinya.

“Aku tengah sibuklah ni,” balas Aiman sambil matanya mencari-cari kelibat Hana dan Aqief. Cehh, sibuk konon. Sibuk stalk orang. Aiman cuba mencari-cari kelibat Hana dan Aqief lagi. Keningnya agak berkerut tatkala kelibat Hana dan Aqief hilang dari pandangannya. Ah, sudah! Mana pula budak dua ekor ni pergi?

“Aiman, alang-alang kau ada dekat sini, bolehlah kita-kita jalan sama-sama dekat sini,” ajak Imla sambil menarik-narik lengan Aiman. Aiman memandang Imla dengan muka agak tertekan.

“Kenapa kau ni? aku tengah sibuklah. Jangan kacau aku. Kau pergilah jalan sorang-sorang,” balas Aiman sambil cuba melepaskan genggaman Imla. Sambil itu matanya masih melilau mencari kelibat Hana dan Aqief.

“Alaa Aiman. Alang-alang kau ada dekat sini kan. Sorang-sorang pula tu. Macam stalker. Lebih baik kau teman aku jalan-jalan dekat sini,” pujuk Imla lagi. Aiman makin rimas melihat kelakuan Imla itu. Sudahlah Hana dan Aqief hilang dari pandangan. Dengan si Imla yang memujuk dia menemaninya berjalan-jalan di kawasan tersebut, Aiman agak tegang dengan situasi tersebut.

“Im, kau ni kenapa? Aku ada kerjalah,” balas Aiman cuba mengelakkan diri daripada Imla. Tetapi malangnya Imla terlebih dahulu memaut kemas lengan Aiman itu.

“Aiman?,” panggil seseorang yang amat dikenali Aiman. Aiman dan Imla menoleh dengan serentak ke arah suara garau yang memanggil namanya itu. Alangkah terkejutnya Aiman tatkala melihat Aqief dan Hana yang berada di hadapannya itu. Dan bertambah terkejutnya dan menyakitkan hati lagi tatkala mata Aiman menangkap tangan Aqief yang sedang merangkul bahu Hana manakala mata Hana pula menangkap tangan Imla sedang memaut lengan Aiman.

‘Amboi, mesra nampak,’ desis Hana sambil matanya memandang tajam tangan Imla yang memaut lengan Aiman itu. Manakala Aiman mengetapkan giginya tatkala melihat kemesraan yang dipamerkan oleh Aqief dan Hana itu.

“Kau buat apa dekat sini? dengan Imla pula tu. Korang, couple ke?,” tegur Aqief sambil memandang tangan Imla yang masih memaut lengan Aiman itu. Aiman menaikkan sedikit topinya itu sambil meleraikan pautan Imla itu. Kelihatan ada sedikit kerutan di wajah Imla.

“Hahaha, mana ada. Aku saja je jalan-jalan dekat sini. Kebetulan terjumpa pula dengan si Imla ni. Korang pergi sini tak beritahu aku pun. Aku ingat korang sibuk hari ni,” balas Aiman sambil matanya tak lepas memandang Hana.

‘Sampai hati kau tipu aku Hana,’ bisik hati Aiman.

“Ohh, aku tak tahu pula kau freehari ni. Bukan waktu-waktu cuti macam ni kau busy keluar dengan kawan-kawan perempuan kau ke? jadi kitaorang tak mahu ganggu waktu kau,” ujar Aqief sambil memandang Aiman. Kelihatan Aiman tersenyum sinis tatkala mendengar jawapan daripada Aqief itu.

‘Tak masuk akal. Kalau aku busy hari ni, tak delah aku ajak Hana keluar hari ni. Apa motif minah ni sebenarnya? Dia tak beritahu Aqief ke aku free hari ni?,’ desis Aiman sambil mengherotkan mulutnya itu.

“Hmm, alang-alang kita semua ada dekat sini, apa kata kita jalan-jalan sama-sama. Macam banyak je riders dan permainan ada dekat sini. Tak sabarnya nak cuba~,” ajak Aiman teruja sambil mengusap-ngusap tangannya itu. Kelihatan Hana terkejut dengan permintaan Aiman begitu juga dengan Aqief. Kelihatan juga Imla mengeluh kecil tatkala mendengar cadangan yang disuarakan oleh Aiman itu.

“Kenapa? Korang tak nak ke?,” soal Aiman semula tatkala tiada respon yang diberikan kepada cadangan dia sebentar tadi. Setiap wajah yang berada di hadapannya itu ditelitinya.

“Aqief! jom kita masuk sana. Macam best je,” ajak Hana sambil menarik tangan Aqief menuju ke tempat yang dimaksudkannya. Kelihatan Aiman terkejut dengan tindakan Hana itu.

“Eh, tu bukan ke…,” tanpa membuang masa Aiman mengejar mereka berdua dari belakang. Imla yang melihat Aiman sedang mengejar Hana dan Aqief turut mengikut langkah Aiman dari belakang.

                                                                  *************

“ARGHHHHH!!!,” kedengaran jeritan Hana bergema di dalam rumah hantu tersebut. Aqief yang berada di sebelah Hana agak terkejut tatkala mendengar jeritan Hana itu.

Hana memaut kemas lengan Aqief. Takutnya bukan main. Kelihatan ada bermacam-macam spesies hantu bermastautin di situ. Ada Pontianak, Langsuir, Pocong, Toyol, Drakula pun ada. Hana dapat rasakan bahawa darah dia semakin tinggi tatkala masuk ke dalam rumah hantu tersebut.

Pulangkannnnnn~…,” mendayu-dayu suara Pontianak menerjah cuping telinga Hana. Menggigil-gigil Hana mendengarnya.

“Dah tahu takut, kenapa masuk sini?,” ujar Aqief tatkala melihat Hana menggigil di belakangnya itu. Hana hanya melihat Aqief dengan mata takutnya itu sahaja.

‘Aku masuk sini sebab tak nak tengok muka Aiman dan Imla,’ desisnya. Dalam fikirannya kini dia ingin melarikan diri daripada melihat Aiman dan Imla. Hati Hana sangat sakit tatkala melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Aiman dan Imla sebentar tadi.

‘Tak guna Aiman! boleh pula kau tunjuk-tunjuk mesra depan aku. Siap pegang-pegang tangan pula tu. Haish, geramnya!,’ desisnya sambil mengembungkan kedua-dua belah pipinya itu.

Sedang dia memikirkan tentang perasaannya itu, tiba-tiba bahunya ditepuk seseorang. Hana terkejut lalu menoleh ke belakang.

Pulangkannnnnnn~….,”

Terjojol biji mata Hana tatkala melihat seekor Pontianak yang berada di hadapannya itu.

“HUARGHHHHH!! HANTUU!!,” jerit Hana lalu dengan pantas dia berlari meninggalkan Pontianak yang mengejutkan dia tadi. Hana berlari dengan pantas sepantas Usain Bolt gamaknya.

“Oi, salah arah tu!,” jerit seseorang lalu menarik tangan Hana menuju ke arah pintu keluar. Hana hanya mengikut sahaja orang yang menarik tangannya itu. Kakinya sudah tidak terdaya akibat perasaan terlalu takutnya itu. Matanya pula sudah berpinar-pinar akibat penangan Cik Pontianak tadi.

“Oi Hana! Kau dah gila ke? dah tahu penakut, kenapa kau masuk rumah hantu tu? kalau kejadian yang sama berlaku masa Tingkatan Satu dulu macam mana?,” ujar suara tersebut mengejutkan Hana. Tangannya masih lagi di genggam oleh pemilik suara tersebut. Hana hanya menundukkan mukanya akibat matanya yang masih berpinar-pinar itu.

“Aku…Aku masuk dalam tu sebab tak nak tengok muka Aiman,” balas Hana lalu mendongakkan wajahnya itu. Buntang biji mata Hana tatkala melihat Aiman sedang merenungnya di hadapannya itu.

“Huarghh!!,” jerit Hana lalu melepaskan genggaman tangan Aiman itu.

Apesal kau jerit? Aku bukan hantulah!,” ujar Aiman yang agak terkejut mendengar jeritan Hana itu.

“Macam…macam mana kau ada dekat sini?,” soal Hana yang agak blur itu. Mana tak peliknya, tadi dia masuk ke dalam rumah hantu itu bersama dengan Aqief, sekarang Aiman pula yang berada di hadapannya kini.

“Aku yang tarik kau keluar dari rumah puaka tu. Apa motif kau? apesal kau tak nak tengok muka aku? Apa buruk sangat ke muka aku ni?,” soal Aiman yang agak tidak puas hati dengan tindakan yang Hana lakukan.

“Apa kau cakap ni? aku tak ada motif apa-apa pun,” dalih Hana.

“Tipu! Kenapa sejak akhir-akhir ni kau mengelak daripada aku? Lepas tu kau tipu aku pula tu. Kau cakap hari ni kau busy, tak dapat keluar. Tup-tup aku tengok kau keluar dengan Aqief. Apa motif kau buat semua ni Hana?,” soal Aiman lagi. Hana merenung Aiman dengan renungan yang tajam. Sejujurnya hati dia sangat sakit tatkala melihat kemesraan yang ditunjukkan Aiman dan Imla itu. Ingin sahaja dia blah dari situ.

“Aku tak ada motif apa-apa wahai Encik Muhammad Aiman,” ujar Hana lalu cuba meninggalkan Aiman. Aiman dengan pantasnya menarik tangan Hana.

“Aku tahu kau tipu. Apa sebenarnya motif kau Hana Batrisyah!,” tekan Aiman. Hana memandang anak mata Aiman dengan pandangan dinginnya.

“Lepaskan akulah! Baik kau pergi dari sini, jangan nak menyemak dekat sini. Kalau kau tak ada aku tak kisah langsunglah Aiman! Jadi aku tak ada motif untuk semua tu!,” jerkah Hana lalu merentap tangannya itu dari genggaman Aiman. Aiman terkedu tatkala mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh mulut Hana itu. Tak sangka Hana sanggup mengeluarkan kata-kata yang keji seperti itu.

Hana membelakangkan Aiman sambil menekup mulutnya. Hana tidak menyangka bahawa mulutnya sanggup mengeluarkan kata-kata seperti itu.

‘Kau ni teruk Hana!,’ desisnya.

“Kalau itu yang kau nak, aku pergi dari sini,” ujar Aiman dengan agak perlahan. Kedengaran ada kekesalan di hujung nadanya itu. Kemudian, Aiman mengorak langkah meninggalkan Hana yang masih tidak memandang mukanya itu.

Hana dengan pantasnya berpaling dan cuba melangkah untuk mengejar Aiman tetapi tangannya lantas ditarik oleh seseorang.

“Biar aku je yang pergi,” ujar Imla agak perlahan. Hana memandang Imla sambil mengerutkan dahinya itu. Imla kemudiannya meninggalkan Hana yang sedang terpinga-pinga itu tanpa memandang wajahnya. Hana hanya terkaku sambil melihat Imla yang sedang mengejar Aiman itu. Rasa menyesal serta-merta menyerbu di setiap pelusuk sanubarinya.

Tiba-tiba Hana dapat merasakan ada sentuhan lembut di bahunya. Hana menoleh gerangan yang menyentuh lembut bahunya itu. Ternyata Aqief yang menyentuh bahunya itu.

“Kau okay ke?,” soal Aqief lembut. Hana hanya mengangguk lemah.

“Kau nak balik ke?,” soal Aqief sambil memandang wajah pucat Hana. Hana memandang wajah Aqief yang risau itu.

“Siapa kata aku nak balik? Hmm, apa kata kita naik riders tu? macam best je,” ajak Hana sambil cuba untuk tersenyum. Aqief memandang riders yang ditunjukkan oleh Hana itu sambil mengerutkan dahinya.

Are you sure nak naik riders tu?,” soal Aqief untuk mendapatkan kepastian daripada Hana. Hana mengangguk yakin. Mungkin dengan cara itu dia dapat membuang rasa bersalahnya terhadap Aiman. Dan mungkin dengan cara itu, dia dapat melupakan perasaannya terhadap Aiman.

“Kalau macam tu, jom kita pergi,” ajak Aqief. Hana tersenyum nipis lalu mengorak langkah menuju ke roller coaster begitu juga Aqief. Aqief masih risau dengan perubahan sikap Hana. Begitu cepat dia menukar sikapnya itu. Atau dia cuba untuk menyembunyikan perasaannya itu daripada diketahui oleh orang lain. Aqief berteka-teki sambil memandang Hana. Perempuan ini, tidak mampu untuk dia membaca isi hatinya.

Sementara itu kelihatan Aiman sedang melangkah laju meninggalkan Hana. Kemudian, dia terhenti di satu bangku sambil mencekak pinggangnya.

“Berani sungguh dia cakap macam tu dekat aku. Tak pernah-pernah dia cakap macam tu dekat aku. Agaknya dia dah kena rasuk ke?,” ngomel Aiman sendirian sambil membetul-betulkan topinya itu. Penat berdiri, Aiman kemudian melabuhkan punggungnya di bangku sebelahnya.

“Apa motif perempuan tu sebenarnya? Sejak akhir-akhir ni dia selalu mengelak daripada aku. Tak kisah langsung kalau aku tak ada konon. Okay, kita tengok nanti macam mana tak kisah dia tu,” sambung Aiman lagi.

Tiba-tiba kelihatan ada sebotol air mineral dihulurkan kepada Aiman. Aiman terkejut lalu memandang gerangan yang memberi sebotol air mineral kepadanya itu. Rupa-rupanya Imla yang memberi dia air mineral tersebut. Aiman mengambil air mineral tersebut lalu membuka penutupnya dan meminum air tersebut. Sekali teguk sahaja air tersebut sudah sampai setengah botol. Imla hanya tersenyum kecil tatkala melihat wajah comel Aiman itu. Aiman tersentak tatkala menyedari Imla memandangnya sejak dari tadi.

“Kenapa kau pandang aku macam tu?,” soal Aiman yang agak pelik melihat perangai Imla itu.

“Mana ada aku pandang kau. Perasan!,” balas Imla lantas memalingkan mukanya itu. Kelihatan kedua-dua pipinya berubah menjadi merah. Aiman mengerutkan dahinya itu sambil memandang Imla.

“Im, kalau aku nak tanya sesuatu boleh?,” soal Aiman sambil memandang Imla. Imla menoleh ke arah Aiman. Kelihatan mata mereka berdua bertaut. Imla menjadi semakin malu tatkala menatap mata redup Aiman itu. Imla mengangguk perlahan dengan pertanyaan Aiman sebentar tadi. Aiman menghela nafasnya dengan perlahan sambil memandang wajah putih Imla itu.

“Aku peliklah dengan kau. Kenapa sejak akhir-akhir ni kau lain macam ek? Kau macam baik sangat dengan aku. Bukan dulu kau tak suka aku ke? lagi-lagi dengan mulut longkang aku ni. Tiba-tiba kau jadi makin rapat dengan aku. Kau salah makan ubat ke Imla?,” soal Aiman sambil mempamerkan mukanya yang pelik itu. Kelihatan Imla terkedu dengan soalan yang ditujukan oleh Aiman itu. Dia ada sebab kenapa dia menjadi semakin rapat dengan Aiman. Hal ini kerana dia telah jatuh hati terhadap Aiman. Dia ingin meluahkan perasaannya itu kepada Aiman. Tetapi dia tak tahu macam mana dia nak luahkan perasaannya itu.

“Im? Kau marah ke?,” tegur Aiman. Imla mematikan lamunannya tatkala Aiman menegurnya.

“Haa…tak-tak, aku tak marah. Hmm, sebenarnya ada sebab aku jadi macam tu,” luah Imla perlahan sambil dia menundukkan mukanya itu. Aiman mengerutkan dahinya sambil memandang Imla. Lagi bertambah dia pelik tatkala Imla berkata sedemikian. Sebab? Sebab apa? Aiman berteka-teki sendirian.

Imla memandang Aiman sambil menelan air liurnya. Apa-apa pun terjadi, dia harus luahkan perasaannya itu. Inilah masanya untuk dia luahkan perasaan yang terbuku di hatinya itu. Kalau tidak sekarang, bila lagi dia ingin meluahkan perasaannya itu. Dia harus tekad kali ini.

“Aiman… sebenarnya, sebenarnya aku… suka dekat kau,” luah Imla. Buntang biji mata Aiman tatkala mendengar pengakuan Imla itu.

“HAHAHAHA! Kau demam ke Imla? Kau jangan nak buat lawaklah Im. Kau bergurau ke?,” berdekah Aiman tatkala mendengar pengakuan Imla itu. Rasa tidak percaya pun ada. Tak sangka Imla pandai bergurau bab-bab macam ni.

Imla menjeling sinis muka comel Aiman itu.

‘Apa sengal si Aiman ni. Aku ada nampak macam bergurau ke? aku serius kot,’ desis Imla. Imla menghelakan nafasnya sambil menunggu ketawa Aiman reda.

“Im, kau serius ke?,” soal Aiman setelah ketawanya sudah reda. Imla mengangguk dan memandang wajah comel Aiman itu dengan serius. Aiman terkedu tatkala melihat respon yang diberikan oleh Imla itu.

“Sejak bila?,” soal Aiman seperti tidak percaya. Kelihatan Imla mengeluh kecil tatkala Aiman bertanyakan soalan sedemikian.

“Aku tak tahu macam mana aku boleh tersuka dekat kau. Tiba-tiba je dia datang. Sejak kau selamatkan aku masa aku hampir kena langgar dengan kereta dulu, tiba-tiba aku rasa macam aku dah fall in love dengan kau,” luah Imla sambil menggigit sedikit hujung bibirnya itu. Kelihatan Aiman tersandar tatkala mendengar luahan daripada Imla itu.

“Aku tahu ini tiba-tiba. Tapi, kalau kau terima aku, aku janji akan jadi teman sehidup dan semati kau untuk selama-lamanya. Aku akan setia dengan kau,” luah Imla lagi. Kelihatan Aiman menghelakan nafasnya dengan lembut. Kemudian dia memandang wajah Imla itu.

“Im, terima kasih sebab kau suka dekat aku. Aku hargai tu. Tapi, hati aku milik orang lain. Sejak dulu lagi. Aku minta maaf,”

“Siapa orang tu? Hana?,” soal Imla sambil matanya kelihatan mula berair. Aiman hanya menundukkan mukanya sahaja. Imla memandang sayu kelakuan Aiman itu.

‘Jadi, orang tu memang betul Hanalah,’ desis Imla sambil memandang Aiman yang masih membongkokkan badannya dan menundukkan mukanya itu.

Previous: BAB 34
Next: BAB 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.