Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,825
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 10

Malam itu Aiman pulang agak lewat. Aiman memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan rumahnya. Aiman keluar dari keretanya lalu mengunci pintu keretanya sambil menyanyi-nyanyi kecil. Sambil dia memusing-musingkan kunci keretanya, tiba-tiba matanya terpandang sebuah kereta myvi bewarna merah jambu metallic terparkir di halaman rumah Hana. Aiman memandang kereta tersebut dengan muka yang pelik. ‘Siapa pula yang datang rumah Hana? Saudara dia kot,’ desis Aiman dalam hati. Aiman mengabaikan apa yang dilihatnya lalu berlalu masuk ke dalam rumahnya. Balik lewat macam ni conform Mak Icah akan membebel punya. Berdesing juga telinga Aiman sebaik sahaja mendengar bebelan daripada Mak Icah. Macam peluru berpandu gamaknya. Boleh meletup telinga. Tapi apa-apa pun, tulah mak aku dunia akhirat. Hanya itulah kata-kata kecil yang selalu berlegar di dalam hatinya.

Aiman membuka kasutnya lalu masuk ke dalam rumahnya. Kelihatan Mak Icah tidak mengunci pintu rumahnya.

“Haish mak ni, kenapa tak kunci pintu? Kalau pencuri masuk macam mana? mak, mak,” ujar Aiman perlahan sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Kemudian Aiman meraba-raba suis lampu ruang tamu rumahnya. Ini mesti Mak Icah sudah melelapkan mata. Hal ini kerana seluruh rumah telah ditutup lampunya. Aiman kemudiannya membuka suis lampu ruang tamu rumahnya. Dengan tiba-tiba kelihatan lembaga hitam sedang duduk di sofa rumah Aiman.

“Astagfirullahalazim! Setan!,” jerit Aiman dengan terkejut. Aiman terus menutup mata dengan tangannya sambil mulutnya berkumat-kamit membaca sesuatu.

“Tulah mak, kenapa tak kunci pintu. Kan setan dah masuk, mak!,” jerit Aiman lagi sambil matanya ditutup rapat. Tiba-tiba Aiman merasakan kepalanya seperti dipukul sesuatu. Sakitnya bukan main.

“Woi setan! Pergilah jauh-jauh! Janganlah main kepala aku pula!,” jerit Aiman lagi dan tetap menutup matanya dengan serapat mungkin.

“Siapa yang setan? Ni mak kaulah. Tulah balik malam-malam lagi, sampai mak dengan setan tu pun kau tak dapat bezakan. Entah setan mana yang ikut kau balik. Aiman! kenapa sekarang baru balik? Kau dah lupa jalan rumah ke? berendut je kau ni. Kau kahwinlah cepat-cepat kalau macam ni perangai kau. Tak reti nak balik nampak gayanya. Aiman-Aiman!,” bebel Mak Icah sambil menarik telinga Aiman.

“Aduh, mak-mak. Sakitlah telinga Aiman mak. Mak janganlah buat macam ni. Aiman balik lambat ada sebab mak. Mak, lepaskanlah dulu telinga Aiman mak. Sakit mak,” rayu Aiman sambil memegang tangan Mak Icah supaya Mak Icah melepaskan telinganya itu.

“Haish kau ni Aiman. Tak pernah berubah. Ada sebab, ada sebab. Mak tak nak dengar sebab kau dah. Sebab kau bagi alasan semua sama je. Dah pergi mandi. Ntah masuk lubuk mana dah tu. Bersihkan badan tu cepat!,” arah Mak Icah sambil melepaskan telinga anaknya itu.

“Ye mak. Aiman mandi dulu,” balas Aiman patuh sambil menggosok-gosok telinganya yang telah berubah menjadi merah itu. Sungguh kuat tarikan daripada Mak Icah sampai merah menyala telinganya itu. Mak Icah menganggukkan kepalanya lalu berlalu ke biliknya.

“Mak,” panggil Aiman setelah melihat maknya ingin meninggalkan dia sendirian. Mak Icah mematikan langkahnya lalu berpaling ke arah Aiman.

“Kenapa?,” soal Mak Icah dengan muka bengisnya itu.

“Amboi mak, garangnya. Mak, Aiman nak tanya. Kereta myvi merah jambu dekat depan rumah Hana tu siapa punya mak. Saudara Nek Yam datang ke mak?,” soal Aiman ingin mendapatkan jawapan.

“Hmm, tu kereta Hana. Siang tadi dia beli. Aqief yang tolong dia belikan,” jawab Mak Icah lalu melabuhkan punggungnya semula di sofa.

“Aqief yang belikan ke mak?,” soal Aiman ragu-ragu.

“Haish kau ni. Guna duit Hanalah. Hana dah lama simpan duit untuk beli kereta tu. Aqief hanya tolong Hana settlekan apa yang patut je,”

“Habis tu mak, lepas ni Hana dah tak tumpang Aiman pergi kerja lagi ke?,” soal Aiman lagi.

“Yelah kot. Tapi kau cuba tanya dia. Mana tahu kot-kot nak tumpang lagi ke. Save duit minyak,” Mak Icah cuba membuat kesimpulan.

“Hmm, Aiman tak tahu pun dia nak beli kereta. Selalunya dia akan cakap dengan Aiman dulu,” ujar Aiman perlahan.

“Takkanlah semua benda dia nak beritahu kau. Dia pun dah dewasa Man. Kau pun sama. Lagipun kau bukan laki dia pun nak tahu semua benda. Atau mungkin dia nak buat surprise dekat kau kot,”

“Ntahlah mak. Biarlah dia. Nanti Aiman tanya dialah sama ada dia nak tumpang Aiman lagi ke tak nak. Mak, Aiman masuk mandi dulu ye. Dah melengas badan ni,” ujar Aiman lalu berlalu meninggalkan Mak Icah.

“Dah pergi mandi. Payau dah mak bau badan kau ni. Jangan lupa solat. Ntah solat ke mana dah tu,” pesan Mak Icah.

“Ye mak,” jawab Aiman. Mak Icah hanya menggelengkan kepalanya tatkala melihat perangai anak terunanya itu. Bilalah anak terunanya itu ingin berubah. Orang bujang katakan. Mak Icah mengeluh kecil lalu bangun untuk mengunci pintu rumahnya. Aiman pun satu, bukan nak kunci pintu rumah. Terus menonong masuk ke dalam bilik. Kena masuk pencuri baru tahu.

“Aiman-Aiman,” ujar Mak Icah perlahan sambil mengunci pintu rumahnya. Semoga Aiman cepat bertemu jodoh. Mungkin kalau Aiman sudah berkahwin, akan berubahlah perangainya. Mak Icah hanya mampu berdoa akan kebahagiaan anaknya itu. Yang selebihnya, terletak kepada usaha Aiman sendiri.

Selepas Aiman membersihkan dirinya, Aiman mengambil telefon bimbitnya untuk melihat sekiranya ada panggilan tidak dijawabnya atau ada pesanan masuk ke dalam telefon bimbitnya itu. Aiman melihat telefon bimbitnya itu sambil menggosok-gosok rambutnya yang basah itu menggunakan tuala. Aiman mengerutkan dahinya tatkala melihat telefon bimbitnya itu. Nampaknya tiada apa yang masuk ke dalam telefon bimbitnya sama ada pesanan ataupun panggilan. Pelik! Takkan Hana tak beritahu dia apa-apa pun. Amboi, nampaknya Hana semakin berahsia dengan dia. Itu tak jadi masalah bagi Aiman. Lagipun Aiman tak kisah pun sekiranya Hana ingin berahsia atau pun tidak dengan dia. Itu bukan urusan Aiman untuk ambil tahu mengenai diri Hana. Dia siapa bagi Hana. Teman lelaki pun bukan, suami pun bukan. Dia hanyalah seorang kawan baik sahaja bagi Hana. Sekarang ini, yang Aiman ingin tahu adalah esok Hana ingin tumpang Aiman lagi ke tidak. Mestilah tak, sebab Hana sudah mempunyai kereta. Takkanlah Hana ingin menumpangnya lagi. Hmm, tapi kalau-kalau Hana ingin menumpangnya esok macam mana? Ini tidak boleh jadi ni. Aiman kena juga tanya Hana. Kalau tak tanya macam mana nak tahu? Tapi, waktu-waktu macam ni Hana belum tidur ke? rasanya sudah tidur kalau waktu-waktu macam ni.

Aiman menggaru-garu kepalanya. Ahhh! Serabut rasanya. Nak telefon ke tak ni?! Aiman memegang telefon bimbitnya sambil berfikir. ‘Hmm, call jelah dia. Mana tahu dia angkat nanti,’ fikir Aiman. Tanpa membuang masa, Aiman mencari nombor Hana lalu mendailnya. Kemudian Aiman menekapkan telefon bimbitnya di telinga. Tutt tutt, tutt tutt… dalam beberapa saat panggilan Aiman diangkat.

“Hello, Aiman?,” Hana menjawab panggilan Aiman dengan nada yang mengantuk. Agak serak sedikit suara Hana. Aiman tersentak tatkala mendengar suara Hana. Bagi Aiman suara Hana agak seksi tatkala bersuara dengan nada yang mengantuk.

“Errr, hmm, Hana. Sorrylah kacau kau waktu-waktu macam ni. Hmm, aku nak tanya kau. Err, hmm…,’

“Kau nak cakap apa sebenarnya Aiman? dari tadi arr, err, hmm. Cakap jelah. Aku ngantuk ni,” tidak sempat Aiman meneruskan kata-katanya Hana sudah terlebih dahulu memotong percakapannya. Aiman mengeluh kecil tatkala Hana berkata begitu.

“Hmm, aku nak tanya kau. Esok kau nak tumpang aku lagi tak? Yelah, kau kan dah beli kereta baru. Mana tahu kau nak tumpang aku lagi,” tanya Aiman perlahan.

“Oh, pasal tu. Aiman, aku tak tumpang kau lagilah. Aku drive sorang je pergi kerja. Lagipun esok kan shift kita lain-lain. Tak nak menyusahkan kau,” balas Hana kembali memperlahankan suaranya.

Okay, aku nak tanya tu je. Selamat malam,” ujar Aiman cuba menamatkan perbualan antara mereka.

“Aiman,” panggil Hana perlahan.

“Ye?,” balas Aiman pelik.

Sorry,”

“Sebab?,”

“Tak beritahu kau pasal aku nak beli kereta. Aku ajak Aqief teman aku beli kereta siang tadi,” beritahu Hana perlahan.

“Pasal tu. Tak pelah. Aku tak kisah pun,” balas Aiman pendek dan dingin.

“Betul ni? Okaylah kalau macam tu. Aku tidur dulu. Nite-nite Aiman,” ujar Hana menamatkan perbualan antara mereka.

Nite,” balas Aiman lalu mematikan telefon bimbitnya. Hana yang mendengar Aiman mematikan perbualan mereka hanya melihat sahaja skrin telefon bimbitnya. Tak ada perasaan langsung Aiman ni. Hana mengeluh kecil lalu melelapkan matanya. Matanya terasa mengantuk benar. Mungkin penat memilih kereta pada siang hari tadi.

Manakala Aiman pula, dia mencampakkan telefon bimbitnya di katil lalu merebahkan badannya di atas katil. Entah kenapa dia tipu Hana tadi. Ya, memang dia beritahu Hana yang dia tidak kisah Hana mengajak Aqief menemaninya. Tapi, jauh dari sudut hatinya, dia begitu kisah Aqief menemani Hana siang tadi. Entah kenapa perasaannya seperti itu. Aiman mengeluh lalu cuba melelapkan matanya. Dia cuba melupakan apa yang dia rasa ketika ini. Adakah ini perasaan cemburu? Tak mungkin. Hana hanya kawan baiknya. Tidak lebih dari itu. Sampai bila-bila Hana tetap kawan baiknya. FULLSTOP!

Previous: BAB 9
Next: BAB 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.