Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,829
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 25

Malam ini, selepas menunaikan solat Isyak, Hana terus merebahkan badannya di atas katil. Kejadian tengah hari tadi sangat menyakitkan hati Hana. Hana tidak mahu mengingati lagi perkara tersebut. Makin diingat, makin sakit hatinya. Kelihatan Hana tersenyum sinis tatkala mengingati kejadian tadi. Tak sangka manusia seperti Aqief sanggup melemparkan kata-kata seperti itu. Yang peliknya, hatinya begitu sakit tatkala Aqief berkata sedemikian. Hana menelan air liurnya lalu cuba melelapkan matanya. Tetapi matanya tidak mahu lelap. Awal lagi, baru pukul 9. Hana tidak begitu mengantuk lagi. Apa yang ingin dia buat ketika ini? Hana mengeluh kecil lalu sambil memandang tingkap di biliknya. Kelihatan cahaya bulan menyimbahi wajah lembut Hana itu. Nampaknya, hubungan dia dengan Aqief tidak sebaik seperti dahulu. ‘Wahai bulan, sungguh indah sekiranya angin membawaku ke sana untuk menemani kau. Sungguh indah sekiranya aku ditemani oleh kau dan sahabat kau bintang!’ bisik hatinya sambil mengenggam kedua-dua tangannya dan dirapatkan ke dadanya. Kemudian Hana memejamkan mata dan mengeluh seperti melepaskan sesuatu. Tiba-tiba kedengaran telefon bimbitnya berbunyi. Hana tersentak lalu mengambil telefon bimbitnya yang berada di meja kecil sebelah katilnya itu. Kelihatan nama Aiman tentera di skrin telefon bimbitnya itu. Hana kemudian mengangkat panggilan tersebut.

“Hello? Aiman?,” jawab Hana dengan perlahan. Aiman agak tersentak tatkala mendengar suara Hana itu. Tidak pernah-pernah suaranya seperlahan seperti itu.

“Hana? Kau okay ke tu?,” soal Aiman agak risau.

“Apa maksud kau aku okay ke tak? Aku okay je. Kenapa kau call ni?,” balas Hana sedikit tergelak kecil. Kelakar tatkala mendengar suara Aiman ketika risau. Tak sesuai langsung dengan karakter dia.

“Tak delah, suara macam ayam berak kapur je aku dengar. Na, datang rumah aku. Aku ada game baru ni. Kita battle nak?,” ajak Aiman dengan teruja.

“Malaslah aku. Lawan main game buat apa. Bukan dapat apa pun. Tidur jelah,” balas Hana malas. Ada time-time macam ini ajak main game, tidur lagi bagus.

“Alaa, cakaplah kau pengecut. Takut kalahlah tu. Bagi alasan malas nak tidur konon. Kalau dah pengecut tu pengecut jelah,” cucuk Aiman. Saja dia buat Hana rasa geram. Hana mengetap giginya tatkala mendengar kata-kata Aiman itu.

“Siapa kata aku pengecut. Aku tak takut kalah dengan kaulah!,” balas Hana tidak puas hati. Kelihatan Aiman tersenyum mendengar kata-kata Hana itu. Akhirnya, dia berjaya mengumpan Hana.

“Kalau kau berani sangat, datanglah battle sini,” umpan Aiman lagi.

Okay, kau tunggu. Kejap lagi aku datang,” ujar Hana lalu meletakkan panggilan tersebut. Aiman tak sempat berkata apa-apa dan terkejut dengan tindakan Hana itu. Aiman kemudiannya meletakkan telefon bimbitnya di sisinya lalu menyiapkan PS2 miliknya itu. Mungkin cara ini mampu melegakan hati Hana nanti. Aiman berharap agar Hana tidak bersedih lagi dengan kejadian siang tadi. Tiba-tiba kedengaran Hana memeberi salam di luar rumahnya. Kelihatan Mak Icah menjawab salam Hana dan menjemput Hana di luar.

“Oh, Hana. Datang nak jumpa Aiman ke?,” ujar Mak Icah mesra. Hana hanya tersengih sambil menganggukkan kepalanya.

“Aiman ada Mak Icah?,” soal Hana.

“Jemputlah masuk dulu. Ada tu. Nak main gamelah tu. Dia dah siap-siapkan dah tu. Teruja sangat nak main game baru dia beli tu,” balas Mak Icah. Hana masuk ke dalam rumah sambil tersenyum.

“Eh, Na. Cepat duduk sini,” ajak Aiman sambil menepuk-nepuk karpet di sebelahnya itu.

“Hana dan Aiman pergilah main game dulu. Mak Icah ada kerja dekat dapur sekejap,” ujar Mak Icah lalu melangkah meninggalkan Hana dan Aiman. Hana hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Kemudian, dia mengambil tempat di sebelah Aiman. Aiman memberi game controlkepadanya. Hana mengambil sambi tersenyum sinis. ‘Kau ingat aku takut ke nak lawan kau,’ desis Hana di dalam hati.

“Dah sedia?,” soal Aiman sambil memandang Hana dengan pandangan yang sinis.

“Dah, tapi kalau menang dapat apa?,” soal Hana sambil memandang Aiman dengan sinis.

“Tak dapat apa-apa,” balas Aiman selamba. Hana memandang Aiman sambil mencebikkan mukanya.

“Tak bestnya lawan kau ni. Menang tak dapat apa-apa pun,” ngomel Hana. Aiman memandang Hana sambil mengecilkan matanya itu.

“Habis tu? kalau kau menang, kau nak apa daripada aku?,” soal Aiman sambil memandang Hana dengan pandangan yang tajam.

“Hmmm, atleast belanja makan ke? tengok movie ke?,” ujar Hana sambil curi-curi memandang Aiman. Kelihatan Aiman mengeluh kecil.

Okay, siapa menang, yang kalah kena belanja makan. Okay tak?,” ujar Aiman sambil menjeling Hana.

Okay set!,” balas Hana sambil menunjukkan ibu jarinya itu. Aiman hanya tersenyum nipis tatkala melihat telatah Hana itu.

Okay, are you ready? 1, 2, GO!,” jerit Aiman. Hana dan Aiman bermain permainan video itu dengan bersemangat sekali. Mereka bermain dengan teruja sekali. Bahkan suara Aiman dan Hana boleh kedengaran sehingga ke rumah Aqief gamaknya. Teruja betul diaorang bermain.

Sementara itu, kelihatan kereta Aqief berhenti di hadapan sebuah Kedai Bakery. Di dalam kedai kedai tersebut, kelihatan Aqief sedang melihat-lihat kek dan roti yang terjual di situ. Sedang Aqief memilih kek dan roti, tiba-tiba kedengaran telefon bimbitnya berbunyi. Aqief mengambil telefon bimbitnya yang berada di poket seluarnya lalu menjawab panggilan tersebut.

“Assalammualaikum Aqief,” kedengaran suara yang lembut di hujung talian tersebut.

“Waalaikummussalam. Wardah!,” balas Aqief agak gembira.

“Awak dekat mana tu?,” soal Zulaikha lembut seperti selalu.

“Saya dekat Bakery Shop ni. Tengah searching. Tak tahu nak beli apa. Awak tak tidur lagi ke?,” balas Aqief sambil matanya sedang melihat-lihat kek dan roti yang berada di situ.

“Ohh, hmm? Dah nak tidur ni. Tapi sebelum tu nak dengar suara awak dulu,” ujar Zulaikha lembut dan manja.

“Ye ke? ni dah dengar suara saya, dah boleh tidur ke?,” soal Aqief sambil tersengih seperti kerang busuk.

“Hmm, dah. Sekarang dah boleh tidur. Hehe, selamat malam Aqief. Assalammualaikum,” ujar Zulaikha ingin menamatkan perbualan di antara mereka.

Okay, selamat malam. Sweet dreams. Waalaikummussalam,” balas Aqief dengan lembut. Kedengaran Zulaikha mematikan panggilan tersebut. Aqief tersenyum nipis lalu menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam poket seluarnya semula. Kemudian, Aqief memilih dua tiramisu berperisa strawberry cheese dan chocolate blueberry untuk dibungkus. Setelah membayar harga dua tiramisu tersebut, Aqief keluar dari kedai tersebut dengan senyuman terukir di bibir merahnya itu.

Manakala di rumah Aiman pula, mereka berdua masih lagi bermain permainan video tersebut.

“Haa! Kau kalah. Jadi kau kena belanja aku makan nanti. Hahaha!,” ujar Aiman dengan gembira. Kelihatan Hana mengembungkan kedua-dua pipinya sambil menjeling Aiman.

“Mana ada. Tadi tangan aku tergeliat. Haha, kita main balik ye,” ujar Hana memberi alasan.

“Ah, tak ada-tak ada. Dah kalah, kalah jelah. Jangan nak main ngelat!,” balas Aiman tegas.

“Alaa, Aiman. Tangan aku tergeliatlah tadi. Kita main balik semula yee,” pujuk Hana lagi dengan suaranya dibuat-buat manja.

“Kalau kau buat suara manja sekalipun, aku takkan ulang baliklah!,” balas Aiman dengan tetap pendiriannya.

“Alaa, Aiman,” pujuk Hana. Kelihatan Aiman menjelirkan lidahnya itu. Malas melayan Hana. Nak main ngelatlah tu.

“Alaa, Aiman. Tertekan butang restartlah pula. Jom kita main balik semula. Yang tadi tak kiralah ye,” ujar Hana tatkala kakinya sengaja menekan butang restart. Aiman menjeling Hana dengan tajam.

“Kau sengaja kan?,” soal Aiman.

“Mana ada. Aku tak sengajalah. Jomlah kita main balik,” balas Hana selamba.

“Malaslah. Aku nak pergi tandas,” Aiman memberi alasan dan cuba bangun. Hana dengan cepat menarik baju Aiman.

“Jangan nak lari. Kau nak lari kan?,” duga Hana.

“Mana ada!,”

“Ye!,”

“Aku nak kencinglah!,”

“Tipu!,”

Sementara itu kelihatan Aqief melangkah menuju ke rumah Hana sambil membimbit bungkusan yang mengandungi dua tiramisu yang baru dibelinya tadi. Niat di hatinya ingin meminta maaf kepada Hana. Mungkin dengan cara ini, Hana berlembut hati dan memaafkan perbuatan yang telah dilakukannya tadi. Baru sahaja Aqief ingin memberi salam di hadapan rumah Hana, tiba-tiba dia tersentak tatkala mendengar suara riuh dari rumah Aiman. Kedengaran suara tersebut dimiliki oleh Hana dan Aiman. Aqief kemudian melangkah perlahan menuju ke rumah Aiman. Beg plastik di tangannya digenggam erat. Setibanya dia di hadapan rumah Aiman, kelihatan pintu rumah Aiman terkuak sedikit. Dari pintu yang terkuak itu, kelihatan Hana sedang menarik baju Aiman sambil bertengkar manja dengan Aiman. Begitu juga Aiman.

“Yelah-yelah. Kita main balik semula. Tak tahan betullah perangai perempuan ni. Dah kalah tak nak mengaku pula tu. Ini last!,” ujar Aiman setelah tidak tahan dengan telatah Hana itu.

Yayy! Sayang kau,” ujar Hana gembira sambil memeluk lengan Aiman. Aiman duduk semula di sebelah Hana lalu bermain semula permainan video tersebut. Mereka bermain dengan begitu teruja sekali. Sehinggakan kelibat Aqief yang berada di luar pun mereka tidak sedar. Kelihatan Aqief terkedu tatkala melihat kemesraan mereka berdua. Beg plastik yang mengandungi tiramisu itu digenggam erat. Melalui pintu yang terkuak itu, Aqief boleh nampak kemesraan mereka berdua. Terasa tekaknya begitu perit tatkala melihat kemesraan mereka. Aqief menelan air liurnya lalu melangkah pergi meninggalkan mereka berdua. Aqief melangkah perlahan sambil mendongakkan mukanya ke langit. Manakala tangan kirinya dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Kelihatan begitu banyak bintang-bintang bertaburan di langit malam itu. Sungguh indah dan nyaman malam itu. Tetapi Aqief tidak merasa seperti itu. Terasa hatinya begitu sakit sekali melihat kemesraan Hana dan Aiman. Aqief tidak tahu mengapa dia rasa seperti itu. Aqief menundukkan kepalanya sambil mengeluh kecil.

Sesampai di rumahnya, Aqief meletakkan tiramisu tersebut di dalam peti sejuk. Biarlah tiramisu itu sejuk didalam peti itu. Manakala hatinya terasa panas membahang ketika ini. Entah mengapa perasaan itu timbul ketika ini. Mungkin selepas dia membersihkan badannya, hatinya kembali sejuk. Mungkin.

Previous: BAB 24
Next: BAB 26

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.