Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,837
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 6

Hari ini Hana rasa badannya agak kurang sihat. Mungkin kerana rasa terkejut yang amat sangat malam tadi. Seperti biasa, Hana bersiap-siap untuk pergi ke kerja. Walaupun badannya kurang sihat, dia masih boleh pergi kerja lagi. ‘Demam sikit je ni,’ desis Hana sambil membelek mukanya di hadapan cermin.

‘Trittt…Trittt..,’ tiba-tiba telefon bimbit Hana berbunyi.

“Siapa yang bagi mesej pagi-pagi ni?,” ujar Hana perlahan. Hana mengambil telefon bimbitnyanya lalu melihat gerangan siapa yang menghantar mesej kepadanya.

“Aqief? Kenapa dia hantar mesej pagi-pagi ni?,” bisik Hana lalu membaca isi kandungan mesej tersebut.

Hai Hana, macam mana kau pagi ni? Okay tak?,’

Hana membaca mesej tersebut sambil tersenyum. Amboi, caringnya. Pagi-pagi dah hantar mesej macam tu. Hana menekan punat-punat telefon bimbitnya untuk membalas mesej tersebut.

Hai Aqief. Aku okay je. Thanks,’

Hana menghantar mesej tersebut sambil tersenyum. Sementara itu Hana membetul-betulkan tudungnya di hadapan cermin. Dia perlu kelihatan kemas di tempat kerjanya. Barulah customer tak lari. Sedang Hana membetul-betulkan tudungnya, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi lagi. Hana mengambil telefonbimbitnya sambil tersenyum. Dia tahu siapa yang menghantar mesej tersebut. Hana membuka mesej tersebut lalu membacanya.

Baguslah. Have a nice dayJ,”

Hana tersenyum meleret tatkala membaca setiap perkataan tersebut. Terasa amat bernilai baginya.

“Baiknya Aqief ni. Untung siapa yang jadi kekasih dia,” ujar Hana sendirian. Ya, memang untung siapa yang menjadi kekasih Aqief. Baik, sopan, manis, caring, semuanya ada pada dia. Wah, jealousnya siapa yang dapat jadi kekasih Aqief.

“Kalaulah Aqief tu jadi boyfie aku, alangkah bahagianya hidup ini~,” berangan Hana. Amboi, demam-demam pun sempat berangan.

“Haish kau ni Hana. Aqief tu kawan kau. Aqief pun anggap kau kawan. Hana, Hana. Ting tong aku dah ni,” bebel Hana sendirian. Mana mungkin Aqief ingin menganggap Hana lebih dari kawannya. Aqief tu kacak, pandai. Ramai perempuan yang setaraf dengan dia nak dekat Aqief. Berbanding Hana. Apalah sangat. Mat bangla tepi jalan pun tak ingin nak usya Hana. Hahaha, Hana, Hana. Hana ketawa sendirian apabila memikirkan angan-angannya itu. Berangan tinggi sangat. Setelah bersiap, Hana mengambil beg tangannya lalu keluar dari bilik.

“Nek, Hana pergi kerja dulu ye,” ujar Hana kepada Nek Yam. Nek Yam ketika itu sedang melihat-melihat bunga kesayangannya itu.

“Ye, baik-baik tu,” pesan Nek Yam. Hana mengangguk lalu menyalam tangan Nek Yam. Kelihatan Aiman telah menunggu Hana di dalam kereta. Hana memandang kereta Aiman lalu berlalu menuju ke arah kereta tersebut.

“Mak Icah, Hana pergi dulu,” sapa Hana tatkala melihat Mak Icah sedang menjenguk di muka pintu rumahnya.

“Hati-hati Hana,” pesan Mak Icah. Hana mengangguk sambil tersenyum. Kemudian, Hana membuka pintu lalu masuk ke dalam kereta. Di dalam kereta, Aiman hanya mendiamkan diri sahaja. Manakala Hana hanya memandang Aiman dengan pandangan kosong. Hari ini mereka macam lain sikit. Mungkin kejadian malam tadi atau mungkin kerana Hana tidak berapa sihat hari ini. Aiman kemudiannya menggerakkan keretanya menuju ke tempat kerja.

‘Hmm, nak minta maaf ke tak nak ek? Tapi perkara malam tadi kan dah settle,’ desis Aiman sesekali memandang cermin sisinya.

‘Hmm, nak tegur ke tak nak ek? Rasa macam janggal pula senyap macam ni,’ desis Hana pula. Sesekali dia melontarkan pandangannya ke luar.

“Hana...,”

“Aiman…,” panggil mereka serentak.

“Kau cakap dululah,” pinta Aiman. Yelah, lady firstlah katakan.

“Kaulah cakap dulu. Aku tak ada benda nak cakap,” ujar Hana.

Laa, tadi macam nak cakap something je,” balas Aiman sambil memandang Hana sekilas.

“Tak ada apa-apa. Kau cakap jelah apa yang kau nak cakap,” balas Hana pula. Pandangannya tetap ke luar.

“Aku nak minta maaf pasal malam tadi. Tak sangka kau terkejut sampai pengsan tengok aku macam tu. Lemah semangat juga kau ni,” ujar Aiman memohon maaf. Di samping itu, ada juga perkataan yang menyakitkan hati Hana. Hana memandang Aiman dengan pandangan yang tajam.

“Mana tak lemah semangat. Orang lain tengok pun lemah semangat. Dah kau pakai benda tu, dengan sepit bagai. Seluar tidur dahlah warna pink, berbunga lagi. Mana aku tak terkejut. Aku ingat hantu setan manalah yang buka pintu,” balas Hana marah. Marah apabila teringat perkara malam tadi.

“Yelah-yelah, aku minta maaf. Aku tak tahu kau nak datang malam tadi. Suka hati akulah aku nak pakai apa. Lagipun malam tadi aku dah kena hukuman dengan mak aku tau. Pasal kaulah. Sakit tau telinga aku ni kena bebel dengan mak aku. Macam peluru. Dari malam sampai pagi dia tembak aku tau,” ujar Aiman tak puas hati. Tak pasal-pasal telinga dia kena hukuman akibat kejadian malam tadi. Kalau badannya dipukul dengan kayu belati beberapa sekalipun dia tidak kisah. Asalkan tidak mendengar bebelan maknya. Sengsara.

Sorrylah. Tapi salah kau juga. Eh, kejap. Bau apa ni ek? Kau pakai salonplas ke? Kenapa? Mak Icah hempuk kau sekali ke?,” tanya Hana sambil menghidu bau tersebut. Bau seperti minyak angin. Siapa lagi yang pakai kalau bukan Aiman. Hana tak pakai benda itu. Walaupun dia tidak sihat tapi dia tak pakai benda itu. Nampaknya seperti ada bahagian otot Aiman yang sakit.

“Ye aku pakai. Dekat pinggang ni ha. Bukan mak aku yang hempuk. Mak aku hempuk tak adalah sengsara macam ni. Ni semua pasal kaulah. Kau tu berat sangat. Nak patah pinggang aku angkat kau tahu tak. Na, kau berat dosa ke apa? Berat gila. Macam 60kg rasanya,” ujar Aiman selamba. Hana hanya menundukkan mukanya sahaja. Terasa pipinya merah padam. Telinganya panas. ‘Ada ke patut dia cakap aku berat. Berat aku tak adalah sampai 60 kg. Buat cerita lebih je dia ni,’ desis Hana sambil mengetap bibirnya.

“Siapa suruh kau angkat aku. Tak suruh pun,” jawab Hana perlahan.

“Kalau aku tak angkat, siapa yang nak angkat. Takkan aku nak biarkan kau terbaring sorang-sorang dekat depan rumah aku. Pasal benda tulah, adik kau ingat aku ni hantu yang nak culik kau. Yang si Aqief pula tak percaya aku ni Aiman. Nasib baik dia tak hantar aku dekat ketua kampung. Kalau tak, naya aku,” balas Aiman mengingati kembali kejadian malam tadi.

“Hahaha, salah kau juga. Siapa suruh kau pakai masker. Pakai benda tu time nak tidur je tau. Tulah balasannya,” balas Hana sambil ketawa kecil. Kelakar rasanya apabila mengingati perkara tersebut. Aiman, Aiman.

“Memang nak tidur pun. Habis yang kau sibuk datang rumah aku kenapa? Apa sebab kau datang rumah aku?,” soal Aiman tidak puas hati.

“Adalah,” balas Hana selamba.

“Adalah kau cakap. Takkan saja-saja je kau datang rumah aku. Ke, kau nak skodeng aku. Mengaku jelah yang kau nak skodeng aku kan,” tuduh Aiman sambil tersenyum nakal. Hana memandang Aiman sambil menjegilkan matanya lantas dia memukul bahu Aiman.

“Aduh, sakitlah Hana. Kau ni macam hulklah. Makhluk yang hijau-hijau tu,” Aiman menganduh sambil menggosok-gosok bahunya itu.

“Tulah, tuduh aku skodeng kau. Tak ingin aku skodeng kau tau,”

Alaa, Hana. Kau mengaku jelah yang kau skodeng aku. Aku tak kisah pun,”

“Mana ada aku skodeng kau!,”

“Ngaku jelah,”

“Tak nak!,”

“Ngaku jelah!,”

“Tak nak, tak naklah!,”

Begitulah mereka berdua. Sepanjang perjalanan mereka bertengkar. Bertengkar sehinggalah mereka sampai ke tempat kerja mereka. Masing-masing tidak mahu mengalah. Masing-masing mempunyai ego yang cukup tinggi.

                                  ************************************************

Tengah hari itu Aiman tidak dapat bekerja bersama-bersama dengan Hana kerana Aiman terpaksa pergi ke suatu tempat atas urusan kerja. Hana seperti biasa terpaksa bekerja seorang diri tanpa Aiman. Hana rasa badannya semakin lemah dan kepalanya semakin sakit. Mungkin kerana demamnya semakin teruk. Hana hanya menahan dirinya sambil tersenyum. Setengah jam lagi waktu rehat. Mungkin masa rehat nanti badannya kembali pulih. ‘Hana, kau kena tahan sikit. Kejap lagi waktu rehat. Tahan Na, kau boleh!,’ desis hatinya memberi semangat. Hana menghela nafasnya perlahan. ‘Ya ALLAH sakitnya hanya ALLAH saja yang tahu,’ desis Hana lagi. Hana memicit-micit kepalanya lalu dengan tidak semena-mena dia merebahkan dirinya di lantai. Nasib baik ada pekerja yang lalu di situ. Mereka berkerumun di tempat Hana tidak sedarkan diri. Tiba-tiba Aqief dengan tidak sengaja lalu di situ. Aqief mengerutkan dahinya lalu menuju ke tempat kejadian.

“Kenapa semua berkerumun dekat sini. Apa yang berlaku ni?,” soal Aqief kepada semua pekerja. Semua pekerja terkejut lalu memberi laluan kepada Aqief. Aqief lalu di laluan tersebut dengan perlahan. Dia berjalan sambil mengerutkan dahinya. Apa sebenarnya berlaku di sini?

“Hana?,” panggil Aqief terkejut lalu mengangkat kepala Hana. Dia meletakkan tapak tangannya di dahi Hana. Panas! Dengan tidak membuang masa, Aqief mengendong Hana menuju ke bilik rehat. Semua pekerja yang berada di situ memberi laluan kepada Aqief. Hana yang berada dalam keadaan separuh sedar terasa terkejut kerana rasa dirinya digendong oleh seseorang. Hana cuba untuk membuka sedikit matanya. Ternyata Aqief yang menggendongnya.

Aqief. Dulu Aqief selalu membantunya ketika dia sakit. Pernah dulu, semasa mereka di tingkatan dua, Hana jatuh ketika waktu jasmani. Waktu itu mereka bermain bola. Pelajar lelaki dan perempuan ketika itu bermain bola bersama. Ketika itu, guru yang mengajar matapelajaran jasmani ada urusan sebentar. Ketika itu Hana bermain bersama rakan perempuannya begitu juga Aqief dan Aiman yang bermain bersama rakan lelaki mereka. Entah bagaimana tiba-tiba Hana terjatuh ketika bermain bola. Seluar Hana koyak di bahagian lutut dan lututnya berdarah. Aqief yang melihat kejadian itu, dengan lantasnya datang mendapatkan Hana. Ketika itu Hana menangis mengenangkan seluarnya yang koyak itu. Dia takut dimarahi oleh ibunya ketika itu. Aqief melutut di hadapan Hana lalu dia terus menggendong Hana. Hana ketika itu terkejut dengan perlakuan Aqief. Hana ingat lagi, ketika itu Aqief akan kata…

“Jangan risau, aku ada,” itu perkataan yang dikeluarkan dari mulut Aqief sampai sekarang Hana ingat.

Ketika ini, perkara yang sama berulang lagi. Aqief menggendong Hana. Ya, bahu Aqief tetap sama. Kehangatannya tetap sama. Cuma, bahu Aqief sudah semakin lebar. Sudah besar rupanya kita. Hana mengukir senyuman manis di bahu Aqief. ‘Aqief,’ desis Hana sambil memejamkan matanya. Tak larat rasanya untuk dia membuka mata.

Setelah tiba di bilik rehat, Aqief membaringkan Hana di atas katil. Aqief mengambil panadol yang berada di dalam laci berdekatan sebelah katil. Dia menuangkan air mineral lalu menepuk-nepuk lembut pipi Hana.

“Hana, kau telan panadol ni,” arah Aqief lalu memasukkan panadol tersebut ke dalam mulut Hana. Kemudian dia memberi Hana air. Hana menelan perlahan panadol tersebut. Seterusnya, Aqief mengambil sapu tangannya lalu dia membasahkan sapu tangan tersebut. Dia meletakkan sapu tangan tersebut di dahi Hana. Bagi suhu badan Hana menurun. Setelah yakin Hana telah tidur, Aqief bangun untuk membiarkan Hana rehat sendirian di bilik tersebut. Baru Aqief ingin berjalan, tiba-tiba tangan Aqief di tarik lemah oleh Hana. Aqief tersentak tatkala Hana menarik tangannya itu. Aqief membatalkan niatnya lalu duduk di sisi Hana.

“Aqief, terima kasih,” ucap Hana perlahan sambil tersenyum manis memandang Aqief. Aqief tersentak tatkala melihat wajah Hana sebegitu. Sangat manis. Dengan serta-merta wajah Aqief berubah menjadi merah. Aqief hanya tersenyum memandang Hana.

“Sama-sama. Kau okay tak? Kalau demam kenapa kau tak cuti je?,” ujar Aqief lembut. Seperti selalu.

“Aku ingat demam sikit je. Tak tahu pula semakin teruk. Terima kasih Aqief. Kau selalu ada ketika aku memerlukan. Dah macam superhero pula. Hehe,” balas Hana perlahan. Sempat dia berseloroh dengan Aqief. Aqief hanya tersenyum malu tatkala mendegar ucapan Hana itu.

“Mana ada. Aku baru ada ketika kau memerlukan. Aku tak macam Aiman yang selalu ada untuk kau,” balas Aqief pula. Dia tak nak menolak kenyataan bahawa Aiman memang selalu bersama Hana berbanding diri dia selama ini.

“Aiman, dia tu tak ambil berat langsung. Suka menyakitkan hati orang adalah. Waktu aku jatuh dulu pun, bukan dia tanya aku okay ke tak. Dia ketawakan aku adalah. Tak payah sebut pasal dia,” ujar Hana sambil mengingati kejadian semasa mereka di tingkatan dua dulu. Sangat menyakitkan hati. Aiman ketawakan dia sampai guling-guling di atas lantai. Malah cakap Hana macam budak dua tahun. Tak reti main bola. Mana tak geram hati Hana.

“Masa tu kan budak-budak lagi. Tapi kau ingat tak masa Aiman kena demam selesema. Datang sekolah meleleh hingus dia. Warna hijau pula tu. Hahaha, masa tu Mak Icah lupa nak bawakan dia sapu tangan,” sampuk Aqief sambil mengingati kenangan lampau mereka.

“Ingat. Masa tu tingkatan dua juga. Memanglah dia tak bawa sapu tangan, tapi yang jadi mangsanya aku. Dia lap hingus dia dekat tudung aku. Masa tu aku balik nangis-nangis. Dia pula buat muka selamba bodoh dia je,” balas Hana pula.

“Hahaha, yeke,” soal Aqief sambil ketawa. Hana hanya mengangguk kepalanya sahaja.

“Hahaha. Aiman, Aiman,” ujar Aqief lagi sambil ketawa. Melihat Aqief ketawa seperti itu, dia pun turut ketawa juga. Hilang juga rasa sakit kepalanya itu.

Ketika mereka berdua ketawa riang di dalam bilik tersebut, terdapat sepasang mata yang redup melihat mereka. Sepasang mata yang redup itu milik Aiman. Aiman hanya melihat kemesraan mereka di sebalik langsir yang terdapat di bilik tersebut. Dia hanya mendiamkan dirinya sahaja. Tak jadi dia untuk ikut campur perbualan mereka berdua. Dan tak jadi juga dia ingin mendapat tahu keadaan Hana ketika itu. Aqief telah berada di samping Hana. Begitu rupanya tanggapan Hana terhadap Aiman. Ya, Aiman bukan seperti Aqief. Baik hati, sopan dan romantik. Itu bukan Aiman. Aiman mengaku dia selalu berkasar dengan Hana. Hana tidak memerlukan Aiman lagi kerana sudah ada Aqief untuk menemani Hana di setiap waktu. Aiman hanya memandang. Memandang dengan pandangan yang cemburu. Ya, Aiman cemburu. Cemburu dengan kemesraan mereka. Tak tahu mengapa perasaan tersebut muncul di dalam dirinya. Walhal mereka berdua hanyalah kawan karibnya sahaja.

Previous: BAB 5
Next: BAB 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.