Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,776
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 24

Malam itu kelihatan Aqief menjenguk-jenguk ke arah halaman rumah Aiman. Nampaknya Aiman dan Hana tiada di situ. Aqief mengeluh kecil sambil memandang telefon bimbitnya.

“Mana diaorang ni? selalunya lepak-lepak dekat luar. Busy kot. Nak call diaorang ke tak nak? Kalau tak beritahu, nanti diaorang tak tahu. Hmm,” ujar Aqief sendirian. Aqief menggaru kepalanya yang tidak gatal itu lalu mendail nombor telefon Hana. Kemudian dia menekapkan telefon bimbitnya di telinga.

Hana yang ketika itu sedang mengemas-ngemas bajunya tersentak tatkala mendengar telefon bimbitnya berbunyi. Hana mengambil telefon bimbitnya yang berada di atas meja kecilnya itu. Hana tersentak tatkala nama Aqief tenteradi telefon bimbitnya itu. Hana agak ragu-ragu untuk mengangkatnya. ‘Kalau tak angkat nanti, Aqief ingat aku mengelak daripada dia pula. Baik aku angkat jelah,’ desis Hana lalu mengangkat panggilan Aqief.

Hello? Assalammualaikum?,” kedengaran suara Hana di hujung talian. Agak perlahan suara tersebut.

“Waalaikummussalam. Hana. Sorry aku ganggu kau malam-malam macam ni. Aku nak beritahu korang something ni. Aku tengok dekat luar tadi, korang tak ada. So, aku call kau,” ujar Aqief lembut. Hana menelan air liurnya sambil mendengar kata-kata Aqief itu.

“Kenapa kau tak call Aiman je?,” soal Hana sambil menundukkan wajahnya. Aqief terdiam mendengar soalan Hana itu. Dia tiada jawapan untuk itu. Tiada kata-kata yang terdengar di hujung talian. Sepi. Aqief mencari-cari jawapan. Hana hanya menunggu jawapan yang sememangnya dia tidak harapkan.

“Apa kau nak beritahu tadi?,” Hana cuba memecahkan lubuk kesunyian antara mereka berdua. Dia tidak mahu masa menjanggalkan mereka berdua. Aqoef sedikit tersentak tatkala mendengar soalan Hana itu.

“Aku cuma nak beritahu yang aku tak jadi join korang pergi ke hotel esok. Aku nak hantar Wardah interview. Mungkin aku drive sendiri pergi ke Legoland. Aku tak naik bas. Boleh kau beritahu Aiman sekali benda ni?,” beritahu Aqief perlahan. Hana menarik nafasnya sambil dia menepuk lembut dadanya. Tidak tahu kenapa, tatkala Aqief menyebut nama Wardah, secara automatik hati Hana begitu sakit sekali. Terlalu sakit. Ya, dia agak cemburu dengan Zulaikha Wardah. Tetapi dia sedar bahawa dirinya siapa bagi Aqief. Dia hanya kawan baik Aqief sahaja. Selam-lamanya begitu.

“O…oh, macam tu. Nanti aku beritahu Aiman,” balas Hana pendek. Kedengaran Aqief melepaskan nafasnya dengan lembut.

“Terima kasih Hana,” ucap Aqief cuba untuk mesra.

“Sama-sama. Assalammualaikum,” ujar Hana cuba menamatkan panggilan. Aqief agak terkedu mendengar suara Hana yang dingin itu dan ingin menamatkan panggilan tersebut dengan secepat mungkin.

“Waalaikummussalam,” jawab Aqief. Kedengaran Hana terlebih dahulu mematikan panggilan tersebut. Aqief menelan menghembuskan nafasnya sambil memandang telefon bimbitnya itu. Manakala Hana pula mendakap telefon bimbitnya itu. Air matanya sudah bertakung. Hanya menunggu untuk jatuh ke pipi lembutnya itu sahaja. Hana menyeka air matanya dan cuba menahan perasaannya itu. Dia tidak boleh macam ini. Dia sudah berjanji dengan dirinya bahawa dia akan pasung perasaannya itu. Hana melepaskan nafasnya dengan kasar lalu cuba mencari nombor Aiman di telefon bimbitnya itu. Kamudian dia mendail nombor telefon Aiman. Dalam beberapa saat panggilannya di angkat.

Hello Hana. Apa hal?,” soal Aiman agak kasar. Hana mengerutkan mukanya tatkala mendengar sapaan Aiman itu.

“Kau buat apa? Aku nak beritahu yang Aqief tak jadi join kita pergi hotel esok. Jadi aku pergi dengan kau jelah,” beritahu Hana. Kelihatan Aiman sedikit tersentak tatkala Hana memberitahu perkara tersebut.

“Aqief sendiri yang beritahu kau ke?,” soal Aiman ingin tahu.

“Yelah. Takkan Cik Imah pula,” jawab Hana ringkas. Kedengaran Aiman terdiam seketika. Seperti ada sesuatu bermain di fikirannya.

Hello Aiman? pengsan ke?,” panggil Hana dengan nada yang selamba. Kelihatan Aiman tersentak dengan panggilan Hana itu.

“Ye, aku tak pengsanlah. Okay. Kita pergi nak naik kereta siapa ni? kau ke aku?,” soal Aiman seperti biasa. Dia tidak mahu Hana perasan bahawa Aiman tahu yang Hana suka dekat Aqief.

“Hmm, aku tak kisah. Naik kereta kaulah. Rindu pula nak naik kereta kau. Boleh?,” ujar Hana selamba.

“Hehh, boleh je. No problem,” balas Aiman selamba juga.

Okay, set. Esok pukul 10 pagi okay,”

Okay, set,” balas Aiman mesra.

“Aiman,” panggil Hana tiba-tiba.

“Hmm? Kenapa?,” tanya Aiman pelik.

“Terima kasih,” ujar Hana dengan gembira.

“S…sama-sama,” balas Aiman teragak-agak.

“Selamat malam. Assalammualaikum,” ucap Hana mengakhiri perbualan antara mereka berdua.

“Waalaikummussalam,” jawab Aiman. Kedengaran Hana telah mematikan panggilan di hujung talian. Aiman mengerutkan mukanya sambil memandang telefon bimbitnya itu.

“Dah kenapa perempuan ni tiba-tiba ucap terima kasih? Tak pernah-pernah dia ucap terima kasih. Demam ke?,” ujar Aiman sendirian. Sambil itu dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Kelihatan rambutnya kusut-masai akibat garukan tersebut. Manakala Hana mengeluh kecil sambil memandang baju yang ingin dibawanya esok. Hana meletakkan telefon bimbitnya di sisi katil lalu menyambung kembali mengemas bajunya itu.

Pada keesokkan paginya, kelihatan ramai staf sudah sampai di dataran hotel. Imla dan Ezreen juga sudah kelihatan berada di dataran tersebut. Hana dan Aiman kemudiannya melangkah menuju ke arah Imla. Kelihatan dari jauh Hana tersenyum memandang Imla. Imla turut membalas senyuman Hana itu. Ezreen yang agak jauh dari Imla hanya menjeling sambil mengipas-ngipas dirinya. Sambil itu dia seperti mencari seseorang. Tidak lama kemudian, kelihatan Encik Iqbal memberi sedikit taklimat berkaitan dengan perjalanan mereka nanti. Mereka semua mendengar taklimat Encik Iqbal itu dengan teliti. Setelah selesai mendengar taklimat daripada Encik Iqbal, mereka kemudiannya diarahkan menaiki bas yang disediakan dengan tertib. Ezreen yang terlebih dahulu berada di hadapan menaiki dahulu bas tersebut. Kemudian diikuti Hana, Aiman, Imla dan pekerja-pekerja yang lain. Apabila mereka memasuki bas tersebut, kelihatan Ezreen mengambil tempat duduk di hadapan sekali. Tempat duduk di sebelahnya kelihatan kosong. Hana hanya memandang Ezreen dengan pandangan kosong. Dengan tiba-tiba tangan Hana ditarik Ezreen. Hana terkejut lalu memandang Ezreen.

“Hei, you. Aqief tak datang sama-sama dengan korang ke?,” soal Ezreen sambil memandang belakang Hana. Kelihatan Hana mengeluh kecil dengan tindakan Ezreen itu.

“Aqief ada hal. Dia drive sendiri ke sana,” balas Hana agak lembut.

“Hal? Hal apa?,” soal Ezreen seperti tidak puas hati.

Better kau tanya dia sendiri. Lepaskan tangan aku. Ramai lagi nak naik ni,” ujar Hana agak malas melayan karenah Ezreen itu. Ezreen agak tidak berpuas hati dengan jawapan Hana. Dengan tiada pilihan lain, Ezreen melepaskan tangan Hana itu. Hana kemudiannya melangkah berlalu meninggalkan Ezreen dan mencari tempat duduk yang sesuai. Hana memilih tempat duduk bertentangan dengan tempat duduk Ezreen. Itupun selang beberapa baris belakang dari tempat duduk Ezreen. Hana kemudiannya melabuhkan punggungnya di tempat duduk tersebut. Hana tidak memilih duduk di tempat bersebelahan dengan tingkap kerana dia lebih suka duduk sambil melihat cermin hadapan bas itu. Dengan tiba-tiba Aiman mengambil tempat duduk di sebelah Hana yang bersebelahan dengan tingkap itu. Hana terkejut dengan tindakan Aiman itu memandang Aiman dengan pandangan yang marah.

Apesal kau duduk sini? sini tempat Imla. Kau duduklah belakang!,” ujar Hana dengan marah yang ditahan-tahan. Kelihatan Imla mencekak pinggangnya sambil melihat Aiman.

“Kenapa aku tak boleh duduk sini? ada nama ke kerusi ni? lagipun malaslah nak keluar balik. Sempit. Ramai lagi nak duduk. Im, kau boleh duduk belakang kan. Kau kan comel. Nanti aku belanja kau makan aiskrim bila tiba sana nanti,” bodek Aiman sambil tersenyum manis memandang Imla. Kelihatan Imla mengeluh kecil sambil menundukkan sedikit mukanya. Kelihatan kedua-dua pipinya menjadi merah tatkala Aiman berkata sedemikian. Hana yang mendengar kata-kata Aiman itu memandang Aiman sambil mengecilkan matanya. Ingin sahaja di belasahnya mamat di sebelahnya itu. Nasib baik ramai pekerja di dalam bas tersebut.

“Tak pelah Na, aku duduk belakang. Lagi selesa,” ujar Imla perlahan sambil menyentuh lembut bahu Hana. Hana memandang Imla sambil memegang tangan kawannya itu.

“Tak pe ke?,” soal Hana meminta kepastian. Imla menganggukkan kepalanya dengan perlahan sambil tersenyum. Kemudian, Imla melepaskan tangannya dari di genggam Hana lalu mengambil tempat duduk di belakang Hana. Hana menjengukkan kepalanya ke tempat duduk belakangnya bagi memastikan kawannya itu tiada masalah. Hana kemudiannya merenung muka Aiman seperti mahu ditelan hidup-hidup budak itu. Aiman memandang Hana sambil mengerutkan mukanya.

Apesal kau pandang aku macam tu?,” soal Aiman dengan muka tidak bersalahnya.

“Kau ni kan. Nak je aku belasah kau. Suka-suka hati je duduk tanpa kebenaran,” ujar Hana geram.

“Eleh, Imla tak kisah pun. Kau pula yang over. Nah makan coklat ni. Bagi cool down sikit panas kau tu,” balas Aiman sambil memberi coklat Sneaker kepada Hana. Hana mengambil coklat tersebut sambil menjeling Aiman. Aiman memandang tingkap di sebelahnya sambil tersenyum. Dia tahu Hana akan mengambil coklat tersebut. Hana takkan menolak kalau coklat tersebut namanya Sneaker. Pasti dia akan mengambilnya.

Hana mengoyakkan plastiknya lalu menyumbat coklat tersebut di mulutnya. Rasa sejuk sikit hatinya berbanding tadi. Hana makan coklat tersebut sambil memandang permandangan melalui cermin hadapan bas tersebut. Sambil itu Hana juga memandang gelagat-gelagat pekerja yang lain. Ada yang bermain telefon bimbit, iPad dan gajet-gajet yang lain. Ada di antaranya juga berbual kosong di antara satu sama lain.

Sudah setengah jam mereka dalam perjalanan. Hana menguap sambil memandang permandangan di hadapannya itu. Matanya sudah menjadi kuyu. Bila-bila masa saja matanya ingin tertutup. Dengan tiba-tiba bahu Hana seperti ada sesuatu menghempapnya. Hana menoleh ke arah bahunya dan kelihatan kepala Aiman sudah terlentuk di bahunya.

“Baru setengah jam dah tidur,” bisik Hana lalu menolak kepala Aiman ke arah tingkap dengan kasar. Malangnya kepala Aiman terhantuk ke tingkap dan melantun semula ke bahu Hana. Hana terkejut sambil membesarkan matanya itu. Kelihatan Aiman tersenyum di bahu Hana. Hana memandang kepala Aiman dan membiarkan sahaja kepala Aiman di bahunya. Kemudian kelihatan Hana mengeluh kecil sambil menyandarkan kepalanya di kerusi sambil menikmati permandangan yang indah. Kelihatan pokok-pokok menghijau di kiri dan kanan jalan. Dengan permandangan langit yang membiru ditemani dengan kepulan-kepulan awan yang memutih seperti kapas. Kadang-kadang Hana dapat membayangkan beberapa bentuk di kepulan-kepulan awan yang memutih itu. Tambahan lagi dengan bau Aiman yang sangat melembutkan. Hana tersenyum sambil menikmati detik tersebut. Begitu juga Aiman. Terasa bahu Hana begitu lembut seperti kekabu bantal. Terasa selesa sangat. Dengan haruman Hana yang selembut dan semanis gula-gula itu. Dan juga dengan lagu yang berkumandang di dalam bas tersebut begitu sesuai dengan keadaan sekarang. Mereka berdua menikmati waktu-waktu tersebut dengan sebaik mungkin. Hana dan dan Aiman berasa sangat selesa antara satu sama lain. Terasa sangat-sangat selesa. Biarlah mereka menikmati detik-detik ini sehingga pak cik yang bawa bas ini memberhentikan bas apabila tiba di destinasi nanti. Aiman mengharapkan begitu. Entah sejak bila dia mula jatuh cinta kepada Hana. Ya, Aiman mencintai Hana. Tetapi itu adalah rahsia. Shhh!

(Sorry If I’m Happy-Davichi Instrumental)

Kelihatan Aqief memandu keretanya dengan fokus sekali. Sesekali kelihatan Zulaikha memandang wajah Aqief. Zulaikha memandang hadapan sambil mengetap bibirnya. Zulaikha kemudian memandang Aqief semula. Seperti ada sesuatu ingin di tanyanya.

“Aqief,” panggil Zulaikha lembut. Selembut suara bidadari. Aqief seperti hilang deria pendengaran tatkala mengendahkan panggilan daripada Zulaikha itu. Zulaikha menelan air liurnya lalu memanggil Aqief lagi.

“Aqief,” kali ini suaranya ditinggikan sedikit supaya Aqief mendengar panggilannya itu. Aqief tersentak dari lamunannya lalu memandang kekasih hatinya itu.

“Ye? Awak ada panggil ye?,” soal Aqief sambil memandang Zulaikha sekilas. Sambil itu sempat dia menghadiahkan senyuman kepada kekasihnya itu. Zulaikha membalas senyuman Aqief lalu menundukkan mukanya itu.

“Saya ada panggil awak, tapi awak tak dengar. Awak ada masalah ke? dari tadi awak diam,” soal Zulaikha lembut dan berhati-hati. Aqief memandang Zulaikha sambil tersenyum.

“Tak adalah. Awak jangan risau ye,” balas Aqief sambil menghadiahkan senyuman yang manis kepada Zulaikha. Zulaikha tersenyum tatkala mendengar penjelasan Aqief itu. Lega hatinya tatkala Aqief tidak terlibat dalam sebarang masalah.

“Aqief,” panggil Zulaikha lagi.

“Ye?,” jawab Aqief. Sambil itu matanya masih di jalan raya.

“Terima kasih sebab hantar saya interviewhari ini,” ucap Zulaikha.

“Sama-sama,” balas Aqief sambil memandang Zulaikha dengan senyuman yang manis. Kemudian, memandang semula ke arah jalan raya. Entah kenapa hatinya tidak tenteram di saat itu. Apa yang dirisaukan pun Aqief tak tahu. Ibu bapanya elok-elok sahaja di rumah. Orang kesayangannya pun ada di sebelahnya sekarang. Aqief melepaskan nafasnya seperti melepaskan beban yang berada di hatinya itu. Aqief menekan minyak, lalu memandu laju keretanya di lebuh raya tersebut.

Kelihatan bas yang membawa setengah dari pekerja Hotel Desaru sudah tiba di destinasinya. Setelah memparkir bas di kawasan yang di sediakan, mereka semua di arahkan turun dari bas secara perlahan-lahan. Kelihatan Hana dan Aiman masing-masing masih terlena. Kali ini kepala Hana terlentuk di kepala Aiman pula sedangkan kepala Aiman terlentuk di bahu Hana. Imla yang ingin mengejutkan mereka berdua melihat mereka berdua dengan pandangan redupnya. Dia kemudiannya menyentuh bahu Hana dengan lembut lalu menggoyangkannya.

“Hana, bangun,” kejut Imla dengan lembut. Kelihatan Hana tersedar dari lenanya. Hana memandang Imla sambil menggosok-gosok matanya. Begitu juga Aiman. Aiman menguap sambil meregangkan badannya itu.

“Dah sampai ke?,” soal Hana dengan matanya yang separuh terbuka itu. Imla mengangguk perlahan kepalanya. Aiman yang berada di tepi tingkap memandang ke luar. Aiman membeliakkan matanya tatkala melihat keadaan di luar.

“Eh, dah sampailah. Jom kita turun. Macam kita je yang tak turun ni,” ujar Aiman agak teruja sambil memandang sekeliling di dalam bas itu. Kelihatan Imla tersenyum kecil tatkala melihat telatah Aiman itu. Hana yang membetulkan tudungnya itu memandang Aiman dengan pelik.

“Kau ni teruja sangatlah. Jomlah kita turun,” ujar Hana lalu mengajak Imla untuk turun. Aiman yang terpinga-pinga itu turut mengikuti langkah Hana dari belakang.

Kelihatan semua pekerja sedang menunggu di hadapan bas itu. Kemudian, Encik Iqbal memberi sedikit taklimat lagi sebelum melepaskan mereka semua memasuki Legoland. Mereka semua mendengar taklimat untuk yang terakhirnya itu dengan tekun. Mereka juga tidak mahu keadaan yang tidak diingini berlaku di sini. Hal ini mampu mencemarkan nama baik hotel mereka. Setelah selesai mendengar taklimat, mereka kemudiannya memasuki pintu masuk Legoland. Kelihatan kegembiraan terpancar di wajah masing-masing. Begitu juga dengan Hana, Aiman dan Imla. Mereka sangat teruja dan gembira tatkala memasuki ke taman tema tersebut.

“Im, kita pergi Water Park jom!,” ajak Hana dengan gembira.

“Aku pun nak ikut juga!,” sampuk Aiman. Hana mengeluarkan jari tunjuknya lalu mengibas-ngibaskan jarinya itu mengisyaratkan tidak boleh.

“Tak boleh! Jom Im,” ujar Hana lalu menarik lengan Imla menuju ke arah Water Park. Imla mengikut Hana sambil tersenyum.

“Eleh, macamlah ni tempat dia. Huhh!,” ngomel Aiman sendirian.

Sementara, kelihatan Aqief sedang turun dari keretanya itu. Aqief membetul-betulkan t-shirt berlengan pendeknya itu. Setelah mengunci keretanya, Aqief mengatur langkah menuju ke pintu gerbang Legoland. Aqief pasti yang rakan-rakan sekerjanya sudah sampai memandangkan kelihatan bas hotelnya terparkir di kawasan tersebut.

Manakala di Water Park pula, kelihatan Hana dan Imla begitu gembira bermain air di kawasan tersebut. Pelbagai permainan yang disediakan di sana telah mereka cuba. Ezreen juga turut kelihatan di kawasan tersebut. Tetapi mereka tidak perasan antara satu sama lain. Mereka cukup teruja dengan setiap permainan yang mereka cuba. Dari satu permainan ke satu permainan yang lain mereka cuba. Kemudian, Hana dan Imla mencuba gelungsur air pula. Mereka berdua menaiki pelampung besar, kemudian mereka menggelungsur di gelungsur tersebut. Mereka menggelungsur ke bawah sambil menjerit kegembiraan dengan percikan air yang berada di gelungsur tersebut. Percikan air tersebut telah membasahi muka dan baju mereka. Mereka kelihatan sangat gembira. Penghujung gelungsur tersebut telah kelihatan. Entah bagaimana, tiba-tiba kaki Hana tersepak punggung seorang perempuan. Dengan serta-merta perempuan tersebut jatuh tersembam ke bawah. Hana terkejut sambil menutup mulutnya. Begitu juga Imla. Dengan lantasnya, Hana membantu perempuan tersebut.

S..s..sorry miss. Saya tak sengaja,” ujar Hana sambil memaut lengan perempuan tersebut. Perempuan tersebut menarik lengannya lalu menyelak rambutnya yang telah menutupi mukanya itu.

“Apa sorry? Tak nampak ke ada orang dekat sini,” balas perempuan tersebut sambil memandang Hana. Hana terkejut tatkala memandang wajah perempuan yang ditendangnya itu. Tak sangka perempuan yang ditendangnya itu adalah Ezreen.

You! Hei, Hana! You ni memang suka dengki I ke? semua I pergi ada you. Apa you tak puas hati dengan I sampai you sepak punggung I haah?!,” ujar Ezreen lagi sambil menjeggilkan matanya itu.

“Laa, perempuan ni. Memang patut kena sepak pun. Aku tarik balik kata-kata aku tadi. Sebenarnya aku sengaja,” ujar Hana selamba dan ingin pergi dari kawasan tersebut. Ezreen menjenggilkan matanya tatkala mendengar kata-kata Hana yang menyakitkan hati itu. Ezreen dengan marahnya menarik tangan Hana dengan kasar.

“Hei, apa ni tarik-tarik?!,” marah Hana lalu menarik tangannya itu.

“Baik you tarik balik kata-kata you tadi. You ni kan memang perempuan yang tak ada adab. Perempuan kampung!,” maki Ezreen dengan marah sekali.

“Kalau aku tak nak?,” soal Hana sambil membuat muka poyonya itu dan kemudian dia terus berlalu meninggalkan Ezreen sendirian. Imla turut mengikuti langkah Hana. Malas dia layan Ezreen lebih-lebih. Makin dilayan, makin teruk jadinya. Sudahlah sekarang mereka berada di tempat awam. Hana tidak mahu bikin masalah lagi. Manakala Ezreen pula menahan geramnya tatkala melihat tindakan Hana itu. Dengan perasaan yang marah teramat sangat, dia dengan lantasnya menarik tudung Hana dengan sekuat hati sehingga Hana terjatuh ke bawah. Habis air terpercik sana-sini membasahi tubuh Hana. Hana yang terkejut dengan tindakan Ezreen memandang Ezreen dengan pandangan yang sangat menakutkan. Hana mengetap bibirnya lalu dia bangun berhadapan dengan Ezreen. Imla yang terkejut itu hanya memandang mereka berdua dengan kaku.

“Kau nak apa ha daripada aku?!,” jerit Hana dengan kasar.

“Sekarang kita seri. Baru puas hati I!,” balas Ezreen dengan kasar. Hana dengan perasaan marahnya lantas menarik rambut Ezreen dengan sekuat hatinya. Begitu juga Ezreen. Dengan secara spontannya dia menarik tudung Hana. Mereka bergaduh sambil bercakaran di antara satu sama lain. Pengunjung-pengunjung yagn berada di sekeliling mereka berdua memandang pergaduhan antara mereka. Ada yang berbisik-bisik. Ada juga yang bersorak-sorak melihat pergaduhan mereka. Ingat mereka melihat perlawanan wrestling apa. =,=. Hana dan Ezreen bergaduh sehingga tahap menarik kaki antara satu sama lain, kelihatan juga mereka merenggangkan badan antara satu sama lain. Macam sumo pun ada. Yang penting ketika ini pergaduhan mereka sangat kritikal. Hana dan Ezreen sudah naik hantu. Imla tidak dapat berbuat apa-apa. Hal ini kerana, sekiranya dia masuk campur, dia juga turut tercedera dalam pergaduhan ini. Imla melihat Hana dan Ezreen sambil menggigit jarinya akibat resah. Sesekali dia melihat sekeliling sekiranya ada seseorang mampu meleraikan pergaduhan ini. Semua rakan sekerjanya entah hilang ke mana. Yang ada di situ hanyalah mereka bertiga sahaja. Yang lain hanyalah pelancong asing. Imla berharap ada seseorang yang mampu menolongnya sekarang. Tolonglah! Imla berharap.

“HANA!! EZREEN!!,” kedengaran suara seorang lelaki menjerit memanggil mereka berdua. Imla, Hana dan Ezreen terkejut tatkala mendengar jeritan itu. Imla mencari suara tersebut. Hana dan Ezreen turut mencari empunya suara tersebut. Sambil itu mereka melepaskan tangan dan kaki lawan masing-masing. Kelihatan Aqief melangkah menuju ke arah mereka dengan muka yang agak bengang. Hana dan Ezreen agak terkejut dengan kemunculan Aqief itu dengan cepat-cepat membetulkan rambut dan tudung masing-masing.

“Kenapa ni? tak malu ke orang lain tengok?,” soal Aqief agak dingin. Hana dan Ezreen tidak berani memandang Aqief dan hanya memandang ke bawah sahaja.

“Ezreen, Hana. Kenapa korang buat perangai macam tu? perangai macam monyet!,” marah Aqief lagi. Hana dengan pantas memandang Aqief dengan pandangan yang tajam. Aqief membalas pandangan Hana itu.

“Q..Qief, sebenarnya kawan you yang buat hal dulu. Kalau dia tak sepak punggung I, I takkan bertindak macam ni,” Ezreen cuba memberi alasan dengan suara dibuat-buat manja.

Excuse, ‘tersepak’, bukan sengaja pun,” balas Hana membetulkan apa yang dikata oleh Ezreen.

But youtak minta maaf pun kan. Kalau you minta maaf, atleast I takkan buat you macam tu,” ujar Ezreen cuba mempertahankan dirinya.

“Buat apa aku nak minta maaf dekat orang macam kau. Asyik cari salah orang je,” balas Hana sambil menjeling Ezreen.

“Hey you!,” jerit Ezreen.

“What!! Betulkan?!,” balas Hana pula.

“Hana! Senyap boleh tak? Kau dari dulu tak pernah berubah. Still stick dengan perangai childish kau tu. Annoying tahu tak!!,” marah Aqief dengan kasar. Hana agak tersentak tatkala mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh Aqief itu. Begitu juga Imla. Kelihatan ada segaris senyuman di bibir Ezreen. Hana menelan air liurnya sambil menahan air matanya yang mahu menitis. Sambil itu, matanya masih memandang wajah Aqief yang berada di hadapannya itu. Hana agak terkedu dengan kata-kata Aqief itu. Tidak pernah Aqief mengeluarkan kata-kata sekasar itu. Hana dengan lantasnya berlalu meninggalkan kawasan tersebut. Tak sanggup dia memandang wajah Aqief lagi. Cukuplah kali ini sahaja. Hatinya cukup terseksa tatkala memandang wajah Aqief. Imla memandang Aqief dengan pandangan yang kecewa lalu mengejar Hana dari belakang. Aqief meraup mukanya sambil memandang kelibat Hana yang melarikan diri daripada dirinya. Ezreen yang berada di sebelah Aqief cuba menarik lengan Aqief tetapi Aqief menarik lengannya semula daripada ditarik oleh Ezreen. Kemudian kelihatan Aqief mengeluh kecil dan terus meninggalkan Ezreen seorang diri di situ. Ezreen memandang Aqief dengan pandangan tidak puas hatinya dan cuba mengikuti langkah Aqief dari belakang. Tanpa disedari, kelihatan Aiman melihat babak-babak yang terjadi tadi dari jauh. Aiman memandang mereka dengan pandangan redupnya. Botol mineral yang dipegangnya digenggam erat. Kemudian, kelihatan dia mengeluh kecil dan mengatur langkahnya mengikuti langkah Aqief dari jauh. Jauh dari sudut hatinya, dia amat risaukan Hana. Pasti Hana rasa sakit hati tatkala menerima tamparan hebat itu.

Hana melabuhkan punggungnya di bangku yang telah disediakan di kawasan itu. Sambil itu, dia menyeka air matanya daripada jatuh ke pipi lembutnya itu. Imla memandang Hana dengan pandangan yang sayu lalu memberi sebotol air mineral kepada Hana. Hana memandang Imla lalu mengambil botol mineral tersebut. Sambil itu, dia cuba memberikan Imla sebuah senyuman. Kelihatan juga hidung kecilnya itu telah berubah menjadi merah. Imla membalas senyuman Hana lalu duduk di sebelah Hana. Hana membuka botol mineral tersebut lalu meminumnya. Kelihatan Hana minum dengan rakusnya. Imla memandang Hana dengan pandangan yang simpati. Hana perasan akan pandangan Imla itu.

“Kenapa kau pandang aku macam tu?,” soal Hana kepada Imla. Suaranya agak bergetar sedikit.

“Kalau kau nak nangis, kau nangislah. Aku temankan kau,” ujar Imla lembut.

“Mana ada aku nak nangis. Aku okay je,” balas Hana sambil menyedut hingusnya.

“Macam tak okay je,” ujar Imla sambil memandang wajah rakannya itu.

“Aku okaylah. Cuma aku nak minta tolong kau satu perkara boleh?,” pinta Hana. Imla memandang Hana dengan pelik.

“Apa dia?,” soal Imla penuh tanda tanya.

“Kalau boleh, tolong lupakan perkara tadi. Jangan cakap pasal perkara tadi. Aku tak nak ingat,” pinta Hana sambil menundukkan mukanya itu. Imla cuba tersenyum sambil memandang Hana dengan pandangan simpati. Kemudian dia mengusap belakang badan rakannya itu.

“Kau jangan risau. Perkara tu dah berlalu. Dan tiada siapa akan mengungkitnya. Kalau sesiapa sebut lagi perkara tu, biar aku belasah orang tu,” ujar Imla cuba menenangkan perasaan rakan baiknya itu. Hana memandang Imla sambil tersenyum.

“Betul ni?,” soal Hana meminta kepastian.

“Betul,” balas Imla sambil tersenyum mesra. Hana turut tersenyum mesra memandang Imla.

“Im, jom kita pergi main. Banyak lagi kita tak pergi main lagi ni. Naik roller coaster nak?,” ajak Hana teruja. Imla memandang Hana dengan muka terujanya.

“Jom!,” balas Imla dengan teruja. Mereka berdua kemudian berpimpin tangan dan berlalu menuju ke arah roller coaster. Mungkin dengan keghairahan di situ, Hana dapat melepaskan rasa sedihnya itu.

Sementara itu, kelihatan Aqief sedang duduk di satu bangku sambil menundukkan wajahnya itu. kelihatan juga Ezreen sedang duduk di sebelah Aqief. Sepertinya dia sedang bercakap sesuatu kepada Aqief. Mungkin dalam proses memujuk Aqief. Aiman mengeluh kecil dan melangkah menuju ke arah Aqief. Dua botol mineral yang berada di tangannya digenggam erat. Setibanya dia di situ, dia melihat Aqief dan Ezreen.

Ehem, excuse me, miss Ezreen. Can I talk with my friends?,” tegur Aiman secara tiba-tiba. Ezreen yang terkejut dengan teguran Aiman itu memandang Aiman.

Sure,” balas Ezreen dan masih tidak berganjak dari duduknya.

Just only two of us,” ujar Aiman sambil menggerakkan-gerakkan matanya mengisyaratkan supaya Ezreen pergi dari situ. Ezreen mencebikkan mukanya lalu berlalu dari situ. Aiman memandang Ezreen sambil tersenyum lalu duduk di sebelah Aqief. Aiman kemudiannya memberi sebotol air mineral kepada Aqief. Aqief memandang Aiman lalu mengambil botol air tersebut. Dia cuba untuk tersenyum. Aqief kemudiannya membuka botol air tersebut lalu meneguknya.

“Minumlah air tu dulu. Bagi cool down sikit badan kau tu. Aku dah jampi dah air tu,” ujar Aiman selamba. Aqief hampir tersembur tatkala mendengar kata-kata Aiman itu.

“Aku nampak kau marah Hana tadi. Teruk juga kau marah dia,” ujar Aiman lagi. Aqief tersentak lalu memandang Aiman.

“Kau nampak ke?,” soal Aqief sambil memandang Aiman. Aiman menganggukan kepalanya itu.

“Aku nampak ramai orang kerumun. Tengok-tengok kau tengah marah Hana,” terang Aiman sambil memandang pengunjung lalu-lalang di hadapannya itu.

“Aku tak sengaja marah dia,” ujar Aqief sambil menundukkan kepalanya itu.

“Aku harap kau minta maaf dekat dia nanti,” ujar Aiman lagi sambil memandang setiap pengunjung yang lalu di hadapannya itu. Aqief memandang Aiman lalu menundukkan kepalanya semula.

“Wahh, cerahnya cuaca hari ini. Bestnya dapat tidur sekarang. Haa,” ujar Aiman sambil melihat langit yang membiru itu. Sambil itu dia merenggangkan tangannya ke depan. Aqief hanya melayan perasaannya itu sendiri manakala Aiman menyandarkan badannya di bangku tersebut sambil menikmati permandangan yang indah itu. Hana dan Imla pula sedang berseronok menaiki roller coaster. Walaupun kelihatan gembira, tetapi luka di dalam hatinya itu tetap terluka. Tiada plaster yang mampu menampalnya.

Previous: BAB 23
Next: BAB 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.