Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,787
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 16

Malam itu usai menunaikan solat isyak, Hana bedoa memohon kepada Yang Esa supaya memberkati kehidupannya serta keluarganya. Hana turut berdoa kesejahteraan kedua ibu bapanya supaya tenang di alam sana. Kadang-kala Hana terasa rindu terhadap kedua orang tuanya. Hana hanya mampu melepaskan rindu dengan hanya mengirimkan doa sahaja. Hana tahu bahawa Allah sentiasa mendengar setiap doa hamba-hambanya.

Selepas berdoa, Hana mengemas telekungnya dan kemudian dia menyisir rambutnya yang panjang itu. Di saat itu, Hana terdengar akan gelak ketawa dari luar rumah Aiman. Hana duduk di meja belajarnya lalu membuka sedikit tingkap di hadapannya itu. Dengan perlahan, Hana melihat ke halaman rumah Aiman. Kelihatan Aiman dan Aqief sedang rancak berbual di halaman rumah Aiman. Sudah lama rasanya Hana tidak melihat keadaan seperti itu. Rindu benar dia keadaan seperti itu. Dulu, mereka bertiga selalu berborak seperti itu. Sejak Aqief melanjutkan pelajarannya ke luar negara, keadaan tersebut berubah.

Hana menyandarkan badannya di kerusi dan menghembuskan nafasnya dengan lembut. Kelihatan segaris senyuman di bibirnya. Masih terbayang di ingatannya saat mereka bertiga berkumpul bersama. Waktu itu, Hana, Aiman dan Aqief sedang rancak berborak kosong. Sedang mereka rancak berborak tiba-tiba Aiman ternampak akan tahi bintang. Dengan terujanya dia memanggil Hana dan Aqief turut melihatnya.

“Eh, korang! Tengok tu. Tahi bintanglah. Buatlah hajat,” ujar Aiman teruja. Hana yang berada di sebelah Aiman memukul bahu Aiman.

“Aduh! Sakitlah Hana. Apesal kau pukul aku?,” soal Aiman terkejut sambil memandang Hana.

“Kau ni. Mana boleh buat hajat macam tu. Tu kepercayaan barat. Kita orang Islam, berdoalah pada Allah,” ujar Hana sambil memandang Aiman.

“Betul tu Man. Kalau nak buat hajat, kita mintalah pada Allah. Bukan pada tahi bintang tu. Banyak tengok cerita baratlah tu,” ujar Aqief menyokong Hana. Aiman mengeluh kecil sambil memandang kedua-dua rakannya itu.

“Yelah, aku salah. Minta maaf ye kawan-kawan,” ujar Aiman sambil tersenyum sumbing. Kelihatan dia menggaru tengkuknya yang tidak gatal itu. Mereka berdua turut tersenyum memandang Aiman.

“Aiman, Aqief, tengok tu. Cantikkan tahi bintang tu,” ujar Hana sambil menunjuk tahi bintang tersebut. Aiman dan Aqief turut memandang tahi bintang yang ditunjuk oleh Hana itu. Mereka bertiga melihat tahi bintang tersebut dengan senyuman yang gembira. Malam itu sungguh indah bagi Hana tatkala dapat melihat tahi bintang bersama dengan Aiman dan Aqief, rakan baiknya itu.

Lamunannya terhenti tatkala mendengar telefon bimbitnya berbunyi. Hana mengambil telefon bimbit tersebut lalu melihat gerangan siapa yang menelefonnya itu.

“Aiman?,” ujarnya perlahan. Hana mengangkat panggilan tersebut lalu menekapkan telefon bimbit tersebut di telinganya.

Hello Aiman? Ada apa kau call aku ni?,” soal Hana.

“Hana, jomlah keluar. Kitaorang ada dekat luar ni. Jomlah join kitaorang,” ajak Aiman kepada Hana.

“Haa? Aku…,”

“Kau dah tidur ke? sorrylah kalau ganggu kau,” pintas Aiman sebelum sempat Hana berkata apa-apa.

“Mana ada. Aku belum tidur. Okay nanti aku join korang. Ada kudapan tak?,” seloroh Hana.

“Ish kau ni. Kudap-kudapan tak ada. Kalau kau nak, kau bawalah sendiri datang sini. Kitaorang boleh join makan sekali. Sharing is caring right? Hehe,” seloroh Aiman kepada Hana.

“Ish tak malu. Okaylah, kejap lagi aku sampai,” balas Hana.

Okay, cepat sikit tau,” balas Aiman lalu memutuskan panggilan tersebut. Hana mengerutkan mukanya lalu meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Kemudian Hana bangun lalu berlalu ke luar bilik. Kelihatan Husna dan neneknya telah masuk tidur. Hal ini kerana di ruang tamunya lengang dan tiada sesiapa di situ. Sekiranya Husna tiada kerja sekolah, dia akan masuk tidur awal. Begitu juga dengan Nek Yam. Sekiranya Nek Yam terlalu penat sepanjang hari itu, beliau juga akan masuk tidur awal. Hana mengorakkan langkahnya lalu membuka pintu rumahnya. Setelah menyarung selipar di kakinya, Hana menutup pintu rumahnya lalu berlalu menuju ke halaman rumah Aiman. Kelihatan Aiman sedang rancak bermain gitarnya. Sesekali kedengaran mereka ketawa. Hana mendekati mereka berdua dengan perlahan.

“Amboi, korang buat apa tu?,” soal Hana kepada Aiman dan Aqief. Aiman dan Aqief yang terkejut dengan kehadiran Hana lantas memandang Hana.

“Mak oi, kau tak reti bagi salam ke? terkejut tau. Ingat Cik Ponti mana datang tadi dengan rambut panjang mengurainya. Dah macam langsuir pun ada juga aku tengok,” ujar Aiman sambil memandang Hana. Hana hanya mencebikkan mukanya sahaja tatkala mendengar Aiman berkata seperti itu.

“Assalammualaikum,” Hana memberi salam.

“Haa, macam tulah. Waalaikummussalam,” ujar Aiman menjawab salam.

“Hana duduklah sini,” Aqief mempelawa Hana supaya duduk di antara mereka berdua. Hana mendekati bangku tersebut lalu duduk di antara Aiman dan Aqief.

“Na, kau tak bawa kudap-kudapan ke? kata nak bawa tadi,” soal Aiman sambil mencari kalau-kalau Hana membawa kudapan untuk mereka.

“Mana ada aku cakap aku nak bawa kudapan. Aku ingat kau ada sediakan kudapan untuk aku,” ujar Hana sambil memandang Aiman.

“Kau ingat kau tu princess ke nak sediakan kudapan. Kau makanlah angin malam yang tersedia ada ni,” seloroh Aiman lagi. Hana hanya menjeling Aiman. Menyampah rasanya tatkala berbicara dengan Aiman ini. Ada sahaja jawapannya. Aqief yang dari tadi mendiamkan diri sedang asyik dengan gitarnya.

“Aqief, kau ada gitar juga?,” soal Hana seperti terkejut. Aqief tersenyum manis memandang Hana. Setahu Hana, Aqief tidak suka bermain gitar. Dia hanya suka mendengar Aiman bermain gitar sahaja. Untuk dia belajar bermain gitar, memang taklah. Sebab di kepala Aqief hanya buku sahaja. Bangun pagi tengok buku, nak mandi tengok buku, nak makan tengok buku, nak tidur tengok buku, tidur pun dengan buku. Hidup Aqief hanya buku sahaja. Hana dan Aiman telah masak dengan perangai Aqief. Apabila melihat Aqief memegang gitarnya itu, Hana rasa terkejut. Tak mungkin Aqief pun turut berminat untuk bermain gitar.

“Ye, dia dah ada gitar dah. Kita je tak tahu,” pintas Aiman sebelum sempat Aqief menjawab soalan Hana. Hana berdecit sambil menepuk belakang Aiman.

“Ish kau ni, aku tanya Aqief kan. Yang kau excited menjawab kenapa?,” ujar Hana geram. Aiman hanya mencebikkan mukanya tatkala Hana berbuat demikian terhadap dirinya. Rasa dirinya seperti terpinggir pula.

“Aqief, sejak bila kau berminat main gitar ni?,” soal Hana kepada Aqief lagi. Aqief tersenyum sambil memandang Hana.

“Sejak aku belajar dekat UK dulu. Ntah macam mana aku boleh terminat nak main gitar ni. Mungkin sebab aku rindu dekat korang kot. Sebab tu aku beli gitar ni and startbelajar main,” ujar Aqief.

“Oh, macam tu. Kalau rindu kenapa tak nak skype kitaorang je,” soal Hana sambil memandang wajah tampan jejaka di hadapannya itu.

“Aku malu,” jawab Aqief malu lalu menundukkan wajahnya. Kelihatan kedua pipinya berubah menjadi merah. Hana yang terkejut melihat perubahan Aqief seperti itu tiba-tiba terkesima. Entah kenapa jantungnya berdegup kencang. Tiba-tiba Hana rasa kedua-dua pipinya berubah menjadi merah. ‘Kenapa Aqief nampak macam comel,’ desis Hana di dalam hati. Hana tidak dapat melarikan matanya daripada memandang Aqief. Entah kenapa dia terpaku di situ. Dia rasa seperti masa terhenti di situ. Semuanya kelihatan berhenti. Hanya Aqief sahaja yang bergerak. ‘Apakah perasaan ini?,’ bisiknya lagi.

“Eleh, Qief. Kau nak malu kenapa. Kitaorang je kot. Bukan siapa pun. Bau kentut kau pun kitaorang dah bau,” seloroh Aiman menghentikan lamunan Hana. Hana terkejut sambil memandang Aiman dengan marah.

Apesal kau pandang aku macam tu?,” soal Aiman tatkala memandang wajah marah Hana. Hana mengalihkan pandangannya sambil mengeluh kecil. ‘Kacau daun betullah Aiman ni,’ desis Hana di dalam hati.

“Hahaha, poyolah kau ni Aiman. Tak adalah, aku kan jenis pemalu sikit. Haha,” seloroh Aqief pula.

“Pemalu konon. Aku tengok tak malu pun,” ujar Aiman pula.

“Hahaha betullah. Aku bukan lelaki pujaan wanita macam kau,” seloroh Aqief pula.

“Baru kau tahu ke aku ni lelaki pujaan ramai wanita. Bangga sungguh apabila mendengarnya. Haha,” seloroh Aiman pula. Kelihatan Hana hanya menundukkan kepalanya dan mendiamkan dirinya tatkala Aiman dan Aqief rancak berbual.

“Hahaha, ni dah angkat bakul sendiri dah ni. Kau ajarlah aku ilmu untuk jadi lelaki pujaan wanita ni Man,”

“Boleh je. Ni guru yang berpengalaman. Kau tuntutlah ilmu tu dekat aku. Conform sekelip mata je ramai perempuan nak dekat kau. Tapi aku rasa tak payah kot kau tuntut ilmu tu. Kau memang dah ramai perempuan minat kot. Cuma kau tu jual mahal sangat. Arrogant sangat,” ujar Aiman sambil memandang Aqief.

“Mana ada jual mahal. Kan aku kata aku ni pemalu. Malulah nak usha-usha perempuan ni. Tak reti aku,” ujar Aqief lagi sambil memetik gitar kesayangannya.

“Eleh, tak reti konon. Kau belajar dengan aku bab-bab usha perempuan ni. Aku memang profesional bab-bab perempuan ni,” ujar Aiman bangga.

“Hahaha yelah tu Man,” ujar Aqief sambil ketawa kecil.

“Hahaha,” Aiman turut ketawa bersama. Kemudian dia berpaling ke arah Hana. Pelik rasanya tatkala melihat Hana hanya mendiamkan dirinya sahaja. Selalunya dialah yang selalu aktif ketika bercakap.

“Kau kenapa Na? diam je. Demam ke?,” soal Aiman lalu meletakkan tapak tangannya di dahi Hana. Aqief terdiam lalu melihat kelakuan Aiman terhadap Hana. Kemudian matanya dialihkan ke arah gitarnya. Hana dengan pantas menepis tangan Aiman yang berada di dahinya. Aiman terkejut dengan tindakan Hana itu. Dia menelan air liurnya sambil memandang Hana.

“Aku tak demamlah,” ujar Hana dingin. Aqief turut memandang Hana.

“Kenapa kau diam je?,” soal Aqief pula.

“Tak ada apa-apa. Eh, korang tahu pasal percutian hotel kita ke Legoland?,” ujar Hana cuba menukar topik. Dia tidak mahu Aiman dan Aqief menghidu perubahan perasaannya itu.

“Pasal tu. Tahu. Kenapa?,” soal Aqief perlahan. Hana memandang Aqief sambil menelan air liurnya. Entah kenapa dia terkelu tatkala memandang Aqief. Aiman hanya memandang mereka berdua. Seperti ada yang tidak kena. Hana menundukkan kepalanya dan menghembuskan nafasnya dengan perlahan. Kemudian dia memandang Aqief semula sambil tersenyum.

“Tak de, aku ingat nanti kita pergi hotel naik satu kereta je. So tak payahlah kita bawa kereta masing-masing. Lagipun kita pergi Legoland naik bas kan. Nanti minyak tong-tonglah. Macam mana? setuju?,” ujar Hana sambil memandang Aiman dan Aqief. Aiman memandang Hana sambil tersenyum. Tersenyum terpaksa. Dia masih terkejut dengan tindakan Hana sebentar tadi. Kenapa Hana bertindak sebegitu kasar terhadap dirinya. Aiman tiada jawapan untuk itu. Dia harus melupakan perkara tadi. Mungkin Hana tidak sengaja.

Okay, boleh je. Tapi kita nak naik kereta siapa?,” soal Aqief sambil memandang Aiman dan Hana.

“Kereta kaulah Aqief,” ujar Aiman sambil memandang Aqief. Hana memandang Aiman kemudian dia memandang Aqief.

Okay, boleh je,” ujar Aqief sambil tersenyum. Hana dan Aiman turut tersenyum. Hanya bibir sahaja mengukir senyuman, tapi di dalam hati masing-masing masih memendam perasaan yang tidak dapat terungkap. Kemudian mereka bertiga dengan tiba-tiba mendiamkan diri. Terlalu janggal bagi mereka keadaan seperti itu. Aiman memetik gitarnya, manakala Aqief juga turut memetik gitarnya. Hana yang berada di antara mereka berdua hanya mendiamkan dirinya sahaja.

Dalam hati Hana terasa bersalah terhadap perlakuan yang dia lakukan terhadap Aiman tadi. Mungkin Aiman terasa hati dengan apa yang dia lakukan tadi. Hana menarik nafas kemudian memandang Aiman yang sedang khusyuk memetik gitarnya itu.

“Aiman, kau mainlah lagu tu,” ujar Hana memecahkan keheningan antara mereka bertiga.

“Lagu apa?,” soal Aiman sambil memandang Hana.

“Lagu yang selalu kau mainlah. Kau ada belajar lagu baru ke?,” soal Hana sambil membalas pandangan Aiman. Aqief yang dari tadi memetik gitarnya hanya memandang secara sembunyi Hana dan Aiman. Kemudian dia kembali memetik gitarnya.

“Aku baru belajar nak main lagu baru ni. Apa kata kau suruh Aqief main satu lagu. Kita tak pernah dengar Aqief main gitar kan. Aqief, mainlah satu lagu untuk kitaorang,” ujar Aiman sambil memandang Aqief. Hana turut memandang Aqief. Aqief memandang Aiman dan Hana.

“Tapi aku tak sepro macam Aiman,” ujar Aqief perlahan.

Alaa, Qief. Aku bukannya pro pun. Tahu main lagu season in the sun je. Haha. Trylah main. Ntah-ntah kau dah tahap pro kan. Saja tak nak tunjuklah tu,” seloroh Aiman. Hana memandang Aiman sambil tersenyum. Nampaknya Aiman dah tak marah. Dah macam Aiman yang selalu dia lihat. Hana menarik nafas lega. Kini dia tidak perlu risau mengenai perasaan Aiman.

Okay, aku main lagu ni. Lagu ni aku suka sangat,” ujar Aqief.

“Lagu apa tu?,” soal Hana kepada Aqief. Aqief memandang Hana. Hana turut memandang Aqief. Mata mereka berdua bertaut untuk seketika.

Almost cover by Iu,” ujar Aqief sambil memandang Hana. Hana mengalihkan pandangannya ke arah jalan raya di hadapannya. Manakala Aiman memandang Hana dengan matanya yang redup itu. Aqief mula memetik gitar kesayangannya itu. Aqief memainkan lagu tersebut dengan sepenuh perasaannya yang ikhlas itu. Hana turut terbuai dengan lagu yang dimainkan oleh Aqief itu. Tanpa disedari ada segaris senyuman terpamer di bibir Hana.

Aiman yang berada di sebelah Hana turut asyik terbuai dengan lagu yang dimainkan oleh Aqief itu. Kadang-kala matanya memandang Hana yang berada di sebelahnya itu. Tidak pernah dia melihat wajah Hana yang kelihatan bahagia itu. Jauh di sudut hatinya dia cemburu terhadap Aqief. Hana nampak lain malam ini. Hana nampak sangat cantik dengan limpahan cahaya bulan di wajahnya. Tanpa disedari tiba-tiba kedua pipinya berubah menjadi merah. Kenapa tiba-tiba perasaan dia jadi tidak tentu arah malam ini. Aiman tidak mengerti perasaan tersebut. Matanya kini hanya tertumpu kepada Hana. Entah kenapa dia terpaku tatkala melihat Hana tersenyum seperti itu.

Manakala Hana terpaku tatkala mendengar lagu yang dimainkan oleh Aqief. Entah kenapa dia tertarik dengan cover yang dimainkan oleh Aqief itu. Entah kenapa hatinya tertarik tatkala melihat Aqief memetik gitarnya itu di bawah sinaran bulan. Sungguh bergaya. Macam flower boy gayanya. Hana memandang Aqief sambil tersenyum manakala Aiman memandang Hana tanpa disedari Hana. Aqief pula mendalami lagu yang dimainkannya itu. Mereka bertiga terbuai dengan lagu tersebut sambil melayan perasaan masing-masing. Mereka bertiga yang dulu telah berubah sekarang. Mereka tenggelam dengan perasaan masing-masing di bawah sinaran bulan dan bintang. Perasaan yang tidak disedari oleh mereka sendiri.

Sementara di rumah Ezreen pula, kelihatan Ezreen sedang tersenyum sambil memandang syiling biliknya. Di dalam kepalanya kini sedang mengatur strategi bagaimana untuk mendapatkan Aqief. Dia juga ingin menyingkirkan Hana. Entah kenapa dia rasa Hana boleh menjadi punca sekira rancangannya gagal. Dia perlu menyingkirkan Aiman juga. Jika perlu, Imla pun dia ingin singkirkan juga. Serangga-serangga itu boleh menjadikan rancangannya untuk mendapatkan Aqief gagal. Dia perlu menghapuskan serangga-serangga yang berada di sekeliling Aqief. Sambil itu Ezreen memeluk bantalnya.

I akan pastikan that you’ll be mine Aqief. Dah lama I tunggu saat ini. Itakkan lepaskan you lagi,” ujar Ezreen sendirian sambil mengukir senyuman yang sinis di bibirnya.

Previous: BAB 15
Next: BAB 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.