Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,781
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 23

Pagi ini Hana akan memulakan hari baru. Hana akan memulakan hari ini dengan perasaan yang baru. Perasaannya terhadap Aqief sudah dia pasung. Dia tidak akan mengingati saat-saat memalukan itu. Dia tidak akan sesekali jatuh cinta terhadap kawan baiknya itu. Hana tidak akan ulangi lagi kesilapan itu. Hana menggeliat sambil tersenyum. Dia akan kembali seperti biasa. Kelihatan Hana mengeluh kecil lalu bangun membersihkan dirinya dan menunaikan kewajiban sebagai seorang muslimah. Hana bersyukur kepada Yang Esa kerana pernah menganugerahkan perasaan itu kepadanya. Itu boleh menjadikan Hana semakin matang dalam percintaan. Selepas ini, Hana perlu berhati-hati dalam percintaan. Dia tidak perlu terburu-buru untuk jatuh cinta. Biarlah cinta itu datang dengan sendirinya. Hana yakin pasti ada seseorang yang tercipta untuknya dan berada entah di mana. Hana hanya perlu menunggu masa itu. Masa itu pasti akan tiba.

Selepas selesai menyiapkan rutin hariannya, Hana bergegas mencari Nek Yam. Kelihatan Nek Yam sedang menonton rancangan ceramah seperti biasa. Hana menuju ke arah neneknya lalu menyalami tangan tua neneknya itu. Selepas itu, Hana berlalu menuju ke luar pintu rumah untuk menyarung kasutnya.

“Ya Allah! Siapa punya kerja ni!,” jerit Hana terkejut tatkala melihat keadaan kasutnya itu. Kelihatan kasutnya di kelilingi oleh selonggok bunga. Habis kasut Hana tatkala bunga bertaburan di atas kasutnya itu.

“Orang gila mana pula yang buat kasut aku macam ni!,” ujarnya geram. Nek Yam yang terdengar jeritan Hana terus keluar melihat apa yang berlaku.

“Kenapa Na? Ya Allah! Siapa punya kerja ni?,” ujar Nek Yam terkejut tatkala melihat kasut cucunya itu.

“Tak tahulah nek. Siapa punya kerjalah ni. Takkan Husna pula. Sempat pula dia buat semua ni. Mala’un mana pula yang buat kerja ni,” ujar Hana sambil melihat keadaan kasutnya itu. Kemudian, dengan tiba-tiba dia memandang rumah Aiman. ‘Aiman ke?,’ bisiknya di dalam hati. Kalau bukan Husna, mesti ini kerja Aiman. Siapa lagi kalau orang yang tak ada kerja buat benda ni. Hana melihat kereta Aiman sudah tiada di halaman rumahnya. Ini mesti dia nak lari dari kesalahanlah ni. Tak pernah-pernah pergi kerja awal.

“Taka pa nek, biar Hana je yang bersihkan,” ujar Hana lalu mengambil penyapu yang berada di tepi rumahnya itu. Nenek Yam hanya menganggukkan keplanya sahaja dan melihat Hana menyapu bunga-bunga yang bertaburan di kasutnya itu. Geram betul Hana terhadap perbuatan Aiman itu. Siapa lagi kalau bukan semua ini kerja Aiman. Hanya Aiman sahaja yang sanggup buat kerja-kerja macam ini. Sudah tidak ada manusia lain yang sanggup buat kerja-kerja macam ini. Selepas Hana membersihkan bunga-bunga yang bertaburan itu, Han terus menuju ke keretanya. Sambil itu Hana melihat jam di tangannya, Hana sudah agak terlambat untuk pergi ke kerja.

“Astagfirullahalazim! Kereta aku!!,” jerit Hana lagi. Nek Yam yang masih berada di hadapan pintu terus meluru ke arah Hana tatkala mendengar cucunya itu menjerit.

“Kenapa Na?,” soal Nek Yam. Hana terus menunjuk ke arah keretanya. Nek Yam menoleh ke arah kereta Hana.

“Ya Allah, siapa punya kerja ni Na? tadi kasut, ni kereta pula,” ujar Nek Yam terkejut tatkala melihat kereta Hana itu. Hana dengan geramnya membersihkan longgokan bunga yang ada di atas keretanya itu. ‘Aiman! kau memang cari nahaslah! Bersedialah kenduri arwah malam ni Aiman!,’ desis Hana di dalam hati sambil membersihkan bunga-bunga yang bertaburan di atas keretanya itu.

“Nenek, boleh tolong Hana tak?,” soal Hana sambil memandang Nek Yam.

“Apa dia?,” soal Nek Yam.

“Nenek boleh ambilkan Hana plastik tak?,” pinta Hana.

“Hana nak buat apa plastik tu?,” soal Nek Yam ragu-ragu.

“Adalah,” jawab Hana sambil tersenyum sinis. Nek Yam memandang Hana sambil mengerutkan mukanya itu. Mesti ada sesuatu yang ingin dibuat oleh cucunya itu. Hana tersenyum sinis sambil memandang Nek Yam. ‘Siaplah kau nanti Aiman,’ desis hatinya.

                                           ******************************************

Kelihatan dari jauh Hana tersenyum sambil masuk ke lobi. Aiman yang berada di meja receptionagak tersentak dengan perubahan Hana itu. Nampaknya Hana telah kembali seperti sedia kala. Aiman tersenyum tatkala melihat perubahan Hana itu. Hana sudah tidak lagi berkelakuan pelik-pelik. Hana kemudiannya pergi ke tempatnya sambil tersenyum penuh makna kepada Aiman. Aiman yang tidak tahu apa-apa itu hanya membalas senyuman Hana. ‘Kau Aiman. Buat-buat tak bersalah pula lepas apa kau dah buat dekat kasut dan kereta aku,’ desis Hana.

“Na, happy kau hari ini. Ada apa-apa ke?,” soal Aiman selamba.

“Taklah Aiman. Biasa je. Apesal? Selalunya aku tak happy ke?,” soal Hana semula sambil memandang Aiman penuh makna.

“Tak adalah, hari-hari kau happy. Haha, lambat kau datang hari ini,” ujar Aiman sambil memandang Hana.

“Aku datang lambat sebab aku ada hal nak disettlekan. Entah mala’un mana yang bagi aku hadiah bunga dekat kasut dan kereta aku. Pagi-pagi lagi aku dah dapat bunga-bunga tu. Prihatin sungguh ye makhluk tu,” ujar Hana sinis sambil memandang Aiman. Aiman hanya menelan air liurnya sambil memandang keluar.

“Hahaha, untunglah ada secret admirer,” balas Aiman sambil memandang keluar. Dia takut untuk bertentangan mata dengan Hana ketika ini.

“Ye ke secret admirer. Tak tahu pula secret admirer sanggup buat benda tak berfaedah macam tu,” balas Hana sambil memandang sinis Aiman.

“Mana tahu kan tu cara dia. Setiap orang berbeza,” balas Aiman pula. Dirinya masih lagi tidak memandang Hana.

“Ye ke Aiman. Okay, baguslah kalau tu kerja secret admirer. Bukan kerja oran gila,” perli Hana lagi. Aiman hanya mendiamkan diri tanpa kata-kata. Aiman melepaskan keluhannya lalu memandang dokumen di hadapannya itu. Manakala Hana pula hanya memandang Aiman sambil tersenyum sinis. ‘Oh, tak nak mengaku ye. Tak apa-tak apa. Kejap lagi kau tengoklah langit tinggi rendah,’ desis Hana. Kemudian matanya beralih ke arah komputer yang berada di hadapannya. Aiman yang berada di sebelah Hana hanya curi-curi memandang Hana. Sambil itu kelihatan dia menelan air liurnya. Agak susah untuk dia menelan air liurnya itu.

“Aiman!,” panggil Encik Iqbal secara tiba-tiba. Aiman memandang Encik Iqbal dengan terkejut. ‘Sejak bila pula orang tua ni ada dekat sini?,’

“Ye encik,” balas Aiman terkulat-kulat.

“Awak ikut saya sekarang. Ada sesuatu saya mahu tunjuk pada awak,” ujar Encik Iqbal sambil memandang Aiman dengan mata bundarnya itu.

“Baik encik,” balas Aiman patuh. Hana yang berada di sebelah Aiman hanya tersenyum nipis sahaja. Hana tidak mahu Encik Iqbal perasan akan senyumannya itu. Aiman kemudiannya mengikut langkah Encik Iqbal dari belakang. Aiman tidak tahu Encik Iqbal ingin membawanya ke mana. Aiman hanya mengikut sahaja langkah Encik Iqbal sehinggalah tiba di tempat parkir untuk pekerja. Tiba di keretanya, Aiman melihat keretanya sambil terbeliak matanya. Mahu sahaja biji matanya terkeluar.

“Aiman, saya tidak tahu kalau awak ada secret admirer sampai macam ni sekali. Yang saya tahu awak kena bersihkan tempat ni sekarang. Kalau customer lalu, membawa kesan kepada hotel kita. Saya harap perkara ini tidak akan berlaku lagi. Faham!,” ujar Encik Iqbal tegas. Aiman menelan air liurnya sambil mengangguk tanda faham.

“F..f..faham encik Iqbal,” ujar Aiman sedikit bergetar.

“Baguslah kalau awak faham. Saya tahu tempat ni sudah bersih nanti. Cakap dengan secret admirer awak, tolong jangan buat benda macam ni lagi. Kalau nak buat sekalipun, buat dekat tempat lain. Saya pergi dulu,” pesan Encik Iqbal lagi kemudian dia berlalu meninggalkan Aiman bersendirian di situ. Aiman hanya mengangguk tanda faham. Aiman kemudiannya mengeluh kecil sambil memandang keretanya yang penuh dengan longgokan bunga itu.

“Ni mesti kerja Hana. Siapa lagi kalau bukan dia. Tak sangka dia balas balik apa aku dah buat pagi tadi. Menyesal pula aku buat mcam tu. Nilah akibatnya kalau perangai lamanya datang balik. Huhhh,” ujar Aiman sendirian sambil mengeluh berat. Satu kerja lagi dia ingin buat. Aiman mengambil menyapu dan pengaut sampah lalu membersihkan bunga-bunga yang bertaburan di keretanya itu. Sambil itu dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Banyak pula bunga yang ingin dibersihkan. Ini mesti bunga yang bertaburan di kereta dan kasutnya itu. Niat di hati Aiman berbuat sedemikian di kereta dan kasut Hana adalah kerana dia mahu bantu Hana melupakan perasaan sedihnya akibat pengakuan Aqief itu. Dia mahu Hana kembali seperti biasa. Tidak sangka perempuan ini senekad macam ini sekali.

Tengah hari itu seperti biasa, mereka keluar makan tengah hari bersama-sama. Hana, Aiman dan Imla melangkah bersama-sama menuju ke arah café seperti selalu. Sementara menuggu, mereka bertiga masing-masing hanya mendiamkan dirinya sahaja. Terasa seperti keadaan tersebut sangat janggal antara mereka bertiga. Masing-masing tidak membuka mulut untuk memecahkan kesunyian antara mereka. Hana menarik nafas sambil memandang Imla dan Aiman. Selalunya mereka berdua agak bising, tetapi keadaan berubah sekarang. Begitu juga di fikiran Imla. Selalunya Hana dan Aiman akan berbuat bising, tetapi keadaan tidak seperti itu. Aiman hanya memandang pengunjung yang lalu-lalang di hadapan café. Dia tidak tahu bagaimana ingin memulakan kata-kata. Hana memandang Imla, seperti ada sesuatu tidak kena dengan Imla. Kenapa tiba-tiba Imla tidak seceria selalu. Selalunya mulut dia yang paling bising. Hana mengeluh kecil lalu memandang Aiman.

“Aiman!,” panggil Hana tiba-tiba. Aiman dan Imla terkejut lalu memandang Hana.

“Hmm?,” jawab Aiman.

“Kau tak nak minta maaf dengan aku ke?,” soal Hana sambil memandang Aiman dengan pandangan yang tajam.

“Minta maaf? Sebab?,” soal Aiman tidak tahu.

“Pasal pagi tadi. Kau lupa ke? kereta dan kasut aku? Aku tahulah tu kerja kau. Dah tak ada orang lain yang sanggup buat kerja tak berfaedah selain kau,” ujar Hana lagi. Kali ini dia ingin mendesak Aiman untuk mengaku salahnya.

“Habis tu yang buat kereta aku jadi macam kereta orang tamil tengah kahwin tu kerja kaulah,” balas Aiman sambil membalas pandangan Hana. Imla yang berada di hadapan Hana dan Aiman hanya memandang mereka berdua dengan resah. Resah kerana mungkin mereka berdua akan memulakan peperangan lagi sekali. Sudah lama rasanya tidak nampak mereka berdua berperang.

“Habis tu kau fikir siapa? Takkan uncle Raju pula. Siapa suruh buat kereta dan kasut aku macam tu. Aku dah lambat tau nak pergi kerja hari ini. Tambah lagi dengan perbuatan tak berfaedah kau tu, lagi lambat aku pergi kerja. Nasib baik aku sempat beri alasan dekat encik Iqbal,” ujar Hana agak marah.

“Aku saja je nak ceriakan mood kau. Semalam aku tengok kau dah macam ayam berak kapur je. Tu yang aku test kau ni normal lagi ke tak,” jawab Aiman pula.

“Eh, suka hati kau je nak test-test. Test hari lain tak boleh ke? time orang lambat pergi kerja time tulah kau nak test. Grrr,” marah Hana lagi.

“Hei kira kita serilah. Aku dah kena tiau dengan encik Iqbal tadi. Kira dah samalah. Tak payah nak bebel lagi. Macam mak cik-mak cik dah aku tengok,” balas Aiman lagi. Dalam hatinya suka tatkala melihat Hana marah seperti biasa. Hana memandang Aiman sambil menahan marahnya. Ingin sahaja dihempuknya budak tu. Nasib baiklah mereka di tempat awam. Kalau tidak, Aiman sudah masuk ke ICU petang ini.

“Hai you all!,”

Hana, Aiman dan Imla memandang empunya suara tersebut dengan serentak. Kelihatan Ezreen dengan tergedik-gediknya berada di kerusi sebelah Imla sambil tersenyum sumbang memandang mereka bertiga. Hana hanya menjeling tatkala melihat ulat bulu yang sedang menggeliat-geliut itu. Rasa ingin termuntah pun ada tatkala melihat kegedikan Ezreen itu.

“Hai Ezreen. Jomlah join kitaorang,” pelawa Aiman sambil tersenyum memandang Ezreen. Manakala Hana dan Imla memandang Aiman dengan pandangan marah.

Thanks Aiman,” ujar Ezreen tersenyum sambil memandang Aiman. Kemudian dia menarik kerusi yang berada di sebelah Imla lalu melabuhkan punggungnya di kerusi tersebut. Hana hanya menjeling sahaja perlakuan Ezreen itu.

Apesal kau pelawa dia?,” bisik Hana kepada Aiman.

“Biarlah. Bukan rugi apa-apa pun,” balas Aiman pula separuh berbisik. Hana memandang Aiman dengan pandangan yang marah.

By the way, Aqief mana ye? I ingat dia ada dekat sini join korang,” soal Ezreen sambil memandang ke kiri dan kanan mencari kelibat Aqief. Hana hanya mengerutkan mukanya sahaja. ‘Balik-balik Aqief, balik-balik Aqief. Dah tak ada orang lain ke kau nak cari,’ desis Hana menyampah.

“A..Aqief tak ada dekat sini. Kitaorang pun tak tahu dia pergi mana. Dari tadi tak nampak,” balas Aiman sambil memandang Ezreen yang putih mulus itu.

“Oh…,” balas Ezreen sambil matanya yang sepet itu melilau ke kiri dan ke kanan. Hana hanya melemparkan pandangannya ke arah air terjun mini yang berada berdekatan dengan meja mereka. Malas dia melihat Ezreen si ulat bulu itu. Makin dilihat, makin sakit matanya. Nasib baik tak buta matanya memandang kegedikkan Ezreen itu. Imla pula hanya menyedut air di hadapannya itu manakala Aiman pula hanya menunggu makanannya tiba di meja mereka. Perutnya sudah lama vibrate. Sudah tak tahan untuk menunggunya lagi.

“Hai korang!,”

Mereka berempat agak terkejut dengan suara tersebut lalu memandang empunya suara dengan serentak. Kelihatan Aqief sedang membawa seorang wanita yang agak cantik. Bertudung, berkulit putih mulus, berwajah bujur sirih, sangat sopan dan lembut orangnya. Sedap mata memandang. Siapakah dia? Hana agak terkesima memandang Aqief sementara Aiman pula memandang Aqief sambil mengerutkan sedikit kelopak matanya itu.

“Kenapa tengok aku macam tu sekali? Terkejut ke?,” soal Aqief tersenyum sambil memandang keempat-empat mereka.

“Eh, taklah. Tak. You pergi mana? and ni siapa?,” balas Ezreen sambil memandang wanita yang berada di samping Aqief itu. Kelihatan wanita tersebut menunduk malu.

“Oh, you cari I ke? tadi I ada hal sikit. And I perkenalkan ni Zulaikha Wardah. Wanita istimewa di dalam hati I,” ujar Aqief memperkenal wanita yang berada di sebelahnya itu. Seperti panahan halilintar yang menyambar hati Hana tatkala mendengar pengakuan Aqief itu. ‘Jadi, inilah Zulaikha Wardah. Sangat cantik orangnya,’ bisik hati Hana. Sambil itu dia cuba menelan air liurnya. Agak susah untuk ditelan air liurnya itu. Seperti ada sesuatu di tekaknya. Manakala Aiman pula memandang Hana dengan mata redupnya. Dia tahu Hana cuba menyembunyikan perasaannya itu.

“Maksud you? Your girlfriend?,” soal Ezreen. Aqief memandang Zulaikha sambil tersenyum malu.

“Insya-Allah,” balas Aqief malu. Kelihatan Zulaikha turut tersenyum malu. Ezreen memandang Aqief sambil mukanya agak tercengang. Tidak sangka dia berjumpa dengan teman wanita Aqief. Hana pula hanya mengeluh kecil seperti melepaskan sesuatu sambil menundukkan mukanya. ‘Pasung perasaan kau Hana, pasung!,’ pujuk hati Hana. Imla pula agak tercengang dengan pengakuan Aqief itu. Sangkaannya Aqief akan bersama dengan Hana. Tetapi sangkaannya itu meleset sama sekali. Hal ini kerana hubungan Hana dan Aqief agak baik berbanding hubungan Hana dengan Aiman. Imla memandang Hana dengan pandangan yang tidak percaya. Begitu juga Aiman. Aiman hanya memandang Hana dengan mata redupnya.

“Hello? Korang tak nak jemput kitaorang duduk ke? tahulah terkejut tengok aku,” ujar Aqief lagi mematikan semua persoalan antara mereka. Hana agak terkejut dengan kata-kata Aqief itu memandang Aqief.

“Duduklah,” pelawa Hana. Kedengaran suaranya sedikit bergetar. Aiman dan Imla memandang Hana dengan serentak. Hana terpaksa lawan perasaannya itu. Dia tidak boleh ikut perasaannya itu. Aqief hanya menganggapnya sebagai kawan baik. Dia perlu sedar itu.

Thanks Hana,” balas Aqief sambil tersenyum memandang Hana. Hana cuba untuk membalas senyuman Aqief itu. Kelihatan Aqief menarik kerusi dan menjemput Zulaikha duduk di kerusi tersebut. Zulaikha hanya tersenyum sambil duduk di kerusi tersebut. Kemudian Aqief menolak sedikit kerusi tersebut. Aqief kemudiannya menarik kerusi dan duduk di sebelah Zulaikha. Kelihatan Ezreen mengerutkan mukanya seperti tidak percaya dengan pengakuan Aqief itu tadi.

“Wardah, saya nak beritahu yang ini semua kawan-kawan saya,” beritahu Aqief lembut kepada Zulaikha. Zulaikha tersenyum sambil memandang mereka berempat.

“Hai, saya Zulaikha Wardah. Panggil je Wardah,” ujar Zulaikha lembut. Hana memandang Zulaikha sambil tersenyum dengan ikhlas.

“Saya Hana Batrisyah. Panggil je Hana,” ujar Hana mesra. Aiman memandang Hana dengan pandangan yang risau. ‘Mesti dia cuba tahan perasaannya tu,’ desis Aiman di dalam hati.

“Hana, kawan baik Aqief kan? Aqief ada cerita pasal awak,” balas Zulaikha sambil tersenyum mesra.

“Ye ke?,” balas Hana cuba membalas senyuman Zulaikha itu. Zulaikha mengangguk sambil tersenyum manis. Sangat manis senyumannya itu. Kelihatan Aiman mengeluh kecil sambil memandang luar.

“Saya pula Aiman. Muhammad Aiman. Kawan baik Aqief juga,” ujar Aiman secara tiba-tiba. Kelihatan Zulaikha agak terkejut dengan perkenalan Aiman itu tetapi dia cuba untuk menghadiahkan senyuman untuk Aiman.

“Aqief pun ada cerita pasal awak,” ujar Zulaikha lembut.

“Ye ke? baguslah dia ada cerita. Hahaha!,” Aiman cuba ketawa besar menenangkan situasi yang tegang di situ. Kelihatan Hana, Aqief, Imla dan Ezreen memandang Aiman dengan pandangan yang pelik. Hanya Zulaikha saja ketawa kecil melihat telatah Aiman itu. Aiman tersengih sumbang sambil memandang mereka semua. Tak sangka perlakuannya itu agak keterlaluan.

“Ehemm, I Ezreen. Ezreen Nafishah,” ujar Ezreen sambil memandang Zulaikha dengan pandangan sombongnya. Zulaikha hanya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya sahaja.

“Aqief tak ada cerita apa-apa pasal I ke?,” soal Ezreen sambil memandang Aqief.

“Tak ada,” jawab Zulaikha agak lembut. Kelihatan Ezreen mengeluh kecil sambil menjeling sisinya. Hana yang berada di hadapannya hanya tersenyum nipis tatkala mendengar kata-kata Zulaikha itu.

“Hai, saya Imla. Imla Syarezza. Rakan sekerja Aqief. Samalah dengan Ezreen ni,” ujar Imla memperkenal dirinya kepada Zulaikha. Kelihatan Ezreen memandang Imla dengan marah. Imla hanya membuat muka selambanya sahaja. Ada dia kisah Ezreen nak marah ke tak.

“Oh. Hai,” balas Zulaikha sambil memandang Imla dengan senyuman yang manis.

“Awak dari UK kan?,” soal Aiman pula.

“Ye, baru habis belajar dari sana,” balas Zulaikha ramah.

“Oh, maknanya sama dengan Aqieflah. Awak ambil kursus apa dekat sana?,” soal Imla pula.

Business Law,” balas Zulaikha sambil tersenyum. Kini bermulalah sesi soal jawab antara mereka. Kelihatan Hana dan Ezreen masing-masing hanya mendiamkan diri sahaja. Tidak tahu ingin bertanya mengenai apa. Hana hanya menahan perasaannya itu. Terasa sakit sangat. Begitu juga Ezreen. Tidak sangka Aqief telah menyukai wanita lain. Terasa hatinya berkecai seperti kaca yang terhempas di lantai ketika itu. Susah untuk diungkapkan perasaannya itu.

Sorry, I’ve to go. Excuse me,” ujar Ezreen secara tiba-tiba lalu mengambil beg tangannya dan berlalu pergi meninggalkan mereka semua. Mereka semua agak tercengang dengan tindakan Ezreen itu. Hana memandang kelibat Ezreen sambil mengeluh kecil.

Sorry, saya terpaksa pergi juga. Ada urusan nak diselesaikan,” ujar Hana pula lalu meninggalkan mereka semua. Mereka tersentak lalu memandang Hana pula. Aiman pula hanya memandang Hana dengan mata redupnya. Mungkin Hana perlukan ruang. Aiman kemudiannya memandang Zulaikha sambil tersenyum. Zulaikha pula membalas senyuman Aiman itu. Manakala Aqief memandang kelibat Hana dengan pandangan yang pelik.

Semasa Hana melalui tangga di lobi, kelihatan Ezreen sedang duduk di baris-baris tangga tersebut. Kelihatan Ezreen sedang mengelap air mata yang jatuh di pipinya. Hana memandang Ezreen dengan pandangan simpati lalu mendekati Ezreen. Hana tahu bagaimana perasaan apabila orang yang disayangi menyayangi orang lain. Hana sedang merasa perasaan itu. Perasaan Hana dan Ezreen kini adalah sama. Hana mendekati Ezreen lalu memberikan Ezreen sehelai sapu tangan. Ezreen terkejut dengan tindakan Hana itu lalu memandang Hana. Dia kemudiannya mengambil sapu tangan yang diberi oleh Hana itu. Hana cuba tersenyum lalu duduk di samping Ezreen.

“Kau tak payahlah nak sedih sangat. Buruk muka tu. Ada lelaki lain lagi bagus untuk kau. Anggaplah kau tak ada jodoh dengan Aqief,” ujar Hana cuba memujuk Ezreen. Ezreen mengelap air matanya dengan sapu tangan yang diberikan oleh Hana itu lalu dia memandang Hana.

“Apa you cakap? I tak sangka Aqief suka dekat orang lain. Selama ini I ingat I ada peluang untuk bersama dengan dia. Nampaknya, dia dah ada girlfriend,” ujar Ezreen dengan suaranya yang agak bergetar itu.

“Dahlah Ezreen. Kau tu cantik. Ramai lagi lelaki yang kacak nak dekat kau. So, don’t give up. Ada someone else yang sesuai dengan kau,” pujuk Hana lagi.

“Haa, betul cakap you. Itak sepatutnya give up,” ujar Ezreen sambil memandang Hana. Hana memandang Ezreen dan cuba untuk tersenyum. ‘Nampaknya Ezreen cuba nak ikut cakap aku,’ bisik hatinya.

I tak sepatutnya give up untuk dapatkan Aqief. I patut berusaha lagi untuk dapatkan Aqief. I tak sepatutnya menangis macam orang bodoh dekat sini. By the way, thanks Hana,” ujar Ezreen lalu mencampakkan sapu tangan Hana yang berada di tangannya itu. Kemudian dia terus berlalu meninggalkan Hana yang terpinga-pinga. Hana tercengang memandang perlakuan Ezreen itu. Tak sangka Ezreen tidak berubah. Masih lagi berharap dapat bersama dengan Aqief. Sungguh nekad perempuan itu. Hana menahan marahnya sambil menggenggam erat sapu tangannya itu. Sudahlah tidak berterima kasih, kemudian campak saja sapu tangan tersebut. Terasa seperti ingin sahaja dia tempeleng kepala Ezreen itu. Hana mendengus kasar lalu melemparkan pandangannya jauh keluar.

Previous: BAB 22
Next: BAB 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.