Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,817
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 38

Kelihatan Aiman mengeluh kecil sambil mata redupnya memandang jauh ke luar. Sesekali mata redupnya itu memandang telefon bimbit yang dipegangnya sejak dari tadi. Kedengaran telefon bimbitnya itu masih berdering nyaring minta untuk diangkat.

Kak Aina sedari tadi berbual rancak dengan rakannya mengerut muka dengan pelik tatkala melihat adik lelakinya itu. Asyik termenung sejak tadi sambil membiarkan sahaja telefon bimbitnya menjerit tanpa diangkat.

Kak Aina menyenggol lengan Aiman. Kelihatan Aiman hanya membiarkan sahaja lengannya disenggol oleh kakaknya itu. Kak Aina mengecilkan matanya sambil memandang adik bongsunya itu.

“Aiman! kau ni kenapa? Phone kau dok dari tadi asyik menjerit. Kau tak dengar ke?,” sergah Kak Aina. Aiman memandang kakak machine gunnya itu beberapa ketika lalu memandang semula permandangan di luar.

Kak Aina membesarkan matanya sambil memandang adiknya itu.

‘Dah kenapa dengan adik aku ni? demam ke?,’ bisik hati Kak Aina. Risau juga melihat adik bongsunya itu berkelakuan seperti itu. Tak pernah-pernah adik kesayangannya itu berkelakuan seperti itu. Seperti kera sumbang lagaknya.

Kak Aina menghelakan nafasnya dengan lembut lalu membiarkan adiknya itu melayan perasaannya sementara tunggu sampai ke lapangan terbang nanti. Mungkin tak lama lagi moodnya akan kembali pulih.

Sementara di rumah Hana pula, kelihatan Hana mendengus kasar sambil mencampakkan telefon bimbitnya itu. Kemudian dia menghempaskan seluruh badannya itu ke atas tilam. Geram hatinya dengan tindakan Aiman itu. Sudahlah pergi tak beritahu, main pergi je. Bila call, tak angkat pula tu. Memang cari nahas si Aiman kepala tempurung!

Hana menutup matanya dengan kedua-dua lengannya yang disilang. Kelihatan ada air jernih keluar di sebalik lengannya itu.

“Benci Aiman! benci kau Aiman si kepala tempurung!,” jerit Hana sambil suaranya tersekat-sekat menahan sendu.

“Kalau nak pergi, pergi jelah. Tapi sebelum tu bagitahulah dulu,” tambah Hana lagi. Hana betul-betul ralat dengan tindakan Aiman itu. Sudahlah dia tidak sempat meminta maaf dengan Aiman, malah lebih parah lagi, dia tak sempat nak beritahu akan perasaannya itu terhadap Aiman. Nak tunggu tiga tahun? Seksa ohh..

Aiman pun satu, kalau sakit hati terhadap dirinya, janganlah pergi senyap-senyap macam tu. Sepanjang mereka berkawan, tak ada satu rahsia pun disembunyikan antara mereka berdua. Cuma perasaan Hana terhadap Aqief itu jelah yang Hana tak mampu nak bongkarkan kepada Aiman. Tapi, Aiman tetap tahu perasaannya terhadap Aqief. Hana sendiri pun tidak tahu macam mana Aiman boleh tahu perasaannya itu. Ah! Benda dah lepas. Yang penting sekarang, dia ingin sangat bertemu dengan Aiman.

Kalaulah dia mampu terbang, sudah lama dia menahan kapal terbang yang dinaiki oleh Aiman itu. Kalaulah dia ada kuasa seperti itu.

Hana mengeluh lemah sambil matanya cuba dipejam. Kelihatan wajah comel Aiman bermain-main di ruangan matanya itu. Hana membuka matanya sambil memandang siling biliknya itu.

Ah, sudah! Parah aku dah ni. Mana-mana pergi mesti nampak muka Aiman. Waima pejam mata pun nampak muka Aiman. Aduh!

Jerit hati Hana sambil dia menutup mukanya dengan bantal. Ambik kau Hana! Kau dah gila bayang dengan Aiman.

Tidakk! Jerit Hana sambil memegang erat bantal yang ditekup ke mukanya itu.

                                                                  **********

Sementara itu, kelihatan Aqief agak terkejut tatkala melihat Encik Iqbal menjaga meja reception. Aqief mengerutkan sedikit mukanya itu lalu melangkah menuju ke arah Encik Iqbal.

“Encik Iqbal, kenapa Encik Iqbal jaga sini? Hana dan Aiman mana? diaorang tak masuk kerja ke?,” soal Aqief sambil matanya mencari kelibat Hana dan Aiman. Kelihatan Encik Iqbal mengeluh kecil tatkala Aqief bertanyakan soalan seperti itu. Rasa geram dengan tindakan Hana itu masih berbekas di hatinya. Rasa sebal lo!

“Hmm, kawan Encik Aqief tu sedang buat drama Akasia. Sebab tu Encik Aqief nampak saya seorang diri di sini,” jawab Encik Iqbal sambil mencebik-cebikkan mukanya itu.

Aqief tersenyum tawar sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu selepas mendengar jawapan daripada Encik Iqbal itu.

“Dr..drama Akasia? Err, maksud Encik Iqbal? Boleh beri pencerahan sikit tak?,” ujar Aqief yang agak blur-bluritu. Sungguh, Aqief tak faham apa maksud Encik Iqbal itu. Dia betul-betul tak tahu mana budak dua orang tu pergi hari ini. Tengok-tengok je, muka Encik Iqbal sudah tercongok di meja reception.

“Encik Aqief tak tahu apa-apa ke? bukan Encik Aqief kawan baik diaorang ke?,” soal Encik Iqbal dengan serius.

Aqief memandang Encik Iqbal sambil menggeleng-gelengkan kepalanya itu.

“Hmm, macam nilah. Nanti Encik Aqief balik, Encik Aqief tanyalah sendiri pada diaorang. Haa, nanti sampaikan sekali salam sayang saya pada diaorang tu. Ingat!,” ujar Encik Iqbal sambil membesarkan matanya itu.

Kelihatan Aqief menelan sedikit air liurnya tatkala melihat tindakan Encik Iqbal itu. Menakutkan!

“Hahaha, okaylah Encik Iqbal. Saya buat kerja saya dulu,” ujar Aqief lalu melangkah pergi meninggalkan Encik Iqbal yang masih dalam keadaan tertekan itu. Takut pula nak berhadapan dengan Encik Iqbal lama-lama.

Aqief mengerutkan sedikit keningnya tatkala memikirkan kedua-dua rakannya itu.

“Takkan pasal malam tadi,” fikirnya. Kedengaran Aqief mengeluh kecil lalu meneruskan langkahnya yang terhenti tadi.

Kelihatan juga dari jauh wajah masam mencuka Encik Iqbal di meja reception. Hmm, sedang memedam rasalah tu.

                                                                    **********

Petang itu kelihatan kereta milik Aqief memasuki perkarangan rumah Hana. Dia ingin tahu apa yang terjadi di antara Hana dan Aiman. Mesti ada sesuatu disembunyikan oleh mereka berdua. Aqief tidak mahu kejadian malam tadi menjadi punca keretakkan dalam hubungan persahabatan mereka. Walaupun Aqief tidak dapat melupakannya tetapi Aqief cuba demi persahabatan mereka.

Sesampai di hadapan pintu rumah Hana, Aqief cuba memberi salam. Kelihatan muka Husna yang berambut tocang dua itu tersembul di hadapan muka pintu. Aqief cuba tersenyum memandang wajah comel Husna itu.

“Akak Hana ada?,” soal Aqief dengan lembut. Senyuman manis masih tidak lekang di bibirnya itu.

Husna mendiamkan dirinya sambil matanya memandang ke bawah. Di sebalik wajah mulusnya itu, seperti ada sesuatu yang disembunyikannya itu. Aqief mengerutkan sedikit mukanya itu tatkala melihat reaksi Husna itu.

“Abang Aqief, Husna nak tanya sesuatu boleh?,” tanya Husna tiba-tiba. Mata bundarnya itu merenung anak mata Aqief dengan sedalam-dalamnya. Kelihatan Aqief tersentak kecil tatkala mendengar soalan daripada budak kecil di hadapannya itu.

Aqief cuba tersenyum lalu menganggukkan kepalanya itu dengan perlahan. Kelihatan Husna menarik sedikit nafasnya.

“Abang Aqief, Abang Aiman dengan Kak Hana gaduh ke? Sebab Husna tengok abang Aiman dah lari, lepas abang Aiman lari je, Kak Hana terus macam orang tak betul. Cakap sorang-sorang. Lepas tu nangis. Husna takut tengok Kak Hana macam tu. Abang Aqief boleh tolong ubatkan Kak Hana tak?,” ujar Husna dengan setulus hatinya itu.

Kelihatan Aqief mengerutkan sedikit mukanya itu sambil cuba untuk tersenyum. Dengan perlahan-lahan Aqief mengusap lembut kepala Husna.

“Husna sayang kakak ye. Abang Aqief tak boleh nak ubatkan Kak Hana, tapi abang tahu macam mana nak buat Kak Hana jadi betul semula,” balas Aqief dengan lembut.

Dengan serta-merta riak muka Husna berubah gembira. Bibirnya mengukir senyuman yang sangat lebar. Kalau boleh sampai ke telinga.

“Betul ke ni abang Aqief?,” soal Husna dengan teruja. Aqief menganggukkan kepalanya itu sambil tersenyum.

“Abang Aqief janji. Kalau abang Aqief tak boleh betulkan balik Kak Hana tu, Husna pukul je abang okay,” balas Aqief cuba meyakinkan Husna. Laju Husna menganggukkan kepalanya itu tatkala mendengar janji yang dibuat oleh Aqief itu.

Okay! Abang Aqief masuklah dulu. Husna panggil Kak Hana,” pelawa Husna.

Aqief tersenyum manis lalu membuka kasutnya dan masuk ke dalam rumah Hana. Kelihatan Husna mengangkat sedikit kainnya dan berlari menuju ke bilik Hana.

“Kak Hana! Kak Hana! Abang Aqief datang nak betulkan akak ni! akak bukalah pintu cepat!,” jerit Husna sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik Hana.

Hana yang ketika itu sedang melayan perasaannya terkejut tatkala mendengar jeritan daripada adik kesayangannya itu. Hana menoleh pintu biliknya sambil mengerutkan mukanya itu.

‘Aqief datang? Nak betulkan aku? Apehal?,’ desis Hana.

“Kak Hana! Bukalah pintu cepattt!,” rengek Husna di depan pintu.

Hana yang tidak tahan mendengar rengekkan adiknya itu lantas bangun dari pembaringannya. Sambil itu kedua-dua tangannya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Rambutnya yang panjang mengurai itu sudah tidak terurus lagi. Ibarat seperti pontianak gamaknya. Itu baru sehari Aiman tiada. Kalau tiga tahun. Cuba bayangkan.

Hana melangkah perlahan menuju ke pintu biliknya lalu memulas tombol pintunya itu. Kelihatan Husna masih menunggu Hana di muka pintu. Hana memandang adiknya itu dengan pandangan yang menakutkan. Husna terkejut tatkala melihat wajah kakaknya yang serupa adik-beradik pontianak itu. Dengan rambut kusutnya dan mata bengkaknya itu membuatkan Husna takut untuk menatap wajah kakaknya itu. Husna menekup mulutnya sambil memandang Hana.

“Mana abang Aqief?,” soal Hana dengan suara seraknya itu. Mungkin disebabkan menangis terlalu lama menyebabkan suaranya bertukar menjadi maskulin. Husna yang ketakutan itu menunjukkan arah ruang tamu dengan jari telunjuknya. Mulutnya pula masih lagi ditekup dengan sebelah lagi tangannya.

Hana mengusap kepala adiknya itu lalu melangkah menuju ke ruang tamu. Di ruang tamu, kelihatan Aqief sedang menunggu Hana dengan sabar. Hana lantas mendekati Aqief lalu melabuhkan punggungnya di hadapan kerusi Aqief. Aqief agak terkejut tatkala melihat Hana yang berada di hadapannya itu. Lidahnya kelu tatkala menatap wajah Hana memandangkan apa yang telah berlaku di antara mereka malam tadi. Aqief berdehem sedikit sebelum menegur Hana. Ambil masa untuk pulihkan keadaan seperti sedia-kala.

“Hemm, ehem…,” Aqief cuba membetulkan peti suaranya itu. Hana memandang Aqief dengan pelik.

“Kau sakit tekak ke?,” soal Hana dengan suara garaunya itu. Aqief memandang Hana yang berada di hadapannya itu. Terkejut barangkali mendengar suara maskulin Hana itu.

“Kenapa dengan suara kau?,” soal Aqief sambil cuba menahan geli hati tatkala mendengar suara maskulin Hana itu.

“Aku sakit tekak,” balas Hana pendek. Sambil itu dia menggosok-gosok matanya itu.

“Kenapa dengan kau Hana? Mata macam panda, hidung macam badut, suara pula macam aww aww. Kenapa kau tak masuk kerja tadi? Aiman pun tak masuk kerja juga. Kau tahu macam mana rupa Encik Iqbal. Dah macam burung belatuk dah. Muncung memanjang…,”

“Aiman dah pergi,” ujar Hana tiba-tiba. Kelihatan ada sedikit air jernih bertakung di matanya. Dengan cepat-cepat Hana mengelap air matanya itu. Aqief terkedu dan terkejut tatkala mendengar kenyataan yang keluar daripada mulut Hana itu.

“Per..pergi? Aiman pergi mana?,” soal Aqief dengan terkejut.

“Amsterdam,” jawab Hana pendek.

“Amsterdam? Dia buat apa dekat sana?,” soal Aqief. Hana menjungkitkan bahunya itu. Sambil itu dia cuba mengesat air matanya yang masih bertakung di matanya itu. Haish, air mata ni degil betul. Asyik nak keluar je.

“Aku tak tahu. Aku call dari tadi, dia tak angkat-angkat pun. Dia dah jadi pekak ke apa,” jawab Hana dengan nada tidak puas hatinya itu. Sambil itu, tangannya masih lagi mengesat-ngesat air matanya itu. Aqief memandang Hana dengan pandangan yang sayu. Tidak pernah-pernah dia melihat Hana seperti ini. Hatinya sakit bagai ditarik-tarik tatkala melihat keadaan Hana ketika itu.

“Sebab tu lah kau jadi macam ni… Tak pe, aku cuba call dia,” ujar Aqief perlahan sambil dia mengeluarkan telefon bimbit di poket seluarnya.

Aqief cuba mencari-cari nombor Aiman lalu menelefon Aiman. Sambil menunggu Aiman menjawab panggilannya, matanya sempat memandang Hana. Keadaan Hana sangat teruk. Betul kata Husna. Hana dah jadi tak betul sejak Aiman pergi.

Dalam beberapa ketika, panggilannya tidak dijawab Aiman. Aqief dengan tidak berputus-asa mendail semula nombor Aiman. Dalam hatinya berharap agar Aiman menjawab panggilannya itu. Kalau boleh, dengan satu panggilan dapat melegakan hati Hana, Aqief sanggup melakukannya. Walaupun hatinya sakit seperti dicarik-dicarik.

Kali ini tetap sama. Aiman masih lagi tidak menjawab panggilannya itu. Aqief menelan sedikit air liurnya itu lalu cuba mendail nombor Aiman buat kali ketiganya.

“Tak payahlah kau susah-susah call dia. Dia takkan angkat. Kau baliklah. Aku nak bersendirian. Tolong,” pinta Hana. Matanya masih tidak memandang Aqief. Perasaannya terhadap Aiman ketika ini sangat kuat.

Kelihatan Aqief terkedu mendengar permintaan Hana itu. Hana mengetap giginya lalu bangun dan pergi meninggalkan Aqief yang masih terkedu itu. Aqief tidak mampu memandang Hana. Rasa hatinya seperti ditikam-tikam dengan pedang samurai ketika itu. Rupanya inilah dikatakan cinta. Aqief berkira-kira sambil memegang telefon bimbitnya itu.


p/s:  kepada pembaca yang membaca karya ini, saya ingin memohon maaf akan kelewatan memasukkan entry-entry baru.  Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana meluangkan masa membaca karya saya yang tidak seberapa ini.  Masa yang anda luangkan amat-amat saya hargai.  Terima kasih! ^____^

Previous: BAB 37
Next: BAB 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.