Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,815
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 9

Kringg!!! Kringg!! Alarm dari telefon bimbit Hana menjerit menandakan matahari telah naik. Hana menarik selimut yang menutup mukanya sambil tersenyum. Hari ini keluar dengan Aqief! Yayy! Hana mengambil telefon bimbitnya lalu mematikan alarm tersebut. ‘Nak pakai baju apa ek hari ini? Hmm,’ fikir Hana sambil membelai-belai rambutnya yang panjang itu. Sambil itu, matanya memandang ke luar tingkap biliknya. Hana menghela nafasnya perlahan lalu bangun mendekati almari bajunya itu. Dia membuka almari bajunya lalu menyelak-nyelak baju yang ingin dipilih untuk dipakainya. Hana menyanyi-nyanyi kecil sambil dia memilih baju yang ingin dipakainya untuk hari ini. Hana mengambil baju blouse bewarna kuning sambil tersenyum. Kemudian dia berpusing-pusing sambil memegang bajunya itu. Di saat itu juga bibirnya sibuk menyanyi-nyanyi kecil. Amboi, seronok benar dia hari ini. Hari inilah hari yang ditunggu-tunggu oleh Hana. Hana berpusing-pusing sehingga tiba-tiba kakinya tersandung bucu katil. ‘Gedebukk!!,’ seperti nangka busuk jatuh gaya bunyinya. Hana menganduh kesakitan sambil mengurut-urut kakinya yang sakit itu. Nasib baik tidak terseliuh. Kalau tidak, mesti tidak jadi temu janjinya bersama dengan Aqief hari ini.

“Ouch! Sakitnya! Nasib tak terseliuh,” bisik Hana sambil mengurut-urut kakinya. Hana mengambil bajunya itu lalu pergi ke bilik air untuk membersihkan dirinya. Hari ini hari yang penting bagi Hana. Sudah lama dia menunggu detik-detik hari ini. Hari ini impiannya bakal terlaksana. Hehe.

Sementara di rumah Aiman pula, Mak Icah menggeleng-gelengkan kepala tatkala melihat nak terunanya itu. Aiman yang tidak perasaan akan kehadiran Mak Icah menggoyang-goyangkan kakinya sambil menonton rancangan kegemarannya itu. Dengan perlahan, Mak Icah mendekati Aiman yang khusyuk menonton rancangan kegemarannya itu.

“Amboi, khusyuk tengok cerita tu,” tegur Mak Icah sambil mencubit lengan anak bongsunya itu. Mak Icah sememangnya suka mendengki anak bongsunya itu.

“Aduh! Mak ni! Sakitlah. Mak suka cubit-cubit Aiman tau,” ujar Aiman sambil menggosok-gosok lengannya itu. Terbantut dia untuk menonton rancangan kegemarannya itu.

“Kau tu, khusyuk benar tengok cerita tu. Sampai mak lalu dekat belakang kau ni pun kau tak sedar. Alaa, sikit je tu sakitnya. Baru cubit sikit dah sakit. Jadilah lelaki maskulin sikit,” balas Mak Icah sambil duduk di hadapan anak lelakinya itu.

“Mak ni, asyik lelaki maskulin je. Aiman dah cukup maskulin dah mak. Cuma tak sampai tahap abang sado lagi je,” balas Aiman sambil menggosok-gosok lagi lengannya itu. Sangat berbisa cubitan daripada Mak Icah. Seperti kena sengatan lebah gamaknya.

“Ada je menjawabnya. Ni mak nak tanya ni, kau tak keluar mana-mana ke hari ini? Mak tengok tadi Hana dengan Aqief keluar. Tak tahu pula ke mana perginya budak berdua tu. Mak ingat kau pun keluar sekali ikut diaorang. Korang gaduh ke apa? Selalunya kalau keluar bertiga. Ni berdua je,” soal Mak Icah kepada Aiman. Aiman menundukkan kepalanya sambil menggaru-garu tengkuknya.

“Manalah Aiman tahu diaorang nak pergi mana. Kitaorang dah besar dah mak. Takkan nak bertiga je sampai ke tua. Biarlah diaorang nak keluar sama-sama,” ujar Aiman sambil memandang Mak Icah dengan mata redupnya itu.

“Mak tahu korang dah besar. Betul tak ada gaduh-gaduh ni?,” soal Mak Icah menginginkan kepastian.

“Ye mak. Lagipun petang ni Aiman nak keluar,” balas Aiman sambil matanya melihat televisyen di hadapannya itu.

“Keluar? Dengan siapa? Girlfriend?,” soal Mak Icah sambil memandang tajam anak terunanya itu.

“Hehe, mana ada. Mak ni. Kawan jelah,” jawab Aiman sambil tersenyum simpul.

“Yelah tu kawan. Kau ni mak tengok ramai sangat kawan perempuan. Kejap keluar dengan yang ini, kejap keluar dengan yang itu. Mana satu yang kau nak. Cubalah pilih satu je. Umur pun dah semakin meningkat. Takkan kau nak ke hulu ke hilir dengan berbagai-bagai jenis kawan perempuan?,” leter Mak Icah kepada anak terunanya itu. Pening kepalanya tatkala memikirkan perangai anak lelakinya itu. Aiman hanya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Terpaksa telinganya mendengar leteran ibunya itu. Sudah macam machine gun gamaknya. Tak berhenti-henti. Redha jelah.

“Mak ni. Aiman tahulah Aiman ramai kawan perempuan. Aiman tak jumpa lagi calon yang sesuai. Kalau Aiman jumpa Aiman bawa jumpa mak. Time tu jugalah Aiman terus kahwin dengan dia,” balas Aiman bersungguh-sungguh.

“Tulah kau ni, mak cakap sepatah, kau jawab seribu patah. Kalau susah sangat Man, biarlah mak carikan untuk kau. Mak ada calon-calon ni,” ujar Mak Icah pula.

“Bila masa mak cakap sepatah. Tadi Aiman dengar mak cakap berpatah-patah. Aiman pun jawablah berpatah-patah. Alaa, mak ni. Mak simpan jelah calon-calon mak tu. Nanti kalau Aiman dah jumpa, Aiman bawa jumpa mak. Mak jangan risau. Anak lelaki mak ni boleh dipercayai,” ujar Aiman sambil menepuk-nepuk dadanya.

“Yelah boleh dipercayai. Mak nak tengok nanti. Jangan kau jadi bujang terlajak dah lah. Dah, pergi mandi sana. Matahari dah tegak dah Aiman. Manalah perempuan nak lekat dekat kau,” ujar Mak Icah sambil menggosok rambut anaknya itu.

“Mak ni. Mahal tau rambut Aiman,” ujar Aiman sambil membetul-betulkan rambutnya itu.

“Mahal apa. Berkarak mak tengok,” balas Mak Icah dan berlalu meninggalkan Aiman yang masih membetul-betulkan rambutnya itu.

“Berkarak-berkarak pun ramai perempuan suka. Hehh,” ujar Aiman sambil tersenyum sendirian. Perasaan betul budak ini. Ramai perempuan suka dia bukan sebab rambutnya, tetapi sebab dia pandai mengayat. Itulah Aiman.

Sementara di dalam kereta Aqief, Hana dan Aqief berborak dengan rancak sekali. Kadang-kadang perbualan mereka diselangi dengan gelak-ketawa di antara mereka berdua. Entah apa yang di gelaknya pun tak tahu. Sedang mereka asyik bergelak-ketawa, seringkali itulah mata Aqief menjeling mesra Hana. Hana tidak perasan akan keadaan tersebut. Syok betul dia bercerita sehingga pandangan daripada Aqief pun tidak diperasannya.

“Hana, terima kasih sebab sudi keluar dengan aku hari ini,” ucap Aqief dengan tiba-tiba. Hana serta-merta menghentikan ketawanya lalu memandang Aqief.

“Laa, Qief. Relakslah, dah lama aku tak keluar dengan kau. Asyik-asyik keluar dengan Aiman je. Naik kejung aku asyik tengok muka dia hari-hari,” seloroh Hana sambil tersenyum manis. Aqief hanya tergelak kecil tatkala mendengar seloroh daripada Hana.

“Kau ni Hana, kesian Aiman kau cakap macam tu. Haa, by the way, mana Aiman ye? Kenapa kau tak nak ajak dia sekali?,” soal Aqief sambil memandang Hana dengan sekilas.

“Aiman? macamlah kau tak tahu yang dia tu kalau cuti hujung-hujung minggu ni dia keluar date dengan girlfriend-gilrfriend dia. Ntah apa yang ada pada Aiman sampai ramai perempuan suka dekat dia. Bukan ada daya tarikan pun. Poyo adalah dia tu,” ujar Hana sambil mencebikkan mukanya itu.

“Biarlah dia nak ramai girlfriend. Kenapa? Kau jealous ke Hana?,” soal Aqief sambil memandang tajam ke arah Hana.

“Haish kau ni, buat apa aku nak jealous dengan si Aiman tu. Lantak dialah, dia nak ramai girlfriend ke, nak tertonggeng ke, ada aku kisah pasal dia,” balas Hana selamba.

“Mana tahu kalau kau jealous si Aiman tu ramai perempuan nak dekat dia,” duga Aqief pula. Aqief ingin menduga perasaan Hana terhadap Aiman. Mana tahu kalau-kalau Hana ada perasaan terhadap Aiman. Siapa tahu.

“Ohh, please! Aku tak ada perasaan jealous pun dekat Aiman tu. Biarlah berjuta-juta perempuan nak dekat dia, aku sekalipun, sedetik pun takkan ada perasaan jealous dekat dia tu. Kalau ada pun perasaan tu. Maknanya aku dah gilalah tu,” ujar Hana bersungguh-sungguh. Pada Hana, Aiman hanyalah sekadar sahabat baiknya sahaja. Tidak lebih daripada itu.

“Amboi, bersungguhnya cakap. Aku takut je esok lusa apa kau cakap tu jadi kenyataan. Mana tahu suatu hari nanti kau jadi gila sebab ada perasaan tu dekat Aiman. Kita tak tahu kan,” balas Aqief tenang. Setenang wajahnya. Hana memandang Aqief sambil mengerutkan keningnya itu. Perasaan dekat Aiman? Oh tidaklah. Memang takkan dia ada perasaan dekat Aiman. Mengarut saja semua tu.

“Kenapa kau cakap macam tu?,” soal Hana sambil menaikkan keningnya itu.

“Tak adalah. Manusia ni Hana, boleh berubah. Kita tak tahu akan masa depan kita. Perasaan kita pada masa akan datang. Lagipun, kita dah dewasa kan. So, benda tu tak mustahil akan berlaku,” ujar Aqief lembut. Hana hanya mendiamkan dirinya sambil memandang Aqief. Kemudian dia hanya menundukkan kepalanya sahaja. Betul juga kata-kata Aqief tu. Tidak mustahil semua itu boleh berlaku. Dan tidak mustahil kalau secara tidak sengaja Hana akan jatuh cinta dengan sahabat baiknya itu, Aiman. Semua itu boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Lagipun mereka bertiga sudah besar. Sudah bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan yang akan datang. Cuma kita perlu tunggu sahaja apa yang akan berlaku. Tapi bagi Hana, kalau boleh dia ingin seorang lelaki seperti Aqief. Tidak bermaksud Hana menyukai Aqief, tetapi kalau boleh Hana menginginkan seorang lelaki yang mempunyai sikap seperti Aqief. Sentiasa lembut dengan kata-katanya, berfikiran matang, cool dan tidak menyakitkan hatinya. Bukan seperti Aiman. Hana berfikir lagi, sekiranya dia membina mahligai bersama dengan Aiman, maknanya sekejap sajalah mahligai yang dibina. Mana tidaknya, hari-hari bergaduh. Benda kecil pun boleh menjadi masalah besar. Itu yang Hana tidak mahu.

“Haish aku ni, melalut sampai ke laut. Apa-apa jelah fikir,” ujar Hana perlahan sambil mengetuk kepalanya itu. aqief yang berada di sebelah Hana memandang Hana dengan pelik. Pelik dengan perbuatan Hana.

“Kau cakap apa tadi Na? aku tak dengar. Kau okay ke?,” soal Aqief sambil memandang Hana.

“Haa, aku okay. Okay je. Hehe,” balas Hana sambil menunjukkan dua batang jarinya itu sambil tersenyum memandang Aqief.

“Kau ni Hana, pelik-pelik je,” ujar Aqief sambil menggelengkan kepalanya.

“Hehehe,” Hana tersengih sambil menggaru kepalanya. Sambil itu dia berpaling menghadap ke luar tingkap. Segan dengan apa yang difikirkannya sebentar tadi. ‘Kahwin dengan Aiman. Haa, nak lelaki seperti Aqief. Apa yang aku mengarut ni! Teruklah kau ni Hana. Dua-dua tu kawan baik kau kot. Sejak zaman hingusan lagi!,’ desis Hana sambil mengetuk-ngetuk lembut dahinya itu.

Berfikir entah apa-apa. Tapi tidak salah untuk berfikir seperti itu. Tak ada siapa yang nak halang pun untuk berfikir seperti itu. Lagipun Aqief ada cakap yang manusia boleh berubah. Siapa tahu Hana boleh jatuh cinta dengan Aqief atau Aiman ataupun sebaliknya. Siapa tahu. Hmm, Hana memandang dan kemudian pandangannya beralih keluar pula. Fikirannya melayang, melayang entah ke mana.

Petang itu Aiman telah mengajak kawan perempuannya, Fina berjalan-jalan seperti biasa. Aiman mengenali Fina sejak sebulan yang lalu. Fina merupakan pelanggan hotel tempat Aiman bekerja. Entah macam mana Fina tertarik dengan Aiman si mulut berbisa ini. Dengan Fina, ayat manislah ni. Aiman mengajak Fina berjalan-jalan di tasik buatan berdekatan tempat kerjanya. Mereka berjalan-jalan di sekitar tasik buatan tersebut. Kadang-kadang mereka memberi makanan pada ikan yang berada di tasik tersebut. Kelihatan itu juga mereka berdua berbual-bual mesra.

Tapi ada sekali dua perempuan yang berlalu di situ mengenyit mata ke arah Aiman. Aiman terkejut dan memberikan senyuman yang amat manis terhadap perempuan tersebut. Amboi, gatalnya Aiman. Ada juga yang memberikan isyarat telefon kepada Aiman. Aiman hanya tersenyum gatal sambil membalas isyarat tersebut. Sungguh gembira Aiman hari ini. Hilang tekanan dia di tempat kerja. Wahh, sungguh indah dunia ini. Itulah yang Aiman rasa hari ini. Aiman juga telah mengajak Fina pergi menjamu selera, membeli bunga untuk dia dan macam-macam lagi. Sesekali angin meniup lembut rambut Fina yang panjang itu. Terserlah kecantikkan yang dimiliki Fina. Kulitnya sudahlah putih bak telur yang telah dikupas, bibirnya merah bak delima, tinggi lampai ibarat model. Sungguh cantik si Fina ini. Sebab itulah Aiman tertarik dengan Fina. Tapi Aiman, sekejap je dia melekat dengan seseorang. Dia tidak bersedia lagi untuk mempunyai hubungan yang serius. Tapi tidak mengapa, bunga sekarang sudah banyak. Pilih sajalah mana yang nak. Aiman tersenyum manis tatkala menatap wajah umpama bidadari di hadapannya itu. Sungguh bertuah rasanya memiliki sang bidadari ini. Aiman tersenyum lebar kalau boleh ingin sahaja dia tersenyum sampai ke belakang kepalanya. Kalau boleh, dia ingin berbuat sedemikian.

Manakala Aqief dan Hana telah sampai ke destinasi yang ingin ditujunya. Inilah saat-saat yang ditunggu oleh Hana selama ini. Hana turun dari kereta Aqief sambil tersenyum. Tersenyum dengan lebar. Tak sangka impiannya akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Hana memandang Aqief sambil tersenyum begitu juga Aqief. Mereka saling berpandangan sambil tersenyum.

Shall we?,” tanya Aqief sambil memandang Hana. Hana memandang Aqief lalu mengangguk sambil tersenyum. Tersenyum dengan manis sekali. Aqief memandang Hana dengan pipinya yang merah. Entah mengapa pipinya boleh berubah menjadi merah tatkala seringkali menatap senyuman manis yang diberikan oleh Hana. Aqief tiada jawapan untuk itu. Hana dengan gembiranya mendahului langkahnya daripada Aqief. Aqief hanya melihat kelakuan Hana sambil tersenyum, kemudian, dia turut mengikuti langkah Hana. Aqief tahu Hana sungguh gembira hari ini. Hari inilah yang ditunggu-tunggu oleh Hana. Sudah lama Hana mengimpikan benda tersebut.

Hana melangkah masuk sambil matanya bersinar-sinar memandang setiap pelosok yang ada di dalam bangunan tersebut. Sementara itu, pekerja yang berada di situ tersenyum manis memandang Hana. Dia mendekati Hana lalu bertanya kemahuan Hana. Hana tersenyum lalu menyatakan hasrat hatinya. Pekerja tersebut mengangguk menandakan dia faham apa yang diinginkan oleh Hana. Pekerja tersebut kemudian membawa Hana ke tempat yang dinyatakan oleh Hana. Hana hanya tersenyum sambil membelek-belek benda yang diidamkannya. Sambil itu dia memandang Aqief untuk meminta pendapatnya. Aqief yang sejak dari tadi di belakang Hana turut membantu Hana untuk memilih antara yang terbaik. Dia lelaki, mestilah dia tahu semua fungsi-fungsi tersebut. Ada kebaikan juga Aqief menemani Hana. Jadi senang untuk Hana memilih apa yang terbaik. Hana memilih warna merah jambu metallic. Aqief turut bersetuju dengan pilihan Hana. Hal ini kerana bagi Aqief warna tersebut sesuai untuk perempuan seperti Hana. Pekerja tersebut menyuruh Hana melihat setiap pelosok yang ada di dalam benda tersebut. Hana menurut apa yang dikatakan oleh pekerja tersebut. Dia tak nak membeli barang yang rosak dan tidak memuaskan hatinya. Aqief turut mencuba benda tersebut. Nampaknya Aqief berpuas hati terhadap pilihannya. Begitu juga Hana. Aqief menyatakan kepada Hana bahawa pilihan ini adalah pilihan yang terbaik. Hana turut bersetuju dengan pendapat Aqief. Hana menyatakan kepada pekerja tersebut yang dia ingin membeli pilihan yang telah dibuatnya. Pekerja tersebut mengangguk kepalanya sambil tersenyum lalu mengajak Hana ke kaunter bayaran untuk menjelaskan pembayaran serta menyetujui beberapa dokumen yang telah disediakan. Hana hanya menganggukkan kepalanya lalu mengikut pekerja tersebut. Begitu juga Aqief. Dia ingin menolong Hana apa yang patut. 

Setelah selesai semua dokumen-dokumen yang perlu dipersetujui, kini Hana berpuas hati. Kini, Hana telah mempunyai kenderaan sendiri. Ya, Hana telah membeli sebuah kereta myvi bewarna merah jambu metallic. Hana sungguh berpuas hati kerana apa yang diimpikan selama ini telah menjadi kenyataan. Alhamdulillah. Hana bersyukur di dalam hati. Hana memandang Aqief sambil tersenyum. Begitu juga Aqief. Kalau bukan pertolongan Aqief pada hari ini, entah bila lagi Hana dapat membeli kereta idamannya itu. Semuanya kerana Aqief. Terima kasih Aqief!

Previous: BAB 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.