Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,788
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 2

“Mama!,” panggil Aqief riang lalu memeluk wanita dihadapannya itu. Rindu benar dia terhadap mamanya itu. Mana tidaknya, sudah tiga tahun dia hidup di perantauan dan tidak berjumpa dengan mamanya itu.

“Aqief sihat tak? Mama rindu sangat dengan Aqief,” ujar Puan Rahimah terhadap anak tunggalnya itu.

“Sihat Alhamdulillah ma. Aqief pun rindu sangat-sangat dekat mama ni. Ayah tak datang ke ma? Macam mama sorang je datang jemput Aqief,” tanya Aqief sambil memandang kiri dan kanannya untuk mencari kelibat ayahnya.

“Ayah tak dapat datang jemput Aqief. Ayah ada kerja sikit. Urgent katanya. Ayah minta maaf, tapi ayah rindu sangat nak jumpa Aqief,” beritahu Puan Rahimah kepada anaknya.

“Oh, tak pelah. Nanti Aqief boleh jumpa ayah dekat rumah. Ma, jomlah balik. Aqief tak sabar nak makan masakan mama ni. Rindu betul. Cakap macam ni pun dah meleleh air liur Aqief ma. Hehehe,” ujar Aqief sambil memeluk bahu Puan Rahimah.

“Ha yelah, jom kita balik. Mama pun dah masakkan makanan favourite Aqief. Nanti balik mama panaskan,” ujar Puan Rahimah sambil tersenyum memandang anaknya.

“Yeke ma? Yayy, hehehe. Ma, Hana dengan Aiman tahu tak Aqief nak balik hari ni?,” tanya Aqief kepada Puan Rahimah. Keluarga Aqief juga merupakan jiran kepada Hana. Jiran sebelah kiri manakala Aiman pula jiran sebelah kanan Hana. Mereka bertiga amat baik sejak kecil cuma keluarga Aqief agak berada sedikit berbanding keluarga Hana dan Aiman. Tambahan lagi, Aqief merupakan pelajar contoh sejak kecil lagi. Tidak seperti Hana dan Aiman yang hanya suka bermain sejak dulu lagi. Tidak pernah serius memikirkan masa depan. Tapi dengan bantuan Aqief, Hana dan Aiman berjaya memperoleh keputusan cemerlang. Cuma mereka berdua hanya mampu melanjutkan pelajaran setakat Diploma sahaja. Manakala Aqief pula berjaya melanjutkan pelajaran sehingga tahap Master dalam bidang perniagaan.

“Oh, mereka berdua tu tak tahu Aqief nak balik hari ni. Aqief nanti surprisekan diaoranglah. Sebab sebelum mama bertolak jemput Aqief, mama dengar pagi-pagi lagi mereka dah berperang dah. Ntah apa yang tak kena pun mama tak tahu,” ujar Puan Rahimah terhadap anaknya itu.

“Oh, baguslah mereka berdua tak tahu yang Aqief balik hari ni. Bolehlah Aqief surprisekan diaorang. Rindu betul Aqief dengan budak berdua tu. Ntah apa reaksi diaorang bila nengok Aqief nanti,” ujar Aqief sambil merenung jauh memikirkan reaksi yang akan diberikan oleh dua orang sahabat baiknya itu.

“Mestilah diaorang happy bila nengok best frienddiaorang dah balik. Dah jom kita balik cepat. Ntah-ntah ayah dah tunggu dekat rumah,” ajak Puan Rahimah.

“Okay jom ma,” ujar Aqief sambil memeluk lengan Puan Rahimah dan menarik beg rodanya. Puan Rahimah hanya tersenyum apabila anaknya memperlakukan dirinya sebegitu. Sememangnya Aqief seorang anak yang manja. Almaklumlah, anak tunggal. Tidak ada adik-beradik yang lain.

Sementara di rumah Aiman pula……………………………

“Putus? Sejak bila kau couple?,” tanya Aiman sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Ish kau ni kan!. Dengan Farishlah,” ujar Hana dengan perlahan.

“Laa, dengan mamat poyo tu. Eh, bukan kau memang dah lama putus dengna dia ke? Apesal putus lagi?,” ujar Aiman sambil mempamerkan mukanya yang pelik.

“Masa tu aku dah sambung dengan dia. Tapi kali ni betul-betul putus. Huaaa! Aiman! Tolonglah aku. Sakit tahu tak hati ni! Boleh dia cakap dia dah ada orang lain. Perasaan dia dekat perempuan tu macam jatuh cinta pandang pertama. Habis aku ni apa. Huaaa!!,” ujar Hana sambil menangis teresak-esak. Kadang-kadang Hana menyedut hingusnya yang mahu keluar. Aiman mengerutkan mukanya tatkala Hana berkelakuan seperti itu.

Eiyy, gelilah aku dengan kau ni. Nah ambil sapu tangan ni. Lap hingus kau tu. Nanti kau lap dekat baju aku kan. Macam aku tak tahu kau ni. Kau ni, nangislah slow-slow. Nanti Mak Icah dengar dari dapur kau nangis ni. Nanti aku juga yang kena. Kau ni pun satu Hana. Dah tahu mamat tu tak suka dengan kau, yang kau terhegeh-hegeh lagi dengan dia kenapa. Membazir na. Biarlah dia. ALLAH ada. Nanti dia kena baliklah tu. Aku malas nak cakap banyak-banyak. Nanti kau bukannya faham. Dulu pun aku cakap benda yang sama. Tapi kau buat juga. Dah-dah aku nak tidur. Kau duduklah sana,” ujar Aiman sambil menghalau Hana dari sofa yang didudukinya. Hana bangun lalu duduk di bawah sofa yang diduduki oleh Aiman.

“Aiman, aku sedih ni. Tolonglah aku,” ujar Hana sambil menarik-narik baju Aiman.

“Ish kau ni. Pening kepala aku dengan masalah cinta monyet kau ni. Dah-dah nanti petang aku bawa kau pergi pantai. Dah pergi balik. Aku nak tidur ni. Pergilah masak. Kesian Nek Yam nak makan. Shuhhh shuhhh,” ujar Aiman sambil menarik bajunya daripada ditarik oleh Hana. Kemudian dia baring di sofa lalu tidur.

“Aiman,” ujar Hana sambil menggoyang-goyangkan bahu Aiman.

Shhhh shhhhhh,” ujar Aiman sambil meletakkan jari telunjuknya dibibirnya dengan mata yang terpejam.

“Aiman jahat!,” jerit Hana lalu berlalu dari situ. Mak Icah yang berada di dapur terkejut dengan jeritan Hana lalu pergi ke ruang tamu.

Apesal dengan Hana tu Aiman. Kau buat apa dekat dia,” ujar Mak Icah sambil menepuk bahu Aiman.

“Apa mak ni. Aiman tak buat apa-apa pun. Dia tu yang tak sihat. Meroyan tiba-tiba,” ujar Aiman sambil terduduk akibat terkejut dengan perlakuan Mak Icah tadi.

“Sakit tau mak,” ujar Aiman sambil mencebikkan mukanya dan mengusap-usap bahunya itu.

“Tulah kau. Tak maskulin langsung. Tepuk macam tu sikit pun dah sakit. Dah mak nak masak dekat dapur,” ujar Mak Icah lalu berlalu meninggalkan Aiman. Masakkan dia lagi penting daripada melayan anak terunanya itu. Makin dilayan makin menjadi. Aiman hanya mengusap-usap bahunya itu lalu menepuk-nepuk sofa yang didudukinya dan terus merebahkan badannya di sofa. Seterusnya dia menutup matanya yang layu. ‘Tidur lagi bagus,’ desis Aiman sambil tersenyum sendirian.

“Ish, Aiman jahat! Jahat! Jahat!,” ujar Hana sambil menghentak-hentakkan kakinya. Dia membuka selipar lalu masuk ke dalam rumah. Nek Yam yang tengah mengaji di ruang tamu terkejut dengan tingkah laku cucunya itu. Hari ini Nek Yam asyik terkejut sahaja. Kesian Nek Yam.

Ai Hana, kenapa tu. Balik marah-marah,” ujar Nek Yam kepada cucunya itu.

“Aiman jahatlah nek. Dahlah, Hana nak pergi masak,” ujar Hana lalu berlalu ke dapur untuk memasak makanan tengah hari. Sambil itu dia mencebikkan mukanya. Menyampah rasanya bila meluahkan rasa ketidakpuashatian kepada Aiman. ‘Bukannya nak back upaku,’ desis Hana lalu membuka peti sejuk dan mengambil sayur dan ayam untuk masak tengah hari. Hari ini Hana ingin masak sup ayam sahaja. Senang. Lagipun cuaca panas, eloklah makan yang berkuah. Lagipun Hana terasa malas nak masak hari ini. Yelah, orang putus cinta katakan. Mana ada mood untuk buat segala benda. Inipun untuk nenek dan juga adik perempuannya. Adik perempuan Hana masih bersekolah rendah. Baru darjah tiga. Hana tinggal dengan neneknya sejak kedua orang tuanya meninggal dunia pada usianya menginjak 17 tahun. Masa itu, adik Hana baru berusia setahun. Ibu bapa Hana meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Selepas kematian kedua orang tuanya, Nek Yam sahajalah tempat Hana bermanja. Selain itu, Mak Icah dan Puan Rahimah juga telah mengaggap Hana sebahagian daripada ahli keluarganya. Jadi Hana dan adik perempuannya, Husna tidak kesunyian setelah kepergian kedua ibu bapa mereka.

Sedang Hana memasak di dapur, tiba-tiba kedengaran suara memberi salam di luar rumah.

“Assalammualaikum! Hana!,” kedengaran Aiman memberi salam di luar rumah Hana.

“Assalammualaikum! Haaanaaa!,” kali ini Aiman memberi salam sekuat hatinya.

“Waalaikumussalam. Haa, Aiman. Kenapa ni? Masuklah dulu. Hana tengah masak dekat dapur,” ujar Nek Yam di hadapan pintu.

“Hana tengah masak ea Nek Yam? Aiman nak jumpa Hana kejap ni. Aiman masuk ea Nek Yam,” ujar Aiman sambil menanggalkan seliparnya di hadapan pintu rumah Hana.

“Masuklah Aiman. Hana dekat dapur tu. Pergilah sana,” ujar Nek Yam.

“Terima kasih nek,” ujar Aiman lalu berlalu dengan sopan di hadapan Nek Yam. Aiman berlalu ke dapur untuk mendapatkan Hana.

“Oi mak cik!!,” sergah Aiman. Hana yang sedang merasa masakannya terkejut tatkala disergah oleh Aiman.

“Oh mak kau terbalik! Eh, apa eh. Ish kau ni. Tak boleh ke kau panggil lembut-lembut sikit. Buat terkejut orang je. Nasib baik tak tertumpah satu periuk sup aku ni. Haishh!!,” ujar Hana sambil mengetuk kepala Aiman dengan sudu yang dipegangnya.

“Aduh, sakitlah Hana. Kau ni garang sangatlah. Tak de, tadi aku messagekau, call kau, kau tak angkat. Tu yang aku datang jumpa kau ni. Eh, kau masak apa ni. Macam sedap je. Nak sikit boleh?,” ujar Aiman sambil menggosok-gosok kepalanya dan menjenguk masakan yang dimasak oleh Hana.

“Ish kau ni. Macam penting sangat je sampai datang sini bagai. Apa benda yang kau message tu. Haa, nanti aku bagi kau semangkuk,” ujar Hana lalu mengambil mangkuk untuk mengisi sup yang dimasaknya.

“Tak de, aku nak tahu yang kau nak tak ikut aku pergi pantai petang ni. Yelah, kaukan tengah frust. Siapa lagi yang nak tolong kau lagi kalau bukan mamat handsome ni kan. Kau untung Hana, dapat kawan yang baik hati macam aku ni,” ujar Aiman sambil jarinya mencolet sedikit kuah sup di mangkuk yang diisi oleh Hana. Hana menepis tangan Aiman sambil menjegilkan matanya.

“Ish kau ni, perasaan lebihlah. Nak, nanti petang aku ikut kau. Nah, ambil sup ni. Dah pergi balik. Menyibuk je dekat sini,” ujar Hana lalu menghulurkan semangkuk sup kepada Aiman.

“Ish kau ni, macam tak ikhlas je bagi sup ni dekat aku. Okaylah, nanti petang aku tunggu kau. Cepat siap-siap tau. Jangan nak bersolek pula. Muka kalau tak lawa, tetap tak lawa. Hehehe,” ujar Aiman sambil menatang semangkuk sup yang diberi oleh Hana.

“Aku pelangkung kau dengan senduk ni nak tak?,” ujar Hana sambil menunjukkan senduk yang dipegangnya.

“Eleh, setakat senduk buat apa. Lainlah cangkul, takut juga aku,” nyakat Aiman sambil tersenyum sinis.

“Eh kau ni. Naik angin pula aku dengan kau ni. Sini kau!,” ujar Hana yang ingin mengetuk kepala Aiman dengan senduk. Sedang Aiman ingin menepis senduk yang ingin menghiggap di kepalanya, tiba-tiba kedengaran bunyi kereta di halaman rumah Puan Rahimah. Mereka berdua dengan serta-merta menjengukkan kepala mereka di tingkap. Sememangnya dapur rumah Hana berhadapan dengan rumah Puan Rahimah. Jadi mereka dapat melihat siapa gerangan orang yang datang ke rumah Puan Rahimah.

“Siapa pula yang datang rumah Cik Imah ha?,” bisik Hana sambil mengendap rumah Puan Rahimah.

“Mana aku tahu. Cuba nengok siapa yang turun tu. Ha, tu Cik Imah, siapa pula yang lelaki tu. Boyfriend Cik Imah ke?,” bisik Aiman yang juga mengendap rumah Puan Rahimah.

“Ish kau ni, suka hati kau je cakap tu boyfriend Cik Imah. Nak kena flying kick dengan Pak Hisyam ke? cuba nengok betul-betul siapa tu. Aku rasa macam kenallah lelaki tu,” bisik Hana sambil merenung siapa gerangan lelaki tersebut. Suasana sepi seketika tatkala mereka berdua khusyuk mengendap rumah Puan Rahimah.

“AQIEF!!” ujar mereka berdua dengan serentak. Hana dan Aiman saling berpandangan.

“Aqief dah balik!,” ujar Hana lalu keluar berlari menuju ke rumah Puan Rahimah.

“Eh Hana, tunggulah aku kejap,” jerit Aiman yang sedang menatang semangkuk sup yang diberikan oleh Hana tadi. Tanpa berlengah lagi Aiman turut berlari ke rumah Puan Rahimah sambil menatang semangkuk sup. Nek Yam tidak menyedari situasi tersebut kerana beliau berada di dalam biliknya.

Hana dengan termengah-mengah berlari ke arah Puan Rahimah dan Aqief diikuti Aiman di belakangnya. Puan Rahimah dan Aqief tersentak lalu tersenyum melihat Hana dan Aiman berlari menuju kepada mereka.

Ha Hana, lumba lari dengan Aiman ke sampai Aiman tak nyempat-nyempat nak letak mangkuk tu dekat dalam rumah,” tegur Puan Rahimah sambil ketawa kecil diikuti oleh Aqief.

“Eh hehehe, taklah Cik Imah. Tadi Aiman dengan Hana dekat dapur, lepas nampak Cik Imah dengan Aqief balik, tu yang kitaorang lari ke sini,”

“Tak tahu pula si Aiman ni bawa sekali sup ni,” sambung Hana lagi sambil memandang Aiman. Aiman mencebikkan mukanya kepada Hana. Hana hanya menjeling sahaja Aiman.

“Hehehe, taklah Cik Imah. Ni, excited nak jumpa Aqief, lama kan tak jumpa dia ni. Tu yang tak sempat nak letak sup ni dekat rumah,” ujar Aiman sambil tersengih menampakkan sebaris giginya yang putih,

“Hahaha, dah-dah. Cik Imah masuk dalam dulu ea. Korang bertiga berbuallah dulu. Tak nak masuk dulu ke?,” ajak Puan Rahimah kepada Hana dan Aiman.

“Takpelah Cik Imah. Kitaorang berbual dekat sini dululah. Cik Imah masuklah dalam dulu,” ujar Aiman sambil tersenyum manis kepada Puan Rahimah diikuti dengan Hana.

Okay, Cik Imah masuk dulu ea. Aqief, mama masuk dulu ea,” ujar Puan Rahimah sambil tersenyum manis.

Okay Cik Imah,” ujar Hana dan Aiman serentak manakala Aqief hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Puan Rahimah tersenyum lalu berlalu masuk ke dalam rumah.

“Aqief, kau baru balik tadi ke? kitaorang tak tahu pun kau nak balik hari ni?,” ujar Hana sambil memandang Aqief.

“Taklah Hana, si Aqief ni balik tahun lepas. Kau sendiri nampakkan yang dia baru balik. Ish, soalan. A’ahlah, kitaorang tak tahu pun kau nak balik hari ni?,” belum sempat Aqief menjawab soalan Hana, Aiman terlebih dahulu memotong percakapan Aqief.

“Hehehe, korang ni. Dari dulu sampai sekarang, tak pernah berubah. Aku saja nak buat surprise dekat korang. Tak sangka pula korang dah nampak dulu tadi,” ujar Aqief sambil memandang kedua orang sahabat baiknya itu.

“Nak surprise-surprise konon. Tak payah nak surprise sangatlah. Instinct kitaorang kuat mengatakan kau balik hari ni,” ujar Aiman sambil mengangkat-angkat keningnya. Di samping itu, mangkuk sup tersebut masih dipegangnya.

“Eleh tak payah instinct sangatlah. Tadi kau yang cakap si Aqief ni boyfriend Cik Imah. Instinct-instinct konon, blahlah,” ujar Hana sambil menjelingkan matanya kepada Aiman.

“Eh cik Hana Batrisyah, senyap boleh tak. Aku siram kau dengan sup ni baru tahu,” ujar Aiman kepada Hana.

“Siramlah, aku tak nak bagi kau sup lagi,” ujar Hana sambil mencebikkan mukanya.

“Dah-dah, jangan gaduh. Aku baru balik kan. Takkan nak nengok korang gaduh pula,” ujar Aqief meredakan keadaan. Selalunya sejak dari kecil lagi Aqief merupakan orang tengah meleraikan keadaan yang semakin memburuk antara Hana dan Aiman.

“Mak cik ni, dari pagi tadi kot buat spoil. Ni, petang nanti kitaorang nak pergi laut. Kau nak ikut sekali tak. Jomlah. Kita meraikan sempena ada orang tu putus cinta,” ujar Aiman sambil matanya menjeling ke arah Hana. Hana memandang Aiman dengan muka yang merah padam lalu menyinggul lengan Aiman. Hampir tertumpah sup di dalam mangkuk yang dipegang Aiman.

“Oi, sup aku,” ujar Aiman sambil menstabilkan mangkuk sup yang dipegangnya. Hana hanya menjeling Aiman sahaja. Geram dengan mulut lancang Aiman. Tak pasal-pasal Aqief tahu mengenai dirinya yang baru putus cinta.

“Siapa yang putus cinta? Hana? Kau bercinta dengan siapa lagi ni Hana?,” ujar Aqief sambil mengerutkan keningnya yang lebat itu.

“Siapa lagi. Kekasih awal dan terakhir dia tu lah. Si Farish tu,” belum sempat Hana menjawab soalan Aqief, Aiman terlebih dahulu menjawab.

“Eh encik Muhammad Aiman, boleh tak mulut kau tu tutup kejap? Aqief tanya aku kan. Bukan kau,” ujar Hana sambil membesarkan matanya itu.

“Eh suka hati akulah. Mulut aku,” ujar sambil membesarkan matanya juga.

“Eh dah-dah, korang ni. Pening kepala aku ni. Okay nanti petang kita meraikan perpisahan Hana dengan si Farish tu ye. Petang ambil aku Aiman,” ujar Aqief mengusik Hana.

“Kau pun sama Qief. Sama macam Aiman,” ujar Hana. Aqief hanya tersenyum melihat Hana. Hana menjeling Aqief. Aqief dan Aiman. Sama je. Menyakitkan hati.

“Eh kau ni, nak ambil apa benda. Rumah kau beberapa langkah kot dari rumah aku. Kau datang jelah rumah aku tu,” ujar Aiman.

A’ah ek. Okay-okay,” ujar Aqief sambil tersenyum dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Dahlah korang, aku balik dululah. Ada lagi kerja dekat rumah aku belum siap,” ujar Hana.

Haa, samalah Qief. Aku pun nak balik juga ni. Kesian kau penat kan. Kau pergilah rehat dulu. Nanti petang kita jumpa. Okay,” ujar Aiman kepada Aqief.

“Alah, setakat duduk je. Tak penat mana. Okaylah, nanti petang kita jumpa,” ujar Aqief.

Okay, kitaorang balik dulu. Bye-bye Aqief!,” ujar Hana sambil melambaikan tangannya kepada Aqief.

“Eleh, sebelah rumah kot. Lambai macam nak balik jauh je,” usik Aiman.

“Ish kau ni. Aku lempang juga kang,” ujar Hana dengan kasar.

“Eh kau ni. Tadi cari-cari aku. Sekarang nak lempang-lempang pula. Aku tahulah Aqief dah balik,” ujar Aiman sentap.

“Eh apesal aku pula yang terlibat ni,” ujar Aqief pelik.

“Ntah Aiman ni. Gila!,” ujar Hana lalu berlalu dari situ.

“Eh aku pula yang gila. Siapa gila? Kaulah yang gila,” ujar Aiman sambil mengekori Hana. Hana hanya menutup telinganya sahaja. Sakit telinganya mendengar bebelan Aiman. Kalah mak nenek. Aqief hanya tersenyum melihat gelagat dua orang sahabat baiknya itu. Tak pernah berubah. Sama sahaja. Aqief mengambil beg bajunya lalu masuk ke dalam rumah. Rindu benar dia pada kampung halamannya itu. Petang ini, pasti ada cerekarama-cerekarama daripada Aiman dan Hana. Kadang-kala terhibur juga dia dengan gelagat si Aiman dan si Hana itu.

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.