Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,843
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 26

Hari ini Hana dan Aiman cuti. Shift mereka hari ini digantikan dengan pekerja lain. Hal ini kerana pekerja yang mengikuti percutian semalam diberikan cuti oleh syarikat. Hana menghabiskan masa cutinya dengan sebaik mungkin. Kelihatan Hana sedang membasuh keretanya sambil tersenyum girang dan menampakkan sebaris giginya yang putih itu. Sambil itu kedengaran dia menyanyi-nyanyi kecil semasa mencuci kereta. Hana kemudian mengambil paip air lalu menyembur keretanya. Kelihatan ada pelangi kecil di antara percikkan air dan cahaya matahari itu. Sementara itu, kelihatan Husna menolong Nek Yam menggembur tanah di dalam pasu. Nampaknya Nek Yam seperti mahu menanam bunga yang baru lagi. Sesekali kedengaran gelak tawa daripada Nek Yam dan Husna. Hana hanya melihat mereka berdua sambil tersenyum.

Sementara itu, kelihatan Aiman baru keluar dari rumahnya sambil bersiul girang. Kemudian, dia terpandang Hana yang girang membasuh keretanya.

“Amboi, happynya dia,” ujar Aiman sendirian. Tanpa membuang masa, Aiman melangkah laju menuju ke arah Hana. Sementara itu, matanya terpandang akan kelibat Husna dan Nek Yam yang sedang menanam bunga.

“Assalammualaikum nek. Amboi, tanam bunga baru nampak,” tegur Aiman dengan ramah. Hana yang tersentak memandang Aiman sambil tangannya masih memegang pili paip.

“Waalaikummussalam. Aiman. Ni Nek Yam nak tanam bunga seri pagi. Nak tolong ke?,” usik Nek Yam sambil memandang Aiman. Aiman memberhentikan langkahnya di tepi kereta Hana. Sambil itu kedua-dua tangannya di masukkan ke dalam poket seluarnya.

“Hehe, tu Husna dah tolong. Nampaknya Aiman tolong tengok jelah,” seloroh Aiman sambil tersengih menampakkan sebaris giginya itu.

“Eleh, cakaplah malas nak tolong. Takut orang panggil dia mat bungalah tu,” perli Hana sambil menyiram keretanya itu. Aiman menjeling tajam tatkala Hana berkata sedemikian.

“Betul tu kak. Abang Aiman ni cakap je lebih. Tapi bukan nak buat pun. Sibuk je tahu,” tokok Husna pula. Aiman menjeling tajam ke arah Husna pula. ‘Amboi, kakak dengan adik sama je. Mulut tak ada insurans!,’ desis Aiman di dalam hati.

“Haish, Husna. Tak baik cakap abang Aiman macam tu. Hana pun sama. Kecil hati Aiman nanti,” Nek Yam cuba mempertahan Aiman. Aiman tersengih tatkala Nek Yam mempertahankannya.

“Eleh, si Aiman ni. Tak adanya nak kecil hati. Sebab dia bukannya ada hati dan perasaan pun,” ujar Hana cuba menyakitkan hati Aiman. Aiman memandang Hana sambil mengetapkan bibirnya. Nak saja dia mencubit-cubit pipi lembut Hana itu. Aiman cuba menahan geramnya memandangkan ada Nek Yam dan Husna di luar. Kedengaran Husna ketawa kecil tatkala mendengar kakaknya berkata sedemikian. Aiman memandang Husna dengan renungan yang tajam. Kakak dengan adik sama sahaja perangainya. Air dicincang takkan putus. Aiman mengeluh kecil sambil memandang Nek Yam.

“Alaa, nek. Biarlah orang cakap Aiman tiada hati dan perasaan. Yang penting nenek tahu hati dan perasaan Aiman kan nek,” ujar Aiman selamba.

“Betul tu. Aiman kan budak baik. Dari dulu selalu tolong nenek. Untung siapa dapat Aiman,” balas Nek Yam mempertahankan Aiman. Aiman tersengih sambil menggosok-gosok tengkuknya itu. Kemudian dia memandang Hana dengan pandangan yang penuh bangga. Hana mencebikkan mukanya tatkala memandang muka Aiman yang berlagak itu. Husna turut rasa begitu. Sambil itu dia mencucuk-cucuk tanah yang berada di hadapannya itu dengan kuat bagi melepaskan rasa menyampahnya terhadap Aiman.

“Nenek ni puji Aiman lebih-lebih pula. Seganlah Aiman macam ni,” balas Aiman seperti mengada-ngada. Sambil itu badannya dipusing-pusingkan ke kiri dan ke kanan. Hana yang tidak tahan melihat kegedikkan Aiman itu lantas menyembur air dekat Aiman dengan pili paip yang dipegangnya. Aiman terkejut dengan tindakan Hana itu. Begitu juga Nek Yam.

“Hana! Apa kau buat ni? aku dah mandilah!,” jerit Aiman sambil mengusap-usap mukanya yang telah disembur dengan air itu.

“Na! Ya Allah! Kenapa disemburnya Aiman tu?,” jerit Nek Yam pula. Kali ini Nek Yam bangun sambil tercengang melihat tindakan cucunya itu.

“Biarkan nek. Geram Hana tengok dia ni. Tergeliat-geliut dari tadi. Geli Hana tengok. Inilah ubatnya!,” ujar Hana sambil menyembur Aiman dengan gembira.

“Akak, Husna pun nak juga!,” ujar Husna sambil cuba memegang pili paip tersebut. Hana membiarkan adiknya memegang hulu pili paip tersebut. Kelihatan sungguh gembira dua beradik itu menyakat Aiman. Nek Yam menggelengkan kepala melihat dua orang cucunya itu.

“Nenek tak nak masuk campur,” ujar Nek Yam lalu berlalu ke pintu rumahnya. Nek Yam tak nak terlibat dengan gurauan cucu-cucunya itu. Dia hanya melihat telatah mereka di hadapan pintu sambil tersenyum.

“Nek, tolonglah Aiman! Aiman dah nak lemas ni!,” teriak Aiman sambil cuba menghalang mukanya dari terkena tampanan air daripada Hana dan Husna. Hana dan Husna mengetawakan Aiman dengan sekuat hati. Seronok tatkala melihat Aiman seperti itu. Selalunya Aiman yang kenakan mereka. Kini tibanya balasan untuk dirinya pula. Nek Yam hanya melihat Aiman sambil tersenyum. Dia tidak mampu untuk melakukan apa-apa memandangkan badannya sudah tidak kuat.

Aiman tidak tahan dirinya diperlaku seperti itu cuba mendekatkan dirinya kepada dua beradik itu. Makin Aiman cuba dekat, makin kuat semburan air itu.

“Husna, jangan give up! Sembur lagi! Attack muka dia. Biar dia tak datang dekat. Hahaha!,” arah Hana sambil ketawa besar. Amboi, tak senonoh betul perempuan ni.

“Baik boss!,” ujar Husna menerima arahan kakaknya itu. Husna kemudian mensasarkan air tersebut di muka Aiman seperti mana Hana suruh. Aiman yang terkapai-kapai itu cuba berusaha untuk mendekati mereka berdua.

“Woi, aku dah nak lemas dah ni! seriously!,” jerit Aiman sambil cuba menutup mukanya daripada terkena tembakkan air tersebut. Hana dan Husna hanya ketawa tatkala melihat Aiman. Tanpa disedari, tiba-tiba Aiman berjaya merampas pili paip tersebut daripada genggaman Husna dan Hana. Hana dan Husna tergamam dengan tindakan tersebut. Aiman memegang pili paip tersebut sambil menyapu mukanya yang disembur air itu dan tersengih sinis. Habis matanya merah dan telinganya dimasuki air akibat semburan itu. Hana dan Husna saling berpandangan.

“Husna! Lari!,” jerit Hana lalu lari bersembunyi disebalik keretanya itu. Begitu juga Husna.

“Mana korang nak lari ha? Terimalah pembalasan korang!,” ujar Aiman lalu menyembur air tersebut ke sana sini. Sambil itu, dia ketawa dengan penuh kejahatan. Opss! Dah macam cerita perang-perang pula. Hehe! Ehem. Kemudian, Aiman mengejar mereka berdua sambil cuba menyembur air ke arah mereka berdua. Hana dan Husna berlari mengelilingi kereta sambil menjerit. Nek Yam yang melihat telatah mereka bertiga hanya ketawa kecil. Jikalau badannya 30 tahun dulu, sudah tentu dia turut serta dengan gurauan ini. Nek Yam hanya mampu melihat mereka dari jauh sahaja. Tak mampu untuk dia turut serta lagi.

Kelihatan Aiman mampu memerangkapkan mereka di satu sudut. Mereka berdua tak mampu untuk berlari lagi. Peluang hanya datang sekali. Dengan tidak mensia-siakan peluang yang ada, Aiman menarik picu lalu menembak mereka berdua dengan peluru air. Aiman ketawa besar tatkala dapat mengenakan dua beradik itu. Hana dan Husna dengan tidak membuang masa cuba menghalang semburan air tersebut lalu mendekati Aiman. Aiman tetap menyembur air tersebut ke arah mereka berdua sambil dia berundur setapak demi setapak. Sedang dia berundur, dia tidak sedar yang kakinya terpelecok lalu jatuh terduduk ke tanah. Kesempatan itu diambil sebaiknya oleh Hana. Hana dan Husna dengan pantasnya merampas kembali pili paip yang dipegang oleh Aiman itu lalu menyembur air tersebut ke arah Aiman. Kelihatan Aiman terkapar-kapar menghalang air tersebut dari disembur ke mukanya. Kelihatan Hana dan Husna ketawa tatkala melihat gelagat Aiman itu. 

Aiman yang tidak tahan dari dibuli itu lantas bangun lalu mengejar mereka berdua. Hana dan Husna terkejut dengan tindakan Aiman itu lantas melarikan diri dari dikejar oleh Aiman. Sambil itu tangannya masih menggenggam pili paip. Habis air melimpah ke sana dan ke sini. Aiman yang tidak mempedulikan sesiapa terus mengejar mereka berdua. Hana dan Husna berlari sambil menjerit riang tatkala dikejar oleh Aiman. Mereka bertiga bermain air sambil berkejaran dengan riang sekali sehinggakan kelibat Aqief yang memandang mereka dari jauh tidak diperasan oleh mereka. 

Ya, Aqief memandang gelagat mereka dari rumahnya. Kelihatan Aqief baru pulang dari urusan di pejabat. Setelah mengunci keretanya, kedengaran suara riang datang dari rumah Hana. Aqief agak terkejut dan pelik tatkala mendengar suara riuh-rendah itu. Kemudian, Aqief memandang rumah Hana dan kelihatan Hana, Husna dam Aiman sedang berseronok bermain air. Kelihatan Aqief terkedu tatkala melihat kegembiraan yang dipancarkan oleh Hana. Aqief tidak pernah melihat Hana segembira itu. Dengan rambutnya yang panjang dibasahi oleh air dan kulitnya yang terkena air itu menampakkan keserlahan dan kecantikkan yang dimiliki oleh Hana. Tanpa disedari, kedua-dua belah pipinya bertukar menjadi merah tatkala melihat anugerah Allah itu. Aqief kemudian memandang Aiman. Aiman. Sungguh gembira dia dengan Hana. Hana tidak pernah segembira seperti itu tatkala bersamanya. Aqief memandang mereka sambil mengerutkan keningnya. Sambil itu, pipinya masih merah. Entah kenapa ada sesuatu perasaan yang tidak enak menular di segenap sanubarinya. Aqief rasa rimas dengan perasaan tersebut. Aqief kemudiannya mengorak langkah menuju ke pintu rumahnya. Lagi lama melihat kegembiraan mereka, lagi sakit hati rasanya. Aqief kemudiannya membuka kasutnya lalu masuk ke dalam rumah dengan perasaan yang sangat sakit.

Sementara itu. kelihatan mereka bertiga masih bermain air dengan gembira sekali. Sudah lama gamaknya mereka tidak bermain segembira itu. Masalah serta rasa sakit hatinya terhadap Aqief terus hilang begitu sahaja. Hana tersenyum kegembiraan walaupun badannya kini sudah basah lokos. ‘Aiman, terima kasih!,’ desis hati Hana sambil melihat wajah comel Aiman itu.

                                                ************************************

Malam itu, Aqief keluar dinner bersama dengan Zulaikha. Aqief sangat segak malam itu dengan baju kemeja-T bewarna hijau gelap dan berseluar jeans. Manakala Zulaikha pula nampak sungguh cantik dengan dressnya bewarna hitam yang di serlahkan dengan batu-batu lip lap dan seledang bewarna hitam. Matanya yang bundar itu diserlahkan sedikit dengan eye liner dan bibirnya yang mongel itu diserlahkan dengan lipstik merah. Sangat cantik penampilan Zulaikha malam itu. Seperti bidadari gamaknya. Tetapi kecantikkan itu tidak mampu menarik perhatian Aqief mala mini. Kelihatan fikirannya menerawang jauh entah ke mana. Straw yang berada di dalam minumannya itu di pusing-pusing. Entah berapa pusingan yang telah dibuatnya. Setiap butir perkataan yang dikeluarkan dari mulut Zulaikha tidak didengar. Hanya sebaris senyuman nipis sahaja yang bertindak balas. Yang lain semuanya diam membisu. Zulaikha agak pelik dengan kelakuan Aqief pada malam ini. Zulaikha menguyah makanan yang berada di dalam mulut kecilnya itu dengan perlahan. Sambil itu matanya merenung teman lelakinya itu. Zulikha cuba memahami apa yang tersirat di hati Aqief. Sememangnya Aqief seoarang yang susah diramal. Zulaikha mengetap bibirnya itu lalu memandang Aqief.

“Aqief, awak okay ke? dari tadi saya tengok awak tak keruan. Ada masalah ke?,” tegur Zulaikha dengan lembut. Aqief tersentak dari lamunannya lalu memandang wajah putih mulus Zulaikha itu.

“Tak ada apa. Saya okay je. Jangan risau,” balas Aqief sambil tersenyum manis memandang wajah lembut Zulaikha itu.

Are you sure Aqief?,” soal Zulaikha lagi meminta kepastian.

Yep, sure,” ujar Aqief sambil tersenyum. Zulaikha membalas senyuman Aqief lalu tunduk memandang makanan di hadapannya itu. Begitulah Zulaikha. Dia seorang yang sangat lemah-lembut dan pemalu. Aqief hanya tersenyum memandang Zulaikha. Sungguh hikpokrit Aqief malam ini. Mulutnya berbicara bahawa tiada apa-apa berlaku kepadanya. Tetapi fikirannya asyik menerawang mengingatkan kejadian petang tadi. Entah mengapa perkara tersebut asyik bermain di ingatan Aqief. Aqief asyik teringatkan senyuman Hana yang sangat gembira itu. Perasaan cemburunya terhadap Aiman semakin menebal. Ahh! Aiman dan Hana kan kawan baiknya. Mungkin sekarang mereka sudah jarang melepak bersama menyebabkan perasaan itu timbul. Mungkin. Aqief tidak sanggup memikirkan lagi perasaannya itu. Sangat serabut. Sudahlah hubungan dia dan Hana bertambah renggang dengan kejadian semalam. Malah Aqief tidak meminta maaf lagi kepada Hana. Rasa bersalahnya terhadap Hana semakin menebal. Entah mengapa, sejak dia melihat kemesraan Aiman dan Hana malam tadi menyebabkan dia tidak jadi meminta maaf kepada Hana. Dia pun tidak memahami dirinya sendiri. Aqief mengeluh kecil sambil memandang Zulaikha. Zulaikha perasan Aqief memandangnya dan dia menghadiahkan Aqief sebuah senyuman yang manis sekali. Aqief membalas senyuman Zulaikha dengan senyuman yang nipis.

Previous: BAB 25
Next: BAB 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.