Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,820
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 18

Aqief pulang agak lewat hari ini. Hal ini kerana Aqief mempunyai urusan di luar kawasan secara tiba-tiba. Dia tahu akan perkara ini pun ketika dia dalam perjalanan menghantar Ezreen pulang ke hotel. Jadi dia tidak sempat untuk melihat keadaan Hana ketika itu. Aqief terus pergi ke tempat yang perlu diselesaikan urusannya. Aqief benar-benar tidak tahu akan keadaan Hana. Sudah banyak kali dia menelefon Aiman, tetapi tidak diangkatnya. Mungkin telefon bimbit Aiman kehabisan bateri, fikir Aqief. Dia tidak mahu bersangka buruk terhadap rakannya itu.

Aqief memparkir keretanya di halaman rumahnya. Selepas mengunci keretanya, Aqief memandang rumah Hana. Kelihatan kereta Hana tiada di halaman rumahnya. Mungkin Hana balik dengan Aiman. Aqief menyangka sebegitu. Aqief mengeluh kecil lalu masuk ke dalam rumahnya.

Sementara itu, di rumah Aiman pula, kelihatan Aiman sedang merebahkan badannya di atas katil. Dia mengambil telefon bimbitnya lalu menghidupkan semula telefon bimbitnya itu. Kesian Aqief, dia telah menelefon Aiman banyak kali tetapi tidak diendahkan oleh Aiman. Bukan Aiman berniat seperti itu, tetapi entah kenapa dia pentingkan diri siang tadi. Aiman mengeluh kecil lalu menghantar pesanan kepada Aqief. Dia harus meminta maaf kepada Aqief. Aiman mencari nombor Aqief lalu menghantar pesanan tersebut kepada Aqief. Semoga Aqief memaafkan dirinya itu. Aiman mencampakkan telefon bimbit tersebut di sebelahnya. Kemudian dia meletakkan lengannya di atas dahinya. Seperti matanya mahu terlelap sahaja. Rasa benar mengantuknya.

Selesai sahaja menunaikan solat isyak, Aqief terus merebahkan dirinya di atas katil. Kemudian dia mengambil telefon bimbit yang berada di sebelahnya. Aqief melihat ada satu pesanan untuk dia. Aqief mnegerutkan dahinya tatkala melihat gerangan yang memberi pesanan itu kepadanya.

“Aiman?,” ujarnya perlahan. Aqief membuka mesej tersebut lalu membacanya.

Aqief, sorry. Aku baru buka phone. Kau jangan risau pasal Hana. Kaki dia terseliuh sikit je. Kaki dia dah okay dah,’

Aqief membaca mesej tersebut lalu tangannya sibuk menaip membalas mesej daripada Aiman.

It’s okay. Thanks Aiman,’ balasnya. Kemudian Aqief mencari nombor Hana lalu mendailnya. Dalam beberapa saat panggilannya dijawab.

Hello Hana?,”

Hello, Aqief. Kenapa call ni?,” kedengaran suara Hana di hujung talian.

“Hana, kau tak tidur lagi ke? sorry kalau aku kacau kau ni,” ujar Aqief perlahan.

It’s okay Aqief. Aku belum nak tidur lagi. Kenapa kau call ni? Tak pernah-pernah kau call aku time-time macam ni,” ujar Hana pelik.

“Oh tak ada. Aku cuma nak tahu keadaan kau je. Kaki kau dah okay ke? teruk tak?,” soal Aqief risau.

“Oh kaki aku. Kaki aku dah okay dah. Tadi Aiman dah urut kaki aku. Jadi dah eloklah ni,” ujar Hana ceria. Kelihatan Aqief terkedu seketika. ‘Aiman urut kaki Hana?,’ fikirnya.

“Aqief?,” panggilnya. Aqief tersentak tatkala mendengar panggilan daripada Hana.

“Oh, ye. Baguslah dah elok sikit. Aiman urut kaki kau?,” soal Aqief gugup.

“Yep. Aiman urut kaki aku. Tak sangka pula dia pandai urut. Terus elok kaki aku ni,” ujar Hana lagi dengan ceria. Kedengaran Aqief terdiam di hujung talian. Sungguh ceria suara Hana tatkala bercerita mengenai Aiman. Tiba-tiba Aqief rasa cemburu dengan Aiman. Entah kenapa dia berasa sebegitu.

Okaylah Hana. Baguslah kaki kau dah elok. Aku dah nak tidur ni. Okay bye, assalammualaikum,”

Okay, nyte-nyte, sweetdreams. Waalaikummussalam,” balas Hana lalu mematikan panggilan tersebut. Kelihatan Aqief mengeluh kecil sambil memandang telefon bimbitnya itu. Kemudian dia mencampakkan telefon bimbitnya itu di sebelahnya. Sambil itu dia meletakkan lengannya di atas dahi. Entah kenapa perasaannya lain macam tatkala mendengar Hana bercakap mengenai Aiman. Mengapa dia tiba-tiba rasa cemburu terhadap Aiman. Dia rasa sesak, serabut tatkala memikirkannya. Aqief mengeluh panjang lalu cuba melelapkan matanya. Malas untuk dia fikirkan perasaannya itu. Tambahan badannya kini terasa benar-benar penat. Lebih baik dia merehatkan badan serta mindanya dari memikirkan perasaannya.

                                             *******************************

Pagi ini seperti biasa, Hana bangun pagi dengan rasa ceria sekali. Entah kenapa dia merasakan hari ini hari yang ceria baginya. Hana memandang jendela di biliknya itu sambil tersenyum. Kemudian dia melihat kakinya pula. Kelihatan kakinya sudah pulih. Berkat urutan Aiman, kakinya sudah pulih seperti biasa. Hana mengelus-ngelus kakinya yang putih mulus itu sambil tersenyum. Sedang dia mengelus-ngelus kakinya itu tiba-tiba dia baru teringat akan keretanya yang tertinggal di hotel. Hana berfikir bagaimana dia harus pergi kerja hari ini. Keretanya di hotel, macam mana dia nak pergi kerja nanti. Dia mesti tumpang seseorang untuk pergi ke tempat kerja. Hana mengambil telefon bimbitnya yang berada di meja kecil sebelah katilnya itu. Kelihatan Hana sedang mencari-cari nombor seseorang. Setelah menjumpai nombor telefon yang ingin dicarinya, Hana mendail nombor tersebut. Sepertinya tuan punya nombor tersebut tidak mengangkat panggilan Hana.

“Haish, takkan tak bangun lagi. Mana dia ni?,” getus Hana lalu mendail semula nombor tersebut. Dalam beberapa saat kemudian, kedengaran panggilan Hana diangkat.

Hello?,” jawab suara tersebut dengan suara yang baru bangun tidur. Hana terkedu seketika tatkala mendengar suara tersebut. Garau betul.

Hello, Aiman. Kau baru bangun ke?,” soal Hana.

“Siapa ni?,” soal Aiman mamai.

“Akulah Hana. Kau dah tak kenal suara aku lagi ke?,” jawab Hana di hujung talian.

“Hana? Hana mana?,” soal Aiman lagi dalam keadaan mamai.

“Ish, kau biar betul. Kawan sendiri pun dah tak kenal ke? Teruk betul mamai kau ni. Akulah Hana. Hana Batrisyah, jiran sebelah rumah kau ni. Bangunlah Aiman!,” ujar Hana dengan suara yang kuat. Kelihatan Aiman tersentak tatkala mendengar suara Hana itu.

“Ohh, Hana. Kau nak apa call aku pagi-pagi buta ni?.” soal Aiman sambil menggosok-gosok matanya itu.

“Ish kau ni. Teruk betul mamai. Aku nak minta tolong kau ni. Boleh tak?,” soal Hana sambil bermain-main rambutnya.

“Apa dia? Boleh je,” jawab Aiman lagi.

“Nanti pergi kerja aku nak tumpang kau. Boleh tak? Kereta aku dekat hotel. So aku tak tahu macam mana nak pergi sana,”

“Ohh, pasal tu. Kan aku dah kata semalam. Hari ni kau pergi kerja tumpang aku je. Kau lupalah tu. Memori lemah,” ujar Aiman sinis. Hana yang mendengar kata-kata Aiman itu mencebikkan mukanya. Pagi-pagi lagi dah buat orang marah. Aiman-Aiman.

“Eh, suka hati kau je cakap memori aku lemah. Mana ada kau cakap macam tu. Kau tu memori lemah. Cakap orang pula. Kuat ngigau,” bebel Hana pula.

“Eh, bila masa pula aku tak cakap macam tu. Baik kau brainwash sikit memori kau tu. Bagi kuat sikit memori kau tu. Ke kau minum susu ke. Bagi sel-sel otak kau berhubung. Aku tengok otak kau dah teruk sangat dah,” balas Aiman selamba. Hana yang mendengar kata-kata Aiman itu hanya menahan sabar. Kalau Aiman ada di depannya, memang dah kena jotos-jotos kepalanya. Hana mengetap giginya sambil menahan sabar. Pagi-pagi tak elok marah-marah, nanti rezeki tak masuk.

“Dahlah, malas aku nak cari pasal dengan kau. Ingat, aku tumpang kau hari ni,” ujar Hana yang mahu menghentikan pertelingkahan antara mereka berdua.

“Aku ingat. Tak macam kau. Dah macam makcik-makcik dah. Okay, bye Hana. Assalammualaikum!,” ujar Aiman lalu mematikan panggilan tersebut. Hana yang terpinga-pinga itu memandang telefon bimbitnya.

“Waalaikummussalam. Teruknya perangai. Tak sempat cakap apa-apa dah matikan phone,” ujar Hana dengan muka tegangnya. Hana meletakkan telefon bimbitnya itu di meja solek lalu mengambil tuala untuk membersihkan dirinya. Ada banyak kerja yang perlu dia buat. Seperti biasa. Manakala Aiman pula tersenyum memandang syiling biliknya. Suka benar dia menyakat si Hana. Kalau tak menyakat satu hari memang tak sah. Entah bila dia ingin mengubah perangainya. Kadang-kadang Hana pun sama. Suka juga mengusik si Aiman. Senang cerita, mereka berdua sama sahaja. Masing-masing suka sakat-menyakat antara satu sama lain.

                                           ************************************

“Nek, Hana pergi dulu ye!,” laung Hana dari luar pintu rumahnya. Kemudian, dia menyarungkan kasut di kakinya. Sambil itu matanya mencari-cari Aiman. Kelihatan batang hidung Aiman pun tak nampak. Hana mengeluh sambil membebel sendirian. Membebel pasal Aimanlah tu.

“Assalammualaikum,” kedengaran seperti Aqief memberi salam. Hana tersentak lalu memandang Aqief.

“Waalaikummussalam, Aqief. Kenapa kau tiba-tiba datang sini Qief?,” soal Hana dengan pelik. Tak pernah-pernah Aqief datang rumah dia pada waktu ini. Tiba-tiba dia datang, pelik ni.

“Sebenarnya aku nak tanya kau. Kau pergi kerja nanti tumpang siapa? Sebab kereta kau tinggal dekat hotel kan. Kalau kau nak, kau boleh tumpang aku,” ujar Aqief sambil memandang Hana.

“Oh, sebab tu ke kau datang sini. Tak apalah Qief, aku pergi kerja tumpang Aiman. Aku dah beritahu dia dah,” balas Hana sambil memandang rumah Aiman. Aqief turut memandang rumah Aiman. Di samping itu, kelihatan Aiman baru keluar dari rumahnya. Kelihatan dia bersiul-siul sambil memusing-musingkan kunci keretanya.

“Oh, macam tu. Tak apalah, aku balik dulu,” ujar Aqief meminta diri. Sementara itu Aiman dengan tiba-tiba terpandang akan Aqief dan Hana.

“Aqief! Kenapa kau tiba-tiba datang rumah Hana? Ada apa-apa ke?,” soal Aiman sambil mendagu di keretanya. Aqief dan Hana memandang Aiman dengan serentak. Nampak saja matanya.

“Tak ada apa-apalah. Aku cuma tanya Hana dia pergi kerja macam mana. Dia cakap tumpang kau. It’s okaylah,” jawab Aqief sambil memandang Aiman.

“Oh, macam tu. Hana, kalau kau nak tumpang Aqief apa salahnya. Aku tak kisah pun,” balas Aiman sambil memandang Hana pula.

“Eh, tak apalah. Dia kata nak tumpang kau. So, kau pergi kerja dengan dialah,” ujar Aqief pula. Hana memandang Aiman dan Aqief dengan muka yang pelik. Pelik dengan perangai mereka berdua.

“Eh, korang. Kenapa ni? Aiman, aku tak boleh tumpang kau ke?,” soal Hana kepada Aiman.

“Eh, boleh je. Aku dengan senang hati mengalu-alukan. Tapi kalau kau tak nak tumpang aku. Tak apa. Suka hati kau,” ujar Aiman. Aqief hanya memandang Aiman dengan dingin.

Okaylah Hana, Aiman. Aku pergi kerja dulu,” ujar Aqief dan berlalu pergi meninggalkan mereka berdua. Hana yang tidak tahu apa-apa itu terpinga-pinga memandang Aqief. Manakala Aiman pula hanya memandang Aqief dengan pandangan redupnya. Hana menggaru-garu dahinya lalu berlalu menuju ke arah Aiman.

“Kenapa dengan Aqief? Salah makan ke?,” soal Hana kepada Aiman.

“Entah, gerhana bulan kot,” jawab Aiman lalu masuk ke dalam keretanya. Hana turut masuk ke dalam kereta Aiman.

“Wahh, Aiman! kenapa alas seat ni gambar Hello Kitty? Khas untuk aku ke? seat kau tak ada pun,” ujar Hana teruja tatkala melihat alas seat bahagian penumpang.

Sorry sikit. Aku terlupa nak buang alas seat tu. Aku baru nak buang tadi, tapi kau dah duduk dulu. Biar jelah,” ujar Aiman sambil memandu keluar keretanya. Hana yang mendengar kata-kata Aiman itu hanya mencebikkan mulutnya sahaja.

“Habis tu, kenapa kau letak sini. Cakaplah sebenarnya untuk girlfriend-girlfriend kau tu. Lupalah tu nak buka,” ujar Hana sambil mencebikkan mulutnya itu.

“Tahu pun kau. Aku lupa nak buka pagi tadi. Tak pelah. Biar jelah. Kau dah duduk pun. Nanti aku terus buang jelah,” ujar Aiman selamba. Sambil itu matanya melihat cermin sisi keretanya.

Apesal kau nak buang pula? Sayanglah kalau buang,” ujar Hana sambil memandang Aiman.

“Habis tu dah bekas kau duduk. Buang jelah. Kenapa? Kau nak ke?,” soal Aiman sambil matanya memandang jalan raya.

“Bekas aku duduk je kot. Bukan apa pun. Aku tahulah, awek-awek kau semua wangi-wangi. Time aku duduk, busuk pula. Kalau kau tak nak, bagi jelah aku. Jangan membazir,” ujar Hana sambil matanya memandang tajam ke arah jalan raya.

“Tahu pun kau. Yelah, nanti aku bagi kau alas seat tu. Kau suka ye,” ujar Aiman sambil memandang Hana dengan senyuman yang sinis.

Hana hanya mendiamkan dirinya sambil menjeling Aiman. Menyesal pula dia menolak tawaran Aqief pagi tadi. Kalau tak, tak adalah dia makan hati dengan Aiman pagi-pagi ni. Hana mengeluh kecil sambil memandang ke luar tingkap. Manakala Aiman memandang Hana dengan sekilas sambil tersenyum. Sebenarnya Aiman tipu. Alas seat itu memang khas untuk Hana. Tiada sesiapa pun yang pernah duduk di alas seat tersebut. Aiman baru letak alas seat tersebut awal subuh pagi tadi. Dia tidak mahu Hana nampak tindakannya itu. Setelah dia tahu Hana akan menumpangnya pagi ini, Aiman cepat-cepat meletakkan alas seat tersebut di tempat duduk penumpang. Alas seat itu sudah lama dibelinya. Aiman tahu Hana suka akan karakter kartun tersebut. Oleh itu, Aiman memasangnya.

Sepanjang perjalanan Hana hanya mendiamkan dirinya sahaja. Begitu juga Aiman. Biarlah begitu. Aiman lebih selesa dengan keadaan seperti itu. Mungkin Hana sakit hati. Aiman tahu itu. Cuma Aiman lebih selesa tatkala dapat menyakat Hana. Seperti biasa. Hana sudah biasa dengan keadaan itu. Jadi ini bukan menjadi masalah pun bagi Aiman.

Setelah sampai di hadapan hotel, Hana terus masuk ke dalam hotel tanpa berkata apa-apa kepada Aiman. Aiman memandang Hana dengan mata redupnya.

“Amboi, merajuk ke?,” getus Aiman sambil melihat Hana. Aiman mengeluh kecil lalu menukar gear untuk memparkir keretanya di tempat parkir. Dengan tiba-tiba pintu di bahagian penumpang dibuka seseorang.

“Woi, Imla! Kau dah kenapa masuk macam penyamun ni? Nasib baik aku tak tekan minyak lagi tau. Kalau tak, memang dah terseretlah kau,” ujar Aiman terkejut sambil memandang Imla yang tiba-tiba duduk di sebelahnya.

“Sorrylah Aiman. Aku nak cepat ni. Aku nak hantar report ni dekat Encik M. Dah tak sempat ni. Tolong hantar aku pergi company Encik M, boleh tak Aiman?,” ujar Imla dengan kelam-kabut.

“Oi, kau gila ke? aku nak masuk kerja tau. Kalau Encik Iqbal tanya aku, macam mana? apa aku nak jawab? Mana kereta kau? Naiklah kereta kau,” balas Aiman sambil memandang Imla dengan membesarkan matanya itu.

“Kereta aku rosaklah. Ada dekat bengkel. Aku datang pun tadi kawan aku yang hantar. Pasal Encik Iqbal kau jangan risau. Aku dah beritahu dia. Dia kata okay je. Cepatlah Aiman!,” ujar Imla yang dalam keadaan tertekan. Tertekan dengan Aiman.

“Kenapa aku? Kenapa tak orang lain. Ish kau ni. Kau turun dulu,” arah Aiman tiba-tiba. Imla memandang muka Aiman dengan pelik.

“Kenapa aku kena turun pula. Aku nak cepat ni!,” ujar Imla sambil mengerutkan keningnya.

“Kau turun jelah dulu. Kalau tak, aku tak nak hantar kau,” ujar Aiman lagi. Imla memandang Aiman sambil mendengus kasar. Seperti yang disuruh, Imla keluar dari kereta Aiman seperti yang dipinta.

“Apa benda budak ni nak buat?,” ujar Imla sendirian. Dengan segera, Aiman membuka alas seat di tempat duduk tersebut lalu menyimpan di tempat duduk belakang.

“Dah, masuklah,” ujar Aiman sambil memandang Imla. Imla masuk ke dalam kereta Aiman seperti diminta.

“Kenapa kau buka alas seat tu?,” soal Imla pelik.

“Alas tu hanya untuk orang tertentu je. Kau bukan golongan tersebut,” jawab Aiman selamba. Imla memandang muka Aiman yang comel itu dengan pelik.

“Peliklah kau ni,” ujar Imla sambil mencebikkan mukanya. Lantaklah Aiman, yang penting dia sampai ke destinasi yang ingin di tujunya. Itulah matlamat Imla sekarang ini. Aiman menekan minyak keretanya lalu menyusur laju di jalan raya. Aiman perlu segera sampai ke destinasi yang dipinta oleh Imla. Ia juga salah satu tugasnya juga memandangkan Encik Iqbal membenarkan Aiman menghantar Imla.

Setelah sampai ke destinasinya, Aiman terpaksa menunggu Imla. Hal ini kerana kereta Imla telah rosak dan tiada siapa menghantar Imla pulang ke hotel. Sementara Aiman menunggu Imla, Aiman memasang lagu di dalam keretanya. Kedengaran lagu ‘Sakitnya Tuh Di sini’ nyanyian Citacitata kedengaran di corong radio. Aiman yang gemar lagu ini cuba mengikut sekali menyanyi lagu nyanyian penyanyi dari seberang itu. Sambil itu, badannya turut mengikut rentak lagu tersebut. Sedang dia asyik menyanyi lagu tersebut, matanya terpandang akan kelibat Imla yang baru sahaja keluar dari syarikat tersebut. Sambil itu, matanya juga turut terpandang akan kereta yang sedang meluncur laju menuju ke arah Imla. Aiman membesarkan matanya lalu dia berlari keluar dari keretanya dan menuju ke arah Imla. Dengan sepantas kilat Aiman menolak Imla dan menyebabkan Imla dan Aiman terdorong ke belakang. Imla jatuh di dalam dakapan Aiman manakala kereta yang ingin melanggar Imla terus meluncur laju berlalu begitu sahaja. Imla yang terkejut dengan tindakan Aiman memandang Aiman sambil membesarkan matanya itu. Aiman pula hanya memandang kereta tersebut serta memastikan tiada bahaya lagi yang menimpa Imla. Imla mendengar jantung Aiman berdegup dengan kencang sekali. Mesti disebabkan Aiman berlari dengan pantas untuk menyelamatkan Imla. Bukan sahaja degupan jantung Aiman berdegup dengan kencang, malah jantung Imla turut berdegup dengan kencang. Kelihatan juga pipi Imla bertukar menjadi merah. Imla tidak dapat mengalihkan pandangannya daripada terus memandang muka comel Aiman itu. Aiman memandang Imla lalu melepaskan dakapannya. Aiman duduk bersila di tepi jalan sambil dia mengibas-ngibaskan bajunya itu.

“Kau okay Im? Ada cedera tak?,” soal Aiman sambil memandang Imla yang kusut-masai itu.

“A..aakuu o..ookay,” jawab Imla gugup.

“Betul ni? Kalau tak aku bawa kau pergi klinik,” ujar Aiman lagi sambil memandang Imla. Aiman takut kalau-kalau Imla mengalami kecederaan. Tak pasal-pasal dia kena jawab dengan Encik Iqbal nanti. Kelihatan Imla cuba menelan air liurnya itu.

“Akuu okay. Tak cedera apa-apa pun. Jomlah kita balik. Thanks Aiman selamatkan aku,” ujar Imla yang masih menundukkan mukanya itu.

“Kalau okay, kenapa kau tunduk. Muka kau ada cedera ke?,” soal Aiman sambil menundukkan mukanya untuk melihat wajah Imla.

“Aku okay. Tak cedera mana-mana pun. Jom kita balik,” ujar Imla sambil memandang Aiman. Aiman memandang Imla sambil menganggukkan kepalanya. Baguslah Imla tidak mengalami kecederaan apa-apa. Kelihatan Imla cuba untuk bangun. Aiman dengan pantas menolong Imla untuk bangun. Mesti Imla sedang terkejut dengan kejadian tadi. Mana tidak terkejut dengan tiba-tiba perkara itu berlaku terhadap dirinya. Imla tidak bersedia apa-apa pun. Nasib baik ada Aiman.

Aiman cuba menolong Imla masuk ke dalam keretanya. Kemudian, Aiman menutup pintu keretanya. Aiman berlari anak lalu masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin keretanya. Aiman memandang Imla untuk memastikan Imla tidak ada apa-apa kemudian dia memandu keretanya menuju ke hotel. Aiman tahu Imla masih terkejut. Aiman mengambil botol mineral yang memang sedia ada di dalam keretanya lalu diberi kepada Imla. Imla terkejut dengan tindakan Aiman itu mengambil botol mineral tersebut. Imla minum air mineral tersebut sambil fikirannya melayang jauh. Entah kenapa tiba-tiba jantungnya berdegup tatkala Aiman mendakapnya tadi. Padahal dia tahu Aiman cuba menyelamatkannya dari dilanggar kereta. Kini Imla tidak dapat bertentang mata dengan Aiman. Dia tidak tahu mengapa. Mungkin disebabkan perasaan terkejutnya. Lama-lama hilanglah perasaan itu. Imla memujuk hatinya. Kelihatan Imla mengeluh kecil sambil pandangannya dilontar keluar.

Previous: BAB 17
Next: BAB 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.