Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Sebenarnya, Aku Sayang Kaulah!
Aimie Izzati
3/4/2015 11:37:04
80,843
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 11

Hari ini Hana ditugaskan bersama dengan Imla. Aiman pula ditugaskan dengan staf lain. Hana berasa agak sunyi tatkala tidak ditugaskan bersama Aiman. Tapi dengan adanya Imla, kesunyian itu berlalu pergi begitu sahaja. Apa kurangnya Imla. Imla seoarang kepoh, kuat berceloteh, ada sahaja informasi-informasi yang diketahuinya. Dia ini ibaratkan seperti internet bergerak. Mana-mana pergi mesti ada informasi yang dia dapat. Tapi cuma dengan Imla, Hana tidak dapat bergaduh seperti mana dia selalu bergaduh dengan Aiman. Walaupun Aiman seorang yang suka menyakitkan hati, tetapi dia amat menghiburkan. Ada saja helah yang dibuatnya.

Pernah suatu ketika, semasa Hana ingin memakai kasut untuk pergi ke kerja, tiba-tiba Hana merasakan sesuatu yang agak lembik dan berlendir di kaki kanannya. Di samping itu, kelihatan Aiman sedang ketawa kecil di sisi keretanya. Hana berasa pelik akan keadaan tersebut. Hana tertanya-tanya apa benda yang lembik dan berlendir di dalam kasutnya itu. Hana mengambil kasutnya lalu melihat apakah benda yang berada di dalam kasutnya itu. Hana melihat di dalam kasutnya dan tiba-tiba Hana membesarkan matanya. Alangkah terkejutnya Hana tatkala melihat ada seekor katak puru yang sedang buat muka poyo berada di dalam kasutnya. Hana menjerit lalu mencampakkan kasutnya itu di halaman rumahnya. Katak puru tersebut terpelanting ke atas pokok bunga Nek Yam tatkala Hana melemparkan kasutnya itu. Disaat itu juga Aiman ketawakan Hana dengan kuat sekali. Hana memandang tepat muka Aiman. Tidak lain tidak bukan ini semua kerja Aiman. Aiman hanya membuat muka bodohnya itu sambil ketawa menekan-nekan perutnya itu. Amboi gelak sakan Aiman. Gelak sampai tidak ingat dunia. Dalam hati Hana begitu terbakar sekali dengan perbuatan Aiman itu. Ingin saja dia mengambil katak puru tersebut lalu melempar ke muka Aiman. Terasa ingi benar dia bertindak sebegitu. 

Hana sudah tidak tahan lagi mendengar gelakkan daripada Aiman. Dengan hanya memakai sebelah kasut sahaja, Hana dengan kekuatan yang ada mengejar Aiman selaju yang boleh. Aiman dalam keadaan yang terkejut melarikan diri daripada Hana seperti lipas kudung gamaknya. Hana tetap akan mengejar Aiman sehingga dia dapat membalas apa yang Aiman telah lakukan terhadap dirinya. Entah macam mana, tiba-tiba Hana dapat menarik baju Aiman. Dengan kesempatan yang ada, Hana membuka kasut yang dipakainya sebelah, lalu memukul-mukul badan Aiman. Habis baju Aiman dicop dengan tapak kasut Hana. Aiman tidak berdiam diri sahaja. Dia membalas balik dengan menarik tudung Hana. Habis tudung Hana ditarik oleh Aiman. Api sedang marak jangan disimbah minyak tanah lagi. Apabila Aiman melakukan hal tersebut ke atas dirinya, Hana dengan sekuat tenaga menarik rambut Aiman pula. Aiman mengerang kesakitan tatkala Hana menarik rambutnya. Sungguh sakit Hana menarik rambut Aiman. Ada di antara rambut Aiman gugur akibat ditarik oleh Hana. Keadaan itu berlarutan sehinggalah Nek Yam dan Mak Icah meleraikan pergaduhan tersebut. Sungguh susah untuk meleraikan pergaduhan antara mereka. Yalah, masing-masing sudah besar. Kalau dulu, ketika mereka masih kecil agak senang Mak Icah dan Nek Yam meleraikan mereka berdua. Sehinggakan Nek Yam terpaksa menggunakan batang penyapu untuk meleraikan mereka berdua ketika itu.

Selepas dapat dileraikan pergaduhan mereka, Hana dan Aiman diberikan tazkirah percuma daripada Mak Icah dan Nek Yam. Bernanah telinga mereka ketika itu. Sudahlah lambat pergi kerja, baju dah selekeh, kena ceramah percuma pula tu. Begitu malang hari itu bagi mereka berdua. Semua ini gara-gara Aiman. Kalau Aiman tak mulakan dulu, perkara ini takkan berlaku. Hana bengkak saja dengan perangai Aiman hari itu. Pada hari itu, mereka berdua pergi ke kerja dengan pakaian yang agak selekeh. Sampai di tempat kerja, mereka terpaksa menghadapi dugaan yang sama. Kena ceramah percuma daripada HR mengenai disiplin. Dengan pakaian yang agak selekeh dan lambat datang ke tempat kerja, siapa yang tidak marah. Tapi nasib baik mereka berdua diberikan peluang. Kalau tidak, mereka sudah dibuang pada ketika itu juga.

Hana tersenyum kecil tatkala mengingati peristiwa tersebut. Sungguh geli hati Hana apabila mengingati peristiwa itu. Mana tidaknya, dengan perangai mereka berdua seperti kebudak-budakkan ketika itu tidak selaras dengan usia mereka. Tidak masuk akal! Sepertinya Imla menyedari kawannya itu tersenyum seorang diri. Imla mendekati Hana lalu memandang muka Hana. Sah kawannya itu sedang berangan. Masakan Imla memandang mukanya sedekat itu tidak diperasannya. Imla memetik-metik jarinya di hadapan muka Hana. Tidak diperasannya juga. Tidur apa budak ni. Kalau tidur, kenapa mata terbuka, siap senyum pula tu. Imla dengan tidak berputus-asa menarik hidung Hana. Hana terkejut tatkala Imla berkelakuan begitu terhadapnya.

“Haish kau ni Imla, sakitlah!,” teriak Hana sambil menggosok-gosok hidungnya yang berubah menjadi merah itu.

“Hahaha, sedar pun. Aku ingat dah tak sedar tadi. Kau tidur ke berangan Hana? Aku petik-petik jari aku sampai nak tercabut jari aku ni ha, kau tak sedar-sedar juga. Kau dah kena hipnosis ke?,” soal Imla sambil menunjukkan jari-jemarinya yang runcing itu.

“Eleh, yelah tu nak patah jari-jemari ka utu. Aku tengok tak patah pun. Menipu kau ea. Taklah, aku bukan tidur, hipnosis, berangan. Ilham aku tengah datang tadi. Hehehe,” balas Hana sambil tersenyum sumbang.

“Eleh, ilham datang ke abang Ilham yang datang. Kau ni Hana, bahaya kau ni tau. Nasib baik aku tak panggil ambulans tadi tau. Aku ingat kau kena sampuk ke apa tadi,” balas Imla mempamerkan mukanya yang risau.

“Haish kau ni. Mengarut ke? takkanlah aku kena sampuk. Kalau kena sampuk, aku dah menjerit-jerit sambil cekik-cekik kau ni ha,” ujar Hana sambil mencekik-cekik leher Imla.

“Oi! Hana! Sakitlah leher aku. Mati aku macam ni!,” teriak Imla sambil memegang tangan Hana.

“Hahaha, tulah kau. Bersangka buruk lagi. Ni balasannya,” ujar Hana sambil ketawa lalu melepaskan tangannya itu. Imla meraba-raba lehernya. Nasib baik tak ada apa-apa kesan ke atas lehernya itu. Imla mengeluh kecil sambil memandang Hana yang sedang membuat kerjanya itu.

“Hana,” panggil Imla.

“Hmm,” jawab Hana sambil jari-jemarinya lincah menaip di papan kekunci komputernya itu.

“Hana!,” panggil Imla lagi.

“Ye,” balas Hana sambil matanya masih di skrin komputer.

“Hana! Pandanglah sini,” panggil Imla lagi dengan nada yang mengada.

“Haish kau ni. Nak apa? Cakap jelah. Tak payah sampai nak pandang-pandang. Aku boleh dengar kan,” balas Hana sambil memandang Imla dengan sekilas.

“Amboi, marah nampak. Patutnya aku yang marah sebab kau cekik aku tadi,” ujar Imla merajuk.

“Kau ni, ye nak apa cik Imla Syarezza yang cantik lagi jelita?,” ujar Hana sambil memandang Imla dengan muka yang manis.

“Kau, kalau bercakap manis pandai ea,” balas Imla sambil mencuit bahu Hana.

Of courselah. Kita kena pandai berkata-kata manis. Ni, nak apa dari tadi panggil-panggil aku,” soal Hana sambil memandang Imla.

“Kau bila lagi nak bawa aku jalan-jalan dengan kereta baru kau tu? tak sabar rasanya,” ujar Imla dengan muka penuh berharap.

“Alaa, setakat tu je ke kau panggil-panggil aku tadi. Bila kau nak? Bila-bila pun boleh Im,” balas Hana sambil tersenyum manis kepada Imla.

“Yeke ni? Betul ni?,” soal Imla seperti tidak percaya. Hana hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

Yayy! Hahaha. Bila-bila je ea. Macam nilah kawan aku,” usik Imla sambil mencubit pipi Hana. Hana menganduh lalu memandang Imla dengan membesarkan matanya itu. Imla hanya tersenyum sumbang tatkala melihat Hana memandangnya seperti itu. Dengan tiba-tiba Hana membalas balik apa yang telah Imla buat kepada dirinya. Imla cuba menepis, tetapi Hana terlebih dahulu mencubit hidung Imla. Imla menganduh kesakitan sambil memegang tangan Hana untuk diminta dilepaskan. Hana hanya menjelirkan lidahnya tatkala Imla merayu untuk dilepaskan. Seronok dia melihat Imla seperti itu. Sedang Hana menikmati keseronokkan tersebut, tiba-tiba Aqief dan seorang wanita berlalu di hadapan Hana dan Imla. Hana dengan cepat-cepat melepaskan hidung Imla lalu memandang Aqief sambil tersenyum. Aqief membalas senyuman Hana dan terus berlalu masuk ke dalam lif. Begitu juga perempuan yang berada di belakang Aqief tadi. Sepertinya perempuan tersebut tidak menyukai Hana. Hal ini kerana ketika dia berlalu di hadapan Hana dan melihat Aqief membalas senyuman Hana, kelihatan perempuan tersebut menjeling Hana dengan jelingan yang tajam. Hana perasaan keadaan tersebut. Cuma Hana tidak mengambil kisah atas kejadian tadi. Lantaklah, ada aku kisah? Itulah prinsip Hana. Setelah pintu lif ditutup, Imla menyinggul-nyinggul lengan Hana. Hana memandang Imla dengan pelik.

“Kau kenal siapa perempuan yang jalan dengan Aqief tadi?,” soal Imla.

“Siapa? Tak kenal. Maybe client kot,” balas Hana sambil memandang Imla.

“Bukan clientlah. Oh, aku lupa. Masa hari pertama dia masuk kerja, kau cuti demam. Dialah pembantu Aqief. Pembantu pemasaran. Nama dia, hmmm, kejap. Aku lupa. Ez,ez,ezr…hmm. Haa, Ezreen Nafisyah. Tulah nama perempuan tu. Tapi aku tak suka dia. Depan lelaki dia berlagak baik, tapi depan perempuan menjeling sampai nak juling mata. Menyampah aku,” ujar Imla sambil mencebikkan mukanya yang comel itu.

“Oh, ye ke macam tu. Entahlah, aku tak kenal dia lagi. So, aku tak boleh nak judge apa-apa,” balas Hana sambil menaikkan keningnya itu.

“Nanti kau kenallah perempuan tu. Tapi kan, aku tengok, dia macam suka dekat Aqief. Ntah kenapa perasaan aku mengatakan begitu. Kau kena hati-hati Na. Nanti perempuan tu rampas Aqief daripada kau,” ujar Imla pula sambil menyusun kertas-kertas yang berselerak di atas meja. Hana memandang Imla dengan pelik.

Apesal aku kena hati-hati pula? Biarlah dia suka Aqief ke tak. Lagipun Aqief single kot. Lantaklah dialah. Apa kena-mengena dengan aku,” balas Hana sambil mengerutkan keningnya itu.

“Memanglah. Tapi kau dengan Aqief bukan ‘ehem-ehem’ ke? tapi takpelah. Kalau kau tak nak dengan Aqief. Aiman pun ada kan,” ujar Imla sambil menaik-naikkan keningnya itu.

“Haish kau. Kesitu pula. Aku dengan Aqief atau Aiman, tak ada hubungan apa-apa pun. Aku dengan diaorang kawan jelah. Kawan sejak kecil kot. Tak bendanya lah,” balas Hana bersungguh-sungguh.

“Memanglah pada waktu sekarang. Waktu akan datang macam mana. korang dah besar tau. Bila tiba saatnya, Aiman atau Aqief akan berkahwin tau. kau tak boleh lagi bergurau-gurau macam sekarang ni dengan diaorang. Lebih baik kau pilih salah seorang daripada mereka,” balas Imla dengan muka yang serius.

“Heh, kau ni. Mengarutlah. Dahlah sambung kerja. Nanti bos nampak, habis kena puting beliung,” ujar Hana menukar topik.

“Tukar topiklah tu. Aku cakap benda yang betul je,” ujar Imla sambil meletakkan kertas-kertas yang disusunnya ke dalam fail. Hana hanya tersenyum tawar tatkala mendengar kata-kata daripada Imla. ‘Masakan mungkin aku nak pilih antara Aiman dengan Aqief. Diaorang tu kawan baik aku je kot. Mengarut jelah si Imla ni,’ desis Hana di dalam hati. Tak mungkin Hana memilih antara Aqief dan Aiman. Hal ini kerana Hana telah menganggap mereka berdua seperti abang ataupun adik. Hana takkan memilih antara mereka berdua. Takkan!

Malam itu, selepas selesai semuanya, Hana membuat keputusan untuk tidur. Hana melihat jam loceng yang berada di atas meja belajarnya. Masih awal nak tidur. Baru pukul 9. Hana duduk di meja belajar sambil menongkat dagunya dengan kedua belah tangannya. ‘Nak buat apa ye? Nak tidur awal lagi. Hmm, Aiman buat apa sekarang ni ek?,’ bisik hati Hana sambil memandang tingkap di hadapannya. Tingkap di hadapannya ini menghadap ke bilik Aiman. Cuma Hana tidak nampak apa yang ada di dalam bilik Aiman kerana tingkap bilik Aiman di tutup rapat. Tiba-tiba fikiran Hana melayang dengan apa yang Imla perkatakan petang tadi. Memilih antara Aqief atau Aiman. Memang taklah. Mereka berdua sudah Hana anggap seperti adik-beradiknya sendiri. Susah untuk Hana memilih. Sekiranya mereka berdua bertemu jodoh, nak tak nak, Hana terpaksa melepaskan mereka berdua. Hal ini kerana antara mereka bertiga, tidak wujud apa-apa perasaan istimewa. Hana mengeluh kecil sambil memandang bulan di luar tingkapnya. Cantiknya bulan. Hana tersenyum sendirian. Tersenyum mengenangkan kenangan yang indah antara mereka bertiga. Sejak dari zaman hingusan lagi sehinggalah sekarang. Hubungan mereka tetap akrab. Hana tidak mahu hubungan ini retak atau putus disebabkan oleh alasan yang tidak munasabah. Hana takkan benarkan. Itu bukan Hana mahukan dalam hubungan antara mereka bertiga.

Sedang Hana mengelamun jauh, tiba-tiba Hana terdengar alunan gitar di luar rumah. Sungguh merdu alunan lagu tersebut. Hana kenal benar lagu yang dimainkan itu. Lagu tersebut telah didengarnya bertahun-tahun lamanya. Lagu yang sama. Hana tersenyum sambil menghayati lagu yamg dimainkan itu. ‘Aiman, tetap sama. Tetap mainkan lagu tu. Tak pernah nak ubah lagu yang lain,’ bisik Hana sambil tersenyum.

“Tak kerja ke dia?,” soal Hana sendirian. Baru dia teringat bahawa Aiman kerja shift petang sampai pagi. Kenapa dia ada dekat sini? Tanpa membuang masa, Hana bangun dan berlalu keluar untuk berjumpa Aiman.

“Nak ke mana tu Hana?,” soal Nek Yam yang berada di ruang tamu. Husna yang sedang membuat kerja sekolahnya turut memandang kakaknya itu.

“Err, nak keluar kejap nek. Hana nak jumpa Aiman sekejap,” balas Hana lembut sambil memandang Nek Yam.

“Yelah, hati-hati. Jangan balik lambat sangat walaupun dekat depan rumah je,” pesan Nek Yam kepada cucu kesayangannya itu.

Okay nek,” balas Hana sambil tersenyum. Kemudian Hana menyarungkan seliparnya dan berlalu pergi ke halaman rumah Aiman. Setelah Nek Yam memandang Hana keluar, Nek Yam sambung balik menonton rancangan yang dipaparkan di televisyen.

Sedang Hana mengorak langkah menuju ke halaman rumah Aiman, kelihatan Aiman sedang bermain gitarnya itu. Hana tersenyum lalu memanggil Aiman dengan lembut. Tak tahu kenapa Hana memanggil Aiman dengan nada sebegitu. Selalunya dia memanggil Aiman dengan kasar. Angin apa yang telah merasuk Hana ketika itu.

“Aiman,” panggil Hana sambil kedua belah tangannya disilangkan ke belakang. Aiman terkejut tatkala Hana memanggil namanya dengan nada sebegitu lembut.

“Hmm, Hana. Duduklah. Apesal kau datang sini? Ada masalah ke?,” jawab Aiman sambil mencari chord yang sesuai.

“Asal aku ada masalah, aku datang sini ke?,” soal Hana sambil melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah Aiman.

“Memang macam tu pun,” balas Aiman endah tak endah.

“Haish kau ni. Aku datang sebab kau tu memekak sangat main gitar ni. Bukan sedap pun. Aku tak boleh tidur tau,” ujar Hana sambil mencebikkan mukanya itu.

“Eleh, mak aku cakap sedap je aku main lagu ni. Adik kau pun cakap sedap. Nek Yam pun cakap sedap. Kau je tu tak reti hargai seni,” jawab Aiman sambil memandang Hana. Hana hanya menjeling Aiman. Ada saja dibalasnya.

“Aiman,” panggil Hana.

“Apa?,” jawab Aiman.

Apesal kau tak kerja hari ni? Kau malas ea?,” tuduh Hana serkap jarang.

“Eh suka hati kau je tuduh aku malas. Aku kena cirit-biritlah. Entah apa mak aku masak tengah hari tadi. Ni dah okay da,” balas Aiman menerangkan keadaan sebenar.

“Yeje tu. Tak pasal-pasal Mak Icah yang kena. Ntah-ntah kau yang makan bukan-bukan. Kau kan gergasi. Makan semua benda je,” balas Hana sambil memandang tajam Aiman.

“Eleh, kau tu pun apa kurangnya. Sama je. Kentut dahlah busuk,” Aiman mula menyerang balas.

“Eh, kentut memang busuk kan. Kentut kau tu wangi sangat ke? sama je teruknya,” balas Hana sambil menjeling Aiman. Aiman hanya memetik gitarnya sahaja. Malas dia nak layan Hana. Makin dilayan makin menjadi. Takut-takut perang dunia ketiga meletus sekejap lagi. Baik Aiman mengalah dengan hanya mendiamkan dirinya sahaja. Hana memandang Aiman yang sedang khusyuk memetik gitarnya.

“Aiman, mainlah lagu tadi,” pinta Hana. Aiman memandang Hana sambil mengerutkan mukanya.

“Apa? Aku tak dengar,” balas Aiman sambil memegang telinganya. Hana memandang Aiman dengan muka yang menyampah. ‘Nak suruh aku ulang lagilah tu,’ desis Hana.

“Aiman, mainlah lagu tadi. Aku nak dengar,” pinta Hana lagi sekali.

“Eleh, tadi kata tak sedap,” jawab Aiman sambil menjeling Hana.

“Main jelah. Kang aku lempang kau pakai selipar jepun aku ni,” balas Hana geram. ‘Main-main pula dia ni,’ desis Hana lagi.

“Amboi, garangnya cik singa betina. Yelah-yelah, aku mainkan,” balas Aiman lalu memetik gitarnya.

Haa, macam tulah. Good boy,” ujar Hana sambil mengusap rambut Aiman. Aiman mengelak daripada diusap oleh Hana.

“Mahal tau rambut aku,” ujar Aiman sambil membesarkan matanya itu.

“Ada aku kisah?,” balas Hana lalu mengusap rambut Aiman. Aiman hanya membiarkan Hana mengusap rambutnya itu. Hana, makin dilarang, makin dibuatnya. Maka oleh itu, Aiman hanya membiarkan sahaja Hana memperlakukan dia seperti itu. Padahal jauh dari sudut hati Aiman, dia amat suka tatkala Hana memperlakukan dia seperti itu. Aiman memetik gitarnya dan memainkan lagu seperti yang disuruh oleh Hana. Hana hanya tersenyum tatkala mendengar lagu dari petikan gitar Aiman. Sungguh merdu sekali. Mereka berdua melayang menikmati lagu ‘Season in the Sun’ yang dimainkan oleh Aiman sambil menyaksikan bintang dan bulan di langit. Sungguh indah malam itu bagi mereka berdua.

Sambil mereka berdua asyik mendengar lagu di bawah bulan dan bintang, kelihatan Aqief yang berada di serambi rumahnya melihat keakraban mereka berdua. Entah kenapa Aqief memandang Hana dan Aiman dengan pandangan yang layu dan dingin. Aqief tak tahu jawapan untuk itu. Mungkin Aqief cemburu melihat keakraban mereka berdua. Tapi entahlah, keegoan Aqief menafikan semua itu. ‘Diaorang kan kawan baik. Biasalah tu,’ pujuk hati Aqief. Aqief hanya memandang, memandang dan terus memandang kemesraan mereka berdua yang dilimpahi oleh cahaya bulan dan bintang.

Previous: BAB 10
Next: BAB 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.