BAB 41 AKHIR

TIGA BULAN KEMUDIAN

DUA pasang mata tak berkelip memandang ke arahnya. Maisara mula tak senang duduk. “Zana kau make up aku okey ke tak ni?” Dia ingin menoleh melihat wajahnya di cermin namun pantas di halang oleh Rifa dan Raina. “Sabar sikit boleh tak?” kata si kembarnya. Rifa menahan tawa.

Zana angkat kening. “Aku sikit punya baik bagi service kat kau secara percuma, boleh pulak kau cakap macam tu?” ujarnya sambil tangan ligat memberikan sentuhan terakhir pada bulu mata Maisara agar tampak lebih lebat.

“Dah tu kenapa dorang berdua ni, tengok aku lain macam aje. Macam tak pernah nampak orang! Kau jangan make up tebal sangat. Rimas aku wei.”

Zana dah menggaru kepala. “Ni dah habis nipis dah ni. Kalau nipis sangat bukan make up namanya tu kawan oi.”

“Bisinglah kau ni, Ria. Apa yang tak kena lagi? Bukan selalu Zana nak ‘cat’ muka kau pun kan? Lagipun hari ni, hari kau menikah!”celah Rifa dengan sengih lebarnya. Raina di sebelahnya hanya tersenyum panjang.

“Kalau dah okey, tak tebal apasal korang tenung aku macam tu?” soalnya.

“Sebab kau nampak cantik sangat wahai kakakku yang tersayang!” Raina mencubit perlahan pipi Maisara. “Bak kata Mamat macam Jessica Alba gitu!” Dia mengekek ketawa dan di sambung terus oleh Zana dan Rifa.

Untuk seketika pipinya berona merah namun kemudian Maisara mencerlung tajam. “Ni mesti Mamat memandai aje cakap kat kau kan?”

“Bukan dialah. Ibu yang bagitau aku. Ingat tak masa Mamat datang rumah lepas ibu keluar dari hospital tu. Ibu terdengar Mamat puji kau, pastu apalagi ibu pun teruslah canang kat aku,” jelasnya.

Rifa dan Zana dah tersenyum-senyum. “Bertuahnya badan orang tu kan. Abang sayang dia. Adik pun sayang dia. Kan?” ujar Rifa.

Zana meletakkan maskara di dalam bekas make up, sentuhan terakhirnya selesai. Dia tersenyum puas hati. “Tapi betullah cakap Mamat kalau di perhatikan betul-betul muka kau memang ada iras Jessica Alba. Tak sangka aku, rupa-rupanya kawan aku kembar Jessica Alba.” Dia memusingkan badan Maisara agar menghadap cermin. “How was it my final touch for your make up? Like it or not?

Maisara terpegun. Seumur hidupnya inilah buat kali pertamanya dia terasa ingin memuji diri sendiri. “Yang kat depan cermin ni, memang aku ke?”

“Iya!!” sahut mereka bertiga.

“Cantik. Sangat cantik.” Puji satu suara di sebalik pintu kamar Maisara yang terkuak sedikit itu.

“Kenapa pihak lelaki boleh ada kat sini ni?” tanya Raina dengan kerutan di dahi.

Dia ketawa. “Adik aku yang nak berkahwin dengan Mai bukan aku. Rasanya, tak salah pun kalau aku nak datang lebih awal. Tak ke? Lainlah nanti kalau aku yang berkahwin dengan kau, mestilah tak boleh. Betul tak, sweety?” tanyanya dalam suara yang penuh menggoda.

“Apa sweety-sweety? Ingat aku ni tweety the bird tu ke?” marah Raina.

Nada suara Azam masih tak hilang rentaknya. “You are not that bird, you are just my sweet little sweety!”

Rifa, Zana serta Maisara tergelak perlahan. Raina sememangnya tak boleh bersua muka dengan Azam pasti ada sahaja yang akan mereka gaduhkan. Raina pantang di usik mudah menyingga. Azam pula, Maisara sendiri pun hilang punca hendak menggambarkannya. Sejak kebelakangan ini, semakin kerap dia menyakat dan membuli Raina. Mungkinkah dalam diam hati Azam telah berseminya cinta untuk Raina?

“Ria, kami keluar dululah, rasanya Azam macam ada sesuatu nak cakap dengan kau tu,” bisik Rifa perlahan di telinganya. Maisara angguk.

Zana yang terakhir sekali keluar membiarkan pintu terbuka luas, lebih elok begitu. Memanglah Azam hanya kawan baik Maisara namun mulut saudara mara dan jiran tetangga terkadang tu bukannya ada insurans, ikut sedap hati dorang aje nak mengata. Tambah pula Azam dengan Nizam kembar. Nanti di canang mengatakan Nizam tak ikut adat.

First of all, you look beautiful.” Kelu lidahnya untuk seketika. Jelita. Cantik. Dan yang seangkatan dengannya. Maisara memang tampak berseri-seri hari ini. Seri kebahagiaan orang yang sedang di lamun cinta!

Maisara mengecilkan mata. “Kau dah cakap pun tadi kan? But, then, thanks!” Senyumnya.

Azam jungkit bahu. “Well, most welcome!”

Hmm... so why are you here?”

Just to check on you, sebelum kau bergelar isteri Nizam. I’m your best friend forever after all right?

Maisara menggeleng perlahan dalam senyuman. “My friend, I know you for a long time. Kalau tak ada benda penting, kau takkan datang sini hari ni kan? Am I right?”

Azam tersengih sumbing. Dia menggaru kepala yang tak gatal.

“Takkan kau nak bawak aku lari kot? Tak kan? Kau dah bagi restu kat aku dengan Nizam. Jangan cakap kau dah ubah fikiran pulak? Kecoh jadinya karang!”

Azam ketawa bisu. “Kau melalut apa ni, Mai. Aku... sebenarnya nak bagi kau sesuatu, yang sepatutnya aku pulangkan kat kau,” Azam mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya. “Your precious purple book!”

Matanya terbuntang. “Mamat!!!!” tempiknya.

“Suara kau tu, perlahanlah sikit. Kau nak bagi kecoh satu rumah ke apa?”

“Kecoh tak kecoh. Lebih baik kau terangkan kat aku, macam mana diari aku ni boleh ada dengan kau!!” Gila. Macam mana boleh terlepas kat tangan Mamat? Raina ke yang bagi? Tapi... tak mungkin. Sebab kali terakhir aku nampak diari aku ni masa... .

Maisara bangun. Dia berdiri tegak. Tangan di silangkan. Matanya mencerun tajam.

Azam mengumpulkan sepenuh kekuatan. Suaranya perlahan sahaja. “Kau ingat tak masa kau temankan aku buat fisioterapi dulu? Kau pernah tanya aku, ada nampak tak kau punya buku kulit warna ungu tercicir, terjatuh. Sebenarnya aku bohong kau. I’m sorry!”

“YOU READ ALL OF IT???” tanyanya penuh berdebar meskipun sebenarnya dia ingin menghempuk kepala kawan baiknya ini yang sengaja membaca diarinya.

Teragak-agak Azam mengangguk. “Not all of it, just a certain part only!”

Maisara menghela nafas berat. “Mamat, kalau aku tak fikir kau ni kawan karib aku, dah lama aku lunyai kau hidup-hidup!!”

Once again, sorry. Aku bukannya sengaja. Aku cuma nak tahu antara aku dengan Nizam siapa yang bertakhta di hati kau. Just that. Dan ternyata. It’s him.” ujarnya tanpa nada.

“Azam Hairi...”

Azam tersenyum tawar. “Hei, janganlah buat muka masam tu. Buruklah.”

Maisara mengigit bibir bawah. “Sebab isi dalam diari aku tu ke yang buat kau...” Ayatnya tergantung di situ. Azam angguk dalam senyuman yang sukar di tafsirkan.

“Mamat...”

Azam menghela nafas panjang. Wajah Maisara di renungnya dalam. “You are my first love. And I’m your first love too right?”

Maisara angguk. “My puppy love!”

Azam senyum segaris. “And I’ll cherish it forever. At least untuk satu ketika aku pernah singgah kat hati kau,”

Maisara mencebik. “Kau cakap kau tak baca semuanya, liar!

“Aku naklah juga tahu kau pernah tak, sukakan aku walaupun sedikit. Tak salah kan?” tanyanya perlahan.

Maisara menikam tepat wajah sahabatnya itu. “Azam Hairi, you’ve special place in my heart. You know it right? Nothing can’t beat that. You are my best ever friend in this world!”

Senyuman terukir. Azam terangguk perlahan. “You too my dearest friend! Forever and ever.”

Sungguh tak ku duga yang aku akan jatuh cinta pada Nizam. Dan hari ini aku akan di nikahkan dengannya. Walhal, Azam yang terdahulu singgah di hati. Betullah kata orang. Segala yang tak terduga itulah yang akan berlaku. Kehendak takdir tiada siapa yang dapat menduga.

Dan siapa yang menyangka ibu dan ayah serta kedua ibu bapa Nizam dan Azam dengan senang hati merestui hubungannya dengan Nizam. Entah bagaimanalah Nizam dengan Azam memujuk. Tidak keruan juga di buatnya jika mereka membantah, mana tidaknya tentunya mereka berharap Maisara bersatu dengan Azam. Namun, siapa yang menyangka jodohnya bukan dengan Azam tetapi Nizam. Bak kata pepatah, jodoh bukan di tangan kita tapi Allah.

Oh ya, sebelum terlupa, mengenai Alex. Alex pada mulanya memang terluka. Namun, dia memahami. Cinta itu bukan paksaan. Ianya lahir dari hati. Dan sebenarnya.... Alex telah pun bertunang dua hari yang lepas dengan gadis pilihan keluarganya. Bila di tanya mengapa dia bersetuju, sedangkan dulu Alex amat menentang keras jodoh yang di atur keluarga, jawabnya mudah, gadis itu adalah cinta pertamanya ketika di sekolah menengah.

Maisara tersenyum sendiri. Azam mungkin cinta pertamanya. Namun cinta terakhirnya adalah untuk Nizam. Selamanya. Dengan izin Tuhan. Pastinya.

“SALJI!!!!!” jeritnya sambil terlompat-lompat kecil. Nizam tergeleng dalam senyuman, “Macam monyet dapat bunga!”

“Apa dia?”

Nizam mencuit hidung Maisara. “Macam beruang panda. Comel sangat!”

Maisara menarik muncung panjang. “Yalah tu. Ingat Ria tak dengar ke? Nizam panggil Ria monyet kan?”

“Err... mana ada. Jom, kereta kabel dah sampai tu.” Dia cepat-cepat menarik tangan Maisara ke arah kereta kabel. Maisara melangkah ke belakang. Di tarik-tarik tangan Nizam agar menjauh dari situ. Nizam jungkit kening sebelah. “Aik, tadi kata tak gayat? Apa kes pulak ni, sayang?”

“Nizam jamin yang kereta kabel ni tak jatuh?”

Nizam ketawa kecil. “Cuba Ria tengok. Dorang semua tu selamat aje ulang alik, turun naik dari gunung ni. Jangan takutlah. Nizam kan ada. Kalau Ria rasa gayat sangat, pegang aje tangan Nizam, okey?” pujuknya lembut.

“Awak cakap senanglah sebab awak dah pernah naik benda ni banyak kali kan?”

“Percaya tak kalau saya cakap ini kali pertama saya naik benda ni walaupun bertahun saya duduk kat Korea ni?!”

Maisara geleng. Penuh sangsi. Nizam senyum. “Kalau awak takut memang tak merasalah nak tengok pemandangan indah kat atas sana. Kan?” pancingnya. “Rugi tau. Dah datang sini tapi tak naik atas.” Sambungnya lagi.

Maisara diam. Perlahan-lahan tubuh Maisara di bawa ke dalam pelukan. “Jom, nanti kita kena tinggal pulak.” Sebaik kaki mencecah masuk ke dalam kerete kabel, lengan Nizam di pautnya kuat. “Hei, girl. Look.” Nizam mengangkat wajah Maisara agar memandang ke luar tingkap. “Beauty, right?”

Salji yang memutih melitupi gunung ganang menyapa pandangan. “Maha Suci Allah. Cantiknya...” Tak tergambar dengan kata-kata. Spontan dia mengeluarkan kamera. Hobi yang telah lama di tinggalkan. Salji yang tiba-tiba turun di abadikan di sebalik lensa kamera. Maisara tersenyum puas. Sangat mendamaikan.

Like you, my dear,” bisik Nizam perlahan.

Cheesy!”

Only with you, my baby!

Maisara buat muka nak termuntah. “Jangan nak baby sangatlah, tak sesuai langsung dengan awak!” Nizam ketawa. “Sue me, then!”

See you in court, then!” balasnya selamba.

Nizam menjentik perlahan dahi Maisara, “Buat main,” Maisara mengaduh. “Sakitlah!” marahnya.

“Kuat sangat ke saya jentik?” tanyanya sambil menghembus lembut dahi isterinya.

Maisara mengambil kesempatan menjentik dahi Nizam. “Mahunya tak,”

“Riana Maisara!!” jeritnya perlahan.

Maisara terkukik ketawa.

“DIAM aje dari tadi. Kenapa ni?” Tin minuman panas itu di hulurkan pada Maisara.

Maisara lantas meletakkan tin itu di pipinya. Hangat terasa. “Sejuklah!” jawabnya sepatah.

“Itulah. Nizam dah cakap. Kat Korea sekarang musim sejuk. Degil jugak nak datang.” Bahu Maisara di pautnya.

“Orang nak merasa main salji. Salahkah?”

“Tu salji depan mata, kenapa tak main?” perlinya.

Maisara menjeling tajam. “Kau cabar aku ya?” Sekelip mata bola salji mendarat di muka Nizam.

Nizam menjegilkan mata. “Ria!!! Kau memang nak kena dengan aku!!!” tempiknya garang. Habis putih mukanya di tutupi salji.

Maisara tak mengendahkan kata-kata Nizam, dia berlari anak meninggalkan Nizam di belakang yang sedang mengejarnya. Bedebuk!! “Aduh!”

“Anak beruang jatuh.” Nizam ketawa terbahak-bahak. “Itulah bahananya kalau buli suami!” bidas Nizam secukup rasa.

Maisara menyepak perlahan lutut Nizam. “Ini pula bahananya sebab ketawakan isteri!” Salji pantas di gumpalkan menjadi bentuk bola. Bertubi-tubi di lontarkannya.

“Kau main kasar, ya. Terimalah serangan dari aku,” Nizam juga tak mahu mengalah. Lalu berlakulah peperangan bola salji di antara mereka berdua kanak-kanak riang ribena yang sudah cukup umur.

“Aku mengalah!” Nizam mengangkat bendera putih. Dia terbaring lemah di atas salji. Maisara merebahkan badan di sebelah suaminya. “Ria menanglah macam tu kan?”

“Dah menang baru nak bahasakan diri kau Ria iya?” Nizam pantas mencubit kasar hidung Maisara. Geram sungguh dia dengan isterinya yang seorang ni. Sesuka hati dia aje kalau nak beraku berengkau dengannya. Mujurlah dia jenis yang tak ambil kisah. Asalkan bukan di depan ibu dan bapa mereka.

“Berapa lama lagi Ria nak duduk atas ni? Jomlah turun. Nizam dah penat ni.”

“Tapi tadi Nizam janji nak ajar Ria main ski kan?” rengeknya manja.

“Lain kali boleh? Saya sangat letih!”

“Lain kali tu bila? Tahun depan?” Maisara bangun bersila. Muncungnya di tarik panjang.

“Janganlah merajuk. Okey, macam ni, saya buatkan awak orang salji, nak?” Dia menepuk perlahan tangan Maisara.

“Orang salji? Ingat saya budak-budak ke?”

“Tunggu dan lihat. Awak mesti suka punyalah.” Nizam lantas bangun berdiri, dia mula melangkah mencari batang-batang kecil pokok di sekeliling yang boleh di buat jadi hidung, mata dan mulut orang salji. Bola-bola salji yang pada mulanya kecil di gumpalkan sedaya upayanya agar menjadi besar. “Tada, dah pun siap. Amacam okey tak?”

Mulut Maisara ternganga luas. Dua orang salji yang tegak berdiri itu di renungnya lama. “Nizam,” Nizam menoleh. Tanpa segan silu, sebuah ciuman singgah di pipi suaminya. “Thanks.” ucapnya ikhlas.

Nizam nyata terkejut dengan tingkah Maisara. Seingatnya Maisara bukan gadis yang mudah menyatakan perasaaan terang-terangan begini. Namun, dia dengan senang hati membalas dengan ciuman di dahi. “No big deal. Everything for you, my love!

Maisara tersenyum penuh bahagia. Meskipun Nizam bukan seorang yang romantik. Namun kadangkala kata-katanya itu manis sangat. Ikut sesedap rasa. Tak mengenal tempat. Depan ibu dan ayah pun, selamba sahaja dia mengucapkan kata-kata sayang dan rindu.

Can I ask you something?”

Maisara angguk.

“Kenapa Ria pilih Nizam?”

“Maksud Nizam?”

“Ria kenal along lebih lama dari Ria kenal Nizam. Ria dengan along saling memahami. Minat dan kegemaran pun sama. Senang cerita. Segalanya sama. Don’t tell me, you don’t have a feeling for him. Even once!

Maisara memegang lembut pipi suaminya. “Kenapa tetiba Nizam nak tahu?”

I’m just curious. That’s all!

Maisara tahu lambat laun Nizam pasti menyoalnya. “Hairul Nizam, your brother indeed is my first love but then here I am with you. You are now my first and last love. Always.” Tuturnya penuh jujur. Tangan Nizam di genggam penuh erat.

Then, tell me that you love me! Say it!” pintanya lembut. Maisara tak pernah mengatakan. Hanya dia yang sering mengucapkan kata cinta. Sesekali dia ingin juga mendengar dari mulut Maisara.

I can’t. I just can’t,

Don’t tell me that you are shy. That’s so lame, dear.” Marahnya.

Maisara membisu. Nizam memeluk tubuh. “Kalau macam tu, Ria baliklah sendiri!” Nizam membuka langkah. Perlahan-lahan bayang Nizam semakin menjauh.

Maisara berlari anak mengejar Nizam. “Saya cintakan awak!” perlahan dia menyebutnya.

Nizam mengorak senyum. Perlahan-lahan tubuh Maisara di bawa ke dalam dakapan. “Nizam, lepaslah. Orang ramai ni. Malulah.”

Nizam meleraikan pelukan. “Kalau Nizam tak desak, agaknya sampai kiamat Ria takkan cakap kan?”

Maisara mengulum senyum. “Taklah sampai kiamat pun. Dah cakap pun tadi kan?”

“Menjawab,” Dia mencubit pipi Maisara geram. Maisara mencebik, dia turut mencubit pipi Nizam. Kemudian sama-sama ketawa.

“Nizam sejak bila awak sedar yang awak cintakan saya?” soalnya.

Nizam menggosok dagu. “Entahlah saya sendiri tak ingat.”

“Tengok tu. Ria tanya Nizam, Nizam tak nak jawab. Bila Nizam tanya, Ria dengan senang hati...”

Nizam memotong laju. “Sejak pertemuan kita yang pertama. Dalam lif!”

“Tapi masa tu, Ria montel lagi kan!”

I like you since then.”

Hampir mahu menitis air matanya. Patutlah masa tu dia baik sangat dengan aku, pulak tu sanggup menolong aku yang kuat makan ni menurunkan berat badan.

“Dan Nizam nak minta maaf.” Nizam merasakan dia perlu berterus-terang dengan isterinya. Kalau tidak sampai sudah dia akan rasa bersalah. Apa nak jadi lepas ni. Lantaklah. Aku mesti beritahu dia!

“Huh? Untuk apa?”

“Ingat tak lagi, Ria punya lakaran yang tertumpah air tu, dan juga Ria punya kereta, empat tayar pancit sekaligus.” ujarnya dalam dalam satu nafas.

Dahinya berkerut seribu. Dia terangguk perlahan. Mahunya aku tak ingat. Entah siapa yang berdendam dengan aku agaknya! “Nizam dah tahu ke siapa yang buat?”

“Sebenarnya Nizam yang buat!” Dia mengangkat simbol peace.

“Apa?? Jadi semua tu rancangan Nizam?”

“Sebab Nizam sayangkan Ria. Masa tu kita bergaduh teruk. Penyelesaiannya, Nizam pancitkan tayar kereta Ria. Dan akhirnya kita berbaik kan?”

Maisara menggeleng dalam senyuman. Marahnya hilang entah ke mana. Comel pula Nizam pada pandangan matanya. “Dan pasal lakaran tu kenapa pula? Sebab Nizam dengki ek?”

“Tak. Nizam cemburu sebab along dating dengan Ria kat resort.” Jelasnya. “I’m sorry, I didn’t mean it in a bad way. Nizam cuma...”

Maisara menahan tawa. “Ria maafkan Nizam.”

Matanya bersinar. “Terima kasih, sayang! Nizam janji hanya Ria cinta hati Nizam. Selamanya!”

“Ria cinta Nizam juga.” Kepala di lentokkan ke atas bahu Nizam.

Senja yang kian berlabuh di kaki langit, salji yang berguguran menjadi saksi terlakarnya kisah cinta mereka. Momen yang terindah ini akan di abadikan buat selamanya. Nizam menggengam erat tangan Maisara. Terima kasih, Allah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.