BAB 11

SAAT INI... detik ini segalanya bagaikan berkecai. Dia tersandar lemah. Berita yang di khabarkan oleh bapanya mengenai Azam, kembarnya itu, sungguh sukar di cernanya. Enjin kereta pantas di hidupkan.

Setibanya di unit rawatan rapi. Lututnya lemah. Di pandang sayu wajah si ibu. Ayahnya pula terdiam seribu bahasa. Sungguh segalanya bagaikan suatu pembohongan. Pagi tadi, baharu sahaja di lihat alongnya itu bergelak ketawa.

Kini, kembarnya itu sedang bertarung dengan maut... Nizam pejamkan mata. Dia berdoa moga Azam tiada apa-apa. Segalanya akan baik-baik sahaja. Dia menenangkan diri sendiri. Tangan di genggam cuba mencari kekuatan. Ya Tuhan, selamatkanlah kembar aku! Aku rela seandainya aku yang menjadi galang gantinya...Butiran jernih mengalir lembut ke pipinya. Along... .

Sebaik sahaja pintu unit rawatan rapi di buka, Nizam dan ibu bapanya pantas menerpa mendapatkan doktor. “Bagaimana anak saya doktor?” tanya ayah Nizam.

Doktor muda itu menepuk perlahan bahu si ayah. “Segala puji bagiNya. Anak Encik Fadhil selamat.” Mereka bertiga memanjat sejuta kesyukuran. Doktor itu kemudian menyambung, “Cuma buat sementara ini dia masih belum sedarkan diri. Masih koma. Sebaik dia sedar nanti barulah kami akan tahu bagaimana keadaan dia dan buat pemeriksaan lebih lanjut.”

“Terima kasih, doktor,” ucap Encik Fadhil “Dan boleh kami masuk jenguk dia?”

Doktor itu tersenyum, “Boleh,” ujarnya sebelum meminta diri.

“Syukur, Ya Tuhan.” ucap ibu Nizam, Puan Husna. Nizam di peluknya erat, “Kamu Nizam, jaga diri baik-baik. Jangan bawa kereta laju macam abang kamu.” nasihatnya dalam tangisan yang masih bersisa. Nizam angguk. “Saya janji, ibu!”

“Bukan salah Azam pun, trak tu yang potong dia tiba-tiba,” sampuk Encik Fadhil, “...tapi itulah kalau benda dah nak jadi, dah tak boleh nak kata apa. Itu semua kerja Dia. Mujurlah Azam masih di beri kesempatan kali ke-2.”

Tanpa menunggu lagi, langkah mereka bertiga di atur laju ke wad Azam di tempatkan. Sekujur tubuh kaku Azam yang koma itu, menggamit perhatian mereka. Tanpa dapat di tahan, pipi mereka basah. Si ayah mengesat lembut pipi si ibu.

PANDANGAN Nizam kosong. Matanya merah akibat menangis terlalu lama. Seumur hidupnya inilah kali ke-dua dia menangis seteruk ini. Kali pertama, ketika dia mendapat tahu bahawa dia hanyalah anak angkat kepada ibu bapanya yang telahpun menemui kemalangan. Saat itu, dunianya bergegar. Saat ini pula, di rasakan seakan separuh nyawanya telah menghilang.

“A...along!” suaranya sedikit bergetar, di cuba kejutnya si Azam. “Dah 3 hari kau koma. Kau tak bosankah tidur lama-lama? Aku bosanlah cakap sorang-sorang ni, cepatlah bangun,” di hujung kata dia tersenyum nipis. “Kalau kau tak bangun, aku jual gitar kesayangan kau,”

Nizam tersentak, apabila di lihatnya jari jemari Azam mula bergerak. Segera di panggilnya doktor. Doktor memaklumkan itu adalah tindakbalas biasa, dan menasihatkan agar Nizam memperbanyakkan lagi berbual dengan pesakit, moga-moga dia cepat sedar. Sejurus itu, dia berlalu pergi.

Encik Fadhil dan Puan Husna yang baharu sahaja sampai memegang erat bahu Nizam. Terubat sedikit rindu mereka pada Azam hanya dengan melihat Nizam. “Nizam, kamu pergilah balik mandi, rehatkan badan. Petang nanti datang pula, iya?” ujar Puan Husna.

Nizam geleng, “Nizam okey lagi, bu. Nizam nak tunggu sampai along sedar!”

Encik Fadhil menepuk perlahan bahu anak keduanya itu, “Nanti kamu pula yang sakit. Sudah. Pergi balik, rehatkan badan. Kemudian, baru datang sini semula.” suruhnya tegas. “Ayah tahu kamu risaukan along. Ayah dan ibu kan ada, kalau along sedar nanti, kami akan maklumkan kamu,”

Nizam terangguk lemah. Tiada membantah lagi. Dia akhirnya melangkah longlai ke muka pintu. Belum sempat pintu di kuak, kedengaran namanya di panggil. Along? Along panggil aku? Dia menoleh pantas. Namun hampa, itu hanyalah perasaannya sahaja. Along masih seperti patung. Keras tidak bergerak. Dia tersenyum pahit. Seketika pandangannya seakan berpinar. Tanpa sedar, dia telah pun rebah mencium lantai.

Encik Fadhil dan Puan Husna terpempan. Doktor pantas di panggil. Nizam kemudiannya di tempatkan di sebelah katil abangnya.

“Pak cik, mak cik bawa bertenang. Nizam okey. Dia hanya kepenatan... kurang air dalam badan.” Dia tersenyum pelik. “Sebenarnya kes sebegini, jarang berlaku terhadap pasangan kembar lelaki. Nampaknya kembar ini terlalu rapat. Seorang sakit, seorang lagi turut merasainya.”

“Ya, mereka memang rapat. Tak pernah berenggang! Perangai pun hampir sama. Sampai kami kadang tu tersilap mengecam, yang mana satu alongnya yang mana satu si adik!” balas si ibu ramah.

Dia senyum. “Hmm...baiklah, maaf saya ada pesakit lain yang perlu di periksa. Saya pergi dulu.” ujarnya sebelum beredar. Encik Fadhil dan Puan Husna mengangguk perlahan.

BERKALI-KALI nombor itu di dailnya. Masih juga tiada jawapannya. Mesejnya juga tidak di balas Nizam. Rifa dan Zana tergeleng kepala. Pelik dengan tingkah Maisara hari ini.

“Kau kenapa? Dari tadi, telefon tak pernah berenggang dari tangan. Telefon siapa? Oh, kau tunggu panggilan seseorang? Buah hati ek?” tegur Zana.

Tiada jawapan dari Maisara. Teguran Zana singgah bagai angin lalu. Keresahan di wajah Nizam selepas menjawab telefon beberapa hari yang lepas masih berbayang di matanya. Bila di tanya, Nizam membisu. Kereta pula terus di pecutnya laju waktu itu.

Maisara memicit dahi cuba memikir beberapa kemungkinan. Mungkin berkait dengan keluarganya tak? Kalau tidak Nizam tidak akan mengambil cuti selama seminggu. Encik Zainal juga tidak hadir hari ini. Berkemungkinan begitu. Dia terangguk-angguk sendiri.

Rifa datang menghampiri. “Ria, kau pasti kau okey ni? Aku tengok kau ni semacam je. Kalau ada masalah, beritahulah. Manalah tahu, kita orang boleh tolong. ” ujarnya prihatin.

Maisara mengukir senyum, “Aku baik-baik sahajalah. Cuma aku risaukan Nizam. Dah tiga hari dia tak masuk kerja.”

Rifa dan Zana terangguk-angguk mengerti. “Oh... dia rindukan Nizam rupanya,” ujar mereka serentak sambil tersenyum-senyum.

Bibir Maisara terherot sebelah, “Bukanlah. Aku risau! Sebab lepas dia jawab telefon, malam yang dia hantar aku balik tu. Muka dia semacam je. Dia nampak panik. Bila aku tanya dia tak jawab. Dia terus blah macam tu je.” terangnya satu persatu agar teman-temannya tidak menyangka yang bukan-bukan.

“Oh iyakah? Maaflah mana kami tahu,” kata Rifa.

“Itulah, lain kali jangan nak teka yang bukan-bukan tanpa usul periksa. Ada faham?” Matanya di bulatkan. Rifa dan Zana mencebik mulut. “Yalah,cik puan,” jawab mereka serentak.

“Kau ada telefon rumah dia?” tanya Rifa setelah seketika mendiamkan diri. Maisara geleng. “Tak. Aku tak ada nombor rumah dia.”

Zana mengerut dahi, “Aik, takkanlah kot? Korang kan rapat.”

“Rapat hanya sebagai teman sekerja.Not more than that. Berapa kali aku nak cakap nih?” tingkahnya keras. Entah marahkan siapa. Dari hujung mata, dia mengerling Zana dan Rifa sekilas. Aduh, dia orang ni pun. Dahlah mood aku kurang baik hari ni. Ini semua angkara Nizam.

Zana menggosok dagunya. “Sekejap, aku terbau sesuatu yang pelik. Riana, kau memang ada masalah ni. Kau macam nak elak sesuatu dari kami. Cakap cepat.” desak Zana.

Rifa angguk menyetujui. “You worried about him but at the same time, you mad at him right? And for some reason, that’s what we called...caring! Why did you care about him anyway?”

Maisara terasa sesak nafas, dia bangun lalu menuju ke pantri. Zana dan Rifa mengekorinya. “Jangan ingat kau boleh terlepas dari kami sebelum kau jawab soalan tadi,” Zana mencerlung memandangnya. Rifa juga tidak melarikan pandangan tajamnya itu.

Maisara gelisah sendiri. Dia menarik nafas dan menghembusnya perlahan. “Korang nak dengar jawapan dari aku? Jawapan apa? Aku langsung tak fahamlah,” dia cuba berdalih.

Zana dan Rifa menyilangkan tangan tak puas hati dengan kata-kata Maisara itu. Rifa bersuara, “Ria, kami ini nak bantu kau. Jadi sepatutnya kau beri kerjasama. Luahkan. Boleh?” pujuknya lembut.

“Ini untuk diri kau juga. Kami tiada masalah. Tapi kau tu yang akan sengsara nanti.” Zana mengingatkan.

Maisara ketawa lucu, “Apa halnya ni? Merapulah korang ni,”

“You do adore him. Admit it, Ria!!” bidas Zana selamba.

Wajah Maisara memerah. Pucat. “Hey, that’s not it. Even I like him, he will never be!”

“Jadi itu yang merungsingkan kau sebenarnya? Kau memang syok kat dialah kan?” tebak Rifa dalam senyuman yang semakin melebar.

“Hmm...mengaku pun akhirnya.” celah Zana.

“No! Itu hanya perumpamaan.” tegas Maisara. Masih ego mahu mengakui.

“Perumpamaan ke bidalan ke apa ke, kami dah pun dapat jawapannya. So obvious. You love him! That’s it,” simpul Zana dengan mudahnya bagi meleraikan kekusutan hati Maisara.

PULANG sahaja dari pejabat dia terus mengurungkan diri di dalam bilik. Fikirannya menerawang entah ke mana. Selagi Nizam tidak di temuinya selagi itulah, jiwanya kacau. Itupun dia masih ego mahu mengakui sedangkan hatinya telah pun ketahuan dek Rifa dan Zana.

Satu keluhan di lepaskan. Walhal perkara yang patut menjadi keutamaan saat ini ialah perjumpaannya dengan Mamat. Akan tetapi yang menjadi kebimbangannya saat ini berlainan sama sekali. Dia lebih memikirkan Nizam.

“Apa nak jadi dengan aku ni? Ada hati mahu main kayu tigakah?” Dia geleng. Gila. Orang macam aku, main kayu tiga? Kelakarlah. Ah, daripada fikirkan semua ni, lebih baik aku solat maghrib dulu. Pahala dapat. Ketenangan pun dapat.

Tanpa membuang masa langkah terus di atur ke bilik mandi.

Previous: BAB 10
Next: BAB 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.