BAB 23

AZAM mengangkat tangan apabila ternampak kelibat Maisara di luar bilik fisioterapi. Maisara melambai ke arah Azam. “Macam mana okey?” tanyanya.

Azam angkat bahu. “Macam nilah. Masih tiada perkembangan.” Dia cuba mengimbangi langkah tapi jatuh balik. Bangun lagi, jatuh balik. Sudahnya Azam duduk bersila.

Doktor Zaki, pakar fisioterapi yang merawat Azam bangun mendekati pesakitnya. “Azam, saya nak pesan sikit. Awak kena yakin. Jangan nak ikut sangat badan awak tu. Balik rumah ni, buat balik apa yang saya ajar. Regangan badan tu, penting. Ingat tu.”

Azam angguk. Sebaik selesai sesi, mereka terus beredar mahu mengambil ubat pula.

“Agak-agak kau kan, aku ni ada harapan tak, nak jalan balik macam dulu?” tanya Azam tiba-tiba. Maisara terhenti terus dari menolak kerusi roda Azam. Azam menoleh memandang Maisara. “Mai, kenapa diam?”

Maisara senyum segaris. “Kau baru saja habis buat fisioterapi tadi kan?” dia bertanya Azam sambil menolak kerusi roda ke arah kerusi menunggu yang di sediakan pihak hospital, lalu melabuh duduk di situ. Maisara mendongak sedikit melihat nombor giliran mengambil ubat. “Sekarang ni baru nombor 12, nombor kau 18.” ujarnya tanpa mempedulikan renungan Azam.

“Mai, aku tanya kau kan? Kau tak jawab lagi soalan aku.”

“Tadi kat dalam bilik tu, kau buat apa? Kau tengah berusaha kan? Usaha untuk sembuh kan?” Maisara menunjukkan ke arah bilik pakar fisioterapi yang merawat Azam.

Dia berang. Mamat yang sekarang cepat sangat putus asa. Tak seperti dulu. Mamat yang dulu, tabah. Tahan keji, tahan buli, tahan maki, tahan ujian dan segala macam lagi. Tetapi sekarang?

Azam diam dan sekadar mengangguk perlahan.

Mata Azam di tentangnya. “Maknanya ada harapan. Selagi kau usaha, kau akan dapat apa yang kau nak! Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Ingat Dia. Dia akan ingat kita. Dia akan tolong kita. Minta pada Dia.” tanyanya lembut.

“Aku tahu. Aku sedar tapi sampai satu tahap aku rasa macam dah tak ada harapan. Aku rasa macam aku akan kekal macam ni.” luahnya.

Sebenarnya, dia dah hilang sabar dengan diri sendiri. Jemu hari-hari datang hospital. Keadaan masih tak berubah. Nak gerakkan kaki sendiri pun masih terkial-kial. Kepala sungguh rasa nak meletup. Bosan hidup perlukan bantuan orang. Hatta nak ke bilik air, nak mandi semuanya perlukan pertolongan. Dia tak nak bebankan orang. Dia nak bergantung pada diri sendiri.

Kata-kata Seungjae kembali terngiang di telinga. “Kau dah pun buat fisioterapi kan? Boleh tak jangan pesimis sangat.” Apa yang Seungjae cakap lebih kurang sama dengan Maisara. Mereka mahu dia yakin, kuat semangat tapi dia yang memikulnya, orang boleh melihat tapi tak boleh merasa beban yang dia tanggung.

Look, Mamat yang aku kenal, tak mudah putus asa. Dia akan cuba dan cuba sampai boleh. Selagi kita bernyawa, selagi masih hidup, segala kemungkinan boleh berlaku. Ibu, ayah, Nizam, kawan-kawan kau, Dr. Zaki mereka juga yakin kau boleh. Banyak orang yang nak tolong kau. Termasuk aku. Aku percaya kau boleh buat.”

Azam senyum tawar. “Thanks for believing in me.”

“Kau juga kena percayakan diri kau. Barulah semua benda menjadi.”

“Kau tahu tak, kau ni memang layak jadi pakar motivasi.”

Kening Maisara terangkat seinci. “I take that as a compliment.” Segaris senyuman terukir.

Azam tiba-tiba teringatkan sesuatu. Beg atas riba di buka, kemudian dia letakkan sesuatu atas tangan Maisara.“Untuk kau. Hadiah hari jadi. Belated birthday actually.”

“Tiket konsert?”

“Sebenarnya kawan-kawan aku yang bagi.”

“Kawan-kawan? Tapi kenapa tiba-tiba...”

Belum sempat Maisara nak bertanya lebih lanjut. Nombor giliran Azam dah di panggil.

Satu persatu wajah artis di atas tiket di pandang sepi. Kawan-kawan Azam yang semalam tu, penyanyi???!!! Kenapa aku tak pernah tahu? Mulut Maisara terbuka luas.

“NI bukan jalan balik rumah aku ni. Kita nak pergi mana ni?” tanya Azam pada Maisara di sebelahnya yang sedang memandu.

Maisara diam tak menjawab. Matanya fokus pada pemanduan. Sesekali dia mengerling memandang Azam. Azam pandang Maisara pelik. “Dah kenapa dengan kau ni?”

Tiada jawapan. Dalam hati dia berkira. Mungkin sebab tiket konsert tu agaknya.

Maisara memberhentikan kereta di sebuah taman rekreasi yang berdekatan. Pintu kereta di hempas perlahan. Dengan hati-hati dia bantu Azam duduk di atas kerusi roda. Kemudian dia biarkan Azam menolak sendiri.

“Mai... kau kalau ada benda nak tanya aku, tanyalah. Aku akan jawab dengan jujur.”

Azam angkat bendera putih. Meskipun bertahun tak jumpa, perangai Maisara masih tak berubah. Kalau marah dia akan diam. Langsung tak bercakap. Kalau nak tanya sesuatu, mesti dia akan ke taman. Macam sekarang.

Maisara melangkah ke arah buaian dan melabuh duduk di situ. Dia menghayun perlahan kemudian berhenti. Azam sekadar memerhati, mengikut rentak Maisara.

Matahari semakin condong ke barat. Dan Maisara masih membisu. Azam mengeluh perlahan. “Mai, spill it out, please!”

“Kim dengan Seungjae tu dah lama kan peluk Islam? Dan dah nak masuk 6 tahun rasanya kan?” Dia mencongak dengan jari jemarinya. “Macam mana kau buat? Maksud aku macam mana kau tarik minat dorang terhadap agama Islam?”

Seingatnya Mamat tak pernah bercerita dengan lanjut bagaimana dia menarik Kim Ji Hun dan Lee Seungjae masuk Islam. Sifat ingin tahunya semakin membuak selepas melihat Kim mengimamkan solat maghrib malam semalam. Begitu lancar dan merdu bacaannya.

Azam pandang Maisara dengan riak yang sukar ditafsirkan. Random sungguh ni. Tiba-tiba saja keluar soalan ni. Lain yang aku fikir. Lain pula yang di tanyanya. Apapun. Tunggu dan lihat. Soalan tu mesti keluar punya dari mulut dia. Dia tarik senyum di pinggir bibir. “Saf solat.”

“Saf solat?”

Azam angguk. “Ya. Ceritanya macam ni. Kim dengan Seungjae datang rumah aku buat kerja sekolah. Pastu, kita orang rehat sekejap. Kim turun bawah, buka televisyen. Siaran yang mula-mula dibukanya ada lintas langsung solat Jumaat di Masjidilharam.Para jemaah pula berselerakan dan jalan ke sana sini sementara menunggu solat berjemaah. Seungjae dan Kim terpegun. Ramainya orang. Mungkin hampir sejuta. Tak pun dua juta orang. Bila dengar Seungjae cakap macam tu, aku pun tanyalah dorang...”

Dia lalu menceritakan....

“Korang tahu kan yang orang Islam solat dalam barisan kan? Agak-agak korang berapa lama masa yang di ambil untuk atur semua orang sebelum mulakan solat?” Azam terus bertanya.

Seungjae jawab, “Mungkin dalam masa sejam.”

Kim membangkang, “Sejam? Aku rasa ambil masa 2 jam.”

“Tapi kan korang, masjid tu ada empat tingkat tau,”

“Kalau macam tu, makan masa empat lima jam jugaklah,” kata Kim. Seungjae angguk bersetuju dengan pendapat Kim.

“Korang kena ingat jugak, yang ada kat dalam masjid tu bukan orang Arab saja. They come all around the world. Bahasa pun macam-macam,” Azam bijak menyusun kata.

Kim diam memikirkan kata-kata Azam. Seungjae geleng kepala. “Kalau macam tu mustahillah.” Ujarnya.

Dan selepas itu, laungan iqamat kedengaran dan selang beberapa minit, imam Masjidilharam berkata, “istawuu (susunkan diri)”

Kelihatan para jemaah bangun dan mula bergerak. Semua berdiri dan menempatkan diri masing-masing dalam saf dalam keadaan tenang dan tersusun. Tidak sampai seminit jutaan manusia berjaya di susun. Dan imampun terus bertakbir, “Allahuakbar!”

Maisara tekun mendengar. Mamat memang bukan Mamat yang dulu. Dia lain. Sangat lain. Ilmunya penuh di dada. Tapi dek kerana kecelakaan yang menyebabkan kelumpuhan pada kedua belah kakinya, dia jadi sangat pesimis.

Azam mengukir senyum. “Kau tahu tak, Mai. Dorang berdua terpaku. Lepas imam selesai bagi salam. Serentak dorang tanya aku. Mamat, macam mana aku nak masuk Islam? Bermula dari hari tu, dorang selalu ikut aku ke kelas pengajian agama. Sebulan selepas tu, dorang dah pun mengucap dua kalimah syahadah.”

Tanpa sedar Maisara berbisik perlahan, mengucapkan, Alhamdullilah, segala puji bagi Allah.

“Kau berjaya membuatkan orang bukan muslim tertarik dengan Islam. Dan kau ada kelembutan dalam kata-kata. Tapi kenapa kau jadi macam ni? Tak yakin dengan diri sendiri. Semalam aku ada bersembang dengan Kim. Dia ada cakap pasal kau serba sedikit kat aku masa kau kat Korea.”

“Er... dia cerita apa?”

Azam tak senang duduk. Air liur di telan pahit. Segala yang berlaku amat pahit. Kalau boleh dia ingin padamkan terus segala-galanya itu. Kena buli. Itu yang paling teruk dalam fasa hidupnya. Minggu pertama persekolahan hinggalah menginjak ke sebulan. Namun semua itu di simpan kemas. Langsung tak di beritahu pada keluarganya mahupun Maisara. Sekarang ni, detik ini, saat ini, Maisara cakap Kim ada beritahu sesuatu tentang diri aku? Alamak!! Kim ni pun...

Maisara menentang mata Azam tajam. “Kau rasa apa?”

“Takkanlah semua kot,” gumamnya rendah.

“Sebab tu aku cakap kau ni tak pernah berubah. So selfish.” ujarnya perlahan.

Azam diam tak berkutik. Marah Maisara semakin memuncak.

“Kenapa kau langsung tak pernah cakap yang kau kena buli. Buli yang hampir meragut nyawa?!!! Kim cakap kalau dia tak sampai lebih awal, tentu kau dah arwah!! Kenapa Mamat?!! Kenapa simpan semua ni sorang-sorang?!!” suaranya melengking kuat.

“Aku bukannya tak mahu cerita dan aku... tak nak pun rahsiakan benda ni dari kau. But it’s just so hard for me... at that time. Aku rasa sangat helpless. Aku nak luahkan semuanya pada kau. But then, on another side. Aku hanya nak kau tahu yang aku gembira kat sana. Tak ada masalah macam di Malaysia. Tiada kes buli macam yang pernah berlaku kat aku dulu.” Jelas Azam satu persatu.

Air mata Maisara jatuh. Kalau tak kerana Kim bercerita dia takkan tahu kisah lampau, cerita sebenar Mamat di Korea. Kes buli. Pergaduhan. Diet yang melampau. Masuk hospital. Stress. Kaunseling.

One more thing, sebab nak kurus. Kau sanggup telan macam-macam pil. Langsung tak nak makan nasi. Hari-hari makan sayur dengan buah. Keluar masuk hospital 2 minggu sekali sebab kurang air dalam badan. Anemia. And all things that’s doesn’t make sense at all. Why Mamat?Kenapa kau tak pernah langsung ceritakan benda ni kat aku.”

Once again I don’t want to make you worry about me. Aku nak kurus sebelum jumpa kau. Aku nak nampak lain depan kau. Itu saja. Tapi aku sedar, cara aku salah. Sangat salah.”

“Mujur kau jumpa Kim kan? Dia yang tolong kau atasi semua benda ni kan? Kim cakap keadaan kau masa tu sangat teruk. Hopeless. Butkau ada semangat yang kuat untuk berubah. Finally kau bangkit. Bangun. And you become a strong person. Kim cakap dia tak pernah jumpa orang yang macam kau. Sahabat yang macam kau. Dia cakap kau bukan kawan tapi saudara dia. Mungkin dia dah tolong kau. Tapi kau lebih dari tu. Kau tolong dia cari Tuhan. Agama yang sebenar. Islam.

Masa kau bagi tiket kat aku tadi. Memang aku marah. Terkejut sangat. Tapi... aku teringat perbualan aku dengan Kim. Aku sedar. Mereka bukan sekadar kawan. Dorang tu, dah macam adik beradik dengan kau kan? Sebab tu, kau sanggup tangguhkan pertemuan kita setahun yang lalu betul tak? Untuk tolong dorang kan?”

“Mai...”

“Aku maafkan kau, Azam Hairi!! Aku tak marah. Sebaliknya aku memahami. Setiap apa yang kau buat. Semuanya untuk sahabat kau kan? Mungkin aku cakap kau pentingkan diri. Tapi kadang-kadang tu kau lebih pentingkan orang lain daripada diri kau sendiri. Dan itu Mamat yang aku kenal.”

“Mai, yang sebenarnya... aku juga sebahagian dari dorang. Aku vokalis Angin Band.” beritahu Azam takut-takut.

Mai ketawa perlahan. Dia dah pun mengetahui semua tu dari Kim. Segala hal Azam semuanya dia cerita. Tak sangka, jujur sungguh Kim Ji Hun sorang ni.

“Aku tahu. Dah, tak payah nak buat muka risau tu. Kau bernasib baik tau. Ada kawan macam Kim. Kalau bukan kerana dia aku takkan maafkan kau.”

Azam senyum senang. “Kau jadi pergi tak konsert ni lusa?”

“Dapat tiket percuma, VIP lagi. Tentulah. Eh, kau bagi aku dua keping tiket kan? Aku boleh ajak kawan aku lah kan?”

Azam angguk. “Tentulah boleh. Aku tak nak kau bosan pulak nanti,”

“Kenapa pulak nak bosannya?”

“Sebab aku akan buat special stage nanti. Nak suprisekan peminat. Plus, kau dengan Nizam masih mogok kan?”

“Kau jangan nak sebut nama jantan tu,” Berubah terus air mukanya.

“Hoi, jantan kau kata. Dia kembar aku tu. Adik aku.”

“Kau lain. Dia lain.”

“Cukup-cukuplah tu. Kalau kau boleh maafkan aku. Maafkanlah dia juga. Dia tak bersalah pun sebenarnya. Dia cuma termakan pujukan aku. Aku yang rayu dia. Jadinya Mai, tolong demi aku. Berbaiklah dengan Nizam. Boleh? Dia pun kawan kau kan? Lagi pula, dia yang tolong kau turunkan berat badan kan?”

Dia buat dah. Ayat Mamat, kalau nak memujuk dan merayu mulalah formal semacam. Bahasa yang dia pakai pun Bahasa Melayu Tinggi. Dan itu menunjukkan dia serius mahukan Maisara maafkan adik dia tu.

“Okey. Tengoklah macam mana nanti,” acuh tak acuh dia jawab.

Azam merenung tasik di hadapan. Kebahagiaan Nizam, kegembiraannya juga. Dia redha andai jodohnya tidak tertulis bersama Maisara.

Bagi Maisara pula, segala apa yang di dengarnya dari Kim tentang kisah sebenar Azam di Korea membuatkan dia tersentuh hati. Dia tertanya sendiri. Apakah dia tega melukakan Azam yang mencintainya sejak dulu lagi?

Previous: BAB 22
Next: BAB 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.