BAB 15

SUATU KETIKA DAHULU, padang sekolah yang kosong dan luas ini pernah menjadi tapak jajahan mereka. Selesai sesi persekolahan, mereka tidak terus balik tetapi mereka akan lepak dahulu di bawah pohon angsana sambil membuat kerja sekolah. Selepas itu pula, mereka akan ke pantai dan kemudian barulah pulang ke rumah. Leteran ayah dan ibu tika itu, memang berbisa dan berbirat juga badan di buatnya.

Maisara tersenyum sendiri sebelum melabuhkan duduk. Nizam kerut kening. “Kenapa kau senyum?” tanyanya.

“Teringat zaman kita masih mentah dulu. Di bawah pohon ni dulu kita selalu lepak, borak kosong. Sembang pasal impian kita. Ternyata impian kita tercapai. Kau dan aku kita sama-sama jadi interior designer kan?”

Nizam hanya menggangguk. Impian kita? Along pernah nak jadi interior designer ke dulu?

“Nizam aku nak tanya sikit boleh?”

“Tanyalah!”

“Kau ada awek?”

Nizam ketawa bisu. “Kenapa kalau takda, kau nak jadi awek akukah?”

Maisara ikut ketawa. “Tak ingin aku.” Maisara senyap. Kiranya maksud dia... “Hold on, maksudnya kau dah adalah ni. Siapa nama dia? Awek Korea iya?”

Nizam tanpa sedar mengangguk, kemudian dia terkesima sendiri. Halamak?

“Nizam, cakaplah apa nama dia?” gesa Maisara.

“Yuri! Yoon Yuri.” ujarnya mendatar tanpa rasa.

Maisara angguk. Namanya pun sedap, pasti orangnya cantik. Bukan macam aku yang montel dan debab kan? Eh, kenapa aku bunyi macam kecewa sangat ni? Maisara berdehem kecil. “Kiranya cinta jarak jauhlah ni?”

Nizam menarik senyum di pinggir bibir. “Kau tanya aku ni. Kau dah ada yang punya?”

“Sekarang mungkin tak. Tapi siapa tahu esok lusa aku akan bertemu si dia kan?”

“Siapa? Peminat yang hantar bunga kat kau tu?” tanya Nizam agak keras.

Maisara angkat kening. Ni apahal nada Nizam semacam ni? “Kalau dia munculkan diri, apa salahnya. Aku mungkin akan pertimbangkan. Tak salah pun kan setakat berkenalan.”

Nizam gigit bibir. “Kau jangan mudah percayakan orang, Manalah tahu, orang tu sengaja nak permainkan kau. Nanti kau juga yang akan terluka, sengsara.”

Maisara memeluk tubuh. “Apa masalah kau ni? Kau cemburu? Takkan kau ambil serius dengan janji kau masa kita kecik dulu?”

Nizam terdiam. Janji? Janji apa? Along tak cakap apa pun? Dia menelan liur. “Taklah. Aku cuma menasihatkan kau agar jangan mudah terpedaya.”

Maisara renung Nizam tajam. “Kenapa? Takut aku kenal orang yang macam kau, yang berpura-pura tak kenal aku. Ingat habis suprise sangatlah tu.”

Nizam menidakkan sesungguhnya. “Mana ada, sungguh aku pun baru tahu. Berapa kali aku nak cakap ni?”

Maisara gelak. “Ya, aku tahu. Kau ni cepat betul menggelabah. Kelakarlah.” Maisara diam. “Tapi tak sangka kan, rupanya kaulah Mamat, si debab tu. Mungkin sebab dulu kau gemuk, jadi bila dah dewasa ni, payahlah sikit aku nak mengecam kau kan? Ironinya, aku pula yang montel, terbalik pula kan?”

Maisara dan Nizam sama-sama tersenyum panjang. Ya, siapa sangka, percaturan Tuhan begini jadinya. Tanpa di duga mereka di pertemukan semula, tetapi saling tidak mengenali. Indahnya takdir tiada siapa yang tahu.

Malangnya dia bukanlah Mamat, dia hanyalah si penyamar yang di paksa menyamar. Kalaulah Maisara mengesyaki, malah lebih berat lagi mengetahui kebenaran ini. Alamatnya, hancur sudah hidupnya. Sudahlah dia tidak mungkin dapat memiliki Maisara, malah terpaksa berdepan dengannya seharian. Sungguh hatinya terasa di siat. Senyuman itu, gelak ketawa itu bukan untuknya. Semuanya untuk Mamat.Nizam mendesis kecil.

SEBAIK selesai janji temunya dengan Maisara, dia terus bergegas ke hospital. Mesej yang di terima, membuatkan dadanya berdebar. Kereta di pecutnya selaju mungkin. Sebaik sahaja memasuki wad Azam, matanya terbeliak. Bulat. Seakan tidak percaya dengan apa yang di lihatnya. Cepatnya mereka sampai, desisnya kecil.

“Bangapsseumnida, aju oraenmanieyo keutjji? Bogoshipeoyo. (Seronoknya dapat jumpa kau lagi, dah lama kan? Rindulah kat kau) ” ujar Seungjae.

Nizam sengih. Dia angkat tangan. Terasa lain pula pula di pendengaran setelah lama tidak berbahasa Korea semenjak balik ke Malaysia. “Anyong, chingu ya. ”

Azam memandang Nizam penuh sangsi. Dia pelik macam mana mereka boleh tahu dia masuk hospital. Ini mesti Nizam yang beritahu.

Nizam gugup. Tidak di sangkanya begitu cepat mereka terbang ke sini. “Seungjae, bukan korang kata akan datang lusa ini ke? Kenapa awal sangat?”

Kim yang mencelah, “La, kenapa tak boleh? Peliklah kau ni. Mamat kan sakit, patah kaki pulak tu, mestilah kami harus bergegas datang sini,” Dia tergelak kecil.

Jun dan Hyun geleng kepala, “Bukan patah kaki, dia cuma alami kelumpuhan sementara!”

“Erk? Jinjia? Miane? (Betulkah? Maaf?) Silap sebutlah!” Mereka berenam melepaskan tawa kecil atas kesilapan Kim itu.

Hening seketika.

“Kenapa kau nak rahsiakan dari kami? Kita orang ni bukan kawan kau ke? Kalau tak kerana adik kau yang beritahu, sampai sudah kami tak tahu! ” Kim mula membebel.

“Majayo! (Betul tu!) Rupanya kau dah tak anggap kami kawan iya sejak balik ke Malaysia? Kacang lupakan kulit. Kita semua dulu bagaikan aur dengan tebing, tidak di sangka engkau tikam kami dari belakang! Cis, Jebat derhaka!” ucapnya penuh beremosi ala-ala zaman kesultanan Melayu Melaka. ( yang di buat-buatlah)

Kata-kata Jun yang bagaikan bermadah itu membuatkan semua orang terdiam seribu bahasa. Jururawat yang baru sahaja menjengahkan muka di depan pintu, ternganga luas mulutnya.

Mereka yang lain cuba menahan tawa. Pastinya cik jururawat ini hairan bin pelik mendengar lelaki Korea seperti Jun, berbahasa Melayu! Atau sebetulnya dia terkejut melihat mereka berlima, artis popular Korea, Angin Band!

“Cik Misi?Angyonghaseyo! ” sapa mereka berlima. Jururawat itu kaget lantas berlalu pergi. Kesemuanya menggeleng sebelum ketawa terbahak-bahak. Nizam senyum dalam diam. Perangai mereka yang suka mengusik itu tidak pernah berubah.

“Nampaknya kita orang kena pergi, kalau tidak nanti, kecoh hospital ni.” ujar Jang yang sejak dari tadi mendiamkan diri. Semua kepala mengangguk.

“Okeylah, chingu. Kita jumpa kat rumah kau. Lusa ni kau keluar kan?” kata Kim.

Azam mengecilkan mata. “Rumah aku? Korang duduk rumah akukah?”

“Yalah. Kau nak kami menginap kat hotelkah? Sampainya hati kau kan?” ujar Hyun pura-pura marah.

“Taklah, maksud aku bukan korang datang buat showcase ke kat sini?”

“Memanglah. Tapi itu minggu depan. Di sebabkan kaulah kita orang terus datang sini lebih awal. Boleh pula dia nak halau kita. Tak berperikemanusiaan sungguh!” Sekali lagi Jun berkata dengan penuh berbahasa.

“Ingat! Sekali kita berkawan, ianya untuk selamanya. All for one. One for all!” tingkah Seungjae pula.

Azam angguk. Terharu dengan semangat setiakawan mereka. Nizam tersenyum nipis, moga dengan kehadiran mereka ini, kelukaan Azam kerana gagal bertemu Maisara, sedikit sebanyak dapat di ubati.

Kim mencelah tiba-tiba, “Kau dah jumpa Maisara?” Sebaris soalan itu membuatkan semua mata tertumpu pada Azam. Azam menelan liur. Nizam pandang lantai. Soalan cepumas itu, terlalu bernilai untuk di jawab.

Azam teragak-agak mahu menjawab, “Sebetulnya hari ini, tapi tengoklah keadaan aku ni. Jadi mana mungkin kan?”

Kim memandang Azam dengan sejuta pertanyaan. “Kau mungkin tak jumpa dia, tapi... dari apa yang aku rasa dan sepanjang aku kenal dengan kau. Aku pasti kau dah pun hantar wakil kan?” Kim angkat kening, “Baik kau cakap yang sebenarnya!” desak Kim.

Azam dan Nizam terdiam. Saling berpandangan. Tebakan Kim memang tepat, kena pada sasarannya. Tiada tempat untuk mereka melarikan diri. Cakap mereka tika ini tiada berbaloi. Pembohongan mereka tidak bermakna kerana yang berdiri di sini semuanya yang sudah masak dengan perangai mereka. Inilah kekurangannya setelah bersahabat lebih 10 tahun. Luar dalam semuanya hampir mereka tahu. Tiada lagi rahsia.

Azam akhirnya menjelaskan, “Aku tak ada pilihan lain. Aku tak nak hampakan Maisara sebab tu aku suruh Nizam gantikan tempat aku. Ini hanya sementara. Lagipun Maisara tak tahu aku ada kembar. Jadi,not a problem at all!”

Seungjae geleng kepala, “Benda ni bukannya pertandingan badminton masa kita sekolah dulu. Tahu tak dengan buat begini, ianya akan melukai Maisara? Dan juga mungkin kau sendiri?”

Nizam menelan liur. Semua mata kembali memandangnya.

Hyun memeluk tubuh sambil berkata, matanya merenung tajam ke arah Nizam. “Kau pula, kenapa boleh termakan dengan pujuk rayu si dungu ni?”

Jun pula menyambung, “Setahu kami, kau paling bertegas dalam benda yang macam ni. Masa zaman sekolah, kami suruh kau menyamar jadi Mamat, kau tolak sekerasnya. Sekarang apa dah jadi?”

Jang pula mencelah. “Aku tahu kau hormatkan along kau ni, tapi benda macam ni, tak elok di buat bermain. Benda ni kalau dah melibatkan perasaan orang, akibatnya akan memakan diri sendiri nanti!”

Sepi seketika. Nizam tertunduk memandang lantai, “Sebenarnya, ada sesuatu yang aku nak beritahu kau, long!”

“Apa dia?”

“Hmm...yang sebenarnya Maisara dah tahu pun kita ni kembar.”

“Maksud kau? Kau dah beritahu dia? Kau tak menyamar jadi aku?” tanyanya. Wajahnya mula di bayangi keresahan.

Nizam geleng. “Bukan. Maksud aku dia dah tahu terlebih awal. Kau ingat tak lagi budak montel yang kau jumpa di klinik dan kemudiannya terserempak di resort?”

Azam menganggguk laju. “Riana? Mestilah aku ingat, dia kan kawan sepejabat kau. Kenapa dengan dia?”

“She is Maisara!! Nama penuh dia Riana Maisara bt Khairuddin!” jelas Nizam. “Ini buktinya,” Nizam menghulurkan sekeping gambar yang Maisara berikan padanya pagi tadi.

“Borago??!!( Apa??!!)” Bulat mata Azam mendengar penjelasan Nizam, tambah pula dengan bukti yang ada pada tangannya.

Mereka yang lain masih kekal menjadi pemerhati dan pendengar setia. Suasana sepi dan hambar. Sehinggalah, Kim mencelah membuat kesimpulannya sendiri. “Pendek kata, Riana itu adalah Maisara. Maisara adalah Riana. Mereka orang yang sama? Jadi, selama ini kau dah pun jumpa dia, cuma tak dapat mengecam dia?”

Pertanyaan Kim di biar sepi, tidak di jawabnya. Nizam di pandangnya, namun bicaranya tidak terluah.

Pasti sukar bagi Nizam membohongi Riana. Ini semua salah aku.

“Sekarang, penyelesaiannya sama ada beritahu perkara sebenar ataupun memilih untuk meneruskan ‘permainan’ ini? Semuanya terpulang pada kau, Mamat. Apa-apa pun keputusan kau, kami tetap menyokong kau. Tapi, harapnya kau memilih untuk berkata benar,” Hyun bersuara memecah sepi bagi menyuarakan pendapatnya.

Kim menganggguk bersetuju. Begitu juga yang lain.

“Masih belum terlambat, untuk kau ubah semua ni. Kalau korang berdua takut tak dapat buat, kita orang kan ada.” ujar Jun.

Azam mengeluh perlahan. Nafas di tarik dalam-dalam. Satu persatu wajah teman-temannya singgah di mata. “Nizam, aku rasa sampai sini saja penyamaran kau. Aku dah buat keputusan, aku sendiri akan jumpa dia!”

Nizam tersenyum penuh kelegaan. Tapi...bagaimana nanti penerimaan Riana?

“Tapi, along kau kena buat persediaan terlebih dahulu. Aku takut Ria akan mengamuk nanti. Pagi tadi, dia dapat tahu aku Mamat dan sekarang kalau kau beritahu kau Mamat. Pasti dia akan ingat kita sengaja permainkan dia.”

Azam angguk. Ada betulnya juga kata Nizam.

“Kalau begitu, aku ada terfikirkan sesuatu. Aku ada idea.” ujar Kim memecah sepi. Dia tersenyum penuh makna.

“Moeyo? Malhaebwa! (Apa dia? Cakaplah!)” gesa Hyun mewakili mereka yang lain.

Azam mengecilkan mata, “Aku harap rancangan kau ni boleh di terima pakai.”

Kim sengih. Senyumannya melebar. “Begini caranya....”

Mereka semua mendengar dengan penuh tekun dan teliti setiap butir bicara yang keluar dari buah fikiran Kim. Mereka berlima terangguk-angguk mengerti. Kim memang otailah. Genius.

“Aku harap, semuanya berjalan seperti apa yang di rancangkan, kalau tidak...” kata-kata Nizam terhenti di situ.

Kim menepuk bahu Nizam, “Hei, kita orang kan ada, jadi jangan risau. Fikirkan yang positif bukannya negatif!”

Azam tersenyum tawar. “Terima kasih, Kim. Dan kau Nizam, maaf aku dah beban dan libatkan kau dalam hal ni, dan korang juga.”

Satu persatu wajah sahabat dan adiknya di pandang. Sungguh dia rasa bersyukur kerana di kurniakan teman-teman dan adik sebaik Nizam yang menyedarkan kesilapannya.

“Bukankah kita di tuntut untuk saling ingat-mengingati dan saling menyampaikan kebenaran?! Aku tak nak kau berada dalam kerugian. Itu sahaja! Selain itu, kita bukan kawan, kita saudara!” ujar Seungjae tegas.

Mereka yang lain menggangguk mengiyakan.

Previous: BAB 14
Next: BAB 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.