BAB 24

“TUNGGU!!” jeritnya kuat sebaik sahaja dia lihat pintu lif hampir tertutup. Sebaik masuk ke dalam perut lif. Badannya kejung terus. Beku. Dia. Lelaki yang ingin di jauhi. Sesaat mereka berbalas pandang. Kemudian sorang pandang kiri. Sorang lagi pandang kanan.

Dejavu. Teringat. Benda ni macam pernah terjadi. Nizam mengorak senyum nipis. Kejadian terkurung di dalam lif. Pertemuan pertama antara dia dan Maisara.

Maisara sembunyi-sembunyi pandang Nizam. Dia nampak Nizam tersenyum. Keningnya terangkat dua inci. Apahal tetiba senyum?

“Ria, kau nampak semakin kurus.” ujar Nizam tak semena-mena.

Maisara tidak segera berpaling. Suara Nizam yang tiba-tiba bergema menghuni ruang sunyi antara mereka itu sememangnya suatu keajaiban. Ke mana perginya mogok suara antara mereka? Tetapi sebetulnya, bukan Nizam yang mogok, dia yang menjauhkan diri dari Nizam. Nampak sahaja kelibat Nizam dia cepat-cepat melarikan diri. Mungkin sebab tu Nizam pun takut nak dekat dengannya. Mungkin dia ingat Maisara masih marah tapi hakikatnya, tidak.

“Maksud aku, berat badan kau dah makin susut. Kau tak makan ke?”

“Aku diet.” Jawabnya sepatah.

Luahan hati yang tak di rancang itu benar-benar membuatkan dia segan dengan Nizam. Sampai sekarang dia marahkan diri sendiri kerana terlalu berani menyatakan cinta. Tapi nampak gayanya hari ini memang tak boleh nak mengelak. Langsung!!

Lif ni pun satu hal. Apahal tak bergerak-gerak pun. Hai, takkan kejadian yang sama berulang lagi kot?Maisara telan liur. Harapnya tak.“Nizam. Lif ni rosak ke?” Wajah Nizam masih tak di tatapnya.

Nizam sengih kemudian garu kepala. Dia pandang butang lif. “Erk, aku terlupa tekan nomborlah.”

Mata ni asyik pandang Ria je, sampai butang lif pun lupa nak tekan. Nizam kau ni dah kenapa? Nizam mengutuk dirinya sendiri dalam hati.

Maisara tak terkata apa. Kosong. Rasa nak tergelak pun ada. Rasa nak marah pun ada. Dia pandang Nizam tak beriak. Mulutnya mengulum senyum. Nizam ni kalau datang kalut dia memang kelakar.

Akhirnya masing-masing tergelak. Kemudian terdiam terus. Sepi. Sedar yang keadaan itu agak kekok sebenarnya bagi mereka berdua yang sudah lama tak bercakap dan berbual mesra seperti dulu. Nizam spontan menekan punat nombor lif. Apabila pintu lif terbuka. Dua-dua terus menonong keluar.

Tiba di meja, Rifa dan Zana pandang dia semacam. “Kau kenapa? Kena kejar dengan hantu ke?” tanya Zana.

“Tak. Tak adalah.” jawabnya sambil pura-pura memeriksa fail yang berterabur atas meja.

“Oh, tahu dah.” kata Zana sambil tersenyum panjang apabila ternampak kelibat Nizam yang baru sahaja lalu di depan mereka.

“Kau naik lif sekali dengan dia?” tebak Zana.

“Mana ada.” sangkal Maisara.

“Ada je kan?” celah Rifa sambil tersenyum lebar.

“Korang masuk pejabat pun sekali kan?” tanya Zana.

“Kebetulan saja. Jumpa kat bawah.”

“Kebetulan yang indah,” usik Zana sebelum berlalu ke mejanya. Rifa di sebelah sudah tergelak-gelak suka. Maisara tertunduk memandang mejanya.

“KAU BIAR BETUL?? Biar betul-betul?! Azam tu Harry bekas vokalis Angin Band??! Boyband Korea yang makin meningkat popular tu?” tanya Rifa sekali lagi bagi memastikan dia tak salah dengar.

Maisara angguk. Dia dah mengagak ini yang akan terjadi kalau dia bercerita perkara yang sebenar tentang Azam. Ini semua tiket konsert tu punya pasal. Kalau tidak, biar sahaja benda ni kekal sebagai rahsia.

“Betullah. Kau pun tahu kan? Aku ni bukannya layan Korea sangat macam korang berdua, yang aku tahu, Super Junior dengan Ft-Island. Itupun sebab korang minat 2 boyband ni. Itu sahajalah. Kalau tanya pasal artis Amerika dengan Jepun. Hah, yang tu aku memang pandai.”

“Tapi macam mana kau boleh dapat tiket ni? VIP pulak tu. Mahal kot,” soal Rifa lagi. Zana di sebelahnya dah menggeleng kepala.

“Rifa kau ni dari tadi aku dok cerita. Kau tak faham lagi ke?” Maisara mula geram. Tak larat dah dia nak mengulang ayat yang sama. “Kawan-kawan Azam yang bagi. Diorang cakap ni hadiah untuk aku. Dan juga sebagai minta maaf. Sebab dorang, Mamat tak jadi balik tahun lepas!! Ada faham?”

Zana gelak melihat reaksi beku Rifa. Dia pun terkejut juga dengar cerita Maisara yang macam tak masuk akal ni, tapi dah kenyataan depan mata. Lagipun, tiada yang mustahil di dalam dunia ni kan?

“Hoi, aku tahu kau tu hantu Korea, tapi tak payahlah buat muka sampai macam tu sekali. Aku pun minat juga tapi taklah over the top macam kau ni. Nama saja dah ada suami. Perangai masih tak berubah! Nasib baik tak ada anak lagi. Kalau tak memang berkali ganda pelik tau.”

Rifa mencebik. Kata-kata Zana umpama masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tidak di endahkannya. Matanya terkelip-kelip memandang Maisara. “Kau cakap kau ada dua tiket kan? Antara aku dengan Zana kau nak ajak siapa?”

Maisara diam, dia tengok Zana. Zana tersenyum panjang. “Aku tak minat sangat kumpulan ni. Kau ajak sajalah bini orang yang tak sedar diri ni.”

Rifa tarik muncung. “Sempat lagi kau mengata aku ek?”

“Kenyataan kan? Kau ingat kau tu masih remaja? Kanak-kanak riang ribena?” Zana masih lagi dengan provokasinya.

Maisara menahan tawa. Hai, macam budak-budaklah dorang ni.

Tiket yang Maisara bagi, di ciumnya kemudian di tayang ke udara. “Ada aku kisah. Janji aku bahagia. Amri pun tak kata apa. Dia okey je. Kau cemburu kan sebab suami aku ni jenis yang sporting? Betul tak, Ria?”

“Sudah-sudah. Aku tak nak masuk campur. Nanti jadi cerita lain pula. Esok kita jumpa kat sana okey?” sengihnya.

Rifa pantas memeluk Maisara dengan eratnya. “Riana Maisara, terima kasih banyak-banyak. Kalau tak kerana kau aku takkan dapat tengok dorang ni secara dekat tau. Setiap kali beli tiket, aku tak pernah dapat yang VIP punya, sebabnya cepat sangat dah sold out. But this time, not anymore. Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat.”

Mai dan Zana ketawa sakan dengan gelagat kawan mereka yang sorang ni. Kalau bercerita bab Korea dengan minah ni sampai ke Subuh pun tak akan habis.

DARAHNYA mendidih tiba-tiba. Seingatnya pagi tadi, tayar keretanya elok sahaja ada angin. Siapa punya kerja ni. Habis keempat-empat tayar keretanya pancit.

“Kenapa dengan tayar kereta kau ni?” sapa satu suara.

Tanpa memandang pun dia sudah tahu siapa gerangan yang bertanya itu. “Tayar pancit. Entah sapa punya kerja. Tadi pagi masa mai kerja. Okey je.”

“Berapa tayar yang pancitnya?”

“Kau buta ke apa? Tak nampak?” tempelaknya kuat. Aku dahlah tengah panas ni. Banyak pula tanya mamat ni.

Terkebil-kebil mata Nizam. Boleh tahan juga minah ni, kalau naik darah. Tapi dia pun satu. Benda dah depan mata, masih juga gatal nak bertanya itu ini. “Janganlah marah. Aku tanya je,”

“Nak tanya apanya? Benda dah depan mata kan? Empat tayar kereta aku kempis habis. Nampak sangat ada orang yang sengaja nak kenakan aku. Kalau aku dapat tahu siapa punya kerja ni. Aku belasah dia cukup-cukup,” Maisara menggepal penumbuknya. Sinar matanya itu menyakinkan Nizam yang Maisara benar-benar serius nak mencepuk orang yang memperdajalkannya.

“Dah-dah. Tak payah cakap banyak. Aku telefon mekanik. Biar dorang selesaikan. Jom aku hantar kau balik.” Putus Nizam.

“Tak payahlah. Aku naik teksi.” Tolaknya.

“Teksi apanya. Kau pun tahu kan? Kawasan pejabat kita ni, susah nak dapat teksi.” Nada suara Nizam sedikit meninggi. Degil tak bertempat si Riana ni.

Maisara mendesis kecil. Nizam ni, takkan kau tak tahu kenapa aku tolak naik dengan kau. Ish, kurang kesedaran ke apa.

Akhirnya mahu tak mahu. Dia tumpang juga kereta Nizam malam tu. Sepanjang perjalanan, yang kedengaran hanya lagu-lagu di corong radio. Dan, malam itu menjadi saksi, tembok yang di bina antara mereka pecah juga akhirnya.

“Ria,”

“Hmm...?”

“Kenapa diam je dari tadi.”

“Tanya orang. Kau tu tak?”

Nizam sengih tawar. “Kau masih marahkan aku?” Hati-hati dia bertanya.

Maisara masih diam. Sekilas wajah Nizam, di kerling dengan hujung mata. “Tak. Cuma entahlah. It’s just... so unacceptable. Still...Segala yang berlaku cepat sangat. I just dunno how to adapt. Just that.

“Oh...” panjang bunyinya dari Nizam.

“Oh?” Terangkat seinci keningnya.

Nizam senyum. “Aku ingat kau langsung tak nak bercakap dengan aku dah.”

Like I said just now. I just dunno how,”

Then we still be a friend?”

We always are. Aku bukan jenis yang mudah putuskan persahabatan. You should be thankful of that. Both of you. You and your big brother,”

Kamsahamnida,chingu. You are one of a kind person I’ve ever ever met,

My pleasure, then,”

“Weh, seriously, aku sumpah yang aku takkan buat kerja gila ni lagi.”

“Tak payah nak bersumpah. Karang sumpah tu makan diri. Ada faham.”

Nizam angkat tangan. “Baik, puan!!”

“Tengok tu.”

Nizam ketawa. “So, let us just forget whatever happened for the last few day okay?!” ujarnya penuh mengharap.

Maisara angguk. “Step by step!”

Nizam senyum kemudian dia terangguk perlahan.

Previous: BAB 23
Next: BAB 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.