BAB 35

“HAI, boleh saya duduk sebelah awak?” sapa satu suara.

Azam yang ralit melayan perasaan di bangku taman mini pusat peranginan itu menoleh. Senyuman teman sekerjanya itu menyapa pandangan. Tiada suara. Dia sekadar mengangguk tanda membenarkan.

“Dua tiga hari ni aku tengok kau buat kerja macam bukan orang.” Kenyataan bukan pernyataan. Hanya jasad Azam berada di sini. Namun, semangatnya bagaikan hilang. Dia seperti robot. Kerja tanpa mengenal erti penat lelah.

Masih tiada balasan dari Azam. Hanya dengusan kecil kedengaran.

“Azam, kenapa ni? Aku tengok kau macam ada masalah aje.”

Diam lagi. Masih sepi tanpa suara.

Once again, spill it!! Aku tahu kau memang ada masalah kan?” suaranya sedikit meninggi.

Akhirnya Azam bersuara setelah sekian lama membisukan diri. Dia mengumam rendah. “Kalau aku cakap pun, bukannya kau boleh tolong pun!”

“Kau jangan tak tahu. Aku dulu ahli kelab pembimbing rakan sebaya tau. Bab selesaikan masalah ni, kau serahkan aje kat aku. Gerenti, boleh selesai punyalah.”

Azam tersenyum kecil. Geli hati. Rakan sekerjanya ini memang tak kenal putus asa. Orangnya ceria sepanjang masa. Jarang untuknya melihat dia bersedih apatah lagi bermasam muka sesama rakan sekerja.

“Amelia Farhana. Kau memang lain dari yang lain.” Gelengnya dalam senyuman.

“Dia senyum pulak dah. Tadi masam bukan main!” Amelia mengerut dahi tak faham. “Kau ni betul ke tidak ni?”

“Aku bukan tak nak cerita, Ame. Cuma benda ni terlalu peribadi.”

“Peribadi? Hmm... let me guess, it’s bout’ that girl, Mai, after all right? Kalau itu yang kau cakap peribadi. I’m couldn’t agree more! Beside, just her, that can turn you upside down right?

Azam tersenyum pahit. “Yeah, you got me! Finally, dia dah confesskat aku. Dia mengaku. Segalanya!”

Amelia sedikit terkejut. “Maksud kau, dia memang...” Dia tak mampu meneruskan kata, bimbang jikalau ianya menghiris hati Azam.

“Aku tak pernah rasa sakit yang macam ni. Sungguh aku bukan mat jiwang. Aku tak reti nak bermadah. Aku tak pandai nak luah perasaan. Aku juga cepat mengalah. Tapi... mengalah pada orang yang paling kita sayang, tak salah kan?”

Amelia memeluk tubuh. Pandangan di lontar jauh. Sepanjang dia mengenali Azam, inilah kali pertama dia melihat lelaki ini tak bermaya. Sugul. Muram. Adakalanya pula, dia kelihatan penuh bertenaga, macam hari ini. Mengenai Maisara, hanya kebetulan aje dia boleh tahu. Sebabnya dia ternampak gambar Maisara terjatuh dari dalam novel yang tengah dibaca Azam tika itu. Maka, Azam pun... menceritakan perihal Maisara serba sedikit kepadanya.

Dia memandang Azam sekilas. “Pada pendapat aku, kau kuat. Sangat tabah. Bukan semua orang boleh buat macam yang kau buat ni tau. Kau satu dalam sejuta!”

Azam tersenyum sinis. Satu dalam sejuta? Aku tak sebaik itu, Ame. Tak setabah itu.

“Mungkin ya. Mungkin tidak. Aku ada cakap kat ibu, minta dia pinangkan Mai untuk Nizam. Dan kau nak tahu tak? Ibu marah aku. Dia suruh aku fikir balik. Dan... ya. Bila aku fikir-fikirkan semula. Aku ni memang bodoh. Bodoh untuk melepaskan gadis yang aku cintai selama 11 tahun. Sepatutnya aku kejar cinta aku. Gunakan setiap peluang yang ada masa aku lumpuh dulu.

Dan... mungkin orang boleh kata, aku boleh gunakan masa lalu kitaorang untuk memikat dia. Kenangan kami bersama. Tapi... itu semua tak ada gunanya. Dia tak suka aku pun. Dia suka adik aku! Dia mungkin sayangkan aku, cintakan aku tapi tak sama macam dia cinta dan sayangkan Nizam!” Titis demi titis, mutiara jernih itu bah jua akhirnya.

Azam sendiri tak tahu mengapa. Dengan Amelia, dia begitu mudah meluah perasaan. Dia selesa bercakap, berbual dengan Amelia sebab dia tahu Amelia takkan menjaja ceritanya pada staf di sini. Mungkin juga sebab di sini, di resort ini, hanya Amelia yang tahu rasa hatinya. Hanya Amelia yang tahu, betapa dia cintakan Maisara.

Suaranya serak bertanya. “Ame, kenapa bukan aku yang dia cinta? Aku yang terlebih dahulu mengenali dia. Sejak kecil sampailah sekarang, aku hanya cintakan dia seorang. Aku tak pernah pandang perempuan lain selain dia. Sebelas tahun aku tunggu untuk berjumpa dia. Sebelas tahun aku bersabar. Sebelas tahun aku menahan rasa... kenapa bukan aku?!!” nadanya penuh dengan kepiluan.

Amelia sendiri menahan sebak. “Azam... aku tak boleh nak cakap banyak sebab aku tak rasa apa yang kau rasa. Benda ni, aku tahu tak mudah. Tapi tetap tak mustahil kan? Ingat, hati tu bukan manusia yang pegang tetapi Allah. Hari ni mungkin hati kau sarat dengan rasa cinta untuk Maisara tapi mana tahu esok lusa, Allah gerakkan hati kau untuk mencintai gadis lain, who knows, right?

Azam diam. Perlahan-lahan dia mengangguk. Hatinya sedikit terpujuk. Ya, semoga suatu hari nanti hatinya terbuka untuk mencintai gadis yang lain. Bak kata pepatah, bunga bukan sekuntum!!

HARI INI entah apa yang merasuk. Dia boleh pulak datang sorang-sorang ke sini. Jalan-jalan tanpa arah tujuan. Window shopping. Raina nak teman di tolak. Dia ingin bersendirian. Tenggelam dalam keramaian orang.

Kata-kata Azam dua tiga hari yang lepas masih terngiang jelas. Kenapa Mamat begitu baik? Ikhlaskah dia melepaskan aku? Kata Mamat, Nizam juga sukakan aku? Betulkah? Tapi... mungkin juga tidak, sebab itu mungkin andaian Mamat aje kan? Tapi reaksi Nizam bila Alex datang ke pejabat cari aku kelmarin, lain macam aje aku tengok... macam dia cemburu tapi mungkin sebab dia tak nak aku dekat dengan lelaki lain selain Mamat. Hmmm...

Kaki tanpa sedar melangkah masuk ke dalam kedai buku. Dan tak tersangka dia boleh terserempak pulak dengan Alex.

Heya, girl. Jumpa lagi kita,”

Maisara mengoyak senyum di pinggir bibir. “Tu, awek baru kau ke?” tanyanya separuh berbisik merujuk kepada perempuan yang tengah membelek buku tak jauh dari mereka.

Alex mengulum senyum, “Taklah, Dia spare part aku je. Kau barulah awek aku!!”

“Ha. Ha. Kelakarnya.”

Alex ketawa. “Dia anak sepupu ayah aku, baru aje datang dari Korea semalam. Saja aku bawa dia jalan pusing-pusing KL.”

“Yalah tu. Boleh percaya ke?”

Belum sempat Alex nak menjawab gadis kecil molek itu datang menghampiri mereka. “Lex, jom. Eh, siapa dia ni? Yeoja chingu ( teman wanita) ?”

Alex geleng dalam senyuman. “Mungkin ya, mungkin tidak.”

Gadis itu mengerut dahi tak faham.

She’s my junior,”

Gadis itu angguk. “Hai, nice meeting you, I’m Yuri.” Beritahunya sambil menghulurkan tangan.

Maisara menyambut salam Yuri. Dia tersenyum kecil. Mereka bertiga berbual kosong untuk seketika dan selepas Alex dan Yuri melangkah pergi, Maisara terfikir sendiri. Yuri? Macam pernah dengar...

Previous: BAB 34
Next: BAB 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.