BAB 34

“WAALAIKUMUSSALAM, Mai. Ada apa? Nak jumpa aku? Bila? Petang ni? Hmm... okey. Kita jumpa nanti.” Talian di matikan.

“Kak Mai ke?”

Azam hanya tersenyum mengangguk. Dia menarik kerusi lalu duduk semula di sebelah Raina. “Dia nak jumpa aku. Katanya ada benda penting nak bincang,”

Air lemon tea di sedutnya sedikit bagi menghilangkan dahaga. Cuaca kebelakangan ini semakin panas. Tambah panas bila mendengar dari mulut Azam sendiri. Entah apa yang ada dalam kepala otak lelaki ini dia sendiri hilang punca. Dia ingat kakak aku tu anak patung yang tiada perasaan ke apa?

“Aku sayangkan Kak Mai. Aku tak nak dia terluka.”

“Aku buat macam ni pun untuk kebahagiaan dan kebaikan dia juga. Kau jangan risaulah, okey? Yang penting sekarang ni, aku nak kau buat apa yang aku cakap tadi. Faham?” Dia merenung dalam wajah Raina.

Raina angguk. “Yalah, saya menurut perintah.”

Azam sengih kerang. “Macam tulah adik abang.”

Mata Raina membulat. “Sapa adik kau?”

“Bakal adik ipar kan?” Azam jungkit kening.

Raina tergelak perlahan. Dia geleng kepala. “Satu lagi aku nak tanya. Adik kau yang sorang tu tahu tak, kau nak hantar rombongan ke rumah pinang Kak Mai?”

“Tak. Langsung tak!!”

Mulutnya ternganga luas. “Hah? Wei, jahatlah kau ni,”

“Jahat aku, untuk kebaikan bersama tau.”

“Banyaklah kau. Kebaikan bersama konon,”

“La... betullah. Ingat. Biar pecah di perut, jangan di mulut!! Tunggu dan lihat sahaja, okey?”

Okey, fine! But then how about you? Are you okay with that?” soal Raina tiba-tiba.

What do you mean?”

Nadanya mula berubah serius. “Maksud aku sangat jelas, Azam Hairi!! Kau cintakan Kak Mai. Kenapa kau nak buat macam ni? Sebelas tahun!! Itu bukan jangka waktu yang singkat tau.”

Azam pura-pura tak dengar. Dia melempar pandang ke luar jendela. “Hanya ada satu sebab, tapi aku rasa aku tak cakap pun, kau sendiri dah boleh agak kan?”

Raina angguk perlahan. Tak bertanya lagi.

SIULAN burung-burung yang bertenggek di atas dahan kedengaran sungguh merdu, tawa kanak-kanak yang berlari berkejaran sangat mengasyikkan. Girang gumbira tanpa masalah. Di hujung trek sana kelihatan, pasangan tua muda berjoging sepertinya sekumpulan famili yang datang beriadah, ada juga ibu bapa yang sekadar datang bersantai menolak kereta sorong bayi, jalan-jalan ambil angin. Daun-daun berguguran, angin berpuput perlahan bagai mengalunkan melodi indah tanpa suara. Menyamankan lagi suasana petang yang damai di taman jubli ini.

Setiap orang punya arah dan tujuan yang tersendiri datang ke taman ini. Dan dia pula. Datang ke sini dengan sejuta kekuatan. Segala rahsia hati akan di luahkan dengan sejujurnya. Dari jauh dia sudah nampak kelibat Azam yang sedang berjalan ke arahnya yang sedang duduk di buaian. “Ramainya orang hari ni.” sapa Azam membuka bicara.

“Hari minggu kan?!” jawab Maisara ringkas.

“Betul juga!”

“Azam Hairi.”

“Ya. Riana Maisara.”

“Benda yang aku nak cakap ni... sangat penting.”

“Aku tahu. Kalau tak. Kau takkan ajak aku ke taman kan?”

Diam. Sebaris senyuman menghiasi bibir. Angguk. Wajah Azam di tentangnya. “Kau kawan baik aku. Sahabat aku selamanya. Even kau jauh, aku tetap rasa kau dekat dengan aku. Selama kau tinggal kat Korea, kau tak pernah lupa janji kau. Kau selalu hantar e-mel kat aku. Paling tidak, sebulan sekali. Aku hargai semua tu. You’re such a nice man I’ve ever met.”

“Mai. Aku kenal kau dah lama. Kau bukannya reti nak bermukadimah sangat kan? Aku pun bukan jenis yang mudah nak faham maksud yang tersirat. Cakap aje terus terang. Boleh?”

Bibir Maisara terherot sebelah. Dia garu kepala. “Kau kalau tak perli aku tak boleh ke?” bidas Maisara sinis.

Azam ketawa perlahan. “Kau nak bincang dengan aku pasal hal kat kedai emas tu kan?” Wajahnya berubah serius.

Mudah sekali Azam menebak apa yang bermain di fikirannya. Dia telan liur. “Aku nak tanya kau sekali lagi. Kau betul-betul ke ni? Tak main-main?”

Azam berdehem perlahan. “Kau rasa aku ni nampak macam main-main ke? Atau kau yang tak serius? Kalau kau tak nak, aku tak paksa. Lagipun nak hidup bersama ni perlu komitmen yang tinggi kan? Kau pula jenis yang bebas. Tak suka di kongkong. Aku faham tu. Malah aku tak kisah. Aku pun bukan jenis yang konservatif. Walaupun aku jenis yang introvert, but apart that, aku ni berfikiran terbuka tau.”

Maisara meraba bibir sendiri. Kemudian kuku jari pula menjadi mangsa gigitan. Sungguh dia sangat gementar. Gemuruh. Segalanya bertali arus. Tapak tangan di satukan. “Mamat, aku... sebenarnya... aku,” tutur katanya tersekat di anak tekak.

Dari tadi Azam memerhati sahaja gelagat Maisara. Kelakar pun ada. Akhirnya dia tersenyum kecil. “It’s about my little brother right?” soal Azam penuh tenang. Seperti selalu.

Maisara mendongak menentang anak mata Azam. Penuh bersahaja. Kata-kata itu meluncur laju tanpa noktah. “Tak. Bukan sebab dia.” nafi Maisara sekerasnya.

“Kau pasti bukan sebab dia?” provok Azam dengan senyum sinisnya.

“Kau ni dah kenapa, Mat? Aku ajak kau datang sini nak bincang pasal kita.” marah Maisara

“Bincang? Betul kau nak bincang dengan aku? Aku rasa kau dah pun buat keputusan sendiri! Kau tak nak kahwin dengan aku. Itu jawapan kau! Sebabnya kau tak sanggup nak berdepan dengan adik kembar aku tu. Kau tak sanggup dia jadi adik ipar kau kan? Kau sayangkan dia. Tapi kau sendiri tak pasti dia sukakan kau kan?”

Maisara tergagap terus. Gelabahnya mula datang. Soalan Azam datang bertubi-tubi. Dia rasa dirinya macam pesalah yang tengah di soal siasat pula. Aduh, apa yang patut aku cakap ni. Dia tunduk menekur tanah.

Azam terus menyambung, “Dalam masa yang sama, kau tak nak lukakan aku. Kau cuba sukakan aku macam dulu tapi tak boleh. Sebab hati kau dah pilih dia. Tapi Nizam pula dia layan kau macam kawan. Kau pun terima aje. Sudahnya perasaan tu kau pendam aje dalam hati sebab kau rasa ini yang terbaik untuk semua.”

Mulutnya ternganga luas. Damn. Dia boleh baca fikiran aku ke?

Sepi. Hanya deru angin mengisi ruang antara mereka.

“Mai, aku rasa mungkin kau dah lupa kot janji kita sebelas tahun yang lepas. Sebab tu kau rahsiakan benda ni dari aku. Kau tak anggap aku sahabat kau pun sebenarnya kan?” nada suara Azam rendah menyapa gegendang telinganya.

Entah kenapa tiba-tiba dia jadi sebak. Kenangan masa lalu menyusup masuk ke jiwa. Saat itu, di pondok rahsia. Segalanya terpateri. Momen yang indah dan suram itu bagai berputar jelas. “Aku ingat. Aku tak pernah lupa. Sahabat selamanya. Itu janji kita!”

Azam menggetap bibir. Pandangan di lontarkan ke hadapan. “Sahabat. Maksudnya sangat mudah. Kawan masa senang dan juga susah. Dalam ceria dan duka. Gembira ataupun sedih. Pada aku seorang sahabat tu dia faham kita, kenal kita, walaupun taklah sepenuhnya, tapi bila nampak muka kita muram, dia pasti akan bertanya. Sahabat tu umpama sebuah keluarga. Satu pertalian yang tak mungkin dapat di ungkapkan dengan kata-kata.”

“Mamat...” suaranya hampir tak terkeluar dek menahan tangis.

Azam menoleh sekilas, “Mai, aku rasa kau tak anggap aku sahabat kau. Kau hanya anggap aku kawan lama kau. Persahabatan kita langsung tak beri sebarang makna kat kau. Sebab tu, kau pendam sorang-sorang. Berlagak macam kuat. Tapi sebenarnya kau sangat lemah. Kau pernah cakap kat aku macam ni dulu kan? Kau pun lebih kurang sama aje, Mai!”

Memori beberapa bulan lalu kembali terlayar di minda. Dia tersenyum pahit. Kata-katanya menjerat diri sendiri. Tubir mata yang mula bergenang di kesat perlahan.

“Sudah terang lagi bersuluh. Dari dulu tak pernahnya nak berubah. Pengecut. Nampak macam okey tapi sebenarnya tidak. Itulah diri kau, kan? Selalu nak orang nampak kau macam kuat macam tabah, tapi kau lemah. Sampai bila kau nak lari dari kenyataan? Sampai bila kau nak macam ni? Sampai bila kau nak senyum dan anggap semua benda okey? Kau tahu tak kau ni pentingkan diri. Kau anggap aku, sahabat kau ni macam tak wujud.”

Azam terpaku mendengar leteran panjang Maisara. Rupanya Maisara masih mengambil berat pada dirinya. Apakah ini bermakna yang dia dah tak marah lagi?

“Mai, kau cakaplah apa yang kau nak cakap. Aku terima. Aku tahu, aku salah. Tapi aku buat semua ni sebab kau. Aku tak nak...”

Maisara memotong laju, marahnya makin memuncak, “Tak nak aku bersedih? Tak nak aku bersimpati? Macam tu? Kau sendiri yang cakap kita kawan untuk selamanya kan? Tapi cara yang kau buat tu, macam aku ni bukan kawan kau. Kita kawan dah lama. Tapi kau sanggup tipu aku? Suruh kembar kau menyamar jadi kau pastu rahsiakan keadaan kaki kau yang lumpuh ni lagi? Macam ni kau anggap aku sahabat kau?” tempiknya kuat.

Panggilan Azam menariknya semula ke realiti. “Aku sayangkan kau. Kalau kau tak gembira. Kau rasa aku akan gembira ke?” tanyanya lembut.

Mendengarkan kata-kata Azam itu, mutiara jernih perlahan-lahan jatuh membasahi pipi Maisara. “Mamat, terima kasih. Sekarang aku sedar. Aku sedar, aku tak sepatutnya rahsiakan dari kau. Tapi... aku tak ada pilihan. Masa tu kita baru berjumpa balik, kaki kau... Emosi kau... Everything just so uptight. Kita baru berbaik. Aku tak nak... .”

“Segalanya berantakan macam tu? Sebelum tu lagi, aku dah dapat agak kau dengan Nizam there’s something going on. Masa tu aku rasa korang pun tak pasti dengan perasaan sendiri kan?”

Sekali lagi mulut Maisara ternganga luas. “Kau dulu belajar psikologi ke?”

Azam ketawa perlahan. “Benda ni tak payah belajar pun tak apa. Deria ke-enam aku kuat mengatakan yang kau dengan Nizam saling menyintai!” Dia tersenyum mengusik.

Pipi Maisara memerah terus. Lama dia membisu. Namun kemudiannya, Maisara mengorak senyum, “Mamat...”

“Hmm...?”

“Kau tahu tak kau manusia paling tenang aku pernah jumpa.”

Azam senyum sebaris. Pahit. Tenang? Mungkin luaran nampak tenang. Tapi dalamnya? Hati aku sakit. Sangat sakit. Namun demi kebahagiaan kau Maisara, dalam terpaksa aku rela.

“Mamat...”

“Ya, saya!”

“Kau juga sahabat yang paling baik pernah aku jumpa kat dalam dunia ni.”

Azam senyum. “Kalau kau tak cakap pun. Aku tahu. Aku memang baik!”

Maisara mencebik dalam senyuman. Wajah Azam di tatapnya lama. “Azam Hairi... saranghae!” perlahan tapi penuh lembut dia menuturkannya. Seikhlas mungkin.

Azam sedikit terpempan. Kemudian dia sendiri tersenyum. Padanya Maisara mengucapkan kata keramat itu kerana menyayanginya sebagai seorang sahabat sahaja. Sekadar menjaga hatinya. “Riana Maisara, hanya awak sahabat saya dalam dunia ni, saranghae!”

Maisara mencebik, “Habis tu, Kim? Jun? Seungjae? Hyun? Jang? Dorang tu sapa?”

Azam gelak. “Wei, kau cemburu ke ni? Dorang tu kawan lelaki aku. Kau tu pula kawan perempuan, mana nak sama!”

Maisara turut ketawa. “Dahlah jom balik! Hari pun dah nak senja ni,” ajaknya. Azam angguk.

“APA DIA?? Azam, ulang sekali lagi. Ibu tak faham. Bukan selama ni kamu dengan Mai bercinta ke?” Terbangun terus Puan Husna dari duduknya setelah mendengar cadangan tak masuk akal Azam.

“Tak. Dia cuma sahabat Azam.” Jawabnya mendatar sahaja tanpa nada.

Puan Husna menggeleng perlahan. Sungguh dia tak memahami kehendak anaknya ini. Naluri keibuannya kuat mengatakan Azam menyintai Maisara. Begitu juga dengan Maisara. Kenapa dengan tiba-tiba sahaja Azam mahu dia pergi meminang Maisara untuk Nizam?

Sejak dahulu hinggalah kini, dia sangat jelas yang Azam senantiasa menantikan pertemuan dengan Maisara. Saban waktu dia dapat merasakan kerinduan Azam yang mendalam terhadap gadis itu. Takkanlah dengan mudahnya Azam mahu melepaskan Maisara demi kebahagiaan Nizam? Mengorbankan perasaannya semata-mata demi Nizam?

Puan Husna panasaran. Dia mencekak pinggang. “Azam. Kamu pandang mata ibu. Cakap sekali lagi. Betul kamu nak ibu dengan ayah pergi pinangkan Mai untuk adik kamu?”

Azam senyum. Tawar. Dia pandang tepat mata ibunya. “Ya, ibu. Keputusan Azam muktamad!”

“Kamu pasti yang mereka berdua saling menyintai?” soalnya tegas. Perkara ini bukan boleh di buat sambil lewa. Ianya melibatkan perasaan kedua belah pihak. Silap menelah, akan ada hati yang menderita.

“Sangat pasti, bu. Dalam dompet Nizam ada gambar Mai. Bukti tu cukup kuat. Selepas tu, Azam tanya Mai pula. Azam asak dia. Akhirnya Mai mengaku.”

“Kamu tak rasa yang keputusan kamu ni terlalu terburu-buru?”

Dahinya berkerut seribu. “Apa maksud ibu ni? Nizam dengan Mai suka sama suka. Selama ni mereka berdua pendam perasaan sebab nak jaga hati Azam. Azam tak nak sebab Azam mereka tak gembira. Azam nak tolong satukan mereka!”

“Ya ibu tahu! Kamu nak tolong. Habis tu Azam macam mana? Azam gembira? Ibu boleh nampak yang kamu tak seratus peratusnya yakin dengan keputusan kamu kan? Sebelas tahun, kamu pendam perasaan kamu. Sekelip mata, kamu nak lepaskan semua tu? Are you sure?

Think twice my son! Ini bukan soal hidup Nizam dengan Mai sahaja. Tapi kamu juga. Mai akan jadi adik ipar kamu. Kamu yakin kamu boleh berhadapan dengan dia selepas ni? Nizam anak ibu. Kamu juga. Ibu kalau boleh mahu kedua-duanya gembira. Bukan sorang bahagia, sorang lagi menderita.”

“Tapi bu, Azam... “

Puan Husna memotong laju. “Ibu memang nak Mai jadi menantu ibu, tapi bukan dengan cara begini. Kamu langsung tak berusaha. Cepat sangat putus asa. Menyerah kalah tanpa bertanding. Ibu boleh faham kenapa Nizam rahsiakan perasaannya sebab dia tahu betapa dalam cinta kamu terhadap Maisara. Tapi kamu? Ibu kecewa dengan kamu!” Puan Husna menghilang ke dapur, meneruskan kerjanya yang tergendala tadi.

Manakala Azam membawa diri ke halaman rumah. Dia melabuh duduk di gazebo. Satu persatu kata-kata Puan Husna menusuk jauh ke lubuk hati. Dia melangut ke atas memandang langit malam yang pekat. Cahaya bintang indah bersinar, hatinya terasa tenang. Perlahan-lahan bibirnya memuji kebesaran dan keindahan ciptaan Ilahi. Dengan bisikan hati, pada Tuhan di luahkan segalanya.

Salahkah apa yang aku buat ni? Demi aku, Nizam sanggup menyamar. Demi aku, Mai pendam rasa cintanya. Aku tak nak orang yang aku sayang menderita sebab aku. Kenapa Raina persoalkan tindakan aku? Ibu pun sama. Aku ikhlas. Aku rela. Sebab tiada gunanya menagih kasih sedangkan aku sedar, aku tahu yang Mai tak mungkin mencintai aku.

Kecelakaan yang terjadi dahulu tidak terduga telah mengubah coretan hidupnya. Dia lumpuh kedua kaki. Mujurlah kini, berkat usaha dan sokongan dari Nizam dan Mai dia boleh berjalan semula. Kerana adanya mereka, dia kuat. Sekali lagi, salahkah? Salahkah untuk dia menyatukan dua hati yang saling mencintai!

Ya. Sebelas tahun dia mencintai. Sebelas tahun hatinya merindu. Sejujurnya sukar baginya memutuskan semua ini. Hatinya berbolak balik. Kata-kata sahabat-sahabatnya di Korea terngiang jelas. Mereka mahu dia berjuang untuk Maisara. Perjuangkan cintanya. Namun keadaan amat menghimpit. Antara cinta hati dan kembarnya.

Air mata yang tertahan, bah jua akhirnya. Kenapa bukan aku yang bertakhta di hati kau, Mai?

Previous: BAB 33
Next: BAB 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.