BAB 22

DIA membawa diri ke atas bumbung pejabat (roftop), tempat dia dan Nizam selalu lepak ketika waktu rehat. Entah angin apa yang merasuk hingga dia membatalkan cuti yang masih berbaki sehari itu. Rifa dalam pada terkejut, gembira melihat dia masuk kerja. Zana pun. Tapi makhluk yang satu tu, macam tak ada perasaan, dirinya langsung tak dipandang.

Ya, mungkin lebih baik macam tu. Baik untuk dia, Nizam dan Azam. Tapi sungguh dia rindukan senyuman itu. Senyuman Nizam. Wajah cerianya. Dia tersenyum hambar. Masa tak mungkin di putar semula.

“Ria,” tegur satu suara. Maisara menoleh. Rifa rupanya. Zana pun ada di sebelahnya sambil memegang tiga bungkus nasi.

Rifa hulur plastik minuman padanya. “Nah, teh o ais limau kegemaran kau,”

Maisara menyambutnya dengan senyuman.

“So, apa cerita? Kau dengan Nizam? Dengan Mamat?”

Maisara mengeluh perlahan. “Kita makan dulu?”

“No. Aku dengan Rifa dah tunggu banyak hari tau, nak dengar cerita kau ni.” bantah Zana.

Zana yang tak tahu menahu hal ni pun dah terbabit sama. Semuanya sebab dia terdengar perbualan Rifa dengan Maisara. Maisara menarik nafas panjang sebelum bercerita. Dari A-Z, seringkas dan sepadat mungkin di hikayatkannya kepada Rifa dan Zana.

Rifa dan Zana sama-sama mengeluh. “Pendek kata,both of you love each other but then there is Mamat in the middle right? Because of that, Nizam ignore you. Like you never exist!” simpul Rifa sambil memegang bahu Maisara.

“Itu yang membuatkan aku rasa makin tertekan. Sebelah kanan, sahabat. Sebelah lagi, lelaki yang aku suka. Sebenarnya aku rasa marah dengan diri aku. Mereka berdua dah tipu aku, tak jujur dengan aku, tapi aku dengan mudah dah maafkan dorang.”

Rifa genggam erat tangan Maisara. “Itu menunjukkan, kau bukan orang yang mudah berdendam. Hati kau lembut. Kau mudah memaafkan kesalahan seseorang. Kau juga mudah bersimpati. Mungkin sebab tu Mamat tak sampai hati nak beritahu kau hal yang sebenar. Dia suruh Nizam menyamar jadi dia. Tapi dia silap. Dia tak tahu. Kau dengan Nizam dah kenal sebelum dia balik ke Malaysia lagi.”

“Entahlah, aku sendiri dah tak tahu nak buat apa. Nak menghadap muka Mamat aku teringatkan Nizam. Tengok Nizam, aku nampak Mamat. Tadi pagi, kat lif, dia langsung tak tegur aku. Nampaknya, aku dan dia memang dah tak boleh jadi macam dulu. Mungkin juga dia ketawakan aku sebab luahkan perasaan kat dia. Sebab tu, dia tak nak cakap dengan aku.”

Zana menggeleng perlahan. “Kau tahu tak? Kau ni sebenarnya tamak? Dari satu sudut, ya, kau memang di tipu oleh Mamat dan Nizam.But then, right now, kau dengan Mamat dah berbaik kan?Now, you are telling me, that you are upset sebab Nizam tak nak cakap dengan kau?What are you expecting from Nizam?Mamat tu abang dia kan? Kembar plak tu.

Aku bukan nak sebelahkan Nizam atau Mamat. Aku nak kau pandang benda ni dengan mata hati bukan dengan mata kepala kau je. Kau sendiri cakap, Nizam suruh kau percayakan takdir kan?Put your trust in Him. So, please cheer up.Tolong jangan kusutkan diri kau dengan benda yang bukan dalam kuasa kita. Kita ada Allah. Ingat tu.”

Maisara terdiam seribu bahasa. Rifa menggeleng dalam senyuman. Itulah Zana, kalau dia dah mula bersuara, memang berbisa jadinya.

“Thanks, Zana. Rifa.” Satu persatu wajah mereka di tatapnya. “Ya, aku tahu. Aku tahu. Tapi, bukannya aku boleh kawal perasaan aku.”

“Macam nilah, just let the time determined it, okay? Kadang tu dengan masa, perasaan tu boleh hilang macam tu je. Dan mungkin masa tu kau sedar yang perasaan kau kat Nizam sekadar minat bukannya cinta.” Pujuk Rifa lembut.

Maisara angguk. “I hope so.”

DERU angin menampar tubuhnya. Lenguh bersila, kaki di lunjurkannya ke depan. Ajakan teman-teman membawanya ke sini semula. Pantai yang sering di kunjungi bersama Maisara sewaktu kecil dahulu. Kenangan bersama kembali berbayang di mata. Azam tersenyum tawar.

Kim menyikunya. “Kau jangan nak bawa mood swing kat sini. Kami bawa kau ke sini sebab nak kau jalan-jalan tengok dunia luar. Asyik berkurung dalam rumah, dalam bilik, pergi balik ke hospital saja pun tak cukup juga kalau kau tak hirup udara segar macam ni,”

“Ya, aku tahu. Tapi Kim, kau bawa aku datang sini. Pantai yang ada kenangan Maisara.”

“Sebab aku, tak nak kau putus asa. Melihatkan cara kau ni, kau macam nak serahkan Maisara pada Nizam. Kenapa? Sebab dia adik kau?”

“Dah tu, apa yang patut aku buat? Aku lumpuh. Aku kurang upaya. Apa yang boleh aku bagi pada Maisara? Plus, aku tak yakin Maisara cintakan aku. Korang sendiri boleh nampak semalam. Nizam cuba elakkan diri dari Maisara. Maisara pula buat tak endah kat Nizam. ITU dah menjelaskan semuanya. Aku tak buta.”

Seungjae mencelah, “Ni, kawan. Doktor pun cakap kaki kau tu boleh sembuh. Kau dah pun buat fisioterapi kan? Boleh tak jangan pesimis sangat. Aku cakap kau bodoh, kau marah.” Seungjae tiba-tiba melenting.

Hyun, Kim, Jang, dan Jun tersentak. Azam menelan liur. Seungjae kalau naik angin memang menakutkan. Semuanya diam tanpa berkata sepatah pun.

Hyun bersuara memecah sepi. “Kau dengan Maisara dah kawan lama kan? Pada pendapat aku, Maisara tu bukannya dia tak sayangkan kau. Cuma aku rasa dia keliru. Antara kau dengan Nizam. Kau kena bagi dia masa.”

“Dan macam yang Kim cakap jangan putus asa. Kau dengan Maisara dah berkongsi segala macam perkara walaupun korang tak pernah berjumpa kan? Aku yakin Maisara akan kembali pada kau,” celah Seungjae setelah marahnya reda.

“Sebenarnya, kita orang rasa bersalah juga. Kalau bukan sebab kami, tentunya kau dan Mai, dah berbahagia kan?” ujar Jun sambil menguis pasir pantai.

“Untuk menebus semua tu, hanya ini yang kami mampu buat sebelum balik ke Korea,” Kim meletakkan dua tiket VIP showcase Angin Band atas tangan Azam. “Jelaskan pada Maisara benda yang sebetulnya kenapa kau tak dapat balik setahun yang lepas.” ujar Kim dalam senyuman. “Aku pasti dia akan lebih memahami kau,”

Azam angguk, dia tersenyum tawar. “Chingu ya,”

Ara. Gamsahamnida, keutji? (Tau. Terima kasih kan?)” ucap mereka berlima serentak.

Azam berasa sebak tiba-tiba. “Aku akan rindukan korang. Seriously. Aku rasa macam aku ni, hopeless sangat. Tapi dengan adanya korang. Aku kuat.” Air matanya mengalir deras. “Really, korang memang terbaik. My best friends.”

“Wei, apa ni, tak nak lah sedih-sedih. Kalau kau nangis macam mana kitaorang nak tinggalkan kau.” Jun menyapu air matanya yang jatuh.

Hyun ketawa dalam tangisan “Buruklah muka kau nangis, Jun,”

Kim, Seungjae dan Jang tertunduk memandang pasir pantai. Titis-titis gerimis perlahan-lahan jatuh membasahi bumi.

Previous: BAB 21
Next: BAB 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.