BAB 27

SKRIN komputer ni semakin di tenung, semakin kabur. Mata di tenyehnya berkali-kali. Inilah bahananya. Ibu dah kata ambil sahaja cuti. Tapi diri sendiri degil. Nak juga datang bekerja. Dan entah ke berapa kali juga dia bangun membancuh kopi. Menguap jangan katalah. Ini dah masuk yang ke sepuluhnya agaknya. Rifa dia tengok macam tak ada apa-apa. Minum kacip fatimah ke perempuan ni? Maisara senyum. Kemungkinan tu macam ada je. Bertenaga sungguh dia tengok Rifa.

Rifa yang perasan dirinya sedang di perhati, menoleh ke arah Maisara, “Yang kau tengok aku macam nak tembus dinding tu kenapa?”

Terus dia tanya soalan yang bermain di kepala. “Pagi tadi kau minum kacip fatimah ke?”

Rifa renung Maisara. Bibirnya ditahan daripada tergelak. “Macam mana kau tahu ni?”

Maisara percaya bulat-bulat jawapan Rifa. “Sebab tu, kau tak ngantuk ek?” tanyanya pula.

Rifa geleng kepala. “Taklah. Aku minum capucino je.”

Maisara tarik muncung, “Ceh. Mati-mati aku ingat kau minum kacip fatimah tu.”

Rifa gelak. “Gila. Pahit. Aku. Alergik.” Maisara gelak juga.

“Menyesal pula singgah gerai mamak semalam lepas habis konsert. Kaulah heret aku pergi sana. Sembang punya sembang tak sedar dah 1 pagi. Balik-balik je, terus kena sembur dengan ibu aku. Ayah aku toksah cakap la. Lagi panjang dia bagi ceramah.”

“Heh, aku pun kenalah juga. Tapi nasib baik laki aku jenis tak pandai berleter sangat. Yalah, aku pun bukan jenis yang merewang sana sini. Sekali-sekala keluar dengan kawan, tambah pergi tengok konsert, dia pun faham,”

Zana tiba-tiba datang menerjah dengan membawa sejambak bunga. “Riana Maisara. Nah. Ada orang bagi.”

Maisara pandang Zana tak berkelip. “Aku punya? Orang yang sama ke?

Zana angkat bahu. “Manalah aku tahu. Kau cubalah baca kad kat dalam bunga tu. Manalah tahu kot ada nama pengirim dalam tu,”

Kad yang terselit di tengah jambangan itu, dia ambil lalu di bacanya perlahan.

“Untuk yang teristimewa di hati saya. A.”

“A?” tanya Rifa dan Zana serentak.

Maisara angguk. Azam? Sebutnya dalam hati. Takkan kot? Semalam dia nyanyi lagu tu... Maknanya Azam dah berani nyatakan perasaan dia? Maisara telan liur. Kalau betul pengirim bunga ni Azam, apa yang patut aku buat?

TELAH tiba saat waktu untuk dia berpisah dengan sahabat-sahabat tercinta. Hingar di lapangan terbang langsung tak terasa. Dia terasa sunyi tiba-tiba. Sebak di dada mula terasa berbahang. Kim yang perasan perubahan tingkah laku Azam mendekati sahabatnya itu. “Mamat, senyumlah sikit. Masam je muka kau tu,”

Azam senyum. Pudar. “Aku rasa macam nak ikut korang je.”

“Kitaorang okey je. Tapi kau tu nanti sakit rindu kat Maisara macam mana?” usik Seungjae sambil tersengih.

Azam angguk. Dia turut tersengih. “Betul juga.”

“Angau tak sudah,” sahut Jun yang baru tiba dengan air mineral di tangan.

Hyun mencelah.“Wei, kau kan dah bagi satu lagu romantik penuh syahdu kat dia semalam kan? Kalau hati dia masih tak tersentuh. Memang hati batu sungguh si Maisara tu.”

Azam diam.

“Okeylah, Mat. Waktu pun dah sampai untuk kitaorang berangkat. Ada masa kita jumpa lagi, okey.” Jang dah mengangkat beg sandang.

Mereka saling berpelukan. “Jaga diri kau,” sebut mereka berlima serentak sebelum di selangi dengan ketawa.

Jun menghampiri Nizam yang sedari tadi hanya menjadi patung di kalangan mereka. “Kau pun jaga diri.” Nizam angguk. Mereka yang lain mengangkat tangan sebelum melangkah pergi meninggalkan Azam dan Nizam.

BALIK dari lapangan terbang, mereka berdua tidak terus pulang ke rumah tetapi singgah di sebuah cafe untuk minum petang sambil berbual kosong.

“Nampak gayanya kau memang dah buat keputusan untuk pikat Ria?” tanya Nizam merujuk kepada lagu pilihan Azam, My Memory di konsert semalam.

Azam pandang Nizam tanpa riak. “Kau?”

“Aku? Kenapa pulak dengan aku?”

“Aku rasa kau faham maksud aku kan?”

Nizam tersenyum tawar. Dia memandang kosong ke luar jendela. Azam sememangnya tak berputus asa dalam menerobos sempadan hatinya. “Ria. Dia hanya kawan baik aku. Dan akan kekal macam tu. Selamanya.” Tuturnya tegas.

“Nizam. Aku abang kau. Aku tahu kau cin...?”

Nizam memotong laju. “Along. Gelang kat tangan Maisara tu, bukti segalanya. Kau yang bagi kat dia kan? Dan kau nak tahu tak, bila dia rindukan Mamat, aku nampak dia selalu pandang gelang tu. Satu lagi, dalam dompet dia, ada gambar kau masa kanak-kanak.”

Ya. Itu sememangnya benar belaka. Kenyataan. Dia tahu jauh di sudut hati, Maisara dia mencintai Mamat. Mungkin sahaja sekarang, Maisara dia keliru. Keliru dengan keadaan.

Azam ternganga tak percaya. “Kau biar betul. Kalau iyapun nak sedapkan hati aku...”

“Selama ini, Ria kuruskan badan sebab nak jumpa kau. Dia tak nak kau tengok diri dia yang gemuk. Dia selalu menantikan pertemuan dengan kau. Sebab tu, bila aku dapat tahu yang Ria tu Maisara aku rasa bersalah yang teramat sangat. Umpamanya aku dah tipu dia, tapi... itulah cerita sebenar tak sama macam apa yang kita tahu dan lihat.”

“Aku minta maaf, Nizam. Aku dah paksa kau buat sesuatu yang tak sepatutnya.”

“Benda dah berlalu. Ria pun dah maafkan aku dengan kau kan?”

“Yang tinggal sekarang, bagaimana harus aku pikat hati Maisara?”

“Itu, kau kena fikir sendiri.”

“Takkan kau tak boleh tolong aku kot?”

“Along, aku ni dahlah patah hati. Kau nak aku tolong kau pulak? Tak bertimbang rasa sungguh kau ni kan?” Nizam buat-buat marah.

Azam senyum tawar. “Nizam, kau memang adik yang terbaik kat dalam dunia ni,”

“Dan untuk itu, kau kena belanja semua yang aku makan ni, boleh?” Nizam angkat kening.

Azam angguk. “All for you, my little bro!”

Sungguh tak perlu di zahirkan dengan kata-kata. Dia sendiri jelas dengan perasaan Nizam pada Maisara. Ingin sahaja dia menarik diri, menyerahkan Maisara pada Nizam, namun Nizam pula bersungguh menegaskan perasaan dia pada Maisara sekadar suatu persinggahan dan hanya akan kekal begitu. Namun, bukan mereka yang menentukan siapa pemilik hati Maisara. Hanya Dia yang Maha Mengerti segalanya.

Previous: BAB 26
Next: BAB 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.